Utama Blog Halaman 48

Siri Tahqiq Al-Mathurat Syeikh Hassan Al-Banna: Zikir 15 – Tasbih Kifarah

0

Zikir 15: Tasbih Kifarah

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ

Maha Suci Engkau Ya Allah, segala puji bagi-Mu, aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau, aku memohon ampun kepada-Mu, dan aku bertaubat kepada-Mu.” (dibaca 3 kali)

 

Bacaan sebanyak 3 kali itu tiada asalnya.

 

Fadilat doa:

 

وعن أَبي بَرْزَة – رضي الله عنه – ، قَالَ : كَانَ رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يقولُ بأَخَرَةٍ إِذَا أرَادَ أنْ يَقُومَ مِنَ الْمَجْلِسِ : (( سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وبِحَمْدِكَ ، أشْهَدُ أنْ لا إلهَ إِلاَّ أنتَ أسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إليكَ )) فَقَالَ رَجُلٌ : يَا رسولَ الله ، إنَّكَ لَتَقُولُ قَوْلاً مَا كُنْتَ تَقُولُهُ فِيمَا مَضَى ؟ قَالَ : (( ذَلِكَ كَفَّارَةٌ لِمَا يَكُونُ في المَجْلِسِ )) رواه أَبُو داود ، ورواه الحاكم أَبُو عبد الله في ” المستدرك ” من رواية عائشة رضي الله عنها وقال : (( صحيح الإسناد )) .

Daripada Abu Barzah رضى الله عنه, beliau berkata, “Rasulullah ﷺ mengucapkan di akhir (pertemuan) ketika baginda akan bangun daripada majlis, ‘(سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وبِحَمْدِكَ ، أشْهَدُ أنْ لا إلهَ إِلاَّ أنتَ أسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إليكَ ). Lalu ada seseorang yang berkata, “Wahai Rasulullah, engkau mengucapkan ucapan yang belum pernah engkau ucapkan sebelumnya.” Baginda menjawab, “Itu adalah kafarah bagi dosa yang terjadi selama di dalam majlis.” (HR. Abu Daud, Al-Hakim Abu ‘Abdillah dalam Al-Mustadrak daripada riwayat ‘Aisyah رضى الله عنها dan dia mengatakan bahwa hadith ini sanadnya sahih). (HR. Abu Daud: 4859)

 

Tahqiq:

 

الراوي : أبو برزة الأسلمي نضلة بن عبيد | المحدث : الألباني | المصدر : صحيح الترغيب

الصفحة أو الرقم: 1517 | خلاصة حكم المحدث : صحيح

Dinilai sahih oleh al- Albani di dalam Sahih at-Targhib no: 1517.

Siri Tahqiq Al-Mathurat Syeikh Hassan Al-Banna: Zikir 14 – Wirid Pagi Dan Petang

0

Zikir 14: Wirid pagi dan petang 16/18: Selawat 10 kali

 

Dhaif.

 

اللهم صل على سيدنا محمدٍ وعلى آل سيدنا محمدٍ كما صليت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم وبارك على سيدنا محمدٍ وعلى آل سيدنا محمدٍ كما باركت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم في العالمين، إنك حميد مجيد (عشراً).

Ya Allah, limpahkanlah selawat dan salam kepada tuan kami Muhammad dan kepada keluarga tuan kami Muhammad sebagaimana Engkau telah melimpahkan selawat kepada tuan kami Ibrahim dan keluarga tuan kami Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Ya Allah, limpahkanlah keberkahan kepada tuan kami Muhammad dan keluarga tuan kami Muhammad sebagaimana Engkau telah melimpahkan keberkahan kepada tuan kami Ibrahim dan keluarga tuan kami Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.” (dibaca 10 kali)

 

Tahqiq:

 

Tambahan perkataan ‘Sayyidina’ atau ‘Tuan kami’ tidak sahih.

 

عن أبي الدرداء رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: “من صلى علي حين يصبح عشراً، وحين يمسي عشراً أدركته شفاعتي يوم القيامة” رواه الطبراني.

Daripada Abu al-Darda رضي الله عنه, dia berkata: Rasulullah ﷺ bersabda:“Barangsiapa yang ketika pagi hari berselawat untukku 10 kali , dan ketika petang berselawat untukku 10 kali maka ia akan mendapatkan syafaatku pada hari kiamat kelak.” (HR Tabrani)

 

Tahqiq:

 

ابن القيم رحمه الله في كتابه ” جلاء الأفهام ” (ص/63) إسناد الطبراني لهذا الحديث أنه قال : حدثنا محمد بن علي بن حبيب الطرائفي الرقي ، حدثنا محمد بن علي بن ميمون ، حدثنا سليمان بن عبد الله الرقي ، حدثنا بقية بن الوليد ، عن إبراهيم بن محمد بن زياد قال : سمعت خالد بن معدان ، يحدث عن أبي الدرداء به .

Menurut Ibnu Qayyim, di dalam kitab Jala’ al-Afham, ia dhaif kerana perawi Khalid bin Ma’adan dan Ibrahim bin Muhammad bin Ziyad.

 

وقد ضعف هذا الحديث الحافظ العراقي في “تخريج الإحياء” (1/441) ، والسخاوي في “القول البديع” (179) ، والشيخ مقبل الوادعي في ” الشفاعة ” (ص/270) .

 

Turut didhaifkan oleh al-Iraqi, takhrij al-Ihya’, Sakhawi: al-Qawl al-Badi’ dan Syeikh Muqbil al-Waada’iy: al-Syafaah.

 

Zikir 14: Wirid pagi dan petang 17/18: Tasbih, tahmid, tahil dan takbir 100 kali

 

Dhaif.

 

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ ، وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ

“Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tidak ada Tuhan selain Allah, Allah Maha Besar.” (dibaca 100 kali waktu pagi dan petang)

 

Fadilat:

 

عن عمرو بن شعيب عن أبيه عن جده رضي الله عنهم قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم. “من سبح الله مائة بالغداة ومائة بالعشى كان كمن حج مائة حجة، ومن حمد الله مائة بالغداة ومائة بالعشى كان كمن حمل على مائة فرس في سبيل الله، أو قال. غزا مائة غزوة، ومن هلل الله مائة بالغداة ومائة بالعشى كان كمن أعتق مائة رقبة من ولد اسماعيل ومن كبر الله مائة بالغداة ومائة بالعشى لم يأت في ذلك اليوم أحد أكثر مما أتى به إلا من قال مثل ما قال أو زاد على ما قال” أخرجه الترمذي وقال حديث حسن، وأخرج نحوه النسائي.

Daripada ‘Amr bin Syu`aib daripada ayahandanya daripada nendanya رضي الله عنهم bahawa Nabi ﷺ bersabda: “Sesiapa yang bertasbih mensucikan Allah 100 kali di waktu pagi dan 100 kali di waktu petang, maka dia seumpama orang yang mengerjakan 100 kali haji. Sesiapa yang bertahmid memuji Allah 100 kali di waktu pagi dan 100 kali di waktu petang, maka dia umpama orang yang menunggang 100 ekor kuda di jalan Allah atau disabdakan oleh baginda ‘orang yang berperang 100 kali peperangan (jihad)’. Sesiapa yang bertahlil mengesakan Allah 100 kali di waktu pagi dan 100 kali di waktu petang, maka dia umpama orang yang memerdekakan 100 orang hamba daripada keturunan Nabi Ismail dan sesiapa yang bertakbir membesarkan Allah 100 kali di waktu pagi dan 100 kali di waktu petang, maka tiada seorang pun yang datang pada hari tersebut membawa pahala amalan yang lebih banyak daripadanya selain orang yang mengucapkan takbir seperti yang dia baca atau lebih banyak lagi.” (HR Tirmizi, dia berkata hasan, juga dikeluarkan oleh an-Nasa’iy.)

 

Tahqiq:

 

إسناده ضعيف: أخرجه الترمذي (3777)، والمزي في ((تهذيب الكمال)) (11/110، 111) من طريق أبي سفيان الحميري، عن الضحاك بن حُمرة، عن عمرو بن شعيب عن أبيه عن جده، قال: ((قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:…)).

قلت: الضحاك بن حمرة – وإن كان ضعيفاً

Muhaqqiq Syeikh Tariq Athief hijari, KSA, dhaif sanadnya kerana perawi dhaif, ad-Dhahhak bin Hamza.

 

قال الشيخ محمد ناصر الدين بن الحاج نوح الألباني في سلسلة الأحاديث الضعيفة والموضوعة وأثرها السيئ في الأمة : 1315 – ” ضعيف

Muhaqqiq al-Albani, ia dhaif di dalam Silsilah al-Dhaifah no: 1315.

 

Zikir 14: Wirid pagi dan petang 18/18.

 

Sahih.

 

لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ.

Tidak ada Tuhan selain Allah, Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya segala kerajaan, dan bagi-Nya segala puji, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.

 

Fadilat:

 

عن أبي أيوب الأنصاري عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال من قال حين يصبح لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد يحيي ويميت وهو على كل شيء قدير عشر مرات كتب الله له بكل واحدة قالها عشر حسنات وحط الله عنه بها عشر سيئات ورفعه الله بها عشر درجات وكن له كعشر رقاب وكن له مسلحة من أول النهار إلى آخره ولم يعمل يومئذ عملا يقهرهن فإن قال حين يمسي فمثل ذلك [رواه أحمد (23056) والطبراني (المعجم الكبير, حديث رقم 3882) وغيرهما, وصححه الألباني (الصحيحة 6/134, حديث رقم 2563

Daripada Abu Ayyub Al-Ansari رضي الله عنه, Nabi ﷺ bersabda: “Barang siapa ketika waktu pagi membaca zikir ini 10 kali, maka Allah ﷻ akan mencatatkan 100 kebaikan baginya, menghapuskan 100 keburukan darinya, menaikkannya 100 darjat, (pahala) zikir ini sebanding dengan memerdekakan 10 orang budak, zikir ini boleh menjadi pelindung baginya dari waktu pagi hingga ke petang, dan pada hari itu tidak akan ada pekerjaan yang boleh memupuskannya. Apabila dia membacanya ketika waktu petang, maka baginya keutamaan yang sama seperti itu.” (HR. Ahmad: 23056 dan Tabrani: 3882, disahihkan oleh al-Albani, Silsilah al-Sahihah: 2563). Tambahan ada di dalam Sahihain.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : مَنْ قَالَ : لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ ، يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ فِي يَوْمٍ مِائَةَ مَرَّةٍ ، كَانَتْ لَهُ عِدْلَ عَشْرِ رِقَابٍ ، وَكُتِبَتْ لَهُ مِائَةُ حَسَنَةٍ ، وَمُحِيَتْ عَنْهُ مِائَةُ سَيِّئَةٍ ، وَكَانَ لَهُ حِرْزًا مِنَ الشَّيْطَانِ يَوْمَهُ ذَلِكَ حَتَّى يُمْسِيَ ، وَلَمْ يَأْتِ أَحَدٌ بِأَفْضَلَ مِمَّا جَاءَ بِهِ إِلاَّ أَحَدٌ عَمِلَ أَكْثَرَ مِنْ ذَلِكَ.

Daripada Abu Hurairah رضى الله عنه bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Barang siapa yang membaca, “Tidak ada Tuhan selain Allah, Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya segala kerajaan, dan bagi-Nya segala puji, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.” 100 kali pada waktu pagi hari, maka akan ditulis baginya 10 kali ganjaran, dituliskan baginya 100 kali kebaikan, diampunkan darinya 100 kali kesalahan, baginya perlindungan pada hari itu daripada godaan syaitan hingga ke petang hari dan tidak akan ada yang memiliki keutamaan yang dia dapatkan, kecuali seseorang yang membacanya lebih banyak daripada itu.” (HR Bukhari: 1154, Muslim: 593)

Asma’ul Husna: Bab 3 Pengaruh nama Allah ‎ﷻ dalam penciptaan alam semesta (Bahagian 1)

0

Bab: Pengaruh nama Allah ‎ﷻ dalam penciptaan alam semesta

[Maknanya: tajuk ini hendak menekankan yang apabila kita belajar nama-nama Allah ‎ﷻ, kita dapat tahu dan sedar bahawa Allah‎ ﷻlah yang mencipta alam ini.]

Sesungguhnya di antara hal utama dan bermanfaat yang dapat meninggikan darjat seorang hamba dan membantunya dalam mengenal Allah ‎ﷻ, mewujudkan kecintaan serta pujian kepada-Nya adalah dengan merenungkan dan mentadabburi nama-nama Allah ‎ﷻ yang baik dan sifat-sifat-Nya yang mulia di dalam penciptaan alam semesta.

[Dengan mengetahui nama Allah ‎ﷻ yang berkait dengan penciptaan alam semesta ini, ia akan meningkatkan cinta kita kepada Allah ‎ﷻ. Maknanya kita bukanlah tengok sahaja alam ini dengna mata kasar kita, tetapi kita melihat dengan mata hati kita juga. Kemudian, kita kaitkan dengan nama-nama Allah ‎ﷻ. Kita bukannya tidak tahu yang alam ini Allah‎ ﷻ yang jadikan, tetapi dengan refleksi sebegini, akan lebih menaikkan cinta kita kepada Allah ‎ﷻ.]

🔏 Sesi Q & A:

Soalan:
Apakah maksud sebenar “merenung kejadian alam” itu? Contohnya orang yang suka menanam bunga, setiap hari disiram dan dibajanya bunga itu daripada tunas sampai berbunga kembang, maka timbul rasa kagum dan memikirkan betapa hebatnya ciptaan Allah; Al-Khaliq. Adakah begitu, Ustaz?

Jawapan:
Ya benar. Dia tengok juga macam orang lain, tetapi dia kaitkan dengan Allah.

Orang lain tengok: “Cantiknya bunga orkid ini, rajin makcik senah tanam.”

Orang yang ingat kepada Allah pula berkata: “Ma sha Allah.. cantik bunga ini Allah buat…”

Soalan:
Saya teringat, ustazah yang ajar saya suruh baca ayat ini apabila lihat alam:

رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَٰطِلًا سُبْحَٰنَكَ فَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ

“Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.”

Jawapan:
Ya, boleh. Ayat yang sesuai untuk dibaca.

Bab: Pengaruh Nama Allah ‎ﷻ dalam Penciptaan Alam Semesta (Sambungan)

Selain itu, bahawasanya alam semesta ini, dari langit dan bumi, matahari dan bulan, malam dan siang, gunung-gunang, lautan, gerak dan diamnya makhluk, semua ini termasuk sebahagian daripada pengaruh nama-nama Allah ‎ﷻ dan sifat-sifat-Nya. “Semuanya mengisyaratkan kepada nama-nama Allah ‎ﷻ dan hakikatnya, menyeru dan menunjukkan kepadanya, mengabarkan dengan lisan dan keadaannya, sebagaimana yang pernah dikatakan,

Perhatikanlah fenomena alam semesta ini, sesungguhnya Dia adalah:

Dari Al-Malik (Raja) Yang Maha tinggi, (yang menyampaikan) risalah kepadamu

Dia telah menggariskan di dalamnya, seandainya engkau mahu merenungkan garisnya

(Mahu engkau tahu) bahawa segala sesuatu (sesembahan) selain Allah adalah batil

Fenomena alam tersebut mengisyaratkan untuk menetapkan sifat bagi Rabbnya

Yang diam dan yang berbicara menunjukkan akan semua itu

[Alam-alam ini menjadi tanda dan pengajaran bagi kita sebenarnya. Ia memberitahu kita bahawa yang berkuasa hanya Allah ‎ﷻ sahaja, bukan alam. Contohnya matahari tidak ada kuasa.

Alam memang tidak bercakap tetapi ia sedang memberi isyarat kepada Allah ‎ﷻ. Yang faham adalah mereka yang menggunakan akal.]

Untuk mengenal Allah ‎ﷻ ada tiga asas:

1. Sesuatu yang tidak wujud tidak dapat mencipta apa-apa. Tidak akan terjadi sesuatu tiba-tiba tanpa ada yang menjadikannya.

2. Makhluk-makhluk adalah kesan-kesan yang dapat disaksikan bagi menceritakan sifat pencipta. Mungkin kita tidak tahu siapa Allah ‎ﷻ namun kita tahu sedikit sifat Allah ‎ﷻ. Contohnya, bila kita tengok kerusi, kita tahu yang membuatnya bukanlah tukang kasut. Bukanlah semua sifat pembuat itu kita tahu kerana sebahagian sahaja.

3. Sesiapa yang tidak ada sesuatu itu tidak boleh memberi sesuatu itu. Contohnya matahari tidak ada apa-apa maka ia tidak boleh memberi kehidupan. Ia tidak ada kasih sayang maka ia tidak boleh beri kasih sayang. Ia digunakan untuk menafikan sifat Tuhan kepada selain Allah ‎ﷻ. Macam berhala mana boleh beri manusia makan sebab dia pun manusia yang memberinya makan.

Bab yang kita sedang bincangkan ini termasuk dalam perkara ke 2 di atas.

Bab: Pengaruh Nama Allah ‎ﷻ dalam Penciptaan Alam Semesta (Sambungan)

Pernahkah engkau melihat sesuatu yang lebih menunjukkan akan sifat-sifat Sang pencipta dan kesempurnaan sifat-Nya serta hakikah nama-nama-Nya daripada makhluk-makhluk-Nya? Ini termasuk semulia-mulia ilmu dan pengetahuan.

Semua nama Allah ‎ﷻ memiliki sifat yang khusus bagi-Nya, kerana nama-nama Allah ‎ﷻ mencakup sitat-sifat kesempurnaan dan pujian, dan setiap sifat-Nya memiliki kelaziman (pasif pada dirinya sendiri) dan perbuatan (yang kena kepada selainnya)-baik yang memerlukan objek mahupun tidak.

[Nama Allah ‎ﷻ bukan sekadar nama sahaja tetapi ia juga mengandungi Sifat-Nya. Tidak sama dengan manusia yang namanya hanya nama sahaja. Sebagai contoh, orang yang bernama Ghani, tidak semestinya kaya, bukan? Namun apabila Allah ‎ﷻ namanya al-Ghani, memang Allah Maha Kaya.

Nama dan sifat Allah ‎ﷻ ada yang bersifat ‘lazim’ dan ada yang bersifat ‘muta’addi’ (ini adalah dua istilah yang digunakan dalam pembelajaran bahasa Arab). Apakah maksud ‘lazim’ dan ‘muta’addi’?

Sebagai contoh, kita lihat sifat Rahman Allah. Ini memang sifat yang kita boleh bayangkan kehebatan Allah ‎ﷻ. Allah boleh beri rezeki yang banyak kepada makhluk, tidak kira sama ada mereka itu mukmin atau tidak.]

Lazim: sesuatu yang berdiri sendiri. Contoh apabila kita kata sesuatu itu cantik. Cantiknya itu tidak ada kaitan dengan orang lain.

Muta’addi: ada yang berkaitan dengan selain darinya. Sebagai contoh bila kita seseorang itu dikatakan penyayang, maka tentu ada yang disayanginya. Maknanya ada perbuatan yang dilakukan kepada orang lain.

Bab: Pengaruh Nama Allah ‎ﷻ dalam Penciptaan Alam Semesta (Sambungan)

Perbuatan Allah Ta’ala memiliki keterkaitan dengan objeknya yang merupakan kelazimannya. Hal itu terwujud dalam penciptaan, perintah, pahala, dan larangan-Nya. Semua itu termasuk pengaruh nama-nama Allah yang baik dan kelazimannya. Tidak mungkin ditiadakan objeknya dari perbuatan-Nya, atau ditiadakan perbuatan-Nya dari sifat-Nya, dan tidak mungkin ditiadakan sifat-Nya dari nama-nama-Nya, demikian pula nama dan sifat-Nya dari Dzat-Nya.

[‘Terkaitan dengan objeknya’ adalah orang yang terkesan dengan sifat Allah ‎ﷻ itu. Sebagai contoh, apabila dikatakan Allah ‎ﷻ bersifat Rahman, kita sebagai makhluk terkena atau mendapat kesan daripada sifat Rahman Allah itu dan ini kita boleh lihat di mana-mana asalkan kita mahu membuka mata hati kita.

Dalam semua perintah Allah ‎ﷻ ada sifat Rahman Allah. Walaupun kita mungkin tidak nampak. Walaupun arahan Allah‎ ﷻ itu dalam menjalankan hukuman hudud kepada manusia.

Mari kita lihat contoh Hukuman Hudud ini. Memang kita nampak macam ganas dan manusia zaman sekarang kononnya sudah meninggalkan ‘kekejaman’ ini. Memang nampak ia kejam kepada orang yang dibunuh itu tetapi mengapa kita tidak melihat dari sudut mereka yang telah dizalimi sebelum itu? Iaitu mereka yang telah menjadi mangsa orang yang hendak dihukum itu.

Kenapa kita hendak membela orang yang telah melanggar hukum tetapi tidak menghiraukan hati mangsa? Kita yang tidak terlibat, mungkin kita pun kasihan juga kepada orang yang dikenakan dengan hukum hudud (potong tangan atau hukum pancung) tetapi bagaimana pula dengan ahli keluarga mangsa?]

Bab: Pengaruh Nama Allah ‎ﷻ dalam Penciptaan Alam Semesta (Sambungan)

Oleh kerana itu, disebutkan dalam Al-Qur’an pengingkaran terhadap orang-orang yang mengabaikan dari-Nya perintah, larangan, pahala, dan sangsi-Nya, dan bahawasanya orang yang mengatakan hal tersebut kepada-Nya, tidaklah mengagungkan Allah dengan sebenarnya.

[Ini tentang orang yang menidakkan sifat-sifat Allah ‎ﷻ yang sepatutnya dinisbahkan kepada-Nya. Mereka tahu nama Allah ‎ﷻ tetapi tidak mengaitkan nama-nama itu dengan sifat-sifat Allah ‎ﷻ seperti yang sepatutnya. Mereka setakat tahu, ini nama Allah ‎ﷻ, itu nama Allah ‎ﷻ. Namun setakat itu sahaja kerana mereka tidak belajar makna-makna nama itu.

Itulah sebab kita kena kenal nama dan sifat-sifat Allah ‎ﷻ supaya kita benar-benar mengenali Dia. Disebabkan tidak kenallah yang mengakibatkan kita asyik membuat kesilapan demi kesilapan yang sama.

Mengenal itu kena mengenali terlebih dahulu, kena belajar dahulu. Katakanlah kita tidak tahu bahayanya raksa (merkuri), tentulah kita tidak mengambil kisah pun jika hendak pegang raksa itu. Namun apabila kita sudah diberitahu yang kesannya amat berbahaya untuk keselamatan kita, maka barulah kita berhati-hati dengannya, bukan?

Sebagaimana sekarang kita kenal virus Covid-19. Pada peringkat awal dahulu, ramai yang mengatakan ia hanyalah virus biasa sahaja (seperti demam biasa sahaja mereka kata). Namun, lama-kelamaan kita tahu kesannya sangat teruk, amat senang untuk dijangkiti dan susah pula untuk diubati, malah tiada penawar berkesan ditemui sehingga hari ini dan sudah terlalu ramai yang telah menemui maut akibat virus ini. Maka kita sanggup duduk di rumah berhari-hari sehingga berbulan lamanya dan memakai topeng muka kalau kita keluar. Itu kerana kita sudah kenal bahayanya virus itu. Kalau tidak kenal, kalau masih menyangka ia adalah plandemic*?

Maka manusia yang tidak mengenali Allah ‎ﷻ sebagaimana yang sepatutnya akan meninggalkan arahan Allah ‎ﷻ dan melakukan larangan-Nya dengan selamba sahaja.]

Sebagaimana Allah telah berfirman tentang para pengingkar kenabian, kerasulan dan diturunkannya kitab-kitab,

وَمَا قَدَرُوا اللّٰهَ حَقَّ قَدۡرِهٖۤ اِذۡ قَالُوۡا مَاۤ اَنۡزَلَ اللّٰهُ عَلٰى بَشَرٍ مِّنۡ شَىۡءٍ

Dan mereka tidak menghormati Allah dengan penghormatan semestinya di kala mereka berkata: “Allah tidak menurunkan sesuatupun kepada manusia.” (QS. Al-An’aam: 91)

Allah Ta’ala berfirman tentang para pengingkar hari kiamat, pahala dan azab,

وَمَا قَدَرُوا اللَّهَ حَقَّ قَدْرِهِ وَالْأَرْضُ جَمِيعًا قَبْضَتُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَالسَّمَاوَاتُ مَطْوِيَّاتٌ بِيَمِينِهِ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَىٰ عَمَّا يُشْرِكُونَ

Dan mereka tidak mengagungkan Allah dengan pengagungan yangsemestinya padahal bumi seluruhnya dalam genggaman-Nya pada hari kiamat dan langit digulung dengan tangan kanan-Nya. (QS. Az-Zumar: 67)

[Apabila tidak kenal Allah, maka manusia akan berkata dengan perkataan yang tidak layak dengan Allah. Ini kerana mereka tidak kenal Allah. Ada manusia yang mereka-reka pemahaman tentang Allah dari akal mereka sendiri. Maka itu adalah perkara yang amat buruk sekali.]

Allah Ta’ala berfirman tentang orang-orang yang menyamakan antara dua hal yang berbeza, antara yang baik dan yang jahat, yang kafir dan yang mukmin,

أَمْ حَسِبَ الَّذِينَ اجْتَرَحُوا السَّيِّئَاتِ أَن نَّجْعَلَهُمْ كَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ سَوَاءً مَّحْيَاهُمْ وَمَمَاتُهُمْ سَاءَ مَا يَحْكُمُونَ

“Apakah orang-orang yang membuat kejahatan itu menyangka bahawa Kami akan menjadikan mereka seperti orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh, iaitu sama antara kehidupan dan kematian mereka. Amat buruklah apa yang mereka sangka itu. [Jaatsiyah: 21]

Allah menjelaskan bahawa ini adalah hukum yang jelek dan tidak layak bagi-Nya, bagi nama dan sifat-Nya. Allah berfirman:

أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَ

فَتَعَالَى اللَّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ

Maka apakah kamu mengira, bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami. Maka Maha Tinggi Allah, Raja Yang Sebenarnya; tidak ada ilah (yang berhak disembah) selain Dia, Rabb (Yang mempunyai ‘Arsy yang mulia.” (Al-Mukminun: 115-116) maksudnya, Mahasuci Allah dari prasangka dan perkiraan yang tidak layak dengan nama dan sifat-Nya.

Permisalan seperti ini sangat banyak dalam Al-Qur’an, yang intinya Allah menafikan dari diri-Nya hal-hal yang menyelisihi ketentuan nama dan sifat-Nya, kerana hal tersebut mengharuskan peniadaan Allah dari kesempurnaan-Nya dan dari kelaziman nama dan sifat-Nya.

Oleh kerana itu, di antara hal yang paling bermanfaat bagi seorang hamba dalam hal ini adalah merenungkan, memperhatikan kelaziman, dan makna nama-nama Allah yang baik atas kesempurnaan dan keagungan penciptanya dan bahawasanya Allah Ta’ala menyempurnakan dan mengukuhkan penciptaan-Nya,

Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang” (Al-Mulk: 3). Setiap nama dari nama-nama Allah yang baik mengharuskan adanya pengaruh dari penciptaan dan pengaturan alam semesta.

Soal Jawab Bersama Doktor: Koronavirus COVID-19

3

Koronavirus (Covid-19)

Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) telah mula dikesan di negara China dengan kes pertama disahkan pada 7 Januari 2020 di Wuhan, Hubei, China. Dalam tempoh tiga (3) minggu seterusnya, kes-kes disahkan di Thailand, Nepal, Amerika Syarikat, Korea Selatan, Singapura, Perancis, Vietnam, Malaysia, Australia, Canada, Cambodia, Sri Lanka dan Jerman.

COVID-19 adalah jangkitan pada saluran pernafasan dengan gejala demam, sakit tekak atau kesukaran bernafas dengan sejarah perjalanan ke negara China atau kontak rapat dengan kes. Kes pertama di Malaysia disahkan pada 25 Januari 2020. Sehingga hari ini, 28 Mac 2020, sebanyak 2,320 kes disahkan di Malaysia dan daripada jumlah tersebut sebanyak 1,973 sedang dirawat, 320 kes telah sembuh dan discaj dari hospital dan jumlah kematian adalah 27 kes. Secara global sebanyak 436,715 kes dengan kematian 27,677 kes dilaporkan. Peningkatan mendadak kes Covid-1 di Malaysia menyebabkan kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 di seluruh Malaysia dan dilanjutkan hingga 14 April 2020.

Jangkitan coronavirus boleh menyebabkan spektrum gejala daripada selesema biasa hingga radang paru-paru (pneumonia) yang teruk. Sehingga kini tiada rawatan khusus atau ubat antivirus untuk jangkitan COVID-19. Rawatan diberikan hanya untuk mengurangkan gejala yang dialami pesakit.  Biasanya gejala bagi penyakit ini adalah demam, batuk dan sukar bernafas.  COVID-19 ini berpotensi menyebabkan penyakit yang teruk dan seterusnya boleh menyebabkan kematian, terutamanya dalam kalangan orang tua dan orang yang mempunyai masalah kesihatan atau sistem imun yang rendah.

Justeru itu, sebagai langkah pencegahan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)  menyarankan agar kita mengambil langkah-langkah berikut:

  • Sentiasa mengamalkan kebersihan diri yang baik.
  • Amalkan kerap basuh tangan dengan sabun dan air atau sanitizer.
  • Sentiasa menutup mulut dan hidung menggunakan tisu ketika batuk dan bersin dan buang tisu yang tercemar dalam tong sampah.
  • Tangguhkan lawatan ke negara-negara yang dijangkiti wabak.

Kepada individu yang bergejala perlulah:-

  • Tutup mulut dan hidung menggunakan tisu apabila batuk dan bersin dan buang tisu ke dalam tong sampah.
  • Elakkan mengunjungi tempat tumpuan ramai. Jarakkan diri anda sekurang-kurangnya 1 meter daripada orang yang sihat.
  • Guna penutup mulut dan hidung (mask).
  • Kerap basuh tangan dengan sabun dan air atau sanitizer.
  • Elakkan bersalaman atau bersentuhan jika bergejala (demam, batuk/bersin dan sesak nafas). Letakkan tanda tangan di dada sebagai tanda hormat dengan ucapan salam bagi menggantikan bersalaman atau bersentuhan.
  • Dapatkan rawatan awal apabila mempunyai gejala demam, batuk dan sukar bernafas.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan ini dan akan memaklumkan perkembangan terkini situasi jangkitan COVID-19 dari semasa ke semasa.  Orang ramai diminta mendapatkan maklumat yang sahih daripada pihak berkuasa terutamanya KKM dan tidak menyebarkan sebarang maklumat palsu bagi mengelakkan keresahan dan kerisauan masyarakat.

 

Langkah – Langkah Kesiapsiagaan dan Respon KKM:

 

https://kpkesihatan.com/2020/01/16/kenyataan-akhbar-kpk-16-januari-2020-kesiapsiagaan-dan-respons-kkm-dalam-menghadapi-potensi-penularan-novel-coronavirus-wuhan-china/

 

Dapatkan Maklumat 2019 –nCoV Yang Sahih Daripada CPRC Kebangsaan KKM:

 

https://t.me/cprckkm/5

https://t.me/cprckkm/354

http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/2019-ncov-wuhan-guidelines

https://www.infosihat.gov.my/index.php/wabak-novel-coronavirus-atau-2019ncov

 

Soalan:

Benarkah Covid19 tidak dapat bertahan lama pada suhu dan cuaca panas sebagaimana yang disebarkan (viral)?

Jawapan:

Sila ikut berita yang disampaikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan jangan mendengar kata-kata yang disebarkan oleh orang lain, adalah penting untuk mengikuti nasihat daripada KKM untuk membendung penularan virus ini yang kelihatannya agak sukar disebabkan oleh faktor manusia sendiri.

 

Soalan:

Persoalan mengenai seorang kawan yang telah sedia memakai topeng muka dengan sempurna  namun kerana terlalu paranoid, dia menggunakan alkohol ‘hand rub’ untuk membasahkan ‘face mask’  sebelum memakainya dengan alasan kuman-kuman yang berada diudara akan  terperangkap pada ‘face mask’ dan mati kerana kesan alkohol tersebut.  Adakah kesan sampingan dengan cara penggunaan topeng muka tersebut?

Jawapan:

Tiada kesan sampingan tetapi bauan alkohol boleh mendatangkan ketidak-selesaan kepada si pemakai.

 

Soalan:

Adakah makanan yang disediakan akan tercemar jika disediakan oleh penghidap koronavirus?

Jawapan:

Makanan akan tercemar tetapi jangkitan tidak boleh berlaku melalui makanan kerana apabila kita makan virus tersebut akan mati disebabkan oleh enzim dalam perut, tetapi jika virus berjaya memasuki salur pernafasan ia akan menyebabkan berlaku jangkitan di paru-paru.

 

Soalan:

Berapa lamakah pemakaian topeng muka boleh digunakan? Memandangkan topeng muka sukar diperolehi sekarang ini, adakah boleh  menggunakan kain sahaja untuk menutup hidung dan mulut?

Jawapan:

Topeng muka perlu dibuang selepas dibuka, tetapi seandainya tiada pilihan kerana kesukaran untuk memperolehinya, mungkin boleh pakai sampai koyak.

Penggunaan kain untuk menutup muka memadai dengan melipat beberapa lapis sahaja.

 

Soalan:

Adakah berkumur-kumur dengan air garam boleh mematikan kuman dalam kerongkong?

Jawapan:

Air garam pekat boleh mematikan bakteria tetapi tiada kepastian garam boleh mematikan virus.

 

Soalan:

Benarkah topeng kain tidak dapat melindungi kita daripada virus?

Jawapan:

Penggunaan topeng kain perlu diletakkan ‘filter’ untuk melindungi daripada virus masuk ke dalam mulut dan hidung.

 

Soalan:

  • Bagaimana untuk mengetahui jika telah dijangkiti?
  • Apakah tanda-tanda awal penyakit Covid-19 selain daripada demam, sakit tekak dan batuk?

Jawapan:

  • Pesakit hanya disyaki ada jangkitan Covid-19 jika ada sejarah kontak rapat. Demam selsema dan batuk tanpa sejarah kontak rapat akan dianggap sebagai penyakit biasa.

  • Berikut adalah tanda-tanda jika ada jangkitan Covid-19 sebagai panduan dan saringan online dari laman KKM.

https://www.doctoroncall.com.my/coronavirus/how-to-find-out-if-i-have-coronavirus-online-test

 

Soalan:

Memandangkan ramai yang menggunakan sarung tangan semasa musim Covid-19 ini, apakah perbezaan penggunaan sarung tangan getah dan kain?

Jawapan:

Penggunaan sarung tangan adalah untuk mengelakkan daripada terkena ‘droplets’.  Penggunaaan sarung tangan kain akan menembusi dan mengenai tangan, manakala penggunaan sarung tangan getah berupaya mengelakkan daripada terkena ‘droplets’.

 

Soalan:

Merujuk kepada gambar, bolehkah menggunakan ‘hand sanitizer’ tersebut seperti yang disyorkan oleh farmasi?

Jawapan:

Tidak digalakkan untuk ‘hand sanitizer’ kerana ia tidak boleh kering dengan sendiri.  Penggunaan ‘saline’ digunakan untuk rawatan pembersihan luka.

 

At-Tazkirah Qurthubi: Mati adanya Sakarat – Tingkatan Sakaratul Maut

0

Kod 7.0 Bab bahawa Mati Adanya Sakarat, Setiap Anggota Badan Saling Mengucap Selamat Berpisah (باب ما جاء أن للموت سكرات و في تسليم الأعضاء بعضها على بعض و فيما يصير الإنسان إليه)

 

Bahagian 18: Tingkatan Sakaratul Maut

 

قال الله تعالى : كل نفس ذائقة الموت .
قال أبوحامد في كتاب الكشف علوم الأخرة : و ثبت ذلك في ثلاثة مواضع من كتابه ، و إنما أراد سبحانه بالموتات الثلاث للعالمين : فالمتحيز إلى العالم الدنيوي يموت ، و المتحيز إلى العالم الملكوتي يموت ، و المتحيز إلى العالم الجبروتي يموت ، فالأول آدم و ذرتيه و جميع الحيوان على ضروبه ، و الملكوتي و هو الثاني أصناف الملائكة و الجن ، و أهل الجبروت هم المصطفون من الملائكة .

Mengenai firman Allah ‎ﷻ, “Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan kematian” [3:185]. Kata Abu Hamid al Ghazali dalam kitab ‘al Kasyaf Ulum al akhirah’, “Ayat ini ada tiga tempat dalam al-Qur’an [3:185, 21:35 dan 29:57 ], manakala ada pula tiga kematian untuk 3 jenis makhluk: makhluk duniawi, makhluk alam malakut (malaikat dan jin) dan makhluk alam jabarut (malaikat berkedudukan/berprofil ti

nggi).

و هم يموتون على هذه المكانة من الله تعالى و القربة ، و ليس زلفاهم بمانع لهم من الموت

“Walaupun malaikat itu berkedudukan tinggi namun mereka juga akan merasai kematian, begitu juga dengan malaikat berprofil tinggi juga seperti Jibril عليه السلام, Israfil, malaikat pemikul Arash juga akan merasai kematian.

 

قال ابن قسي : و كما تفرقت الطرق بهذه العوالم كذلك تفرقت طرقت الإحساسات في اجتراع الغصص و المرارات

Berkata Ibn Qusi (Ahmad bin Qusi al Andalusi, wafat 545H, seorang sufi), oleh kerana cara hidup setiap makhluk itu berbeza (manusia, jin, malaikat dan malaikat jabarut), maka sudah tentu berbeza ketika mengecapi keperitan sakaratul maut.

 

فصل : إذا ثبت ما ذكرناه . فاعلم : أن الموت هو الخطب الأفظع ، و الأمر الأشنع و الكأس التي طعمها أكره و أبشع

Rumusannya, ketahuilah bahawa kematian adalah peristiwa paling dahsyat, paling mengerikan laksana meminum minuman yang dibenci dan rasa yang jelik.

 

و يحكى أن الرشيد لما اشتد مرضه أحضر طبيباً طوسياً فارسياً و أمر أن يعرض عليه ماؤه أي بوله مع مياه كثيرة لمرضى و أصحاء ، فجعل يستعرض القوارير حتى رأى قارورة الرشيد فقال : قولوا : لصاحب هذا الماء يوصي . فإنه قد انحلت قواه ، و تداعت بنيته ، و لما استعرض باقي المياه أقيم فذهب ، فيئس الرشيد من نفسه و أنشد :

Dihikayatkan bahawa ketika Khalifah Harun al Rasyid (Khalifah Abbasiyah, wafat 193H) gering, sakit berat, maka didatangkan doktor dari Parsi, doktor tersebut meminta air kencing khalifah, juga ada beberapa sampel air kencing orang lain sebagai perbandingan. Apabila doktor memeriksa air kencing Khalifah Harun, maka doktor tersebut berkata, “Katakan kepada pemilik air kencing ini supaya berwasiat kerana kekuatan fiziknya telah lemah dan kematiannya telah hampir.” Mendengar keputusan doktor tersebut, maka Khalifah bersyair:

 

إن الطيب بطبه و دوائه لا يستطيع دفاع نحب قد أتى
ما للطبيب يموت بالداء الذي قد كان أبرأ مثله فيما مضى
مات المداوي ، و المداوى ، و الذي جلب الدواء أو باعه ، و من اشترى

‘Tabib/doktor walaupun handal mengubati,
Namun tidak mampu menghalang ajal jika sudah bertandang,
Tabib juga mati terkena penyakit yang sama,
Yang pernah dia ubati orang lain,
Ternyata semua akan mati,
Tukang ubat dan yang diubati,
Si penyedia ubat-ubatan dan yang membeli ubat,
Si penjual ubat juga akan mati….’

 

و بلغه أن الناس أرجفوا بموته . فاستدعى حماراً و أمر أن يحمل عليه فاسترحت فخذاه . فقال : أنزلوني صدق المرجفون ، و دعا بأكفان فتخير منها ما أعجبه و أمر فشق له قبر أمام فراشه ثم اطلع فيه فقال : ما أغنى عني مالية هلك عني سلطانية . فمات من ليلته

“Telah viral akan kewafatan beliau (Harun al Rasyid) dalam kalangan penduduk negara. Lantas khalifah meminta seekor keldai untuk membawanya pergi dari istana. Bila didatangkan keldai maka ternyata beliau tidak lagi berupaya untuk menunggangnya. Maka khalifah berkata, “Turunkan aku kembali dan memang benarlah apa yang diviralkan tersebut. Kemudian beliau memerintahkan dibawakan beberapa pasang kain kapan untuk dipilihnya, dan memerintahkan kubur digali di hadapan istananya. Harun al Rasyid merenung kepada kuburnya dan membaca ayat: (ما أغنى عني مالية هلك عني سلطانية) “Hartaku sama sekali tiada berguna lagi. Kekuasaan ku telah hilang dariku” [ 69:28-29 ]. Lalu beliau wafat pada malam itu juga.

 

Takhrij:
Hikayat ini dinukil oleh Ibn Jauzi, al Muntadzam, (9:213), Abu Muhammad Abdul Haqq al Isybili al Andalusia, al Aqibah, 130. Tanpa sanad, cuma hikayat.

 

Bahagian 19: Lanjutan kisah sakaratul maut

 

كما روي عن علي بن أبي طالب رضي الله عنه أنه يأتي بإناء ماء ليشرب منه فأخذه بيده و نظر إليه و قال : الله أعلم كم فيك من عين كحيل ، و خذ أسيل

Adapun diriwayatkan daripada Ali bin Abi Thalib رضي الله عنه, bahawa beliau dihulurkan gelas minuman. Beliau mengambil gelas tersebut dan memandang gelas itu sambil berkata, “Allah Maha Mengetahui betapa banyak mata bercelak dan pipi gebu yang ada di dalamnya.”

 

Tafsirnya:

Maksud balaghah Ali ialah gelas atau barangan tembikar atau tanah adalah berasal daripada tanah dan ia dikitarsemula daripada tanah. Maka manusia berasal daripada tanah, akan dikitarsemula juga.

(Atsar riwayat Abu Muhammad Abdul Haq al Isybili, al aqibah, 37)

 

و يحكى أن رجلين تنازعاً و تخاصماً في أرض فأنطلق الله عزوجل لبنة من حائط من تلك الأرض فقالت : يا هذان فيم تتنازعان ؟ و فيم تتخاصمان ؟ إني كنت ملكاً من الملوك ملكت كذا و كذا سنة ثم مت و صرت تراباً . فبقيت كذلك ألف سنة ثم أخذني خزاف ـ يعني فخاراً فعمل مني إناء فاستعملت حتى تكسرت ، ثم عدت تراباً فبقيت ألف سنة . ثم أخذني رجل فضرب مني لبنة ، فجعلني في هذا الحائط . ففيم تنازعكما و فيم تخاصمكما ؟

“Ada sebuah hikayat tentang dua orang yang berebut sebidang tanah, tiba-tiba salah satu batu bata tembok berhampiran, Allah ‎ﷻ jadikan boleh bercakap. Berkata batu bata, “Wahai kamu berdua, apa yang kecoh ini? Ketahuilah dulu aku asalnya seorang raja yang berkuasa bertahun-tahun lamanya, kemudian aku mati dan menjadi tanah. 1000 tahun kemudian ada tukang tembikar mengambil tanah di sini dan aku menjadi tembikar. Selepas beberapa waktu, akhirnya tembikar pecah dan aku kembali menjadi tanah semula, selama 1000 tahun aku menjadi tanah, kemudian tukang batu bata mengambil tanah ini dan aku menjadi batu bata dan berakhir dengan tembok sekarang. Maka kenapa kamu mahu kecoh lagi?”

 

(Hikayat dalam Kitab Abu Muhammad al Isybili, al Aqibah ms 37)

Tafsir Surah Al-Baqarah: Tafsir Ayat Ke-229 dan Ke-230

0

Tafsir Ayat Ke-229

 

الطَّلٰقُ مَرَّتانِ ۖ فَإِمساكٌ بِمَعروفٍ أَو تَسريحٌ بِإِحسٰنٍ ۗ وَلا يَحِلُّ لَكُم أَن تَأخُذوا مِمّا ءآتَيتُموهُنَّ شَيئًا إِلّا أَن يَخافا أَلّا يُقيما حُدودَ اللهِ ۖ فَإِن خِفتُم أَلّا يُقيما حُدودَ اللَّهِ فَلا جُناحَ عَلَيهِما فيمَا افتَدَت بِهِ ۗ تِلكَ حُدودُ اللهِ فَلا تَعتَدوها ۚ وَمَن يَتَعَدَّ حُدودَ اللهِ فَأُولٰئِكَ هُمُ الظّٰلِمونَ

Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah dia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri yang diceraikan itu) kecuali jika keduanya (suami isteri) takut tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah. Oleh itu kalau kamu khuatir bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa – mengenai bayaran (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai pengambilan suami akan bayaran itu). Itulah aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

 

الطَّلٰقُ مَرَّتانِ

Talak itu hanya dua kali

 

Kalimah ‘talaq’ daripada segi bahasa adalah ‘merungkaikan ikatan tali’. Ini berlawanan dengan maksud ‘nikah’ yang bermaksud ‘mengikat tali’.

Talak yang boleh dirujuk kembali itu hanya dua kali. Selama dua kali itu, si isteri kena tunggu dan terima dengan redha kerana hak itu ada pada suami.

Maknanya, kalau selepas bercerai, suami hendak rujuk, maka si isteri kena terima balik. Kemudian cerai kali kedua dan suami rujuk, kena terima juga. Kalau tidak suka pun, kenalah bersabar.

Ayat ini memansukhkan perbuatan masyarakat jahiliyyah sebelum Islam. Para suami telah mengambil kesempatan menceraikan isteri mereka dan kemudian sebelum habis iddah, mereka rujuk balik.

Mereka melakukan perkara ini banyak kali kerana hendak menyeksa isteri mereka. Maka sekarang mereka tidak boleh lagi kerana sudah ada had.

Jadi Islam mengajar umatnya supaya jangan main-main dengan talaq lagi. Kalau sudah talaq dua kali, maka kenalah berhati-hati kerana kalau talaq kali ketiga, sudah tidak ada rujuk lagi.

Kalau sudah dua kali cerai dan rujuk, maka sudah kena berhati-hatilah dengan kata-kata dan perbuatan kerana sudah tidak ada peluang untuk rujuk kalau sudah bercerai lagi.

Nota: Kita hendak menambah di sini bahawa perceraian bukanlah sesuatu yang hina. Duda dan juga janda tidak semestinya bersalah. Ia adalah perkara biasa dalam kehidupan manusia, maka janganlah kita menghina mereka yang menjadi duda atau menjadi janda.

Orang yang bercerai bukanlah orang yang jahat, tidak pandai menjaga isteri atau suami. Stigma ini hendaklah dihilangkan daripada minda kita.

Kita kena sedar yang kadang kala perkahwinan itu tidak sesuai bagi pasangan itu. Kita pun tidak tahu di mana yang tidak kena, tetapi kita kenalah beri ruang kepada mereka untuk mengundurkan diri daripada perkahwinan yang tidak sesuai.

Janganlah mereka dipaksa kekal dalam perkahwinan yang tidak menggembirakan mereka. Biarlah mereka bercerai supaya mereka boleh buat pilihan yang lain pula. Malangnya ramai pasangan kekal dalam perkahwinan yang buruk kerana malu digelar janda atau duda.

 

فَإِمساكٌ بِمَعروفٍ

Sesudah itu bolehlah dia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya

 

Selepas sudah rujuk sekali atau kali yang kedua, seorang suami kenalah pegang wanita itu sebagai isteri dengan cara baik. Kalau hendak tahan, kena tahan dengan cara baik. Kena sedar yang dia sudah dua kali cerai, dan sudah dua kali rujuk. Kenalah fikirkan apakah sebab cerai rujuk dan cerai rujuk itu.

Kalau ada masalah antara keduanya, kena cari jalan untuk selesaikan. Jangan sampai cerai kali yang ketiga kerana cerai kali yang ketiga tidak sama dengan cerai kali pertama dan kedua.

 

أَو تَسريحٌ بِإِحسٰنٍ

atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik

 

Atau boleh sahaja seorang suami melepaskan isterinya itu untuk kahwin lain dengan cara baik. Isteri itu tunggu habis iddah dan boleh kahwin lain kalau dia mahu.

Maksud dengan ‘cara baik’ itu adalah kena ikut syari’at. Kahwin dan cerai biasa sahaja berlaku kerana tidak semestinya sesuatu pasangan itu serasi apabila sudah berkahwin. Kadang kala sudah bernikah baru tahu perangai masing-masing. Yang penting kita ikut undang-undang Islam dan jangan derhaka dengan Allah ‎ﷻ. Nikah kena ikut cara yang Islam sudah gariskan dan kalau cerai pun kena ikut cara Islam juga – jangan ikut perasaan.

Antara cara tidak baik adalah dengan mengeluarkan kata-kata nista kepada pasangan masing-masing. Ada yang hina menghina, kutuk mengutuk dan sakit menyakiti. Ini tidak baik dan sebaliknya, kenalah lepaskan isteri dengan cara baik.

Janganlah bercerai untuk memburukkan isteri itu. Begitu juga dengan bekas isteri, jangan jaja kisah suami serata kampung. Jangan aibkan kesalahan dan keburukan orang lain termasuk bekas pasangan kita kerana pasangan itu walaupun sudah bercerai, mereka masih lagi boleh berbaik, tambahan pula kalau mereka berkongsi anak yang sama. Maka jangan burukkan keadaan dan ‘potong jambatan’ antara keduanya.

Kena jaga mulut dan hati, kerana kalau sudah mengeluarkan kata-kata yang tidak patut, kata-kata buruk dan nista, perkara itu boleh menyebabkan mereka bermasam muka sampai bila-bila. Malah lebih teruk lagi, kesannya boleh terpalit kepada anak-anak sekali.

Satu lagi cara yang baik adalah mengikut etika masyarakat. Perincian tidak perlu disebut kerana orang yang normal tahu mana yang baik dan mana yang tidak. Maka jangan dihalau isteri itu dari rumah, suruh dia balik sendiri ke rumah ibu bapanya. Kemudian entah ibu bapa dia pula tidak mahu terima dia. Jangan biarkan dia sehelai sepinggang terkontang kanting. Hal ini, orang bukan Islam pun tahu ia adalah perangai yang buruk.

Banyak kita dengar bagaimana para isteri telah dikenakan dengan masalah dan tidak dilayan dengan baik. Ini adalah kerana masyarakat yang bodoh yang melebihkan kedudukan suami daripada isteri. Islam memberi keadilan, tetapi masyarakat yang bodoh dan tidak ada perikemanusian. Maka masyarakat haruslah dididik untuk berlaku baik dengan orang lain.

 

وَلا يَحِلُّ لَكُم أَن تَأخُذوا مِمّا ءآتَيتُموهُنَّ شَيئًا

dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka

 

Seorang suami tidaklah boleh meminta balik apa-apa sahaja pemberian yang telah diberikan kepada isterinya itu termasuklah mahr yang telah diberikan semasa mereka bernikah. Janganlah sebab marah dan sebab sudah bercerai, maka, dia meminta balik apa yang telah diberikan. Dalam budaya Melayu pun perbuatan buruk ini dipanggil ‘buruk siku’.

 

إِلّا أَن يَخافا أَلّا يُقيما حُدودَ اللهِ

kecuali jika keduanya takut tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah.

 

Ini pula tentang Talaq Khulu’ atau dipanggil ‘Tebus Talak’ dalam bahasa Melayu. Katakanlah seorang suami tidak mahu cerai, tetapi isteri yang hendak bercerai. Mungkin isteri itu sudah tidak sanggup hendak tinggal dengan suaminya itu. Tidak kisahlah apa-apa sebab pun.

Sepatutnya seorang isteri kena taat kepada suami, tetapi kalau sudah tidak suka sangat, takut dia akan melakukan sesuatu yang melanggar syarak. Maka dia ada ruang untuk minta supaya dirinya dilepaskan.

Maka kalau jadi kes begitu, seorang isteri itu kena bawa hal ini ke mahkamah. Mahkamah akan tanya sama ada isteri itu sanggup bayar balik pemberian yang telah diberikan suami itu dahulu kepada suami dia semula. Kalau dahulu suami itu memberinya kebun, adakah dia sanggup untuk memulangkan kebun itu?

Kalau kedua-duanya setuju, maka Cerai Khulu’ boleh dijalankan. Cuma tidak boleh meminta lebih daripada yang dikeluarkan sebagai mahr semasa berkahwin dahulu. Janganlah suami itu meminta lebih daripada apa yang diberikannya. Sebagai contoh, masa hendak berkahwin, beri RM80 sahaja, namun apabila hendak bercerai, diletakkan syarat kena bagi RM2 juta pula. Janganlah begitu.

 

فَإِن خِفتُم أَلّا يُقيما حُدودَ اللهِ

Oleh itu kalau kamu khuatir bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah,

 

Ini adalah apabila suami isteri bimbang kalau duduk sebagai suami isteri, mereka tidak dapat menjaga hukum Allah ‎ﷻ, kerana apa yang penting, kena jaga hukum Allah ‎ﷻ.

 

فَلا جُناحَ عَلَيهِما فيمَا افتَدَت بِهِ

maka tidaklah mereka berdosa – mengenai bayaran (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya

 

Kalau mahkamah bimbang mereka tidak dapat menjaga hukum, mahkamah boleh membenarkan isteri memulangkan balik mahr yang telah diberikan bagi melepaskan isterinya itu. Tidak salah isteri untuk beri dan tidak salah untuk suami ambil balik.

 

تِلكَ حُدودُ اللهِ فَلا تَعتَدوها

Itulah aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya;

 

Allah‎ ﷻ sudah ajar cara-cara bernikah dan cara-cara untuk bercerai. Maka kenalah ikut dan jangan langgar. Jangan pandai buat keputusan sendiri. Jangan pandai buat hukum sendiri. Jangan cari jalan untuk membolehkan perkara yang tidak boleh.

Lihatlah bagaimana Allah‎ ﷻ menggunakan kalimah ‘hudud’ dalam ayat ini. Hudud adalah undang-undang dan hukum yang Allah ‎ﷻ tetapkan. Dalam perkara nikah cerai pun Allah ‎ﷻ kelaskan ia sebagai hudud. Maka hudud bukanlah tentang ‘potong tangan’ sahaja seperti yang disebut oleh mereka yang jahil.

 

وَمَن يَتَعَدَّ حُدودَ اللهِ فَأُولٰئِكَ هُمُ الظّٰلِمونَ

dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

 

Allah ‎ﷻ memberi amaran keras kepada mereka yang melanggar hukum yang telah digariskan-Nya. Hukum yang Allah ‎ﷻ buat, kenalah ikut, jangan baca sahaja dan kenalah dipelajari hukum-hukum ini kerana ia ada di dalam Al-Qur’an. Takkan perkara dalam Al-Qur’an pun tidak tahu?

 

Tafsir Ayat Ke-230

 

Masih lagi pada perbincangan ayat-ayat Umur Munazimah. Masih lagi perbincangan bab fiqah tentang perceraian.

Perkara yang selalu di ulang-ulang di dalam Al-Qur’an adalah tentang tauhid dan syirik (akidah) namun tentang hukum fiqah, Allah ‎ﷻ akan sebut sekali sahaja dan tidak diulang di tempat lain.

Maknanya, bab hukum fiqah tidak diulang-ulang macam ayat tentang akidah. Kalau ada diulang tentang perkara yang sama di ayat lain, itu adalah kerana hendak memberi hukum yang lain. Maknanya cukup Allah ‎ﷻ beritahu hukum fiqah sekali sahaja dan kita patut mengikuti dan taat kepadanya.

Namun bab akidah akan selalu diulang-ulang dalam Al-Qur’an dan kerana itu, kita kena bersabarlah kalau guru yang mengajar tafsir selalu menyebut tentangnya kerana memang Al-Qur’an pun mengulang perkara yang sama dengan berbagai-bagai cara.

Allah ‎ﷻ ulang berkali-kali itu supaya kita boleh boleh faham dan supaya pengajaran akidah itu masuk ke dalam hati kita. Tidak ada alasan hendak kata ‘tidak tahu’ kerana telah banyak kali diulang-ulang.

Perkara akidah amat penting kerana jikalau ia tidak mantap, maka segala amal ibadat yang kita lakukan tidak sah dan segala hukum yang kita ikut, tidak berguna (kerana masuk neraka juga akhirnya). Ini kerana syarat amalan diterima adalah seseorang itu mestilah seorang Muslim dan kalau akidah tidak kemas, dia belum dikira sebagai Muslim yang sejati lagi – Muslim pada nama sahaja.

Maka kita kena pastikan akidah kita kemas kerana akidah ini adalah seperti batu asas untuk satu-satu bangunan dan jikalau batu asas itu tidak mantap, maka bangunan yang dibina akan lemah dan roboh. Penat sahaja buat bangunan namun ia akan runtuh. Begitu juga, penat sahaja buat amal ibadat kalau ada salah faham akidah.

Oleh kerana hukum fiqah disebut secara ringkas dan padat di dalam Al-Qur’an, maka kita perlu merujuk kepada hadith dan kitab-kitab fiqah untuk melihat perbincangan ulama’ fiqah di atas sesuatu perkara fiqah itu. Tidak dibincangkan dengan panjang lebar dalam tafsir Al-Qur’an ini.

Ayat yang kita akan baca ini adalah tentang perempuan yang telah dicerai dan telah dirujuk dua kali dan sekarang telah dicerai untuk kali yang ketiga. Kalau sudah cerai sampai dua kali, maka kena berjaga-jaga kerana kalau masih juga mahu cerai kali ketiga, maka, pasangan itu mungkin tidak boleh berkahwin sampai bila-bila. Boleh lagi kahwin, tetapi sudah panjang cerita. Inilah yang akan dibincangkan dalam ayat ini.

 

فَإِن طَلَّقَها فَلا تَحِلُّ لَهُ مِن بَعدُ حَتّىٰ تَنكِحَ زَوجًا غَيرَهُ ۗ فَإِن طَلَّقَها فَلا جُناحَ عَلَيهِما أَن يَتَراجَعا إِن ظَنّا أَن يُقيما حُدودَ اللهِ ۗ وَتِلكَ حُدودُ اللهِ يُبَيِّنُها لِقَومٍ يَعلَمونَ

Sesudah (diceraikan dua kali), itu jika diceraikan pula (bagi kali yang ketiga) maka perempuan itu tidak halal lagi baginya sesudah itu, sehingga dia berkahwin dengan suami yang lain. Setelah itu kalau dia diceraikan (oleh suami baharu itu dan habis idahnya), maka mereka berdua (suami lama dan bekas isterinya) tidaklah berdosa untuk kembali (maskahwin semula), jika mereka kuat menyangka akan dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah dan itulah aturan-aturan hukum Allah, diterangkannya kepada kaum yang (mahu) mengetahui dan memahaminya.

 

فَإِن طَلَّقَها فَلا تَحِلُّ لَهُ مِن بَعدُ

Sesudah (diceraikan dua kali), itu jika diceraikan pula (bagi kali yang ketiga) maka perempuan itu tidak halal lagi baginya sesudah itu,

 

Tidak halal bagi mereka untuk berkahwin semula selepas cerai kali yang ketiga. Rujuk tidak boleh, hendak kahwin selepas habis iddah pun tidak boleh.

Selalunya seorang suami akan menceraikan isterinya kali pertama, kemudian kali kedua dan paling banyak sekali, sampai ketiga kali. Tetapi ada juga orang yang bodoh sampai melafazkan cerai talak tiga terus walaupun mereka hanya bercerai kali yang pertama.

Atau ada yang lagi bodoh, sampai lafaz cerai talak seratus terus. Ini sebab marah sangat, dan sudah tidak menggunakan akal yang waras, sampai sebut benda yang bodoh dan kemudian menyesal pula.

Kalau ada yang buat macam ini juga, kena rujuk kepada mahkamah apakah keputusan yang mereka akan berikan. Ini kerana ada khilaf sama ada cerai kali pertama, tetapi lafaz ‘talak tiga’, jadi talak satu atau talak tiga terus. Yang menentukannya adalah mahkamah kawasan itu.

 

حَتّىٰ تَنكِحَ زَوجًا غَيرَهُ

sehingga dia berkahwin dengan suami yang lain.

 

Mereka tidak boleh kahwin sampai bila-bila, sehinggalah isteri itu berkahwin dengan suami lain (dan kemudian bercerai pula), tetapi itu pun dengan syarat-syaratnya. Tidak boleh ikut suka kita sahaja.

Pertama, isteri itu kena kahwin dengan lelaki lain, dan mereka mestilah telah berjimak.

Kedua, suami kedua itu menceraikan wanita itu.

Ketiga, itu pun kalau bekas isteri itu hendak berkahwin dengan dia balik kerana kalau isteri itu tidak mahu kembali kepada suami asal, suami itu tidak boleh paksa, kerana ini bukan rujuk, tetapi pernikahan yang baru.

 

فَإِن طَلَّقَها فَلا جُناحَ عَلَيهِما أَن يَتَراجَعا

Setelah itu kalau dia diceraikan, maka mereka berdua (suami lama dan bekas isterinya) tidaklah berdosa untuk kembali

 

Kalau suami kedua itu menceraikan wanita itu selepas ditiduri, bolehlah wanita itu berkahwin semula dengan suaminya yang pertama apabila sudah habis iddah. Suami yang kedua itu mestilah boleh dan sudah melakukan hubungan kelamin dengan wanita itu.

Pernah terjadi pada zaman Nabi ﷺ, seorang sahabiah telah berkahwin dengan suami yang lain dan apabila diceraikan oleh suami yang kedua itu, beliau hendak kembali kepada suami yang pertama. Apabila ditanya oleh Nabi ﷺ kenapa beliau hendak kembali kepada suami yang pertama, wanita itu beritahu bahawa suaminya yang kedua itu tidak boleh melakukan persetubuhan. Nabi ﷺ kata tidak boleh kalau begitu kerana untuk beliau kembali kepada suaminya yang pertama beliau mesti telah melakukan persetubuhan dengan suaminya yang kedua.

Kena ingat yang ini adalah perkahwinan yang baru, bukannya rujuk kembali. Jadi kena dapatkan persetujuan wanita itu. Kena melalui proses seperti pernikahan yang biasa.

Perkara yang biasa timbul dalam masyarakat kita adalah tentang ‘Cina Buta’ iaitu suami yang telah menceraikan isterinya tiga kali, menggunakan ‘pak sanggup’ atau dinamakan ‘Cina Buta’ untuk berkahwin dengan isterinya dan kemudian ada perjanjian untuk menceraikan isterinya itu. Ada bayaran yang dikenakan kepada Cina Buta ini dan selalunya, suami itu tidak membenarkan Cina Buta itu meniduri isterinya.

Ini dilakukan untuk membolehkan dia berkahwin semula dengan isterinya. Ini adalah satu perbuatan yang menghina hukum Allah ‎ﷻ dan percubaan untuk menipu Allah ‎ﷻ. Ini adalah perbuatan yang keji dan haram. Jangan kita terlibat dalam perkara ini.

 

إِن ظَنّا أَن يُقيما حُدودَ اللهِ

jika mereka kuat menyangka akan dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah

 

Ini kalau wanita itu telah diceraikan oleh suami kedua dan hendak menikah kembali dengan suaminya yang pertama dahulu. Mereka dibenarkan untuk bernikah semua kalau mereka rasa mereka ada harapan untuk menjaga hukum.

Maksudnya mereka hendak menjaga hukum Allah ‎ﷻ. Maknanya, mereka meletakkan penjagaan hukum sebagai asas kepada perkahwinan. Kalau agak tidak boleh jaga hukum, maka tidak payahlah hendak berkahwin lagi.

 

وَتِلكَ حُدودُ اللهِ يُبَيِّنُها لِقَومٍ يَعلَمونَ

dan itulah aturan-aturan hukum Allah, diterangkannya kepada kaum yang (mahu) mengetahui dan mahu memahaminya.

 

Allah ‎ﷻ memberitahu cara-cara perhubungan antara suami isteri ini kepada mereka yang hendak tahu. Sepatutnya kita sebagai seorang muslim dan beriman dengan Allah ‎ﷻ, hendaklah merujuk kepada Al-Qur’an untuk mendapatkan cara-cara untuk menyelesaikan satu masalah yang dihadapi dalam kehidupan mereka. Jangan buat perkara dan cari jalan penyelesaian mengikut akal sendiri sahaja.

Allahu a’lam.

Tafsir Surah Al-Baqarah: Tafsir Ayat Ke-228

0

Tafsir Ayat Ke-228

Apabila sudah disebut tentang cerai, maka akan ada apa yang dinamakan iddah – tempoh tunggu setelah bercerai. Hikmah diadakan iddah ini adalah kerana takut-takut ada benih suami pertama di dalam perut isteri yang diceraikan itu.

Kalau tidak ada iddah, seorang wanita ada berkemungkinan terus berkahwin dengan lelaki lain selepas bercerai dengan suaminya yang pertama. Padahal dia mungkin sudah bersetubuh dengan suami pertama dan sudah ada benih dalam perutnya. Dia pun kahwin dengan lelaki yang baru dan bersetubuh pula dan kemudian mengandung. Suami kedua sangka itu anaknya padahal itu adalah anak suami pertama.

Kalau ini terjadi, terdapat masalah seperti salah meletakkan nasab anak itu (letak bin nama bapa yang salah), salah kepada pemberian harta pusaka dan sebagainya, salah dalam perwalian perkahwinan dan sebagainya dan juga seorang lelaki kena tanggung anak orang lain pula (anak suami pertama).

Jadi, bagi mengelakkan perkara ini, Islam mewajibkan untuk menunggu selama tempoh iddah untuk wanita itu, kemudian baru boleh berkahwin lain supaya dapat memastikan tidak ada benih suami yang telah bercerai itu.

وَالمُطَلَّقٰتُ يَتَرَبَّصنَ بِأَنفُسِهِنَّ ثَلٰثَةَ قُروءٍ ۚ وَلا يَحِلُّ لَهُنَّ أَن يَكتُمنَ ما خَلَقَ اللهُ في أَرحامِهِنَّ إِن كُنَّ يُؤمِنَّ بِاللهِ وَاليَومِ الآخِرِ ۚ وَبُعولَتُهُنَّ أَحَقُّ بِرَدِّهِنَّ في ذٰلِكَ إِن أَرادوا إِصلٰحًا ۚ وَلَهُنَّ مِثلُ الَّذي عَلَيهِنَّ بِالمَعروفِ ۚ وَلِلرِّجالِ عَلَيهِنَّ دَرَجَةٌ ۗ وَاللهُ عَزيزٌ حَكيمٌ

Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). Dan tidaklah halal bagi mereka menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak yang dijadikan oleh Allah dalam kandungan rahim mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali (rujuk akan) isteri-isteri itu dalam masa idah mereka jika suami-suami bertujuan hendak berdamai. Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

وَالمُطَلَّقٰتُ يَتَرَبَّصنَ بِأَنفُسِهِنَّ ثَلٰثَةَ قُروءٍ

Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (daripada berkahwin) selama tiga kali suci

Kalimah yang digunakan adalah: Tiga kali quru’. Perkataan قُروءٍ ini ada makna yang bertentangan. Ia boleh bermakna ‘suci’ dan juga boleh bermakna ‘haid’ (tidak suci). Oleh itu, Imam Syafi’iy رحمه الله berkata ia bermaksud ‘tiga kali suci’ tetapi Imam Abu Hanifah رحمه الله betkata ia bermaksud ‘tiga kali haid’.

Syeikh Abu Umar ibnu Abdul Barr رحمه الله mengatakan, tidak ada perselisihan pendapat di kalangan ulama’ bahasa dan ahli fiqah, bahawa yang dimaksud dengan quru’ ialah haid dan suci; dan sesungguhnya mereka hanya berselisih pendapat tentang makna yang dimaksudkan daripada ayat ini, iaitu terdiri atas dua pendapat.

Ini adalah salah satu ayat yang ulama’ khilaf tentangnya dan ini adalah khilaf yang diterima kerana ada sandaran hukum tentangnya kerana kalimah itu boleh diterjemahkan kepada dua perkataan (suci atau haid), maka ada ulama’ yang memilih salah satu daripadanya.

Oleh itu, Imam Syafi’iy رحمه الله memilih kalimah قُروءٍ itu sebagai ‘bersih’, maka kalau seorang isteri itu dilafazkan talaq semasa dia dalam suci, maka itu sudah dikira sebagai قُروءٍ yang pertama. Kemudian dia akan haid dan kemudian dia suci yang kedua. Kemudian dia akan haid lagi dan suci yang ketiga. Maka apabila dia haid lagi, maka dia telah habis iddahnya. Maknanya, secara efektif, masa yang digunakan dalam Mazhab Syafi’iy lebih pendek.

وَلا يَحِلُّ لَهُنَّ أَن يَكتُمنَ ما خَلَقَ اللهُ في أَرحامِهِنَّ

Dan tidaklah halal bagi mereka menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak yang dijadikan oleh Allah dalam kandungan rahim mereka,

Isteri yang telah ditalaq itu tidak dibenarkan menyembunyikan jika sudah ada benih dalam perut mereka kerana mereka sahaja yang tahu. Mungkin ada isteri yang marah atau benci sangat kepada suaminya sampai dia tidak beritahu yang dia mengandung anak suaminya itu.

Mungkin dia hendak memendekkan masa iddahnya, atau dia hendak memanjangkan masa iddahnya, maka dia boleh melakukannya dengan tidak memberitahu kandungan yang di dalam perutnya itu.

Ini kerana iddah wanita yang mengandung dikira sebaik sahaja dia bersalin. Jadi kalau dia hendak memanjangkan masa iddahnya, dia boleh kata dia mengandung, maka kena tunggu sampai bersalin; kalau dia hendak memendekkan masa iddahnya, dia tidak beritahu yang dia mengandung. Kalau dia kata dia mengandung, sudah tidak kira tiga قُروءٍ, kena tunggu sampai bersalin pula dan dia mungkin tidak mahu.

Ayat ini adalah ayat amaran dan ancaman kepada sang isteri itu kerana mengandung atau tidak, dia sahaja yang tahu. Maka Allah ‎ﷻ memberi peringatan kepada mereka supaya berterus terang, jangan simpan apa yang ada dalam perut itu.

إِن كُنَّ يُؤمِنَّ بِاللهِ وَاليَومِ الآخِرِ

jika betul mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat.

Menyembunyikan ada anak dalam dalam kandungan itu adalah haram dan seorang isteri tidak boleh melakukannya. Dia mesti memberitahu suaminya itu bahawa dia telah mengandung. Itu kalau mereka hendak jaga agama mereka. Kalau mereka beriman, mereka tidak akan menyembunyikan kebenaran.

وَبُعولَتُهُنَّ أَحَقُّ بِرَدِّهِنَّ في ذٰلِكَ

Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali (rujuk akan) isteri-isteri itu dalam masa iddah mereka

Suami mereka lebih berhak untuk rujuk mereka dalam kes talaq yang boleh rujuk. Bukan wanita yang ada hak itu. Seorang isteri kena terima rujuk suaminya itu, sama ada dia suka atau tidak.

إِن أَرادوا إِصلٰحًا

jika suami-suami bertujuan hendak berdamai.

Selagi tidak habis tiga furu’ lagi, suami itu boleh rujuk sampai dua kali. Kalau sudah cerai kali ketiga, baru tidak boleh rujuk lagi. Kalau tidak suka pun, isteri itu kena tunggu dua kali rujuk itu.

وَلَهُنَّ مِثلُ الَّذي عَلَيهِنَّ بِالمَعروفِ

Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya

Hak yang seimbang sama seperti yang perlu ditunaikan kepada suami. Ada hak yang Allah ‎ﷻ suruh suami jaga dan ada yang disuruh isteri jaga. Begitu juga seorang isteri itu ada hak sebagai seorang manusia juga seperti dia boleh ada harta, boleh ada masa untuk dirinya, dia boleh membuat keputusan sendiri dan sebagainya.

Islam tidak merendahkan kedudukan wanita. Tidak seperti agama-agama lain yang merendahkan kedudukan wanita mereka, sampaikan wanita itu seolah-olah manusia kelas kedua dalam agama mereka. Kalau zaman dahulu, seorang wanita dalam agama lain tidak ada hak untuk bersuara, tidak ada hak untuk belajar, mempunyai harta dan sebagainya.

Jadi, adalah amat menyedihkan apabila ada tohmahan daripada golongan kafir dan Muslim sendiri yang mengatakan Islam merendahkan martabat wanita. Sedangkan Islam amat menjaga hak-hak wanita.

‘Makruf’ maksudnya buat baik walau hati tidak semestinya rasa senang untuk melakukannya. Namun begitu seorang yang mukmin akan tetap melakukannya kerana mereka sedar yang itu adalah tanggungjawab. Oleh itu, katakanlah hubungan sudah tidak baik, tetapi hak dan tanggungjawab tetap perlu dijalankan.

Tanggungjawab tidak sama antara suami dan isteri kerana lelaki dan perempuan berlainan sifat. Tanggungjawab suami selalunya di luar dan isteri di rumah. Tetapi bilangan sama dan setara – sama-sama ada tanggungjawab. Katakanlah lelaki ada sepuluh tanggungjawab, maka si isteri pun ada sepuluh tanggungjawab juga.

Begitu juga, isteri ada hak, sepertimana suami juga ada hak.

Manakala terdapat hadith Nabi ﷺ yang menyuruh kepada perkara tersebut berdasarkan hadith daripada Mu’awiyah al Qusyairi رضي الله عنه telah bertanya kepada Nabi ﷺ:

يا رسولَ اللَّهِ ، ما حقُّ زَوجةِ أحدِنا علَيهِ ؟ ، قالَ : أن تُطْعِمَها إذا طَعِمتَ ، وتَكْسوها إذا اكتسَيتَ ، أوِ اكتسَبتَ ، ولا تضربِ الوَجهَ ، ولا تُقَبِّح ، ولا تَهْجُرْ إلَّا في البَيتِ

Maksudnya : “Wahai Rasulullah, apakah hak isteri salah seorang daripada kami yang menjadi kewajipan suaminya?” Baginda menjawab, “Engkau memberi makan kepadanya, jika engkau makan. Engkau memberi pakaian kepadanya, jika engkau berpakaian. Janganlah engkau pukul wajahnya, janganlah engkau memburukkannya, dan janganlah engkau meninggalkannya kecuali di dalam rumah”. (Riwayat Abu Daud no 2142 dan Ibn Majah no 1850)

Dalam ayat ini kita boleh lihat bagaimana hak isteri itu disebut dahulu sebelum disebut hak suami. Ini kerana seorang lelaki itu senang untuk mendapatkan haknya daripada wanita tetapi wanita susah untuk mendapatkan haknya daripada lelaki. Maka Allah ‎ﷻ sebut dahulu hak isteri itu.

وَلِلرِّجالِ عَلَيهِنَّ دَرَجَةٌ

dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan

Cuma ada sedikit kelebihan ke atas lelaki – dalam hal akad nikah, rujuk, cerai dan nafkah, ada kuasa hak pada suami dan tidak ada pada isteri. Selain daripada perkara-perkara itu, isteri pun ada hak dan mereka boleh melaporkan ketidakpuasan hati mereka kepada mahkamah. Perkara ini disebut dalam ayat [ Nisa: 34 ].

الرِّجالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّساءِ بِما فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلى بَعْضٍ وَبِما أَنْفَقُوا مِنْ أَمْوالِهِمْ

Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka.

Janganlah potongan ayat ini digunakan sebagai dalil untuk mengatakan bahawa suami atau lelaki itu lebih tinggi darjat mereka daripada wanita. Ayat ini perlu dibaca dalam konteks ayat ini di mana seorang suami itu mempunyai kelebihan dalam hal nikah, cerai dan rujuk sahaja.

Kalau semua belajar Al-Qur’an dan agama, semua akan tahu hak masing-masing. Tetapi masalahnya, ramai yang belajar tentang hukum nikah cerai semasa kursus kahwin sahaja. Itu pun dua hari sahaja dan banyak perkara lawak sahaja yang diajarkan.

Oleh kerana itu, banyak masalah dalam masyarakat terjadi kerana jahil agama dan hukum. Sedangkan hukum Islam telah menjaga semua keperluan manusia dan adil. Manusia sahaja yang tidak tahu dan kerana itu ramai yang ambil kesempatan.

Ayat ini adalah ayat yang amat penting kerana ia menekankan hak wanita. Kita kena sedar yang sebelum Islam, pada zaman Jahiliyyah, kedudukan wanita itu seperti harta benda sahaja yang boleh dipindah milik dan dipusakai. Mereka tidak ada hak apa-apa pun dan mereka boleh dijual beli oleh lelaki yang memiliki mereka! Mereka bukan sahaja tidak layak untuk memiliki harta, malah mereka juga dikira sebagai harta benda.

Lelaki iaitu suami mereka memiliki isteri mereka itu sepenuhnya. Isteri itu kena ikut segala arahan suaminya tanpa soal (asalkan tidak melanggar hukum dan syarak). Kerana itulah ada yang sampai membunuh anak perempuan mereka kerana anak perempuan itu dikira seolah-olah bagaikan tidak ada nilai! Bahkan dalam agama lain, ada yang dibakar sekali dengan mayat suami mereka apabila suami mereka meninggal dunia.

Islam datang dengan mengajar umatnya untuk menghormati wanita. Mereka layak untuk memiliki harta. Mereka juga tidak boleh dipaksa untuk mengahwini sesiapa pun tanpa persetujuan daripadanya. Apabila suami mereka meninggal dunia, mereka layak untuk mendapat bahagian daripada harta suaminya itu.

Mereka juga dibenarkan untuk menguruskan kehidupannya sendiri, tidak boleh dipaksa untuk mengahwini sesiapa pun. Kalau suaminya tidak memberi nafkahnya, atau menzaliminya, wanita itu boleh mengadu ke qadhi dan perkahwinan itu boleh ditamatkan.

Namun jangan lupa bahawa lelaki itu masih ada satu tingkatan di atas wanita. Mereka itu dikawal dan dijaga oleh wali mereka (sama ada bapa atau suami mereka) untuk kebaikan mereka juga. Mereka tidaklah bebas untuk melakukan apa sahaja. Kebebasan itu mestilah dalam lingkungan agama kerana kalau mereka dibiarkan tanpa kawalan, akan menyebabkan kerosakan dalam masyarakat juga.

وَاللهُ عَزيزٌ حَكيمٌ

Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Walaupun suami itu mempunyai kelebihan atas wanita dalam hal nikah, rujuk dan cerai tetapi mereka hendaklah ingat bahawa Allah ‎ﷻ lebih berkuasa lagi untuk menentukan segala perkara. Jangan para lelaki menyalahgunakan kuasa pula.

Allahu a’lam.

Tafsir Surah Al-Baqarah: Tafsir Ayat Ke-226 dan Ke-227

0

Tafsir Ayat Ke-226

Setelah menyebut tentang sumpah dalam ayat sebelum ini, Allah ‎ﷻ sekarang menyebut tentang salah satu kebiasaan orang Arab dalam bersumpah.

لِّلَّذينَ يُؤلونَ مِن نِّسائِهِم تَرَبُّصُ أَربَعَةِ أَشهُرٍ ۖ فَإِن فاءوا فَإِنَّ اللهَ غَفورٌ رَّحيمٌ

Kepada orang-orang yang bersumpah tidak akan mencampuri isteri-isteri mereka, diberikan tempoh empat bulan. Setelah itu jika mereka kembali (mencampurinya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

لِّلَّذينَ يُؤلونَ مِن نِّسائِهِم

Kepada orang-orang yang bersumpah tidak akan mencampuri isteri-isteri mereka,

Iaitu mereka biasa bersumpah atas nama Allah ‎ﷻ untuk tidak menyetubuhi isterinya. Sumpah ini dinamakan Sumpah ila’. Lelaki Arab pada waktu itu melakukan begitu apabila mereka marah terhadap isteri mereka.

Isteri itu secara efektif terpisah daripadanya (tetapi tidak diceraikan)

Mereka pula ada banyak isteri maka tidak ada masalah kepada mereka kalau mereka menahan diri daripada bersetubuh dengan isterinya yang satu itu, kerana mereka ada isteri kedua, ketiga dan seterusnya.

Tetapi isteri-isteri mereka yang merana kerana dibiarkan begitu sahaja dan mereka tidak boleh berkahwin dengan lelaki lain kerana mereka masih lagi berstatus isteri kepada suaminya.

Mereka seolah-olah seperti ‘tergantung tanpa tali’ sampai mati. Ini adalah perbuatan zalim kepada wanita maka Allah ‎ﷻ menurunkan ayat ini untuk memperbetulkan kezaliman ini.

تَرَبُّصُ أَربَعَةِ أَشهُرٍ

diberikan tempoh empat bulan

Masalah dengan sumpah ila’ ini adalah tidak ada cara untuk membatalkannya di dalam fahaman dan undang-undang Arab Jahiliyyah. Apabila tidak ada, maka ia menjadi satu kezaliman kepada kaum isteri. Maka Islam tidak membatalkan perbuatan sumpah itu tetapi yang diubah adalah sistem tersebut.

Agama Islam meletakkan had masa. Masa yang ditetapkan di dalam Islam adalah empat bulan. Jadi sudah ada had yang ditetapkan, tidaklah sampai bila-bila.

Maknanya, seorang isteri itu tahulah yang ada masa maksima yang dia perlu tunggu dan tidak lebih daripada itu. Jikalau dia bersetubuh dengan isterinya sebelum empat bulan, maka dia dikira sudah membatalkan sumpahnya itu dan dia kena bayar dam kerana telah membatalkan sumpah.

Oleh itu, si suami boleh ila’ isterinya hanya beberapa lama sahaja, tetapi tidak boleh lebih daripada empat bulan. Itu adalah had maksima.

Suami itu akan berkata: “Aku ila’ engkau selama sebulan”, atau “Aku ila’ engkau selama empat bulan”, dan sebagainya. Apabila dia telah bersumpah dan menetapkan masa, dia kena tunggu masa itu sampai habis.

Jikalau telah cukup empat bulan dan dia tidak melakukan apa-apa, isterinya boleh pergi mengadu hal ini ke mahkamah dan qadhi boleh mengeluarkan keputusan untuk menceraikan mereka. Ia akan menjadi talaq bain (talaq yang tidak boleh dirujuk).

Dalam Mazhab Syafi’iy, perempuan itu kena mengadu ke mahkamah, tetapi dalam Mazhab Hanafi, pasangan itu telah bercerai secara automatik apabila telah cukup empat bulan.

Cerai Bain tidak boleh rujuk dan kalau hendak bersama kembali, pasangan itu dikehendaki menikah semula, bayar mahar semula dan sebagainya. Maka wanita itu ada pilihan sama ada hendak bersama kembali dengan bekas suaminya atau tidak.

فَإِن فاءوا فَإِنَّ اللَّهَ غَفورٌ رَّحيمٌ

Setelah itu jika mereka kembali (mencampurinya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Suami boleh rujuk semula dengan menyetubuhi isterinya itu. Allah‎ ﷻ akan mengampunkan kesalahan mereka sebelum itu dan kalau Allah sudah ampunkan, Dia tidak akan mengazab hamba-Nya itu.

Tafsir Ayat Ke-227

وَإِن عَزَمُوا الطَّلٰقَ فَإِنَّ اللَّهَ سَميعٌ عَليمٌ

Dan jika mereka berazam hendak menjatuhkan talak (menceraikan isteri), maka sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.

وَإِن عَزَمُوا الطَّلٰقَ

Dan jika mereka berazam hendak menjatuhkan talak

Ini kalau suami itu berazam juga untuk bercerai. Apabila sudah melepasi tempoh empat bulan pun tetapi masih lagi marah dan tidak dapat hendak berbaik kembali.

Dalam keadaan ini, kena biarkan wanita itu bebas supaya dia boleh berkahwin lain. Jangan lagi gantung mereka tanpa tali. Berlapang dadalah dan biarlah dia menjalani kehidupannya yang baru.

Ayat ini menguatkan pendapat yang mengatakan bahawa selepas empat bulan, perhubungan suami isteri itu tidak terus terputus. Keputusan kena dilakukan sama ada untuk bercerai atau tidak.

فَإِنَّ اللهَ سَميعٌ عَليمٌ

maka sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.

Allah ‎ﷻ mendengar apa isi hati kita. Allah ‎ﷻ mengetahui apa yang kita mahu dan apa yang kita lakukan

Oleh itu, berkenaan perkara ila’ ini ada empat jenis keadaan:

1 ila’ tanpa masa yang ditetapkan
2 ila’ empat bulan telah dilafazkan oleh suami
3 ila’ lebih daripada empat bulan telah dilafazkan
4 ila’ kurang daripada empat bulan telah dilafazkan

Kalau si suami mendatangi isteri (menjimak) sebelum masa yang ditetapkan, maka secara automatik, ila’ itu terputus.

Tetapi suami itu kenalah bayar kaffarah sumpah kerana dia telah melanggar sumpahnya. Situasi ke-3 itu tidak dibenarkan kerana lebih daripada empat bulan.

Dalam situasi lain, tidaklah terus cerai kalau berpisah empat bulan. Kalau suami dan isteri terpisah lebih daripada empat bulan, itu tidaklah termasuk dalam ila’ lagi. Ini kerana mungkin mereka terpisah buat sementara waktu kerana tinggal berjauhan disebabkan tuntutan kerja dan sebagainya.

Ataupun ada suami isteri yang tidak berjimak lebih daripada empat bulan kerana keadaan kesihatan salah seorang daripada mereka. Ini tidak termasuk ila’.

Kita sebutkan kerana ada fahaman salah dalam kalangan masyarakat, kalau tidak berhubungan lebih daripada empat bulan, terus terbatal perkahwinan itu. Ini tidak benar.

Allahu a’lam.

SIRI LA TAHZAN: Bab 199 – Tulislah Sejarah Anda Sendiri (dengan kebaikan) (اكتبْ تأريخك بَنفْسِك)

0

La Tahzan 199: Tulislah sejarah anda sendiri (dengan kebaikan) (اكتبْ تأريخك بَنفْسِك)

كنتُ جالساً في الحرَمِ في شدَّةِ الحرّ ، قبل صلاةِ الظهرِ بساعةٍ ، فقام رجلٌ شيخٌ كبيرٌ ، وأخذ يُباشِرُ على الناسِ بالماءِ الباردِ ، فيأخذُ بيدهِ اليُمنى كوباً ، وفي اليُسرى كوباً ، ويسقيهمُ منْ ماءِ زمزم ، فكلَّما شرب شاربٌ ، عاد فأسقى جارهُ ، حتى أسقى فِئاماً من الناسِ ، وعَرَقُه يتصبَّبُ ، والناسُ جلوسٌ كلٌّ ينتظرُ دوره ليشرب منْ يدِ هذه الشيخِ الكبيرِ ، فعجبتُ منْ جلدِهِ ومنْ صبرِهِ ومنْ حبِّه للخيرِ ، ومن إعطائِه هذا الماءَ للناسِ وهو يتبسَّمُ ، وعلمتُ أنَّ الخير يسيرٌ على منْ يسرَّه اللهُ عليه ، وأنَّ فِعْلَ الجميِل سَهْلٌ على منْ سهَّلهُ اللهُ عليه ، وأنَّ للهِ ادِّخاراتٍ من الإحسانِ ، يمنحُها منْ يشاءُ منْ عبادهِ ، وأنَّ اللهُ يُجري الفضائل ولو كانتْ قليلةً على يدِ أناسٍ خيرِّين ، يحبُّون الخيْر لعبادِ اللهِ ، ويكرهون الشَّرَّ لهم

 

Ketika berada dalam Masjidil Haram sebelum Zuhur ketika musim panas, aku kagum dengan seorang tua yang sibuk mengagihkan air zam-zam kepada orang ramai. Aku kagum dengan kesabaran dan kecintaannya untuk berbuat kebaikan kepada manusia lain. Berbuat baik adalah mudah bagi orang yang Allah ‎ﷻ permudahkan; berbuat sesuatu nan indah adalah mudah bagi orang yang dimudahkan Allah ‎ﷻ. Allah ‎ﷻ mempunyai simpanan kebaikan yang diberikan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; Allah ‎ﷻ melimpahkan pelbagai keutamaan sekecil mana pun ke tangan orang yang baik-baik, yang menyukai kebaikan bagi hamba-hamba Allah‎ ﷻ dan tidak suka keburukan menimpa mereka.

أبو بكر يعرِّضُ نفسه للخطرِ في الهجرةِ ، حمايةً للرسولِ – صلى الله عليه وسلم – .
وحاتمُ ينامُ جائعاً ، ليشبع ضيوفه .
وأبو عبيدة يسهرُ على راحةِ جيشِ المسلمين .
وعمرُ يطوفُ المدينة والناسُ نيامٌ .
ويتلوى من الجوعِ عام الرَّمادة ، ليُطعم الناس .
وأبو طلحة يتلقى السهام في أُحُدٍ ، ليقي رسول اللهِ – صلى الله عليه وسلم – .
وابنُ المباركِ يُباشِرُ على الناسِ بالطعامِ وهو صائمٌ

 

Antara kebaikan-kebaikan yang epik sepanjang zaman:

🌟 Abu Bakar as Siddiq mempertaruhkan nyawanya ketika menemani Rasulullah ﷺ berhijrah

🌟 Hatim rela berlapar agar tetamunya kenyang

🌟 Abu Ubaidah bersengkang mata berjaga malam untuk memastikan tentera cukup rehat

🌟 Umar رضي الله عنه turun padang untuk memastikan keadaan rakyatnya ketika mereka lena tidur

🌟 Umar رضي الله عنه mengikat perut ketika musim kemarau (Madinah) untuk memastikan rakyat cukup makanan

🌟 Abu Talhah رضي الله عنه rela menjadi perisai manusia melindungi Rasulullah ﷺ ketika Perang Uhud

🌟 Ibn Mubarak mengagihkan makanan kepada orang ramai walhal beliau sedang berpuasa.

Firman Allah ‎ﷻ :

وَيُطْعِمُونَ الطَّعَامَ عَلَىٰ حُبِّهِ مِسْكِينًا وَيَتِيمًا وَأَسِيرًا (8)

Mereka memberi makanan yang disukai kepada orang miskin, anak yatim dan tawanan perang. ” [Al-Insan: 8]

At-Tazkirah Qurthubi: Mati adanya Sakarat – Sakarat yang dialami oleh para Nabi

0

at Tazkirah al Qurthubi (w.671H)

Kod 7.0 Bab bahawa Mati Adanya Sakarat, Setiap Anggota Badan Saling Mengucap Selamat Berpisah (باب ما جاء أن للموت سكرات و في تسليم الأعضاء بعضها على بعض و فيما يصير الإنسان إليه)

Bahagian 16: Sakarat yang dialami para nabi

فصل : قول عائشة رضي الله عنها : كانت بين يديه ركوة أو علبة العلبة : قدح من خشب ضخم يحلب فيه ، قال ابن فارس في المجمل و قال الجوهري في الصحاح العلبة محلب من جلد ، و الجمع علب و علاب ، والمعلب الذي يتخذها

Bab (sakarat yang dihadapi oleh Nabi ﷺ) menurut Aisyah رضي الله عنها:

أن عائشة رضي الله عنها كانت تقول إن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان بين يديه ركوة أو علبة فيها ماء يشك عمر فجعل يدخل يديه في الماء فيمسح بهما وجهه ويقول ( لا إله إلا الله إن للموت سكرات ) ثم نصب يده فجعل يقول في ( الرفيق الأعلى ) حتى قبض ومالت يده

“Bahawa di hadapan Rasulullah ﷺ (pada saat baginda akan wafat) ada sebuah wadah atau bejana berisi air. Maka mulailah baginda memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam air dan mengusap-usapkannya ke wajah, seraya mengucapkan, “Laa ilaaha illallaah, sesungguhnya kematian itu diiringi sakarat-sakarat.” Kemudian baginda menegakkan tangannya seraya bersabda, “Bersama ar-Rafiq al-A’laa,” sampai baginda dicabut nyawanya, dan tangannya longlai. (Sahih Bukhari no 6510)

👁‍🗨 Bejana atau bekas air atau ulbah orang Arab pada masa itu ada dua jenis, satu diperbuat daripada kayu untuk menadah perahan susu, dan satu lagi menurut ahli bahasa ibn Faris dan al Jauhari ia diperbuat daripada kulit. Dalam hadith Bukhari ni, Nabi ﷺ memberi peringatan, bahawa sakaratul maut ialah kepayahan menjelang kematian yang dialami oleh baginda sendiri dan umatnya.

Bahagian 17: Syarah kenapa para Nabi dan wali wali Allah‎ ﷻ masih terkena sakaratul maut 1

فصل : قال علماؤنا رحمة الله عليهم : فإذا كان هذا الأمر قد أصاب الأنبياء و المرسلين و الأولين و المتقين فمالنا عن ذكره مشغولين ؟ و عن الاستعداد له متخلفين ؟

Berkata Imam al Qurthubi رحمه الله, para ulama’ kami (fuqaha mazhab beliau Malikiah), “Jika sakaratul maut turut menimpa para Nabi, para wali-wali Allah ‎ﷻ, orang muttaqin, maka apa perlu kita perlu menyibukkan diri memberi peringatan. apakah kita perlu bersiap siaga kerana sakaratul itu pasti kena kepada semua orang?

Jawapan:

إحداهما : أن يعرف الخلق مقدار ألم الموت و أنه باطن و قد يطلع الإنسان على بعض الموتى فلا يرى عليه حركة و لا قلقاً و يرى سهولة خروج روحه ، فيغلب على ظنه سهولة أمر الموت و لا يعرف ما الميت فيه ؟ فلما ذكر الأنبياء الصادقون في خبرهم : شدة ألمه ، مع كرامتهم على الله تعالى و تهونيه على بعضهم ،

🔘 Pertama:
bahawa untuk memberitahu betapa sakitnya kematian itu walaupun kita menyaksikan kematian sebahagian manusia dengan mudah, tenang lalu kita menyangka kematian itu enteng dan mudah sahaja. Ini disebabkan orang mati tidak mampu menceritakan kesakitannya. Maka apabila dikhabarkan oleh orang siddiq (para ulama’) akan betapa sakitnya kematian termasuk yang dialami oleh para Nabi sedangkan mereka itu telah dimuliakan oleh Allah ‎ﷻ.

Bahagian 17: Syarah kenapa para nabi dan wali-wali Allah ‎ﷻ masih terkena sakaratul maut siri 2

الثانية : أن أشد الناس بلاء في الدنيا الأنبياء ثم الأمثل فالأمثل كما قال نبينا عليه السلام .
خرجه البخاري و غيره ، فأحب الله أن يبتليهم تكميلاً لفضلاً لديه ، و رفعة لدرجاتهم عنده ، و ليس ذلك في حقهم نقصاً ، و لا عذاباً .

🔘 Kedua:
Para Nabi dan orang soleh dikenakan sakaratul maut kerana seperti maksud hadith “Bahawa orang yang paling berat ujiannya di dunia ialah para Nabi kemudian yang semisal dengan mereka”. (HR Bukhari dan yang lain).

Allah ‎ﷻ suka menguji mereka kerana menyempurnakan keutamaan mereka dan mengangkat darjat mereka dan bukanlah bertujuan mengurangi hak-hak mereka atau mengazab mereka.

*Tahqiq:
Hadith ini tidak ada dalam sahih Bukhari

أَشَدُّ النَّاسِ بَلاَءً اْلأَنِبْيَاءُ ثُمَّ اْلأَمْثَلُ فَاْلأَمْثَلُ يُبْتَلَى الرَّجُلُ عَلٰى حَسًبِ ( وَفِي رِوَايَةٍ قَدْرِ ) دِيْنُهُ فَإِنْ كَانَ دِيْنُهُ صَلَبًا اِشْتَدَّ بَلاَؤُهُ وَإِنْ كَانَ فِي دِيْنِهِ رِقَةٌ اُبْتُلِيُ عَلٰى حَسَبِ دِيْنُهِ فَمَا يَبْرَحُ اْلبَلاَءُ بِالْعَبْدِ حَتىٰ يَتْرُكَهُ يَمْشِيْ عَلَى اْلأَرْضِ مَا عَلَيْهِ خَطِيْئَةُ .

“Manusia yang paling dahsyat cubaannya adalah para anbiya’ kemudian orang-orang serupa lalu orang-orang yang serupa. Seseorang itu diuji menurut ukuran (dalam suatu riwayat ‘kadar’) agamanya. Jika agama kuat, maka cubaannya pun dashyat. Dan jika agamanya lemah, maka ia diuji menurut agamanya. Maka cubaan akan selalu menimpa seseorang sehingga membiarkannya berjalan di muka bumi, tanpa tertimpa kesalahan lagi.” (HR At-Tirmidzi (2/64), Ibnu Majah (4023), Ad-Darimi (2/320), menurut abu Isa, hasan sahih)

Bahagian 17: Syarah kenapa para nabi dan wali-wali Allah ‎ﷻ masih terkena sakaratul maut siri /akhir

كما ابتلى إبراهيم بالنار ، و موسى بالخوف و الأسفار ، و عيسى بالصحارى و القفاز ، و نبينا محمداً صلى الله عليه و سلم بالفقر في الدنيا و مقاتلة الكفار ، كل ذلك لرفعة في أحوالهم ، و كمال في درجاتهم ، و لا يفهم من هذا أن الله شدد عليهم أكثر مما شدد على العصاة المخلطين فإن ذلك عقوبة لهم ، و مؤاخذة على إجرامهم فلا نسبة بينه و بين هذا .

Kata Imam al Qurthubi رحمه الله:
Nabi Ibrahim عليه السلام pernah diuji api yang besar (api Nimrood); Nabi Musa عليه السلام diuji dengan ketakutan (Fir’aun dan tenteranya) dan musafir yang jauh ke Madyan; Nabi Isa عليه السلام diuji dengan kepanasan gurun dan roti kering; manakala Nabi kita Muhammad ﷺ diuji dengan kefakiran dunia dan sering diperangi oleh orang kafir. Ini semua bertujuan mengangkat kedudukan dan menyempurnakan darjat mereka. Ini bukan bermaksud Allah ‎ﷻ memberikan kesulitan lebih banyak daripada apa yang ditimpakan kepada orang kafir. Walhal, kesulitan atau azab yang ditimpakan kepada orang kafir merupakan seksaan dan hukuman lantaran dosa-dosa mereka. Berbeza dengan ujian kepada para nabi. Tidak boleh disamakan antara keduanya.

Popular

Iklan

Iklan