Utama Blog Halaman 7

KEMPEN RM1 SEHARI – REBUT PELUANG INFAQ MENGALIR SETIAP HARI

0

Kempen RM1 Sehari – Rebut Peluang Infaq!

Infaq juga boleh dilakukan dengan membeli buku-buku terbitan Ukhuwah yang berada dalam pasaran sekarang🔥🔥🔥

1. 131 Tanda Kiamat Kecil Dunia Semakin Berakhir Persiapkan Diri
Penyusun – Tuan Hassan Tuan Lah
Jumlah Mukasurat – 282
Harga Jualan termasuk Pos Laju – RM25
Baki Stok – 236 buah

2. Salat Itu Mudah Jom Upgrade (Himpunan Salat, Hukum, Tatacara serta Soal Jawab)
Penyusun – Ustaz Azlizan Nayan
Jumlah Mukasurat – 676
Harga Jualan termasuk Pos Laju – RM50
Baki Stok – 136 buah

INFO PEMBAYARAN
Nama : PERSATUAN UKHUWAH TEGUH MALAYSIA
Bank : Maybank
No Akaun :   562058070928
Ruj:Buku Ukhuwah

https://ukhuwahteguh.onpay.my/order/form/dakwahpenerbitan03

Pertanyaan lanjut:
http://www.wasap.my/601135575699

#Ilmu#Amal#Prihatin

Dana Buku Ukhuwah – Status Dana Terkini

0

بِسْـمِ اللّهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Tuan/puan yang dihormati,

PROGRAM INFAQ PENERBITAN BUKU UKHUWAH

Atas permintaan, Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia sedang dalam usaha untuk menerbitkan semula buku “131 Tanda Kecil Kiamat” yang juga menjadi buku rujukan kepada kelas-kelas  pengajian di Shah Alam, Gombak dan Akademi Ukhuwah Azuan, Machang, Kelantan.
Di samping itu juga Tim Penerbitan Ukhuwah sedang dalam proses menyunting sebuah lagi buku hasil sentuhan panelis Tuan Hassan Tuan Lah berjudul “Hadith Maqlubah Edisi Revisi 2024”.

Justeru, Ukhuwah ingin berkongsi ruang kebaikan buat tuan/puan dengan sama-sama membantu menyumbang ke Dana Infaq Buku Ukhuwah yang dianggarkan berjumlah sebanyak RM5,000.00.

Sumbangan infaq tuan/puan amat berharga dan besar nilainya terhadap usaha ini kerana sedikit sebanyak akan dapat membantu lebih ramai lagi masyarakat untuk mempelajari dan memahami ilmu berteraskan Al-Quran dan hadith sahih. Semoga Allah SWT mengurniakan sebaik-baik ganjaran atas saham dakwah yang sangat bermakna ini.

Firman Allah SWT;

مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya. [ Al-Baqarah: 261]

آمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَأَنفِقُوا مِمَّا جَعَلَكُم مُّسْتَخْلَفِينَ فِيهِ فَالَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَأَنفَقُوا لَهُمْ أَجْرٌ كَبِيرٌ

Berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan belanjakanlah (pada jalan kebajikan) sebahagian dari harta benda (pemberian Allah) yang dijadikannya kamu menguasainya sebagai wakil. Maka orang-orang yang beriman di antara kamu serta mereka membelanjakan (sebahagian dari harta itu pada jalan Allah); mereka tetap beroleh pahala yang besar. [ Al-Hadid: 7 ]

وَأَنفِقُوا مِن مَّا رَزَقْنَاكُم مِّن قَبْلِ أَن يَأْتِيَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوْلَا أَخَّرْتَنِي إِلَىٰ أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُن مِّنَ الصَّالِحِينَ

Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: “Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku – ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh.
[ Al-Munafiqun: 10 ]

🏧 Salurkan Infaq Tuan/Puan:

Nama: PERSATUAN UKHUWAH TEGUH MALAYSIA
Bank: Maybank Islamic Berhad
No Akaun:   562058070928
Ruj: InfaqBuku

https://ukhuwahteguh.onpay.my/order/form/dakwahpenerbitan03

☎️Sebarang pertanyaan sila hubungi pn Norsiah  https://wa.me/60192831337

Jazaakumullahu khayran.  Baarakallahu fiikum.

Ustaz Suhailan Safian
Pengerusi
Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia
sesi 2024 – 2026

https://linktr.ee/uito

#UkhuwahTeguh
#Ilmu
#Amal
#Prihatin

Kempen Dana Ukhuwah Sehari Seringgit

0

KEMPEN DANA UKHUWAH SEHARI SERINGGIT

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

⚠️⚠️ Rebut Peluang Pahala Infaq Mengalir Setiap Hari

Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia sedang menjalankan Kempen Sehari Seringgit. Kempen ini diprogramkan khas kepada kita yang tidak mahu terlepas untuk berinfaq setiap hari walaupun RM1.

Setiap sumbangan akan membantu kesinambungan perjalanan dakwah UKHUWAH yang dijalankan melalui kuliah berkala di Streamyard, kuliah online Bilik Telegram UiTO, penerbitan buku-buku ilmiah serta aktiviti kebajikan Skuad Prihatin UKHUWAH di seluruh negara.

Sehari RM1 mungkin sedikit, tetapi inilah saham akhirat kita sebenarnya.

Sumbangan boleh dibuat melalui:
Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia
Maybank
562058070928
Ruj:Kempen RM1 sehari

https://ukhuwahteguh.onpay.my/order/form/infaqkebajikan02

Sumbangan boleh dibuat secara sekaligus sama ada bulanan (RM30) atau setahun (RM360).
(❤️Hadiah buku terbitan Ukhuwah akan diberikan kepada mereka yang menyumbang setahun sekaligus (RM360).

Kepada yang berminat untuk menyertai perniagaan yang tidak akan rugi ini, sila daftarkan nama kpd AJK Kluster Ekonomi tn Ainul Arifin http://www.wasap.my/60132001356

⁉️Sebarang pertanyaan sila hubungi AJK UKHUWAH
@NorM99  – http://www.wasap.my/601135575699

جزاكم الله خيرا

Semoga Allah ‎ﷻ memudahkan urusan kita semua.

Cepat & Berkualiti.

SUHAILAN SAFIAN
Pengerusi
Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia
Sesi 2024-2026

memo 3/24

Program Infaq Penerbitan Buku UKHUWAH

0

بِسْـمِ اللّهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Tuan/puan yang dihormati,

PROGRAM INFAQ PENERBITAN BUKU UKHUWAH

Atas permintaan, Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia sedang dalam usaha untuk menerbitkan semula buku “131 Tanda Kecil Kiamat” yang juga menjadi buku rujukan kepada kelas-kelas  pengajian di Shah Alam, Gombak dan Akademi Ukhuwah Azuan, Machang, Kelantan.

Di samping itu juga Tim Penerbitan Ukhuwah sedang dalam proses menyunting sebuah lagi buku hasil sentuhan panelis Tuan Hassan Tuan Lah berjudul “Hadith Maqlubah Edisi Revisi 2024”.

Justeru, Ukhuwah ingin berkongsi ruang kebaikan buat tuan/puan dengan sama-sama membantu menyumbang ke Dana Infaq Buku Ukhuwah yang dianggarkan berjumlah sebanyak RM5,000.00.

Sumbangan infaq tuan/puan amat berharga dan besar nilainya terhadap usaha ini kerana sedikit sebanyak akan dapat membantu lebih ramai lagi masyarakat untuk mempelajari dan memahami ilmu berteraskan Al-Quran dan hadith sahih. Semoga Allah SWT mengurniakan sebaik-baik ganjaran atas saham dakwah yang sangat bermakna ini.

Firman Allah SWT;

مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya. [ Al-Baqarah: 261]

آمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَأَنفِقُوا مِمَّا جَعَلَكُم مُّسْتَخْلَفِينَ فِيهِ فَالَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَأَنفَقُوا لَهُمْ أَجْرٌ كَبِيرٌ

Berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan belanjakanlah (pada jalan kebajikan) sebahagian dari harta benda (pemberian Allah) yang dijadikannya kamu menguasainya sebagai wakil. Maka orang-orang yang beriman di antara kamu serta mereka membelanjakan (sebahagian dari harta itu pada jalan Allah); mereka tetap beroleh pahala yang besar. [ Al-Hadid: 7 ]

وَأَنفِقُوا مِن مَّا رَزَقْنَاكُم مِّن قَبْلِ أَن يَأْتِيَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوْلَا أَخَّرْتَنِي إِلَىٰ أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُن مِّنَ الصَّالِحِينَ

Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: “Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku – ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh.[Al-Munafiqun: 10]

🏧 Salurkan Infaq Tuan/Puan:

Nama: PERSATUAN UKHUWAH TEGUH MALAYSIA

Bank: Maybank Islamic Berhad

No Akaun:   562058070928

Ruj: InfaqBuku

☎️Sebarang pertanyaan sila hubungi pn Norsiah  https://wa.me/60192831337

Jazaakumullahu khayran.  Baarakallahu fiikum.

 

Ustaz Suhailan Safian

Pengerusi

Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia

sesi 2024 – 2026

 

https://linktr.ee/uito

 

Kempen Keahlian & Pembaharuan Yuran Tahunan Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia

0

‼️🔥KEMPEN KEAHLIAN & PEMBAHARUAN YURAN TAHUNAN PERSATUAN UKHUWAH TEGUH MALAYSIA (UKHUWAH)

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah pada 4 Jun 2024 genaplah 6 tahun penubuhan Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia (UKHUWAH).

Selaras dengan VISI UKHUWAH untuk membina ummah yang berilmu dan bertaqwa melalui penyebaran dakwah alam maya dan MISI menjadi platfom dakwah alam maya yang cekap dan unggul bertaraf antarabangsa yang merentasi sempadan, maka UKHUWAH dengan besar hati membuka ruang dan peluang kepada masyarakat umum dan pengikut di bilik-bilik telegram Universiti Islam Telegram Online (UiTO) untuk menyertai UKHUWAH sebagai Ahli Berdaftar.

Penyertaan tuan/puan akan sedikit sebanyak membantu kesinambungan perjalanan dakwah UKHUWAH yang dijalankan melalui kuliah berkala di Streamyard, kuliah online Bilik Telegram UiTO, penerbitan buku-buku ilmiah serta aktiviti kebajikan Skuad Prihatin UKHUWAH di seluruh negara.

❤️Keistimewaan menjadi Ahli UKHUWAH

Bermula dari 14 Jun 2024 Ahli baru yang menyertai Ukhuwah akan mendapat keistimewaan:

1. Buku percuma kitab “Salat Itu Mudah Jom Upgrade!” (Ahli Seumur Hidup sahaja)
2. Diskaun 10% ke atas buku-buku terbitan UKHUWAH
3. Diskaun 5% – 10% ke atas pembelian buku-buku dari rakan affiliate UKHUWAH
a. Pustaka Bushra https://bushraniaga.com/buku
b. Kedai Kitab Sunnah Hadi Akmal https://shopee.com.my/hadiakmal
4. Diskaun istimewa yuran penyertaan Konvensyen UiTO atau program yang dijalankan oleh UKHUWAH

📍Ahli UKHUWAH sedia ada juga akan menikmati diskaun yang serupa kecuali item 1.

Jom! jangan berlengah untuk melakukan perkara kebaikan kerana kita tidak tahu kebaikan manakah yang akan diterima oleh Allah SWT.

Borang keahlian boleh didapati di pautan berikut:
https://bit.ly/ahliUkhuwah2023

Yuran Daftar: RM10
Yuran Tahunan: RM20
Jumlah: RM30 (Tiga Puluh sahaja)

Atau
Yuran Daftar: RM10
Yuran Seumur Hidup: RM200
Jumlah: RM210 (Dua Ratus dan Sepuluh sahaja)

Atau
Pembaharuan Yuran Tahunan: RM20 (Dua Puluh sahaja)

Pembayaran boleh dibuat melalui:
Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia (PPM004-10-04062019)
Maybank
562058070928
Ruj: Yuran Ahli atau Daftar Ahli

ATAU klik:
https://ukhuwahteguh.onpay.my/order/form/yuran01

Untuk semak status Keahlian UKHUWAH
https://www.uito.org/2022/02/28/persatuan-ukhuwah-teguh-malaysia-ahli-berdaftar/

Pautan Bilik Aktif Telegram UiTO
https://t.me/bilikkuliahonlineUiTO

Ringkasan Pautan berkaitan UKHUWAH
https://linktr.ee/uito

Laman web rasmi UKHUWAH:
https://www.uito.org 

Pautan Facebook UKHUWAH:
https://www.facebook.com/ukhuwahteguh

Mohon uar-uarkan juga mengenai keahlian UKHUWAH kepada rakan dan keluarga untuk sama-sama kita mengambil manfaat dari ilmu yang disampaikan.

⁉️Sebarang pertanyaan sila hubungi AJK UKHUWAH
@NorM99 – http://www.wasap.my/601135575699
@LanMK – 0122643121
@ZahiriP7 – 0195662946

جزاكم الله خيرا
بارك الله فيكم

Semoga Allah SWT memudahkan urusan kita semua.

Cepat & Berkualiti.

SUHAILAN SAFIAN
Pengerusi
Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia
Sesi 2024-2026

SnJ Qurban: Sahihkah Hadith Haiwan Qurban Jadi Tunggangan Titian Sirat?

0

📚📖✍

🔴 Sahihkah hadith berkaitan haiwan qurban akan menjadi haiwan tunggangan ketika melalui Titian Sirat?

🔴 Adakah boleh menggunakan hadith tersebut untuk fadhail amal?


Semua hadith berkaitan haiwan qurban menjadi haiwan tunggangan semasa Titian Sirat adalah Dhaif.

Contoh hadith:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اسْتَفْرِهُوا ضَحَايَاكُمْ ، فَإِنَّهَا مَطَايَاكُمْ عَلَى الصِّرَاطِ

Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه, ia berkata, Rasulullah ﷺ bersabda:

“Perbaguskanlah haiwan qurban kalian, kerana ia akan menjadi tunggangan kalian melewati Sirat”
(Al-Dailami di dalam Musnad Al-Firdaus no. 268)

Tahqiq Hadith:
Amat dhaif.
Syaikh Al-Albani di dalam Silsilah Adh-Dha’ifah (74)


Hadith yang amat dhaif tidak boleh diamalkan.
Boleh diamalkan sekiranya dhaif ringan seperti hadith yang ada dalam sunan At-Tirmizi‎. Ini kerana Imam At-Tirmizi رحمه الله‎ mengatakan bahawa hadith dhaif dalam sunannya boleh diamalkan.

Nota kaki:
Targheeb ≈ Fadilat Amal

@bicarathtl
#SnJbicarasunnahC

#Ilmu

#Amal

#Prihatin

SnJ Qurban: Apakah Hukum dan Dalil berkongsi seekor haiwan (lembu atau unta) untuk Qurban dan Aqiqah?

0

🔴 Apakah hukum dan dalil berkongsi seekor haiwan (lembu atau unta) untuk qurban dan aqiqah?


Dalil hadith:

نَحَرْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم عَامَ الْحُدَيْبِيَةِ الْبَدَنَةَ عَنْ سَبْعَةٍ وَالْبَقَرَةَ عَنْ سَبْعَةٍ

“Kami telah melakukan korban bersama-sama Rasulullah ﷺ pada tahun Hudaibiyah dengan unta yang dikongsi dengan 7 bahagian dan lembu yang dikongsi dengan 7 bahagian”. [Muslim no. 1318, Abu Daud no. 2809, At-Tirmidzi no. 1502]

Dalil yang sama untuk semua mazhab, akan tetapi mereka berkhilaf dengan istilah haiwan, aqiqah, nazar dan dam.
Juga fiqh maqasid untuk qurban dan aqiqah tersebut.

1. Mazhab Maliki dan Hanbali:
Haiwan qurban dan aqiqah tidak sama dari segi maksud dan maqasidnya.

2. Mazhab Syafi’iy dan Hanafi:
Semua haiwan qurban, aqiqah, atau nazar, sama dari segi istilah dan maqasidnya, semua adalah qurbah, iaitu menumpahkan darah haiwan untuk mendekatkan diri kepada Allah ﷻ.

Maka, di sisi mazhab Maliki dan Hanbali, haiwan qurban tidak boleh dikongsi dengan haiwan aqiqah kerana tujuannya tidak sama.

Manakala mazhab Syafi’iy dan Hanafi, boleh berkongsi haiwan untuk qurban dan aqiqah kerana keduanya adalah qurbah.

Info:
Qurbah bermaksud mendekatkan diri kepada Allah ﷻ.

@bicarathtl
#SnJbicarasunnahC

#Ilmu

#Amal

#Prihatin

BIODATA AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN UKHUWAH TEGUH MALAYSIA SESI 2024-2026

0

BIODATA AJK PERSATUAN UKHUWAH TEGUH MALAYSIA SESI 2024 – 2026

PENAUNG

Nama: HJ Che Ab Rahim bin Mahmood

Nama Pena: Cikgu Rahim

Pendidikan:

SDAR Tg Malim, Perak (1970-1971)

SDAR Seremban, N Sembilan (1972-1977)

Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang – Bsc (Hons) Major Matematic (1978-1982)

Institut Perguruan Islam, Kajang, Selangor – Diploma Dakwah Perbandingan IPI 1995 [Mumtaz]

Akademi Islam Nilam Puri 2004 – Sijil Pengajian Ilmu Hadith 2004

Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Semarak, Kuala Lumpur – Diploma in Education (1984)

Kolej Sultan Zainal Abidin (KUSZA) Kuala Terengganu – Sijil Pengajian Islam (1992)

Profesion:

Pengasas Universiti Islam Telegram Online (UiTO) uito.org (ditubuhkan pada 2015)

Imam 1 Masjid Ar-Rahman, Seri Manjung, Perak (Tauliah JAIP sejak 2017)

Kuliah online setiap hari 7.50 am (Tafsir) 6.30 pm (Hadith) via Telegram, FB & TikTok

Bekas Ketua Jabatan Pengajian Am, IKM Lumut

Bekas Pendidik MRSM Kuala Terengganu, MRSM Kertih, Terengganu, MRSM Kuala Krai, Kelantan, MRSM Kuala Klawang, Negeri Sembilan, Kolej MARA Seremban, Negeri Sembilan.

Aktiviti Dakwah:

Terlibat dengan dakwah IM sejak 1980

Ahli Abim, Perkim, Ikram, Haluan

Pelopor AFN Yahoo groups

Pengkhususan bidang Matematik, tarbiah Islamiah, Ulum Hadith

Co-Founder Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia

 

PENGERUSI

Nama Penuh: Wan Suhailan bin Safian

Nama Pena: Ustaz Suhailan, Ibnu Sufian

Pendidikan:

SDAR, Seremban, Negeri Sembilan (1997)

Universiti Malaysia Sabah – Bachelor of Science in Forestry Management

Universiti Kebangsaan Malaysia – Master Conservation Biodiversity)

Profesion:

Datasonic Group Berhad

Tauliah Mengajar JAWI (2023 – 2026)

Tauliah Mengajar MAIS (2023 – 2025)

Pengajar Al-Quran di Pusat Tahfiz Darul Attiq, Gombak

Pengajar fiqh sunnah di masjid-masjid dan surau-surau

Guru-Guru Talaqqi:

Al-Sheikh Muhammad Asfandyar Dilawar Khan (Tafsir)

Dato’ Sheikh Abdul Halim bin Hj Osman (Tafsir)

Ustaz Ibrahim Mohd Raja (Fiqh)

Maulana Fakhrurazi Abd Rahman (Hadith)

Syeikh Wan Daud bin Wan Abdullah bin Syeikh Wan Idris al-Fatani (Tauhid)

Tempoh penglibatan dalam UiTO/Ukhuwah: 2015

 

TIMBALAN PENGERUSI I

Nama Penuh: Norsiah bt Mohamed

Nama Pena: Norsiah M

Pendidikan:

SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur (1981-1982)

Universiti Teknologi MARA – Diploma in Secretarial Studies (1983-1986)

Profesion:

Agen Hartanah Berdaftar (Leader), IQI Realty Sdn. Bhd.

Perancang Pewarisan Islam (PPI), MAIS (2022 – 2026)

Guru-Guru Talaqqi:

Maulana Hadi Yaakob (Tafsir 30 Juzu’)

Ustaz Baharuddin Ayudin, Semat Quran (Terjemahan AQ)

Ustaz Khairul Azli Nayan, Semat Quran (Hadith)

Ustaz Dr Kamilin Jamilin (Hadith)

Ustaz Dr Abdullah Yasin (Tafsir)

Penglibatan dalam UiTO:

Penerbit buku Ukhuwah (131 Tanda Kecil Kiamat (2020), Kitab Taharah Mudahkan Jangan Susahkan (2020), 131 Tanda Kecil Kiamat (Versi Kemas Kini) (2021),  Waktu Mustajab Doa (2021), Kitab Salat, Salat Itu Mudah Jom Upgrade! (2022)

Editor, web uito.org sejak 2015

Mantan Setiausaha Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia sesi 2020-2022

Co-Founder Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia (2019)

Tempoh penglibatan dalam UiTO/Ukhuwah: 2015

 

TIMBALAN PENGERUSI II

Nama Penuh: Tuan Hassan bin Tuan Lah @ Abdullah

Nama Pena: Abu Syaima’ dan thtl al-jazani

Pendidikan:

SDAR Seremban, Negeri Sembilan (1973-1979)

Universiti Teknologi MARA (UiTM) (Dip Plantation Management)

University of Michigan USA (BBA (Management)

University of Iowa USA (MBA Management)

Profesion:

Panelis sepenuh masa bilik telegram UiTO

Bekas Juruperunding Pembangunan Akademik (Kualiti dan Akreditasi) Universiti Jazan, Jazan City, Arab Saudi (2012)

Bekas Pensyarah Kanan UiTM

Bekas Pensyarah Kanan Universiti Telekom (MMU)

Internal Consultant, Quality & Productivity Division, TM Bhd (1999-2010).

Pencapaian:

Memperolehi 3 ijazah bidang Hadith dari Mesir.

Guru-Guru (Malaysia)

Dato Kaya Bakti, Ustaz Dahlan Muhammad Zain – Ahli Majlis Fatwa Perlis

Dato Alim Setia, Ustaz Ahmad bin Jusoh – Ahli Majlis Agama Islam Perlis

Ustaz Abdul Hadi Othman – Ahli Majlis Fatwa Perlis

Dr MAZA – Mufti Perlis

Guru-Guru (USA)

Dr Tareq Shweiden, Kuwait

Dr Muhammad al Khudary, Saudi Arabia

Guru-Guru Saudi Arabia

Syaikh Zaid al Madkhali,

Darul Hadith Samthah, Jizan

Guru Ilmu Sunnah & Islah:

Ustaz Adlan Abdul Aziz – grad Jordan

Ustaz Anwarudin Abdul Wahab – Bernama, grad Jordan

Guru fiqh:

Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa, MP Parit Buntar

Ustaz Ahmad Zainal Abidin, Pensyarah MMU, Melaka

Testimoni:

Imam & Khatib Masjid ITM Arau

Imam & Khatib UITM Dungun

Imam Masjid Kalamazoo Islamic Centre, Michigan USA

Imam & Khatib Des Moines Islamic Centre, Iowa USA

Imam & Khatib Masjid MMU Melaka

Imam & Khatib Masjid Telekom Taiping

Liku-liku dalam memahami Islam: bermula dengan madrasah Islam haraki, sekarang bermanhaj ASWJ yang global (borderless), non-partizan

Sumbangan di alam cyber:

Panel Fiqh bagi msm-net, Islah-net, al-Ahkam.net (AAN), dan al-Fikrah.net (AFN)

Co-Founder Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia

Panelis bilik telegram UiTO:

Bilik (01) Fiqh As Sunnah https://t.me/Fiqh_AsSunnah

Bilik (101) Fiqh Wanita https://telegram.me/joinchat/Aly88zv-PUqjKmlqeSvr-A

Bilik (03) Hadith https://t.me/IlmuHadith

Bilik (28) Bidaah Nusantara https://t.me/joinchat/Aly88zu2kuYeuuERF6n5vA

Bilik (49) Tanda-Tanda Kiamat https://t.me/joinchat/f5jUP5KAZcQ1YjM1

Bilik (63) Sifat Solat Nabi https://t.me/joinchat/AAAAAD1FVHJDrelf_3RFUA

Bilik (66) Kesalahan Dalam Solat https://t.me/joinchat/PXLHXbuWsoPMiJ_u

Channel (Nota dan Soal Jawab)

@KesalahanDidalamSolat

Tempoh penglibatan dalam UiTO/Ukhuwah: 2015

 

SETIAUSAHA

Nama Penuh: Hananzita bt Halim

Nama Pena: Hanan

Pendidikan:

SMK Naim Lilbanat, Kota Bharu, Kelantan (1994)

Universiti Malaya, Master of Library & Information Science (2004)

Profesion:  Freelance editor UiTO

Tempoh penglibatan dalam UiTO/Ukhuwah: 2017

 

TIMBALAN SETIAUSAHA

Nama Penuh: Mazlan bin Mohd Khalid

Nama Pena: Lan MK

Pendidikan:

Sekolah Tinggi Muar, Johor (1981)

Universiti Teknologi MARA, Diploma Perakaunan

Profesion:  Pesara

Guru-Guru Thalaqqi:

Dr Danial Zainal Abidin

Almarhum Ustaz Abdullah Akhili (Haraki)

Mantan Juruaudit Ukhuwah sesi 2020-2024

Tempoh penglibatan dalam UiTO/Ukhuwah: 2016

 

BENDAHARI

Nama Penuh: Abdul Jamil bin Yahaya

Nama Pena: AJY

Pendidikan:

Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh, Perak (80-84)

University of Wollongong, Australia, Bachelor in Engineering (1986-1990)

Profesion: Pengurus syarikat swasta

Guru-guru Talaqqi:

Ust Dr Abdullah Yasin (Tafsir)

Ust Sofwan Badrie (Aqidah)

Maulana Hadi Yaakob (Tafsir)

Dr Ust Kamilin Jamilin (Hadith)

Tempoh penglibatan dalam UiTO/Ukhuwah: 2015

Co-Founder Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia

 

TIMBALAN BENDAHARI

Nama Penuh: Zahiri bin Zubir

Nama Pena: Zahiri

Pendidikan:

SMK Padang Besar Utara, Perlis (2004)

Sijil Jurulatih BUDAYA (JKKN), Jurulatih Sukan (JPN, MSN, PERSILAT DAN PESAKA Malaysia)

Pengurusan Majlis (JKKN), Kursus Wartawan Citizen Journalist (Malaysiakini)

Profesion:

Tukang masak dan pembantu Restoran

Sukarelawan masjid dan bahagian agama (2007-2024)

Pegawai masjid

Jurulatih Sukan dan Budaya JKKN

Guru-Guru Thalaqi

Ustaz Ihsan Idris 2001-2004 (Fiqh)

Dr Hazman Hassan 2005-2006 (Sirah Nabawiyah), (Usul Salasah)

Ustazah Zamzila 2005-2006 (Bahasa Arab dan Harfiah)

Ustaz Rashid Idris 2008 – 2009 (Hadith 40)

Ustaz Kadir Sahak 2010 – 2011 (Hadith 40)

Prof Madya Utz Yusof Amin 2008-2009 (I’rab dan Sirah)

Ustaz Rizal Azizan 2010-2012 (Tajuk umum)

Ustaz Daliluddin 2010-2011 (Bahasa Arab)

2010-2011

Cikgu Bakr Adurrahman 2017-2018 (Tahsin)

Ustaz Asnan 2022-2024 (Tajwid)

Aktif sebagai jurukamera tetap kuliah agama dan Youtuber Islah Perlis

(2010-2012)

Tempoh penglibatan dalam UiTO/Ukhuwah: 2016

 

AHLI JAWATANKUASA

Nama Penuh: Sapuan bin Mazlan

Nama Pena:  Abu Zahra

Pendidikan

SMK Bukit Lima, Sibu (2006)

Universiti Utara Malaysia, Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam (PJJ)

Universiti Malaya, Diploma Eksekutif Syariah (PJJ)

Profesion: Banker

Guru-Guru Thalaqqi:

Maulana Asri (Pengajian Hadith)

Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, Bekas Mufti W.Persekutuan (Kitab Sahih Bukhari)

Ustaz Abdul Razak Muthalib (Disiplin Ilmu Hadith)

Ustaz Mustafar Mohd Suki (Khilaf Perbezaan Pendapat)

Dr RORA – (Hadith)

Prof Dr Ishak Sulaiman (Hadith)

Dr Idris Sulaiman

Tempoh penglibatan dalam UiTO/Ukhuwah: 2021

 

AHLI JAWATANKUASA

Nama Penuh: Hasrul Hafize bin Mamat

Nama Panggilan: Hasrul

Pendidikan:

SMK Seberang Marang, Terengganu (2005)

Kolej Kesihatan Awam Batu Rakit, Terengganu (Sijil Pembantu Kesihatan Awam)

Profesion:

Pembantu Kesihatan Awam di Jabatan Kesihatan Negeri Perlis

Tempoh penglibatan dalam Ukhuwah: 2021

 

JURUAUDIT 1

Nama Penuh: Zolkefli bin Zainol

Nama Panggilan: Zol

Pendidikan:

SMK Kulim, Kedah (1978)

Profesion: Berniaga

Guru-Guru Thalaqqi:

Tuan Guru Ustaz Shahul Hamid (Pengajian Pondok)

Datu Ustaz Shamsuri Hj Ahmad (Hadith dan Tafsir)

Tasawwur Islam Maahad Tahfiz Darul Tahzib Teluk Kumbar, P. Pinang.

Tempoh penglibatan dalam UiTO/Ukhwah: 2018

 

JURUAUDIT 2

Nama Penuh: Ainul Arifin bin Ahmad Rapaai

Nama Panggilan: Ainul Ariffin

Pendidikan:

Ma’ahad As-Sultan Ahmad Shah AD-DINI, bandar Jengka, Pahang (2003)

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UIAM (Ijazah Sarjana Muda Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, Pengkhususan Al-Quran dan As-Sunnah (2010)

Profesion: Guru Pendidikan Islam KPM

Tempoh penglibatan dalam UiTO/Ukhuwah: 2019

 

KETUA KLUSTER UKHUWAH

Kluster Dakwah: Tuan Hassan Tuan Lah

Kluster Ekonomi: Ainul Arifin Ahmad Rapaai

Kluster Penerbitan: Norsiah Mohamed

Ketua Kluster Kebajikan: Suripahyon Bahari

Skuad Prihatin Utara: Zolkefli Zainol & Hasrul Hafizie Mamat

Skuad Prihatin Selatan: Nurjihan Jalal & Ahmad Sirajuddin Othman

Skuad Prihatin Timur: Ainul Arifin Ahmad Rapaai

Skuad Prihatin Tengah: Suripahyon Bahari & Norsiah Mohamed

Skuad Borneo: Jim Amin & Sapuan Mazlan

 

VISI

Membina ummah yang berilmu dan bertaqwa melalui penyebaran dakwah alam maya

MISI

Menjadi Platform dakwah alam maya yang cekap dan unggul bertaraf antarabangsa yang merentasi sempadan

MOTO

Cepat & Berkualiti

MATLAMAT

Membentuk masyarakat Islam yang celik sunnah, bertaqwa, hormat-menghormati dan bersangka baik terhadap orang lain

OBJEKTIF

  1. Menyediakan platform pendidikan sunnah yang kukuh kepada masyarakat dan orang awam secara alam maya
  2. Menyantuni dan menyambung ukhuwah sesama ahli dan bukan ahli melalui program-program kemasyarakatan

 

#Ilmu

#Amal

#Prihatin

Tafsir Surah Al-An’Am: Tafsir Ayat Ke-160 hingga Ke-165

0

Tafsir Surah Al-An’Am
Tafsir Ayat Ke-160

مَن جَآءَ بِٱلحَسَنَةِ فَلَهُ ۥ عَشرُ أَمثَالِهَا‌ۖ وَمَن جَآءَ بِٱلسَّيِّئَةِ فَلَا يُجزَىٰٓ إِلَّا مِثلَهَا وَهُم لَا يُظلَمُونَ

Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya; dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka dia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikit pun).

مَن جَاءَ بِالْحَسَنَةِ

Barangsiapa datang membawa amal yang baik,

Iaitu apabila datang mengadap kepada Allah ‎ﷻ di hari akhirat nanti. Setiap daripada kita akan datang kepada Allah ‎ﷻ dan akan ditunjukkan apa yang kita buat semasa di dunia. Setiap daripada kita akan bertemu dengan Allah ‎ﷻ. Apakah nanti yang kita akan tunjukkan? Apakah bekalan kita nanti?

Ada yang berpendapat yang perkataan الْحَسَنَةِ itu adalah kalimah la ilaha illallah; dan ada yang mengatakan yang ia bermaksud apa sahaja perbuatan yang baik. Semua amal baik akan dikira dan akan dibalas di akhirat kelak. Maknanya amal baik yang kita lakukan bukanlah percuma sahaja.

Amal baik itu Allah ‎ﷻ pandang penting sehinggakan Allah ‎ﷻ menggunakan ال pada perkataan الْحَسَنَةِ itu. Kadang-kadang kita tidak sangka perbuatan kita itu ada pahala. Sebagai contoh, selalu kita senyum kepada orang lain. Kita sangka ia tidak ada apa-apa kebaikan pun kerana sedikit sahaja, tetapi ia berharga bagi Allah ‎ﷻ. Ada pahala daripada senyuman itu yang akan kita bawa kepada Allah ‎ﷻ nanti.

Kenapakah digunakan kalimat جَاءَ بِالْحَسَنَةِ (datang dengan kebaikan) dan bukannya عَمِلَ بِالْحَسَنَةِ (beramal dengan kebaikan)? Ini kerana ia akan dibalas kalau kekal amalan itu. Bukan setakat amal sahaja tetapi kemudian hapus oleh kerana sebarang sebab tertentu. Sebagai contoh, perbuatan syirik akan menghapuskan semua amal kebaikan sehinggakan tidak ada pahala yang tinggal lagi. Atau, sedekah yang diikuti dengan keburukan mengungkitnya. Maka, pahala kebaikan itu tidak akan dibalas. Ini kerana apabila ia sudah hapus, tidak ada apa-apa amal kebaikan yang dibawa datang ke akhirat.

فَلَهُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا

maka baginya (pahala) sepuluh kali lipat amalnya;

Pahala daripada amalan baiknya itu akan digandakan bagaikan seseorang itu telah membuat amal itu sepuluh kali, padahal dia hanya buat sekali sahaja. Sepuluh kali ganda itu adalah minimum. Allah ‎ﷻ boleh berikan berkali-kali ganda lebih lagi. Allah ‎ﷻ boleh berikan 700 kali ganda, malah boleh beri lebih lagi.

Bayangkan kalau kita sudah berniat sahaja, Allah ‎ﷻ sudah suruh malaikat tuliskan pahala amalan itu. Padahal belum buat pun lagi, cuma baru berniat sahaja. Kalau kita tidak dapat melakukannya kerana sebab-sebab tertentu, kita tetap akan mendapat pahala itu. Kalau kita buat, Allah ‎ﷻ akan beri pahala berganda pula. Inilah rahmat Allah ‎ﷻ kepada kita. Buat sedikit, tetapi dibalas banyak. Ma sha Allah.

وَمَن جَاءَ بِالسَّيِّئَةِ

dan barangsiapa yang datang membawa perbuatan jahat

Malang sekali kalau kita bawa dosa ke hadapan Allah ‎ﷻ tetapi kita makhluk yang memang tidak sunyi daripada melakukan kesilapan dan dosa. Kita telah baca bagaimana Allah ‎ﷻ membalas kebaikan yang kita lakukan. Bagaimana pula dengan dosa yang kita lakukan pula?

فَلَا يُجْزَىٰ إِلَّا مِثْلَهَا

maka dia tidak diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatannya,

Kejahatannya tidak digandakan. Dibalas mengikut perbuatannya sahaja. Berbeza dengan amalan kebaikan tadi yang Allah ‎ﷻ akan gandakan.

Kalau seseorang berniat hendak melakukan kejahatan, tidak ditulis lagi dosa itu. Dan kalau dia meninggalkan niatnya itu, dia akan mendapat pahala pula kerana meninggalkan niat jahatnya. Ma sha Allah, begitu besarnya rahmat Allah ‎ﷻ kepada kita!

وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ

sedang mereka sedikit pun tidak dianiaya (dirugikan).

Kita tidak akan rugi kerana apa sahaja kebaikan yang kita lakukan, akan dibalas tanpa ditinggalkan sedikit pun. Ini kerana Allah ‎ﷻ Maha Tahu dengan segala perbuatan kita. Dalam dunia ini, belum tentu kita dapat balasan daripada bos tempat kerja kita kerana mungkin bos itu tidak tahu kebaikan yang kita telah lakukan. Tetapi Allah ‎ﷻ Maha Tahu.

Selain itu juga, kita tidak akan diseksa kalau kita tidak melakukan kesalahan. Bayangkan bagaimana kadang-kadang manusia terpaksa merengkok dalam penjara walaupun dia tidak melakukan kesalahan tetapi telah ditohmah. Namun dengan Mahkamah Allah ‎ﷻ, tidak akan jadi begitu.

Allah ‎ﷻ hanya membalas dengan adil. Tidaklah ada kezaliman pada Allah ‎ﷻ. Mana tidak, sedangkan kebaikan dibalas berganda, dan kejahatan hanya dibalas sama dengan kejahatan itu sahaja. Maka di mana pula kezaliman Allah ‎ﷻ, bukan? Ini juga menyebabkan kita lebih menghargai Allah ‎ﷻ di atas segala nikmat yang telah diberikannya kepada kita.

Tafsir Ayat Ke-161

Sekarang kita sampai kepada ayat-ayat penutup surah ini.

قُل إِنَّنِى هَدَٮٰنِى رَبِّىٓ إِلَىٰ صِرٰطٍ مُّستَقِيمٍ دِينًا قِيَمًا مِّلَّةَ إِبرٰهِيمَ حَنِيفًا‌ۚ وَمَا كَانَ مِنَ ٱلمُشرِكِينَ

Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku telah diberikan petunjuk hidayah oleh Tuhanku ke jalan yang betul lurus, (kepada) ugama yang tetap teguh, iaitu ugama Nabi Ibrahim yang ikhlas, dan tiadalah dia dari orang-orang musyrik”.

قُل إِنَّنِى هَدَٮٰنِى رَبِّىٓ

Katakanlah: Sesungguhnya aku telah ditunjuki oleh Tuhanku

Apabila kaumnya masih tidak mahu ikut, maka Nabi Muhammad ﷺ disuruh berkata begini kepada mereka iaitu beritahu yang baginda telah diberi hidayah oleh Allah ‎ﷻ. Begitu juga dengan kita boleh berkata begini. Kalau orang yang kita ajak kepada Islam yang benar tidak juga mahu ikut, maka beginilah kita katakan kepada mereka.

Bukan kita yang buat sendiri agama ini tetapi kita telah diberi petunjuk oleh Allah ‎ﷻ. Allah ‎ﷻ yang mengajar kita melalui Al-Qur’an dan hadith yang disampaikan oleh Nabi Muhammad ﷺ.

إِلَىٰ صِرٰطٍ مُّستَقِيمٍ

kepada jalan yang lurus,

Allah ‎ﷻ membawa Rasul ke jalan yang lurus. Dan semoga Allah ‎ﷻ membawa kita juga kepada jalan yang lurus iaitu jalan ke syurga. Oleh itu, jikalau kita mahu masuk syurga, maka hendaklah kita ikut Al-Qur’an dan sunnah, tidak ada jalan lain lagi. Amat banyak jalan agama yang ada sekarang, tetapi yang selamat adalah yang berlandaskan Al-Qur’an dan Sunnah sahaja.

دِينًا قِيَمًا

(iaitu) agama yang benar,

Islam adalah agama yang tegak, yang lurus, yang benar, dan ia juga adalah agama yang mengajak manusia untuk menjadi lurus. Maka, sesiapa yang mengikut agama ini akan juga berada di atas jalan yang lurus dan jalan yang selamat. Dan inilah yang kita kehendaki, bukan?

مِّلَّةَ إِبرٰهِيمَ حَنِيفًا‌ۚ

agama Ibrahim yang lurus,

Agama yang Nabi Muhammad ﷺ bawa ini adalah seperti agama Nabi Ibrahim عليه السلام juga. Baginda adalah ikon keagamaan bagi banyak agama seperti Yahudi, Nasrani dan Muslim. Malah Musyrikin Mekah juga kata mereka ikut agama peninggalan Nabi Ibrahim عليه السلام dan Nabi Muhammad ﷺ pun kata baginda mengikut agama Nabi Ibrahim عليه السلام juga. Tetapi kenapa ada banyak perbezaan? Siapakah sebenarnya yang mereka ikut?

Perkataan حَنِيفًا juga membawa maksud agama yang menyembah Tuhan yang satu. Memang Nabi Ibrahim عليه السلام tidak pernah melakukan syirik dengan menyembah tuhan selain Allah ‎ﷻ. Tetapi mengapa Musyrikin Mekah ada tuhan selain Allah ‎ﷻ?

وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

dan Ibrahim itu bukanlah termasuk orang-orang musyrik

Nabi Ibrahim عليه السلام tidak melakukan syirik tetapi kenapa mereka membuat syirik sedangkan mereka kata mereka mengikut peninggalan agama Nabi Ibrahim عليه السلام? Selalu apabila disebut tentang millah Nabi Ibrahim عليه السلام, Allah ‎ﷻ akan tambah yang baginda tidak termasuk orang musyrikin. Ini kerana ramai yang menyangka baginda juga ada membuat syirik, maka Allah ‎ﷻ menafikan di dalam Al-Qur’an.

Ayat ini adalah juga untuk menolak pegangan sesetengah orang dan sesetengah agama yang mengatakan bahawa Nabi Ibrahim عليه السلام pernah melakukan syirik. Sama ada dalam kalangan Yahudi, Nasrani ataupun Musyrikin Mekah. Ayat ini membersihkan nama Nabi Ibrahim عليه السلام. Bukankah ada ayat yang menceritakan bagaimana baginda mengatakan yang bintang itu tuhannya, kemudian bulan itu tuhannya dan kemudian matahari pula tuhannya? Kita telah jelaskan di dalam perbincangan ayat itu bahawa itu semua adalah helah Nabi Ibrahim عليه السلام untuk mengajar tauhid kepada kaumnya. Bukannya Nabi Ibrahim عليه السلام benar-benar percaya yang bintang, bulan dan matahari itu tuhannya.

Allah ‎ﷻ hendak membersihkan nama baginda kerana memang ada dalam pengajaran Yahudi dan Kristian yang mengatakan yang di hujung hayat baginda, baginda telah menjadi musyrik! Nauzubillah! Amat buruk apa yang mereka katakan tentang Nabi Ibrahim عليه السلام. Maka Allah ‎ﷻ membersihkan nama baginda dalam ayat ini.

Tafsir Ayat Ke-162

Ini adalah ayat ‘Perjanjian’ kita dengan Allah ‎ﷻ. Yang kita selalu baca dalam doa iftitah dalam salat. Allah ‎ﷻ suruh Nabi ﷺ beritahu kesimpulan agama kepada manusia.

قُل إِنَّ صَلَاتِى وَنُسُكِى وَمَحيَاىَ وَمَمَاتِى لِلَّهِ رَبِّ ٱلعَـٰلَمِينَ

Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

قُلْ إِنَّ صَلَاتِي

Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku,

Sebelum ini, telah disebut tentang Nabi Ibrahim عليه السلام. Jika benar golongan Mekah itu memang mengikut ajaran Nabi Ibrahim عليه السلام, maka hendaklah mereka juga mengikut apa yang Nabi Ibrahim عليه السلام lakukan. Nabi Ibrahim عليه السلام selalu melakukan salat, bahkan Musyrikin Mekah memang ada melakukan salat sebelum Nabi Muhammad ﷺ diangkat menjadi Nabi lagi. Ini adalah kerana memang itu adalah ajaran nabi-nabi terdahulu pun, termasuklah Nabi Ibrahim عليه السلام.

Ayat ini mengingatkan kita yang salat yang kita lakukan hari-hari itu adalah kerana Allah ‎ﷻ. Ia adalah arahan daripada Allah ‎ﷻ, dan kerana kita taat kepada Allah ‎ﷻ, maka kita melakukan ibadat salat itu.

وَنُسُكِي

dan ibadatku

Digunakan untuk bermaksud ibadat-ibadat yang kita lakukan kerana Allah ‎ﷻ. Asalnya ia bermaksud ‘sembelihan’ iaitu bermaksud apa sahaja yang kita sembelih dalam ibadah korban kita hanyalah untuk Allah ‎ﷻ dan bukan untuk selain Allah ‎ﷻ. Ini kerana kita telah belajar bagaimana surah ini menyentuh berkenaan binatang-binatang yang disembelih. Puak Musyrikin Mekah ada menyembelih binatang kerana tuhan-tuhan sembahan mereka yang lain.

Ia juga boleh diibaratkan kepada Haji (kerana itu ada perkataan ‘manasik Haji’). Korban dan Haji adalah dua jenis ibadat yang melibatkan pengeluaran harta.

Perkataan ini juga digunakan untuk merangkumi ibadat-ibadat yang lain juga dan tidak hanya untuk ibadat sembelihan sahaja. Maknanya ia telah digunakan untuk penggunaan maksud umum (merangkumi semua ibadah yang lain).

Ibadat yang kita lakukan mestilah hanya untuk Allah ‎ﷻ. Jangan ada ibadat kepada selain Allah ‎ﷻ. Maka jangan kita berzikir kepada selain Allah ‎ﷻ. Oleh kerana itu jangan hadiahkan bacaan Surah Fatihah kepada Nabi. Banyak telah kita sebutkan tentang kesalahan yang dilakukan oleh umat Islam negara ini yang dilakukan kerana mereka tidak tahu tentang agama. Mereka tidak perasan yang mereka telah melakukan syirik tanpa mereka sedari.

وَمَحْيَايَ

dan hidupku

Adakah dalam kehidupan ini kita hidup berlandaskan Islam? Sebagai manusia, tentu kita mempunyai cita-cita untuk menjadi sesuatu dalam dunia ini. Ada yang hendak menjadi kaya, ada yang hendak menjadi pandai, ada yang ingin menjadi terkenal dalam masyarakat. Allah ‎ﷻ mengingatkan dalam ayat ini bahawa cita-cita kita di dalam dunia ini sebenarnya adalah untuk mencari redha Allah ‎ﷻ.

Jangan kita terikut-ikut dengan cara pemikiran manusia lain yang hanya mementingkan kehidupan mereka di dunia ini. Kita hidup bukanlah hanya untuk memenuhi keinginan kita kepada dunia, kepada keluarga, kepada kesenangan dan tidak juga untuk menghabiskan masa dengan kerja-kerja di pejabat. Hidup kita ini perlu dikorbankan untuk Allah ‎ﷻ.

وَمَمَاتِي

dan matiku

Kita mahu apabila kita mati nanti kita berada di atas jalan agama Islam yang benar. Kita sanggup mati untuk memperjuangkan Islam. Semoga kita dimatikan di dalam agama Islam. Aameen.

Lihatlah sampai ke mati pun kita kena ikut suruhan daripada Allah ‎ﷻ. Bukankah selepas kita mati masih ada lagi hal-hal yang berkaitan agama? Seperti hal faraid, wasiat dan sebagainya.

لِلَّهِ رَبِّ ٱلعَـٰلَمِينَ

untuk Allah, Tuhan semesta alam.

Ini bermakna semuanya kita lakukan hanyalah untuk Allah ‎ﷻ. Inilah formula hidup kita di dunia ini, selagi mana kita hidup. Semuanya kita lakukan kerana Allah ‎ﷻ, untuk Allah ‎ﷻ. Dan apabila ia untuk Allah ‎ﷻ, maka ia hendaklah bebas daripada syirik.

Ayat ini amat berkait rapat dengan Nabi Ibrahim عليه السلام dan perjalanan hidup baginda:

1. kalimah صَلَاتِ – Nabi Ibrahim عليه السلام memang seorang yang kuat melakukan salat.

2. kalimah نُسُكِ – korban. Nabi Ibrahim عليه السلام telah diuji oleh Allah ‎ﷻ untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail عليه السلام.

3.kalimah مَحْيَا – kehidupan. Nabi Ibrahim عليه السلام pernah meminta Allah ‎ﷻ menunjukkan kepada baginda bagaimana Allah ‎ﷻ menghidupkan yang mati. Maka Allah ‎ﷻ telah memerintahkan baginda menyembelih empat ekor burung dan menceraikan bahagian tubuh burung-burung itu dan mencampur adukkan dan memecahkan kepada empat bahagian pula. Dan letakkan di empat buah bukit.

Allah ‎ﷻ telah menghidupkan keempat-keempat burung itu di hadapan mata baginda. Maka baginda telah melihat sendiri bagaimana Allah ‎ﷻ menghidupkan makhluk yang mati. Kisah ini Allah ‎ﷻ sebutkan dalam [ Baqarah: 260 ]

4. kalimah مَمَاتِي – Nabi Ibrahim عليه السلام diajar bagaimana Allah ‎ﷻlah yang mematikan. Raja Namrud telah memasukkan baginda ke dalam api yang besar untuk membunuh baginda. Walaupun baginda dimasukkan ke dalam api yang besar, tetapi kalau bukan ketentuan Allah ‎ﷻ untuk mematikannya, baginda tidak akan mati. Kisah ini disebut dalam [ Anbiya: 69 ]

Dalam ayat ini juga, kita diajar untuk menumpukan perhatian kepada Allah ‎ﷻ dalam salat kita. Kemudian Allah ‎ﷻ mengajar kita untuk berkorban setiap tahun kepada Allah ‎ﷻ. Apabila sudah dilatih begitu, kita dibawa untuk menumpukan hidup kita seluruhnya untuk Allah ‎ﷻ. Kemudian sampai kepada tahap yang kita pun sanggup mati kerana Allah ‎ﷻ.

Banyak perkara kita boleh lakukan untuk Islam. Tidak semestinya semua Muslim kena mengajar, menjadi ustaz atau ulama’. Kita masing-masing ada tugas kita yang kita mampu lakukan. Kita kena pandai mencari bagaimana kita boleh berkhidmat kepada Islam.

Sebagai contoh, untuk kerja-kerja dakwah, tentunya memerlukan kewangan yang besar. Mungkin kita orang itu, yang memberi wang pada jalan dakwah. Sebagai contoh, lihatlah bagaimana Khadijah رضي الله عنهاlah yang telah membiayai dakwah Nabi ﷺ di awal Islam.

Tafsir Ayat Ke-163

لَا شَرِيكَ لَهُ ۥ‌ۖ وَبِذٰلِكَ أُمِرتُ وَأَنَا أَوَّلُ ٱلمُسلِمِينَ

Tiada sekutu bagi-Nya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama – (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)”.

لَا شَرِيكَ لَهُ

Tiada sekutu bagi-Nya;

Allah ‎ﷻ tidak mempunyai sekutu dan Allah ‎ﷻ tidak memerlukan sekutu apa pun. Kalau kita buat kerja, mungkin kita memerlukan orang lain untuk menolong kita, bukan? Namun Allah ‎ﷻ tidak memerlukan sesiapa untuk menolong-Nya.

Jika kita mahu bandingkan dengan ayat sebelum ini tentang memberi kehidupan kita kepada Islam, maka ayat ini menolak kita memberikan hidup kita kepada selain Allah ‎ﷻ. Sebagai contoh, ada manusia yang memberikan seluruh usahanya untuk negaranya, sampaikan dia melupakan Allah ‎ﷻ, tidak berkhidmat untuk Allah ‎ﷻ. Ada juga yang mementingkan parti politiknya. Jangan kita jadi begitu.

وَبِذَٰلِكَ أُمِرْتُ

dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku

Inilah arahan kepada Nabi daripada Allah ‎ﷻ. Itulah arahan daripada Allah ‎ﷻ kepada kita juga untuk mendedikasikan ibadat dan kehidupan kita dan kematian kita untuk Allah ‎ﷻ.

وَأَنَا أَوَّلُ الْمُسْلِمِينَ

dan aku adalah orang yang awal-awal menyerahkan diri (kepada Allah)

Nabi Muhammad ﷺ adalah Muslim pertama dalam umat baginda. Ini kerana setiap Nabi adalah Muslim pertama dalam umatnya. Ayat ini mengajar kita kepentingan untuk menyerahkan diri kita kepada Allah ‎ﷻ. Perkataan ‘Islam’ itu sendiri bererti ‘menyerah diri’.

Ayat ini juga mengajar kita untuk menjadi orang yang mula-mula untuk menyerahkan diri kepada Allah ‎ﷻ. Kalau tidak ada orang lain yang buat, maka kita lah yang perlu menjadi contoh kepada mereka.

Sebagai contoh, mungkin kitalah orang pertama dalam keluarga kita yang menunaikan haji atau umrah; atau kitalah orang yang pertama dalam keluarga kita yang belajar tafsir Al-Qur’an dan kemudian kita ajak mereka untuk belajar juga. Maknanya, kita jangan tunggu orang lain buat dulu. Kita kenalah mulakan dan biarlah kita yang di hadapan.

Tafsir Ayat Ke-164

قُل أَغَيرَ ٱللَّهِ أَبغِى رَبًّا وَهُوَ رَبُّ كُلِّ شَىءٍ وَلَا تَكسِبُ ڪُلُّ نَفسٍ إِلَّا عَلَيہَا‌ۚ وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزرَ أُخرَىٰ‌ۚ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّكُم مَّرجِعُكُم فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُم فِيهِ تَختَلِفُونَ

Katakanlah: “(Sesudah aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya) patutkah aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia lah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya; dan seseorang yang memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu Dia menerangkan kepada kamu akan apa yang kamu berselisihan padanya.

قُلْ أَغَيْرَ اللَّهِ أَبْغِي رَبًّا

Katakanlah: “Patutkah aku mencari Tuhan selain Allah,

Nabi Muhammad ﷺ telah disuruh oleh puak-puak musyrikin untuk menyembah juga tuhan-tuhan berhala mereka. Kalau tidak sujud pun, sentuh sahaja sudah cukup. Kalau baginda buat begitu, maka mereka bersetuju untuk ikut juga ajaran Nabi Muhammad ﷺ. Maka inilah jawapan baginda kepada mereka. Tidak mungkin sama sekali kita hendak mencari tuhan yang lain, bukan?

وَهُوَ رَبُّ كُلِّ شَيْءٍ

padahal Dia adalah Tuhan bagi segala sesuatu.

Allah ‎ﷻlah yang mencipta dan memelihara segala sesuatu. Kenapa kita masih lagi mahu kepada yang lain sedangkan semuanya adalah makhluk kepada Allah ‎ﷻ.

وَلَا تَكْسِبُ كُلُّ نَفْسٍ إِلَّا عَلَيْهَا

Dan tidaklah seorang membuat dosa melainkan kemudaratannya kembali kepada dirinya sendiri;

Sekiranya kita berbuat dosa, sebenarnya kita yang akan merugikan diri kita sendiri. Kita akan dibalas dengan azab di neraka kelak. Maka, kena ingat perkara ini. Jangan kita sendiri menyusahkan diri kita.

وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَىٰ

dan seorang penanggung tidak akan memikul untuk orang lain.

Kita akan memikul dosa kita sendiri. Kita tidak boleh berikan dosa kita kepada orang lain. Orang lain juga tidak boleh mengambil dosa kita.

Ini juga mengajar kita supaya jangan salahkan orang lain di atas kesalahan diri kita atau kekurangan diri kita. Kita kena bertanggungjawab di atas kesalahan kita. Jangan nanti di akhirat hendak salahkan tok guru yang sesat kita ikut itu, tetapi kita juga bersalah kerana mengikutnya.

Memang kita tidak tanggung dosa orang lain. Akan tetapi kalau kita ajar ajaran salah kepada manusia, maka kita juga akan memikul dosa orang yang belajar dengan kita itu. Tidaklah dipikul semua dosa, tetapi kita pun akan ada saham juga. Maknanya sudahlah memikul dosa sendiri, ditambah lagi dengan dosa anak-anak murid. Maka, ini merupakan peringatan kepada golongan tok guru supaya berhati-hati dengan ajaran yang disampaikan. Jangan hanya sedap berkata: “Saya sampaikan sahaja….”.

ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّكُم مَّرْجِعُكُمْ

Kemudian kepada Tuhanmulah kamu kembali,

Di hujung-hujung surah ini, Allah ‎ﷻ mengingatkan kita bahawa kita semuanya akan mati. Kita semuanya akan bertemu dengan Allah ‎ﷻ nanti untuk menjawab perbuatan kita di dunia. Kita tidak akan hidup di dunia ini selama-lamanya – mati itu pasti. Oleh itu, sentiasa beringatlah dan berhati-hatilah dengan fahaman dan amalan kita semasa di dunia ini kerana kita tidak akan kekal selamanya di dunia.

فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ

dan akan diberitakan-Nya kepadamu apa yang kamu perselisihkan

Terdapat banyak perselisihan dalam dunia sekarang. Antaranya yang terbesar adalah perselisihan dalam agama. Perselisihan di dunia tentang agama akan diselesaikan di akhirat kelak. Di sana nanti, semua akan mengetahui dengan jelas manakah yang benar, manakah yang salah.

Di negara ini sekarang, kita boleh lihat bagaimana perselisihan agama ini berleluasa sekali. Ada yang salaf, ada yang khalaf, ada puak Habib, ada puak tarekat, ada puak Sufi, ada puak mengubat dan banyak lagi. Semuanya sangka dan yakin yang merekalah yang betul. Tidak benar pandangan begitu. Yang betul adalah mereka yang berpegang dengan Al-Qur’an dan Sunnah kerana itulah neraca agama. Itulah jalan yang selamat.

Mula-mula perpecahan akan dimulakan dengan perselisihan. Mulanya perselisihan itu mungkin sedikit, tetapi itulah nanti yang membawa kepada perpecahan ummah yang telah disebut dalam ayat-ayat sebelum ini.

Perselisihan memang akan sentiasa ada. Tidak semua perkara akan menemui satu penyelesaian, satu pendapat. Antara puak yang Sunnah pun ada perbezaan pendapat. Namun apa yang dimaksudkan adalah perselisihan dalam perkara dasar dalam agama. Bukanlah seperti perselisihan tentang feqah atau perkara perkara kecil.

Kita mungkin ada perbezaan dalam perkara feqah, tetapi dalam perkara tauhid, sepatutnya kita semua bersatu hati. Sebagai contoh, walaupun Imam-Imam mazhab itu berbeza pandangan dan hukum tentang feqah, namun dalam perkara tauhid, mereka semuanya sama.

Tafsir Ayat Ke-165

وَهُوَ ٱلَّذِى جَعَلَڪُم خَلَـٰٓٮِٕفَ ٱلأَرضِ وَرَفَعَ بَعضَكُم فَوقَ بَعضٍ دَرَجَـٰتٍ لِّيَبلُوَكُم فِى مَآ ءَاتَٮٰكُم إِنَّ رَبَّكَ سَرِيعُ ٱلعِقَابِ وَإِنَّهُ ۥ لَغَفُورٌ رَّحِيمُۢ

Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksa-Nya, dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

وَهُوَ ٱلَّذِى جَعَلَڪُم خَلَـٰٓٮِٕفَ ٱلأَرضِ

Dan Dialah yang menjadikan kamu pengganti-pengganti di bumi

‘Khalifah’ bermaksud pengganti-pengganti yang silih berganti. Kita sebenarnya menggantikan orang yang terdahulu dan kita akan digantikan dengan orang yang kemudian. Kita bukan tinggal di dunia ini untuk selama-lamanya. Ini adalah peringatan kepada Musyrikin Mekah.

Memang waktu itu mereka adalah penjaga Kaabah, mereka berkuasa, tetapi mereka tidak akan kekal hidup di dunia ini. Mereka akan mati dan mereka akan digantikan dengan orang lain. Tidak ada gunanya mereka berlagak sombong dengan kedudukan mereka di dunia kerana apabila mereka mati kelak, lama kelamaan, orang tidak kenal dan tidak ingat pun lagi kepada mereka.

وَرَفَعَ بَعضَكُم فَوقَ بَعضٍ دَرَجَـٰتٍ

dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian (yang lain) beberapa darjat,

Kedudukan kita dalam dunia ini berbeza-beza. Ada yang lebih pandai daripada orang lain, ada yang lebih cantik, ada yang daripada keturunan yang lebih mulia, ada yang banyak harta daripada orang lain, dan sebagainya. Allah ‎ﷻlah yang meletakkan manusia dalam berbagai-bagai kedudukan dan darjat itu.

Darjat yang berbeza juga adalah satu nikmat sebenarnya. Sekiranya semua kita kaya, huru hara dunia ini, kerana tidak ada orang sanggup buat kerja buang sampah. Tiada orang yang akan bekerja sediakan makanan untuk kita, dan sebagainya. Maknanya, apa yang Allah ‎ﷻ buat itu sudah elok dan molek sangat. Jangan kita persoalkan.

لِّيَبلُوَكُم فِى مَآ ءَاتَٮٰكُم

untuk mengujimu tentang apa yang diberikan kepadamu.

Kenapakah Allah ‎ﷻ meletakkan manusia dalam darjat-darjat yang berlainan? Allah ‎ﷻ yang menentukan semua ini dan ia adalah sebagai ujian kepada mereka. Untuk melihat bagaimana kita menjalani kehidupan kita dalam kedudukan kita itu.

Ingatlah, bahawa segala rahmat dan kesusahan adalah ujian daripada Allah ‎ﷻ. Jika kedudukan kita tinggi pun, itu adalah ujian juga sebenarnya. Bagi yang kaya, diberi ujian untuk mengeluarkan sedekah. Kepada yang miskin pula, ujian yang diberikan adalah ujian kesabaran. Untuk orang kaya, ujian berlainan daripada orang yang miskin. Namun tentunya semua ada ujiannya masing-masing. Tidak ada manusia yang hidup tanpa ujian.

Ujian-ujian yang diberikan kepada manusia semasa di dunia ini adalah untuk melihat sama ada mereka layak untuk masuk ke syurga ataupun tidak. Allah ‎ﷻ mahu lihat sama ada kita lulus ujian itu ataupun tidak. Barulah bernilai balasan yang Allah ‎ﷻ berikan jika kita telah melepasi ujian itu.

Ujian-ujian itu adalah untuk melihat sama ada kita sabar atau tidak, pemurah atau tidak, rajin atau tidak, dan bermacam-macam lagi ujian.

إِنَّ رَبَّكَ سَرِيعُ الْعِقَابِ

Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat seksaan-Nya

Apabila Allah ‎ﷻ memulakan perbicaraan di Mahsyar kelak, ia hanya mengambil masa setengah hari sahaja. Makhluk yang mula dilahirkan sampailah kepada mereka yang akhir sekali mati waktu Kiamat nanti, semuanya akan dibicarakan dalam masa setengah hari sahaja. Kemudian, mereka yang ahli neraka akan segera dimasukkan ke dalam neraka untuk menerima seksaan.

وَإِنَّهُ لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ

dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Kepada mereka yang beriman dan beramal ibadat, mereka akan diberi pengampunan oleh Allah ‎ﷻ kerana Allah ‎ﷻ bersifat Maha Penyayang kepada hamba-Nya yang beriman.

Berakhirlah sudah tafsir Surah al-An’am ini. Alhamdulillah – segala puji bagi Allah ‎ﷻ yang telah memberikan kekuatan dan taufiq untuk meneruskan usaha tafsir ini.

Ingatlah bahawa surah ini adalah surah yang terakhir yang diturunkan sebelum Nabi ﷺ berhijrah ke Madinah. Perkara utama yang disentuh di dalam surah ini adalah tentang tauhid. Surah ini banyak menceritakan tentang siapakah Allah ‎ﷻ kerana Allah ‎ﷻ memperkenalkan Diri-Nya dalam Al-Qur-an juga. Ini bertujuan supaya kita lebih beriman kepada-Nya.

Allahu a’lam.

#Ilmu#Amal#Prihatin

Popular

Iklan

Iklan