Utama Bilik (75) Tafsir Al-Quran Usul Tafsir 5 : Soal Jawab bersama Ustaz Ayah Aji Rosman

Usul Tafsir 5 : Soal Jawab bersama Ustaz Ayah Aji Rosman

594
0
Iklan

1. Soalan : Maaf ustaz ,saya lambat nak faham bab berdoa secara berjemaah selepas solat berjemaah,boleh ke tidak,,satu lagi berdoa selepas baca surah Yassin disekolah…kalau ustaz ada masa ustaz jawab…doakan saya juga ustaz . Saya dengar dari Radio ikim,,ustaz tu kata berdoa secara berjemaah berkat,,?

Ustaz : Khairul. Baca wirid dan berdoa berjemaah adalah bidaah. Baca doa sendiri2 itu makbul daripada hadis. Kenapa nak ikut imam?

Dia baca wirid dan berdoa kuat-kuat tu dah lah bidaah malah ganggu org solat. Ganggu solat itu berdosa. Jika kita ikut serta maka sama juga lah.

Berdoa selepas baca ayat-ayat Al Quran adalah bagus untuk makbul doa. Baca yassin tu saja tak betul

Bacalah surah surah lain pun sama. Makan dulu. Baru boleh berdoa selepas kelas

Saya akan bangun sebaik saja saya mendengar imam baca wirid. Terus solat sunat.

Semua mazhab tak amal wirid berjemaah selepas solat. Hanya di Malaysia atau Nusantara saja.


2. Soalan : Kalau berdoa tak ikut imam akan dikata Wahabi!

Ustaz : Memang lah . Itu tanda tauhid dan sunnah ini dah sampai pd mereka. Mereka saja degil

Soalan : Kalau di tolak jadi imam bagaimana ustaz?? Adakah perlu raikan ??

Ustaz : Jika di suruh jadi imam jangan tolak. Sudah solat baca saja dlm hati. Doa dalam hati saja. Saya buat begitu. Saya tak peduli bidaah mereka.

3. Soalan : Ustaz.. Maaf baru nak tanya soalan yang siang tadi.. Ustaz kata siang tadi “Pernahkah awak awak dengar perkara perkara ini di ajar di masjid masjid dan surau surau?” Boleh kah jika kita hendak bersangka baik dengan ustaz ustaz itu semua sebab tidak mengajar kan ilmu yang benar menurut Al Quran dan Sunnah ini? Mungkin mereka mengajar atas kemampuan mereka saja?

Ustaz :Betul macam awak kata. Tapi saya bermaksud lain sikit. Kalau mereka tahu tapi tak ajar bererti mereka sembunyikan wahyu. Kalau mereka tak tahu maka mereka tak layak untuk mengajar sebab mereka tak kenal tauhid. kelak akan menyebabkan ramai orang terpesong kerana kejahilannya itu. Sy pernah jumpa sorg ustaz di Sungai Siput Perak. Saya musafir ke Ipoh kerana mengajar. Saya singgah solat maghrib di satu surau.Ustaz tu sedang mengajar daripada satu kitab besar berkenaan khurafat.

Dia baca hadis. Musyrikin percaya binatang-bintang boleh bawa menafaat atau bala. Begitulah hadis yang saya ingat dia kata. Saya pun ada belajar hadis sedemikian. Dah lama saya tak dengar orang mengajar hadis. Syok lah saya.

Daripada huraian-huraian nya dia cerita dia kata ‘percaya pada burung hantu berkokok ada org nak mati’. Dia kata ini khurafat. Berdosa. Habis. Dia baca hadis lain pula.

Selepas solat isya saya jumpa dia sorang-sorang. Saya tanya ustaz saya ini orang musafir. Singgah di sini untuk solat. Saya suka ustaz mengajar guna hadis. Saya tanya. Ust kata percaya pada burung hantu itu khurafat. Ust kata berdosa. Berdosa kelas mana khurafat ini? Macam dusta ke, mencuri ke atau lebih besar??Dia terdiam. Senyap terus sambil tunduk kepala. Lama dia begitu. Sy tanya ustaz tahu ke tidak ni? Dia pun kata dia belajar luar negara. Sy kata kenapa ustaz mengajar perkara yg ustaz sendiri tak tahu. Inilah syirik pada Allah. Esok ustaz beritahu jemaah ini kesilapan ustaz. Perbetulkan. Minta ampun pada Allah. Saya pergi masjid-masjid dengar ustaz-ustaz mengajar banyak yang karut-karut. Baca hadis dengan maksud lain . Terdiam lagi. Saya tanya. Ust tak tahu kan? Dia geleng-geleng kepala. Merek hanya layak tazkirah. Bukan mengajar. Tazkirah ,awak pun boleh buat cuma jangan salah.

Baca ayat Al Quran tafsir ikut selera dia saja. Cuba tanya perlahan-lahan sorang-sorang dengan ustaz-ustaz ahli bidaah tu. Ada belajar tafsir ke ? Hadis?90% yang mengajar di masjid-masjid surausurau tak belajar atau belajar sikit. Tak apalah kalau nak tazkirah.

Jangan  kelak jawab di hadapan Allah. Kenapa kamu tak belajar wahyu Aku?

Sorry Allah. Saya sibuk .Beres kalau awak berani !

 

Komen dan Soalan