Utama Bilik (02) Fiqh Al-Manhaji I’tikaf

I’tikaf

256
0
Iklan

Bismillah…
Note 22 : ruj Al Fiqh Manhaji 2

I’TIKAF

1. Pengertian I’tikaf
– bermaksud tetap dan tenteram dengan sesuatu, menurut syarak i’tikaf ialah berada dalam masjid dengan niat tertentu.

2. Dalil Pensyariatan

Firman Allah SWT :
“Dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beri’tikaf dimasjid.”
Surah Al Baqarah : 187

3. Hikmah Pensyariatan
– menyekat nafsu daripada segala keinginan yang diharuskan, menyekat diri untuk mentaati Tuhan dan menumpukan ibadat kepadaNya supaya jiwa sentiasa patuh dan tunduk mencintai Allah SWT.

Firman Allah SWT :
“Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyeluruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka selamatlah ia dari hasutan nafsu itu).”
Surah Yusuf : 53

4. Hukum I’tikaf
– sunat i’tikaf pada setiap masa. Digalakkan dalam bulan Ramadhan lebih lebih lagi pada 10 akhir bulan tersebut.  I’tikaf menjadi wajib bagi sesiapa yang bernazar melakukannya.

i. Sunat pada sebarang waktu.

ii. Sunat muakkad pada 10 akhir Ramadhan. Hikmah i’tikaf dituntut pada hari tersebut untuk mendapatkan Lailatul qadr, malam termulia dalam setahun.
Firman Allah SWT :
“Malam lailatul qadr lebih baik dari seribu malam.”
Surah Al Qadr : 3

iii. Wajib sekiranya bernazar.

5. Syarat Sah I’tikaf

i. Niat : berniat berada dalam masjid selama tempoh yang tertentu dengan tujuan beribadat kerana melaksanakan sunnah.

ii. Berada didalam masjid dalam tempoh yang dikira i’tikaf pada anggapab umum : iaitu suci dari janabah, haidh, nifas dan tiada sebarang najis pada pakaian dan badan yang boleh mengotori nasjid.

– Batal i’tikaf seseorang yang keluar daripada masjid tanpa sebab, namun i’tikaf tidak batal sekiranya dia keluar dengan bersebab dan masuk semula kedalam masjid.

6. I’tikaf Nazar
– dalam tempoh tertentu secara berturut-turut, tidak harus keluar dari masjid kecuali sebab yang perlu, seperti membuang air besar/kecil, berwudhu dan sebagainya. Tidak haram keluar masjid disebabkan keperluan tersebut dan i’tikafnya juga tidak terputus.

– Bernazar i’tikaf ketika sedang berpuasa, dia wajib meneruskan.

7. Adab-adab I’tikaf
i. Orang beri’tikaf membuat amalan yang mentaati Allah SWT sepeti berzikir, membaca Al Quran, dan membincangkan ilmu pengetahuan. Ini kerana amalan itu lebih sesuai untuk mencapai tujuan i’tikaf.

ii. Beri i’tikaf serta puasa adalah afdal dan lebih maju menguasai keinginan nafsu, menumpukan fikiran dan membersihkan jiwa.

iii. Beri’tikaf di masjid, yang didirikan solat jumaat.

iv. Jangan bercakap-cakap kecuali perkara yang baik. Jangan memaki, mengumpat, mengacum dan berbual-bual perkara yang tidak berfaedah.

8. Makruh I’tikaf
i. Makruh berbekam di kepala dan badan yang terjamin tidak mengotori masjid.

ii. Banyak membuat kerja-kerja sambilan, seperti mengait benang, menjahit dan lain-lain.

9. Perkara yang Merosakkan I’tikaf
a. Bersetubuh dengan sengaja tanpa keluar air mani. Sementara perbuatan lain seperti bersentuhan dan berkucupan tidak membatalkan i’tikaf kecuali apabila keluar air mani.

b. Keluar masjid dengan sengaja tanpa sebab perlu.

c. Murtad, mabuk atau gila.

d. Haidh atau nifas, kerana kedua duanya menghalang berada dalam masjid.

Komen dan Soalan