Utama Blog Halaman 44

Tafsir Surah Al-Baqarah: Tafsir Ayat Ke-251 hingga Ke-253

0

Tafsir Surah Al-Baqarah
Tafir Ayat Ke-251

فَهَزَموهُم بِإِذنِ اللَّهِ وَقَتَلَ داوودُ جالوتَ وَءَاتَٮٰهُ اللَّهُ المُلكَ وَالحِكمَةَ وَعَلَّمَهُ مِمّا يَشاءُ ۗ وَلَولا دَفعُ اللَّهِ النّاسَ بَعضَهُم بِبَعضٍ لَّفَسَدَتِ الأَرضُ وَلٰكِنَّ اللَّهَ ذو فَضلٍ عَلَى العٰلَمينَ

Oleh sebab itu, mereka dapat mengalahkan tentera Jalut dengan izin Allah, dan Nabi Daud (yang turut serta dalam tentera Talut) membunuh Jalut. Dan (sesudah itu) Allah memberikan kepadanya (Nabi Daud) kuasa pemerintahan, dan hikmat (pangkat kenabian) serta diajarkannya apa yang dikehendakiNya. Dan kalaulah Allah tidak menolak setengah manusia (yang ingkar dan derhaka) dengan setengahnya yang lain (yang beriman dan setia) nescaya rosak binasalah bumi ini; akan tetapi Allah sentiasa melimpah kurniaNya kepada sekalian alam.

فَهَزَموهُم بِإِذنِ اللَّهِ

mereka dapat mengalahkan tentera Jalut dengan izin Allah,

Doa mereka dimakbulkan. Allah ‎ﷻ mengingatkan dalam ayat ini yang mereka menang bukan kerana kekuatan tentera mereka tetapi dengan keizinan Allah ‎ﷻ.

وَقَتَلَ داوودُ جالوتَ

dan Nabi Daud telah membunuh Jalut.

Jalut adalah ketua syirik waktu itu dan dia telah dibunuh oleh Nabi Daud عليه السلام. Nabi Daud عليه السلام adalah salah seorang daripada tentera Talut kerana waktu itu baginda belum diangkat menjadi Nabi.

Ini memberitahu kita bahawa syirik kena dibasmikan oleh ketua agama. Oleh kerana itu, akhir zaman nanti, apabila tentera Imam Mahdi menentang tentera Dajjal, yang akan membunuh Dajjal adalah Nabi Isa عليه السلام. Tetapi kepemimpinan tetap ada pada Imam Mahdi. Kerana itu jugalah, Talut tetap ketua tentera tetapi yang membunuh ketua syirik (iaitu Jalut waktu itu), adalah Nabi Daud عليه السلام.

وَءَاتَٮٰهُ اللَّهُ المُلكَ وَالحِكمَةَ وَعَلَّمَهُ مِمّا يَشاءُ

Dan (sesudah itu) Allah memberikan kepadanya (Nabi Daud) kuasa pemerintahan, dan hikmat serta diajarkannya apa yang dikehendaki-Nya.

Pada kemudian hari, Nabi Daud عليه السلام telah diberikan dengan kerajaan dan pangkat kenabian dan Allah ‎ﷻ mengajarkan ilmu wahyu. Nabi Daud عليه السلام adalah antara Nabi yang diberikan dengan pangkat kenabian dan juga kuasa kenegaraan. Seorang lagi yang mendapat perkara yang sama adalah anaknya, Nabi Sulaiman عليه السلام.

وَلَولا دَفعُ اللَّهِ النّاسَ بَعضَهُم بِبَعضٍ

Dan kalaulah Allah tidak menolak setengah manusia dengan setengahnya yang lain

Ini adalah hikmah disyariatkan perang. Ia dapat menolak keganasan manusia dengan menggunakan sebahagian manusia lain yang beriman. Kalau ada yang berkuasa dan mereka telah berbuat zalim kepada dunia, maka Allah ‎ﷻ akan datangkan kuasa yang baik untuk menentang dan mengalahkan mereka.

لَّفَسَدَتِ الأَرضُ

nescaya rosak binasalah bumi ini;

Kalau Allah ‎ﷻ tidak buat begitu, tentulah dunia ini tidak ada syariat dan ada maksiat sahaja kerana yang zalim akan terus berkuasa tanpa disekat. Maka kena ada golongan baik yang kuat supaya dapat mengalahkan kebatilan.

Manusia yang tidak ada agama, akhirnya akan sampai kepada tahap melakukan keganasan. Semasa tiada kuasa dan wang, mereka boleh duduk senyap lagi. Namun apabila sudah ada kuasa lebih, mereka akan menjadi ganas. Begitulah yang kita takut dengan golongan Syiah. Apabila mereka berkuasa, mereka akan menjadi ganas.

Apabila ada golongan besar yang menjadi ganas, Allah ‎ﷻ akan hantar golongan lain yang lebih daripada mereka yang akan memusnahkan mereka. Jadi jihad juga adalah untuk membasmi keganasan manusia. Maka kerana itu amat penting jihad dijalankan oleh umat Islam.

وَلٰكِنَّ اللَّهَ ذو فَضلٍ عَلَى العٰلَمينَ

akan tetapi Allah sentiasa melimpah kurnia-Nya kepada sekalian alam.

Banyak lagi kurnia Allah ‎ﷻ ke atas manusia. Kalau tidak ada peperangan pun, Allah ‎ﷻ masih lagi mengurniakan keamanan. Itu adalah kurniaan Allah ‎ﷻ.

Tafsir Ayat Ke-252

تِلكَ ءَايَـٰتُ اللَّهِ نَتلوها عَلَيكَ بِالحَقِّ ۚ وَإِنَّكَ لَمِنَ المُرسَلينَ

Itulah ayat-ayat keterangan Allah yang kami bacakan ia kepadamu (wahai Muhammad) dengan benar; dan sesungguhnya engkau adalah salah seorang daripada Rasul-rasul (yang diutuskan oleh) Allah.

تِلكَ ءَايَـٰتُ اللَّهِ نَتلوها عَلَيكَ بِالحَقِّ

Itulah ayat-ayat keterangan Allah yang kami bacakan ia kepadamu (wahai Muhammad) dengan benar;

Allah ‎ﷻ berikan kisah ini kepada Nabi ﷺ dan umat Islam sebagai pengajaran. Maklumat ini hanya diberikan oleh Allah ‎ﷻ melalui Nabi ﷺ. Nabi Muhammad ﷺ sahaja yang boleh bawa cerita ini kerana baginda yang diberi wahyu.

وَإِنَّكَ لَمِنَ المُرسَلينَ

dan sesungguhnya engkau adalah salah seorang daripada Rasul-Rasul (yang diutuskan oleh) Allah.

Maka tsabitlah Nabi Muhammad ﷺ itu seorang Nabi. Kalau baginda bukan Nabi, baginda tidak akan tahu kisah ini.

Tafsir Ayat Ke-253

Apabila syariat hendak ditegakkan, Rasul telah diangkat dan dakwah telah dijalankan, maka akan ada manusia yang ingkar. Mereka akan menentang dakwah Islam. Mereka ini perlu ditentang.

Maka tidak cukup dengan dakwah mulut sahaja, kena ada kekuatan ketenteraan dan kena jalankan perang juga. Kalau dibiarkan sahaja, mereka akan terus mengganas. Ini adalah satu faedah daripada jihad perang.

Yang kedua, Jihad perang juga adalah ujian kepada pendakwah Islam di mana mereka bukan sahaja berkorban harta dan masa untuk menegakkan agama Islam, tetapi mereka juga akan melepasi ujian mempertaruhkan nyawanya untuk Islam. Faedahnya, iman mereka akan meningkat ke tahap kemuncak. Ini kerana kalau berhadapan dengan mati, ia memerlukan iman yang tinggi sekali.

۞ تِلكَ الرُّسُلُ فَضَّلنا بَعضَهُم عَلىٰ بَعضٍ ۘ مِّنهُم مَّن كَلَّمَ اللَّهُ ۖ وَرَفَعَ بَعضَهُم دَرَجٰتٍ ۚ وَءآتَينا عيسَى ابنَ مَريَمَ البَيِّنٰتِ وَأَيَّدنٰهُ بِروحِ القُدُسِ ۗ وَلَو شاءَ اللَّهُ مَا اقتَتَلَ الَّذينَ مِن بَعدِهِم مِّن بَعدِ ما جاءَتهُمُ البَيِّنٰتُ وَلٰكِنِ اختَلَفوا فَمِنهُم مَّن ءآمَنَ وَمِنهُم مَّن كَفَرَ ۚ وَلَو شاءَ اللَّهُ مَا اقتَتَلوا وَلٰكِنَّ اللَّهَ يَفعَلُ ما يُريدُ

Rasul-Rasul Kami lebihkan sebahagian daripada mereka atas sebahagian yang lain (dengan kelebihan-kelebihan yang tertentu). Di antara mereka ada yang Allah berkata-kata dengannya, dan ditinggikannya (pangkat) sebahagian daripada mereka beberapa darjat kelebihan. Dan Kami berikan Nabi Isa ibni Maryam beberapa keterangan kebenaran (mukjizat), serta Kami kuatkan dia dengan Ruhul-Qudus (Jibril). Dan sekiranya Allah menghendaki nescaya orang-orang yang datang kemudian daripada Rasul-Rasul itu tidak berbunuh-bunuhan sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan (yang dibawa oleh Rasul mereka). Tetapi mereka bertelingkah, maka timbullah di antara mereka: orang yang beriman, dan orang yang kafir. Dan kalaulah Allah menghendaki tentulah mereka tidak berbunuh-bunuhan; tetapi Allah melakukan apa yang dikehendakiNya.

تِلكَ الرُّسُلُ فَضَّلنا بَعضَهُم عَلىٰ بَعضٍ

Itulah Rasul-rasul Kami lebihkan sebahagian daripada mereka atas sebahagian yang lain

Rasul adalah manusia yang dilantik khas untuk menyampaikan wahyu untuk memperkenalkan Allah ‎ﷻ dengan cara tauhid. Ini kerana ada yang kenal siapa Allah ‎ﷻ, tetapi tidak mentauhidkan-Nya. Selain daripada itu, para Nabi itu tugasnya mengajar manusia cara untuk taat kepada Allah ‎ﷻ.

Mereka adalah penyatu umat manusia sebenarnya kerana mereka membawa mesej akidah yang sama. Namun ada juga fahaman yang kata Nabi-Nabi itulah yang menyebabkan manusia berpecah. Mereka kata asalnya kita semua ‘anak Tuhan’ tetapi manusia berpecah mengikut Nabi-Nabi yang berlainan.

Ini adalah fahaman yang salah kerana para Nabi itu bukan memecahkan fahaman. Mereka bawakan mesej akidah yang sama sahaja zaman berzaman. Yang berpecahnya adalah manusia selepas mereka.

Ayat sebelum ini tsabit tentang kedudukan Nabi Muhammad ﷺ. Namun Nabi lain pun dihormati juga maka Allah ‎ﷻ sentuh tentang mereka dalam ayat ini. Semua mereka adalah model ikutan kita. Jangan jadi seperti umat terdahulu yang tidak terima kenabian sesetengah Nabi. Kita tidak tafriq tetapi ada tafdhil. Apa pula ini?

‘Tafriq’ maksudnya bezakan Nabi itu, ada yang terima sebagai Nabi dan ada yang tidak. ‘Tafdhil’ pula adalah membezakan kedudukan Nabi antara satu sama lain, kerana ada yang kedudukan lebih tinggi daripada sebahagian yang lain. Allah ‎ﷻ sendiri yang buat begitu. Bukan kita yang membezakan.

Allah ‎ﷻ melebihkan kedudukan sebahagian Rasul berbanding Rasul-Rasul dan Nabi-Nabi yang lain. Ada Rasul yang digelar sebagai Rasul Ulul Azmi dan ada yang tidak. Semua Nabi itu tidak dapat menandingi kedudukan Nabi Muhammad ﷺ. Walaupun umur Nabi ﷺ kita itu pendek, tetapi cabaran dan dugaan yang diberikan kepadanya dahulu adalah amat berat.

Sebagai contoh, setelah baginda menghadapi musuh di Mekah dan setelah berhijrah ke Madinah, musuh Baginda bertambah dan bukannya berkurang. Semasa di Mekah, musuhnya hanya kafir Quraish sahaja, tetapi semasa di Madinah, baginda berhadapan dengan musyrikin Mekah, Yahudi, munafik, kerajaan Rom, kerajaan Parsi dan kafir kawasan sekitar.

مِّنهُم مَّن كَلَّمَ اللَّهُ

Di antara mereka ada yang Allah berkata-kata dengannya

Yang dimaksudkan adalah Nabi Musa عليه السلام. Ingat bahawa puak Yahudi sedang membaca Al-Qur’an juga dan apabila disebut ada Nabi yang bercakap terus dengan Allah ‎ﷻ, mereka terus tahu bahawa yang dimaksudkan adalah Nabi mereka yang utama, Nabi Musa عليه السلام. Maka tentu mereka suka, sebab itu adalah Nabi yang mereka sayangi.

وَرَفَعَ بَعضَهُم دَرَجٰتٍ

dan ditinggikan-Nya sebahagian daripada mereka beberapa darjat kelebihan.

Ada Nabi yang ada kedudukan Rasul Ulul Azmi. Itu adalah lima orang Nabi yang telah melalui ujian yang hebat dan mereka telah diberikan dengan kedudukan yang tinggi dibandingkan dengan Nabi-Nabi yang lain.

Kedudukan Nabi Muhammad ﷺ adalah yang paling tinggi. Nabi Muhammad ﷺ pernah bersabda bahawa baginda telah diuji dengan berat dan tidak ada Nabi lain yang diuji seperti ujian yang dikenakan kepada baginda. Bila ujian kepada Nabi Muhammad ﷺ itu lebih berat, maka darjat baginda pun lebih juga.

وَءآتَينا عيسَى ابنَ مَريَمَ البَيِّنٰتِ

Dan Kami berikan Nabi Isa ibni Maryam beberapa keterangan kebenaran.

Selepas menyentuh tentang Nabi Musa عليه السلام, Nabi utama Bani Israel, Allah ‎ﷻ sebut pula Nabi Isa عليه السلام, iaitu Nabi yang Bani Israel tidak iktiraf. Ini mengingatkan kita bahawa Nabi Muhammad ﷺ bukanlah Nabi pertama yang ditolak oleh mereka. Sebelum ini pun mereka telah tolak seorang lagi Nabi, iaitu Nabi Isa عليه السلام.

Nabi Isa عليه السلام telah diberikan dengan mukjizat-mukjizat dan juga telah diberikan dengan Kitab Injil.

وَأَيَّدنٰهُ بِروحِ القُدُسِ

serta Kami kuatkan dia dengan Ruhul-Qudus (Jibril)

Sokongan tambahan telah diberikan kepada Nabi Isa عليه السلام di mana setiap kali baginda keluar berdakwah, baginda akan disokong oleh Jibril عليه السلام. Ini menunjukkan bahawa Nabi Isa عليه السلام itu bukanlah anak Tuhan sehinggakan baginda perlu diberi sokongan tambahan. Baginda diberikan sokongan dengan Jibril عليه السلام kerana baginda tidak ada ayah dan kedudukan baginda dalam masyarakatnya waktu itu adalah amat lemah.

Jibril عليه السلام juga disebut kerana bukankah Bani Israel bermusuh dengan Jibril عليه السلام? Mereka suka Malaikat Mikail tetapi mereka tidak sukakan Jibril عليه السلام seperti yang telah kita bincangkan sebelum ini.

Kita kena ingat bahawa para ‘Rasul’ terdiri daripada manusia dan juga malaikat. Ini kerana malaikat juga menyampaikan ‘risalah’ daripada Allah ‎ﷻ. Rasul dalam kalangan malaikat pun kita terima juga semuanya, tidak seperti Bani Israel yang memilih-milih mana yang mereka suka sahaja.

وَلَو شاءَ اللَّهُ مَا اقتَتَلَ الَّذينَ مِن بَعدِهِم

Dan sekiranya Allah menghendaki nescaya orang-orang yang datang kemudian daripada Rasul-rasul itu tidak berbunuh-bunuhan

Allah ‎ﷻ boleh lakukan apa sahaja yang Dia kehendaki. Allah ‎ﷻ boleh jadikan tidak ada perang langsung sesama manusia, hidup aman damai sahaja, tetapi Allah ‎ﷻ jadikan juga perang itu kerana ia adalah untuk kebaikan hamba-Nya.

مِّن بَعدِ ما جاءَتهُمُ البَيِّنٰتُ

sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan

Mereka berpecah itu bukannya sebab tidak ada Nabi, tidak ada kitab daripada Allah ‎ﷻ tetapi selepas semua petunjuk telah datang kepada manusia. Mereka telah disampaikan dengan kebenaran, tetapi mereka yang tolak.

وَلٰكِنِ اختَلَفوا

Tetapi mereka bertelingkah,

Ada yang berhujah, kalau agama Islam itu benar, kenapa ada perpecahan dalam kalangan penganutnya? Memang kita tidak nafikan pun, kerana kita biasa lihat pun bagaimana ulama’ ini kata begitu, ulama’ ini kata begini pula dan sebagainya. Boleh dikatakan perbalahan dan perpecahan fahaman dalam Islam ini menyeluruh dan tidak dapat disangkal lagi.

Jawabnya, bukan dalam agama Islam sahaja ada pertelingkahan, perbezaan pendapat, malah peperangan. Zaman dahulu pun sudah berlaku. Masalahnya bukan pada agama, tetapi pada manusia. Memang sifat manusia itu selalu berbeza, semua ada pendapat sendiri.

Kadang-kadang mereka tidak tahu menangani perbezaan pendapat itu sampai boleh membawa kepada peperangan. Maka, jangan salahkan agama.

فَمِنهُم مَّن ءآمَنَ

di antara mereka ada yang beriman,

Ada manusia yang tetap di dalam akidah tauhid yang benar, terus mereka beriman dengan Allah‎ ﷻ dan perkara-perkara yang wajib diimani.

وَمِنهُم مَّن كَفَرَ

dan ada dalam kalangan mereka yang kafir.

Lebih ramai lagi yang terpedaya dengan bisikan syaitan dan mereka memilih jalan kekufuran. Mereka sangka mereka benar dan mereka sampai sanggup mengangkat senjata untuk menegakkannya.

وَلَو شاءَ اللَّهُ مَا اقتَتَلوا

Dan kalaulah Allah menghendaki tentulah mereka tidak berbunuh-bunuhan;

Kalau Allah ‎ﷻ hendak menjadikan umat manusia ini taat sahaja semuanya, Allah ‎ﷻ boleh buat. Sebagaimana Allah telah menjadikan para malaikat yang lebih ramai dan lebih kuat daripada kita itu, dan taat sahaja kepada Allah ‎ﷻ.

وَلٰكِنَّ اللَّهَ يَفعَلُ ما يُريدُ

tetapi Allah melakukan apa yang dikehendaki-Nya.

Tetapi bukan begitu yang Allah ‎ﷻ kehendaki kepada umat manusia. Ini semua adalah ujian kepada kita belaka. Kita tidak boleh mempersoalkan apa yang Dia hendak buat.

Allahu a’lam.

PELANCARAN DAN PRA-PESANAN BUKU UITO 2020

0

Bismillah..

PELANCARAN & PRA-PESANAN BUKU UITO 2020

Setelah beroperasi selama 5 tahun secara online melalui bilik-bilik telegram, UiTO melalui Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia (Ukhuwah) maju selangkah ke hadapan, merealisasi impian dan dengan izin-Nya jua sedang dalam usaha mengeluarkan 3 buah buku hasil dari nota-nota kuliah yang disampaikan oleh Panelis. Buku-buku yang sedang dalam proses peringkat akhir semakan tersebut adalah:

1. 131 Tanda Kecil Kiamat – (Dunia Semakin Berakhir – Persiapkan Diri) – Tuan Hassan Tuan Lah @THTL
2. Fiqh Asasi Pemula (Kitab Taharah) – Azlizan Mohd Nayan @Ustaz Azlizan Nueq
3. Kompilasi 7 Surah Ha Mim (Tauhid Dalam Berdoa – Kesamaran & Penyelesaian) – Azlizan Mohd Nayan @Ustaz Azlizan Nueq

Pengeluaran dan edaran Buku Tersebut akan dibuat secara berperingkat-peringkat, InsyaAllah. Harga buku adalah berbeza mengikut ketebalan mukasurat dan isi kandungan serta hanya akan ditetapkan selepas Buku Tersebut sempurna disiapkan dan kos percetakan diperolehi.

Justeru, bermula hari ini dengan izin Allah SWT dan dengan penuh rasa kesyukuran UiTO mengumumkan pelancaran dan pesanan pra-tempahan Buku Tersebut kepada semua ahli Ukhuwah dan ahli bilik-bilik telegram UiTO serta masyarakat amnya..Insya Allah.

Pesanan tempahan buku tersebut boleh dibuat melalui Team Marketing Buku UiTO 2020 mengikut wilayah seperti berikut:

  1. Wilayah KL/Selangor/Sabah/Sarawak (Syafiq @SyafiqHadzir (0199043852/Zolkefli @zolkasturi61(0195492376)
  2. Wilayah Utara – P.Pinang/Perak/Perlis/Kedah (Zahiri @ZahiriP7 (0195662946/Fizza @ilaisyah (0125416854)
  3. Wilayah Timur – Kelantan/Terengganu, Pahang (Hanan @HananHalim (0122128484)
  4. Wilayah Selatan – Johor/Melaka/ N9 (Nurjihan @Nur_Qnsmujahidah)

#Mohon buat tempahan melalui PIC di Wilayah anda🙏

Admin & Logistik
Norsiah M @NorM99 http://www.wasap.my/60192831337/bukuito
Cikgu Rahim @RektorUiTO http://www.wasap.my/60175248120/bukuito

📌ISTIMEWA💕
✅100 peserta terawal akan mendapat “special gift” dari Ukhuwah.
✅Diskaun khas akan diberikan kepada Ahli Ukhuwah. (Jadilah ahli Ukhuwah sekarang!)
✅Harga buku adalah termasuk kos pengeposan.

Moga Allah SWT permudahkan segala urusan dan rahmati semua usaha ke arah jalan kebaikan menuju kepada-Nya.

Jazaakumullahu khayran atas tempahan anda😍

Che Ab Rahim Mahmood
Pengerusi

Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia (PPM-004-10-04062019)

Tafsir Surah Al-Baqarah: Tafsir Ayat Ke-249 dan Ke-250

0

Tafsir Surah Al-Baqarah

Tafsir Ayat Ke-249

Kita masih lagi berkisar kepada kisah Talut dan Jalut. Talut diberikan kepandaian dan kemahiran untuk melatih tenteranya. Memang tentera itu kena dilatih supaya seorang ketua itu tahu yang dia sedang bawa tentera yang terlatih.

فَلَمّا فَصَلَ طالوتُ بِالجُنودِ قالَ إِنَّ اللَّهَ مُبتَليكُم بِنَهَرٍ فَمَن شَرِبَ مِنهُ فَلَيسَ مِنّي وَمَن لَّم يَطعَمهُ فَإِنَّهُ مِنّي إِلّا مَنِ اغتَرَفَ غُرفَةً بِيَدِهِ ۚ فَشَرِبوا مِنهُ إِلّا قَليلًا مِّنهُم ۚ فَلَمّا جاوَزَهُ هُوَ وَالَّذينَ ءآمَنوا مَعَهُ قالوا لا طاقَةَ لَنَا اليَومَ بِجالوتَ وَجُنودِهِ ۚ قالَ الَّذينَ يَظُنّونَ أَنَّهُم مُّلَـٰقُواْ اللَّهِ كَم مِّن فِئَةٍ قَليلَةٍ غَلَبَت فِئَةً كَثيرَةً بِإِذنِ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ مَعَ الصّٰبِرينَ

Kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya, berkatalah dia: “Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu yang meminum airnya maka bukanlah dia daripada pengikutku, dan sesiapa yang tidak merasai airnya maka sesungguhnya dia daripada pengikutku, kecuali orang yang menceduk satu cedukan dengan tangannya”. (Sesudah diingatkan demikian) mereka meminum juga dari sungai itu (dengan sepuas-puasnya), kecuali sebahagian kecil dari mereka. Setelah Talut bersama-sama orang-orang yang beriman menyeberangi sungai itu, berkatalah orang-orang yang meminum (sepuas-puasnya): “Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya”. Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: “Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar”.

فَلَمّا فَصَلَ طالوتُ بِالجُنودِ

Kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya,

Salah satu perkara yang dia uji tenteranya adalah ketaatan kepada ketua kerana ketaatan adalah amat penting dalam peperangan. Kalau tidak ada ketaatan, tentera itu akan lemah, tidak kira sama ada mereka dalam bilangan yang sedikit atau banyak.

Dalilnya kita boleh lihat dalam kisah peperangan Uhud. Waktu itu, kemenangan yang hampir dapat boleh berubah menjadi kekalahan kerana ketaatan telah hilang (apabila para pemanah meninggalkan tempat mereka). Maka Allah ‎ﷻ menceritakan bagaimana Talut melatih tenteranya menjadi taat.

Talut membawa tenteranya untuk berperang dengan golongan Amaliqah yang berada di Baitul Maqdis waktu itu.

قالَ إِنَّ اللَّهَ مُبتَليكُم بِنَهَرٍ

berkatalah dia: “Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai,

Allah ‎ﷻ mengilhamkan Talut untuk menguji tentera itu dengan sungai. Mereka akan melalui sungai itu tetapi arahan yang dikeluarkan, tidak boleh minum walau dahaga macam mana pun.

Bayangkan mereka waktu itu sudah berjalan jauh, dalam kepenatan dan dahaga yang amat sangat, tetapi tidak boleh minum air yang ada di dalam sungai depan mata. Jiwa tentunya bergelora hendak minum tetapi arahan yang diberikan jangan minum. Ini adalah ujian yang berat untuk lihat siapa yang taat.

فَمَن شَرِبَ مِنهُ فَلَيسَ مِنّي

oleh itu sesiapa yang meminum airnya maka bukanlah dia daripada pengikutku,

Sesiapa yang minum juga, maka tidak boleh lagi menjadi tentera Talut. Maknanya, mereka yang minum telah tidak mengikut arahan dan tidak taat kepada ketua. Mereka dikira gagal dalam ujian itu. Mereka akan digugurkan daripada tentera itu. Bahaya kalau bawa mereka juga kerana mereka lemah dan tidak taat.

وَمَن لَّم يَطعَمهُ فَإِنَّهُ مِنّي

dan sesiapa yang tidak merasai airnya maka sesungguhnya dia daripada pengikutku

Sesiapa yang boleh menahan diri daripada meminum air dari sungai itu, maka mereka boleh terus ikut menjadi tentera. Mereka boleh terus menjadi tentera Talut kalau taat kepada beliau.

إِلّا مَنِ اغتَرَفَ غُرفَةً بِيَدِهِ

kecuali orang yang menceduk satu cedukan dengan tangannya

Yang tidak minum langsung adalah jenis komando tetapi kalau jenis askar yang biasa, bolehlah kalau hendak minum sekadar seraup tapak tangan sahaja. Tidak boleh lebih daripada itu. Masih lagi dikira sebagai tentera Talut juga. Namun darjatnya sudah turun sedikit.

فَشَرِبوا مِنهُ إِلّا قَليلًا مِّنهُم

mereka meminum juga daripada sungai itu, kecuali sebahagian kecil daripada mereka.

Ramai yang minum dengan banyak, kecuali sedikit sahaja yang mengikut arahan. Bahasa yang digunakan menunjukkan sedikit sangat yang tidak minum. Mereka tidak tahan melawan nafsu yang amat dahaga, maka mereka terus minum.

فَلَمّا جاوَزَهُ هُوَ وَالَّذينَ ءآمَنوا مَعَهُ

Setelah Talut bersama-sama orang-orang yang beriman menyeberangi sungai itu,

Kisah ini terus melompat ke bahagian mereka sudah berada di lapangan peperangan setelah menyeberangi sungai itu.

قالوا لا طاقَةَ لَنَا اليَومَ بِجالوتَ وَجُنودِهِ

berkatalah mereka: “Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya.”

Mereka yang minum dengan banyak itu berkata yang mereka tidak ada kemampuan untuk berperang dengan tentera Jalut. Apabila mereka melihat banyaknya bilangan tentera Jalut, mereka sudah takut.

Dalam riwayat, dikatakan yang tentera Jalut sebanyak 90,000 dan ada riwayat lain kata sebanyak 300,000. Sedangkan tentera Talut itu seramai 313 orang sahaja. Asalnya lebih ramai.

Tentera mereka yang asalnya 80,000 jadi sedikit kerana sudah kena tapis sehingga tinggal 313 orang sahaja. Kalau kita ambil bilangan tentera Jalut sebanyak 90,000, tentunya bukan senang untuk dilawan berbanding dengan bilangan tentera talut yang hanya sebanyak 313 orang itu. Begitulah Allah ‎ﷻ hendak tunjukkan bagaimana selalunya kisah tentera Islam selalunya melawan tentera yang lebih ramai tetapi menang.

Ini kerana Allah‎ ﷻ hendak tunjuk bagaimana Dia menolong hamba-Nya yang taat. Bukannya bergantung kepada ramainya bilangan tentera. Allah ‎ﷻ hendak kita mula pergi perang sahaja, dan apabila kita taat, Dia akan beri kemenangan. Memang kalau fikirkan dengan akal yang logik, tidak nampak macam mana cara boleh menang, tetapi Allah ‎ﷻ hendak menunjukkan Qudrat-Nya.

Satu lagi tafsir, yang berkata itu adalah mereka yang minum sekadar seraup tangan itu. Yang sudah minum banyak itu memang sudah tiada lagi sebab sudah kena balik kampung. Maka yang berkata itu adalah yang minum seraup tangan itu, iaitu mereka yang lemah sedikit daripada mereka yang tidak minum langsung. Bila mengadap tentera Jalut sahaja, mereka sudah takut kerana mereka agak lemah.

قالَ الَّذينَ يَظُنّونَ أَنَّهُم مُّلَـٰقُواْ اللَّهِ

Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah:

Yang berkata itu adalah mereka yang benar-benar yakin akan bantuan daripada Allah ‎ﷻ. Mereka yakin kerana mereka sedar yang mereka akan bertemu dengan Allah ‎ﷻ. Mereka tahu yang mereka akhirnya akan menemui Allah ‎ﷻ juga akhirnya, tetapi mati dalam jihad lebih mulia.

Allah ‎ﷻ sudah menjanjikan kemenangan kepada mereka, maka mereka yakin akan kemenangan itu dan kalau mereka mati di medan pertempuran, mereka akan mati syahid. Jadi, apa-apa pun, mereka akan menang. Mereka sudah tidak takut dan kita boleh lihat mereka berkata-kata dengan berani sekali.

Allah ‎ﷻ membawakan kisah ini kepada para sahabat yang tidak lama lagi akan berdepan dengan tentera Musyrikin Mekah yang lebih ramai daripada mereka dalam Perang Badr. Allah ‎ﷻ hendak memberikan semangat kepada mereka bahawa walaupun nanti mereka berhadapan dengan musuh yang lebih ramai, mereka tetap boleh menang walaupun mereka sedikit kerana mereka akan dibantu oleh Allah ‎ﷻ.

كَم مِّن فِئَةٍ قَليلَةٍ غَلَبَت فِئَةً كَثيرَةً بِإِذنِ اللَّهِ

Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah

Mereka yang berani itu berkata kemenangan yang itu adalah dengan keizinan Allah ‎ﷻ. Bukan dengan ramainya tentera. Hanya mereka yang benar-benar yakin sahaja akan kata begini. Namun kalau yang berkata itu tidak yakin, tiada makna. Kalau kita saja-saja hendak cakap, tidak ada makna kerana keyakinan itu datangnya dari hati.

Kita cakap ini sebab ada manusia yang menggunakan ayat ini sebagai azimat. Mereka hendak mula berperang, atau mula hendak bertumbuk, mereka akan baca ayat ini sebagai penguat semangat dan sebagai azimat. Itu adalah cara salah. Tidak ada maknanya kalau mereka cakap tetapi hati mereka tidak yakin.

Manusia yang jahil, memang suka baca ayat-ayat Al-Qur’an sebagai azimat. Baca pada air, pada barang, pada rumah dan macam-macam lagi. Apa yang mereka baca pun mereka tidak faham kerana mereka bukannya belajar tafsir Al-Qur’an pun. Mereka pakai baca sahaja.

Ingatlah yang ayat Al-Qur’an bukan untuk dijadikan sebagai azimat supaya dibaca supaya dapat kuasa atau sebagainya. Namun sebab ramai dalam kalangan umat Islam ini jahil dan bodoh, maka senang sangat mereka ditipu. Maka banyaklah dalam pasaran sekarang ada air jampi, air yang telah dibaca Al-Qur’an 30 juzuk, Air Anugerah, air itu ini, baju sudah kena jampi, biskut, coklat sudah kena jampi, ayam jampi, baju raya pun dijampi juga dan macam-macam jampi lagi.

Apabila dibacakan ayat Al-Qur’an kerana niat tertentu, berkehendakkan sesuatu, maka pembacaan itu menjadi sihir iaitu sihir dengan ayat Al-Qur’an. Manusia yang jahil menyangka kalau menggunakan ayat Al-Qur’an, tidak salah. Namun ia adalah salah sebenarnya.

وَاللَّهُ مَعَ الصّٰبِرينَ

dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar”.

Mereka yang berani itu sambung lagi kata-kata mereka: Allah ‎ﷻ bersama dengan orang yang sabar. ‘Bersama’ maksudnya Dia akan beri bantuan. Lihatlah nanti bagaimana dalam Perang Talut dan Jalut ini, tentera Islam mendapat kemenangan dan dalam Perang Bad pula, tentera Islam juga telah mendapat kemenangan.

Sabar itu antara lain, sabar dalam menjaga hukum. Walaupun kita rasa arahan Allah ‎ﷻ itu susah, namun oleh kerana kita taat kepada Allah ‎ﷻ, kita ikut juga. Maka kalau kita berani, kita tidak takut menegakkan kebenaran. Walaupun orang hendak kata kita Wahabi atau apa-apa sahaja tuduhan palsu.

Tafsir Ayat ke-250

وَلَمّا بَرَزوا لِجالوتَ وَجُنودِهِ قالوا رَبَّنا أَفرِغ عَلَينا صَبرًا وَثَبِّت أَقدامَنا وَانصُرنا عَلَى القَومِ الكٰفِرينَ

Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir”

وَلَمّا بَرَزوا لِجالوتَ وَجُنودِهِ

Dan apabila mereka keluar menentang Jalut dan tenteranya,

Ini adalah semasa tentera Talut itu sudah mengadap tentera Jalut dan hampir hendak berlawan di medan pertempuran. Mereka sudah nampak tentera Jalut di hadapan mereka.

قالوا رَبَّنا أَفرِغ عَلَينا صَبرًا

mereka berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami,

Ini adalah doa mereka apabila berhadapan dengan musuh. Tugas kita adalah minta kepada Allah ‎ﷻ. Kalau takut, maka serahkan diri kita kepada Allah ‎ﷻ. Apa-apa sahaja kita bergantung kepada Allah ‎ﷻ.

Mereka minta supaya dilimpahkan sabar kepada mereka. Doa minta sabar ini hanya boleh dibaca depan musuh sahaja. Tidak boleh dibaca semasa kita senang lenang. Nabi ﷺ tidak membenarkan kerana pernah Nabi Muhammad ﷺ mendengar seorang sahabat berdoa minta sabar. Nabi ﷺ menegur perbuatan sahabat itu.

رواه الترمذي 3527 من طريق أَبِي الْوَرْدِ عَنْ اللَّجْلَاجِ عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ قَالَ : ” سَمِعَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلًا وَهُوَ يَقُولُ : اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الصَّبْرَ ، فَقَالَ : سَأَلْتَ اللَّهَ الْبَلَاءَ فَسَلْهُ الْعَافِيَةَ

Nabi ﷺ mendengar seorang lelaki berdoa: ya Allah aku memohon kepada-Mu sabar. Baginda bersabda: kamu meminta bala. Maka mintalah afiah. (Riwayat Tirmidzi)

Ini kerana kalau minta sabar semasa senang, itu meminta bala sebenarnya kerana sabar tidak akan jelas dan zahir tanpa bala. Maka kalau minta sabar, Allah ‎ﷻ akan beri bala supaya orang itu diberi ujian sabar. Oleh itu, hanya apabila kita perlu berada dalam keadaan sabar, barulah minta.

وَثَبِّت أَقدامَنا

dan teguhkanlah tapak pendirian kami

Hati kena teguh dengan sabar, dan kaki kena teguh juga supaya tidak lari. Kaki kita akan ikut hati sebenarnya. Kalau hati berani, kaki pun akan berani. Kalau hati sudah takut, kaki pun akan takut juga. Sebab itu bila kita takut, kaki kita lembik sahaja, bukan?

وَانصُرنا عَلَى القَومِ الكٰفِرينَ

serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir”

Mereka meminta kemenangan diberikan kepada mereka kerana mereka menentang orang kafir. Indah sekali doa mereka ini dan Allah ‎ﷻ memasukkan doa mereka ke dalam Al-Qur’an yang akan kekal sepanjang zaman sampai kiamat.

Namun harus diingatkan, jangan amalkan doa ini kalau keadaan tidak memerlukan.

Allahu a’lam.

SIRI LA TAHZAN: Bab 205 — Apakah Kebahagiaan Itu Sebenarnya? (إاذنْ فما هي السعادةُ)

0

La Tahzan 205-1: Apakah Kebahagiaan itu Sebenarnya? (إذنْ فما هي السعادةُ ؟!)

Semua manusia mencari kebahagiaan, tetapi, apakah kebahagiaan itu daripada perspektif Islam?

عَنِ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا، قَالَ: أَخَذَ رَسُولُ اللهِ ﷺ بِمَنْكِبَيَّ، فَقَالَ: «كُنْ فِي الدُّنْيَا كَأَنَّكَ غَرِيْبٌ أَوْ عَابِرُ سَبِيْلٍ»

Daripada Ibnu ‘Umar رضي الله عنهما berkata: Rasulullah ﷺ memegang kedua bahuku, lalu bersabda, “Jadilah engkau di dunia seperti orang asing atau seorang musafir.”

(Matan arba’in no 40, Imam Nawawi, asal daripada sahih al Bukhari)

فطوبى للغرباء

“Maka beruntunglah bagi orang-orang yang asing

(HR. Muslim).

🌐 Kebahagiaan menurut sunnah ialah merasa asing di dunia, atau merasa seperti pengembara.

 

La Tahzan 205-2: Apakah Kebahagiaan itu Sebenarnya? (إذنْ فما هي السعادةُ ؟!)

ليسِ السعادةُ قصر عبدِالملك بنِ مروان ، ولا جيوش هارونِ الرشيدِ ولا دُور ابنِ الجصَّاصِ ، ولا كنوز قارون ، ولا في كتابِ الشفاءِ لابنِ سينا ، ولا في ديوانِ المتنبي ، ولا في حدائقِ قرطبة ، أو بساتينِ الزهراءِ

Kebahagiaan itu bukanlah terletak pada istana-istana Abdul Malik bin Marwan (Khalifah Ummayah ke 5 dari 65-86H) atau pada tentera Harun al Rashid (Khalifah ke 5 Abbasiah dari 170-193H), atau pada rumah mewah al Jasos (الحسين بن عبد الله بن الجصاص الجوهري saudagar bilionair Baghdad, al Husin bin Abdullah bin al Jasos, w. 315H ), bukan juga pada harta Qarun (sepupu Nabi Musa عليه السلام, orang paling kaya dalam sejarah).

Kebahagian juga bukan terletak pada Kitab al Syifa’ Ibn Sina (Ibn Sina atau Avicenna, w.428H, kitab al Syifa ialah kitab falsafah dan sains), juga bukan pada Kitab Diwan al Mutanabbi Abu Tayyib al Mutanabbi wafat 354H Baghdad, penyair ulung (أبو الطيّب المتنبي 303هـ – 354هـ) dan bukan pada taman-taman Cordova atau taman bunga yang lain.

 

La Tahzan 205-3: Apakah Kebahagiaan itu Sebenarnya? (إذنْ فما هي السعادةُ ؟!)

السعادةُ عند الصحابِة مع قلَّةِ ذاتِ اليدِ ، وشظفِ المعيشةِ ، وزهادهِ المواردِ ، وشُحِّ النَّفقةِ

Kebahagiaan di sisi para sahabat (Nabi ﷺ) ialah sesuatu yang tidak banyak menyibukkan, kehidupan yang sederhana, zuhud, dan kecil perbelanjaan harian (nafkahnya).

 

La Tahzan 205-4: Apakah Kebahagiaan itu Sebenarnya? (إذنْ فما هي السعادةُ ؟!)

Kebahagiaan menurut salaf

السعادةُ عند ابنِ المسيبِ في تألُّهِه ، وعند البخاري في صحيحِهِ ، وعند الحسنِ البصريِّ في صِدْقِهِ ، ومع الشافعيِّ في استنباطاتِه ، ومالكٍ في مُراقبتِه ، وأحمد في ورعِهِ ، وثابتٍ البنانيِّ في عبادتهِ

Kebahagiaan pada sisi al Musayyib (Said bin Musayyib, tabi’in Madinah, w.94H) ialah Ilahiyahnya (ketauhidan), di sisi al Bukhari ialah kitab sahihnya (w. 256H), Hasan al Basri (w.110H) dengan kejujurannya, Imam asy Syafi’iy (Muhammad bin Idris, w.204, Kaherah) dengan penggalian hukum (istinbath), Imam Malik (bin Anas, w.179 Madinah) dengan sikap muraqabah (merasai pengawasan Allah ‎ﷻ), Imam Ahmad (bin Hanbal, w.241H, Baghdad) dengan kewarakannya dan Thabit al Banani (w. 127H, Basrah) dengan ibadahnya.

Firman Allah ‎ﷻ:

ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ لَا يُصِيبُهُمْ ظَمَأٌ وَلَا نَصَبٌ وَلَا مَخْمَصَةٌ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا يَطَئُونَ مَوْطِئًا يَغِيظُ الْكُفَّارَ وَلَا يَنَالُونَ مِنْ عَدُوٍّ نَيْلًا إِلَّا كُتِبَ لَهُمْ بِهِ عَمَلٌ صَالِحٌ ۚ إِنَّ اللَّهَ لَا يُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ

Yang demikian itu ialah kerana mereka tidak ditimpa kehausan, kepayahan dan kelaparan pada jalan Allah, dan tidak (pula) menginjak suatu tempat yang membangkitkan amarah orang-orang kafir, dan tidak menimpakan sesuatu bencana kepada musuh, melainkan dituliskanlah bagi mereka dengan yang demikian itu suatu amal soleh. Sesungguhnya Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang berbuat baik.

 [9:120]

 

La Tahzan 205-5: Apakah Kebahagiaan itu Sebenarnya? (إذنْ فما هي السعادةُ ؟!)

ليستِ السعادةُ شيكاً يُصرفُ ، ولا دابةً تُشترَى ، ولا وردةً تُشَمّ ، ولا بُرّاً يُكالُ ، ولا بزّاً يُنشرُ .
السعادةُ سلوةُ خاطرٍ بحقٍّ يحمِلُه ، وانشراحُ صدرٍ لمبدأ يعيشُه، وراحةُ قلبٍ لخيرٍ يكْتنِفُه.

Kebahagiaan bukan apabila baru saja menunaikan cek (atau gaji yang masuk ke dalam bank), bukan selepas membeli kenderaan (baru), bukan mencium sejambak bunga yang harum semerbak, bukan berupa gandum yang baru diuli dan bukan berupa kain yang dibentangkan.
Akan tetapi kebahagiaan tu ialah kegirangan hati kerana kebenaran yang dijalaninya, kelapangan dada kerana prinsip yang diyakininya dan kedamaian hati kerana kebaikan yang dimilikinya…

 

La Tahzan 205-6: Apakah Kebahagiaan itu Sebenarnya? (إذنْ فما هي السعادةُ ؟!)

كنّا نظُنُّ أننا إذا أكثْرنا من التوسٌّعِ في الدُّوِر ، وكثْرةِ الأشياءِ ، وجمْعِ المسهِّلاتِ والمرغِّباتِ والمشتهياتِ ، أننا نسعدُ ونفرحُ ونمرحُ ونُسرُّ ، فإذا هي سببُ الهمِّ والكَدَرِ والتنغيصِ ؛ لأنَّ كلَّ شيءٍ بهمِّه وغمِّه وضريبةِ كدِّهِ وكدْحِهِ

Sangkaan kita, apabila kita memiliki semua kemewahan dalam rumah, melimpah ruah segalanya, semua peralatan ada, apa yang dihajati dan diminati mencukupi, kita hidup serba bahagia, senang lenang dan hidup berada. Akan tetapi ia menjurus kepada resah, stress (tekanan) dan bertambah masalah sahaja serta kos tinggi yang perlu dibayar untuk mendapatkan semua itu.

Firman Allah ‎ﷻ:

وَلَا تَمُدَّنَّ عَيْنَيْكَ إِلَىٰ مَا مَتَّعْنَا بِهِ أَزْوَاجًا مِنْهُمْ زَهْرَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا لِنَفْتِنَهُمْ فِيهِ ۚ وَرِزْقُ رَبِّكَ خَيْرٌ وَأَبْقَىٰ

Dan janganlah kamu tujukan kedua matamu kepada apa yang telah Kami berikan kepada golongan-golongan daripada mereka, sebagai bunga kehidupan dunia untuk Kami uji mereka dengannya. Dan limpah kurnia Tuhan kamu adalah lebih baik dan lebih kekal.

[Taha: 131]

 

La Tahzan 205-7: Apakah Kebahagiaan itu Sebenarnya? (إذنْ فما هي السعادةُ ؟!)

إنَّ أكبر مُصلِحٍ في العالمِ رسولُ الهدى محمدٌ – صلى الله عليه وسلم – ، عاش فقيراً ، يتلوَّى من الجوعِ ، لا يجدُ دقْلَ التمرِ يسدُّ جوعه ، ومع ذلك عاش في نعيمٍ لا يعلمُه إلا اللهُ ، وفي انشراحٍ وارتياحٍ ، وانبساطٍ واغتباطٍ ، وفي هدوءٍ وسكينةٍ

Tokoh Pembaharu teragung di dunia, Rasul penunjuk Muhammad ﷺ, hidup dalam kefakiran, menggeliat kelaparan di katilnya kerana sebiji kurma pun tidak ada untuk menahan kelaparan. Namun baginda hidup dalam kenikmatan, tiada stress, jiwanya damai sedangkan tiada manusia yang tahu akan hal ini melainkan Allah ‎ﷻ jua, firman-Nya:

وَوَضَعْنَا عَنكَ وِزْرَكَ{2} الَّذِي أَنقَضَ ظَهْرَكَ

Bukankah telah Kami hilangkan dari bebanmu yang memberatkan punggungmu.

[Insyirah: 2-3]

وَكَانَ فَضْلُ اللّهِ عَلَيْكَ عَظِيماً

Anugerah Allah ke atas kamu (ya Muhammad) amatlah besar

[an Nisaa’: 113]

 

La Tahzan 205-8: Apakah Kebahagiaan itu Sebenarnya? (إذنْ فما هي السعادةُ ؟!)

في الحديثِ الصحيحِ : (( البِرُّ حُسْنُ الخُلُقِ ، والإثم ما حاك في صدرِك وكرهْت أن يطلع عليه الناسُ )) .
إنَّ البرَّ راحةٌ للضميرِ ، وسكونٌ للنفسِ ، حتى قال بعضُهم :
البرُّ أبقى وإنْ طال الزَّمانُ به
والإثمُ أقبحُ ما أوعيت منْ زادِ

Kata al Qarni: Dalam sebuah hadith sahih, “Kebaikan adalah akhlak baik, dosa itu sesuatu yang menggelisahkan dalam hatimu dan kamu tidak suka ia terlihat oleh orang lain”.

Sesungguhnya kebaikan mendamaikan hati dan menenangkan jiwa, bak kata sebuah syair arab:

🎵 Kebaikan terus dikenang, walaupun berlalunya zaman
Dosa pula adalah seburuk buruk bekalan yang engkau persiapkan.

Tahqiq:
Sebenarnya matan arbain no 27), matan yang sahih ialah:

وَعَنْ وَابِصَةَ بْنِ مَعْبَدٍ قَالَ : أَتَيْتُ رَسُولَ اللهِ – صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – ، فَقَالَ : (( جِئْتَ تَسْأَلُ عَنِ البِرِّ وَالإِثْمِ ؟ )) قُلْتُ : نعَمْ ، قَالَ : (( اِسْتَفْتِ قَلْبَكَ ، الِبرُّ مَا اطْمَأَنَّتْ إِلَيْهِ النَّفْسُ ، وَاطْمَأَنَّ إِلَيْهِ القَلْبُ ، وَالإِثْمُ مَا حَاكَ فِي النَّفْسِ ، وَتَردَّدَ فِي الصَّدْرِ ، وَإِنْ أَفْتَاكَ النَّاسُ وَأَفْتَوْكَ ))حَدِيْثٌ حَسَنٌ رَوَيْنَاهُ فِي ” مُسْنَدَي ” الإِمَامَيْنِ أَحْمَدَ وَالدَّارميِّ بِإسْنَادٍ حَسَنٍ

Daripada Wabishah bin Ma’bad رضي الله عنه, beliau berkata, “Aku mendatangi Rasulullah ﷺ, lalu baginda bersabda, ‘Apakah engkau datang untuk bertanya tentang kebajikan dan dosa?’ Aku menjawab, ‘Ya.’ Nabi ﷺ bersabda, ‘Mintalah fatwa kepada hatimu. Kebaikan itu adalah apa saja yang jiwa merasa tenang dengannya dan hati merasa tenteram kepadanya, sedangkan dosa itu adalah apa saja yang menggelisahkan dalam hatimu dan membuatmu ragu, meskipun manusia memberi fatwa kepadamu.’”

(Hadith hasan. Kami meriwayatkannya dalam dua kitab Musnad dua orang imam: Ahmad bin Hambal dan Ad-Darimi dengan sanad hasan) dihasankan oleh Ibn Rajab al Hanbali dalam Jami’nya.

 

La Tahzan 205-9: Apakah Kebahagiaan itu Sebenarnya? (إذنْ فما هي السعادةُ ؟!)

وفي الحديث : (( البرُّ طُمأنينةٌ ، والإثم ريبةٌ )) . إنَّ المحسن صراحةً يبقى في هدوءٍ وسكينةٍ ، وإنَّ المريب يتوجَّسُ من الأحداثِ والخطراتِ ومن الحركاتِ والسَّكناتِ

Dalam sepotong hadith (kebaikan menimbulkan rasa ketenangan, dan dosa pula menimbulkan kegelisahan)*. Maka memang jelas realitinya, orang yang berbuat kebaikan mendapat sakinah, sedangkan orang yang berdosa dirundung kegelisahan.

Firman Allah ‎ﷻ:

يَحْسَبُونَ كُلَّ صَيْحَةٍ عَلَيْهِمْ ۚ

Mereka mengira bahawa tiap-tiap teriakan yang keras ditujukan kepada mereka.

[al Munafiqun: 4]

—————————-
* Tahqiq hadith (البرُّ طُمأنينةٌ ، والإثم ريبةٌ ) “kebaikan adalah ketenangan, dosa adalah keresahan”

الراوي : الحسن بن علي | المحدث : شعيب الأرناؤوط | المصدر : تخريج صحيح ابن حبان
الصفحة أو الرقم: 722 | خلاصة حكم المحدث : صحيح

Sahih, daripada al Hasan bin Ali رضي الله عنه disahihkan oleh Ibn Hibban, disahkan oleh Syaikh al Arnaout, muhaqqiq sahih Ibn Hibban no 722 sebagai sahih

 

La Tahzan 205-10: Apakah Kebahagiaan itu Sebenarnya? (إذنْ فما هي السعادةُ ؟!)

🎵 Sebuah Syair Arab

إذا ساءِ فِعْلُ المرءِ ساءتْ ظنونُهُ وصدَّق ما يعتادُهُ مِنْ تَوَهُّمِ

Bila buruk amalan seseorang buruk pula persangkaannya; dia mencurigai apa yang terjadi kerana dibayangi perasaan sendiri”.

والحلُّ لمنْ أراد السعادة ، أنْ يُحْسن دائماً ، وأنْ يتجنَّب الإساءة ، ليكون في أمنٍ

Jalan keluar bagi orang yang mencari kebahagiaan ialah melakukan kebaikan yang berterusan dan menjauhi segala kejahatan agar dirinya diliputi rasa aman.

Firman Allah ‎ﷻ:

الَّذِينَ آمَنُوا وَلَمْ يَلْبِسُوا إِيمَانَهُمْ بِظُلْمٍ أُولَٰئِكَ لَهُمُ الْأَمْنُ وَهُمْ مُهْتَدُونَ

Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah yang mendapat keamanan dan mereka itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk.

[6: 82]

 

La Tahzan 205-11: Apakah Kebahagiaan itu Sebenarnya? (إذنْ فما هي السعادةُ ؟!)

أقبل راكبٌ يحثُّ السير ، يثورُ الغبارُ منْ على رأسِهِ ، يريدُ سعد بن أبي وقَّاصٍ ، وقدْ ضرب سعدٌ خيمتهُ في كبِدِ الصحراءِ ، بعيداً عنِ الضجيجِ ، بعيداً عنِ اهتماماتِ الدَّهْماءِ ، منفرداً بنفسِهِ وأهلِهِ في خيمتِهِ ، معهُ قطيعٌ من الغنمِ ، فاقترب الراكبُ فإذا هو ابنُه عُمَرُ ، فقال ابنُه له : يا أبتاهُ ، الناسُ يتنازعون الملك وأنت ترعى غنمك . قال : أعوذُ باللهِ منْ شرِّك ، إني أولى بالخلافةِ منِّي بهذا الرداءِ الذي عليَّ ، ولكن سمعتُ الرسول – صلى الله عليه وسلم – يقولُ ( إنَّ اللَّهَ يحبُّ العبدَ التَّقيَّ الغنيَّ الخفيَّ)

Ia mengenai kisah dua anak Sa’ad bin Abi Waqash رضي الله عنه (Amir dan Umar) mencari ayah mereka Sa’ad ketika isu perlantikan khalifah selepas kewafatan khalifah Umar رضي الله عنه (Ini kerana Umar mencalonkan Saad bin Abi Waqas sebagai salah satu calon khalifah). Anaknya Umar yang menemui Saad berada di sebuah wadi di pinggir Madinah bersama kambingnya dalam sebuah khemah. Umar bin Saad berkata kepada ayahnya, Sa’ad, “Wahai ayah, orang ramai gawat dengan isu kekuasaan (politik) tetapi ayah sibuk dengan kambing. Sa’ad menjawab, “Memang aku layak menjawat jawatan khalifah tersebut bersama selendang di tubuhku ini, tetapi aku pernah mendengar Nabi ﷺ bersabda,” ( إنَّ اللَّهَ يحبُّ العبدَ التَّقيَّ الغنيَّ الخفيَّ) “Sesungguhnya Allah ‎ﷻ mencintai seorang hamba yang bertaqwa yang kaya raya tetapi tidak menonjolkan diri”

*Sa’ad memang seorang yang kaya raya, beliau hidup sampai ke zaman Mua’wiyah bin Abi Sufyan tetapi beliau tidak menonjolkan dirinya. Itulah bahagia cara Sa’ad bin abi Waqash, kaya tetapi “low profile”.

Tahqiq hadith: sahih Muslim, no 2965

إنَّ اللَّهَ يُحِبُّ العَبْدَ التَّقِيَّ، الغَنِيَّ، الخَفِيَّ.
الراوي : سعد بن أبي وقاص | المحدث : مسلم | المصدر : صحيح مسلم
الصفحة أو الرقم: 2965

 

La Tahzan 205-12: Apakah Kebahagiaan itu Sebenarnya? (إذنْ فما هي السعادةُ ؟!)

إن سلامة المسلمِ بدينِه أعْظمُ منْ مُلكِ كسرى وقيصر ؛ لأنَّ الدين هو الذي يبقى معك حتى تستقرَّ في جناتِ النعيمِ ، وأما الملكُ والمنصبُ فإنَّهُ زائلٌ لا محالة

Kebahagiaan adalah keselamatan agama seseorang.

Keselamatan agama seseorang Muslim lebih penting daripada memiliki kerajaan Kisra (dahulu Farsi, sekarang Russia dan China) dan Kaiser (Kerajaan Rom, sekarang kerajaan USA dan Kesatuan Eropah).

Kerana agamalah bersama anda yang mampu menghantar anda ke syurga yang dipenuhi nikmat (sebenar); berbeza dengan kekuasaan dan kedudukan, sesungguhnya ia akan lenyap. Firman Allah ‎ﷻ:

إِنَّا نَحْنُ نَرِثُ الْأَرْضَ وَمَنْ عَلَيْهَا وَإِلَيْنَا يُرْجَعُونَ

Sesungguhnya Kami mewarisi bumi dan semua orang-orang yang ada di atasnya, dan hanya kepada Kamilah mereka dikembalikan [Maryam:40]

Tafsir Surah Al-Baqarah: Tafsir Ayat Ke-247 dan Ke-248

0

Tafsir Surah Al-Baqarah

Tafsir Ayat ke-247:

Ini berpatah balik kepada situasi selepas mereka minta lantik Jeneral perang untuk mereka. Sekarang Allah ‎ﷻ telah melantik Talut sebagai Ketua perang itu.

وَقالَ لَهُم نَبِيُّهُم إِنَّ اللَّهَ قَد بَعَثَ لَكُم طالوتَ مَلِكًا ۚ قالوا أَنّىٰ يَكونُ لَهُ المُلكُ عَلَينا وَنَحنُ أَحَقُّ بِالمُلكِ مِنهُ وَلَم يُؤتَ سَعَةً مِّنَ المالِ ۚ قالَ إِنَّ اللَّهَ اصطَفٰهُ عَلَيكُم وَزادَهُ بَسطَةً فِي العِلمِ وَالجِسمِ ۖ وَاللَّهُ يُؤتي مُلكَهُ مَن يَشاءُ ۚ وَاللَّهُ واسِعٌ عَليمٌ

Dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka: “Bahawasanya Allah telah melantik Talut menjadi raja bagi kamu. Mereka menjawab: “Bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami sedang kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya, dan ia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan?” Nabi mereka berkata:” Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan”. Dan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas (rahmatNya dan pengurniaan-Nya), lagi meliputi ilmuNya.

وَقالَ لَهُم نَبِيُّهُم إِنَّ اللَّهَ قَد بَعَثَ لَكُم طالوتَ مَلِكًا

Dan Nabi mereka berkata kepada mereka: “Bahawasanya Allah telah melantik Talut menjadi raja bagi kamu.

Seperti yang diberitahu, perkataan مَلِكًا dalam ayat ini bermaksud ‘Ketua tentera’ atau ia boleh bermaksud ‘khalifah’.

قالوا أَنّىٰ يَكونُ لَهُ المُلكُ عَلَينا

Mereka menjawab: “Bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami

Mereka tidak dapat terima hakikat yang Talut yang telah dilantik. Dia seorang yang tidak dikenali dan bukan daripada golongan kaya atau bangsawan.

وَنَحنُ أَحَقُّ بِالمُلكِ مِنهُ

sedangkan kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya,

Mereka tidak berpuas hati kerana mereka yang mahukan kedudukan itu. Mereka berhujah dengan mengatakan mereka lebih layak.

وَلَم يُؤتَ سَعَةً مِّنَ المالِ

dan dia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan?

Mereka rasa mereka lebih layak kerana mereka ada pengaruh dan juga ada banyak harta. Ini kerana mereka memandang kedudukan dengan kedudukan keduniaan. Pada mereka, kalau kaya atau berpengaruh, itulah orang yang layak. Amat cetek sekali cara pemilihan pada diri mereka.

قالَ إِنَّ اللَّهَ اصطَفٰهُ عَلَيكُم

Nabi mereka berkata:” Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi ketua ke atas kamu,

Allah ‎ﷻ menekankan bahawa pelantikan itu sudah tetap. Talut adalah Ketua Perang mereka. Allah ‎ﷻ hendak ajar bahawa Ketua Perang bukannya memerintah dalam keadaan aman dan oleh itu tidak memerlukan orang yang kaya dan berpengaruh. Apa guna kalau ada harta tetapi tidak tahu memimpin?

Allah ‎ﷻ yang berhak melantik sesiapa yang dikehendaki-Nya sebagai Ketua Perang, maka tidak boleh buat apa lagi. Allah ‎ﷻ tidak perlu hendak beri penjelasan kepada mereka kenapa Dia pilih Talut. Siapa mereka yang Allah ‎ﷻ kena ikut?

Perkataan اصطفى bermaksud pemilihan yang dilakukan hanya kerana kita suka. Contohnya bila kita beli buah di pasar, kita pilih epal, tidak pilih limau. Apabila ada orang tanya, kenapa pilih epal tidak pilih limau, kita kata sebab kita suka. Tidak perlu ada penjelasan lain.

Bukan sebab kita kira kalori, atau epal warna merah, epal banyak lagi vitamin, tidak. Sebab kita suka epal, ikut kitalah sebab kita yang hendak beli. Ia adalah sesuatu keputusan yang kita tidak perlu jelaskan sebabnya kepada orang lain. Begitulah hak Allah ‎ﷻ. Allah ‎ﷻ boleh pilih sesiapa sahaja yang Dia pilih dan Dia tidak perlu jelaskan kenapa Dia buat keputusan itu.

وَزادَهُ بَسطَةً فِي العِلمِ وَالجِسمِ

dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan

Allah ‎ﷻ telah beri kelebihan kepada Talut kerana dia mempunyai kegagahan tubuh badan dan keberanian serta dia ada keluasan dalam ilmu peperangan. Oleh itu dia sesuai untuk menjadi pemimpin perang.

Namun begitu, ini bukanlah sebab Allah ‎ﷻ memilih Talut, kerana kita telah sebut sebelum ini bahawa Allah ‎ﷻ tidak perlu menjelaskan kenapa Dia memilih sesiapa yang Dia pilih. Dia lebih tahu dan kita tidak tahu.

Ini juga menjadi dalil bahawa ketua kerajaan dan ketua perang hendaklah orang yang baik kesihatan dan kekuatan tubuh badan. Mereka mestilah orang yang layak berjuang dan juga mereka hendaklah layak memimpin.

وَاللَّهُ يُؤتي مُلكَهُ مَنيَشاءُ

 Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya;

Jawapan seterusnya adalah kerana Allah ‎ﷻ lah yang berhak untuk memilih siapakah yang boleh menjadi ketua. Manusia tidak boleh soal keputusan yang Allah‎ ﷻ sudah buat dan akan buat. Kita kena sedar kedudukan kita sebagai hamba.

وَاللَّهُ واسِعٌ عَليمٌ

dan Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan pengurniaan-Nya), lagi meliputi ilmu-Nya.

Allah ‎ﷻ tahu siapakah layak untuk dijadikan ketua perang dan manusia tidak layak untuk mempersoalkannya. Kita tidak akan dapat hendak mencapai kefahaman Allah ‎ﷻ. Maka kerana itu apa sahaja keputusan Allah ‎ﷻ, kita kena terima. Ini termasuk hukum hakam yang telah ditakdirkan ke atas kita. Jangan kita persoalkan sama sekali.

Tafsir Ayat ke-248

وَقالَ لَهُم نَبِيُّهُم إِنَّ ءآيَةَ مُلكِهِ أَن يَأتِيَكُمُ التّابوتُ فيهِ سَكينَةٌ مِّن رَّبِّكُم وَبَقِيَّةٌ مِّمّا تَرَكَ ءآلُ موسىٰ وَءآلُ هٰرونَ تَحمِلُهُ ٱلمَلَـٰٓٮِٕكَةُ‌ ۚ إِنَّ في ذٰلِكَ لَآيَةً لَّكُم إِن كُنتُم مُّؤمِنينَ

Dan Nabi mereka, berkata lagi kepada mereka: “Sesungguhnya tanda kerajaan Talut itu (yang menunjukkan benarnya daripada Allah) ialah datangnya kepada kamu peti Tabut yang mengandungi (sesuatu yang memberi) ketenteraman jiwa daripada Tuhan kamu, dan (berisi) sebahagian dari apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi-Nabi Musa dan Harun; peti Tabut itu dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya peristiwa kembalinya Tabut itu mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman

وَقالَ لَهُم نَبِيُّهُم إِنَّ ءآيَةَ مُلكِهِ أَن يَأتِيَكُمُ التّابوتُ

Dan Nabi mereka berkata lagi kepada mereka: “Sesungguhnya tanda kekuasaan Talut itu ialah datangnya kepada kamu peti Tabut

Allah ‎ﷻ juga telah memberi satu tanda pada kekuasaan Talut itu. Diberikan tanda kepada mereka sebab mereka puak yang hendakkan macam-macam tanda baru hendak buat. Tanda ini sesuai untuk diberikan pada zaman itu kerana mereka biasa dengan benda-benda Karamah seperti ini.

Akan datang kepada mereka Tabut iaitu satu peti yang berisi Kitab Taurat di dalamnya. Tidak payah hendak cari benda ini ada di mana sekarang. Mengikut kisah, peti itu dahulunya memang dalam simpanan Bani Israel tetapi apabila mereka diserang dan ditakluk, peti itu telah diambil oleh penakluk mereka, orang Babylon dan dibawa ke tempat mereka.

Kemudian mereka telah dilanda penyakit berjangkit dan mereka sangka kerana sial pada Tabut itu. Maka mereka letak Tabut itu di belakang keldai dan biarkan keldai itu bawa keluar Tabut itu ke mana sahaja keldai itu hendak pergi. Akhirnya ia sampai kepada Bani Israel dalam kisah ini.

فيهِ سَكينَةٌ مِّن رَّبِّكُم

di dalamnya ada ketenteraman jiwa daripada Tuhan kamu

Di dalam peti itu ada ketenteraman kepada mujahid semasa perang. Mereka rasa mereka mendapat bantuan daripada Allah ‎ﷻ. Ketenteraman itu bukan daripada peti itu tetapi daripada Allah ‎ﷻ. Dengan adanya Tabut itu, memberi ketenangan kepada mereka untuk berjuang.

وَبَقِيَّةٌ مِّمّا تَرَكَ ءآلُ موسىٰ وَءآلُ هٰرونَ

dan (berisi) sebahagian dari apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi Musa dan Nabi Harun

Peti itu juga mengandungi barang-barang peninggalan daripada keluarga Nabi Musa dan Nabi Harun عليهما السلام. Nabi Musa dan Nabi Harun عليهما السلام adalah Nabi dalam sejarah mereka yang mereka amat hormati. Jadi, Tabut ini adalah satu peninggalan yang amat bermakna buat mereka.

تَحمِلُهُ ٱلمَلَـٰٓٮِٕكَةُ‌ۚ

peti Tabut itu dibawa oleh malaikat.

Peti itu akan dibawa oleh malaikat dan akan diletakkan di hadapan Talut dan rakyat. Memanglah dibawa oleh keldai seperti yang kita sebut sebelum ini, tetapi sampainya ke tempat Bani Israel itu adalah atas panduan daripada malaikat.

Peti itu adalah sebagai tanda perlantikan rasmi Talut sebagai ketua. Apabila ada tanda macam itu, barulah Bani Israel itu hendak ikut taat kepada Talut. Peti itu dibawa oleh malaikat dan kemudian dibawa pergi oleh malaikat balik, maka tidak perlulah hendak dicari di manakah peti itu sekarang.

Tidak perlu sibuk tanya dengan terperinci tentangnya kerana ia tidak berkenaan dengan kita. Orang kita, bab-bab pelik macam ini, memang ramai yang suka. Tetapi cubalah jangan tanya berlebih-lebih kerana tidak menambah keimanan pun kalau dapat tahu mengenainya. Ia adalah kisah lama yang kita tidak ada maklumat tentangnya.

إِنَّ في ذٰلِكَ لَآيَةً لَّكُم إِن كُنتُم مُّؤمِنينَ

Sesungguhnya peristiwa kembalinya Tabut itu mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman

Tabut itu sesuai sebagai tanda pada zaman itu, tetapi kepada Nabi akhir zaman dan umatnya, tidak diberikan sakinah sebegitu. Kita akan belajar nanti bagaimana Nabi Muhammad ﷺ dan umatnya juga ada diberikan dengan Sakinah tetapi di dalam bentuk yang lain.

Sakinah itu akan diberikan kepada setiap mujahidin sebelum memulakan peperangan. Bayu yang lembut akan diberikan kepada mujahidin sampai mereka boleh mengantuk. Ini adalah tanda Allah‎ ﷻ beri sakinah. Sebelum Allah ‎ﷻ beri, jangan mulakan takbir perang.

Jadi pada kita umat akhir zaman, tidak perlu Tabut. Ini dibuktikan oleh mereka yang berpengalaman jihad fi sabilillah. Mereka akan rasa mengantuk sangat dan apabila ia datang, boleh sampai jatuh pedang yang sedang dipegang. Kalau zaman sekarang, boleh sampai jatuh senapang yang dipegang.

Padahal, kalau ikut logik, apabila hendak menghadapi perang, mestilah kita waktu itu tengah segar sebab hendak hadap mati, bukan? Tentu jiwa sedang bergelora waktu itu sampai tidak ingat hendak tidur pun. Namun Allah ‎ﷻ berikan rasa mengantuk itu sebagai sakinah kepada mereka. Allah ‎ﷻ juga beri rehat kepada para pejuang supaya segar semasa berperang.

Allahu a’lam.

SIRI LA TAHZAN: Bab 204 — Erti Kehidupan Yang Baik (مفهم الحياة الطيبة)

0

La Tahzan 204-1: Erti kehidupan yang Baik (مفهومُ الحياةِ الطَّيِّبةِ)

يقولُ أحدُ أذكياءِ الإنكليزِ : بإمكانك وأنت في السجنِ منْ وراءِ القضبانِ الحديديةِ أنْ تنظُرَ إلى الأُفُقِ ، وأنْ تُخْرِج زهرةً منْ جيبِك فتشُمَّها وتبتسم ، وأنت مكانك ، وبإمكانِك وأنت في القصْرِ على الديباج والحريرِ ، أنْ تحتدَّ وأنْ تغضب وأنْ تثور ساخطاً منْ بيتِك وأسرتِك وأموالِك

Berkata seorang tokoh pemikir Inggeris (majhul/tidak diketahui siapa), “Katakan anda terpenjara dalam jeriji besi, anda masih boleh memandang ke luar dan mencium bau bunga-bungaan. Begitu juga sebaliknya, anda boleh berada di istana yang dikelilingi kemewahan, tetapi anda mengalami kemurungan kerana pelbagai masalah rumahtangga, keluarga dan harta.

إذنْ السعادةُ ليستْ في الزمانِ ولا في المكانِ ، ولكنَّها في الإيمانِ ، وفي طاعةِ الدَيَّانِ ، وفي القلبِ . والقلبُ محلُّ نظرِ الرَّبَّ ، فإذا استقرَّ اليقينُ فيه ، انبعثتِ السعادةُ ، فأضفتْ على الروح وعلى النفسِ انشراحاً وارتياحاً ، ثمَّ فاضتْ على الآخرين ، فصارتْ على الظِّرابِ وبطونِ الأودية ومنابتِ الشجرِ

Maka sebenarnya kebahagiaan itu tidak terletak pada masa dan tempat, akan tetapi kebahagiaan berada dalam hati iaitu hati yang beriman, taat dan hati berpusatkan penilaian Tuhan. Kemudian muncullah kebahagiaan yang mengalirkan kedamaian dan keteduhan dalam jiwa dan rohnya. Selepas itu kebahagiaan akan terpancar ke segenap bukit, lembah dan pepohon.

 

La Tahzan 204-2: Erti kehidupan yang Baik (مفهومُ الحياةِ الطَّيِّبةِ)

Kehidupan sederhana (simple) Imam Ahmad رحمه الله

أحمدُ بنُ حنبل عاش سعيداً ، وكان ثوبُه أبيض مرقَّعاً ، يخيطُه بيدِهِ ، وعندهُ ثلاثُ غُرفٍ منْ طينٍ يسكُنها ، ولا يجدُ إلا كِسرَ الخُبْزِ مع الزيتِ ، وبقي حذاؤه – كما قال المترجمون عنهُ – سبع عشرة سنةً يرقِّعها ويخيطُها ، ويأكلُ اللحم في شهرٍ مرَّةً ويصومُ غالب الأيامِ ، يذرعُ الدنيا ذهاباً وإياباً في طلَبِ الحديثِ ، ومع ذلك وجد الراحة والهدوء والسكينة والاطمئنان ؛ لأنهُ ثابتُ القدم ، مرفوعُ الهامةِ ، عارفٌ بمصيرِه ، طالبٌ لثوابٍ ، ساعٍ لأجرٍ ، عاملٌ لآخرةٍ ، راغبٌ في جنَّةٍ

(Imam) Ahmad bin Hanbal رحمه الله hidup bahagia meskipun jubahnya penuh dengan tampalan jahitan sendiri, rumah tanah liat tiga bilik miliknya, makanan harian roti dengan minyak zaitun, kasut yang dipakainya jahitan sendiri dan dipakai selama 17 tahun, makan daging cuma sebulan sekali, banyak berpuasa dan kerap kembara untuk urusan hadith. Walaupun demikian, beliau merasai kehidupan yang sejati, sakinah, hati yang berwawasan dan sentiasa memburu pahala dalam mengejar akhiratnya.

 

La Tahzan 204-3: Erti kehidupan yang Baik (مفهومُ الحياةِ الطَّيِّبةِ)

وكان الخلفاءُ في عهدِه – الذين حكموا الدنيا – المأمونُ ، والواثقُ ، والمعتصمُ ، والمتوكلُ عندهم القصورُ والدُّورُ والذهبُ والفضةُ والبنودُ والجنودُ ، والأعلامُ والأوسمةُ والشاراتُ والعقاراتُ ، ومعهمْ ما يشتهون ، ومع ذلك عاشُوا في كَدَرٍ ، وقَضَوْا حياتَهم في همٍّ وغمٍّ ، وفي قلاقل وحروبٍ وثوراتٍ وشَغَبٍ وضجيجٍ ، وبعضُهم كان يتأوَّهُ في سكراتِ الموتِ نادماً على ما فرَّط ، وعلى ما فعل في جنبِ اللهِ

Sebaliknya para khalifah (dinasti Abbasiah di zaman Imam Ahmad رحمه الله) yang berada di persada dunia, seperti al Ma’mun, al Mu’tashim, dan al Mutawakkil memiliki segalanya, istana mewah, emas perak, segala kemewahan termasuk tentera. Akan tetapi kehidupan sebenar mereka diseliputi kecemasan, kegelisahan kerana sentiasa diancam peperangan, rampasan kuasa, pemberontakan dan pelbagai kekacauan. Bahkan sebahagian mereka mengeluh pada saat sakaratul maut lantaran kerana penyesalan atas kecuaian dan perlanggaran terhadap Allah ‎ﷻ.

 

La Tahzan 204-4: Erti kehidupan yang Baik (مفهومُ الحياةِ الطَّيِّبةِ)

Kehidupan zuhud Imam Ibn Taymiyah رحمه الله

ابنُ تيمية شيخُ الإسلامِ ، لا أهل ولا دار ولا أسرة ولا مال ولا منصب ، عندهُ غرفةٌ بجانبِ جامعِ بني أمية يسكنُها ، ولهُ رغيفٌ في اليومِ ، وله ثوبانِ يغيِّر هذا بهذا ، وينامُ أحياناً في المسجدِ ، ولكنْ كما وَصَف نفسه : جنَّتُه في صدرِه ، وقتْلُه شهادةٌ ، وسجْنه خِلْوةٌ ، وإخراجهُ منْ بلدِهِ سياحةٌ ؛ لأن شجرة الإيمانِ في قلبِهِ استقامتْ على سُوقِها ، تُؤتي أُكُلَها كلَّ حينٍ بإذنِ ربِّها يمُدُّها زيتُ العنايةِ الربانيةِ

Berbeza pula dengan Syaikhul Islam Ibn Taymiyah رحمه الله (w.728H, Damshiq) tidak memiliki apa-apa, baik keluarga, rumah, kekayaan dan pangkat. Beliau menumpang sebuah bilik di Masjid Banu Umayyah, memiliki dua helai jubah dan memakan sebuku roti sehari. Beliau menceritakan siapa dirinya (جنَّتُه في صدرِه ، وقتْلُه شهادةٌ ، وسجْنه خِلْوةٌ ، وإخراجهُ منْ بلدِهِ سياحةٌ) “Syurga ada dalam dada, jika dibunuh syahid, penjara adalah khalwah, buang daerah adalah pelancongan”. Ini kerana pohon imam sudah mantap dalam dadanya yang sentiasa mengeluarkan buah setiap waktu kerana keizinan dan pertolongan Rabbani.

Firman Allah ‎ﷻ

كَفَّرَ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ وَأَصْلَحَ بَالَهُمْ

“Allah menghapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan memperbaiki keadaan mereka.” [47:2]

وَالَّذِينَ اهْتَدَوْا زَادَهُمْ هُدًى وَآتَاهُمْ تَقْوَاهُمْ

“Dan orang-orang yang mahu menerima petunjuk, Allah menambah petunjuk kepada mereka dan memberikan balasan ketaqwaannya.” [47:17]

 

La Tahzan 204-5: Erti kehidupan yang Baik (مفهومُ الحياةِ الطَّيِّبةِ)

Kisah Kezuhudan Abu Dzar رضي الله عنه

خرج أبو ذرٍّ رضي اللهُ عنه وأرضاهُ إلى الرَّبذةِ ، فنصب خيمتهُ هناكَ ، وأتى بامرأتِه وبناتِهِ ، فكان يصومُ كثيراً من الأيامِ ، يذكُرُ مولاهُ ، ويسبِّحُ خالقهُ ، ويتعبَّدُ ويقرأُ ويتلو ويتأمَّلُ ، لا يملكُ من الدنيا إلا شمْلةً أو خيمةً ، وقطعةً من الغنمِ مع صحْفةٍ وقصْعةٍ وعصا ، زارَهُ أصحابُه ذات يوم ، فقالوا : أين الدنيا؟ قال : في بيتي ما أحتاجُه من الدنيا ، وقدْ أخبرنا – صلى الله عليه وسلم – أنَّ أمامنا عقبةً كؤوداً لا يجيزُها إلا المُخِفُّ .

Kisah Abu Dzar رضي الله عنه yang membawa diri ke wadi Rabdzah (di pinggir kota Madinah), membawa bersamanya isteri dan anaknya. Beliau kembali hidup secara badwi (duduk dalam khemah) dan kegiatan harian dengan beribadah kepada Allah ‎ﷻ. Ketika beberapa sahabat mengunjunginya bertanya khabar, bertanyakan mana harta duniamu? Abu Dzar menjawab, tidak ada apa-apa, kecuali apa yang aku perlukan sahaja (keperluan asas) kerana beliau teringat pesan nabi ﷺ kepadanya bahawa di hadapan nanti ada halangan yang sukar kecuali orang yang meringankan bebanan dunianya.

————————————————

* Abu Dzar atau nama sebenar, Jundub bin Junadah, sahabat besar, daripada suku Ghifar di pergunungan utara Madinah terkenal dengan seorang yang zuhud dan ketika beliau berada di Syria, beliau selalu menyusahkan pentadbiran Muawiyah bin Sufyan kerana mengkritik gaya hidup mewah Muawiyah. Maka Muawiyah mengirim berita kepada Khalifah Uthman رضي الله عنه di Madinah supaya membawa pulang Abu Dzar رضي الله عنه ke Madinah. Apabila tiba di Madinah, Abu Dzar رضي الله عنه pula mengkritik pentadbiran Uthman رضي الله عنه. Selepas perbincangan dengan Uthman رضي الله عنه, maka Abu Dzar رضي الله عنه memilih untuk mengasingkan dirinya ke wadi Rabdzah, sebuah wadi yang terpencil, tiada seorang manusia pun di sana, hanya bersama isteri dan anaknya. Beliau wafat di wadi tersebut.

SIRI LA TAHZAN: Bab 203 — Bukankah Kami telah Melapangkan Dadamu (Ya Muhammad) (الم نشرح لك صدرك)

0

La Tahzan 203-1: Bukankah Kami telah melapangkan Dadamu (Ya Muhammad) (أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ )

Lapangkan dada kita, “be positive” sebagaimana Allah ‎ﷻ melapangkan dada Nabi ﷺ.

نَزَلَ هذا الكلامُ على رسولِ اللهِ – صلى الله عليه وسلم – فتحقَّقتْ فيه هذهِ الكلمةُ ، فكان سهل الخاطرِ ، منشرح الصدرِ ، متفائلاً ، جيَّاشَ الفؤادِ ، حيَّ العاطفةِ ، ميسَّراً في أمورِهِ ، قريباً من القلوبِ ، بسيطاً في عظمةٍ ، دانياً من الناسِ في هيبةٍ

Ayat ini diturunkan kepada Rasulullah ﷺ:

أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ

Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ? [Al-Insyirah: 1]

Untuk mengesahkan bahawa hakikat lapang dada itu sudah bersemadi pada diri baginda. Baginda sudah terbukti lapang dada, sederhana serba-serbi, optimis, semangat waja, mudah untuk berurusan, malah tidak terkira banyaknya sifat lapang dada baginda.

وكنْز مُثُلٍ ، ومَجْمَعُ فضائل ، وبحرُ عطايا ، ومشرِقُ نورٍ

Baginda adalah perbendaharan perumpamaan, gedung fadilat, lautan anugerah dan sumber cahaya.

 

La Tahzan 203-2: Bukankah Kami telah melapangkan Dadamu (Ya Muhammad) (أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ )

Lapangkan dada kita, “be positive” sebagaimana Allah ‎ﷻ melapangkan dada Nabi ﷺ

إنه باختصارٍ : ميسرٌ لليُسرى ، ، وإنه بإيجازٍ

Rumusan kata: Nabi ﷺ diutus untuk membawa kemudahan kepada alam:

وَيَضَعُ عَنْهُمْ إِصْرَهُمْ وَالْأَغْلَالَ الَّتِي كَانَتْ عَلَيْهِمْ ۚ

dan membuang daripada mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. [7:157]

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ

Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam. [21:107]

شَاهِدًا وَمُبَشِّرًا وَنَذِيرًا{} وَدَاعِيًا إِلَى اللَّهِ بِإِذْنِهِ وَسِرَاجًا مُنِيرًا{}

Hai Nabi, sesungguhnya Kami mengutusmu untuk menjadi saksi, dan pembawa kabar gembira dan pemberi peringatan, dan untuk jadi penyeru kepada Agama Allah dengan izin-Nya dan untuk jadi cahaya yang menerangi.[33:45-46]

 

La Tahzan 203-3: Bukankah Kami telah melapangkan Dadamu (Ya Muhammad) (أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ )

Lapangkan dada kita, “be positive sebagaimana Allah ‎ﷻ melapangkan dada Nabi ﷺ

إنَّ مما يُعارضُ الرسالة الميسَّرة السهلة : تنطُّعُ الخوارجِ ، وتزندُقُ أهلِ المنطقِ عبيدِ الدنيا ، وانحرافُ مرتزقةِ الأفكار

Sesungguhnya anasir-anasir yang merosakkan Risalah Islam yang mudah ini adalah (adanya segelintir) keangkuhan puak Khawarij, kepalsuan golongan ahli mantik, kebodohan puak sufi, puak karyawan seni dan ahli falsafah yang menyimpang. Firman Allah ‎ﷻ:

فَهَدَى اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا لِمَا اخْتَلَفُوا فِيهِ مِنَ الْحَقِّ بِإِذْنِهِ ۗ وَاللَّهُ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ إِلَىٰ صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ

Maka Allah memberi petunjuk orang-orang yang beriman kepada kebenaran tentang hal yang mereka perselisihkann itu dengan kehendak-Nya. Dan Allah selalu memberi petunjuk orang yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus. [2:213]

SIRI LA TAHZAN: Bab 202 — Antara Syurga dan Neraka (نعيم و جحيم)

0

La Tahzan 202-1: Antara Syurga dan Neraka (نعيمٌ وجحيمٌ)

نشرتْ الصحفُ العالميةُ خبراً عن انتحارِ رئيسِ وزراءِ فرنسا في حُكمِ الرئيسِ ميتران ، والسببُ في ذلك أنَّ بعض الصحفِ الفرنسية شنَّتْ عليهِ غارةً من النقْدِ والشتْمِ والتَّجريحِ ،، فلمْ يجدْ هذا المسكينُ إيماناً ولا سكينةً ولا استقراراً يعودُ إليه ، ولم يجدْ منْ يركنُ إليه

Isu laporan media antarabangsa mengenai kejadian bunuh diri Perdana Menteri Perancis (Pierre Eugène Bérégovoy, yang membunuh diri pada 1 May 1993) semasa era Presiden ( François) Mitterrand. Ia adalah akibat tekanan media terhadap pelbagai skandalnya. Perbuatan membunuh diri disebabkan beliau tidak memiliki keimanan, sakinah dan jatidiri, sebagaimana firman Allah ‎ﷻ yang memberi ketenangan kepada orang beriman:

وَلَا تَكُ فِي ضَيْقٍ مِمَّا يَمْكُرُونَ

Dan janganlah kamu (ya Muhammad) bersempit dada terhadap apa yang mereka tipu dayakan [16:127]

لَنْ يَضُرُّوكُمْ إِلَّا أَذًى ۖ

Mereka sekali-kali tidak akan dapat membuat mudharat kepada kamu, selain daripada gangguan-gangguan celaan saja. [3:111

La Tahzan 202-2: Antara Syurga dan Neraka (نعيمٌ وجحيمٌ)

Kisah Tragis bunuh diri PM Perancis Beregovoy 1993

لأنَّ الرجل فَقَدَ مفتاح الهدايةِ ، وطريق السَّدادِ وسبيل الرَّشادِ : * مَن يُضْلِلِ اللّهُ فَلاَ هَادِيَ لَهُ *

Bahawa beliau (PM Perancis) telah kehilangan kunci hidayah dan jalan kebenaran, firman Allah ‎ﷻ:

Barangsiapa yang disesatkan Allah, maka tiada yang boleh memberikan hidayah kepadanya lagi [7:186]

لكنْ وصايا أهل الإسلامِ ، وأهلَ العبوديَّةِ الحقَّةِ : جلسةٌ بين الأذانِ والإقامِة في روضةٍ منْ رياضِ الجنَّةِ ، وهتافٌ بذِكرِ الواحد الأحدِ ، وتسليمٌ بالقضاءِ والقدرِ ، ورضاً بما قسم اللهُ ، وتؤكُّلٌ على اللهِ جلَّ وعلا

Adapun ahli agamawan dan ahli ibadah menasihati mereka yang mengalami ‘stress’ hendaklah duduk di antara azan dan iqamat di taman syurga (masjid), berzikir, mendirikan salat, pasrah dengan qadha’ dan qadar, redha dengan rezeki Allah ‎ﷻ, dan bertawakkal kepada Allah ‎ﷻ.

Tafsir Surah Al-Baqarah: Tafsir Ayat Ke-245 dan Ke-246

0

Tafsir Surah Al-Baqarah

Tafsir Ayat Ke-245

Kita boleh lihat bagaimana ayat-ayat jihad akan diselangi dengan ayat-ayat tentang infaq kerana infaq perlu untuk jihad dijalankan. Jihad memerlukan belanja yang besar untuk melaksanakannya.

Jihad dan infaq adalah seperti dua sayap pada burung. Perlu ada kedua-dua sayap untuk burung itu terbang. Oleh kerana itu, setelah Allah ‎ﷻ sebut tentang jihad, Allah ‎ﷻ sebut pula kelebihan infaq untuk jalan Allah ‎ﷻ.

مَّن ذَا الَّذي يُقرِضُ اللَّهَ قَرضًا حَسَنًا فَيُضٰعِفَهُ لَهُ أَضعافًا كَثيرَةً ۚ وَاللَّهُ يَقبِضُ وَيَبسُطُ وَإِلَيهِ تُرجَعونَ

Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepada-Nyalah kamu semua dikembalikan.

مَّن ذَا الَّذي يُقرِضُ اللَّهَ قَرضًا حَسَنًا

Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik

Allah ‎ﷻ sebut tentang pinjaman yang ikhlas. Allah ‎ﷻ menggunakan perkataan ‘pinjaman’ dalam ayat ini kerana Allah ‎ﷻ hendak mengingatkan kita bahawa apa yang kita berikan dalam infaq itu adalah sebagai ‘pinjaman’ sahaja. Bukannya beri terus.

Kalau kita pinjamkan barang, kita boleh ambil balik, bukan? Maknanya, Allah ‎ﷻ akan pulangkan balik infaq kita itu berganda-ganda banyaknya. Allah ‎ﷻ simpan dalam khazanah-Nya dan akan dikembalikan kepada kita di akhirat kelak.

Malu juga apabila Allah ‎ﷻ menggunakan perkataan ‘pinjaman’ ini. Bayangkan, bukankah segala apa yang kita ada ini adalah rezeki daripada Allah ‎ﷻ? Tetapi apabila Allah ‎ﷻ hendak infaq, Allah ‎ﷻ kata berikan ‘pinjaman’ kepada-Nya… Macam Allah ‎ﷻ perli kita, “tidak mengapa… Aku nak ‘pinjam’ sahaja, nanti Aku pulangkan balik…”

Sekarang cuba bayangkan kalau emak kita yang sudah banyak jasa membesarkan dan memberikan pendidikan kepada kita, apabila dia kesulitan wang, datang kepada kita dan minta pinjam wang…. adakah kita sanggup beri ‘pinjam’? Adakah kita sanggup hendak tuntut balik wang yang kita beri itu?

Bukankah sepatutnya kita awal-awal lagi sudah beri pertolongan kepada emak kita? Tidak patut emak kita susah hinggakan hendak kena jumpa kita dan minta pinjam duit daripada kita. Kita patut kena peka dengan masalah emak kita dan terus beri pertolongan tanpa perlu emak kita rasa malu datang kepada kita minta bantuan.

Kita juga kena minta maaf kepada emak kita kerana dia susah tetapi kita lambat tahu hingga dia kena datang minta tolong kepada kita. Sepatutnya awal-awal lagi sudah kena tahu yang emak kita ada masalah. Tidak perlu tunggu dia datang dan beritahu kita.

Kalau emak kita minta ‘pinjam’ duit kita, maknanya emak kita tahu yang kita kedekutlah sebenarnya. Sampai dia kata dia hendak pinjam sahaja, bukannya beri terus kepada dia. Memang rasa hendak bunuh diri sahaja kalau emak kita kata hendak ‘pinjam’ duit daripada kita, bukan?

Maka, Allah ‎ﷻ hendak perli kita juga dalam ayat ini. Allah ‎ﷻ tahu kita ini kedekut sebenarnya. Sebab itu Allah ‎ﷻ kata jangan takut, pemberian kita itu hanya pinjaman sahaja. Nanti akan dipulangkan.

فَيُضٰعِفَهُ لَهُ أَضعافًا كَثيرَةً

supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya

Allah ‎ﷻ balas infaq kita dengan sangat banyak. Tidak tergambar betapa banyaknya. Maka jangan takut hendak beri infaq dalam jihad fisabilillah. Kalau Allah ‎ﷻ yang janjikan balasan yang berganda-ganda, tentu Allah ‎ﷻ boleh tunaikan. Maka sekarang Allah ‎ﷻ beri motivasi kepada umat Islam untuk infaq.

وَاللَّهُ يَقبِضُ وَيَبسُطُ

Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan

Mungkin ada yang takut hendak infaq banyak sebab takut habis harta mereka. Allah ‎ﷻ beritahu yang Dia lah sahaja yang mengecilkan – menahan harta menjadi sedikit. Dia juga yang mengembangkan harta kita menjadi banyak. Maka kalau Allah ‎ﷻ yang suruh kita infaq, tentulah Allah ‎ﷻ akan balas dengan lebih banyak, sebab Dia mampu kembangkan rezeki kita.

Macam-macam cara Allah ‎ﷻ kembangkan rezeki kita – kita dapat kerja yang baik dengan gaji besar, perniagaan kita maju, hutang kita selesai, duit sedikit tetapi cukup untuk seisi keluarga, dan macam-macam lagi cara Allah ‎ﷻ balas kepada kita.

Maka jangan bimbang untuk infaq dengan banyak. Jangan takut harta kita habis. Allah ‎ﷻ akan kembangkan rezeki kita. Tetapi kena percaya kepada Allah ‎ﷻ lah kerana Dia juga yang berikan harta itu pada mulanya.

وَإِلَيهِ تُرجَعونَ

dan kepada-Nyalah kamu semua dikembalikan.

Allah ‎ﷻ mengingatkan, kalau sayang sangat harta kita pun, ingatlah yang kita semua akan mati dan pulang ke akhirat juga akhirnya. Harta yang kita sayang sangat itu, bukan boleh bawa mati pun. Harta yang kita simpan banyak-banyak itu akan menjadi milik orang lain pun kerana kita akan tinggalkan.

Kalau anak-anak kita ingat kepada kita, mereka sedekah dan niatkan pahala itu untuk kita. Tetapi kalau mereka habiskan sahaja, tidak ada pulangan untuk kita dalam bahagian harta itu dan ia habis begitu sahaja. Maka baiklah kalau kita simpan harta itu dengan Allah ‎ﷻ supaya kita boleh ambil balik di akhirat kelak.

Tafsir Ayat ke-246

Pengulangan bab jihad dan kali ini Allah ‎ﷻ beri contoh kisah yang terjadi pada zaman dahulu sebab jihad itu ada beberapa peraturan. Pertama, kena ada pemilihan ketua dan kedua, kena ada latihan untuk jihad.

Ketua perang tidak semestinya Nabi ﷺ sendiri tetapi kena ada dua syarat untuk menjadi jeneral perang. Pertama, tubuh badannya layak untuk berperang dan kenalah berani dan kedua, akal kena mahir dalam taktik peperangan.

Tidak ada peperangan tanpa latihan kerana banyak pejuang yang datang untuk berjihad perang itu datang dari merata tempat dan mereka tidak biasa berperang dan tidak terlatih. Mungkin ada daripada golongan peniaga dan petani. Maka penting untuk beri latihan terlebih dahulu sebelum pergi berperang. Maka Allah ‎ﷻ ajar kedua-dua perkara ini.

أَلَم تَرَ إِلَى المَلَإِ مِن بَني إِسرَٲٓءِيلَ مِن بَعدِ موسىٰ إِذ قالوا لِنَبِيٍّ لَّهُمُ ابعَث لَنا مَلِكًا نُّقَـٰتِل في سَبيلِ اللَّهِ ۖ قالَ هَل عَسَيتُم إِن كُتِبَ عَلَيكُمُ القِتالُ أَلّا تُقٰتِلوا ۖ قالوا وَما لَنا أَلّا نُقٰتِلَ في سَبيلِ اللَّهِ وَقَد أُخرِجنا مِن دِيٰرِنا وَأَبنائِنا ۖ فَلَمّا كُتِبَ عَلَيهِمُ القِتالُ تَوَلَّوا إِلّا قَليلًا مِّنهُم ۗ وَاللَّهُ عَليمٌ بِالظّٰلِمينَ

Tidakkah engkau ketahui (wahai muhammad), tentang (kisah) ketua-ketua dari Bani lsrail sesudah (wafatnya) Nabi Musa, ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka: “Lantiklah seorang raja untuk kamu, supaya boleh kami berperang (bersama-sama dengannya) pada jalan Allah” Nabi mereka menjawab: “Tidakkah harus, jika kamu kelak diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang?,” Mereka berkata: “Mengapa pula kami tidak akan berperang pada jalan Allah, sedang kami telah diusir dari kampung halaman kami, dan anak-anak kami?” Maka apabila perang itu diwajibkan atas mereka, mereka membelakangkan kewajipan itu, kecuali sebahagian kecil dari mereka. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang zalim.

أَلَم تَرَ إِلَى المَلَإِ مِن بَني إِسرَٲٓءِيلَ مِن بَعدِ موسىٰ

Tidakkah engkau ketahui (wahai Muhammad), tentang (kisah) ketua-ketua dari Bani lsrail sesudah (wafatnya) Nabi Musa,

Zaman ini selepas wafatnya Nabi Musa عليه السلام yang dibimbing oleh Nabi lain. Nama Nabi pada waktu itu adalah Samuel. Pemuka-pemuka Bani Israil telah pergi berjumpa dengan Nabi mereka itu.

إِذ قالوا لِنَبِيٍّ لَّهُمُ

ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka:

Daripada penggunaan bahasa, memberi isyarat bahawa bukan Nabi ini sahaja Nabi mereka tetapi ada Nabi-nabi lain juga. Umat Bani Israel memang diberikan dengan ramai Nabi dalam kalangan mereka. Mereka adalah umat yang paling banyak dapat Nabi dan Rasul.

ابعَث لَنا مَلِكًا نُّقٰتِل في سَبيلِ اللَّهِ ۖ

“Lantiklah seorang raja untuk kami, supaya boleh kami berperang pada jalan Allah”

Para pemimpin Bani Israel itu minta kepada Nabi mereka untuk melantik ketua perang. Perkataan مَلِكًا dalam ayat ini bermaksud ‘ketua perang’. Maknanya bukan Nabi itu yang bawa tentera berperang. Mereka kononnya kata mereka akan pergi berperang bila sudah ada ketua. Cuma lantik sahajalah ketua untuk kami, kata mereka.

Ini mengajar kita bahawa jihad tidak ada tanpa ketua. Ketua itu kena dilantik dan mestilah ketua yang dikenali kerana kita kena tahu yang ketua perang itu adalah Ahlul Haq, tidak boleh lantik ambil sesiapa sahaja.

Pada waktu itu, yang boleh lantik adalah Nabi dan kalau zaman sekarang, yang layak melantik itu adalah Khalifah seluruh dunia. Nabi Muhammad ﷺ telah memberitahu bahawa Khalifah dunia mestilah daripada orang Quraisy.

قالَ هَل عَسَيتُم إِن كُتِبَ عَلَيكُمُ القِتالُ أَلّا تُقٰتِلوا

Nabi mereka menjawab: “Tidakkah, jika kamu kelak diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang?,

Nabi mereka sendiri sudah tahu perangai mereka. Waktu itu memang mereka sibuk hendak minta panglima perang, tetapi nanti kalau sudah ada, banyak pula alasan mereka tidak mahu berperang.

قالوا وَما لَنا أَلّا نُقٰتِلَ في سَبيلِ اللَّهِ

Mereka berkata: “Mengapa pula kami tidak akan berperang pada jalan Allah,

Apabila ditegur sebegitu, mereka kata memang mereka akan berperang. Mereka memang pandai bercakap dan berdolak dalih. Maka mereka sekarang keluarkan hujah mereka untuk mengatakan memang mereka pasti akan berperang nanti.

وَقَد أُخرِجنا مِن دِيٰرِنا وَأَبنائِنا

sedang kami telah diusir dari kampung halaman kami, dan juga anak-anak kami?”

Mereka kata memang mereka akan berperang kerana mereka marah setelah dihalau dari kampung halaman mereka dan anak-anak mereka pun kena kalau juga. Mereka sedang marah kerana kalau mereka sahaja dihalau pun sudah berat, tetapi kalau dengan keluarga mereka juga kena halau, tentu lagi berat. Mereka bersungguh-sungguh kata mereka akan berperang.

فَلَمّا كُتِبَ عَلَيهِمُ القِتالُ تَوَلَّوا إِلّا قَليلًا مِّنهُم

Maka apabila perang itu diwajibkan ke atas mereka, mereka membelakangkan kewajipan itu, kecuali sebahagian kecil daripada mereka.

Namun apabila benar-benar sudah disuruh berperang, mereka buat alasan untuk tidak pergi berperang. Memang begitulah perangai kebanyakan daripada Bani Israel.

Hanya sedikit sahaja yang pergi. Dalam riwayat ada disebut bahawa daripada bilangan mereka sebanyak 80,000 orang, hanya 313 orang sahaja yang akhirnya pergi berjihad menentang tentera Jalut.

Ini pun masalah dan perangai orang kita juga. Pandai cakap sahaja tetapi bila masa hendak buat, sedikit sahaja yang turun buat kerja. Kalau bagi idea, memang ramai akan beri idea dan cadangan, tetapi apabila buat kerja, yang turun sedikit sahaja.

وَاللَّهُ عَليمٌ بِالظّٰلِمينَ

Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang zalim.

Allah ‎ﷻ sudah tahu perangai mereka dan Allah ‎ﷻ beritahu perangai mereka kepada kita supaya kita beringat-ingat supaya jangan jadi seperti mereka.

Allahu a’lam.

At-Tazkirah al-Qurthubi: Berkata yang Baik tentang Mayat

0

At-Tazkirah al-Qurthubi (w.671H)

Kod 11 Bab Berkata yang baik-baik tentang Mayat, cara berdoa dan menutup matanya (باب من حضر الميت فلا يلغو و ليتكلم بخير و كيف الدعاء للميت إذا مات و في تغميضه )

Bahagian 1: Hadith Ummu Salamah رضي الله عنها

مسلم عن أم سلمة رضي الله عنه قالت : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : إذ حضرتم المريض أو الميت فقولوا : خيراً . فإن الملائكة يؤمنون على ما تقولون . قالت : فلما مات أبو سلمة أتيت النبي صلى الله عليه و سلم فقلت يا رسول الله : إن أبا سلمة قد مات فقال : قولي : اللهم اغفر لي و له و أعقبني منه عقبى حسنة قالت : فقلت . فأعقبني الله من هو خير منه : رسول الله صلى الله عليه و سلم

Terjemahannya:
Imam Muslim رحمه الله meriwayatkan daripada Ummu Salamah (ummul mu’minin) رضي الله عنها, Rasulullah ﷺ bersabda, “Apabila kalian mengunjungi orang sakit atau mati, ucapkanlah perkataan yang baik-baik kerana para Malaikat mengaminkan apa yang kalian ucapkan itu.” Ummu Salamah menambah,“ketika Abu Salamah (suaminya) meninggal, aku datang menemui Nabi ﷺ (untuk memaklumkan), “Wahai Rasulullah, Abu Salamah telah meninggal dunia”. Maka Nabi ﷺ bersabda,“Maka katakanlah (اللهم اغفر لي و له و أعقبني منه عقبى حسنة) “Ya Allah ampuni daku dan dia (mayat) dan berilah pengganti kepadaku yang lebih baik.” Ummu رضي الله عنها kemudian berkata (selepas berkahwin dengan Nabi ﷺ), “memang Allah ‎ﷻ menggantikan untukku dengan yang lebih baik, yakni Rasulullah ﷺ.” (HR Muslim no 919)

Bahagian 2: Hadith Ummu Salamah رضي الله عنها 

و عنها قالت : دخل رسول الله صلى الله عليه و سلم على أبي سلمة و قد شق بصره فأغمضه ثم قال : إن الروح إذا قبض تبعه البصر فضج ناس من أهله ، فقال : لا تدعوا على أنفسكم إلا بخير فإن الملائكة يؤمنون على ما تقولون ثم قال : اللهم اغفر لأبي سلمة و ارفع درجته في المهديين ، و اخلفه في عقبه في الغابرين ، و اغفر لنا و له

يا رب العالمين ، و افسح له في قبره ، و نور له فيه

Juga daripada Ummu Salamah (ummul Mukminin): Rasulullah ﷺ masuk menemui Abu Salamah yang sudah wafat dan matanya masih terbuka, lalu baginda menutupkan matanya, lantas bersabda , “Sesungguhnya roh bila dicabut akan diikuti oleh pandangan mata”. Kemudian terdengar suasana hiruk pikuk dalam kalangan keluarga (Abu Salamah), maka Nabi ﷺ pun bersabda lagi, “Jangan melantunkan doa untuk diri-diri kamu melainkan yang baik-baik sahaja, kerana Malaikat mengaminkan apa yang kamu ucapkan itu.” Kemudian Nabi ﷺ berdoa (untuk Abu Salamah dan keluarganya): “Ya Allah, ampunilah Abu Salamah, angkatlah darjatnya dalam kalangan mereka yang mendapat petunjuk, gantilah dia pada keluarga yang dia tinggalkan, ampunilah dia dan kami semua, Ya Rabbil aalamin, lapangkan kuburnya dan terangilah ia.” (HR Muslim, Kitab al Janaiz, no 920)

Kod 12 Bab Apa yang patut diucap ketika Memejamkan Mata si Mayat (باب منه و ما يقال عند التغميض )

Bahagian 1: Hadith Syaddad bin Aus (sahih)

ابن ماجه عن شداد بن أوس قال : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : إذا حضرتم مؤتاكم فأغمضوا البصر فإن البصر يتبع الروح ، و قولوا خيراً فإن الملائكة تؤمن على ما قال أهل الميت

HR Ibn Majah daripada Syaddad bin Aus, Rasulullah ﷺ bersabda, “Apabila kalian mengunjungi jenazah di antara kalian, maka pejamkanlah matanya (jika masih terbuka) kerana pandangan mata (si mati) akan mengekori roh. Dan ucapkanlah perihal si mati yang baik-baik sahaja kerana Malaikat mengamini perkataan yang diungkapkan oleh ahlil mayyit (keluarga dan kerabat si mati).” (HR Ibn Majah, al Haakim, Ahmad, hakim menilainya sahih sanadnya, dinilai hasan oleh al Albani.

✍️ Tahqiq:
Al Albani, hasan, Silsilah al Sahihah no 1092)

1092 – ” إذا حضرتم موتاكم فأغمضوا البصر ، فإن البصر يتبع الروح و قولوا خيرا ، فإن الملائكة تؤمن على ما قال أهل البيت ” . قال الألباني في ” السلسلة الصحيحة ” 3 / 84 : أخرجه ابن ماجه ( 1 / 444 ) و الحاكم ( 1 / 352 ) و أحمد ( 4 / 125 ) عن قزعة ابن سويد عن حميد الأعرج عن الزهري عن محمود بن لبيد عن شداد بن أوس قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : فذكره ، و قال الحاكم : ” صحيح الإسناد “

 

Bahagian 2: Atsar Ummu Salamah رضي الله عنها (Mauquf, Dhaif)

و ذكر الخرائطي أبو بكر محمد بن جعفر قال : حدثنا أبو موسى عمران بن موسى قال ، حدثنا أبو بكر بن أبي شيبة . قال حدثنا إسماعيل ابن علية عن هشام بن حسان عن حفصة بنت سيرين عن أم الحسن قالت : كنت عند أم سلمة فجاءها إنسان فقال ، فلان بالموت فقالت لها انطلقي فإذا احتضر فقولي السلام على المرسلين و الحمد لله رب العالمين

Al Kharaithi, Abu Bakar bin Muhammad bin Jaafar (w.327H), daripada Abu Musa Umran bin Musa daripada Ibn Abi Syaibah, daripada Ibnu ‘Ulayyah, daripada Hisyam, daripada Hafshah binti Sirin, daripada Ummul Hasan*, beliau berkata, “Aku sedang berada di sisi Ummu Salamah dan melihat di kepalanya, kemudian datanglah seseorang, dia berkata, Fulan sedang berada dalam sakaratul maut. Ummu Salamah رضي الله عنها mengatakan, “Jika sakaratul maut telah datang kepadanya, maka ucapkanlah dengannya, ( السلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين) (kesejahteraan dilimpahkan atas para rasul, dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam).” (HR Ibn Syaibah, al Musyanaf, 3/236)

✍️ Tahqiq:
Al-Albani, Silsilah al Dhaifah no 6462, atsar mauquf.

  • Ummul Hasan atau Khairah adalah ibu kepada al Hasan al Basri, hamba kepada Ummu Salamah رضي الله عنها, Ummul Mukminin.

Bahagian 3: Atsar Bakar bin Abdullah رحمه الله tabi’in (Dhaif, Maqthu’)

و خرج من حديث سفيان الثوري عن سليمان التيمي عن بكر ابن عبد الله المزني قال : إذا غمضت الميت فقل بسم الله و على ملة رسول الله صلى الله عليه و سلم و سبح . ثم تلا سفيان و الملائكة يسبحون بحمد ربهم

Al Kharaithi juga mengeluarkan sebuah hadith daripada jalur Sufyan atThauri daripada Sulaiman al Taimi daripada Bakar bin Abdullah al Muzani katanya, “Jika engkau memejamkan mata mayat maka ucapkanlah “Bismillah, di atas millah Rasulullah ﷺ dan bertasbihlah”, kemudian Sufyan at-Thauri membaca ayat :

وَالْمَلَائِكَةُ يُسَبِّحُونَ بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَيَسْتَغْفِرُونَ لِمَنْ فِي الْأَرْضِ ۗ

dan malaikat-malaikat bertasbih serta memuji Tuhan-nya dan memohonkan ampun bagi orang-orang yang ada di bumi. [42:5]

Tahqiq al Albani (al Irwa’ Hadith no. 791)
Aanadnya putus (Maqthu’) kerana ia Mauquf kepada tabi’in (Bakr bin Abdullah al Muzani. Tidak thabit sunnah dengan kata kata tabi’in.

Dhaif.

Bahagian 4: Atsar Abu Daud (Dhaif)

قال أبو داود : تغميض الميت إنما هو بعد خروج الروح . سمعت محمد ابن أحمد المقري قال سمعت أبا ميسرة ، و كان رجلاً عابداً يقول : غمضت جعفر المعلم و كان رجلاً عاقلاً في حالة الموت فرأيته في منامي يقول : أعظم ما كان علي تغميضك قبل أن أموت

Berkata Abu Daud, “Memejamkan mata mayat selepas rohnya benar-benar telah keluar”, aku mendengar Muhammad bin Ahmad al Muqri, daripada Abu Maisarah yang berkata, “Aku memejamkan mata Ja’afar al Mu’alim (tetap akalnya walaupun di ambang maut). Kemudian aku bertemu dengannya dalam mimpi, di mana Abu Maisarah berkata, “Saat yang paling getir yang aku rasakan ialah saat engkau memejamkan mataku sebelum aku benar-benar mati”.

🗣 Komentar muhaqqiq, Dr Sadiq, ia tidak sahih, kisahnya adalah kisah sufi, dan ia berasal daripada mimpi sahaja.

Allahu a’lam.

Popular

Iklan

Iklan