Utama Bilik (02) Fiqh Al-Manhaji Haji dan Umrah

Haji dan Umrah

694
0
Iklan

Bismillah…
Note 23 : ruj Al Fiqh Manhaji 2

HAJI DAN UMRAH

1. Pengertian Haji : bermaksud kunjungan dari segi syara’ ialah mengunjungi kaabah untuk melakukan ibadah tertentu dengan syarat yang tertentu.

Pengertian Umrah : bermaksud ziarah atau berkunjung ke tempat kediaman, dari segi syara’ ialah mengunjungi Kaabah di luar musim haji untuk melakukan ibadah.

2. Perbezaan Haji dan Umrah :
Berbeza dari segi masa dan beberapa hukumnya.

i. Dari Segi Masa : Ibadah haji dilakukan dalam bulan-bulan tertentu iaitu Syawal, Zulkaedah dan 10 hari pertama bulan Zulhijjah. Umrah pula boleh dilakukan pada bila-bila sepanjang tahun, selain daripada masa ibadah haji bagi sesiapa yang berniat mengerjakannya.

ii. Dari Segi Hukum : Ibadah haji mengandungi wuquf di Arafah, bermalam di Muzadalifah dan di Mina serta melontar dibeberapa Jamrah di Mina. Umrah pula tidak berkaitan dengan perkara-perkara di atas, ia hanya mengandungi niat, tawaf dan bercukur atau bergunting.

3. Sejarah Haji dan Umrah:
– tarikh persyariatan haji dan umrah adalah pada tahun 9 Hijrah.

4. Hukum Haji dan Dalil:
– haji adalah fardhu dan salah satu daripada rukun Islam.

5. Ijma’:
Para ulama’ bersepakat memutuskan bahawa haji adalah fardhu, tanpa seseorang dikalangan mereka berpendapat sebaliknya. Mereka menghukum kafir kepada yang mengingkari sesuatu yg telah thabit dengan Al Quran, Al Sunnah dan Ijma’.

6. Hukum dan Dalil Umrah:
– Imam Al Shafie menyatakan umrah adalah fardhu, sebagaimana haji.

Al Quran:
Allah SWT berfirman :
“Dan sempurnakanlah Ibadat Haji dan Umrah kerana Allah.”
Surah Al Baqarah : 196

Al Sunnah:
Aisyah R. Anha, katanya “Wahai, Rasulullah, apakah jihad bagi kaum wanita?” Baginda bersabda : “Ya, jihad tanpa peperangan, iaitu haji dan umrah.”
Riwayat Ibn Majah (3013)
Sanad yg sahih.

Perhatian :
Berapa kali wajib mengerjakan haji dan umrah?
Jawapan : Haji dan umrah wajib dilakukan oleh mereka yang mampu, hanya sekali seumur hidup kecuali jika bernazar, ia wajib ditunaikan dengan segera.

Berapa kalikah Rasulullah mengerjakan haji dan umrah?
Jawapan : Ibadah haji sekalo dan umrah sebanyak 4 kali.

Anas bin Malik berkata : “Baginda mengerjakan sekali haji dan umrah sebanyak empat kali, iaitu sekali pada bulan Zulkaedah, sekali semasa perjanjian Hudaibiyah, sekali Baginda mengerjakan haji dan sekali lagi semasa membahagi-bahagikan harta rampasan peperangan Hunain di Ji’ranah.”
Riwayat Al Tarmizi : 821
Sheikh Al Bani berkata hadis ni sahih.

Komen dan Soalan