Utama Blog Halaman 269

Hadith 92: Segerakan Kebaikan Walaupun Di Zaman Yang Teruk

0

92. Keenam: Dari Zubair bin ‘adiy, katanya:

“Kita semua mendatangi Anas bin Malik r.a., kemudian kita mengadukan padanya perihal apa yang kita temui dari perlakuan Hajjaj – seorang panglima dari dinasti Bani Umayyah dan ia adalah seorang zalim, lalu Anas berkata: “Bersabarlah engkau sekalian, sebab sesungguhnya saja tidaklah datang sesuatu zaman melainkan apa yang sesudahnya itu tentu lebih buruk daripada zaman itu sendiri, demikian itu sehingga engkau sekalian menemui Tuhanmu. Ucapan semacam ini pernah saya dengar dari Nabimu sekalian s.a.w. (Riwayat Bukhari)

Fiqh Wanita 31 (Umum)

0

#ElRose

S&J Fiqh Wanita
———————–

 

Soalan 1

Apa hukum bersama suami dalam keadaan tak sedar kita sedang haid?

Jawapan 2 Thtl

Jimak tanpa menyedari sedang haid.
Diangkat hukum dalam 3 hal:

*Dari Ibnu Abbas ra
Bahawa Rasulullah Shallallahu Wa Sallam bersabda,
“Sesunguhnya Allah Azza Wa Jalla memaafkan kesalahan(yang tanpa sengaja)dan (kesalahan karena)lupa dari umatku serta kesalahan yang terpaksa dilakukan.”HR Ibn Majah 2045,Albani sahih.

 

 

Soalan 2

Seorang wanita haidnya 15 hari tetapi terdapat hari (contoh hari ke 7) haidnya kering sebentar dan haid ada semula pada hari ke lapan.
Adakah wajib mandi wajib pada hari ke 7 untuk mengerjakan ibadah wajib atau tunggu saja kerana memang menjadi kebiasaan haidnya 15 hari ?

Jawapan 2 Thtl 

Jika period konsisten 15 hari atau x hari , maka memang kena habiskan 15 hari atau x hari tersebut.(Syeikh ben Othimin,fiqh al-mar’ah)

 

 

Soalan 3

Berkenaan wiladah.
A) Adakah darah yang keluar semasa dalam proses mengeluarkan bayi iaitu sewaktu contraction disaat beberapa waktu sebelum bayi keluar itu dianggap wiladah?
B) Bolehkah mandi hadas untuk wiladah itu dibuat esok harinya.Contoh bersalin malam ?

Jawapan 3 Thtl

Wiladah.
Wiladah maksudnya bersalin.
A) Darah yang keluar semasa contraction adalah darah nifas.
B) Mandi suci dari wiladah atau nifas dilakukan selepas 40 hari pantang,jika nifasnya normal 40 hari.

*Mandi kerana bersalin tidak dinamakn mandi untuk suci dari bersalin,kerana nifasnya belum kering.
*Kalau mandi wiladah esoknya,untuk apa?
sedangkan dia masih dalam keadaan hadath kerana bersalin.

 

 

Soalan 4

Kita membaca ayat-ayat AQ dengan niat mengajar anak dan dalam masa yang sama kita terlupa yang kita dalam keadaan haid.Bila teringat baru berhenti.Apakah dikira berdosa?

Jawapan 4 Thtl 

Wanita haid boleh baca AQ , yang tak boleh menyentuh dan membawa mushaf (AQ tanpa terjemahan).

 

 

Soalan 5

Boleh jelaskan maksud sujud sahwi dan bila perlu dilakukan?

Jawapan 5 Thtl 

Seputar sujud sahwi.
A) Jika terdapat kekurangan pada shalat-seperti kekurangan tasyahud awal
B) Jika terdapat kelebihan dalam shalat-seperti terdapat penambahan satu rakaat
C) Jika seseorang terlanjur salam , namun ternyata masih memiliki kekurangan rakaat
D) Jika terdapat keraguan dalam shalat,lalu ia mengingatnya dan hendaklah memilih yang yakin,semisal ia ragu apakah shalatnya empat atau lima rakaat.
(Fatwa Al-Lajnah Ad Daimah Lil Buhuts Al ‘Ilmiyyah wal Ifta’soal ketujuh,fatwa no 8540,7/129.

 

 

Soalan 6

Saya memakai implan hampir 2 tahun,sejak 2 bulan lepas,period saya panjang selama 17 hari cuma dari bulan 4 dari 13 hb hingga 8 mei lebih 3 minggu.Saya sudah berjumpa pakar dan tiada cyst fibriod cuma implan penyebab gangguan hormon saya , jadi period tidak betul dan panjang.
Jadi pada hari ke 7 belas period , saya sudah mandi dan solat seperti biasa bila tiada bau darah haid yang keluar darah merah cair saja. Doktor ada memasukkan ubat dalam kemaluan saya untuk stopkan darah pada 8 mei dan kering sepenuhnya pada 10 mei,hari ni 13 mei saya period balik.
Adakah itu dikira haid atau tidak kerana saya pun ada gangguan senggugut sekali?
Jika bukan ,perlukah saya mandi hadas untuk solat ?

Jawapan 6 Thtl 

Isu haid kerana gangguan hormon.
Kalau implan menyebabkan hormon dan period semakin panjang , maka ia kena kaji balik . kerana bila suami nak bersama anda?
*Period 17 hari, kemudian selepas kering 3 hari,maka period datang lagi, maka haid lah. Maka anda cuma bersih 3 hari saja dalam bulan mei.
Pattern haid anda perlu dimonitor lagi untuk sebulan dua sebelum berjumpa pakar sekali lagi.

 

 

Soalan 7

Mengenai telinga yang ditindik.Ada pendapat mengatakan kena melalukan air di lubang tindik semasa mengangkat hadas besar untuk tujuan meratakan air ke seluruh anggota badan.
Mohon penjelasan .

Jawapan 7 Thtl 

Seputar mandi junub.
Meratakan air apakah air kena masuk lubang tindik?
*“Hai orang-orang yang beriman , janganlah kamu menanyakan (kepada Nabimu) hal-hal jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu dan jika kamu menanyakan diwaktu Al-Quran itu diturunkan , niscaya akan diterangkan kepadamu,Allah memaafkan (kamu) tentang hal-hal itu.
Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun ” (QS Al – Maidah : 101)
Jawabnya : tidak perlu kerana termasuk perkara yang didiamkan oleh syarak.

 

 

Soalan 8

Saya pernah terbaca bahawa solat jumaat wajib kepada semua  lelaki dan perempuan . Lelaki wajib berjemaah di masjid dan perempuan boleh solat di rumah, solat seperti biasa 4 rakaat.Cuma niatnya perlu ditukar kepada niat solat jumaat 4 rakaat. 4 rakaat seperti lepas zohor.

Jawapan 8 Thtl 

Hukum solat keatas kaum wanita.Ini hukum yang maklum. Aneh kalau wanita tidak tahu hukumnya solat jumaat.
*Dari Thoriq bin Syihab ,dari Nabi SAW bersabda ,
“Shalat jum’at itu wajib bagi setiap muslim secara berjemaah selain empat orang:hamba abdi,wanita,anak kecil dan orang sakit.”(HR Abu Daud no.1067.Syeikh Al-Albani:Sahih)

Jika wanita solat di masjid , maka solatnya sah dan tak payah buat solat zuhur sesudahnya,jika wanita solat di rumah,ia solat zuhur 4 rakaat bukan niat solat jumaat sebab solat jumaat adalah di masjid.(Fatwa Al-Lajnah Ad Daimah lil Buhuts Al ‘Ilmiyyah wal Ifta’,8/212,no.4147).

 

 

Soalan 9

Bolehkah wanita uzur /period membaca ayat-ayat AQ dengan niat zikrullah? sebagai contoh membaca Al-Mathurat dan rukyah perubatan islam?

Jawapan 9 Thtl

Wanita period / haid berzikir , membaca AQ dan rukyah.
Harus hukumnya.
Dalil:
“Lakukanlah segala sesuatu yang dilakukan orang yang berhaji selain dari melakukan tawaf di kaabah hingga engkau suci.”(HR Bukhari no.305 dan Muslim no.1211 dari Aisyah)
Maka yang tidak boleh ialah solat,puasa tawaf dan sentuh musyhaf. Yang lain semua boleh fatwa saudi.

 

 

Soalan10

Saya ada masalah keputihan, bila nak solat saya dah bersihkan tapi masih ada keputihan yang tersekat . Boleh kah saya solat sahaja dan sambung dengan membaca Al quran?

Jawapan 10 Thtl

Keputihan atau vaginal discharge
Ia termasuk istihadzah , cecair selain darah haid dan nifas
caranya , bersihkan kemaluan , berwudhu’ dan pakai panty liner dan boleh bersolat . Adapun membaca AQ tidak memerlukan wudu’.
Jika diperiksa panty liner masih kering , tak ada stain, maka wudhu masih valid/sah.

 

 

Soalan 11

Bila waktu paling lewat yang boleh untuk mandi wajib supaya puasa sah pada hari tersebut?

Jawapan 11 

Mandi Junub di bulan Ramadhan .
Wajib mandi kerana nak solat subuh . Kalau ditangguhkan mandi hingga naik matahari , maka solat subuhnya melayang . Maka sebaiknya mandi sebelum terbit matahari untuk elakkan terlepasnya solat subuh . WA

 

 

Soalan 12

Seorang isteri yang baru saja berhenti darah haid dan belum pun mandi wajib telah diajak oleh suami untuk bersama .
Apakah hukumnya dan bagaimana cara mandi bagi dua sebab (haid dan jimak) yang ditanggung oleh isteri?

Jawapan 12 Thtl 

Jimak selepas haid tetapi belum mandi wajib.

“Dan janganlah kamu mendekati mereka , sebelum mereka suci” Aq 2 :222

Ini khilaf jumhur (Maliki, Syafiiy dan Hanbali) kena mandi junub dulu kerana bersih dalam ayat tersebut ialah mandi.
Manakala mahzab Hanafi boleh asalkan wanita membersihkan kemaluannya terlebih dahulu . Ini juga (pendapat Imam al-Syuyuti I’aanah at-Thaalibin 1/85)
Pendapat yang rajih kena mandi dulu .(Ibn Qudamah,Al- Mugni1/387).

Fiqh Wanita 30 (Umum)

0

#ElRose

S&J Fiqh Wanita
Soalan 1

Apa dalil /qaul Syafeieyyah yang menetapkan kedudukan saf imam yang bermakmumkan seorang wanita tepat dibelakang imam?
Bagaimana pula kalau kedudukan safnya dibelakang sebelah kiri imam?

Jawapan 1 Thtl 

Posisi makmun wanita dibelakang atau disebelah kiri imam. Tidak ada petunjuk yang jelas mengenai posisi imam lelaki dan isterinya kerana Imam Bukhari mebuat satu bab dalam kitab sahihnya berjudul:
Imam Al-Bukhari rahimullah memberikan judul bab terhadap hadith diatas:
“Bab:Makmun berdiri tepat disamping kanan imam jika mereka hanya shalat berdua.” ini merujuk kepada lelaki. Ada dua hadith,Ibn Abbas solat dirumah emak saudaranya,Maimunah isteri Nabi SAW dan mereka bertiga solat,Ibn Abbas duduk sebelah kanan Nabi,manakala maimunah berdiri tepat dibelakang Nabi bukan dikirinya.

 

 

Soalan 2

Saya pernah dengar yang air tadahan wuduk boleh digunakan untuk mandi wajib. Betul tak apa yang saya dengar itu? Sekiranya air tadahan wuduk boleh buat mandi wajib, adakah boleh untuk buat bersuci?

Jawapan 2 Thtl 

Air mustakmal.
Air mustakmal adalah air recycle dari berwuduk atau mandi.Maka ikut mahzab syafiiy tak sah kerana air tadahan atau recycle water kena dua kolah atau 270 liter.Manakala jumhur boleh sebab air mustakmal masih suci.

 

 

Soalan 3

Bagaimana penggunaan mandi shower atau penggunaan besen besar(untuk tadah air).
Untuk mandi wajib boleh ke.?

Jawapan 3 Thtl

Air shower adalah air paip dan tak ada mustakmal datang berterusan dari paip,air tadahan besen besar,jika menjadi mustakmal,maka tidak suci di sisi mahzab Syafiiy jika kurang dari dua kolah.

 

 

Soalan 4

Berkenaan solat jamak.
A) Boleh tak diterangkan lagi dengan lebih jelas sebab saya ada dengar jika seorang gadis menaiki bas untuk perjalanan yang jauh dibolehkan jamak kerana khuatir akan keselamatan dirinya.
B) Andai pergi ke shopping kompleks, adakah boleh jamak contoh zohor dan asar kerana sibuk dengan urusan dan ada anak kecil yang dibawa bersama.

Jawapan 4 Thtl

Solat jamak.
Sebab solat jamak ialah “Apabila dalam perjalanan,Rasulullah SAW menjama’ shalat zuhur dengan Asar serta maghrib dengan Isya’.”( HR Al Bukhari:1107 dan Muslim:704)

b) Jika safar atau kembara atau travelling,maka boleh menjamak solat, bahkan menqasarkannya sekaligus
b) Jamak kerana pergi ke mall dan kesusahan anak kecil ia dilihat kepada kaedah “Sesuatu yang dharurat itu diukur berdasarkan kadarnya”.Jika di mall tersebut ada surau,maka kenalah solat tamam,kemudian ke mall hanyalah leisure atau bersenang-senang bukan urgensi.

 

 

Soalan 5

Kalau terlepas waktu subuh (terbangun hanya setelah waktu syuruk) ,niat qada’ atau tunai sebab pernah terbaca niat tunai dan bukan qada’

Jawapan 5 Thtl 

Niat solat subuh ditunaikan diluar waktu kerana tidak sedar.

 

 

Soalan 6

Apa hukum seseorang yang memasukkan semula buasirnya yang keluar ketika dia berpuasa.
Adakah batal puasanya?

Jawapan 6 Thtl 

Memasukan buasir sedangkan dia berpuasa. Batal puasa ialah memasukkan makanan kedalam alat yang biasa untuk makan,yakni mulut,adapun memasukkan usus ketempat asal,bukanlah aktiviti makan dan tidak melibatkan mulut,maka tidak batal.DYQ fiqh siyam.

 

 

Soalan 7

Si A Ingin membuat personel loan dibank tetapi tak cukup syarat.Lalu dia minta tolong pada B, dengan menggunakan nama beliau dan berjanji akan menjelaskan bayaran bulanan pada bank. Tapi janji tinggal janji daripada first payment sampai sekarang, bayaran terpaksa ditanggung oleh B. Apakah status hutang si A atau memang selesai dunia tapi diakhirat?

Jawapan 7 Thtl

Kawan pekena kawan dalam pinjaman bank. Jika si A,menipu dalam urusan hutang,maka si B kenalah membuat lapuran polis dan laporan rasmi kepada bank minta nasihat dengan membawa laporan polis.Mengenai hutang si A kepada si B,maka ia adalah hutang dunia dan hutang akhirat.Selagi anda tidak melupuskannya,maka ruhnya akan tergantung.

“Jiwa seorang mukmin itu terkantung-kantung dengan sebab hutangnya sampai hutangnya dilunasi.”
HR Ahmad,Termidzi dan Ibn Majah,dinilai sahih oleh Albani.

 

 

Soalan 8

Jika kita belajar mengaji Al Quran dan dikenakan bayaran ikut ikhlas kita nak bagi, itu dikira upah ke?

Jawapan 8 Thtl

Upah mengaji AQ khilaf fiqhi,
*Jumhur termasuk Syafiiy dan Maliki, harus kerana dikhuatiri akan pupusnya guru AQ dan membahayakan umat.
*Manakala pendapat Hanbali dan Hanafi,tidak membenarkan.( Subul as Salam juz 111 hal 155)

 

 

Soalan 9

Jika kita dalam mendidik remja yang sosial, ke arah mengenal basic islam dan kadang-kadang dia mengulangi kesalahannya seperti minum arak, adakah patut diteruskan dalam mendidiknya ?

Jawapan 9 Thtl 

Kesabaran dalam dakwah.

“Serulah kejalan Tuhanmu(Wahai Muhammad)dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik,dan berbahas dengan mereka (yang Engkau seru itu)dengan cara yang lebih baik:Sesungguhnya Tuhanmu ,Dialah jua Yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya,dan Dia jua Yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.”
an Nahlu :125

 

 

Soalan 10

Dalam kapal terbang,adakah sah kalau kita solat diatas kerusi tanpa ambil berat soal kiblat ?

Jawapan 10 Thtl

Solat dalam pesawat untuk penerbangan jarak jauh. Hanya pesawat Saudia,Emirates, Qatar yang ada surau dalam aircraft dengan live kiblat finder.Pesawat Mas pun ada.
Jika tiada ,maka solatlah atas kerusi anda.Kiblat ketika untuk takbiratul ihram sahaja.Jika anda naik pesawat menuju Barat,maka barat untuk laluan Jeddah-KLIA,maka barat itulah kiblatnya.Jika anda balik ke KLIA dari Jeddah,misalnya,kiblat berada di belakang anda,maka ketika takbir hadaplah kiblat.WA

E-Buku – Syarhu d-Diyariyyah Hadis 1-39 oleh Ustaz Mohd ‘Adlan

0

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh,

Buku ini adalah waqaf pihak UiTO kepada seluruh umat Islam. Dianjurkan untuk menyebarkannya, dan mencetaknya dengan sebarang alat percetakan. Dilarang plagiat, dan dilarang meniagakannya tanpa izin bertulis daripada penulis.

Sila klik butang muat turun untuk muat turun e-buku. Jazakallahu khairan

Muat Turun

 

E-Buku – Hadith-Hadith Fadhilat Pengkhususan Surah Al-Kahfi Pada Hari Jumaat : Satu Kajian Terperinci oleh Dr. Fathi Al-Sakandary

0

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh,

Buku ini adalah waqaf pihak UiTO kepada seluruh umat Islam. Dianjurkan untuk menyebarkannya, dan mencetaknya dengan sebarang alat percetakan. Dilarang plagiat, dan dilarang meniagakannya tanpa izin bertulis daripada penulis.

Sila klik butang muat turun untuk muat turun e-buku. Jazakallahu khairan

Muat Turun

 

E-Buku – Bantahan Terhadap Warta Kerajaan Selangor Yang Bertajuk Fatwa Menangani Persoalan Bid’ah Dalam Masalah Ikhtilaf/Khilaf Perkara Furu’ oleh Tuan Hassan Tuan Lah Al-Jazani (THTL)

0

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh,

Buku ini adalah waqaf pihak UiTO kepada seluruh umat Islam. Dianjurkan untuk menyebarkannya, dan mencetaknya dengan sebarang alat percetakan. Dilarang plagiat, dan dilarang meniagakannya tanpa izin bertulis daripada penulis.

Sila klik butang muat turun untuk muat turun e-buku. Jazakallahu khairan

Muat Turun

 

E-Buku – Kaedah-Kaedah Dalam Memahami Bid’ah oleh Tuan Hassan Tuan Lah Al-Jazani (THTL)

0

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh,

Buku ini adalah waqaf pihak UiTO kepada seluruh umat Islam. Dianjurkan untuk menyebarkannya, dan mencetaknya dengan sebarang alat percetakan. Dilarang plagiat, dan dilarang meniagakannya tanpa izin bertulis daripada penulis.

Sila klik butang muat turun untuk muat turun e-buku. Jazakallahu khairan

Muat Turun

 

QURAN & US

0

QURAN & US

Consistently read the quran.

Even if it’s just a few lines.

Even if you’re reading it slow.

It’s about quality, not quantity.

#BroSyariefShares

******

Join me on Telegram at https://telegram.me/tazkirah

Baju T-Shirt UiTO

0

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh,

UiTO kini mengambil pesanan untuk tempahan baju t-shirt. Lihat contoh baju seperti gambar di bawah.

 

photo_2015-12-20_12-29-58

Pandangan Depan

photo_2015-12-20_12-30-02

Pandangan Belakang

 

Harga adalah RM 35.00 termasuk dengan kos penghantaran. Tempoh pesanan dijangka sekitar 7-10 hari bekerja.

Klik butang di bawah untuk membuat pesanan. Jazakallahu khairan

 

E-Buku – Wahabi : Satu Penjelasan oleh Tuan Hassan Tuan Lah Al-Jazani (THTL)

1

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh,

Buku ini adalah waqaf pihak UiTO kepada seluruh umat Islam. Dianjurkan untuk menyebarkannya, dan mencetaknya dengan sebarang alat percetakan. Dilarang plagiat, dan dilarang meniagakannya tanpa izin bertulis daripada penulis.

Sila klik butang muat turun untuk muat turun e-buku. Jazakallahu khairan.

Muat Turun

 

Popular

Iklan

Iklan