Utama Blog Halaman 47

10.2.17 Turunnya Nabi Isa عليه السلام

0

10.2 TBK Turunnya Nabi Isa عليه السلام
(نزول عيس بن مريم عليه السلام)

10.2.17 Nabi ﷺ berpesan agar sampaikan salamnya kepada Isa عليه السلام
(نبينا محمد ﷺ يطلب منا نقرأ سلامه على عيسى عليه السلام)

Hadith no 1

عن أبي هريرة رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال:<< يوشك المسيح عيسى بن مريم أن ينزل حكما قسطا وإمامل عدلا فيقتل الخنزير ويكسر الصليب وتكون الدعوة واحدة فأقرئوه أو أقرئه السلام من رسول الله وأحدثه فيصدقني ,فلما حضرته الوفاة قال أقرئوه مني السلام>>

Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه, bahawa Nabi ﷺ telah bersabda, “Hampir dekat masanya Al Masih Isa bin Maryam عليه السلام akan turun dengan membawa hukum dan keadilan, serta menjadi pemimpin yang adil. Baginda akan membunuh babi dan mematahkan salib sehingga dakwah hanya akan menjadi satu. Sampaikanlah kepadanya salam daripada Rasulullah ﷺ dan ceritakanlah (hadith) kepadanya, nescaya baginda akan membenarkanku. Ketika Rasulullah ﷺ hampir wafat, baginda kembali berkata: “Sampaikan salamku kepadanya”. (HR Ahmad (9110)).

Tahqiq:

الراوي : أبو هريرة | المحدث : شعيب الأرناؤوط | المصدر : تخريج المسند
الصفحة أو الرقم: 9121 | خلاصة حكم المحدث : المرفوع منه صحيح

Dinilai sahih oleh Syaikh Syu’aib al Musnad no 9121.

Hadith no 2:

وفي رواية أخرى :عن أبي هريرة رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال:<< إني لأرجو إن طال بي عمر أن ألقى عيسى بن مريم فإن عجل بي موت فمن لقيه منكم فليقرئه مني السلام>

Abu Hurairah رضي الله عنه turut meriwayatkan hadith berikut, bahawa Nabi ﷺ bersabda, “Aku berharap umurku panjang hingga sempat bertemu Isa bin Maryam عليه السلام. Jika tidak sempat, maka siapa yang sempat bertemu dengannya, maka sampaikan salamku kepadanya.”

Tahqiq:
Syaikh Syuaib al Arnaout رحمه الله

الراوي : أبو هريرة | المحدث : شعيب الأرناؤوط | المصدر : تخريج المسند
الصفحة أو الرقم: 7978 | خلاصة حكم المحدث : إسناده صحيح على شرط الشيخين
هذا الحديث ورد موقوفاً ومرفوعاً

Sahih, Musnad Ahmad, no 7978.
Tahqiq Syaikh Abdul Rahman al Sahih, multaqa ahlil hadith,

قال الهيثمي : رواه أحمد مرفوعا وموقوفا ورجالهما رجال الصحيح .
كتبه
عبد الرحمن بن عبد الله بن صالح السحيم

Sahih

At-Tazkirah Qurthubi: Jangan Mati kecuali dalam keadaan Baik Sangka dan Takut kepada Allah (Bhg 1)

0

At-Tazkirah Qurthubi (w.671H)
Kod 9.0 Bab Jangan Mati kecuali dalam keadaan Baik Sangka dan Takut kepada Allah ‌‌‎ﷻ
(باب لا يموت أحد و هو يحسن بالله الظن و في الخوف من الله ‎ﷻ)

مسلم عن جابر قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه و سلم يقول قبل وفاته بثلاثة أيام : لا يموتن أحدكم إلا و هو يحسن الظن بالله أخرجه البخاري

Imam Muslim رحمه الله dalam sahihnya meriwayatkan daripada perawi akhir, Jabir bin Abdullah رضي الله عنهما, aku mendengar Rasulullah ﷺ berkata 3 hari sebelum wafatnya, “Janganlah salah seorang kamu mati, melainkan dalam keadaan dia berbaik sangka kepada Allah ‎ﷻ”. Juga dikeluarkan oleh al Bukhari.

✍️ Tahqiq:
Ada terdapat dalam sahih Muslim, Kitab al Jannah wa sifatu na’imiha, no 2877, tetapi tidak wujud dalam sahih al Bukhari.

👁‍🗨 Penjelasan baik sangka terhadap Allah ‎ﷻ sebelum mati akan diperincikan oleh Imam al Qurthubi رحمه الله nanti.

(Bahagian 2, tambahan yang Dhaif)

و ذكره ابن أبي الدنيا في كتاب حسن الظن بالله و زاد : فإن قوماً قد أرادهم سوء ظنهم بالله فقال لهم تبارك و تعالى : و ذلكم ظنكم الذي ظننتم بربكم أرداكم فأصبحتم من الخاسرين

Hadith tambahan daripada Ibn Abi Dunya (tokoh fiqh adab/akhlak, wafat 281H Baghdad) dalam kitabnya “Husnul Dzann Billah menambah matan hadith Muslim, “Kerana sesungguhnya ada suatu kaum yang benar-benar binasa kerana sikap berburuk sangka kepada Allah ‎ﷻ. Kemudian beliau membaca ayat: “Dan sangkaan kamu yang demikian, yang kamu sangka terhadap Tuhan kamu, itulah yang telah membinasakan kamu; (dengan sangkaan kamu yang salah itu) maka menjadilah kamu daripada orang-orang yang rugi!” [Fusilat: 23] Tambahan Ibn Abi Dunya dalam Husnul Dzann.

✍️ Tahqiq Syaikh Syuaib, Dhaif

الراوي : جابر بن عبدالله | المحدث : شعيب الأرناؤوط | المصدر : تخريج المسند
الصفحة أو الرقم: 15197 | خلاصة حكم المحدث : صحيح دون قوله: فإن قوما قد أرداهم … إلخ
التخريج : أخرجه مسلم (2877) مختصراً، وأحمد (15197) واللفظ له

HR Ahmad, Musnad. no 1517. Dhaif tambahan Ibn Abi Dunya

(Bahagian 3, hadith Anas رضي الله عنه, khilaf status Hasan atau Dhaif)

ابن ماجه ، عن أنس أن النبي صلى الله عليه و سلم دخل على شاب و هو في الموت فقال : كيف تجدك ؟ فقال : أرجو الله يا رسول الله و أخاف ذنوبي ، فقال رسول الله صلى الله عليه و سلم : لا يجتمعان في قلب عبد مؤمن في مثل هذا الموطن إلا عطاء الله ما يرجو و أمنه مما يخاف . ذكره ابن أبي الدنيا أيضاً ، و خرجه الترمذي و قال : هذا حديث حسن غريب

HR Ibn Majah, daripada Anas رضي الله عنه, bahawa Nabi ﷺ pernah mengunjungi seorang pemuda yang sedang sakaratul maut. Nabi ﷺ bertanya: ‘Kaifa tajiduk’? (كيف تجدك ) “Bagaimana kamu rasakan dirimu?” Pemuda itu menjawab, “Aku mengharapkan (rahmat) Allah ‎ﷻ wahai Rasulullah dan aku takut akan dosa-dosa ku.”

Lantas Nabi ﷺ pun bersabda, “Tidaklah berkumpul dalam hati orang mukmin (dua perasaan: Harap akan Allah ‎ﷻ dan takut akan dosa), melainkan Allah ‎ﷻ akan memberi apa yang dia harap dan memberi rasa aman daripada apa yang dia takuti.”

✍️ Tahqiq:

الراوي : أنس بن مالك | المحدث : الألباني | المصدر : صحيح ابن ماجه
الصفحة أو الرقم: 3455 | خلاصة حكم المحدث : حسن | انظر شرح الحديث رقم 35741
التخريج : أخرجه الترمذي (983)، وابن ماجه (4261) واللفظ له، والنسائي في ((السنن الكبرى)

Dinilai hasan oleh al Albani, sahih Ibn Majah, no 3445. Juga dikeluarkan oleh Tirmidzi, no 983, an Nasa’iy dalam sunan al Kubra.

Mutaqaddimin kata Dhaif, Hasan Gharib.

(الراوي : أنس بن مالك | المحدث : الترمذي | المصدر : سنن الترمذي
الصفحة أو الرقم: 983 | خلاصة حكم المحدث : حسن غريب)

Imam Tirmidzi رحمه الله berkata Hasan Gharib maksudnya Dhaif.

Imam al Bukhari رحمه الله dalam Ilal al Kabir, hadith mursal, sejenis hadith dhaif.

الراوي : أنس بن مالك | المحدث : البخاري | المصدر : العلل الكبير
الصفحة أو الرقم: 142 | خلاصة حكم المحدث : إنما يروى مرسلا

Syaikh Syuaib, Dhaif kerana perawi Siyaar bin Haatim.

الراوي : أنس بن مالك | المحدث : شعيب الأرناووط | المصدر : تخريج شرح السنة
الصفحة أو الرقم: 5/274 | خلاصة حكم المحدث : [فيه] سيار بن حاتم، قال الحافظ: صدوق له أوهام

Yang rajih: Dhaif.

(Bahagian 4: Hadith al Hasan al Basri, Dhaif)

و ذكر الترمذي الحكيم في الأصل السادس و الثمانين من نوادر الأصول : حدثنا يحيى بن حبيب عن عدي قال ، حدثنا بشر المفضل عن عوف عن الحسن أنه قال : بلغني عن رسول الله صلى الله عليه و سلم أنه قال : قال ربكم عز و جل : لا أجمع على عبدي خوفين و لا أجمع له أمنين . فمن خافني في الدنيا أمنته في الآخرة و من أمنني في الدنيا أخفته في الآخرة

Sementara itu al Hakim al Tirmidzi (ahli sufi, bukan Imam Abu Isa at Tirmidzi) menyebut dalam Usyul no 86 (Kitab Nawadir al Usyul), daripada sanad Yahya bin Habib, daripada Basyar bin Mufaddhal, daripada Auf daripada al Hasan (al Basri) daripada Rasulullah ﷺ (hadith qudsi): “Allah ‎ﷻ berfirman, Aku tidak menghimpunkan pada hamba-Ku dua rasa takut dan dua rasa aman. Barangsiapa berasa takut kepada-Ku di dunia, maka Aku beri rasa aman di akhirat. Barangsiapa berasa aman di dunia, Aku beri rasa takut di akhirat.”

Tahqiq al Iraqi: Hadith no 3502, takhrij al Ihya’ Uloomiddin.

3502 – (قال – صلّى الله عليه وسلم – قال الله عز وجل وعزتي لا أجمع على عبدي خوفين ولا أجمع له أمنين فإن أمنني في الدنيا أخفته يوم القيامة وإذا خافني في الدنيا أمنته يوم القيامة).
قال العراقي: رواه ابن حبان في صحيحه والبيهقي في الشعب من حديث أبي هريرة ورواه ابن المبارك في الزهد وابن أبي الدنيا في كتاب الخائفين من رواية الحسن مرسلاً

Berkata al Iraqi, HR ibn Hibban dalam sahihnya, al Baihaqi dalam al Syu’ab, daripada hadith Abu Hurairah, juga Riwayat Ibn Mubarak dalam az Zuhd dan Ibn Abi Dunya dalam al Khaa’ifin, daripada jalur Riwayat al Hasan al Basri, ursal. Dinilai sahih sanad tetapi mursal oleh al Albani رحمه الله.

الراوي : الحسن البصري | المحدث : الألباني | المصدر : السلسلة الصحيحة
الصفحة أو الرقم: 2666 | خلاصة حكم المحدث : إسناده صحيح لولا الإرسال, ثم ذكر له طرقا أخرى

Silsilah al sahihah, no 2666.

*Hadith mursal = hadith yang tidak bersambung kepada nabi ﷺ, selepas perawi tabi’in.

(Bahagian 5: Hadith Ibn Abbas رضي الله عنه, Dhaif)

حدثنا أبو بكر بن سابق الأموي قال أبو مالك الجنبي عن جويبر عن الضحاك عن ابن عباس عن رسول الله صلى الله عليه و سلم فيما يذكر من مناجاة موسى عليه السلام أنه قال : يا موسى إنه لن يلقاني عبد لي في حاضر القيامة إلا فتشته عما في يديه إلا ما كان من الورعين فإني أستحييهم و أجلهم فأكرمهم فأدخلهم الجنة بغير حساب فمن استحيى من الله تعالى في الدنيا مما صنع استحيى الله تعالى من تفتيشه و سؤاله . و لم يجمع عليه حياءين ، كما لا يجمع عليه خوفين

Abu Bakar bin Sabiq al Umawi (ulama’ andalusia, w. 493H) meriwayatkan daripada jalur sanad Abu Malik al Janabi daripada Juwaibir daripada ad Dahhak daripada Ibn Abbas رضي الله عنه daripada RasuluLlah ﷺ tentang kisah munajat Nabi Musa عليه السلام, di mana Allah ‎ﷻ berfirman kepada Musa عليه السلام: “Wahai Musa, sesungguhnya tidak ada seorang pun yang hadir pada hari kiamat, melainkan Aku akan memeriksa apa yang dilakukan oleh kedua-dua tangannya (amalannya), kecuali orang orang yang wara’ (menjaga halal dan haram) kerana Aku malu kepada mereka, malah aku menyanjung dan memuliakan mereka dan langsung memasukkan mereka ke syurga tanpa hisab.” (HR al Hakim al Tirmidzi, Nawadir al usyul, 1:418)

Maka siapa yang malu kepada Allah ‎ﷻ di dunia perihal apa-apa yang dilakukan, maka Allah ‎ﷻ malu menghisabnya di akhirat. Allah ‎ﷻ tidak menghimpun dua rasa malu dan dua rasa takut.

Tahqiq:
HR al Hakim at Tirmidzi, dalam sanadnya Juwaibir bin Sa’id al Khurasani menurut an Nasa’iy, Matruk (ditinggalkan hadithnya), an Nasa’iy, al dhu’afa wal Matrukin no 104. Matruk menurut Ibn Hibban, al Majruhin hadith no. 188

(Bahagian 6: Hadith Wathilah, Sahih)

فصل : حسن الظن بالله تعالى ، ينبغي أن يكون أغلب على العبد عند الموت منه في حال الصحة ، و هو أن الله تعالى يرحمه و يتجاوز عنه و يغفر له و ينبغي لجلسائه أن يذكروه بذلك حتى يدخل في قوله تعالى : أنا عند ظن عبدي بي فليظن بي ما شاء ( يقولُ اللهُ عزَّ وجلَّ : أنا عند ظنِّ عبدي بي فليظُنَّ بي ما شاء .
الراوي : واثلة بن الأسقع الليثي أبو فسيلة | المحدث : العراقي | المصدر : تخريج الإحياء
الصفحة أو الرقم: 4/177 | خلاصة حكم المحدث : في الصحيحين دون ق
وله: فليظن بي ما شاء
التخريج : أخرجه أحمد (16016)، والدارمي (2731)، وابن حبان (633)

Bab: Berbaik sangka kepada Allah ‎ﷻ (husnul dzan) ketika dia sedang menghadapi kematian adalah lebih besar daripada husnul dzan (kepada Allah ‎ﷻ) ketika dia masih sihat. Husnul dzan dalam bentuk Allah ‎ﷻ mengasihinya, memaafkan dan mengampuni dosa-dosanya dan orang orang yang berada di sisinya juga kena memperingati pesakit akan husnul dzan supaya dia termasuk dalam orang dalam hadith Qudsi berikut: “Aku (Allah) tergantung kepada prasangka hamba-Ku, maka berprasangkalah menurut apa yang dia kehendaki” ( أنا عند ظن عبدي بي فليظن بي ما شاء )

HR Ahmad, 16016, ad Darimi, Musnad, 2731, Ibn Hibban dalam sahihnya, 633
tahqiq al Iraqi, takhrij al Ihya’ 4:177. Sahih, ada dalam sahihain (Bukhari-Muslim) tanpa “Maka berprasangkalah menurut apa yang dia kehendaki”, tambahan itu Dhaif.

(Bahagian 7: Hadith Anas رضي الله عنه, Dhaif)

و روى حماد بن سلمة ، عن ثابت ، عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه و لم : لا يموتن أحدكم حتى يحسن الظن بالله . فإن حسن الظن بالله ثمن الجنة

Hadith Riwayat Hamaad bin Salamah daripada Thabit daripada Anas رضي الله عنه, Nabi ﷺ bersabda, “Jangan ada seorang pun yang mati kecuali dalam keadaan dia berbaik sangka kepada Allah ‎ﷻ kerana berbaik sangka kepada Allah ‎ﷻ itulah bayaran masuk (tiket) ke Syurga.”

✍️ Tahqiq:

والخطيب وابن عساكر عن أنس‏)‏ وفيه أبو نواس ‏(‏هو‏:‏ الحسن بن هانئ المعروف‏:‏ بأبي النواس الشاعر الملفق شعره في الذروة، ولكن فسقه ظاهر وتهتكه واضح فليس بأهل أن يروى عنه له رواية عن حماد بن سلمة وغيره وتوفي سنة ‏(‏191‏)‌‏.‏ ميزان الاعتدال للذهبي ‏(‏4/581‏)‌‏.

Al Multaqa al Hindi, Kanz al Ummal, no 5871, Salim Ied al Hilali, موسوعة الأحاديث والآثار الضعيفة والموضوعة no 20028
dikeluarkan oleh al Khatib al Baghdadi dalam Tarikh Baghdad dan Ibn Asaakir, Tarikh Dimasyq. Dalam sanadnya ada perawi bernama Abu Nawas, pelawak dan penyair, wafat 191H. Mizan al I’tidal al Zahabi, 4:581

(Bahagian 8: Atsar Ibn Umar رضي الله عنهما, Dhaif)

و روى عن ابن عمر أنه قال : [ عمود الدين و غاية مجده و ذروة سنامة : حسن الظن بالله . فمن مات منكم و هو يحسن الظن بالله : دخل الجنة مدلاً ] أي منبسطاً لا خوف عليه

Diriwayatkan daripada Ibn Umar رضي الله عنهما, bahawa beliau berkata, “Tiang agama, matlamat terbesar dan puncak ketinggian adalah Husnul Dzan (baik sangka kepada Allah ‎ﷻ). Barangsiapa daripada kamu yang mati dalam keadaan berbaik sangka kepada Allah ‎ﷻ, akan masuk syurga dengan senyum yakni masuk syurga dengan gembira tanpa khuatir. (Menurut muhaqqiq at Tazkirah, Dr Muhammad Sadiq, Darul Minhaj Riyadh, “lam aqif” (tidak ditemui) akan atsar ini dalam mana-mana Kitab Sunan).

10.2.16 Turunnya Nabi Isa عليه السلام

0

10.2 TBK Turunnya Nabi Isa عليه السلام
(نزول عيس بن مريم عليه السلام)

10.2.16 Rahsia di Sebalik Penurunan semula Isa عليه السلام
(الحكمة من نزول عيسى عليه السلام دون غيره)
(Bahagian 1)

لعلك تتساءل عن اختيار عيسى عليه السلام دون غيره من الأنبياء لينزل إلى الأرض آخر الزمان؟

Mungkin kita tertanya juga kenapa Isa عليه السلام menjadi pilihan bukan nabi-nabi yang lain untuk turun di dunia pada akhir zaman?

Berikut adalah rangkuman hikmah penurunan tersebut menurut pandangan beberapa ulama’ (yang dikumpul oleh al Hafiz dalam al Fath):

💬 Pertama: Membantah kaum Yahudi

الرد على اليهود في زعمهم أنهم قتلوا عيسى عليه السلام فبين الله عز وجل كذبهم وأنه الدي يقتلهم ويقتل رئيسهم الدجال ورجح الحافظ ابن حجر هذا القول على غيره

Radd, atau membantah mitos kaum Yahudi tentang Isa عليه السلام, kononnya Isa عليه السلام mati dibunuh, maka Allah ‎ﷻ menyingkap pembohongan Yahudi, Isa عليه السلام akan memerangi Yahudi (yang bermaharajalela di akhir zaman), membunuh sang Dajjal. Ibn Hajar menguatkan pendapat ini daripada yang lain (al Fath, 6:568)

10.2.16 Rahsia di Ssebalik Penurunan semula Isa عليه السلام
(الحكمة من نزول عيسى عليه السلام دون غيره)
(Bahagian 2)

أن عيسى عليه السلام وج في الإنجيل فضل أمة محمد صلى الله عليه وسلم كما في قوله تعالى:{ ومثلهم في الإنجيل كزرع أخرج شطئه فئازره فاستغلظ فاستوى على سوقه}(الفتح :29)

فدعا الله أن يجعله منهم فاستجاب الله دعاءه وأبقاه حتى ينزل آخر الزمان مجدا ما انمحى من دين الإسلام الذي بعث به محمد صلى الله عليه وسلم

Rasional, hikmah kenapa Isa عليه السلام yang dipilih untuk diturunkan di akhir zaman bukan nabi-nabi yang lain.

💬 Kedua: Nabi Isa عليه السلام atau Jesus mendapati dalam Injil atau Bible yang asal tentang keutamaan umat Muhammad ﷺ sebagaimana firman Allah ﷻ, “Dan sifat-sifat mereka dalam Injil, iaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi besarlah dia dan tegak lurus di atas pokoknya”. (al Fath: 29);

Maka Nabi Isa عليه السلام pun berdoa agar baginda termasuk dalam umat Muhammad ﷺ jua, dan Allah ‎ﷻ mengabulkan doanya, memelihara baginda dan menurunkan baginda di akhir zaman, memurnikan agama Islam yang telah pun rosak.

10.2.16 Rahsia di Sebalik Penurunan semula Isa عليه السلام
(الحكمة من نزول عيسى عليه السلام دون غيره)
(Bahagian 3)

أن نزول عيسى عليه السلام من السماء لدنو أجله ليدفن في الأرض إذ ليس لمخلوق من التراب أن يموت إلا في الأرض ويدفن فيها فيولفق نزوله خروج الدجال فيقتله عيسى عليه السلام

Bahawa turunnya Isa عليه السلام dari langit kerana bertepatan dengan ajalnya dan di waktu yang sama baginda mahu dikuburkan di bumi; tidak ada sesuatu ciptaan daripada tanah kecuali akan mati di bumi dan dikuburkan di bumi jua. Maka turunnya Isa عليه السلام ketika keluarnya Dajjal dan bagindalah yang layak membunuhnya (alang-alang sudah berada di bumi).

10.2.16 Rahsia di Sebalik Penurunan semula Isa عليه السلام
(الحكمة من نزول عيسى عليه السلام دون غيره)
(Bahagian 4)

أنه ينزل مكذبا للنصارى فيظهر زيفهم في دعواهم أنه ابن الله ويهلك الملل كلها في زمنه إلا الإسلام فإنه يكسر الصليب ويقتل الخنزير ويضع الجزية

Isa عليه السلام turun untuk membongkar pendustaan umkris (umat kristian) tentang isu Isa عليه السلام adalah anak Tuhan (atau akidah triniti: Father, son dan holy ghost), maka dengan penurunan Isa عليه السلام, Allah ‎ﷻ akan hancurkan semua agama pada zaman tersebut kecuali agama Islam sahaja, sebagaimana yang ditegaskan sebelum ini, tugasan utama baginda ialah menghancurkan salib (cross), memusnahkan babi dan menghapuskan cukai jizyah (atau cukai-cukai yang membebankan manusia).

ه 10.2.16 Rahsia di Sebalik Penurunan semula Isa عليه السلام
(الحكمة من نزول عيسى عليه السلام دون غيره)
(Bahagian 5/akhir)

أن بين النبيين عيسى ومحمد – عليهما السلام – نوع ارتباط لقول نبينا محمد صلى الله عليه وسلم :<< أنا أولى الناس بعسيى ابن مريم ليس بيني وبينه نبي>>(*) فرسول الله صلى الله عليه وسلم أخص الناس بعيسى وأقربهم إليه فإن عيسى عليه السلام مبشرا بأن محمدا رسول الله صلى الله عليه وسلم ياتي من بعده ودعا عيسى الناس إلى تصديق محمد صلى الله عليه وسلم و الإيمان به كما في قوله تعالى:{ وَإِذْ قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ إِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكُمْ مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيَّ مِنَ التَّوْرَاةِ وَمُبَشِّرًا بِرَسُولٍ يَأْتِي مِنْ بَعْدِي اسْمُهُ أَحْمَدُ فَلَمَّا جَاءَهُمْ بِالْبَيِّنَاتِ قَالُوا هَذَا سِحْرٌ مُبِينٌ (٦)}
وفي الحديث :قالوا: يارسول الله أخبرنا عن نفسك؟ قال:<<نعم ,أنا دعوة أبي إبراهيم وبشرى أخي عيسى

Terdapat ikatan yang istimewa antara Muhammad ﷺ dan Isa عليه السلام sebagaimana hadith: “Aku yang paling hampir dengan Isa putra Maryam kerana tiada antara aku dan baginda akan Nabi yang lain” (HR Ahmad) *

Nabi ﷺ kita dan Isa عليه السلام amat dekat dan Isa عليه السلام telah memberitahu khabar akan kedatangan Muhammad ﷺ sesudahnya. Isa عليه السلام menyeru bani Israil agar membenarkan perutusan Muhammad ﷺ sebagaimana dalam surah [al Saf ayat 6]:
[Dan (ingatlah) ketika Isa ibnu Maryam berkata: “Hai Bani Israil, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab sebelumku, iaitu Taurat, dan memberi khabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad (Muhammad)”. Maka tatkala rasul itu datang kepada mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata, mereka berkata: “Ini adalah sihir yang nyata“]

Dalam sebuah hadith: “Nabi ﷺ menjelaskan dirinya, “Aku adalah berkat nabi Ibrahim عليه السلام dan khabar gembira daripada Isa عليه السلام saudaraku. (HR Ahmad) **

Tahqiq: *

الراوي : أبو هريرة | المحدث : شعيب الأرناؤوط | المصدر : تخريج المسند
الصفحة أو الرقم: 9633 | خلاصة حكم المحدث : صحيح

Penilaian Syaikh Syuaib, sahih, takhrij al Musnad no 9633.

Tahqiq: **

الراوي : العرباض بن سارية | المحدث : شعيب الأرناؤوط | المصدر : تخريج المسند
الصفحة أو الرقم: 17150 | خلاصة حكم المحدث : صحيح لغيره

Penilaian Syaikh Syu’aib, takhrij al Musnad, sahih lighairihi, no 17 150.

Tafsir Surah al-Baqarah: Tafsir Ayat Ke-233 hingga Ke-235

0

Tafsir Surah Al-Baqarah

Tafsir Ayat Ke-233

Ini pula kalau suami isteri sudah bercerai dan ada anak. Selepas kedua-duanya bercerai, mungkin salah seorang sudah berkahwin lain atau dua-dua sudah kahwin lain.

Selalu kalau sudah bercerai, biasanya tidak mahu pun tengok pun muka isteri atau suami. Ini adat kebiasaan yang terjadi. Malangnya, ada kes anak yang menjadi mangsa. Anak itu bukan tahu apa-apa, mereka hendakkan susu sahaja. Maka Islam jaga kepentingan anak.

۞ وَالوٰلِدٰتُ يُرضِعنَ أَولٰدَهُنَّ حَولَينِ كامِلَينِ ۖ لِمَن أَرادَ أَن يُتِمَّ الرَّضاعَةَ ۚ وَعَلَى المَولودِ لَهُ رِزقُهُنَّ وَكِسوَتُهُنَّ بِالمَعروفِ ۚ لا تُكَلَّفُ نَفسٌ إِلّا وُسعَها ۚ لا تُضارَّ وٰلِدَةٌ بِوَلَدِها وَلا مَولودٌ لَّهُ بِوَلَدِهِ ۚ وَعَلَى الوارِثِ مِثلُ ذٰلِكَ ۗ فَإِن أَرادا فِصالًا عَن تَراضٍ مِّنهُما وَتَشاوُرٍ فَلا جُناحَ عَلَيهِما ۗ وَإِن أَرَدتُّم أَن تَستَرضِعوا أَولٰدَكُم فَلا جُناحَ عَلَيكُم إِذا سَلَّمتُم مّا ءآتَيتُم بِالمَعروفِ ۗ وَاتَّقُوا اللَّهَ وَاعلَموا أَنَّ اللَّهَ بِما تَعمَلونَ بَصيرٌ

Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.

وَالوٰلِدٰتُ يُرضِعنَ أَولٰدَهُنَّ حَولَينِ كامِلَينِ

Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap

Ibu-ibulah yang boleh menyusukan anak mereka. Maksud yang hendak disampaikan dalam ayat ini adalah, ibu-ibu digalakkan menyusukan anak-anak mereka walaupun sudah bercerai.

Tempoh terbaik adalah selama dua tahun cukup tetapi tidaklah wajib sampai dua tahun.

لِمَن أَرادَ أَن يُتِمَّ الرَّضاعَةَ

bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu;

Kalau boleh, selama dua tahun, tetapi kalau kurang pun boleh.

وَعَلَى المَولودِ لَهُ رِزقُهُنَّ وَكِسوَتُهُنَّ بِالمَعروفِ

dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya.

Oleh kerana ibu disuruh menyusukan anak itu, maka bapa hendaklah menyediakan rezeki untuk ibu. Bukan makanan sahaja, tetapi dengan minuman sekali.

‘Makruf’ itu maksudnya nenepati syariat dan yang bersesuaian dengan masyarakat. Yang diterima oleh masyarakat setempat. Maknanya, beri yang sesuai, jangan beri makanan dan pakaian yang buruk. Allah ‎ﷻ tidak berikan butiran kerana perkara ini boleh dinilai sendiri.

لا تُكَلَّفُ نَفسٌ إِلّا وُسعَها

Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya.

Berapa banyak bayaran dan keperluan tidak ditentukan oleh Allah ‎ﷻ. Ia ikut kepada kemampuan. Kepada ibu itu pula, kenalah berpada-pada menetapkan bayaran. Jangan minta bayaran banyak sangat atas alasan dia kena susukan anak itu. Sedangkan itu pun anak dia juga.

لا تُضارَّ وٰلِدَةٌ بِوَلَدِها

Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya,

Jangan susahkan ibu itu dalam hal susuan ini. Antaranya, suami itu jangan lari daripada tanggungjawab dia. Dalam hal ini, mahkamah kena tolong. Kena pastikan yang lelaki itu bertanggungjawab dan kalau dia hendak lari, kena ada tindakan terhadap mereka.

وَلا مَولودٌ لَّهُ بِوَلَدِهِ

dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya;

Begitu juga, jangan susahkan bapa itu. Antaranya, jangan tuntut lebih daripada yang sepatutnya. Kalau tidak ada persetujuan antara keduanya, maka mahkamah kena buat keputusan apakah yang patut.

Kita banyak sebut tentang mahkamah terlibat dalam hal antara suami isteri yang bercerai ini. Sebenarnya, kalau sama-sama faham agama dan guna akal yang waras dan hati yang suci, tidak perlu bawa ke mahkamah pun.

وَعَلَى الوارِثِ مِثلُ ذٰلِكَ

dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut

Jangan juga waris disusahkan kerana kadang-kadang waris terlibat dalam hal ini. Contohnya, kalau bapa bayi itu sudah mati. Dalam kes sebegitu, waris suami kenalah tanggung, jangan buat tidak tahu sahaja.

Yang penting, tidak boleh biarkan bayi itu dalam kesusahan. Seorang anak hendaklah dibesarkan dengan baik. Fikirkanlah juga masa depan anak itu.

فَإِن أَرادا فِصالًا عَن تَراضٍ مِّنهُما وَتَشاوُرٍ فَلا جُناحَ عَلَيهِما

jika keduanya mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah

Ini pula jikalau tidak boleh teruskan penyusuan itu. Mungkin ibu itu kena pergi ke tempat yang jauh daripada bapa itu atau sebagainya. Persetujuan boleh dicapai untuk menamatkan penyusuan – dalam Bahasa Melayu dipanggil Sapih.

Kedua-duanya kena rela dengan keputusan itu. Maka kenalah ada perbincangan antara mereka dengan apa hendak dibuat, jangan buat keputusan sebelah pihak sahaja.

Yang penting, jangan anak itu yang menjadi mangsa. Seperti yang kita tahu, susu ibu memang makanan terbaik untuk bayi itu. Maka, mungkin untuk membuat keputusan, kena periksa dan tanya dengan doktor. Setelah dilakukan semua ini, baru tidak berdosa dan tidak melanggar ayat ini.

وَإِن أَرَدتُّم أَن تَستَرضِعوا أَولٰدَكُم فَلا جُناحَ عَلَيكُم

Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu

Penyusu lain pun boleh iaitu beri anak itu menyusu dengan orang lain. Ini nanti akan berkait pula dengan hukum Ibu Susuan pula jadi kena sedar hal ini.

إِذا سَلَّمتُم مّا ءآتَيتُم بِالمَعروفِ

apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut.

Dibenarkan untuk disusukan dengan orang lain, asal sanggup memberi upah kepada penyusu itu. Maknanya, bukan percuma sahaja, kenalah diberi upah kepada ibu susuan itu. Kena tengok pada keadaan bayi itu dan kemampuan masing-masing dalam segala hal.

وَاتَّقُوا اللَّهَ وَاعلَموا أَنَّ اللَّهَ بِما تَعمَلونَ بَصيرٌ

Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.

Allah ‎ﷻ menekankan kepentingan taqwa sekali lagi dalam ayat ini. Segala perkara yang telah disebut ini akan mudah dilakukan dan dicapai jikalau semuanya ada taqwa kepada Allah ‎ﷻ. Perceraian mungkin tidak dapat dielakkan. Namun apa yang terjadi selepas itu, buatlah dengan cara yang baik.

Allah ‎ﷻ sentiasa melihat apa yang kita lakukan dan keputusan yang kita buat. Allah ‎ﷻ tahu niat hati kita dan usaha kita untuk menepati kehendak-Nya.

Tafsir Ayat Ke-234

Kita masih lagi dalam perbincangan ayat-ayat Umur Munazimah tentang masalah perceraian antara suami isteri.

وَالَّذينَ يُتَوَفَّونَ مِنكُم وَيَذَرونَ أَزوٰجًا يَتَرَبَّصنَ بِأَنفُسِهِنَّ أَربَعَةَ أَشهُرٍ وَعَشرًا ۖ فَإِذا بَلَغنَ أَجَلَهُنَّ فَلا جُناحَ عَلَيكُم فيما فَعَلنَ في أَنفُسِهِنَّ بِالمَعروفِ ۗ وَاللَّهُ بِما تَعمَلونَ خَبيرٌ

Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (beriddah) selama empat bulan sepuluh hari. Kemudian apabila telah habis masa iddahnya itu maka tidak ada salahnya bagi kamu mengenai apa yang dilakukan mereka pada dirinya menurut cara yang baik (yang diluluskan oleh Syarak). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.

وَالَّذينَ يُتَوَفَّونَ مِنكُم وَيَذَرونَ أَزوٰجًا

Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri

Kali ini tentang iddah jikalau kematian suami pula. Biasanya dipanggil ‘cerai mati’ dalam bahasa kita dan isteri yang kematian suami itu dipanggil ‘balu’.

يَتَرَبَّصنَ بِأَنفُسِهِنَّ أَربَعَةَ أَشهُرٍ وَعَشرًا

hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (beriddah) selama empat bulan sepuluh hari.

Iddah kepada isteri yang kematian suami adalah lebih lama daripada iddah yang biasa (tiga kali suci). Hikmahnya adalah, jangkamasa itu bukan sahaja hendak tengok sama ada ada kandungan dalam perut isteri itu, tetapi kerana hendak menjaga perasaan kaum kerabat suami yang baru mati itu.

Kalau bekas isteri itu terus sahaja berkahwin lain, tentu kaum keluarga suami akan sedih kerana sudahlah hilang ahli keluarga mereka, ini hilang lagi seorang. Kalau isteri itu kahwin lain, tentu dia akan bersama dan sibuk dengan keluarga baru. Itulah hikmah iddah itu lebih lama lagi.

فَإِذا بَلَغنَ أَجَلَهُنَّ فَلا جُناحَ عَلَيكُم فيما فَعَلنَ في أَنفُسِهِنَّ بِالمَعروفِ

Kemudian apabila telah habis masa iddahnya itu maka tidak ada salahnya bagi kamu mengenai apa yang dilakukan mereka pada dirinya menurut cara yang baik

Apabila sudah cukup empat bulan sepuluh hari itu, benarkanlah isteri itu untuk berkahwin lain atau hendak duduk di tempat lain. Wali tidak boleh sekat kalau perempuan itu hendak berkahwin lain atau berpindah.

Empat bulan adalah tempoh biasa yang seorang wanita boleh tahan tanpa suami. Tentera Islam pun kalau berperang lama, paling lama hanyalah selama empat bulan sahaja. Saidina Umar pernah رضي الله عنه perasan adanya perangai yang tidak elok di kalangan isteri-isteri yang ditinggalkan lama oleh suami yang pergi berperang.

Maka Umar رضي الله عنه bertanyakan anaknya Habsah, berapa lama seorang isteri boleh tahan tanpa suaminya. Habsah telah beri isyarat dengan empat jarinya, maksudnya empat bulan. Maka Umar رضي الله عنه telah mengeluarkan arahan supaya suami yang menjadi tentera hanya boleh keluar paling lama empat bulan.

Bila cukup tempoh, kena ganti dengan tentera yang lain kecuali kalau isteri izinkan. Maka kena tanya dahulu kepada isteri kalau boleh lagi lama berpergian.

وَاللَّهُ بِما تَعمَلونَ خَبيرٌ

Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.

Allah رضي الله عنه maha tahu apakah keperluan manusia maka sebab itulah Allah رضي الله عنه telah memberi hukum-hukum yang kita telah nyatakan selama ini.

Tafsir Ayat Ke-235

Dalam masa iddah, bukan sahaja kahwin, pertunangan pun tidak boleh. Yang boleh ada, hanya sindiran.

وَلا جُناحَ عَلَيكُم فيما عَرَّضتُم بِهِ مِن خِطبَةِ النِّساءِ أَو أَكنَنتُم في أَنفُسِكُم ۚ عَلِمَ اللَّهُ أَنَّكُم سَتَذكُرونَهُنَّ وَلٰكِن لّا تُواعِدوهُنَّ سِرًّا إِلّا أَن تَقولوا قَولًا مَّعروفًا ۚ وَلا تَعزِموا عُقدَةَ النِّكاحِ حَتّىٰ يَبلُغَ الكِتٰبُ أَجَلَهُ ۚ وَاعلَموا أَنَّ اللَّهَ يَعلَمُ ما في أَنفُسِكُم فَاحذَروهُ ۚ وَاعلَموا أَنَّ اللَّهَ غَفورٌ حَليمٌ

Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran), untuk meminang perempuan (yang kematian suami dan masih dalam iddah), atau tentang kamu menyimpan dalam hati (keinginan berkahwin dengan mereka). Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut atau mengingati) mereka, (yang demikian itu tidaklah salah), akan tetapi janganlah kamu membuat janji dengan mereka di dalam sulit, selain daripada menyebutkan kata-kata (secara sindiran) yang sopan. Dan janganlah kamu menetapkan dengan bersungguh-sungguh (hendak melakukan) akad nikah sebelum habis iddah yang ditetapkan itu. Dan ketahuilah sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada dalam hati kamu, maka beringat-ingatlah kamu akan kemurkaan-Nya, dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.

وَلا جُناحَ عَلَيكُم فيما عَرَّضتُم بِهِ مِن خِطبَةِ النِّساءِ

Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran), untuk meminang perempuan

‘Kamu’ yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah lelaki yang mahu memperisterikan janda. Tidak salah kalau gunakan kata sindiran atau kiasan untuk ajak berkahwin dengan tujuan untuk meminang wanita itu.

Dalam kitab disebut contoh begini : “ramai orang minat dengan kamu”; iaitu dia tidak kata dia yang minat, tetapi dia berkias dengan kata orang lain yang minat.

أَو أَكنَنتُم في أَنفُسِكُم

atau tentang kamu menyimpan dalam hati kamu

Atau sekadar niat sahaja dalam hati. Ini dibenarkan. Allah ‎ﷻ hendak kata tidak salah kalau kamu ada perasaan begitu. Cinta bukan boleh dipaksa-paksa dan ditolak-tolak.

عَلِمَ اللَّهُ أَنَّكُم سَتَذكُرونَهُنَّ

Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut atau mengingati) mereka,

Allah ‎ﷻ tahu yang lelaki akan sentiasa teringat kepada wanita yang dia suka dan Allah ‎ﷻ tahu yang suatu hari nanti lelaki itu akan sebut juga kepada mereka. Sebab kalau sudah minat, akan disebut juga sebab takut orang lain kebas. Cuma lafaz jelas tidak boleh digunakan semasa janda itu dalam iddah.

وَلٰكِن لّا تُواعِدوهُنَّ سِرًّا

akan tetapi janganlah kamu membuat janji dengan mereka di dalam sulit,

Jangan buat janji dengan janda itu secara senyap tanpa diketahui wali. Jangan kata hendak berkahwin dengan mereka kerana takut kalau kita beritahu kita hendak kahwin dengan mereka, maka ada kemungkinan mereka akan mempercepatkan iddah mereka.

Ini kerana mereka hendak berkahwin dengan kita, maka mereka boleh kata iddah mereka telah habis sedangkan belum lagi. Allah ‎ﷻ menghalang perkara ini daripada berlaku.

إِلّا أَن تَقولوا قَولًا مَّعروفًا

selain daripada menyebutkan kata-kata (secara sindiran) yang sopan

Yang boleh digunakan adalah hanyalah perkataan yang dalam bentuk kiasan sahaja. Sebagai contoh, kita kata: “semoga Allah berikan jodoh yang baik untuk awak nanti.” Jangan kata lebih daripada itu kerana takut mereka letak harapan kita akan berkahwin dengan mereka.

Kata-kata sindiran ini hanya boleh yang bukan dalam talaq raj’i kerana kalau talaq raj’i, mereka itu masih lagi isteri kepada suami dia sebab belum habis iddah. Mereka masih lagi tinggal dengan suami mereka lagi, jadi memang tidak boleh hendak bagi sindiran pun. Tambahan pula mereka masih lagi isteri orang. Jadi jangan buat pasal pula.

وَلا تَعزِموا عُقدَةَ النِّكاحِ

Dan janganlah kamu menetapkan dengan bersungguh-sungguh (hendak melakukan) akad nikah

Jangan tetapkan dengan bersungguh-sungguh.

حَتّىٰ يَبلُغَ الكِتٰبُ أَجَلَهُ

sebelum habis iddah yang ditetapkan itu.

Kena tunggu iddah sudah habis barulah buat penetapan. Barulah hantar rombongan meminang. Jangan kelam kabut dan buat tidak senonoh.

وَاعلَموا أَنَّ اللَّهَ يَعلَمُ ما في أَنفُسِكُم فَاحذَروهُ

Dan ketahuilah sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada dalam hati kamu, maka beringat-ingatlah kamu akan kemurkaan-Nya,

Berwaspadalah. Jangan sampai buat dosa. Allah ‎ﷻ tahu apa yang dalam hati kita semua. Hendak buat apa-apa pun, jangan sampai melanggar hukum yang Allah‎ ﷻ telah tetapkan.

وَاعلَموا أَنَّ اللَّهَ غَفورٌ حَليمٌ

dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.

Maksud Allah ‎ﷻ itu bersifat حَليمٌ adalah Allah itu tidak gopoh hendak menghukum hamba-Nya yang bersalah dan berdosa. Allah ‎ﷻ beri peluang untuk hamba itu bertaubat.

Allahu a’lam.

At-Tazkirah Qurthubi: Bab Kematian adalah Kaffarah setiap Muslim – Hadith dan Athar

0

At-Tazkirah Qurthubi (w.671H)
Kod 8.0 Bab Kematian adalah Kaffarah (penghapus dosa) bagi setiap Muslim (باب الموت كفارة لكل مسلم)

8.1: Hadith Anas dalam Hilyatul Awliya’

أبو نعيم ، عن عاصم الأحول ، عن أنس بن مالك قال : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم الموت كفارة لكل مسلم . ذكره القاضي أبو بكر ابن العربي في سراج المريدين له ، و قال : فيه حديث صحيح حسن

Abu Nuaim meriwayatkan daripada ‘Ashim al Ahwal daripada Anas bin Malik, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Kematian adalah kaffarah bagi setiap Muslim”. Disebut juga oleh Abu Bakar Ibn al Arabi dalam kitab Siraaj al Muridin, beliau menilainya hadith sahih-hasan.

Tahqiq:
Abu Ishaq al Huwaini, al Naafilah, amat Dhaif no 75.

75- (( الموتُ كَفارَةٌ لِكُلِ مُسلِمٍ )) (ضعيف جداً .)
الكتاب : النافلة في الأحاديث الضعيفة والباطلة
المؤلف : أبو إسحاق الحويني

Syaikh al Albani – Palsu

4685 – ( الموت كفارة لكل مسلم ) .
قال الألباني في ” السلسلة الضعيفة والموضوعة ” 10/ 212 :
(موضوع)
روى مناكير عن مشايخ مجهولين ، منهم أحمد بن عبدالرحمن السقطي ، روى عنه جزءاً عن يزيد بن هارون

Disebabkan dua perawi majhul, Ahmad Abdul Rahman al Suquthi dan Yasid bin Harun.

8.2: Hadith Ibn Mas’ood رضي الله عنه (Bukhari-Muslim)

إنما كان الموت كفارة ، لكل ما يلقاه الميت في مرضه من الآلام و الأوجاع ، و قد قال صلى الله عليه و سلم : ما من مسلم يصيبه أذى ، من مرض فما سواه إلا حط به سيئاته كما تحط الشجرة ورقها . خرجه مسلم

Sesungguhnya kematian merupakan kafarat bagi setiap orang yang di ambang kematiannya, yakni pada saat dia merasa sakit akan mati. Rasulullah ﷺ bersabda , “Setiap Muslim yang ditimpakan kepadanya kesakitan daripada suatu sakit, maka tidak lain baginya kecuali Allah ‎ﷻ menggugurkan keburukan-keburukannya sebagaimana pohon menggugurkan daun-daunnya.”

Tahqiq:
HR Bukhari no 5647, Muslim no 2561 daripada perawi Ibn Mas’ood رضي الله عنه.

8.3: Hadith abu Hurairah رضي الله عنه dalam Muwatta’, Sahih

و في الموطأ عن أبي هريرة : عن رسول الله صلى الله عليه و سلم : من يرد الله به خيراً يصب منه

Dalam al Muwatta’ (Imam Malik رحمه الله), daripada Abu Hurairah رضي الله عنه, daripada RasuluLlah ﷺ, baginda bersabda, “Barangsiapa yang dikehendaki kebaikan oleh Allah ‎ﷻ, maka dia akan diberi musibah”. (HR Malik dalam al Muwatta’, no 1684, sahih al Bukhari no 5321)

8.4: Hadith Qudsi (khabar) yang tiada asalnya

و في الخبر المأثور يقول الله تعالى : إني لا أخرج أحدا من الدنيا ، و أنا أريد أن أرحمه ، حتى أوفيه بكل خطيئة كان عملها : سقما في جسده . و مصيبة في أهله و ولده ، و ضيقاً في معاشه ، و إفتاراً في رزقه ، حتى أبلغ منه مثاقيل الذر فإن بقي عليه شيء شددت عليه الموت ، حتى يفضي إلى كيوم ولدته أمه

“Dalam sebuah khabar yang ma’thur (hadith qudsi, thabit daripada Nabi ﷺ), Allah ‎ﷻ berfirman,“Sesungguhnya Aku tidak akan mengeluarkan seseorang dari dunia (mencabut nyawanya), sedangkan Aku menginginkan merahmati dia, maka Aku tebuskan segala dosanya yang dia pernah melaksanakan-nya dengan Aku berikan sakit di jasadnya. Musibah yang menimpa keluarga/anak-anaknya, kesempitan hidup, kekurangan di dalam rezekinya sehingga semuanya tertebuskan, tetapi jika masih tersisa daripada dosanya yang belum tertebus maka akan Aku keraskan kesakitan kematian padanya sehingga semuanya tertebuskan dan dia kembali suci seperti hari dilahirkan ibunya.”

Tahqiq:

Dr Sadiq Ibrahim, muhaqqiq at Tazkirah, Riyadh, hadith ini tidak wujud.

8.5: Hadith Qudsi (khabar) Yang Tiada asalnya

قلت : و هذا بخلاف من لا يحبه و لا يرضاه كما في الخبر يقول الله تعالى : وعزتي و جلالي لا أخرج من الدنيا عبداً أريد أن أعذبه ، حتى أعذبه ، حتى أوفيه يكل حسنة عملها بصحة في جسده ، و سعة في رزقه ، و رغد في عيشه ، و أمن في سربه ، حتى أبلغ منه مثاقيل الذر ، فإن بقي له شيء هونت عليه الموت ، حتى يفضي إلي و ليس له حسنة يتقي بها النار

Berbeza dengan orang yang tidak diredhai oleh Allah ‎ﷻ (orang kafir, fasiq, munafiq), dalam sebuah hadith qudsi dinyatakan:
“Demi Kehebatan dan Keagungan-Ku, tidaklah Aku mengeluarkan hamba dari dunia yang Aku ingin mengazabnya, Aku memberi balasan yang setimpal dengan kebaikan yang dia kerjakan (semasa di dunia), berupa kesihatan tubuh badannya, keluasan rezekinya, keselesaan pada kehidupannya, keamanan pada jalan yang ditempuhinya. Bahkan Aku balas kebaikan-kebaikannya hatta yang seberat biji sawi sekalipun. Jika masih ada sisa kebaikannya, maka Aku ringankan kematiannya. Dengan demikian dia datang kepada-Ku kelak tanpa membawa satu kebaikan pun untuk menghalang dirinya dari Neraka.”

Tahqiq: Dr Sadiq, tidak wujud hadith sebegini

8.6: Hadith Ubaid bin Khalid al Sulami

قلت : و في مثل هذا المعنى ما خرجه أبو داود بسند صحيح فيما ذكر أبو الحسن بن الحصار عن عبيد بن خالد السلمي و كانت له صحبة عن النبي صلى الله عليه و سلم : موت الفجأة أخذة أسف للكافر ، و رواه أيضاً مرسلاً

Hadith penguat ialah hadith yang dikeluarkan oleh Abu Daud dengan sanad yang sahih melalui jalur Abul Hasan bin Hishar daripada Ubaid bin Khalid al Sulami, daripada Nabi ﷺ “Mati mengejut adalah hukuman yang menyedihkan ke atas orang orang kafir”.

Tahqiq: al Multaqa

عَنْ شُعْبَةَ، عَنْ مَنْصُورٍ، عَنْ تَمِيمِ بْنِ سَلَمَةَ، أَوْ سَعْدِ بْنِ عُبَيْدَةَ، عَنْ عُبَيْدِ بْنِ خَالِدٍ السُّلَمِيِّ به.
وهذا إسناد صحيح رجاله رجال الشيخين أخرجه أبو داود في سننه (3110) والبيهقي في الكبرى (6570-6571)

Sanadnya sahih, rijal Bukhari Muslim, HR bu Daud, no 3110 dan al Baihaqi dalam sunan al Kubra no 6570-6571

Tahqiq: al Albani رحمه الله

الراوي : عبيد بن خالد السلمي | المحدث : الألباني | المصدر : صحيح أبي داود
الصفحة أو الرقم: 3110 | خلاصة حكم المحدث : صحيح

Syaikh al Albani mensahihkannya dalam sahih Abu Daud no 3110

8.7: Hadith Aisyah رضي الله عنها, Dhaif

و روى الترمذي عن عائشة رضي الله عنها : إنها راحة للمؤمن و أخذه أسف للكافر .

Dan diriwayatkan pula oleh Imam at Tirmidzi daripada Aisyah رضي الله عنها yang berkata,“(Mati mengejut) adalah kerehatan bagi orang mukmin, hukuman menyedihkan ke atas orang kafir.”

Tahqiq Dr Sadiq:
Tidak wujud dalam Jami’ Tirmidzi. Ia wujud dalam musnad Ahmad, Tabrani dan al Baihaqi

Tahqiq al Albani – Dhaif

موتُ الفجأَةِ راحةٌ لِلْمؤْمِنِ ، وأخذُهُ أسَفٌ لِلْفَاجِرِ
الراوي : عائشة أم المؤمنين | المحدث : الألباني | المصدر : ضعيف الجامع

الصفحة أو الرقم: 5896 | خلاصة حكم المحدث : ضعيف
التخريج : أخرجه أحمد (25042) واللفظ له، والطبراني في ((المعجم الأوسط)) (3129) بنحوه، والبيهقي (6811) باختلاف يسير

Dhaif al Jaami’ no 5896

فيه عبيد الله بن الوليد الرصافي وهو متروك

Kedhaifan pada perawi Ubaidillah bin al Waliid al Rushaafi, matruk (ditinggalkan orang akan khabar darinya).

8.8: Athar Ibn Abbas رضي الله عنهما, Dhaif, Israeliyat

و روى عن ابن عباس أن داود عليه السلام مات فجأة يوم السبت

“Dan daripada Ibn Abbas رضي الله عنهما bahawa Nabi Daud (King David) عليه السلام meninggal secara mati mengejut pada hari Sabtu (sabbath).” Dinukil oleh al Qadhi Ibn al Arabi al Maliki dalam kitabnya Siraj al Muridin, tanpa sanad. Dhaif

8.9: Athar Zaid bin Aslam – Dhaif

و عن زيد بن أسلم مولى عمر بن الخطاب رضي الله عنه قال : [ إذا بقي على المؤمن من ذنوبه شيء لم يبلغه بعمله شدد عليه الموت ليبلغ بسكرات الموت و شدائده درجته من الجنة ، و إن الكافر إذا كان قد عمل معروفاً في الدنيا ، هون عليه الموت ليستكمل ثواب معروفه في الدنيا ثم يصير إلى النار ] . ذكره أبو محمد عبد الحق .

Daripada Zaid bin Aslam, pembantu Umar al Khattab رضي الله عنه yang berkata, “Jika masih tersisa dosa daripada seorang mukmin yang tidak diimbangi dengan amal yang baik, maka disulitkan kematiannya agar sakaratul maut itu melayakkan dia mendapat syurga; manakala si kafir pula, apabila dia melakukan kebaikan di dunia, maka dipermudahkan kematiannya, supaya semua kebaikannya terbalas di dunia dan selepas itu dia dimasukkan ke neraka.” (disebut oleh Imam Muhammad Abdul Haq al Isybili (w. 571H, sepanyol), dalam kitabnya al Aaqibah ms 113, juga Imam al Ghazali, al Ihya’, 4/423)

8.10: Hadith Ibn Mas’ud رضي الله عنه, Dhaif

و خرج أبو نعيم الحافظ من حديث الأعمش عن إبراهيم ، عن علقمة ، عن عبد الله قال : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : نفس المؤمن تخرج رشحاً ، و إن نفس الكافر تسل كما تسل نفس الحمار ، و إن المؤمن ليعمل الخطيئة فيشدد بها عليه عند الموت ليكفر بها عنه . و إن الكافر ليعمل الحسنة فيسهل عليه عند الموت ليجزي بها ذكره أبو محمد عبد الحق

Dikeluarkan oleh Abu Nu’aim al Hafidz, daripada hadith al A’Masy daripada Ibrahim (an Nakha’iy) daripada Alqamah daripada Abdullah (bin Mas’ud) رضي الله عنه, telah bersabda Rasulullah ﷺ, “Nyawa orang mukmin keluar seperti keluarnya peluh (susah) dan nyawa orang kafir meluncur keluar seperti nafas keldai (mudahnya mati), orang mukmin juga melakukan kesalahan, maka dipersulitkan kematiannya, agar terhapus dosanya; orang kafir juga membuat amal kebaikan, dimudahkan ketika meninggal agar terbalas (semuanya di dunia).” (HR Abu Nuaiam dalam al Hilyah, 5:59. Tabrani dalam Mu’jam al Kabir, 10015)

Tahqiq: Dhaif

الراوي : عبدالله بن مسعود | المحدث : الهيثمي | المصدر : مجمع الزوائد
الصفحة أو الرقم: 2/329 | خلاصة حكم المحدث : فيه القاسم بن مطيب وهو ضعيف

Al Haithami menilainya dhaif kerana perawi al Qaasim bin Muthib.

Tahqiq:

الراوي : عبدالله بن مسعود | المحدث : الألباني | المصدر : السلسلة الصحيحة
الصفحة أو الرقم: 2151

Hasan menurut al Albani, Silsilah al Sahihah 2151

8.11: Athar Abu Darda’ – Dhaif

و ذكر ابن المبارك أن أبا الدرداء رضي الله عنه ـ قال : [ أحب الموت اشتياقاً إلى ربي ، و أحب المرض تكفيراً لخطيئتي ، و أحب الفقر تواضعاً لربي عز و جل ]

Berkata Ibn Mubarak (w. 181H, Kufah), “Aku menyukai kematian kerana kerinduan bertemu Tuhanku, aku juga menyukai sakit kerana ia menghapuskan dosa-dosa ku, aku menyukai kefakiran kerana mahu tawadhu’ kepada Tuhanku عز و جل”.
(HR Ibn Mubarak dalam az-Zuhd, no 212; Abu Nuaim dalam al Hilyah, 1:217; Abu Daud al Sijistani, az Zuhd, 215)

Tahqiq:

أخرج ابن سعد في الطبقات الكبرى (7/98) قال: أخبرنا وهب بن جرير وهشام أبو الوليد قالا حدثنا شعبة عن عمرو بن مرة قال سمعت شيخا يحدث عن أبي الدرداء أنه قال: “أحب الفقر تواضعا لربي وأحب الموت اشتياقا إلى ربي وأحب المرض تكفيرا لخطيئتي”
وهذا سند منقطع، ومعناه يخالف التوجيهات النبوية الواردة في الأحاديث الصحيحة.

Tahqiq al Multaqa, Dhaif, sanadnya munqathi’ (putus sanad antara ibn Mubarak dan abu Darda’. Maksud atsar tersebut bertentangan dengan sunnah Nabi ﷺ melalui hadith-hadith yang sahih.

 

10.2.15 Turunnya Nabi Isa عليه السلام

0

TBK 10.2 Turunnya Nabi Isa عليه السلام
(نزول عيس بن مريم عليه السلام)

10.2.15 Kedudukan Pengikut-pengikut Nabi Isa عليه السلام
(منزلة من يكون مع عيسى ابن مريم عليه السلام)

 

🌟 Dua golongan manusia akhir zaman yang dijamin syurga:

عن ثوبان رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال:<< عصابتان من أمتي أحرزهما الله من النار:عصابة تغزو الهند ,وعصابة تكون مع عيسى ابن مريم> (أخرجه النسائي وصححه الألباني في “السلسلة الصحيحة”4/570.)

Daripada Tsauban رضي الله عنه, bahawa Nabi ﷺ bersabda, “Akan muncul dua kumpulan daripada umatku yang kedua-duanya dipelihara Allah ‎ﷻ dari neraka; satu kumpulan yang berperang India dan satu kumpulan lagi yang akan bersama Nabi Isa bin Maryam عليه السلام.” (HR an Nasa’iy disahihkan oleh al Albani dalam Silsilah al Sahih, 4:570)

Tahqiq:
(HR Ahmad “Al-Musnad” 5/278 no. 22759, Al-Bukhari, “Tarikh Al-Kabir” Tarjamah Abd Al-A’la bin ‘Adiy Al-Bahrani, An-Nasai “Al-Mujtaba’” no. 3175, At-Tabarani “Mu’jam Al-Awsath” 7/23-24, Ibn ‘Adiy “Al-Kaamil 2/161, Al-Haitsami Majma’uz Zawaaid no. 9452 – Komen Al-Albani Sahih Al-Jami’ no. 4012, Silsilah As-Sahihah no.1934 Sahih, Al-Arnauth Tahqiq Musnad Ahmad 37/81 no. 22396)

Fiqh hadith:
Jama’ah Tabligh menterjemah hadith di atas dalam kitab fadilat amal , “Akan muncul dua kumpulan dari umatku yang kedua-duanya dipelihara Allah ‎ﷻ dari neraka; satu kumpulan yang berjihad (dakwah) di India dan satu kumpulan lagi yang akan bersama Nabi Isa bin Maryam عليه السلام.” Kumpulan yang berjihad dakwah di India itu ialah Jama’ah Tabligh (JT).

Komentar Syaikh Hamud At-Tuwaijiri, KSA, “Hadith yang menyebutkan tentang “memerangi India” bilamana sahih, maka itu belum terjadi hingga saat ini, dan hal itu baru terjadi setelah turunnya ‘Isa bin Maryam عليه السلام”. (Ithhaful Jama’ah 1/366).

Tafsir Surah Al-Baqarah: Tafsir Ayat Ke-231 dan 232

0

Tafsir Surah Al-Baqarah

Tafsir Ayat Ke-231

Kita masih lagi dalam bab cerai. Kebiasaan masyarakat Arab Jahiliyah, mereka memang ada proses nikah dan cerai tetapi proses itu tidak ada had dan mereka boleh melakukannya berkali-kali sebelum Islam menghadkannya kepada tiga kali sahaja.

Mereka boleh buat begitu kerana mereka tidak ada kitab dan tidak ada pegangan agama yang benar, jadi mereka membuat ikut suka hati mereka sahaja.

Jadi lelaki Arab Jahiliyyah biasa menceraikan isteri mereka jikalau mereka marah dan semasa masih dalam iddah, mereka akan rujuk semula isteri mereka itu dan kemudian mereka ceraikan berkali-kali. Ini adalah satu kezaliman kepada isteri itu kerana mereka dipermainkan begitu.

Lelaki tidak berasa terbeban dengan perkara begitu kerana mereka boleh berkahwin ramai. Kalau mereka ceraikan seorang isteri, mereka ada isteri-isteri yang lain. Jadi Islam telah menjaga hak wanita dalam hal ini.

وَإِذا طَلَّقتُمُ النِّساءَ فَبَلَغنَ أَجَلَهُنَّ فَأَمسِكوهُنَّ بِمَعروفٍ أَو سَرِّحوهُنَّ بِمَعروفٍ ۚ وَلا تُمسِكوهُنَّ ضِرارًا لِّتَعتَدوا ۚ وَمَن يَفعَل ذٰلِكَ فَقَد ظَلَمَ نَفسَهُ ۚ وَلا تَتَّخِذوا ءَايَـٰتِ اللَّهِ هُزُوًا ۚ وَاذكُروا نِعمَتَ اللَّهِ عَلَيكُم وَما أَنزَلَ عَلَيكُم مِّنَ الكِتٰبِ وَالحِكمَةِ يَعِظُكُم بِهِ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ وَاعلَموا أَنَّ اللَّهَ بِكُلِّ شَيءٍ عَليمٌ

Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu) kemudian mereka (hampir) habis tempoh idahnya maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik. Dan janganlah kamu pegang mereka (rujuk semula dengan maksud memberi mudarat, kerana kamu hendak melakukan kezaliman (terhadap mereka); dan sesiapa yang melakukan demikian maka sesungguhnya dia menganiaya dirinya sendiri  dan janganlah kamu menjadikan ayat-ayat hukum Allah itu sebagai ejek-ejekan (dan permainan). Dan kenanglah nikmat Allah yang diberikan kepada kamu, (dan kenanglah) apa yang diturunkan kepada kamu iaitu Kitab (Al-Quran) dan ilmu hikmat, untuk memberi pengajaran kepada kamu dengannya. Dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah: sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

وَإِذا طَلَّقتُمُ النِّساءَ فَبَلَغنَ أَجَلَهُنَّ

Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu) kemudian mereka (hampir) habis tempoh idahnya

Harus diterjemah ayat ini: ‘hampir sampai tamat tempoh iddah’ dan bukannya ‘telah sampai tempoh iddah’. Kalau baca lafaz asal (secara literal), ia hanya bermaksud apabila telah habis tempoh iddah. Tetapi kalau sudah habis tempoh iddah, sudah tidak boleh rujuk kembali, maka tidak sesuai dengan pemahaman hukum. Maka, kena baca: telah ‘hampir’ tempoh iddah.

فَأَمسِكوهُنَّ بِمَعروفٍ

maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik

Maka seorang suami boleh rujuk isteri mereka yang telah diceraikan dan tahan mereka sebagai isteri dengan cara yang makruf. Maksud ‘makruf’ itu, kenalah hidup sebagai suami isteri dengan cara yang biasa. Jangan membahayakan mereka dan berlaku zalim kepada mereka. Jangan seksa emosi mereka.

Kita sudah banyak berjumpa dengan perkataan ‘makruf’ dalam ayat-ayat sebelum ini, tetapi Allah ‎ﷻ tidak sebut pun dengan terperinci apakah yang dimaksudkan dengan maksud ‘makruf’ itu. Ini adalah kerana kita sebagai manusia yang ada akal fikiran ini sudah tahu apakah yang baik dan bagaimanakah cara untuk melayan orang dengan baik.

Tidak perlu jadi orang Islam pun tahu bagaimana berbaik-baik dengan orang lain. Tidak perlu ajar pun kita sudah tahu, jadi Allah ‎ﷻ cuma perlu mengingatkan kita sahaja.

أَو سَرِّحوهُنَّ بِمَعروفٍ

atau lepaskan mereka dengan cara yang baik.

Atau kamu biarkan sampai telah habis iddah dan sempurnalah proses cerai itu. Maksud dengan cara yang ma’ruf itu adalah jangan rujuk setelah kamu ceraikan sebanyak tiga kali. Jangan burukkan mereka, jangan letak syarat yang tidak sepatutnya, jangan berkelahi, jangan cakap tidak elok kepada mereka dan sebagainya.

Apabila isteri itu dilepaskan, maka bolehlah mereka berkahwin dengan lelaki lain. Jangan halang isteri itu daripada menikahi orang lain. Kalau ada anak, maka suami itu tetap kena tanggung anak itu, kerana anak itu adalah anak dia.

وَلا تُمسِكوهُنَّ ضِرارًا لِّتَعتَدوا

Dan janganlah kamu pegang mereka dengan maksud memberi mudarat, kerana kamu hendak melampau;

Jangan kamu ulangi perbuatan zaman jahiliyyah di mana seorang lelaki boleh cerai rujuk, cerai rujuk isteri itu berkali-kali sampai bila-bila dan menyusahkan wanita itu, sampai berlaku zalim kepada wanita. Ini di mana wanita itu tidak dilayan sebagai isteri, dan dia tidak boleh pula menikahi lelaki lain kerana dia masih lagi isteri kepada lelaki itu. Maka ini bagaikan gantung tidak bertali.

وَمَن يَفعَل ذٰلِكَ فَقَد ظَلَمَ نَفسَهُ

dan sesiapa yang melakukan demikian maka sesungguhnya dia menganiaya dirinya sendiri.

Dikatakan sebagai zalim kerana melanggar hukum Tuhan. Kamu berbuat zalim kepada orang lain, tetapi apabila kamu lakukan begitu, kamu menzalimi diri kamu sendiri sahaja kerana kerana perbuatan kamu itu, kamu akan mendapat murka Allah ‎ﷻ dan akan dimasukkan ke dalam neraka.

وَلا تَتَّخِذوا ءَايَـٰتِ اللَّهِ هُزُوًا

dan janganlah kamu menjadikan ayat-ayat hukum Allah itu sebagai ejek-ejekan

Dikatakan main-main apabila tidak ikut hukum Tuhan. Apabila kena dengan nafsu kamu, kamu ikut; namun apabila tidak kena dengan nafsu dan rancangan kamu, kamu tolak begitu sahaja seolah-olah hukum Allah‎ ﷻ itu tidak ada nilai langsung.

وَاذكُروا نِعمَتَ اللَّهِ عَلَيكُم

Dan kenanglah nikmat Allah yang diberikan kepada kamu,

Ingatlah nikmat Allah ‎ﷻ yang telah ajar hukum berkeluarga yang adil. Apabila menggunakan hukum itu, keluarga menjadi aman dan hidup menjadi mudah dan terjaga. Apabila keluarga aman, maka masyarakat turut terkesan. Apabila masyarakat aman, negara turut aman, bukan?

وَما أَنزَلَ عَلَيكُم مِّنَ الكِتٰبِ وَالحِكمَةِ يَعِظُكُم بِهِ

(dan kenanglah) apa yang diturunkan kepada kamu iaitu Kitab (Al-Quran) dan ilmu hikmat, untuk memberi pengajaran kepada kamu dengannya.

Kenanglah nikmat Allah ‎ﷻ memberikan wahyu kepada kamu dalam bentuk Al-Qur’an dan hadith Nabi. Lafaz الحِكمَةِ yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah hadith dan sunnah daripada Nabi ﷺ. Dengan adanya dua sumber hukum itu, hidup kita akan terjaga dan masyarakat akan hidup dengan baik.

Malangnya, kebanyakan masyarakat Islam tidak mengendahkan dua sumber rujukan nas yang dua ini. Mereka tidak belajar pun apakah yang Al-Qur’an dan Sunnah sampaikan. Mereka lebih suka merujuk ajaran-ajaran daripada kata-kata manusia biasa (yang tidak berlandaskan wahyu).

وَاتَّقُوا اللَّهَ

Dan bertaqwalah kepada Allah

Allah ‎ﷻ mengingatkan kita untuk bertaqwa kepada-Nya. Surah Baqarah ini dimulai tentang taqwa dan banyak ayat-ayat di dalamnya yang mengajar kita untuk taqwa. Apakah taqwa itu?

‘Taqwa’ maksudnya menjaga hukum iaitu kita prihatin dengan hukum yang disampaikan oleh Allah ‎ﷻ dan kita taat kepadanya. Namun kalau kita tidak tahu apakah hukum Allah ‎ﷻ, bagaimana kita hendak taat kepada hukum itu? Bagaimana hendak tahu hukum Allah ‎ﷻ kalau tidak belajar wahyu?

وَاعلَموا أَنَّ اللَّهَ بِكُلِّ شَيءٍ عَليمٌ

serta ketahuilah: sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Apa sahaja yang kita lakukan, Allah ‎ﷻ sedang perhati. Kalau kita langgar hukum-Nya, Dia akan catit dan Dia akan balas kesalahan dosa itu dengan neraka. Maka jangan rasa kuat sangat hendak buli orang lain, kerana nanti akan mendapat balasannya di akhirat kelak. Orang yang tidak beriman sahaja yang berbuat zalim terhadap orang lain kerana mereka lupa tentang balasan di akhirat.

Tafsir Ayat ke-232

Ini pula khitab (titah) kepada wali pula. Ini kerana ada kalanya mungkin pasangan itu sudah molek mahu bersama kembali, tetapi datang pula masalah daripada wali.

Ini boleh terjadi kerana mungkin suami isteri (yang dahulu sudah bercerai) mahu berkahwin kembali tetapi dihalang oleh wali sebab apabila hendak berkahwin semula memerlukan kebenaran wali. Mungkin mereka tidak suka kalau pasangan itu kembali bernikah. Jadi Allah‎ ﷻ menegur mereka dalam ayat ini.

وَإِذا طَلَّقتُمُ النِّساءَ فَبَلَغنَ أَجَلَهُنَّ فَلا تَعضُلوهُنَّ أَن يَنكِحنَ أَزوٰجَهُنَّ إِذا تَرٰضَوا بَينَهُم بِالمَعروفِ ۗ ذٰلِكَ يوعَظُ بِهِ مَن كانَ مِنكُم يُؤمِنُ بِاللَّهِ وَاليَومِ الآخِرِ ۗ ذٰلِكُم أَزكىٰ لَكُم وَأَطهَرُ ۗ وَاللَّهُ يَعلَمُ وَأَنتُم لا تَعلَمونَ

Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu), lalu habis masa iddah mereka, maka janganlah kamu (wahai wali-wali nikah) menahan mereka daripada berkahwin semula dengan (bekas) suami mereka, apabila mereka (lelaki dan perempuan itu) bersetuju sesama sendiri dengan cara yang baik (yang dibenarkan oleh Syarak). Demikianlah diberi ingatan dan pengajaran dengan itu kepada sesiapa di antara kamu yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik bagi kamu dan lebih suci. Dan (ingatlah), Allah mengetahui (akan apa jua yang baik untuk kamu) sedang kamu tidak mengetahuinya.

وَإِذا طَلَّقتُمُ النِّساءَ فَبَلَغنَ أَجَلَهُنَّ

Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu), lalu habis masa iddah mereka

Ini apabila sudah habis tempoh iddah iaitu kalau masih cuma dua kali cerai sahaja. Ini kerana kalau sudah tiga kali bercerai, kalau sudah habis iddah pun tidak boleh kahwin kembali. Apabila sudah habis iddah, tidak boleh rujuk, tetapi boleh kahwin semula melalui proses nikah seperti mula-mula kahwin dahulu.

فَلا تَعضُلوهُنَّ أَن يَنكِحنَ أَزوٰجَهُنَّ

maka janganlah kamu (wahai wali-wali nikah) menahan mereka daripada berkahwin semula dengan (bekas) suami mereka,

Jangan kamu wahai wali, menghalang mereka untuk berkahwin semula apabila mereka telah bersetuju dengan cara yang baik.

Kepada orang-orang lain yang bukan wali kepada wanita itu juga janganlah menghasut isteri itu untuk tidak berkahwin semula dengan bekas suaminya. Kadang-kadang dalam hal perkahwinan ini, banyak pihak yang terlibat, yang memberi nasihat yang tidak sepatutnya. Mereka sepatutnya memberi nasihat yang baik, tetapi selalunya mereka ikut perasaan sahaja.

إِذا تَرٰضَوا بَينَهُم بِالمَعروفِ

apabila mereka (lelaki dan perempuan itu) bersetuju sesama sendiri dengan cara yang baik

Pasangan itu mungkin telah sedar kesilapan mereka yang lalu dan mereka sekarang hendak bersatu semula dan hendak mengikut undang-undang Islam.

ذٰلِكَ يوعَظُ بِهِ مَن كانَ مِنكُم يُؤمِنُ بِاللَّهِ وَاليَومِ الآخِرِ

Demikianlah diberi ingatan dan pengajaran dengan itu kepada sesiapa di antara kamu yang beriman kepada Allah dan hari akhirat.

Kalau mereka hendak kahwin semula, apa yang patut kita sebagai wali atau ahli keluarga perlu lakukan? – senyap sahaja.

Jika akidah betul, maka akan mudah untuk mengikut hukum Tuhan. Itu sebabnya diulang kata: kalau kamu takut kepada Allah ‎ﷻ dan Hari Akhirat. Itu isyarat kepada akidah.

ذٰلِكُم أَزكىٰ لَكُم وَأَطهَرُ

Yang demikian adalah lebih baik bagi kamu dan lebih suci.

‘Lebih baik untuk kamu’ itu maksudnya kamu bebas daripada orang menuduh kamu benci sebab kalau kamu halang, orang akan kata macam-macam tentang kamu.

Ia lebih suci bagi mereka berdua sebab kalau ditahan juga mereka daripada berkahwin semula, mungkin mereka akan buat benda tidak elok – mereka mungkin berjumpa sesama mereka, naik kenderaan sekali dan boleh jadi macam-macam.

Paling kita takut kalau terjadinya zina. Orang kampung kalau nampak mereka bersama pun mungkin tidak menegur kerana sangka mereka sudah berkahwin. Nanti wali itu juga yang malu kalau jadi sampai begitu.

وَاللَّهُ يَعلَمُ وَأَنتُم لا تَعلَمونَ

Dan (ingatlah), Allah mengetahui (akan apa jua yang baik untuk kamu) sedang kamu tidak mengetahuinya.

Kamu sangka dengan kamu halang mereka berkahwin semula itu adalah baik; tetapi Allah ‎ﷻ hendak memberitahu yang tidak semestinya begitu. Allah ‎ﷻ lebih tahu apakah yang baik untuk kamu dan mereka.

Allahu a’lam.

TBK 10.2.14 Turunnya Nabi Isa عليه السلام

0

TBK 10.2 Turunnya Nabi Isa عليه السلام
(نزول عيسى بن مريم عليه السلام)

10.2.14 Tindakan Tindakan Isa عليه السلام dan Kejadian pada zaman pemerintahannya (أعمال عيسى عليه السلام وما يقع في عصره)
(Bahagian 1)

وبعد نزول عيسى عليه السلام وقتله الدجال واستقرار أمور المؤمنبن يكون لعيسى عليه السلام عدة مهام يقوم بها,ويقع في عهده أمور:
تحكيم الإسلام وإخضاع الناس للشريعة والقضاء على الأديان النحرفة
عن أبي هريرة رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال:<< والذي نفسي بيده ليوشكن أن ينزل فيكم بن مريم حكما عدلا ,فيكسر الصليب ويقتل الخنزير ويضع الجزية>

Setelah Isa عليه السلام turun, selepas baginda membunuh Dajjal kemudian menstabilkan urusan pentadbiran orang beriman, maka Isa عليه السلام menetapkan beberapa dasar besar:

  1. Menegakkan kembali hukum Islam dan memastikan manusia mematuhi syari’at Islam dan menghapuskan semua agama-agama yang menyimpang.

Hadith Abu Hurayrah رضي الله عنه: bahawa Nabi ﷺ bersabda, “Demi yang jiwaku ditangan-Nya, sungguh hampir saja turun kepada kamu semua Isa bin Maryam عليه السلام sebagai Hakim yang Adil, baginda menghancurkan salib, dan membunuh babi, dan menghapuskan jizyah (cukai). (Mutaffaq alaih).

Memahami kosa kata hadith turunnya Isa عليه السلام dan KPInya: (Key Performance Index)

🔘 Mematahkan Salib:
Nabi Isa عليه السلام benar-benar akan mematahkan salib dan menghapuskan amalan Kristian yang memuliakan salib. Ertinya: baginda akan membatalkan agama kristian. (Syarah Sahih Muslim 2/190, Fathul Bari 6/491)

Pada zaman itu, gereja akan menjadi kosong kerana masing-masing berbondong-bondong akan masuk Islam. Namun, menakwilkan makna tersirat dengan menafikan makna tersurat adalah satu bentuk takalluf. Maka nas hadith hendaklah difahami secara zahir di samping makna simbolik daripadanya (melenyapkan agama kristian).

🔘 Membunuh babi:
Kata Ibn Hajar رحمه الله: Maksudnya di sini memerintahkan dilenyapkan babi-babi, sebagai menyerlahkan ia haram dimakan. Ia juga membawa erti celaan kepada kristian yang mendakwa pengikut Nabi Isa عليه السلام kemudian mereka menghalalkan makan babi dan menyukainya. (Fathul Bari 4/414).

🔘 Menghapuskan jizyah:
Ada beberapa tafsiran ulama’:
☆Kerajaan dan umat Islam ketika itu tidak memerlukan lagi jizyah kerana kekayaan melimpah ruah.
☆Tiada lagi pilihan bagi mereka untuk membayar jizyah. Sama ada mereka memeluk Islam ataupun mereka akan diperangi. Inilah yang dipilih oleh Imam Nawawi. (Syarah Sahih Muslim 2/190).

*Jizyah = cukai tambahan ke atas non muslim kerana mereka menjadi warga negara dalam negara Islam.

 

10.2.14 Tindakan Tindakan Isa عليه السلام dan Kejadian pada zaman pemerintahannya (أعمال عيسى عليه السلام وما يقع في عصره)
(Bahagian 2)

⚖ KPI Isa al Masih عليه السلام

عن أبي هريرة رضي الله أن النبي صلى الله عليه وسلم قال :<<الأنبياء إخوة لعلات ,أمهاتهم شتى ودينهم واحد وأنا أولى الناس بعيسى بن مريم ,لأنه لم يكن بيني وبينه نبي وإنه نازل ,فإذا رأيتموه فاعرفوه , رجلا مربوعا إلى الحمرة والبياض عليه ثوبان ممصران(2) كأن رأسه يقطر وإن لم يصبه بلل, فيدق الصليب, ويقتل الخنزير ,ويضع الجزية….ويدعو الناس إلى الإسلام ,فيهلك الله في زمانه الملل كلها إلا الإسلام ويهلك الله في زمانه المسيح الدجال ,وتقع الأمنة على الأرض حتى ترتع الأسود مع الإبل, والنمار مع البقر, والذئاب مع الغنم, ويلعب الصبيان بالحيات , لا تضرهم , فيمكث أربعين سنة ثم يتوفى ويصلي عليه المسلمون>

Daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, mafhumnya: “Para nabi semuanya bersaudara disebabkan ayah mereka satu dan hanya ibu mereka yang berlainan. Sedangkan agama mereka adalah satu. Dan akulah orang yang paling dekat dengan Isa bin Maryam عليه السلام kerana tidak ada Nabi di antara kami. Sesungguhnya baginda akan turun. Apabila baginda turun nanti, kenalilah sifatnya, untuk mengenalinya… orangnya sedang dan kulitnya putih kemerah-merahan. Baginda memakai dua helai pakaian yang kuning muda. Dari kepalanya seperti menitis air walaupun rambut dan kepalanya tidak basah. Baginda akan mematahkan salib, membunuh khinzir, menghapus jizyah. Baginda akan mengajak orang kepada Islam. Pada zamannya juga nanti baginda akan menghancurkan segala agama kecuali Islam. Juga membinasakan Dajjal al Masih. Pada zamannya nanti dunia akan aman sehingga seekor singa dan unta boleh berkawan. Begitu juga harimau dengan lembu, serigala dengan kambing. Kanak-kanak akan bermain dengan ular dan ular itu tidak mematuk mereka. Keadaan seperti itu berjalan selama empat puluh tahun. Kemudian Nabi Isa عليه السلام wafat dan disembahyangkan oleh kaum muslimin.”

Tahqiq:

الراوي : أبو هريرة | المحدث : شعيب الأرناؤوط | المصدر : تخريج المسند
الصفحة أو الرقم: 9270 | خلاصة حكم المحدث : صحيح

Disahihkan oleh Syaikh Syu’aib al Arnaou, muhaqqiq al Musnad, no 9270.

Dalam hadith ini, antara tugasan Nabi Isa عليه السلام ialah:

🔘 membunuh Dajjal
🔘 menegakkan hukum Allah ‎ﷻ
🔘 mengembalikan keamanan sejagat

 

10.2.14 Tindakan Tindakan Isa عليه السلام dan Kejadian pada zaman pemerintahannya (أعمال عيسى عليه السلام وما يقع في عصره)
(Bahagian 3)

⚖ KPI Isa al Masih عليه السلام

عن أبي أمامة رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال:<< فيكون عيسى ابن مريم في أمتي حكما عدلا وإماما مقسطا , يدق الصليب , ويذبح الخزير , ويضع الجزيه , ويترك الصدقة فلا يسعى على شاة ولا بعير وترفع الشحناء والتباغض وتنزع حمة كل ذات حمة حتى يدخل الوليد يده في الحية فلا تضره وتفر الوليدة (7) الأسد فلا يضرها ويكون الذئب في الغنم كأنه كلبها وتملأ الأرض من السلم كما يملأالإناء من الماء وتكون الكلمة واحدة فلا يعبد إلا الله وتضع الحرب أوزارها وتسلب قريش ملكها ويكون الأرض كفاثورالفضة تنبت نباتها بعهد أدم حتى يجتمع النفر على القطف من العنب فيشبعهم ويجتمع النفر على الرمانه فتشبعهم ويكون الثور بكذا وكذا من المال ويكون الفرس بالريهمات>

Daripada Abu Umamah al Bahili رضي الله عنه bahawa Nabi ﷺ bersabda, “Isa bin Maryam عليه السلام akan menjadi Hakim dan Penguasa yang adil pada umatku, baginda akan menghancurkan salib, membunuh babi, menghapuskan cukai (yang membebankan), dan mengagihkan sedekah dengan adil, tidak perlu mengusahakan ternakan kambing dan lembu, dendam kesumat akan dihapuskan, binatang berbisa juga akan lenyap sehingga tangan budak boleh dimasukkan ke dalam mulut ular, singa tidak lagi membahayakan, ternakan tidak lagi diusik oleh haiwan buas, dunia melimpah ruah dengan kedamaian, kalimat menjadi satu, tiada yang disembah melainkan Allah ‎ﷻ, tamatlah zaman perang, hilanglah penguasaan kaum Quraish, bumi menjadi seperti periuk dari perak, bumi begitu subur mengeluarkan hasilnya, setangkai anggur dapat mengenyangkan ramai orang, juga buah delima yang banyak, harga seekor lembu amat murah, dan harga seekor kuda hanya beberapa dirham sahaja.” (HR Ibn Majah, komen Dr al Areefi, hadith ini diperselisihkan)

Tahqiq al Albani, dhaif:

الراوي : أبو أمامة الباهلي | المحدث : الألباني | المصدر : ضعيف الجامع
الصفحة أو الرقم: 6384 | خلاصة حكم المحدث : ضعيف

التخريج : أخرجه أبو داود (4322) بنحوه مختصراً، وابن ماجه (4077) باختلاف يسير.

Dhaif al Jaami’, no 6384
Tahqiq Ibn Katsier, tafsir an Nisaa’: ayat 155-159. Kata Ibn Kathier, amat gharib (dhaif) kerana semua muhaddith mutaqaddimin mendhaifkannya kerana perawi Abdul rahman bin Muhammad al Muharibi.

 

10.2.14 Tindakan Tindakan Isa عليه السلام dan Kejadian pada zaman pemerintahannya (أعمال عيسى عليه السلام وما يقع في عصره)
(Bahagian 4)

⚖ KPI Isa al Masih عليه السلام

عن أبي هريرة رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال:<< طوبى لعيش بعد المسيح يؤذن للسماء في القطر ويؤذن للأرض في النبات حتى لو بذرت حبك على الصفا لنبت وحتى يمر الرجل على الأسد فلا يضره ويطأ على الحية فلا تضره ولا تشاحن ولا تحاسد ولا تباغض> رواه الديلمي في (الفردوس) حديث رقم (3943). وأشار الهندي في (كنز العمال) و المناوي في (فيض القدير)

Daripada sanad Abu Hurairah رضي الله عنه bahawa Nabi ﷺ bersabda, “Berbahagialah ke atas orang yang hidup ketika turunnya Isa عليه السلام, maka lantas langit pun menurunkan hujan dan bumi kembali subur bahkan jika kamu campak biji benih ke atas batu sekalipun ia akan tumbuh. Jika seorang melintas di hadapan singa tidak memudharatkan dia dan jika seorang terpijak ular berbisa tidak juga membahayakannya; tidak ada lagi saling dendam, dengki dan kebencian (sesama manusia).” (HR ad Dailami dalam Musnad al firdaus no 3943, al Hindi dalam Kanz al Ummal, al Munawi dalam Faidhul Qadir).

Tahqiq al Albani رحمه الله:

ان الشيخ الألبانى صححه فى الصحيحة برقم 1926وفى صحيح الجامع برقم 7366

Disahihkan oleh Syaikh al Albani رحمه الله dalam silsilah al Sahihah no 1926 dan sahih al Jaami’ no 7366

Fiqh hadith:
Beradanya Isa al Masih عليه السلام di dunia, maka dunia akan kembali subur dengan pengeluaran yang banyak, manusia dan alam flora dan fauna akan kembali harmoni, dunia akan aman damai, tanpa peperangan akibat kebencian, dendam dan permusuhan antara kaum dan etnik.

 

10.2.14 Tindakan Tindakan Isa عليه السلام dan Kejadian pada zaman pemerintahannya (أعمال عيسى عليه السلام وما يقع في عصره)
(Bahagian 5)

⚖ KPI Isa al Masih عليه السلام

عن أبي هريرة رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال:<< ينزل عيسى بن مريم إماما عادلا وحكما مقسطا فيكسر الصليب ويقتل الخنزير ويرجع السلم ويتخذ السيوف مناجل وتذهب حمة كل ذات حمة وتنزل السماء رزقها وتخرج الأرض بركتها حتى يلعب الصبي بالثعبان….ويراعي الغنم الذئب فلا يضرها ويراعي الأسد البقر فلا يضرها>

Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه, bahawa Nabi ﷺ bersabda, “Akan turun Isa bin Maryam عليه السلام, akan menjadi Imam dan hakim yang adil, baginda akan menghancurkan salib (cross), membunuh babi, mengembalikan perdamaian, pedang pedang akan digunakan untuk pertanian, hilang bisa daripada semua haiwan berbisa, langit menurunkan rezeki (hujan), bumi mengeluarkan hasilnya. (Semua akan elok) sehingga kanak-kanak bermain ular, kambing dan lembu berdekatan dengan singa, namun semua tidak membahayakan.” (HR Ahmad)

Tahqiq:

الراوي : أبو هريرة | المحدث : شعيب الأرناؤوط | المصدر : تخريج المسند
الصفحة أو الرقم: 10261 | خلاصة حكم المحدث : صحيح

Dinilai sahih oleh Syaikh Syu’aib al Arnaout رحمه الله, takhrij al Musnad no 10261.

SIRI LA TAHZAN: Bab 201 – Semua Orang Mencari Kebahagiaan, Tetapi… (كلٌّ يبحثُ عنِ السعادةِ ولكنْ)

0

La Tahzan 201: Semua orang Mencari Kebahagiaan, tetapi…(كلٌّ يبحثُ عنِ السعادةِ ولكنْ)

للعالمِ الإسكافيِّ كتابٌ بعنوان ( لُطْفُ التدبيرِ ) وهو كتابٌ

جمُّ الفائدةِ ، أخَّاذٌ جذَّابٌ جلاَّبٌ ، مؤدَّى الكلامِ فيه البحثُ عن السيادةِ والسعادةِ والرِّيادةِ

(أبو عبد الله محمد بن عبد الله الأصبهاني يعرف بالخطيب الإسكافي (ت: 420 هـ – 1029م) )

Seorang ulama’ sosiologi dari Iskafi, Kota Isfahan Farsi atau nama penuhnya Abu Abdillah Muhammad bin Abdullah al Asfahani, wafat pada 420 Hijrah yang dikenali dengan nama al Khatib al Iskafi.

Kitabnya, iaitu Lutfu at Tadbir (Mengurus Dengan Teliti) membahaskan tentang isu jati diri, kebahagiaan dan kepimpinan.

Kitab Lutfu at-Tadbir karya Khatib al-Iskafi
Intipati pertama daripada Kitab Lutfu at Tadbir (لُطْفُ التدبيرِ)
الأولى : أنَّ منْ لم يجعلِ الله نصب عينيه ، عادتْ فوائدُه خسائِر وأفراحُه أتراحاً ، وخيراتُه نكباتٍ * سَنَسْتَدْرِجُهُم مِّنْ حَيْثُ لاَ يَعْلَمُونَ *

Pertama: Barang siapa yang tidak menjadikan Allah ‎ﷻ sebagai tujuan utama mereka, maka dia akan mengalami kerugian dan akan lenyap kebahagiaannya serta semua kebaikannya akan bertukar menjadi keburukan. Dalil:

وَالَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا سَنَسْتَدْرِجُهُم مِّنْ حَيْثُ لَا يَعْلَمُونَ (182)

Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), menurut cara yang mereka tidak mengetahuinya.” [Al-A’raf: 182]

 

Intipati kedua daripada Kitab Lutfu at Tadbir (لُطْفُ التدبيرِ)
الثانيةِ : أنَّ الطرق الملتوية الصَّعْبة التي يسعى إليها كثيرٌ من الناسِ في غيرِ الشريعةِ ، لنيلِ السعادةِ ، يجدونها – بطُرُقٍ أسهَلَ وأقرَبَ – في طريق الشرعِ المحمديِّ ، * وَلَوْ أَنَّهُمْ فَعَلُواْ مَا يُوعَظُونَ بِهِ لَكَانَ خَيْراً لَّهُمْ وَأَشَدَّ تَثْبِيتاً * فينالون خَيْرَ الدنيا وخَيْرَ الآخرةِ .

Kedua: Dalam meraih kebahagiaan, kebanyakan manusia mencari jalan yang berliku dan sulit serta tidak mematuhi syariat; padahal terbentang jalan yang lebih mudah dan cepat iaitu jalan Muhammad ﷺ (mematuhi sunnah):

وَلَوْ أَنَّا كَتَبْنَا عَلَيْهِمْ أَنِ اقْتُلُوا أَنفُسَكُمْ أَوِ اخْرُجُوا مِن دِيَارِكُم مَّا فَعَلُوهُ إِلَّا قَلِيلٌ مِّنْهُمْ ۖ وَلَوْ أَنَّهُمْ فَعَلُوا مَا يُوعَظُونَ بِهِ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُمْ وَأَشَدَّ تَثْبِيتًا (66)

Dan sesungguhnya jika Kami mewajibkan kepada mereka (dengan perintah): “Bunuhlah diri kamu sendiri, atau keluarlah dari tempat kediaman kamu”, nescaya mereka tidak akan melakukannya, kecuali sedikit di antara mereka. Dan sesungguhnya jika mereka mengamalkan nasihat pengajaran (meliputi suruhan dan tegahan) yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka).” [An-Nisa: 66]

 

Intipati ketiga daripada Kitab Lutfu at Tadbir (لُطْفُ التدبيرِ)
الثالثةِ : أنَّ أُناساً ذهبتْ عليهمْ دنياهم وأخراهم ، وهمْ يظُنُّون أنهم يُحسنون صُنعاً ، وينالون سعادةً ، فما ظفرُوا بهذه ولا بتلك ، والسببُ إعراضُهم عن الطريقِ الصحيحِ الذي بعث اللهُ به رُسُلَهُ ، وأنزل به كتبه ، وهي طلبُ الحقِّ ، وقولُ الصدْق

Ketiga: Kebanyakan manusia menyangka kehidupan mereka dalam keadaan yang baik dan merasakan mereka hidup dalam kebahagiaan. Hakikatnya, mereka tidak akan meraih kebahagiaan di dunia mahupun di akhirat.

Penyebabnya adalah, kehidupan mereka sebenarnya menyimpang daripada landasan yang ditetapkan di dalam Al-Qur’an dan sunnah, iaitu pencarian kebenaran yang hakiki dan perkataan yang benar. Firman Allah ‎ﷻ:

وَتَمَّتْ كَلِمَتُ رَبِّكَ صِدْقًا وَعَدْلًا ۚ لَّا مُبَدِّلَ لِكَلِمَاتِهِ ۚ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ (115)

Dan telah sempurnalah Kalimah Tuhanmu (Al-Quran, meliputi hukum-hukum dan janji-janji-Nya) dengan benar dan adil; tiada sesiapa yang dapat mengubah sesuatupun daripada kalimah-kalimah-Nya; dan Dia lah yang sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Mengetahui.” [Al-An’am: 115]

 

Mari kita renungkan sejenak.
Banyakkan berdoa ketika senang bukan ketika susah (فليُكْثِرِ الدُّعاء في الرَّخاءِ)
فليُكْثِرِ الدُّعاء في الرَّخاءِ : أيْ في حالِ الرَّفاهيةِ والأمنِ والعافيةِ ؛ لأنَّ مِنْ سمةِ المؤمنِ الشاكرِ الحازمِ ، أنْ يرِيش الشهم قبل الرمْي ، ويلتجئ إلى اللهِ قبْل الاضطرارِ ، بخلافِ الكافرِ الشَّقيِّ والمؤمنِ الغبيِّ

Perbanyakkan doa ketika kita berada dalam keadaan lapang, aman dan sihat. Itu adalah petanda seorang mukmin yang selalu bersyukur dan kuat imannnya. Ibarat menyediakan payung sebelum hujan iaitu selalu memohon perlindungan kepada Allah ‎ﷻ sebelum datangnya kesusahan (ibarat mengambil vaksin sebelum terkena penyakit). Hal ini berbeza dengan orang kafir dan orang mukmin yang bodoh. Firman Allah ‎ﷻ menjelaskan tentang fenomena ini:

وَإِذَا مَسَّ الْإِنسَانَ ضُرٌّ دَعَا رَبَّهُ مُنِيبًا إِلَيْهِ ثُمَّ إِذَا خَوَّلَهُ نِعْمَةً مِّنْهُ نَسِيَ مَا كَانَ يَدْعُو إِلَيْهِ مِن قَبْلُ وَجَعَلَ لِلَّهِ أَندَادًا لِّيُضِلَّ عَن سَبِيلِهِ ۚ قُلْ تَمَتَّعْ بِكُفْرِكَ قَلِيلًا ۖ إِنَّكَ مِنْ أَصْحَابِ النَّارِ (8)

Dan apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, dia segera berdoa kepada Tuhannya dengan keadaan rujuk kembali bertaubat kepada-Nya; kemudian apabila Allah memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) daripada-Nya, lupalah dia akan segala bahaya yang menyebabkan dia merayu kepada Allah sebelum itu, dan dia pula menjadikan sekutu-sekutu bagi Allah, untuk menyesatkan dirinya (dan orang lain) daripada jalan Allah. Katakanlah (kepadanya): “Bersenang-senanglah engkau dengan kekufuranmu itu untuk sementara, sesungguhnya engkau daripada penduduk neraka.” [Az-Zumar: 8]

 

Banyakkan berdoa dan berzikir ketika aman untuk hari yang susah
فتعيَّن على منْ يريدُ النجاةَ مِنْ ورطاتِ الشَّدائدِ والغُمومِ ، أنْ لا يفعل بقلبهِِ ولسانِه عنِ التَّوجُّهِ إلى حضرةِ الحقِّ – تقدّسَ – بالحمْدِ والابتهالِ إليه والثَّناء عليه ، إذ المراد بالدعاء في الرخاء – كما قاله الإمام الحليمي , ، ومنْ غفل عنْ ذلك ، ولم يُلاحظْه في زَمَنِ صِحَّتِهِ وفراغِه وأمْنِهِ ، فقدْ صدقَ عليه قولُه تعالى : * فَإِذَا رَكِبُوا فِي الْفُلْكِ دَعَوُا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ فَلَمَّا نَجَّاهُمْ إِلَى الْبَرِّ إِذَا هُمْ يُشْرِكُونَ *

Nasihat Imam al Hulaimi, (wafat pada 403H, kelahiran Bukhara, Samarkhand, seorang sufi, syafi’iyah), “Jika ingin selamat daripada bencana dan kesengsaraan, hati dan lisanya tidak boleh lalai daripada mengingati Allah ‎ﷻ, hendaklah berterusan bertasbih, bertahmid, bertahlil dan menyanjung-Nya ketika kita dalam keadaan lapang. Barang siapa yang lupa berdoa ketika waktu sihat dan aman maka dia tergolong dalam firman Allah ‎ﷻ ini:

فَإِذَا رَكِبُوا فِي الْفُلْكِ دَعَوُا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ فَلَمَّا نَجَّاهُمْ إِلَى الْبَرِّ إِذَا هُمْ يُشْرِكُونَ (65)

Dalam pada itu, apabila mereka naik bahtera (lalu menemui sesuatu bahaya di laut), mereka memohon pertolongan kepada Allah dengan doa yang tulus ikhlas kepada-Nya. Kemudian, setelah Allah menyelamatkan mereka (naik) ke darat, mereka berlaku syirik kepada-Nya.” [Al-‘Ankabut: 65]

SIRI LA TAHZAN: Bab 200 – Dengarlah Bacaan Al Qur’an

0

La Tahzan 200-1: Dengarlah Bacaan Al Qur’an (أنْصِتْ لكلامِ اللهِ)

 

هدِّئ أعصابك بالإنصاتِ إلى كتابِ ربِّك ، تلاوةً مُمتعةً حسنةً مؤثِّرةً منْ كتابِ اللهِ ، تسمعُها منْ قارئٍ مجوِّدٍ حَسَنِ الصوتِ ، تصلُك على رضوانِ اللهِ عزَّ وجلَّ ، وتُضفي على نفسِك السكينة ، وعلى قلبِك يقيناً وبرداً وسلاماً

كان – صلى الله عليه وسلم – يحبُّ أنْ يسمع القرآن منْ غيرِهِ ، وكان – صلى الله عليه وسلم – يتأثَّرُ إذا سمع القرآن منْ سواهُ ، وكان يطلُبُ منْ أصحابِه أنْ يقرؤوا عليهِ ، وقد أُنزل عليهِ القرآنُ هو ، فيستأنسُ – صلى الله عليه وسلم – ويخشعُ ويرتاحُ

Tenangkan dirimu dengan mendengar alunan bacaan yang indah dan lembut daripada Al-Qur’an. Mendengar bacaan qari yang bersuara lunak mengundang keredhaan Allah ‎ﷻ, ketenangan dan ketenteraman jiwa.

Contohilah Rasulullah ﷺ yang amat suka mendengar bacaan daripada sahabat baginda. Walaupun Al-Qur’an diturunkan kepada baginda, namun ada ketika mendengar bacaan orang lain dapat merasa tenteram, khusyuk dan tenang.

 

La Tahzan 200-2: Dengarlah Bacaan Al Qur’an (أنْصِتْ لكلامِ اللهِ)

 

إنَّ لك فيهِ أسوةً أنْ يكون لك دقائقُ ، أو وقتٌ من اليومِ أو الليلِ ، تفتحُ فيهِ المذياع أو مسجّلاً ، لتستمع إلى القارئِ الذي يعجبُك ، وهو يتلو كلام اللهِ عزَّ وجلَّ .

إنَّ ضجَّة الحياةِ وبلبلة الناسِ ، وتشويش الآخرين ، كفيلٌ بإزعاجِك ، وهدِّ قُواك ، وبتشتيتِ خاطرِك . وليس لك سكينةٌ ولا طمأنينةٌ ، إلاَّ في كتابِ ربِّك وفي ذكرِ مولاك

Jika ingin mencontohi Rasulullah ﷺ, maka carilah waktu untuk membuka radio, (sekarang online (atas talian)) untuk mendengar bacaan qari yang anda sukai. Kekacauan dunia dan kegawatan harian memang memberi stress (tekanan) kepada anda; maka, padamkanlah stress tersebut dengan keindahan dan kesyahduan alunan daripada kitab suci dan zikrullah:

 

الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ (28)

Orang orang beriman, hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan zikrullah, hati akan tenteram.” [Ar Ra’d: 28]

 

La Tahzan 200-3: Dengarlah Bacaan Al Qur’an (أنْصِتْ لكلامِ اللهِ)

 

يأمرُ – صلى الله عليه وسلم – ابن مسعودٍ ، فيقرأ عليه منْ سورةِ النساءِ ، فيبكي – صلى الله عليه وسلم – حتى تنهمر دموعُه على خدِّه ، ويقولُ : (( حسْبُك الآن ))

Nabi ﷺ pernah meminta Abdullah bin Mas’ud رضي الله عنه agar membaca Al-Qur’an untuk baginda. Maka Ibn Mas’ud membaca surah an-Nisa’ sehingga baginda menitiskan air mata. Lantas baginda berkata, “Hasbuk” (cukuplah dahulu sampai di situ).

 

Takhrij:

 

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَالَ قَالَ لِي النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اقْرَأْ عَلَيَّ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ آقْرَأُ عَلَيْكَ وَعَلَيْكَ أُنْزِلَ قَالَ نَعَمْ فَقَرَأْتُ سُورَةَ النِّسَاءِ حَتَّى أَتَيْتُ إِلَى هَذِهِ الْآيَةِ { فَكَيْفَ إِذَا جِئْنَا مِنْ كُلِّ أُمَّةٍ بِشَهِيدٍ وَجِئْنَا بِكَ عَلَى هَؤُلَاءِ شَهِيدًا } قَالَ حَسْبُكَ الْآنَ فَالْتَفَتُّ إِلَيْهِ فَإِذَا عَيْنَاهُ تَذْرِفَانِ

Daripada Abdullah bin Mas’ud رضي الله عنه, beliau berkata; Nabi ﷺ pernah bersabda kepadaku: “Bacakanlah Al-Qur’an untukku.” Maka aku pun berkata, “Wahai Rasulullah, apakah aku akan membacanya untuk anda, padahal kepada andalah Al-Qur’an diturunkan?” Baginda menjawab: “Ya.” Lalu aku pun membacakan surah An-Nisa’, hingga aku sampai pada ayat: “Dan bagaimanakah sekiranya Kami mendatangkan manusia daripada seluruh umat dengan seorang saksi, lalu kami mendatangkanmu sebagai saksi atas mereka.” Maka baginda pun bersabda kepadaku: “Cukuplah.” Lalu aku menoleh ke arah baginda dan ternyata kedua-dua matanya menitiskan air.” (Bukhari: 4662)

 

La Tahzan 200-4: Dengarlah Bacaan Al Qur’an (أنْصِتْ لكلامِ اللهِ)

 

ويمرُّ بأبي موسى الأشعريِّ ، وهو يقرأُ في المسجدِ ، فيُنصتُ لهُ ، فيقولُ له في الصباحِ : (( لو رأيتني البارحة وأنا أستمعُ لقراءتِك )) ، قال أبو موسى : لو أعلمُ يا رسول الله أنك تستمعُ لي ، لحبَّرْتُهُ لك تحبيراً

Suatu ketika Rasulullah ﷺ mendapati Abu Musa al Asy’ari رضي الله عنه yang sedang membaca Al-Qur’an di masjid. Nabi ﷺ diam mendengar bacaannya. Subuh keesokannya, Nabi ﷺ bersabda kepada Abu Musa, “Engkau sedarkah, malam tadi saya mendengar bacaan Al-Qur’an kamu?” Abu Musa رضي الله عنه berkata, “Kalaulah aku tahu Rasulullah ﷺ mendengar bacaanku, nescaya aku akan memperbaguskan bacaanku”.

 

Takhrij:

ولما استمع النبي صلى الله عليه وسلم إلى قراءة أبي موسى الأشعري قال له : لو رأيتني وأنا استمع لقراءتك البارحة ! لقد أوتيت مزماراً من مزامير آل داود .وفي رواية عند أبي يعلى زيادة قال أبو موسى: أما أني لو علمت بمكانك لحبرته لك تحبيراً

Ketika Nabi ﷺ mendengar bacaan Abu Musa Al Asy’ary, baginda mengatakan kepadanya: “Seandainya engkau menyaksikanku di saat aku mendengar bacaanmu semalam, sungguh engkau telah diberikan keindahan suara sebagaimana keindahan suara Daud.” (Muslim: 793 dan Bukhari: 5048)

Pada salah satu riwayat yang diriwayatkan oleh Abu Ya’la terdapat tambahan daripada perkataan Abu Musa: “Sekiranya saya mengetahui keberadaan anda, nescaya saya memperbagusnya untuk anda”. (Lihat Fathul Baari 8/711)

 

La Tahzan 200-5: Dengarlah Bacaan Al Qur’an (أنْصِتْ لكلامِ اللهِ)

 

عند ابن أبي حاتم يمرُّ – صلى الله عليه وسلم – بعجوزٍ ، فيُنصت إليها منْ وراءِ بابها ، وهي تقرأُ * هَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ الْغَاشِيَةِ * ، تعيدُها وتكرِّرُها ، فيقولُ : (( نعم أتاني ، نعم أتاني )) .

إنَّ للاستماعِ حلاوةً ، وللإنصاتِ طلاوةً

Kisah yang dikeluarkan oleh Imam ibn abi Hatim (w.327H, Tus,Iran) bahawa pada suatu hari Rasulullah ﷺ melintas sebuah rumah wanita tua dan baginda mendengar (di sebalik pintu rumah) wanita tersebut sedang membaca ayat “Sudah datangkan kepada kamu tentang hari Pembalasan?” (هَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ الْغَاشِيَةِ ) [Al-Ghashiyah: 1]. diulang beberapa kali. Maka Nabi ﷺ pun bersabda, “Ya memang telah sampai kepadaku, telah sampai.” (HR Ibn Abi Hatim).

 

Takhrij:

 

قال ابن أبي حاتم في “تفسيره” (19251): حدثنا أبي، حدثنا علي بن محمد الطنافسي، حدثنا أبو بكر بن عياش، عن أبي إسحاق، عن عمرو بن ميمون قال: مر النبي صلى الله عليه وسلم على امرأة تقرأ هل أتاك حديث الغاشية فقام يسمع ويقول: «نعم قد جاءني».

Muhaqqiq tafsir Ibn Katsir, Syaikh Sami al Salamah, tafsir surah Al-Ghashiyah, dhaif kerana mursal Amru bin Maimun, namun walaupun dhaif, masih boleh digunakan dalam fadilat amal.

 

La Tahzan 200-6: Dengarlah Bacaan Al Qur’an (أنْصِتْ لكلامِ اللهِ)

 

أحدُ الكُتاّبِ اللامعين المسلمين سافر إلى أوربا ، فأبحر في سفينةٍ ، وركبتُ معه امرأةٌ منْ يوغسلافيا ، شيوعيَّةٌ فرَّتْ منْ ظُلمٍ ومنْ قهرِ تيتو ، فأدركتْه صلاةُ الجمعةِ مع زملائِه ، فقام فخطبهم ، ثم صلَّى بهمْ وقرأ سورة الأعلى والغاشية ، وكانتِ المرأةُ لا تجيدُ العربية ، كانتْ تُنصتُ إلى الكلام وإلى الجرْسِ وإلى النَّغمةِ ، وبعد الصلاةِ سألتْ هذا الكاتب عن هذهِ الآياتِ ؟ فأخبرها أنها من كلامِ اللهِ عزَّ وجَّل ، فبقيتْ مدهوشةً مذهولةً ، قال : ولم تمكنّي لغتي لأدعُوها إلى الإسلامِ

Kisah seorang penulis terkenal Arab yang berkunjung ke Eropah menaiki kapal laut. Bersama dalam pelayaran itu ialah seorang wanita Yugoslavia (sebelum berpecah menjadi 6 republik sekarang) yang melarikan diri daripada kerajaan Josif Tito (meninggal 1980). Ketika tiba waktu Juma’at, didirikan salat Juma’at dan penulis terkenal tersebut menjadi khatib dan imam. Ketika menjadi imam, beliau membaca surah Al-A’la dan Al-Ghashiyah. Wanita Yugoslavia menyaksikan salat tersebut walaupun dia tidak mengerti bahasa arab namun dia terkesan dengan bacaan tadi. Selepas salat wanita tersebut bertanya kepada penulis terkenal tentang apa yang dibaca tadi. Beliau menjelaskan itulah kalam Allah ‎ﷻ (Al-Qur’an). Dia terkejut dan terkesima, cuma sayang sekali aku tidak memiliki kekuatan bahasa untuk mengajaknya masuk Islam.

 

Komen:

 

Pengarang terkenal dunia Arab itu majhul (tidak dinyatakan siapa dan dari negara Arab yang mana) namun ia berlaku pada tahun 1970’an dulu ketika kerajaan komunis Yugoslavia.

 

La Tahzan 200-7: Dengarlah Bacaan Al Qur’an (أنْصِتْ لكلامِ اللهِ)

 

The Power of Al-Qur’an (Kuasa Al-Qur’an)

 

قُل لَّئِنِ اجْتَمَعَتِ الْإِنسُ وَالْجِنُّ عَلَىٰ أَن يَأْتُوا بِمِثْلِ هَٰذَا الْقُرْآنِ لَا يَأْتُونَ بِمِثْلِهِ وَلَوْ كَانَ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ ظَهِيرًا (88)

Firman Allah ‎ﷻ: Katakanlah: “Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat yang serupa Al-Qur’an ini, nescaya mereka tidak akan dapat membuat yang serupa dengannya, sekalipun sebahagian mereka menjadi pembantu bagi sebahagian yang lain”. [Al-Isra: 88]

لَوْ أَنزَلْنَا هَٰذَا الْقُرْآنَ عَلَىٰ جَبَلٍ لَّرَأَيْتَهُ خَاشِعًا مُّتَصَدِّعًا مِّنْ خَشْيَةِ اللَّهِ ۚ وَتِلْكَ الْأَمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ – (21)

“Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini di atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.” [Al-Hashr: 21]

 

إنَّ للقرآنِ سلطاناً على القلوبِ ، وهيبةٌ على الأرواحِ ، وقوةً مؤثَّرةً فاعلةً على النفوسِ.

عجبتُ لأناسٍ من السلفِ الأخبارِ ، ومن المتقدِّمين الأبرار، انهدُّوا أمام تأثيرِ القرآن ،وأمام إيقاعاتِه الهائلةِ الصادقةِ النافذةِ

Al-Qur’an mempunyai pengaruh luar biasa kepada hati manusia, menyejukkan roh dan memberi kekuatan padu kepada jiwa.

Aku kagum dengan ulama’ salaf yang terpilih, mereka memang amat teruja dengan pengaruh Al-Qur’an yang menggetar dan menerobos segenap sudut hati manusia.

 

La Tahzan 200-8: Dengarlah Bacaan Al Qur’an (أنْصِتْ لكلامِ اللهِ)

 

Kisah Ali bin Fudhail:

فذاك عليُّ بنُ الفُضيل بن عياضٍ يموتُ لمَّا سمع أباه يقرأُ :

وَقِفُوهُمْ ۖ إِنَّهُم مَّسْئُولُونَ(24) مَا لَكُمْ لَا تَنَاصَرُونَ (25)

“Dan hentikanlah mereka (menunggu), kerana sesungguhnya mereka akan disoal.” (24) “Mengapa kamu tidak bertolong-tolongan sebagaimana yang kamu dakwakan dahulu?”(25) [As-Saffat]

 

Yang amat tersentuh dengan alunan Al- Qur’an ialah Ali bin Fudhail bin Iyadh* yang meninggal dunia ketika ayahnya (Fudhail) membaca ayat ini; (dan tahanlah mereka kerana sesungguhnya mereka akan ditanya “Mengapa kamu tidak saling tolong menolong)” [As-Saffat: 24-25]

 

  • Fudhail bin Iyadh, wafat 187H, dinamakan Abid Haramain kerana menjadi imam dan ulama’ Masjidil Haram. Anaknya Ali bin Fudhail bin Iyadh. Yang terkenal ialah Fudhail kerana beliau merupakan guru kepada Imam Syafi’iy.
  • Ia mengenai hari hisab dan pembalasan dan salah satu yang akan ditanya apakah kita semasa di dunia termasuk dalam kalangan orang yang suka menolong orang lain (sedekah, zakat, infaq).

 

La Tahzan 200-9: Dengarlah Bacaan Al Qur’an (أنْصِتْ لكلامِ اللهِ)

 

Kisah Umar al Khattab رضي الله عنه

 

وعمرُ رضي اللهُ عنه وأرضاهُ منْ سماعِه لآيةٍ ، ويبقى مريضاً شهراً كاملاً يُعادُ ، كما يُعادُ المريضُ ، كما ذكر ذلك ابنُ كثيرٍ . * وَلَوْ أَنَّ قُرْآناً سُيِّرَتْ بِهِ الْجِبَالُ أَوْ قُطِّعَتْ بِهِ الأَرْضُ أَوْ كُلِّمَ بِهِ الْمَوْتَى *

Sementara itu (Khalifah) Umar al Khattab رضي الله عنه amat terkesan ketika mendengar sepotong ayat. Beliau jatuh sakit sebulan penuh (direkod oleh Ibn Kathir رحمه الله). (Ayat itu ialah..”sekiranya ada suatu bacaan (kitab suci) yang dengan bacaan itu gunung-gunung dapat digoncangkan atau bumi jadi terbelah atau oleh kerananya orang yang sudah mati dapat berbicara, (tentu Al-Qur’an itulah dia)” [Ar-Ra’d: 31]

 

وَلَوْ أَنَّ قُرْآنًا سُيِّرَتْ بِهِ الْجِبَالُ أَوْ قُطِّعَتْ بِهِ الْأَرْضُ أَوْ كُلِّمَ بِهِ الْمَوْتَىٰ ۗ بَل لِّلَّهِ الْأَمْرُ جَمِيعًا ۗ أَفَلَمْ يَيْأَسِ الَّذِينَ آمَنُوا أَن لَّوْ يَشَاءُ اللَّهُ لَهَدَى النَّاسَ جَمِيعًا ۗ وَلَا يَزَالُ الَّذِينَ كَفَرُوا تُصِيبُهُم بِمَا صَنَعُوا قَارِعَةٌ أَوْ تَحُلُّ قَرِيبًا مِّن دَارِهِمْ حَتَّىٰ يَأْتِيَ وَعْدُ اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ لَا يُخْلِفُ الْمِيعَادَ – (31)

Dan kalaulah ada mana-mana Kitab Suci yang dengan sebabnya gunung-ganang terbongkar bergerak dari tempatnya, atau dengan sebabnya bumi dipecah-belah mengeluarkan isi kandungannya, atau dengan sebabnya orang-orang yang telah mati dapat menjawab kata-kata yang dihadapkan kepadanya, maka Al-Quran ialah Kitab Suci yang mengandungi mukjizat. (tetapi lahirnya sesuatu mukjizat itu adalah menurut kehendak Allah), bahkan segala urusan tertentu bagi Allah. Maka tidakkah orang-orang yang beriman mengetahui bahawa kalaulah Allah menghendaki tentulah Dia memberi petunjuk kepada umat manusia seluruhnya, (lalu menjadikan mereka semuanya beriman). Dan orang-orang yang kafir itu (dengan sebab kekufuran mereka) sentiasa ditimpa bala bencana (ke atas diri atau harta benda mereka); atau pun bala bencana itu turun menimpa tempat-tempat yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka (lalu menjadikan mereka gempar kecemasan), sehinggalah datang janji Allah (hari kiamat dan azabnya); Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji-Nya.” [Ar-Ra’d: 31]

 

La Tahzan 200-10: Dengarlah Bacaan Al Qur’an (أنْصِتْ لكلامِ اللهِ)

 

وعبدُاللهِ بنُ وهبٍ ، مرَّ يوم الجمعةِ فسمع غلاماً يقرأُ : * وَإِذْ يَتَحَاجُّونَ فِي النَّارِ… * فأُغمي عليه ، ونُقل إلى بيتهِ ، وبقي ثلاثة أيامٍ مريضاً ، ومات في اليوم الرابعِ . ذَكَرَه الذهبيُّ

Manakala Abdullah bin Wahab al Fihri (bin Muslim, syaikh mazhab Maliki, Egypt, wafat 197H) melintasi satu tempat pada hari Juma’at, lalu beliau terdengar seorang kanak-kanak membaca ayat ( وَإِذْ يَتَحَاجُّونَ فِي النَّارِ.) (“Ingatlah ketika mereka berbantahan dalam Neraka..” [Al-Mu’min/Ghafir: 47]). Ibn Wahab terus pengsan setelah mendengar ayat tersebut dan dibawa kerumahnya. Beliau jatuh sakit selama tiga hari dan pada hari keempat beliau meninggal dunia. Disebut oleh az Zahabi (Siyaar,9: 664)

 

وَإِذْ يَتَحَاجُّونَ فِي النَّارِ فَيَقُولُ الضُّعَفَاءُ لِلَّذِينَ اسْتَكْبَرُوا إِنَّا كُنَّا لَكُمْ تَبَعًا فَهَلْ أَنتُم مُّغْنُونَ عَنَّا نَصِيبًا مِّنَ النَّارِ (47)

Dan (ingatkanlah perkara yang berlaku) semasa orang-orang yang kafir dan yang menderhaka berbantah-bantahan dalam neraka, iaitu orang-orang yang lemah (yang menjadi pengikut) berkata kepada pemimpin-pemimpinnya yang sombong takbur: “Sesungguhnya kami telah menjadi pengikut-pengikut kamu, maka dapatkah kamu menolak daripada kami sebahagian daripada azab neraka ini?” [Ghafir: 47]

 

La Tahzan 200-11: Dengarlah Bacaan Al Qur’an (أنْصِتْ لكلامِ اللهِ)

 

وأخبرني عالمٌ أنه صلَّى في المدينةِ ، فقرأ القارئُ بسورةِ المرسلات ، قال : فأصابني من الذهولِ ومن الوجلِ ما جعلني اهتزُّ مكاني ، وأتحرَّكُ بغيرِ إرادةٍ مني ، مع بكاءٍ ، ودمعِ غزيرٍ . * فَبِأَيِّ حَدِيثٍ بَعْدَهُ يُؤْمِنُونَ *

Ada orang alim menceritakan kepadaku perihal dia pernah salat di Madinah (Masjid an-Nabawi) dan ketika imam membaca surah Mursalat. Apabila sampai kepada satu ayat, aku menjadi kehairanan yang luar biasa, terasa kegoncangan dan aku bergerak tanpa disedari. Ayat tersebut ialah ( فَبِأَيِّ حَدِيثٍ بَعْدَهُ يُؤْمِنُونَ ). “Maka kepada kitab mana lagi selain Al-Qur’an mereka akan beriman?” [Al-Mursalat: 50]

Popular

Iklan

Iklan