Utama Blog Halaman 301

Berakhirnya Generasi Sahabat: Tanda Kiamat Ke-4

0

4/131 Tanda-tanda Kecil Kiamat – Berakhirnya Generasi Sahabat

Hadith:

صلَّينا المغربَ مع رسولِ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ . ثم قلنا : لو جلَسْنا حتى نصلِّيَ معه العشاءَ ! قال فجلَسْنا . فخرج علينا . فقال ” ما زلتُم ههنا ؟ ” قلنا : يا رسولَ اللهِ ! صلَّينا معك المغربَ . ثم قلنا : نجلس حتى نصلِّيَ معك العشاءَ . قال ” أحسنتُم أو أصبتُم ” قال فرفع رأسَه إلى السماءِ . وكان كثيرًا مما يرفع رأسَه إلى السماءِ . فقال ” النجومُ أمَنَةٌ للسماءِ . فإذا ذهبتِ النجومُ أتى السماءَ ما توعد . وأنا أمنةً لأصحابي . فإذا ذهبتْ أتى أصحابي ما يوعدون . وأصحابي أمنةٌ لأمتي . فإذا ذهب أصحابي أتى أمتي ما يُوعدون ” .

 الراوي : أبو موسى الأشعري عبدالله بن قيس المحدث : مسلم

 المصدر : صحيح مسلم الصفحة أو الرقم: 2531

Terj:

Abu Musa berkata “Kami salat Magrib bersama Rasulullah SAW, kemudian kami katakan: ‘seandainya kita duduk-duduk dan menunggu sampai shalat Isya bersama beliau lagi.’ (si perawi mengatakan) kami pun duduk-duduk (menunggu Isya) . Nabi lantas keluar menemui kami dan berkata: kalian masih disini ?

 

Kami menjawab, “ Wahai Rasulullah, kami salat Magrib bersamamu. Kemudian kami katakan, “Kami tetap duduk-duduk (di masjid) agar kami dapat salat Isya’ bersama Anda.”  baginda bersabda: Bagus kalian atau benar kalian!

Perawi menambahkan: Nabi SAW kemudian mendongak kepala ke langit dan beliau memang sering mendongakkan kepala ke langit. Beliau lantas bersabda:

 

“ Bintang-bintang adalah amanah bagi langit; jika  bintang mati, maka datanglah pada langit sesuatu yang mengancamnya. Dan aku adalah amanah bagi sahabatku; jika aku mati,  Maka datanglah kepada para sahabat sesuatu yang mengancam mereka. Sahabatku adalah amanah Umatku; jika mereka mati, maka datanglah kepada umatku sesuatu yang mengancam mereka.” HR Muslim no 2531

 

 

Fiqh Hadith:

1. Menjadi kebiasaan para sahabat selepas maghrib, mereka menunggu masuknya waktu Isya’

 

2. Bintang-bintang adalah “amanah” langit atau penstabil dan penguat cakrawala. Ini suatu ilmu yang baru diperkenalkan oleh Nabi 1430 tahun sebelum ilmu cosmology. Yakni bintang-bintang adalah penstabil langit, tanpa bintang, maka alam akan musnah. Pada masa itu, orang Greek menganggap bintang-bintang adalah dewa dan Tuhan lalu lahirnya horoskop, kemudian orang arab juga membuat pelbagai metos tentang bintang. Maka dengan hadith ini dijelaskan fungsi bintang-bintang ialah menstabilkan alam buana.

 

3. Nabi saw menjelaskan dirinya adalah amanah atau penstabll sahabatnya, bila baginda wafat, maka terjadi kegoncangan dengan beberapa fitnah, kegoncangan semasa pemilihan khalifah, murtad di Yaman, Nabi palsu, perang Jamal, perang Sifin, pembunuhan Umar, Uthman, Ali, munculnya Khawarij dan pembunuhan Husin di Karbala dan munculnya syiah

 

100 tahun pertama hijrah adalah generasi sahabat, 

خَيْرُ أُمَّتِي قَرْنِي

sebaik-baik umatku (sahabat) adalah qurunku” HR Bukhari-Muslim

 

4. Sahabat adalah penstabil umat Muhammad saw. Berakhirnya generasi sahabat, maka bermula munculnya bid’ah, satu bencana yang menimpa agama, syirik dengan munculnya faham tareqat dan penyibaran hadith palsu yang banyak.

 

Fiqh Hadith:

5. Takrifan sahabat dari Ibn Hajar rh

الصحابي من لقي النبى صلى الله عليه وسلم مؤمنا به ومات على الاسلام

Sahabat ialah mereka yang sempat bertemu dengan Nabi SAW,beriman dengan Baginda dan mati dalam keadaan Muslim

 

Jumlah para sahabat:  tidak ada satu pun riwayat yag sahih akan jumlah sebenar sahabat kerana bilangannya mustahil untuk dicatatkan dengan tepat, cuma andaian sahaja…

 

Fiqh hadith :

6. Sahabat bersifat adil dan tidak boleh mengkritiknya demikian kata Imam Nawawi, kerana perbuatan mengkritik mereka adalah menyimpang dari AQ yang menyatakan keadilan mereka.

 

Antara dalil keadilan sahabat dalam AQ:

at-Taubah: 100. [Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) dari golongan Muhajirin dan Anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah ridha kepada mereka dan merekapun ridha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. Mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar.]

 

TAMMAT 4/131: Berlalunya sahabat, maka umat hilang keamanannya sebagaimana langit atau alam hilangnya gugusan bintang dan meteor.

 

1 qurun yang nabi kata tu, kembali kepada maksud umum=100 tahun

 

Cikgu Rahim:

 

Bilakah berakhirnya generasi sahabat?

 

1) Abu Tufail `Amir bin Wathilah al-Laythi

 

Beliau adalah sahabat r.a. paling akhir meninggal dunia. Meninggal dunia di Mekah pada tahun 100 hijrah. Ada yang menyatakan lebih dari itu.

 

Selepas beliau meninggal dunia, barulah era Ulama Tabiin bermula. Imam Abu Hanifah r.a pernah bertemu dengannya.

 

 

2) Sahl bin Saad r.a

 

Beliau adalah sahabat r.a terakhir yang meninggal dunia di Madinah pada tahun 95 Hijrah. Ada juga yang menyatakan beliau meninggal dunia pada tahun 91 Hijrah. Beliau adalah keturunan Ansar.

 

 

3) Anas bin Malik r.a

 

Beliau adalah antara sahabat r.a yang paling banyak meriwayatkan hadis. Ramai Ulama Tabiin berguru dengan beliau. Beliau adalah khadam Nabi s.a.w . Beliau adalah sahabat terakhir yang meninggal dunia di Basrah pada tahun 93 Hijrah.

 

 

4) Abu Umamah al Bahili r.a

 

Beliau adalah salah seorang sahabat yang melakukan sumpah janji dalam Perjanjian Ridwan . Berada di sebelah pihak Ali bin Abu Talib r.a dalam Perang Siffin. Sebanyak 250 hadis yang diriwayatkan beliau diambil oleh Imam Bukhari r.a dan Imam Muslim r.a.

 

Beliau adalah sahabat terakhir yang meninggal dunia di Kota Syam pada tahun 81 Hijra

 

Sesi Soal Jawab

 

? Ustaz THTL ada tak hadith yang seratus tahun?

 

Maksud ana hadith seratus tahun orang yang hidup malam ini, tiada lagi yang hidup selepas seratus tahun??

 

Adakah shahih hadith tu?

 

? Jawapan:

 

صلَّى بنا رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ ذاتَ ليلةٍ ، صلاةَ العشاءِ ، في آخرِ حياتِه . فلما سلَّم قام فقال ” أرأيتَكم ليلتَكم هذه ؟ فإنَّ على رأسِ مائةِ سنةٍ منها لا يبقى ممن هو على ظهرِ الأرضِ أحَدٌ ” . قال ابنُ عمرَ : فوهَل الناسُ في مقالة ِرسولِ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ تلك ، فيما يتحدَّثون من هذه الأحاديثِ ، عن مائةِ سنةٍ . وإنما قال رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ : لا يبقى ممن هو اليومَ على ظهرِ الأرضِ أحَدٌ . يريد بذلك أن ينخرِمَ ذلك القَرنُ .

 

الراوي : عبدالله بن عمر المحدث : مسلم

tu hadithnya fatih, sahih Muslim

 

Terjemahan:

Setelah Rasulullah saw mendirikan shalat isya’ dengan kami pada suatu malam pada akhir-akhir masa hidup beliau, ketika beliua mngucapkan salam, seraya beliau berdiri dan bersabda: “Tidakkah kalian melihat pada malam hari ini, sesungguhnya pada penghujung 100 tahun sejak malam ini, tidak akan ada seseorang yang akan tetap hidup di muka bumi”. Ibnu Umar berkata: Maka yg hadir terkejut dengan pernyataan Rasulullah  saw tersebut, mereka membicarakannya tentang hadits 100 tahun di atas. Padahal sesungguhnya Rasulullah saw bersabda: “Tidak akan ada seseorang yang akan tetap hidup di muka bumi, yang dimaksud adalah berlalunya abad tersebut….”. yakni berlalunya generasi sahabat. HR Muslim no 2537

 

 

? Hadis 100 tahun tu bukti Nabi Khidir dah tak hidup pada tahun 2015 kan ?

 

? Jawapan:

Imam Nawawi dan Imam Syuyuti kata Khidir dikecualikan, dia immortal, maksudnya usia panjang…jika Iblis pun Allah immortalkan, maka kenapa tidak ada manusia-manusia pilihan, hujah mereka berdua

Khidir wafat tu di sisi ahli hadith, ittifaq ulama tasawwuf kata khidir hidup dan dari khidirlah wali-wali sufi berguru untuk mendapat Ilmu Laduni. Ilmu ladunni= ilmu untuk membuka tirai alam ghaib.

 

 

? Yang betul adakah mengikut ahli hadis?

 

? Jawapan:

1. Yang sahih ialah di sisi ahli hadith, Imam Bukhari sendiri yang kata Khidir dah wafat

 

 

Ini kitab rujukan utama bilik ni

Nihayah al-Aalam, Dr al-Arifi, King saud university, Riyadh

 

Mohamad bin Abdul Rahman al-Arefe (born 15 July 1970), is an Islamic theologian fromSaudi Arabia. He holds the position of Imamof the Mosque of the King Fahd academy of the Saudi Navy. He was a student of Ibn Baz. 45.. years old

SYIRIK MAHABBAH

0

SYIRIK

Bahagian Ketiga

oleh

Ustaz Baharuddin Ayudin

HADIS

13 – عَنْ عَبْدِ اللهِ – ، قَالَ: لَمَّا نَزَلَتْ هَذِهِ الآيَةُ:[1] }الَّذِينَ آمَنُوا وَلَمْ يَلْبِسُوا إِيمَانَهُمْ بِظُلْمٍ{, شَقَّ ذَلِكَ عَلَى أَصْحَابِ النَّبِيِّ – `، وَقَالُوا: أَيُّنَا لَمْ يَلْبِسْ إِيمَانَهُ بِظُلْمٍ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللهِ – `: «إِنَّهُ لَيْسَ بِذَاكَ، أَلاَ تَسْمَعُونَ إِلَى قَوْلِ لُقْمَانَ:[2] }إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ{».[3]

13 – Daripada ‘AbdulLāh – raḍiyalLāhu ‘anh, katanya: Tatkala turunnya ayat ini:  “Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman,” para sahabat Nabi – ṣallalLāhu ‘alayhi wa sallam – ketika itu merasa tidak senang hati. Kata mereka: “Siapa di antara kita yang tidak bercampur keimanan mereka dengan kezaliman?” Rasulullah – ṣallalLāhu ‘alayhi wa sallam – lalu bersabda: “Sebenarnya ia bukan begitu. Apakah kamu tidak pernah mendengar ucapan Luqmān: “Sesungguhnya syirik itu adalah kezaliman yang sungguh dahsyat.”

MAKNA KALIMAH

Maḥabbah: Kasih yang mutlak ialah kasih kepada Allah – Jalla wa ‘Alā – dengan menyayangi apa yang Dia sayangi sebagaimana yang Dia beritahu di dalam Kitab-Nya, iaitu al-Qur’an. Seterusnya menerusi apa yang disampaikan oleh Rasul-Nya – ṣallalLāhu ‘alayhi wa sallam. Kesemua itu dilakukan demi mencari keredaan-Nya. Manakala kasih  kepada makhluk Allah yang lain selepasnya adalah kelangsungan daripada rasa kasih kepada Allah.

ULASAN HADITH

Maḥabbah (kasih) adalah amalan hati yang penting. Ia adalah asas bagi terbangunnya sesuatu amalan sebagaimana ṣidq (benar) itu adalah asas kebolehpercayaan bagi setiap ucapan. Orang yang dikasihi itu dipanggil kekasih. Setiap Muslim wajib mengasihi Allah – Jalla wa ‘Alā. Tiadalah seorang hamba itu dikira Mu’min sehinggalah ia mengasihi Allah sebagai Rabb, Ilāh, Ḥākim dan Walīy. Patutkah seseorang hamba itu kasihkan selain Allah padahal Dialah Rabb yang mencipta segala-galanya. (6:164) Tiada sesiapa pun yang berkongsi dengan-Nya pada penciptaan langit dan bumi (46:4) dan Dialah yang Maha Kuasa ke atas kesemua makhluk ciptaan-Nya. Daripada Qatādah bin al-Nu‘mān, katanya: Rasulullah – ṣallalLāhu ‘alayhi wa sallam – bersabda:

«إِذَا أَحَبَّ اللهُ عَبْدًا حَمَاهُ الدُّنْيَا كَمَا يَظَلُّ أَحَدُكُمْ يَحْمِي سَقِيمَهُ المَاءَ».[6]

“Apabila Allah mengasihi seseorang hamba, Dia akan pelihara kepentingan dunianya sebagaimana seseorang kamu sentiasa memelihara pesakitnya akan keperluan air.”

Patutkah seorang hamba itu mencurahkan kasihnya kepada selain Allah dengan tunduk patuh memberi khidmat walaupun berlawanan dengan perintah Allah, padahal Dialah Ilāh yang sepatutnya dise-rahkan pengabdian diri sepenuhnya. (6:162-163)

Patutkah seseorang hamba itu mencurahkan kasih kepada selain Allah dengan membelakangkan hukum Allah dan menerima hukum yang bukannya hukum Allah bagi mengatur kehidupannya? Padahal Allah – Jalla wa ‘Alā – telah menurunkan al-Qur’an bagi mengatur kehidupan manusia di muka bumi ini. (6:114)

Patutkah seseorang hamba itu kasihkan selain Allah sehingga tergamak berkasih sayang dengan musuh-musuh Allah, lalu ia membenci apa yang Allah turunkan sebagaimana mereka membencinya. [47:

KECINTAAN KEPADA MAKHLUK

Kecintaan kepada makhluk bukanlah kecintaan yang mutlak. Ia tertakluk pada batas yang dibenarkan oleh Allah – Jalla wa ‘Alā. Berikut ini adalah penjelasannya:

1.  Rasul: Setiap Muslim wajib mengasihi Rasul – ṣallalLāhu ‘alayhi wa sallam. Yahudi mendakwa mereka adalah kekasih Allah. Demikian juga Nasrani, mereka mendakwa bahawa mereka adalah kekasih Allah. (5:18) Kalau mereka benar kasihkan Allah dan menjadi kekasih Allah, Allah uji mereka dengan perintah mengikut Rasulullah – ṣallalLāhu ‘alayhi wa sallam. Justeru kasihkan baginda adalah lanjutan daripada kasihkan Allah. (3:31) Daripada Anas bin Mālik, katanya: Rasulullah – ṣallalLāhu ‘alayhi wa sallam – bersabda:

«لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَلَدِهِ، وَوَالِدِهِ، وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ».[7]

“Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah aku ini lebih dikasihi olehnya daripada anaknya, bapanya dan manusia seluruhnya.”

Namun begitu, kecintaan kepada baginda tidak boleh sampai ke peringkat pendewaan melewati batasan yang dibenarkan Allah. Justeru atas asas pendewaan, maka lahirnya kelompok Syiah. Daripada ‘Umar, katanya: Nabi  – ṣallalLāhu ‘alayhi wa sallam – bersabda:

«لاَ تُطْرُونِي، كَمَا أَطْرَتْ النَّصَارَى ابْنَ مَرْيَمَ، فَإِنَّمَا أَنَا عَبْدُهُ، فَقُولُوا عَبْدُ اللهِ، وَرَسُولُهُ».[8]

“Janganlah kamu mendewa-dewakan daku sebagaimana golongan Nasrani mendewa-dewakan Putera Maryam. Sesungguhnya aku ini tidak lain adalah hamba-Nya, maka pangillah aku ini ‘AbdulLah dan Rasul-Nya.”

Sungguhpun para sahabat pernah mengambil berkat daripada rambut, air liur dan tubuh baginda yang mulia itu dan baginda tidak membantahnya, tetapi baginda juga mengingatkan mereka tentang hakikat sebenar maḥabbat al-Nabīy. Daripada ‘Abd al-Raḥmān bin Abū Qurād, katanya: Suatu hari Nabi – ṣallalLāhu ‘alayhi wa sallam – berwuduk, lalu para sahabat mengambil air wuduk baginda dan menyapunya ke badan mereka. Lalu baginda bertanya kepada mereka:

«مَا يَحْمِلُكُمْ عَلَى هَذَا؟».

“Apa yang mendorong kamu melakukan ini?”

Jawab para sahabat:

حُبُّ اللهِ وَرَسُولِهِ.

“Cintakan Allah dan Rasul-Nya.”

Lalu jawab Nabi – ṣallalLāhu ‘alayhi wa sallam:

«مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُحِبَّ اللهَ وَرَسُولَهُ، أَوْ يُحِبَّهُ اللهُ وَرَسُولُهُ فَلْيَصْدُقْ حَدِيثَهُ إِذَا حَدَّثَ، وَلْيُؤَدِّ أَمَانَتَهُ إِذَا ائْتُمِنَ، وَلْيُحْسِنْ جِوَارَ مَنْ جَاوَرَهُ».[9]

“Sesiapa yang benar-benar kasihkan Allah dan Rasul-Nya atau ia ingin Allah dan Rasul mengasihinya, maka hendaklah ia membenarkan sabdanya apabila ia menyampaikannya, hendaklah ia menunaikan amanah apabila diserahkan amanah dan hendaklah ia berbuat dengan jiran yang tinggal di sekelilingnya.”

2.  Ulama’: Para ulama’ adalah golongan mulia yang dikasihi Allah kerana kelebihan ilmu, iman dan amal mereka. Justeru mereka adalah golongan yang hampir kepada Allah (35:28) dan menjadi pewaris para nabi, maka setiap Mu’min hendaklah menumpah perasaan kasih kepada para ulama’ mereka yang ikhlas dan taatkan Allah kerana telah membimbing mereka ke jalan syurga. Daripada Thawbān, katanya: Rasulullah – ṣallalLāhu ‘alayhi wa sallam – bersabda:

«اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ حُبَّكَ، وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ، وَحُبًّا يُبَلِّغُنِي حُبَّكَ».[10]

“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kasih-Mu, kasih orang yang mengasihi-Mu dan kasih yang menyampaikan daku kepada kasih-Mu.”

Daripada Tamīm bin Salamah, katanya:

«أَنَّ أَبَا عُبَيْدَةَ قَبَّلَ يَدَ عُمَرَ, رَحْمَةُ اللهِ عَلَيْهِمَا».[11]

“Sesungguhnya Abū ‘Ubaydah pernah mengucup tangan ‘Umar. Semoga Allah merahmati kedua-dua tokoh ini.”

Zayd bin Thābit juga pernah mengucup tangan Ibn ‘Abbās. Namun begitu, perbuatan mengucup tangan itu bukanlah menjadi kebiasaan, tetapi dilakukan sekali-sekala.

Namun begitu, menziarahi kubur para ulama’ dengan maksud bertawassul memohon doa, membayar nazar dan melakukan sembelihan di situ adalah perbuatan syirik. Justeru itu, Rasulullah – ṣallalLāhu ‘alayhi wa sallam – melarang mengembara kerana hendak mengambil berkat (tabarruk) kecuali kepada tiga buah masjid. Daripada Abū Hurayrah, katanya: Rasulullah – ṣallalLāhu ‘alayhi wa sallam – bersabda:

«لَا تُشَدُّ الرِّحَالُ إِلَّا إِلَى ثَلَاثَةِ مَسَاجِدَ: مَسْجِدِ الْحَرَامِ وَمَسْجِدِي هَذَا وَالْمَسْجِدِ الْأَقْصَى».[12]

“Tidak boleh bersungguh-sungguh mengembara kecuali kepada tiga buah masjid: Masjid al-Ḥarām, masjidku ini dan Masjid al-Aqṣā.”

3.  Kaum keluarga: Allah memerintahkan orang-orang yang beriman mencintai kaum keluarganya. Menyediakan makanan yang sedap, tempat tidur yang empuk, membawa melancong dan bersiar-siar, membeli barang mainan dan hiburan bukanlah tanda kecintaan walaupun itu menyukakan mereka, tetapi tanda kecintaan ialah dengan berusaha menyelamatkan mereka daripada seksaan neraka. (66:6)

a.  Nenek moyang: Kasihkan nenek moyang janganlah sampai seorang Muslim menyalahi syariat dengan mengadakan kenduri meniga, menujuh, empat puluh dan meratus dengan majlis tahlilan dan yasinan bagi maksud menghadiahkannya kepada si mati. (53:39)

Daripada Jābir, katanya:

«نَهَى رَسُولُ اللهِ ` أَنْ يُكْتَبَ عَلَى الْقَبْرِ شَيْءٌ».[13]

“Rasulullah – ṣallalLāhu ‘alayhi wa sallam – melarang menulis sesuatu di atas kubur.”

Demikian juga baginda melarang menziarahi kubur dan meminta doa kepada mereka, atau membina binaan di atas kubur bagi tujuan memperingati mereka.

b. Isteri: (30:21) Isteri adalah teman hidup yang sentiasa mendampingi kita sepanjang hidup bersama. Ia menempuh segala susah senang bersama suami. Ajaran Islam menyuruh seorang suami menyayangi isterinya. Daripada Ibn ‘Abbās, katanya:

«خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لِأَهْلِهِ، وَأَنَا خَيْرُكُمْ لِأَهْلِي».[14]

“Orang yang paling baik di antara kamu ialah orang yang paling baik kepada isterinya. Aku ini adalah orang yang paling baik di antara kamu kepada isteriku.”

Namun begitu, kecintaan kepada isteri janganlah sampai suami menjadi seorang yang dayyūth. (64:14) Daripada ‘Ammār bin Yāsir, katanya: Nabi – ṣallalLāhu ‘alayhi wa sallam – bersabda:

«ثَلَاثَةٌ لَا يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ أَبَدًا: الدَّيُّوثُ مِنَ الرِّجَالِ، وَالرَّجُلَةُ مِنَ النِّسَاءِ، وَمُدْمِنُ الْخَمْرِ».[15]

“Tiga golongan yang tidak akan memasuki syurga selama-lamanya: Lelaki yang dayyūth, perempuan yang berperangai lelaki dan pemabuk arak.”

Maksud dayyūth itu ialah sikap suami yang membiarkan ahli keluarganya hanyut dalam maksiat tanpa usaha membimbing dan mendidiknya ke jalan yang benar.

c.  Anak-anak: Sayangkan anak adalah fitrah daripada Allah. (63:9) Daripada Abū Hurayrah, katanya: Rasulullah – ṣallalLāhu ‘alayhi wa sallam – mencium al-Ḥasan bin ‘Alīy dan ketika itu duduk di sisinya al-Aqra‘ bin Ḥābis al-Tamīmīy. Kata al-Aqra‘:

إِنَّ لِي عَشَرَةً مِنَ الوَلَدِ مَا قَبَّلْتُ مِنْهُمْ أَحَدًا.

“Sesungguhnya aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku tidak pernah mencium sesiapapun di antara mereka.”

Nabi – ṣallalLāhu ‘alayhi wa sallam – memandang al-Aqra‘, lantas baginda bersabda:

«مَنْ لاَ يَرْحَمُ لاَ يُرْحَمُ».[16]

“Sesiapa yang tidak menyayangi tidak akan disayangi.”

Tanda sayangkan anak-anak ialah mendidik mereka menghayati al-Qur’an dan al-Sunnah dengan mendorong mereka berkorban menyerahkan baki usia demi meninggikan kalimah Allah dalam kehidupan seharian di dunia ini. Hayati kisah Tamāḍir binti ‘Amru yang kehilangan empat orang anaknya dalam peperangan al-Qādisiyyah. Namun ia dengan kebanggaan imannya penuh yakin mengucapkan:

الْحَمْدُ للهِ الَّذِي شَرَّفَنِي بِقَتْلِهِم, وَأَرْجُو مِنْ رَبِّي أَنْ يَجْمَعَنِي بِهِمْ فِي مُسْتَقَرِّ رَحْمَتِهِ.[17]

“Segala pujian kesyukuran kepada Allah yang telah memuliakan daku dengan terbunuhnya mereka. Semoga Tuhanku menghimpunkan daku bersama mereka di dalam syurga yang melimpah ruah rahmatnya.”

4.  Bangsa dan tanah air: Kecintaan kepada bangsa dan tanah air adalah fitrah. Daripada ‘AbdulLāh bin ‘Adīy bin al-Ḥamrā’, katanya: Aku melihat Rasulullah – ṣallalLāhu ‘alayhi wa sallam – berada di atas untanya dan berhenti di al-Jazwarah sambil bersabda:

«وَاللهِ إِنَّكِ لَخَيْرُ أَرْضِ اللهِ، وَأَحَبُّ أَرْضِ اللهِ إِلَيَّ، وَاللهِ لَوْلَا أَنِّي أُخْرِجْتُ مِنْكِ، مَا خَرَجْتُ».[18]

“Demi Allah, sesungguhnya engkau adalah bumi Allah yang paling baik, bumi Allah yang paling aku sa-yangi. Demi Allah, kalaulah tidak kerana aku ini diusir daripadamu, tentu aku tidak akan keluar berhijrah.”

Namun begitu kecintaan kepada bangsa dan tanah air janganlah sampai ke tahap menolong bangsa melakukan kezaliman ke atas orang lain. Daripada Abū Hurayrah, katanya: Rasulullah – ṣallalLāhu ‘alayhi wa sallam – bersabda:

«مَنْ خَرَجَ مِنَ الطَّاعَةِ، وَفَارَقَ الْجَمَاعَةَ فَمَاتَ، مَاتَ مِيتَةً جَاهِلِيَّةً، وَمَنْ قَاتَلَ تَحْتَ رَايَةٍ عِمِّيَّةٍ يَغْضَبُ لِعَصَبَةٍ، أَوْ يَدْعُو إِلَى عَصَبَةٍ، أَوْ يَنْصُرُ عَصَبَةً، فَقُتِلَ، فَقِتْلَةٌ جَاهِلِيَّةٌ، وَمَنْ خَرَجَ عَلَى أُمَّتِي، يَضْرِبُ بَرَّهَا وَفَاجِرَهَا، وَلَا يَتَحَاشَى مِنْ مُؤْمِنِهَا، وَلَا يَفِي لِذِي عَهْدٍ عَهْدَهُ، فَلَيْسَ مِنِّي وَلَسْتُ مِنْهُ».[19]

“Sesiapa yang keluar daripada ketaatan dan memecahbelahkan jamā‘ah, maka matinya adalah mati jahiliah. Sesiapa yang berperang di bawah panji-panji fanatik, benci kerana fanatik perkauman, menyeru kepada fanatik perkauman, menyokong fanatik perkauman, lalu ia terbunuh, maka ia adalah korban jahiliah. Sesiapa yang keluar memerangi umatku, memukul yang baik dan jahatnya tanpa mempedulikan kalangan Mu’min di dalamnya dan tidak mengambil kira perjanjian yang sudah diikat, maka ia bukan dari kalanganku dan aku juga bukan dari kalangannya.”

Demikian juga usaha mempromosi warisan tradisi bangsa seperti busana dan aktiviti kesenian kerana takut ditelan dek zaman walaupun bertentangan dengan syariat Allah adalah usaha yang membawa kepada syirik. Bahkan ada yang berbangga dengan kebangsaan jahiliah itu, tetapi tidak merasa ‘izzah sebagai seorang Muslim. (35:10)

5. Perniagaan dan harta benda: Peniaga yang amanah, bekerja kuat, sentiasa mengingati Allah dan berusaha mencari keredaan-Nya adalah peniaga yang menguruskan perniagaan yang tidak akan rugi. (24:37-38) Itu adalah jaminan Allah ke atas hamba-hamba-Nya. (35:29) Bahkan menerusi usaha perniagaannya boleh menyelamatkan diri daripada seksaan Allah di Hari Akhirat kelak. (61:10-12) Khuatirkan kerugian dalam perniagaan, sebahagian peniaga hampir terlupa bahawa kehidupan dunia ini adalah sementara. (37:38) Ia bertungkus lumus memelihara urusan perniagaannya sehingga tergamak mengabaikan urusan agamanya. (62:9) Daripada Abū Hurayrah, katanya: Nabi – ṣallalLāhu ‘alayhi wa sallam – bersabda:

«إِنَّ الله يُبْغِضُ كُلَّ جَعْظَرِيٍّ جَوَّاظٍ صَخَّابٍ فِي الْأَسْوَاقِ, جِيفَةٍ بِاللَّيْلِ, حِمَارٍ بِالنَّهَارِ, عَالِمٍ بِالدُّنْيَا, جَاهِلٍ بِالْآخِرَةِ».[20]

“Sesungguhnya Allah murka pada tiap-tiap orang yang keras hatinya lagi sombong, luas pergaulannya dan pandai tawar menawar di pasar. Pada malam hari tidur keletihan bagaikan bangkai, manakala pada siangnya bekerja kuat bagaikan keldai. Bijak tentang dunia, tetapi jahil tentang akhirat.”

Akibat sayangnya terhadap perniagaan, ia bersikap tamak, bakhil dan tidak mahu menolong orang lain. Ia beranggapan bahawa kejayaan yang diper-olehinya adalah hasil kebijaksanaannya, (28:78) bukan anugerah daripada Allah. Ia menjadi terlalu berkira kerana lebih selesa menimbun (102:1-8) daripada menyumbang. (64:16)

6.  Rumah kediaman dan kenderaan: Rumah kediaman yang selesa dan kenderaan yang baik itu adalah antara nikmat yang boleh memudahkan urusan seseorang. Daripada Sa‘d, katanya: Nabi – ṣallalLāhu ‘alayhi wa sallam – bersabda:

«إِنَّ مِنَ السَّعَادَةِ: الزَّوْجَةَ الصَّالِحَةَ، وَالْمَسْكَنَ الصَّالِحَ، وَالْمَرْكَبَ الصَّالِحَ».[21]

“Sesungguhnya di antara tanda kebahagiaan itu ialah: Isteri yang salihah, rumah kediaman yang baik dan kenderaan yang baik.”

Namun begitu menghabiskan masa dengan menumpu penuh perhatian kepada menghias rumah sehingga tergamak meremehkan peringatan Allah dan Rasul-Nya dengan memasukkan benda-benda yang dilarang ke dalamnya, maka perbuatan sedemikian boleh membawa syirik kepada Allah. Daripada Umm al-Mu’minīn ‘Ā’ishah, katanya: Rasulullah – ṣallalLāhu ‘alayhi wa sallam – bersabda:

«إِنَّ البَيْتَ الَّذِي فِيهِ الصُّوَرُ لاَ تَدْخُلُهُ المَلاَئِكَةُ».[22]

Sesungguhnya rumah yang terdapat di dalamnya gambar, tidak dimasuki malaikat.

Ada juga yang cerewet menjaga kenderaan sampai ke tahap melampau membeleknya sehingga melalaikan atau melampau mengubahsuai sehingga mengganggu jiran dan pengguna jalan raya yang lain. Daripada ‘Amru bin al-Ḥamiq, katanya: Rasulullah – ṣallalLāhu ‘alayhi wa sallam – bersabda:

«إِذَا أَحَبَّ اللهُ عَبْدًا عَسَلَهُ» .

“Apabila Allah menyukai seseorang hamba, Dia tunjukkan tandanya.”

Beliau bertanya:

يَا رَسُولَ اللهِ وَمَا عَسَلَهُ؟

“Wahai Rasulullah, apakah tandanya?”

Jawab baginda:

«يُوَفِّقُ لَهُ عَمَلًا صَالِحًا بَيْنَ يَدَيْ أَجَلِهِ حَتَّى يَرْضَى عَنْهُ جِيرَانُهُ».

“Allah memberi tawfiq kepadanya melakukan amalan salih sepanjang hidupnya sehingga menyenangkan jirannya.”

Atau baginda bersabda:

«مَنْ حَوْلَهُ».[23]

“Orang yang di sekelilingnya.”

Tumpuan berlebihan kepada rumah kediaman dan kenderaan sehingga tidak berkesempatan mencari ilmu pengetahuan, melibatkan diri berjuang dan berkorban pada jalan Allah tentulah sesuatu yang merugikan. (48:11; 9:65) Tunggulah saat Allah mendatangkan keputusannya. (9:24)

7.  Kekasih hati: Ramai anak-anak muda hari ini begitu teruja memiliki kekasih. Seluruh pemikiran dan perasaannya ditumpukan terhadap buah hatinya. (2:165) Maka pelbagai usaha dilakukan bagi menambat hati kekasih sehingga ada suatu hari yang dinamakan Valentine Day atau Hari Kekasih rekaan kaum yang menjadi musuh Allah, tetapi disambut penuh bernafsu oleh kalangan yang jahil tentang hakikat kehidupan ini. Maka banyaklah perbuatan maksiat dilakukan atas keprihatinan hendak menambat hati kekasih sehingga tergamak membelakangkan Allah dan Rasul. Bahkan seluruh hidupnya tunduk di bawah bayangan pengaruh kekasih sehingga sanggup menyerah apa sahaja bagi mencari keredaannya hatta tergamak menyerahkan maruah dan harga diri. Daripada Anas bin Mālik, katanya: Seorang lelaki berada di sisi Nabi – ṣallalLāhu ‘alayhi wa sallam. Ketika itu melintas seorang lelaki, lalu lelaki itu berkata:

يَا رَسُولَ اللهِ، إِنِّي لَأُحِبُّ هَذَا.

“Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku benar-benar mencintai lelaki ini.”

Lalu Nabi – ṣallalLāhu ‘alayhi wa sallam – bersabda kepadanya:

«أَعْلَمْتَهُ؟».

“Sudahkah engkau memberitahunya?”

Jawabnya:

لَا.

“Tidak.”

Baginda bersabda:

«أَعْلِمْهُ».

“Beritahulah kepadanya.”

Kata Anas: Ia pun mengekorinya. Lalu katanya kepada lelaki itu:

إِنِّي أُحِبُّكَ فِي اللهِ.

“Sesungguhnya aku mencintaimu kerana Allah.”

Jawab lelaki itu:

أَحَبَّكَ الَّذِي أَحْبَبْتَنِي لَهُ.[24]

“Semoga Dia yang mendorong engkau mencintaiku kerana-Nya mencintaimu.”

Kehidupan dunia ini bagai musafir. Tumpahkan kecintaan kepada Allah dengan bertakwa kepada-Nya, bertaubat dan memperbanyakkan amalan kebaikan. Daripada Anas, katanya: Seorang lelaki datang menemui Nabi – ṣallalLāhu ‘alayhi wa sallam, lalu katanya:

يَا رَسُولَ اللهِ، إِنِّي أُرِيدُ سَفَرًا فَزَوِّدْنِي.

“Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku ini hendak bermusafir, berikanlah bekalan kepadaku.”

Nasihat baginda:

«زَوَّدَكَ اللهُ التَّقْوَى».

“Semoga Allah bekalkan ketakwaan kepadamu.”

Katanya:

زِدْنِي.

“Tambahkan lagi.”

Nasihat baginda lagi:

«وَغَفَرَ ذَنْبَكَ».

“Semoga Dia mengampunkan dosamu.”

Katanya:

زِدْنِي بِأَبِي أَنْتَ وَأُمِّي.

“Bi abī anta wa ummī, tambahkan lagi.”

Nasihat baginda lagi:

«وَيَسَّرَ لَكَ الخَيْرَ حَيْثُمَا كُنْتَ».[25]

“Semoga Allah permudahkanmu melakukan kebaikan walau di mana engkau berada.”

PENGAJARAN

Ada beberapa pengajaran yang dapat disimpulkan daripada perbincangan ini. Antaranya ialah:

  1. Setiap Muslim hendaklah menerima Allah sebagai Rabb, Ilāh, Ḥākim dan Walīy.
  2. Hubungan kasih sayang kepada selain Allah adalah lanjutan daripada perasaan kasih sayang kepada Allah, bukannya mutlak.
  3. Tiada kasih sayang kepada makhluk yang derhakakan Khāliq.
  4. Berkasih sayang sesama makhluk sehingga tergamak menderhakai Allah adalah perbuatan syirik.
  5. Dosa akibat perbuatan syirik tidak diampunkan Allah selagi pelakunya tidak bertaubat dan kembali semula mentawhidkan-Nya.



[1]     Sūrah al-An‘ām, 6:82.

[2]     Sūrah Luqmān, 31:13.

[3]     Ṣāḥīḥ al-Bukhārīy [6918].

[4]     Ṣāḥīḥ al-Bukhārīy [3808].

[5]     Al-Mu‘jam al-Kabīr [8432].

[6]     Sunan al-Tirmidhīy [2036]. Taḥqīq Abū ‘Īsā: Hadith Ṣaḥīḥ.

[7]     Sunan Ibn Mājah [67]. Taḥqīq al-Albānīy: Hadith Ṣaḥīḥ.

[8]     Ṣaḥīḥ Ibn Ḥibbān [6620].

[9]     Sha‘b al-Īmān li al-Bayhaqīy [1440]. Taḥqīq al-Albānīy: Hadith Ḥasan.

[10]    Al-Mustadrak li al-Ḥākim [1932]. Taḥqīq al-Ḥākim: Hadith Ṣaḥīḥ menurut syarat al-Bukhārīy.

[11]    Muṣannaf Ibn Abī Shaybah [26208].

[12]    Sunan Ibn Mājah [1409]. Taḥqīq al-Albānīy: Hadith Ṣaḥīḥ.

[13]    Sunan Ibn Mājah [1409]. Taḥqīq al-Albānīy: Hadith Ṣaḥīḥ.

[14]    Sunan Ibn Mājah [1977]. Taḥqīq al-Albānīy: Hadith Ṣaḥīḥ.

[15]    Jāmi‘ Bayān al-‘Ilmi wa Faḍlih [1561].

[16]    Ṣāḥīḥ al-Bukhārīy [5997].

[17]    Al-Wāfi bi al-Wafayāt, 10:244.

[18]    Sunan Ibn Mājah [3108]. Taḥqīq al-Albānīy: Hadith Ṣaḥīḥ.

[19]    Ṣaḥīḥ Muslim, 53-[1848].

[20]    Al-Sunan al-Kubrā li al-Bayhaqīy [20804].

[21]    Al-Mu‘jam al-Awsāṭ [3610].

[22]    Ṣaḥīḥ al-Bukhārīy [5181].

[23]    Al-Mustadrak ‘alā al-Ṣaḥīḥayn [1258]. Taḥqīq al-Albānīy: Hadith Ṣaḥīḥ.

[24]    Sunan Abī Dāwūd [5125]. Taḥqīq al-Albānīy: Hadith Ḥasan.

[25]    Sunan al-Tirmidhīy [3444]. Taḥqīq Abū ‘Īsā: Hadith Ḥasan Ṣaḥīḥ.

02.04.03#140415 AL-AHAD (الآحاد) & PEMBAHAGIANNYA

0

Nota 02.04.03 Kategori-kategori Perspektif Jumlah Periwayat (كثرة الرواة وقلتهم)

 

Susunan: BroSyarief

 

AL-AHAD (الآحاد) & PEMBAHAGIANNYA

 

Secara bahasa, al-Aahaad (الآحاد) adalah kata ganda bagi Ahad (أحد), yang bermaksud al-Wahid (الواحد) iaitu Satu.

 

Adapun secara teknikal, ia merujuk kepada hadits-hadits yang tidak terkumpul padanya syarat-syarat hadits mutawatir.

 

Penilaian status hadits di bawah kategori Ahad, akan bergantung kepada penilaian ulama hadits terhadap sanad dan matannya, yang menjadikan ianya boleh jadi dihukum Sahih, Hasan, Dha’if dan sebagainya.

 

Dan sebagaimana telah dinyatakan dalam nota di bawah topik hadits Mutawatir, majoriti hadits-hadits Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam di bawah kategori hadits Ahad.

 

Khabar Ahad atau Hadits Ahad boleh dilihat dari dua perspektif:

 

A. Perspektif Jumlah Periwayat, iaitu: 

 

01. Gharib (غريب) – Seorang sahaja periwayat, di salah satu Tobaqat.

02. ‘Aziz (عزيز) – Dua sahaja periwayat, di salah satu Tobaqat.

03. Masyhur (مشهور) – Tiga orang atau lebih, tak sampai peringkat Mutawatir, di salah satu Tobaqat.

04. Mustafidh (مستفيض) – Terdapat beberapa pendapat padanya.

 

B. Perspektif Diterima atau Ditolak, iaitu 

 

01. al-Maqbul (المقبول) – Yakni, yang diterima untuk berhujah dan beramal dengannya. Ie. Sahih, Hasan, dll.

02. al-Mardud (المردود) – Yakni, yang ditolak dari berhujah dan beramal dengannya. ie. Dha’if dan segala pembahagiannya.

 

WalLaahu a’lam

 

Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Abullayts KhairAbaadi. 

 

#BroSyariefShares 

Hadis 13: Rasulullah Berjumpa Para Nabi

0

 Asy-Syama’il Al-Muhammadiyyah

Hadis 13

 

13- حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، قَالَ: أَخْبَرَنِي اللَّيْثُ بْنُ سَعْدٍ، عَنْ أَبِي الزُّبَيْرِ، عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «عُرِضَ عَلَيَّ الْأَنْبِيَاءُ، فَإِذَا مُوسَى عَلَيْهِ السَّلَامُ ضَرْبٌ مِنَ الرِّجَالِ، كَأَنَّهُ مِنْ رِجَالِ شَنُوءَةَ، وَرَأَيْتُ عِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ عَلَيْهِ السَّلَامُ، فَإِذَا أَقْرَبُ مَنْ رَأَيْتُ بِهِ شَبَهًا عُرْوَةُ بْنُ مَسْعُودٍ، وَرَأَيْتُ إِبْرَاهِيمَ عَلَيْهِ السَّلَامُ، فَإِذَا أَقْرَبُ مَنْ رَأَيْتُ بِهِ شَبَهًا صَاحِبُكُمْ، يَعْنِي نَفْسَهُ، وَرَأَيْتُ جِبْرِيلَ عَلَيْهِ السَّلَامُ، فَإِذَا أَقْرَبُ مَنْ رَأَيْتُ بِهِ شَبَهًا دِحْيَةُ.

13- Telah bercerita kepada kami Qutaybah bin Sa`id, dia berkata: Telah memberitahu saya Al-Lays bin Sa`d, daripada Abi z-Zubayr, daripada Jabir bin `Abdi Llah, bahawa Rasula Llah telah berkata: «Diperlihatkan kepada saya para Nabi, maka terdapat Musa yang kurus dari kalangan lelaki, seolah-olah dia dari kalangan lelaki-lelaki Syanu’ah. Dan saya telah melihat `Isa bin Maryam, maka yang paling dekat yang saya lihat menyerupaï dengannya ialah `Urwah bin Mas`ud. Dan saya telah melihat Ibrahim, maka yang paling dengat yang saya lihat menyerupaï dengannya ialah teman kamu, iaitu dirinya. Dan saya telah melihat Jibril, maka yang paling dekat yang saya lihat menyerupaï dengannya ialah Dihyah».

 

Syarah Adou_Fr:

 

Di dalam hadis ini, terdapat nama yang hampir sama iaitu (سعيد) Sa`id dan (سعد) Sa`d. Selain itu, nama yang hampir sama juga ialah (سعاد) Sa“ad dan (سعاد) Su`ad, dan kedua-dua ini mempunyaï ejaan `Arab yang sama. Justeru, sesiapa yang ingin menyebut nama ini, dia hendaklah menyebut dengan betul sama ada Sa`id, atau Sa`d, atau Sa“ad, atau Su`ad. Begitu juga sesiapa yang ingin menulis nama mereka dengan huruf latin, maka hendaklah dipastikan ejaan yang paling menghampiri bunyinya. Masalah nama rawi seperti ini, telah menghasilkan satu bidang ilmu baru, iaitu tentang perbezaan sebutan nama rawi bagi ejaan yang sama atau hampir sama. Imam Ad-Daraqutniy telah menulis sebuah buku bertajuk Al-Mu’talif Wal-Mukhtalif yang menghimpunkan hal ini.

 

Rawi hadis ini ialah Jabir bin `Abdi Llah, dan ini berbeza daripada Jabir bin Samurah yang disebut dalam hadis kesepuluh. Justeru, dalam ilmu hadis, apabila disebut nama seseorang rawi, maka hendaklah dikenal pasti, adalah dia – contohnya – bin `Abdi Llah atau bin Samurah, kerana ia ialah dua orang yang berbeza. Begitu juga ramai lagi rawi yang mempunyaï nama yang sama, atau nama dan nama bapa yang sama, atau rawi yang dikanna dengan kunyah yang sama, setiap mereka hendaklah dikenal pasti siapa dan siapa, agar tidak bertukar orang.

 

Sila rujuk hadis ketujuh, dan anda akan mendapati bahawa Imam At-Tirmiziy menyebut (وَأَبُو جَعْفَرٍ مُحَمَّدُ بْنُ الْحُسَيْنِ وَهُوَ ابْنُ أَبِي حَلِيمَةَ) dan Abu Ja`far Muhammad bin Al-Husayn – dan dia ialah Ibnu Abi Halimah –, dan tambahan (وَهُوَ ابْنُ أَبِي حَلِيمَةَ) – dan dia ialah Ibnu Abi Halimah – adalah untuk membezakan siapakah Muhammad bin Al-Husayn yang dimaksudkan. Disebut oleh Ibnu l-Mustawfiy dalam Tarikh Irbil beberapa nama iaitu:

a) Abu Ja`far Muhammad bin Al-Husayn bin Abi Halimah Al-Qasriy, guru Imam At-Tirmizi

b) Abu Ja`far Muhammad bin Al-Husayn Al-Barjalaniy (mati 238H), pengarang Az-Zuhdiyat dan guru Ibnu Abi d-Dunya

c) Abu Ja`far Muhammad bin Al-Husayn bin Abi Hunayn Al-Kufi (mati 277H), pengarang Al-Musnad

 

Selain itu, terdapat seorang lagi dengan nama yang sama iaitu:

d) Abu Ja`far Muhammad bin Al-Husayn bin Ibrahim Al-`Amiriy bin Isykab Al-Hafiz, guru Imam Al-Bukhariy dan Imam An-Nasa’iy.

 

Justeru, tambahan oleh Imam At-Tirmizi (وَهُوَ ابْنُ أَبِي حَلِيمَةَ) – dan dia ialah Ibnu Abi Halimah – adalah untuk membezakan rawi yang dimaksudkan agar tidak tersilap.

 

Di dalam hadis ini Nabi berkata: «Diperlihatkan kepada saya para Nabi» iaitu Nabi diperlihatkan ruh para Nabi ini dalam mimpi yang benar, dalam rupa sedemikian – sebagaimana rupa mereka semasa hidup –, atau rupa tubuh mereka ditunjukkan kepada Nabi semasa jaga – dalam keadaan yaqazah – ketika di Bayti l-Maqdis dan ketika dimi`rajkan ke langit.

 

Nabi diperlihatkan tiga orang Nabi iaitu Musa, `Isa dan Ibrahim, serta mala’ikat Jibril. Setiap satu mereka digambarkan dengan satu gambaran. Musa digambarkan seperti lelaki bangsa Syanu’ah, `Isa digambarkan seperti `Urwah bin Mas`ud, Ibrahim digambarkan seperti dirinya, dan Jibril digambarkan seperti Dihyah bin Khalifah Al-Kalbiy.

 

Gambaran ini hanyalah gambaran sahaja, dan ia mungkin gambaran bagi satu sifat atau keperibadian sahaja, bukanlah bulat-bulat seperti orang yang dinamakan tersebut. Contoh yang diberi dalam hadis, Nabi menyebut tentang Musa, (ضَرْبٌ مِنَ الرِّجَالِ) yang kurus dari kalangan lelaki. Kemudian, Nabi memberikan gambaran bahawa kurusnya Musa itu adalah seolah-olah kurusnya orang-orang daripada suku Syanu’ah, iaitu sebuah qabilah dari Yaman. Orang-orang lelaki qabilah ini berbadan kurus dengan daging yang sedikit, dan tidak berisi. Dan begitulah cara memahami perumpamaan atau permisalan seperti ini.

 

Di dalam hadis ini, walaupun `Isa digambarkan seperti `Urwah bin Mas`ud, tetapi para sahabat atau orang-orang Kristian zaman itu, mereka tidak sekali-kali menyamakan `Urwah bin Mas`ud seperti `Isa. Mereka tidak mengangkatnya sebagai seorang tokoh yang dipuja, juga tidak dimuliakan seperti seorang Nabi. Begitu juga dengan Dihyah, walaupun Jibril digambarkan seolah-olah menyerupaïnya, tetapi Dihyah tidak dinobatkan atau dimuliakan berlebih-lebihan.

 

Nabi tidak memperincikan apakah sifat yang diserupakan itu. Justeru, kita tidak dapat meneka apa yang tidak disebutkan oleh Nabi. Adakah yang serupa itu wajahnya? Atau warna kulitnya? Atau kurus gemuknya? Atau sifat apa? Justeru, pada perkara yang tidak diperincikan, maka hendaklah kita berhenti dan tidak memperincikannya.

 

شرح الديارية

لأحاديث الشمائل المحمدية

للإمام أبي عيسى محمد بن عيسى بن سورة

(المتوفي سنة 279 هجرية)

Syarhu d-Diyariyyah

Li’ahadis Asy-Syama’il Al-Muhammadiyyah

Lil-Imam Abi `Isa Muhammad bin `Isa bin Sawrah

Terbelahnya Bulan: Tanda Kiamat Ke-3

0

Oleh THTL:

 

3/131: Tanda Kecil Kiamat – Terbelahnya Bulan

 

 

Dalil:

 

اقْتَرَبَتِ السَّاعَةُ وَانْشَقَّ الْقَمَرُ * وَإِنْ يَرَوْا آيَةً يُعْرِضُوا وَيَقُولُوا سِحْرٌ مُسْتَمِرٌّ

“Telah dekat (datangnya) saat itu dan telah terbelah bulan. Dan jika mereka (orang-orang musyrikin) melihat sesuatu tanda (mu’jizat), mereka berpaling dan berkata : “(Ini adalah) sihir yang terus-menerus” [QS. Al-Qamar : 1-2].

 

Tafsir Ibn katsir al-Qamar: ayat 1-2:

 

قد كان هذا في زمان رسول الله صلى الله عليه وسلم، كما ورد ذلك في الأحاديث المتواترة بالأسانيد الصحيحة. وقد ثبت في الصحيح عن ابن مسعود أنه قال: «خمس قد مضين: الروم، والدخان، واللزام، والبطشة، والقمر» وهذا أمر متفق عليه بين العلماء: أن انشقاق القمر قد وقع في زمان النبي صلى الله عليه وسلم وأنه كان إحدى المعجزات الباهرات.

Terj:

Peristiwa itu berlaku di zaman Rasulullah SAW sebagaimana warid (disebut) dalam hadis-hadis yang mutawatir (banyak jalan riwayatnya) dengan sanad-sanad yang sahih, dalam sebuah hadith sahih, Ibn Mas’ood berkata, ” lima perkara terjadi (tanda kiamat): Rom, asap, kematian, siksaan yang keras dan bulan (terbelah).”* Sepakat ulama’ bahawa terbelahnya bulan terjadi di zaman Nabi saw dan ia termasuk mukjizat yg hebat.”

 

*HR Bukhari, 4825. Muslim, 2798

 

 

Hadith 1: Ibn Mas’ood r.a

 

بَيْنَمَا نَحْنُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمِنًى إِذَا انْفَلَقَ الْقَمَرُ فِلْقَتَيْنِ فَكَانَتْ فِلْقَةٌ وَرَاءَ الْجَبَلِ وَفِلْقَةٌ دُونَهُ فَقَالَ لَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اشْهَدُوا

 

Ketika kami bersama Rasulullah saw di Mina, tiba-tiba bulan terbelah menjadi dua bagian. Satu bagian berada di belakang atas gunung (Hira’) dan separuh lainnya (berada) sedikit di bawahnya. Maka Rasulullah saw bersabda kepada kami: “Saksikanlah.” HR Bukhari, 4864. Muslim, 2800

 

 

Hadith 2: Anas r.a

 

أن أهلَ مكةَ سألوا رسولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم أن يُرِيَهم آيةً، فأراهمُ انشِقاقَ القمرِ .

 الراوي : أنس بن مالك المحدث : البخاري

 المصدر : صحيح البخاري الصفحة أو الرقم:3637

Terj: “Penduduk (kaum musyrikin) Makkah pernah meminta kepada Rasulullah saw agar beliau menunjukkan tanda kenabian. Maka beliau menunjukkan kepada mereka terbelahnya bulan.” al-Bukhari, no 3637

 

Huraian: Walaupun ia tanda yang telah lama terjadi, namun ia menjadi ilmu kepada kita bahawa ia juga salah satu tanda kecil Kiamat, dinyatakan dalam AQ surah al-Qamar dan ia juga salah satu Mukjizat baginda yang tak kurang hebatnya berbanding dengn mukjizat Nabi Musa dan Isa AS.

Tamat 3/131

 

?Nak tanya THTL, saya pernah dengar bahawa bulan tu masuk dalam baju Nabi SAW. Betul kah begitu?

 

Jawapan:

Kalau dah tak logik langsung, janganlah percaya bro…

saya memang tak pernah dengar, ini baru first time

 

Teks Bulan masuk dalam lengan baju Rasulullah
Teks Bulan masuk dalam lengan baju Rasulullah

Depa silap terjemah kitab arab tu, maksudnya depa terjemah dari kitab-kitab arab, tapi salah terjemahan.

 

Dalam shahih Bukhari Muslim, kisah di atas tak ada pasal bulan masuk poket, ia hanya bulan terbelah dengan luas antara dua buah bukit di kir dan kanan Kaabah

 

?Perkataan mana yang salah terjemah tu syeikh?

 

Jawapan:

Tak tahula, kena tanya pengarang, itu saya yang agak, sebab tak ada dalam mana-mana kitab sirah. Saya baca teks tu (pun) pening, apa maksudnya ?

 

Utz Adli Khalim:

Persoalannya wujudkah hadits bulan masuk melalui lengan baju? Sekiranya wujud, baru kita boleh periksa sanadnya.

 

@thtl_al_jazani, yang ni ke? Saya tak dapat nak terjemah riwayat ni… Ni je satu-satunya pencarian Habib yang dapat saya jumpa.

 

أن النبي أتى إليه ملك يقال له حبيب فقال له : إن كنت رسول الله فإنا نريد أن القمر ليلة تسع وعشرين يعود وينزل من طوقك ويطلع من أكمامك ، فأراهم ذلك فآمنوا به جميعا وقال : كانوا الرب

الراوي : – المحدث : ابن تيمية

المصدر : مجموع الفتاوى – الصفحة أو الرقم: 18/355 – خلاصة حكم المحدث : من الأحاديث المفتراة باتفاق أهل العلم

?Saya pernah terbaca artikel dari Astronomi dan Nasa yang mereka pernah buat penemuan di bulan terdapat satu garisan lurus di tengah-tengah permukaan bulan tu seolah-olah pernah terputus dua..maaf banyak saya lupa dimana saya baca artikel tersebut..laporan tersebut seolah-olah membenarkan kisah bulan terbelah dua ni

 

Komen Utz Adli Khalim:

Bagi saya, tak perlu ada gambar-gambar kesan terbelahnya bulan.

 

1. Kita beriman dengan Al-Qur’an dan As-Sunnah dalam penetapan perkara ghaib (dalam kes ini, perkara ghaib adalah terbelahnya bulan, sebab kita sendiri tidak menyaksikannya).

 

2. Gambar-gambar tersebut boleh jadi cuma rekaan atau penipuan semata-mata (mungkin ada pihak yang sengaja ingin mempersendakan umat Islam, yang terlalu cepat percaya).

 

3. Saya perhatikan ramai umat Islam hari ini yang suka sangat dengan perkara-perkara “ajaib” seperti ini. Saya percaya kalau ada sesiapa yang sanggup buat artikel tentang isu ini, dan sebarkannya di FB, pasti ramai yang akan share. Seolah-olah itulah “Islam”. Ilmu pemahaman tentang Al-Qur’an dan As-Sunnah bukan lagi menjadi fokus, tetapi sibuk dengan “keajaiban-keajaiban” seperti ini.

 

4. Contohnya sudah banyak. Contoh paling mudah, “sunnah” Nabi mula makan dengan secubit garam. Ramai yang share. Hadits pun tak shahih, macam mana boleh jadi sunnah? (http://www.konsultasisyariah.com/sunnah-nabi-menjilat-garam-sebelum-dan-sesudah-makan/)

 

Wallahu a`lam.

Tazkirah

0

??Tazkirah??

Hayati ucapan ulama’ hebat ini…

 

 عبارة جمیلة للدكتور عائض القرني ـَـَََـَ    

 

Kalimat indah dari Dr. Aid Al-Qarni

 

         نحن لا نملك تغییر الماضي 

Kita tidak boleh merubah yang telah terjadi

 

          و لا رسم المستقبل .. 

Juga tidak boleh menggariskan masa depan

 

         فلماذا نقتل أنفسنا حسرة

Lalu mengapa kita bunuh diri kita dengan penyesalan?

 

        على شيئ لا نستطیع تغییره؟

Atas apa yang sudah tidak boleh kita ubah

 

  الحیاة قصیرة وأهدافها كثيرة

Hidup itu singkat sementara matlamatnya banyak

 

          فانظر إلى السحاب 

          و لا تنظر إلى التراب .. 

Maka, tataplah awan dan jgn lihat ke tanah

 

          إذا ضاقت بك الدروب 

          فعلیك بعلام الغیوب 

      و قل الحمدلله على كل شيئ 

Kalau merasa jalan sudah sempit, kembalilah ke Allah yg Maha Mengetahui yang ghaib!

Dan ucapkan alhamdulillah atas apa saja.

 

 سفينة (تايتنك) بناها مئات الأشخاص

Kapal titanic dibuat oleh ratusan orang

 

وسفينة ( نوح ) بناها شخص واحد

Sedang kapal nabi Nuh dibuat hanya oleh satu orang

 

  الأولى غرقت والثانية حملت البشرية

Tetapi, Titanic tenggelam. Sedang kapal Nabi Nuh menyelamatkan umat manusia

 

     التوفيق من الله سبحانه وتعالى

Taufik hanya dari Allah swt

 

       نحن لسنا السكان الأصليين 

          لهذا الكوكب الأرض !! 

       بل نحن ننتمي إلى ( الجنّة ) 

Kita bukanlah penduduk asli bumi, asal kita adalah syurga

 

          حيث كان أبونا آدم 

          يسكن في البداية 

          لكننا نزلنا هنا مؤقتاً  

        لكي نؤدّي اختبارا قصيرا 

          ثم نرجع بسرعة .. 

Tempat, di mana org tua kita, Adam, tinggal di permulaan.

Kita tinggal di sini hanya untuk sementara,

Untuk mengikuti ujian lalu segera kembali.

 

فحاول أن تعمل ما بوسعك

لتلحق بقافلة الصالحين 

التي ستعود إلى وطننا الجميل الواسع

و لا تضيع وقتك في هذا الكوكب الصغير

Maka berusahalah semampumu,

Untuk mengejar kafilah orang-orang soleh, Yang akan kembali ke tanah air yang sangat luas

Jangan sia-siakan waktumu di planet kecil ini..!

 

الفراق: ليَس السفِر، ولا فراق الحب، حتىّ الموت ليس فراقاْ 

سنجتمَع في الآخرة

الفراق هو: أن يكون أحدنا في الجنة، 

والآخر في النار

جعلني ربي وإياكمَ من سكان جنته..

Perpisahan itu bukanlah kerana perjalanan yang jauh,

Atau kerana ditinggal orang tercinta,

Bahkan, kematian pun bukanlah perpisahan, sebab kita pasti akan bertemu di akhirat.

Perpisahan itu adalah,

Jika salah satu diantara kita di syurga dan yang lain di neraka.

Semoga Allah swt menjadikan kita semua sebagai penghuni syurga!

 

والحياة ما هي إلا قصة قصيرة !!

( من تراب .  تراب . إلى تراب )

( ثم حساب . فثواب . أو عقاب )

Hidup ini adalah cerita pendek, dari tanah, di atas tanah, dan kembali ke tanah,

Lalu hisab (yang hanya menghasilkan dua kemungkinan); pahala atau seksa.

 

فعش حياتك لله – تكن أسعد خلق ﷲ 

اللهم لك الحمد كما ينبغي لجلال وجهك وعظيم  سلطانك

Maka, Hiduplah untuk Allah nescaya kau akan jadi makhluk-Nya yang paling bahagia.

Ya Rabb utkmu segala puji yang layak untuk kemuliaan wajah-Mu dan keagungan kekuasan-Mu!

 

Kalam hebat seorang yang dikurniakan mata hati yang terang dan jernih..

Semoga Allah merahmati Sheikh Dr . Aid Al Qarni… Amiinn..

02.04.02#130415 HADITS AL-MUTAWATIR (المتواتر) Bhg. 02

0

Nota 02.04.02 Kategori-kategori Perspektif Jumlah Periwayat (كثرة الرواة وقلتهم)

Susunan: BroSyarief

 

HADITS AL-MUTAWATIR (المتواتر) Bhg. 02

 

Penilaian hukum terhadap hadits Mutawatir:

01. Ianya membawa kepada keyakinan penuh akan kebenarannya, tanpa ada sebarang keraguan.
02. Kesahihannya pasti tanpa perlu diperiksa hal-ehwal periwayat di dalam keseluruhan sanad-sanadnya.
03. Wajib meyakini kebenarannya dan mengamalkannya sebagaimana meyakini kebenaran al-Quran, dan mengingkari khabar Mutawatir membawa kepada kekufuran.

 

 

Pembahagian Hadits Mutawatir:

01. al-Mutawatir al-Lafzi (المتواتر اللفظي)

 

Lafaz dan makna hadits serupa dari seluruh jalan periwayatan.

 

Contohnya, hadits berikut yang diriwayatkan oleh berpuluh-puluh sahabat, sabda Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam:

مَنْ كَذَبَ عَلَىَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ

“Barangsiapa yang berbohong di atas namaku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dari api neraka” [al-Bukhari & Muslim]

 

 

02. al-Mutawatir al-Maknawi (المتواتر المعنوي)

Lafaz-lafaz berbeza, tapi mempunyai makna yang sama dari jalan periwayatan yang berbeza-beza.

 

Contohnya, hadits-hadits yang menceritakan tentang Niat, yang mana ia terlalu banyak, berbeza lafaz-lafaznya, dan mutawatir secara makna.

 

 

03. al-Mutawatir al-‘Amali (المتواتر العملي)

ِApa yang diamalkan secara meluas, dipraktikkan dari generasi ke satu generasi, yang mana orang-orang beriman tidak berbeza pada praktik perbuatan tersebut.

 

Contohnya: Perbuatan solat lima waktu, puasa bulan Ramadhan, Haji dan Zakat. Ianya Mutawatir secara Amali, dari Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam, kemudian diamalkan oleh para sahabat, dan seterusnya, dan seterusnya.

 

Adapun jumlah hadits Mutawatir secara lafzi ianya sedikit, adapun secara maknawi ianya banyak, berbanding lafzi. Namun jika dibandingkan dengan kategori hadits Ahad, hadits Mutawatir jauh lebih sedikit berbanding hadits Ahad.

 

Di antara penulisan-penulisan berkaitan Hadits Mutawatir adalah:

01. al-Fawaid al-Mutakatsirah fi al-Akhbar al-Mutawatirah, karangan as-Suyuti (w.911H)
02. al-Azhar al-Mutanatsirah fi al-Akhbar al-Mutawatirah, karangan as-Suyuti.
03. Nazhm al-Laali al-Mutanatsirah fi al-Ahadits al-Mutawatirah, karangan az-Zubaidi (w.1205H)
04. Nazhm al-Mutanatsir min al-Hadits al-Mutawatir, karangan al-Kattani (w.1345H)

WalLaahu a’lam

Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Abullayts KhairAbaadi.

#BroSyariefShares

Hadis 12: Putihnya Kulit Rasulullah

0

شرح الديارية

لأحاديث الشمائل المحمدية

للإمام أبي عيسى محمد بن عيسى بن سورة

(المتوفي سنة 279 هجرية)

Syarhu d-Diyariyyah

Li’ahadis Asy-Syama’il Al-Muhammadiyyah

Lil-Imam Abi `Isa Muhammad bin `Isa bin Sawrah

Hadis 12

 

12- حَدَّثَنَا أَبُو دَاوُدَ الْمَصَاحِفِيُّ سُلَيْمَانُ بْنُ سَلْمٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا النَّضْرُ بْنُ شُمَيْلٍ، عَنْ صَالِحِ بْنِ أَبِي الْأَخْضَرِ، عَنِ ابْنِ شِهَابٍ، عَنْ أَبِي سَلَمَةَ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَبْيَضَ، كَأَنَّمَا صِيغَ مِنْ فِضَّةٍ، رَجِلَ الشَّعْرِ.

 

12- Telah bercerita kepada kami Abu Dawud Al-Masahifiy Sulayman bin Salm, dia berkata: Telah bercerita kepada kami An-Nadhr bin Syumayl, daripada Salih bin Abi l-Akhdhar, daripada Ibni Syihab, daripada Abi Salamah, daripada Abi Hurayrah, dia berkata: Rasulu Llah adalah putih, sepertimana hasilan daripada perak. Ikal rambut.

 

Syarah Adou_Fr:

 

Imam At-Tirmizi meriwayatkan hadis ini daripada gurunya iaitu Sulayman bin Salm, yang dikanna sebagai Abi Dawud Al-Masahifiy Al-Balkhiy. Dia dikanna sebagai Al-Masahifiy kerana dia telah menulis al-masahif (jama` bagi perkataan mushaf). Balkh ialah nama bandar di Khurasan, yang menjadi tempat kematiannya pada tahun 238H.

 

Apabila meriwayatkan daripada Sulayman bin Salm, murid-muridnya akan menggunakan panggilan yang berbeza. Antaranya:

 

a) Abu Dawud Sulayman bin Salm Al-Balkhiy

b) Abu Dawud Sulayman bin Salm Al-Masahifiy

c) Abu Dawud Sulayman bin Salm Al-Masahifiy Al-Balkhiy

d) Abu Dawud Al-Masahifiy Sulayman bin Salm Al-Balkhiy

e) Sulayman bin Salm

f) Sulayman bin Salm Abu Dawud Al-Balkhiy

g) Sulayman bin Salm Al-Balkhiy

h) Sulayman bin Salm Al-Balkhiy Abu Dawud Al-Masahifiy

i) Sulayman bin Salm Al-Masahifiy Al-Balkhiy

 

Justeru, inilah kepentingan mengetahuï dengan jelas siapakah para perawi hadis, beserta dengan (كُنْيَة) kunyah yang digunakannya. Justeru, para `ulama’ menulis kitab seperti Al-Kuna Wal-Asma’ oleh Imam Muslim. Hal ini kerana, menjadi tradisi `Arab untuk seseorang dikanna dengan kunyah, yang kadangkala pelbagai. Dan sesetengah murid, mereka mungkin menyebut nama gurunya dengan kunyah yang berbeza-beza, sedangkan ia merujuk kepada orang yang sama. Justeru, apabila seseorang tidak mendalami ilmu tentang kunyah dan dengan nama apa rawi itu dikanna, dia mungkin tersalah orang apabila disebutkan nama-nama perawi.

 

Abu Hurayrah menyebut bahawa Rasulu Llah adalah orang yang putih kulitnya, seputih produk atau barangan yang dihasilkan daripada perak. Namun, kita mengetahuï bahawa perak tidak berwarna putih. Kenapa Aba Hurayrah tidak menggunakan perumpamaan putih seperti susu? Hal ini kerana putih di sini bukanlah sejenis warna, tetapi merujuk kepada sifat yang cerah pada logam perak. Logam perak, atau produk yang terhasil daripada perak seperti cincin atau gelang, adalah bersinar dan cerah. Justeru, Abu Hurayrah ingin menggambarkan bahawa Nabi bukan berkulit hitam arang kelam, tetapi kulitnya adalah cerah bercahaya. Seterusnya Abu Hurayrah menyebut tentang sifat rambut Nabi yang ikal.

ترجمة وشرح باللغة الماليزية 

Terjemahan dan Syarah oleh

محمد عدلن بن محمد شريف الدين بن أحمد بن جعفر الدياري

ADÖULINÉ Lacharouphe

Mohd `Adlan Bin Mohd Shariffuddin

Forty Hadits with BroSyarief-Hadits 10

0

Bismillah..

A = Finished listening

B = Understood well

C = Understood so-so

12.01 Room48 Forty Hadits with BroSyarief-Hadits 10

12.02 Room48 Forty Hadits with BroSyarief-Hadits 10

12.03 Room48 Forty Hadits with BroSyarief-Hadits 10

12.04 Room48 Forty Hadits with BroSyarief-Hadits 10

12.05 Room48 Forty Hadits with BroSyarief-Hadits 10

12.06 Room48 Forty Hadits with BroSyarief-Hadits 10

12.07 Room48 Forty Hadits with BroSyarief-Hadits 10

12.08 Room48 Forty Hadits with BroSyarief-Hadits 10

12.09 Room48 Forty Hadits with BroSyarief-Hadits 10

12.10 Room48 Forty Hadits with BroSyarief-Hadits 10

12.11 Room48 Forty Hadits with BroSyarief-Hadits 10

12.12 Room48 Forty Hadits with BroSyarief-Hadits 10

Antara belajar al-Quran dengan hadits, manakah lebih utama?

0

? Antara belajar al-Quran dengan hadits yang mana lebih utama andai sorang tu tak boleh baca al-Quran?

 

 

Jawapan Utz Adli Khalim:

 

Belajar membaca AQ – dapat pahala walaupun tak faham terjemahan atau isi kandungan.

 

Belajar memahami isi kandungan AQ – penting untuk dijadikan pedoman hidup.

 

Belajar memahami hadits – penting untuk dijadikan pedoman hidup.

 

Kesimpulan, belajarlah semuanya walaupun secara merangkak-rangkak sebab semuanya penting untuk kehidupan seorang Muslim.

 

Wallahu a`lam.

 

 

Nasihat Ustaz Baharuddin Ayudin:

 

Al-Qur’ān adalah KalamulLAh. Apabila seseorang itu beriman kepada Allah, ia mesti memahami KalamulLah. Apabila ia faham KalamulLah, barulah ia boleh mentawhidkan Allah dalam setiap sudut kehidupannya, barulah amalannya di terima Allah. Apabila amalannya di terima Allah sudah pasti ia beroleh kejayaan dalam kehidupannya di dunia dan akhirat.

 

Dalil dari moderator:    

بسم الله الرحمن الرحيم

 

فَاسْتَمْسِكْ بِالَّذِي أُوحِيَ إِلَيْكَ ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ

 

Maka berpegang teguhlah kamu kepada agama yang telah diwahyukan kepadamu. Sesungguhnya kamu berada di atas jalan yang lurus.

Surah Az-Zukhruf (43:43)

 

وَإِنَّهُ لَذِكْرٌ لَكَ وَلِقَوْمِكَ ۖ وَسَوْفَ تُسْأَلُونَ

 

Dan sesungguhnya Al Quran itu benar-benar adalah suatu kemuliaan besar bagimu dan bagi kaummu dan kelak kamu akan ditanya (tentang isi kandungannya yang telah telah kamu amalkan)

Surah Az-Zukhruf (43:44)

 

Dari ‘Utsman bin ‘Affan radhiyallahu ‘anhu berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“خيركم من تعلم القرآن وعلمه” رواه البخاري(1).

“Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari al-Qur’an dan mengajarkannya.”

(HR. Al-Bukhori, shahih)

Popular

Iklan

Iklan