Utama Blog Halaman 249

Anjuran Membuang Halangan Di Jalan

0

Panel: Cikgu Rahim

127. Kesebelas: Dari Abu Hurairah r.a. lagi dari Nabi s.a.w. sabdanya:

“Nescayalah saya telah melihat seseorang yang bersuka-ria dalam syurga dengan sebab memotong sebuah pohon dari tengah jalanan yang pohon itu membuat kesusahan bagi kaum Muslimin.” (Riwayat Muslim)

Dalam riwayat Muslim yang lain disebutkan demikian: “Pada suatu ketika ada seorang lelaki berjalan melalui sebuah cabang pohon yang melintang di tengah jalanan, kemudian ia berkata:

“Demi Allah, nescayalah pohon ini hendak kulenyapkan dari jalanan kaum Muslimin supaya ia tidak membuat kesukaran pada mereka itu.” Orang tersebut lalu dimasukkan dalam syurga.

Dalam riwayat Bukhari dan Muslim pula disebutkan demikian: “Pada suatu ketika ada seorang lelaki yang berjalan di jalanan. Ia menemukan cabang dari sebuah pohon berduri pada jalanan itu, kemudian cabang berduri itu disingkirkan olehnya. Allah lalu berterima kasih kepada orang tadi dan memberikan pengampunan kepadanya.”

«127» الحادي عشر: عَنْهُ، عن النَّبيّ صلى الله عليه وسلم، قَالَ: ((لَقدْ رَأيْتُ رَجُلًا يَتَقَلَّبُ في الجَنَّةِ في شَجَرَةٍ قَطَعَهَا مِنْ ظَهْرِ الطَرِيقِ كَانَتْ تُؤذِي المُسْلِمِينَ)). رواه مسلم.
وفي رواية: ((مَرَّ رَجُلٌ بِغُصْنِ شَجَرَةٍ عَلَى ظَهرِ طَرِيقٍ، فَقَالَ: وَاللهِ لأُنْحِيَنَّ هَذَا عَنِ المُسْلِمينَ لا يُؤذِيهِمْ، فَأُدخِلَ الجَنَّةَ)).
وفي رواية لهما: ((بَيْنَمَا رَجُلٌ يَمْشي بِطَريقٍ وَجَدَ غُصْنَ شَوكٍ عَلَى الطريقِ فأخَّرَه فَشَكَرَ اللهُ لَهُ، فَغَفَرَ لَهُ)).
في هذا الحديث: فضيلة كل ما نفع المسلمين وأزال عنهم ضررًا، وأنَّ ذلك سبب للمغفرة ودخول الجنة.

Tadabbur Ayat-Ayat Kiamat

0

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن والاه, أمّا بعد.

Yang dikasihi CR, Bulanje dan rakan-rakan Bilik (07) Tadabbur al-Qur’an. Semoga semuanya dirahmati Allah dan diberi tawfiq ke arah meningkatkan ilmu dan amal.

[88:1] هَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ الْغَاشِيَةِ

Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal hari kiamat yang huru-haranya meliputi? [88:1]

Apa makna ghashiyah?

غشي

(ghashaa) ialah kata asalnya dlm bentuk fi’l madi yang membawa maksud ‘telah meliputi oleh ia’ [31:32]

يغشى

(yaghshaa) ialah fi’l mudari’ bermakna ‘ia meliputi’ [24:40]

ْغَاشِيَة

(Ghashiyah) ialah ism fa’il dan maknanya ialah ‘yang meliputi’ [12:107]

Hadith: Ahwal (Huru hara)

Sekarang kita hendak tahu makna bahasa dulu.

Terjemahan Indonesia: Sudah datangkah kepadamu berita [tentang] hari pembalasan? [88:1]

Terjemahan Ustaz Baharuddin Ayudin: Sudah tibakah kepada engkau berita tentang Hari Kiamat yang huru haranya meliputi ??? (Yang dalam tanda soal itu kena cari dalam ayat al-Qur’an.)

Perhati dulu apa yang saya tunjukkan di atas. Petang ini saya hendak bimbing bagaimana caranya kita hendak menterjemah maknanya. Kalau tidak terjemahan itu tidak menjelaskan sifat hari kiamat yang hendak Allah gambarkan?

 

Nota penting selepas 2 sesi kuliah:

[88:1] Sudahkah sampai kepadamu perihal Hari Kiamat yang huru-haranya meliputi semua makhluk. Pada hari itu bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya, [99:1] bumi memuntahkan segala isinya. [99:2] Gunung-ganang seperti bulu yang dihambur-hamburkan. [101:5] Bumi menjadi rata. [84:4] Lautan meluap-luap, [81:6] lalu pecah bercampur baur, [82:3]

Pada hari itu langit terbelah. [84:1] Langit yang dahulunya adalah makhluk hebat [40:57] yang ditinggikan sebagai atap yang terpelihara kukuh, [21:32] tanpa tiang yang dapat dilihat, [31:10] tanpa sebarang kecacatan, [50:6] terpelihara daripada menimpa bumi, [22:65]

Tiba-tiba telah terbelah, pecah-pecah mengeluarkan kabut putih [25:25] dan bertukar menjadi merah mawar bagaikan kilauan minyak. [55:37] Ketika itu langit benar-benar bergoncang. [52:9] Ketika itu ia reput dan runtuh, [69:16] menjadi cair bagaikan luluhan perak. [70:8] Lalu digulung bagaikan gulungan kertas. [21:104] Māsha’alLāh.

Alangkah haru birunya ketika itu. Apa akan jadi pada KLCC, Putrajaya, KLIA, segala jambatan dan jejambat yang bersimpang siur?

Bagaimana halnya manusia ketika itu?

Pada hari itu semua wanita yang menyusui anak terlepas anak yang disusuinya dari pangkuan, wanita yang hamil gugurlah anak dari kandungannya. Pada hari itu manusia kelihatan terhoyong hayang bagaikan orang mabuk, padahal mreka sebenarnya bukan mabuk, akan tetapi seksaan daripada Allah itu amatlah keras. [22:2] Pada hari tiada jalan bagi manusia hendak menyelamatkan diri. [75:10] Manusia berhamburan bagaikan kelkatu yang terbang berkeliaran, [101:4]

Kembalilah kepada al-Qur’an. Hayatilah ia sebagaimana yang Nabi tunjukkan. Tiada yang akan menghadapi hari ini melainkan manusia yang buruk sekali. Kata ‘AbdulLah bin ‘Amr bin al-‘As:

«ثُمَّ يَبْعَثُ اللهُ رِيحًا كَرِيحِ الْمِسْكِ مَسُّهَا مَسُّ الْحَرِيرِ، فَلَا تَتْرُكُ نَفْسًا فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ حَبَّةٍ مِنَ الْإِيمَانِ إِلَّا قَبَضَتْهُ، ثُمَّ يَبْقَى شِرَارُ النَّاسِ عَلَيْهِمْ تَقُومُ السَّاعَةُ»

Kerja rumah: Terjemahkan?

أقول قولي هذا، وأستغفر الله العظيم لي ولكم

اللهم اجعل القرآن ربيع قلوبنا،
اللهم علمنا من القرآن ما جهلنا،
وذكرنا من القرآن ما نُسّينا

Anjuran Membantu Yang Bernyawa Walaupun Seekor Anjing

0

126.  Kesepuluh:   Dari   Abu   Hurairah   r.a.   lagi   bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Pada suatu ketika ada seorang lelaki berjalan di suatu jalan, ia sangat merasa haus, lalu menemukan sebuah sumur, kemudian turun di dalamnya terus minum. Setelah itu ia pun keluarlah. Tiba-tiba ada seekor anjing menghulur-hulurkan lidahnya sambil makan tanah kerana hausnya, Orang itu berkata – dalam hati; “Nescayalah anjing ini telah sampai pada kehausan sebagaimana yang telah sampai padaku tadi.” la pun turun lagi ke dalam sumur lalu memenuhi sepatu khufnya dengan air, kemudian memegang sepatu itu pada mulutnya, sehingga ia keluar dari sumur tadi, terus memberi minum pada anjing tersebut. Allah berterima kasih pada orang tadi dan memberikan pengampunan padanya.”

Para sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, apakah sebenarnya kita juga memperoleh pahala dengan sebab memberi – makan minum – pada golongan binatang?” Beliau s.a.w. menjawab:

“Dalam setiap hati yang basah – maksudnya setiap sesuatu yang hidup yang diberi makan minum – ada pahalanya.” (Muttafaq ‘alaih)

Dalam sebuah riwayat dari Imam Bukhari disebutkan demikian: “Allah lalu berterima kasih pada orang tersebut, kemudian memberikan pengampunan padanya, lalu  memasukkannya ke dalam syurga.”

Dalam riwayat lain dari Bukhari dan Muslim disebutkan pula: “Pada suatu ketika ada seekor anjing berputar-putar di sekitar sebuah sumur, hampir saja ia terbunuh oleh kehausan,tiba-tiba ada seseorang penzina – perempuan – dari golongan kaum pelacur Bani Israil melihatnya. Wanita itu lalu melepaskan sepatunya kemudian mengambilkan air untuk anjing tadi dan meminumkan air itu padanya, maka dengan perbuatannya itu diampunilah wanita tersebut.

126» العاشر: عَنْهُ: أنَّ رَسُول الله صلى الله عليه وسلم، قَالَ: ((بَينَما رَجُلٌ يَمشي بِطَريقٍ اشْتَدَّ عَلَيهِ العَطَشُ، فَوَجَدَ بِئرًا فَنَزَلَ فِيهَا فَشربَ، ثُمَّ خَرَجَ فإذَا كَلْبٌ يَلْهَثُ يأكُلُ الثَّرَى مِنَ العَطَشِ، فَقَالَ الرَّجُلُ: لَقَدْ بَلَغَ هَذَا الكَلْبُ مِنَ العَطَشِ مِثلُ الَّذِي كَانَ قَدْ بَلَغَ مِنِّي فَنَزَلَ البِئْرَ فَمَلأَ خُفَّهُ مَاءً ثُمَّ أمْسَكَهُ بفيهِ حَتَّى رَقِيَ، فَسَقَى الكَلْبَ، فَشَكَرَ الله لَهُ، فَغَفَرَ لَهُ)) قالوا: يَا رَسُول اللهِ، إنَّ لَنَا في البَهَائِمِ أَجْرًا؟ فقَالَ: ((في كُلِّ كَبِدٍ رَطْبَةٍ أجْرٌ)). مُتَّفَقٌ عَلَيهِ.
وفي رواية للبخاري: ((فَشَكَرَ اللهُ لَهُ، فَغَفَرَ لَهُ، فأدْخَلَهُ الجَنَّةَ)) وفي رواية لهما: ((بَيْنَما كَلْبٌ يُطِيفُ بِرَكِيَّةٍ قَدْ كَادَ يقتلُهُ العَطَشُ إِذْ رَأَتْهُ بَغِيٌّ مِنْ بَغَايَا بَنِي إسْرَائِيل، فَنَزَعَتْ مُوقَها فَاسْتَقَتْ لَهُ بِهِ فَسَقَتْهُ فَغُفِرَ لَهَا بِهِ)).
((المُوقُ)): الخف. وَ((يُطِيفُ)): يدور حول ((رَكِيَّةٍ)): وَهِي البئر.
في هذا الحديث: فضْل الإِحسان إلى الحيوان، وأنه سبب لمغفرة الذنوب ودخول الجنة.

Anjuran Beramal Dengan Cabang-Cabang Iman

0

125. Kesembilan: Dari Abu Hurairah r.a. pula dari Nabi s.a.w., sabdanya: “Iman itu ada tujuh puluh lebih atau enam puluh lebih – lebihnya ialah antara tiga sampai sembilan – cabangnya. Maka yang terutama sekali ialah ucapan La ilaha illallah, sedang yang terendah sekali ialah melemparkan apa-apa yang berbahaya dari jalan. Perasaan malu – berbuat keburukan – adalah salah satu cabang dari keimanan.” (Muttafaq ‘alaih)

«125» التاسع: عَنْهُ، عن النَّبيّ صلى الله عليه وسلم، قَالَ: ((الإيمانُ بِضْعٌ وَسَبعُونَ أَوْ بِضعٌ وسِتُونَ شُعْبَةً: فَأفْضَلُهَا قَولُ: لا إلهَ إلا اللهُ، وَأَدْنَاهَا إمَاطَةُ الأذَى عَنِ الطَّريقِ، والحياءُ شُعبَةٌ مِنَ الإيمان)). مُتَّفَقٌ عَلَيهِ.
((البِضْعُ)) من ثلاثة إِلَى تسعة بكسر الباء وقد تفتح. وَ((الشُّعْبَةُ)): القطعة.
شعب الإيمان: هي الأعمال الشرعية، وهي تتفرع عن أعمال القلب وأعمال اللسان، وأعمال البدن.


 

?Doa Indah saat Sujud?

?Dari Abu Hurairah radhiyallâhu ‘anhu, Adalah Nabi ﷺ membaca dalam sujudnya,

اللهُمَّ اغْفِرْ لِي ذَنْبِي كُلَّهُ دِقَّهُ، وَجِلَّهُ، وَأَوَّلَهُ وَآخِرَهُ وَعَلَانِيَتَهُ وَسِرَّهُ

?”Ya Allah, ampunilah semua dosaku, yang kecil dan yang besar, yang pertama maupun yang terakhir dan yang tampak maupun yang rahasia.”

?[Diriwayatkan oleh Muslim]

#DzikirdanDoa

https://telegram.me/tazkirah

Kitab Riyadus Solihin

https://telegram.me/joinchat/A0jOFDwXc2ZsoAIRSFHpfA

Bilik Zikir dan Doa

https://telegram.me/joinchat/A0jOFDwRWAQQjTIQYGjbkA

Panduan Sunnah Ketawa Dan Ceria

0

~Tadabbur Kalamullah 3 Muharram 1437H~

وَأَنَّهُ هُوَ أَضْحَكَ وَأَبْكَىٰ

“Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa, dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis”[Surah an-Najm 43]

#Senyum dan ketawa adalah fitrah manusia. Seorang Muslim yang mukmin orangnya ceria, sentiasa tersenyum, senang bergurau dan kadangkala ketawa.

#Berkata Sayidina Ali r.a:

“Hiburkanlah hati dan carilah ungkapan bijaksana yang melucukan kerana hati juga menjadi jemu sepertimana jasad” (rujuk al-Jami’ li akhlak al-Rawi wa Adab al-Sami’)

#Berkata Dr.Yusof al-Qaradhawi dalam Fiqh al-Lahw wa al-Tarfih:

“Ketawa merupakan antara keistimewaan manusia. Binatang tidak boleh ketawa kerana ketawa datang hasil satu bentuk kefahaman dan pengertian terhadap satu ucapan yang didengarinya atau satu kejadian yang disaksikan. Rentetan itu dia ketawa”

#Nabi saw banyak tersenyum daripada ketawa atau gelak. Berkata Sayidina Aisyah r.ha:

“Aku tidak pernah melihat Rasulullah ketawa terbahak-bahak sekalipun sampai ternampak anak tekak. Baginda hanya senyum” (HR Imam Muslim)

#Dianjurkan agar kita bersenda gurau dengan pasangan atau sesiapa sahaja dalam suasana harmoni.

Suatu hari Nabi bertanya Jabir bin Abdullah r.a: “Kamu sudah berkahwin wahai Jabir?”. “Ya”; kata Jabir. Tanya Nabi lagi: “Anak dara atau janda?”. “Janda”; jawab Jabir. Kata Nabi lagi: “Kenapa tidak anak dara? Kamu boleh bergurau-gurau dengannya dan dia bergurau dgn kamu. Kamu membuatkannya ketawa dan dia membuatkanmu ketawa” [HR al-Bukhari]

#Adab-adab Membuatkan Orang Ketawa:

1. Tiada unsur mempermainkan agama
2. Tidak sampai menakutkan
3. Perkara yang benar sahaja
4. Sekadarnya, tidak keterlaluan
5. Mengetahui keadaan orang
6. Tiada unsur mengumpat dan mengutuk
7. Ada masa-masanya
8. Tidak sampai ada orang terhina

♡Jadilah mukmin yang pemurah dengan senyuman dan sentiasa ceria serta riang dalam senda gurau. Biarlah tawa kita dihiasi dengan pahala dan rahmat Ilahi namun jangan sampai tawa gurau kita mengundang dosa dan murkaNya♡

?Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Pakaian Hijau Dan Uban Merah Rasulullah: Syamail Muhammadiyyah

0

Terjemahan dan Syarah oleh

محمد عدلن بن محمد شريف الدين بن أحمد بن جعفر الدياري

ADÖULINÉ Lacharouphe
Mohd `Adlan Bin Mohd Shariffuddin

43- حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ حُجْرٍ، قَالَ: أَنْبَأَنَا شُعَيْبُ بْنُ صَفْوَانَ، عَنْ عَبْدِ الْمَلِكِ بْنِ عُمَيْرٍ، عَنْ إِيَادِ بْنِ لَقِيطٍ الْعِجْلِيِّ، عَنْ أَبِي رِمْثَةَ التَّيْمِيِّ تَيْمِ الرِّبَابِ، قَالَ: أَتَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَمَعِي ابْنٌ لِي، قَالَ: فَأَرَيْتُهُ، فَقُلْتُ لَمَّا رَأَيْتُهُ: هَذَا نَبِيُّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَعَلَيْهِ ثَوْبَانِ أَخْضَرَانِ، وَلَهُ شَعَرٌ قَدْ عَلَاهُ الشَّيْبُ، وَشَيْبُهُ أَحْمَرُ.

40- Telah bercerita kepada kami `Aliy bin Hujr, dia berkata: Telah memberitakan kami Syu`ayb bin Safwan, daripada `Abdi l-Malik bin `Umayr, daripada Iyad bin Laqit Al-`Ijliy,

daripada Abi Rimsah At-Taymiy Taymi r-Ribab, dia berkata: Saya telah mendatangi Nabi dan bersama saya anak lelaki saya. Dia berkata: Maka saya telah menunjukkannya. Maka saya telah berkata ketika saya melihatnya: Ini ialah Nabiyyu Llah. Dan di atasnya terdapat dua helai pakaian yang hijau, dan dia mempunyaï rambut – yang telah mengatasinya – iaitu uban, dan ubannya merah.

Syarah Adou_Fr:

Hadis ini diriwayatkan oleh Abi Rimsah At-Taymiy, seorang sahabiy dari suku yang dipanggil Taymi r-Ribab. Dia merupakan seorang tabib – doktor – yang pakar tentang luka. Apabila Abi Rimsah sampai – bersama anaknya – ke hadapan Rasulu Llah, dia memperkenalkan kepada anaknya dengan berkata: (هَذَا نَبِيُّ اللَّهِ) Ini Nabiyyu Llah.

Perbuatan Abu Rimsah ini adalah satu adab terpuji yang boleh dilihat dalam beberapa aspek. Pertama, dia membawa anaknya yang bernama (قُرَيْط) Qurayt berjumpa dengan Nabi, iaitu seorang pemimpin, contoh tauladan, dan tokoh yang dihormati. Kedua, dia memperkenalkan Nabi kepada anaknya. Ramai ibu bapa terlepas hal ini, sehingga mereka gagal memperkenalkan kepada anak-anak mereka tokoh-tokoh pemimpin dan tokoh-tokoh agama.

Hal ini berlaku kerana ibu bapa sendiri jahil atau keliru dengan siapakah yang harus mereka perkenalkan kepada anak-anak mereka. Ada yang langsung tidak melakukannya kerana kesibukan mereka menghalang mereka daripada meluangkan masa bersama anak-anak. Bahkan yang diutamakan ialah kerja atau urusan perniagaan mereka.

Sebahagian pula hanya memperkenalkan orang-orang tertentu yang boleh mendatangkan keuntungan kepada diri mereka, sama ada orang itu berharta atau berpangkat besar. Mereka berharap agar apabila anak mereka dapat berjumpa dan berkenalan dengan orang-orang sebegini, hidup si anak akan menjadi senang, bahkan mereka boleh menumpang sekali kemewahan si anak nanti.

Abu Rimsah, dia mengambil langkah memperkenalkan Nabi kepada anaknya yang baru kali pertama terserempak dengan Nabi. Inilah yang perlu dilakukan oleh ibu bapa iaitu memperkenalkan orang-orang salih kepada anak-anaknya. Sama ada orang itu `alim atau mahir dalam agama, atau dia ialah orang yang mulia akhlaq dan perilakunya, atau orang itu ta`at dalam melaksanakan tuntutan agama, apabila diperkenalkan kepada si anak, ia akan memberikan kesan dan pengaruh kepada si anak.

Tidakkah wajar kita memperkenalkan anak kita dengan seseorang yang kita mahu dia mencontohinya? Tidakkah kita mengharapkan agar anak kita menjadi `alim dalam agamanya? Atau menjadi mulia peribadinya? Atau ta`at dalam beragama?

Ketika Abu Rimsah berjumpa dengan Nabi, dia melihat Nabi sedang memakai dua helai pakaian yang hijau. Seperti yang disyarahkan dalam hadis ketiga, apabila disebut pakaian yang hijau, ia boleh bermakna pakaian yang dicelup dengan warna hijau, atau kain yang mempunyaï benang berwarna hijau.

Dua helai pakaian pula bermakna sehelai kain yang meliliti bahagian pinggang ke bawah dan sehelai rida’ yang menutupi bahagian bahu atau bahagian atas tubuh.

Seterusnya, Abu Rimsah menyebut bahawa Nabi mempunyaï rambut uban yang berwarna merah, yang berada di atas kepalanya. Warna merah ini dijelaskan dalam [Al-Mustadrak/ 4203] sebagai (وَشَيْبُهُ أَحْمَرُ مَخْضُوبٌ بِالْحِنَّاءِ) dan ubannya merah diwarnakan dengan inai.

Dalam sanad hadis ini, disebut perkataan (أَنْبَأَنَا) telah memberitakan kami. Ia adalah satu daripada tiga lafaz yang biasa digunakan ialah (حَدَّثَنَا) telah bercerita kepada kami, (أَخْبَرَنَا) telah memberitahu kamu, dan (أَنْبَأَنَا) telah memberitakan kami. Terdapat perbahasan panjang tentang ketiga-tiga perkataan ini antaranya bilakah ia digunakan, adakah ia sama atau berbeza, atau adakah ia menunjukkan cara bagaimana hadis diterima?

Secara am, ia adalah sama iaitu menunjukkan sesuatu hadis itu diriwayatkan oleh rawi daripada gurunya. Namun, ada yang mengkhususkan seperti berikut:

Haddasana: Apabila mendengar lafaz guru.
Akhbarana: Apabila seseorang membacakan di hadapan guru dan guru mendengar.
Anba’ana: Apabila guru mengijazahkan tanpa membaca atau mendengar.

Dalam periwayatan hadis, biasanya guru akan membaca dan murid mendengar bacaan guru. Guru boleh membaca dari ingatan, atau dari kitabnya, manakala murid boleh mendengar sahaja, atau mendengar dan menulis. Mendengar inilah yang dinamakan sebagai (سَمَاع) sama`.
Ada juga keadaan di mana seseorang murid membacakan hadis di hadapan guru, dan gurunya itu mendengar. Justeru, si pembaca dan orang lain yang mendengar dikira meriwayatkan hadis daripada si guru.

Selain itu, guru boleh sahaja memberikan ijazah – atau kebenaran – bagi murid meriwayatkan hadis daripadanya dengan hanya menyebut: Saya ijazahkan kamu Sahih Al-Bukhariy. Periwayatan jenis ini tidak melaluï majlis sama`, iaitu murid tidak mendengar bacaan hadis-hadis dalam kitab tersebut, tetapi diberikan izin untuk meriwayatkannya.

Tiga cara periwayatan hadis yang disebut di atas adalah cara utama periwayatan hadis. Setiap satu cara mempunyaï kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Cara pertama, murid dapat mendengar bacaan guru, justeru lafaz dan sebutan yang betul dapat didengar. Namun, cara ini mungkin akan meletihkan si guru untuk majlis yang panjang. Cara ini sesuai untuk murid yang mahir bahasa `Arab dan mahir dengan selok-belok lafaz.

Cara kedua, murid dapat berlatih membaca sambil didengar oleh guru. Guru akan membetulkan bacaan murid yang salah. Cara ini sesuai untuk murid yang boleh membaca tulisan `Arab, dan pembaca boleh ditukar jika perlu. Si pembaca, walaupun hanya perlu kemahiran membaca tulisan `Arab, tanpa perlu memahami apa yang dibaca.

Cara ketiga, murid dapat meriwayatkan hadis dengan cepat tanpa melaluï proses mendengar yang memakan masa. Namun, si murid hendaklah boleh membaca sendiri kitab yang diijazahkan dan perlu berusaha menguasaï kitab tersebut.
*******
*******
*******
.

Anjuran Menyambut Baik Setiap Pemberian Jiran

0

Panel: Cikgu Rahim

124. Kelapan:  Dari Abu Hurairah r.a. katanya:  Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Hai kaum muslimat – wanita Islam, janganlah seseorang tetangga itu menghinakan tetangganya, sekalipun yang diberikan oleh tetangganya itu hanya berupa kaki kambing.” (Muttafaq ‘alaih)

Imam al-Jauhari berkata: Al-Firsin, ertinya kaki binatang umumnya dipergunakan untuk kaki unta, sebagaimana halnya lafaz At-Hafir dipergunakan untuk menerangkan kaki ternak yang lain-lain. Tetapi adakalanya Al-Firsin itu digunakan sebagai kata isti’arah (pinjaman) untuk menerangkan kaki kambing.

Keterangan:

Hadis ke-124 itu mengandungi dua macam pengertian iaitu:

Pertama: Orang yang diberi jangan sekali-kali menghinakan tetangganya   yang   memberikan   sesuatu   kepadanya,   sekalipun berupa kaki kambing. Huraian inilah yang kami cantumkan di atas dan sesuai pula dengan penafsiran yang dapat kita periksa dalam kitab Dalilul Falihin syarah Riyadhus Shalihin, yang dikarang oleh Syekh ‘Alan ash-Shiddiqi asy-Syafi’i al-Makki yang wafat pada tahun 1057 Hijriyah-Rahimahullahu Ta’ala rahmatan wasi’ah – yakni dalam jilid kedua halaman 128, diterbitkan oleh “Darul Kitabil ‘Arabi”, Beirut Lebanon.

Jadi yang diberi hendaknya bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada pemberinya, meskipun apa yang diberikan itu baginya tidak bererti.

Sebabnya orang yang diberi itu dilarang menghinakan pemberian orang lain, sekalipun sedikit nilainya, kerana pada umumnya orang yang enggan berterima kasih pada pemberian sedikit, ia enggan pula berterima kasih pada pemberian yang banyak.
Dalam sebuah Hadis lain di sebutkan:

“Tidak bersyukur kepada Allah orang yang enggan bersyukur kepada sesama manusia.”

Kedua: Dapat pula diberi penafsiran bahawa orang yang memberi itu jangan sekali-kali menghinakan kecilnya pahala yang akan diperolehinya dengan jalan memberikan sedekah atau hadiah yang disampaikan kepada tetangganya, meskipun hanya berupa kaki kambing. Ini sebagai sindiran kerana yang diberikan itu amat sedikitnya, kurang berharga atau tidak bererti.

Jadi memberi itu sekalipun sedikit adalah lebih baik daripada tidak memberi sama sekali. Dalam persoalan pahalanya, Allah Ta’ala berfirman:

“Barangsiapa yang melakukan kebaikan – meskipun – itu seberat debu (biji sawi atau semut kecil), maka ia akan mengetahuinya (yakni mendapatkan pahalanya).”

Penjelasan ini sesuai dengan catatan yang ditulis oleh Al-Ustadz Ridhwan Muhammad Ridhwan dalam kitab Riyadhus Shalihin yang diterbitkan oleh “Darul Kitabil ‘Arabi”, Beirut Libanon.

Kedua pendapat di atas itu sama-sama dapat dipakainya, yakni baik bagi pemberi atau yang diberi. Yang memberi jangan menghina kecilnya pahala, sebab yang disedekahkan atau dihadiahkan hanya sedikit sekali, sedang yang diberi pun jangan menghina orang yang memberi, sebab sedekah atau hadiah yang disampaikan kepadanya itu hanya sedikit dan kurang berharga, iaitu kaki kambing atau lain-lain yang sifatnya tidak bernilai tinggi atau tidak mahal harganya.

«124» الثامن: عَنْهُ، قَالَ: قَالَ رَسُول الله صلى الله عليه وسلم: ((يَا نِسَاءَ المُسْلِمَاتِ، لا تَحْقِرنَّ جَارَةٌ لِجَارَتِهَا وَلَوْ فِرْسِنَ شاةٍ)). مُتَّفَقٌ عَلَيهِ.
قَالَ الجوهري: الفرسِن منَ البَعيرِ كالحَافِرِ مِنَ الدَّابَةِ قَالَ: وَرُبَّمَا اسْتُعِيرَ في الشَّاةِ.
في هذا الحديث: الحث عى صلة الجارة ولو بظلف شاة، وفي معناه الحديث الآخر: ((إذا طبختَ مرقةً فأكْثِر ماءَها، وتعاهد جيرانك)).

Berapa banyak ilmu yang telah kita lupa?

0
Generated by IJG JPEG Library

Berapa banyak ilmu yang telah kita lupa?

Semenjak kecil sehingga ke hari ini, sudah berapa banyak kelas pengajian yang telah kita hadiri, buku yang dibaca dan ilmu yang diperolehi?

Namun ke mana semuanya?

Diriwayatkan bahawa Abdullah bin Mas’ud RA berkata ;

إني لأحسب الرجل ينسى العلم كان يعلمه بالخطيئة يعملها

‘Sesungguhnya aku menganggap bahawa seseorang yang dilupakan daripada sesuatu ilmu yang diketahuinya adalah kerana kesalahan yang telah dilakukannya.’

[Riwayat Ahmad, Al-Darimi dan al-Tabarani]

# Semakin banyak kesalahan, semakin banyak pula ilmu yang kita lupa…

Apakah Jaminan Allah Untuk Orang Yang Menghadiri Masjid?

0

123.  Ketujuh: Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w.,sabdanya:

“Barangsiapa yang pergi ke masjid pagi atau petang hari, maka Allah menyediakan untuknya sebuah jaminan – nuzul – dalam syurga setiap ia pergi, pagi atau petang hari itu.” (Muttafaq ‘alaih)

Nuzul, maksudnya jaminan yang berupa makanan atau rezeki dan apa saja yang dapat disediakan untuk tamu.

«123» السابع: عَنْهُ، عن النَّبيّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((مَنْ غَدَا إِلَى المسْجِد أَوْ رَاحَ، أَعَدَّ اللهُ لَهُ في الجَنَّةِ نُزُلًا كُلَّمَا غَدَا أَوْ رَاحَ)). مُتَّفَقٌ عَلَيهِ.
((النُّزُلُ)): القوت والرزق وما يُهيأُ للضيف.
في هذا الحديث: فضل المشي إلى صلاة الجماعة في المسجد.

Asas Ilmu Hadis Dan Bahasa

0

Oleh: Bro Syarief

Apa yang menjadikan perbincangan tentang Asas Ilmu Hadits ini rumit adalah kerana banyaknya istilah atau terminologi dalam bahasa arab untuk difahami.

Kefahaman terbaik terhadap mana-mana asas ilmu-ilmu sama ada tafsir, hadits dan lain-lain, dengan adanya asas yang baik dalam Bahasa Arab.

Kebergantungan mutlak kepada terjemahan sebenarnya tidak menunjukkan kefahaman yang baik dan masih banyak ruang untuk berlaku salah faham.

Ini juga tak seharusnya menjadikan seorang penuntut ilmu berputus asa, malah dia sepatutnya meletakkan antara matlamat penting dalam kembara pencarian ilmu ini ialah mempelajari bahasa arab.

Selain itu, ia menjadikan kita lebih merendah diri dalam sebarang diskusi ilmu berkait agama, kerana kesedaran akan kekurangan diri khususnya dari sudut penguasaan bahasa arab.

Contoh mudah adalah pada penggunaan istilah Dha’if yang kita fahami secara umum sering diterjemah sebagai lemah.

Bergantung kepada konteks dan gaya penulis kitab yang menyebutkan istilah ini, ia boleh jadi merujuk kepada istilah umum yang bermaksud ianya tertolak dan boleh jadi ia merujuk kepada istilah khusus sama ada ianya lemah atau sangat lemah.

Oleh kerana itu, sebaiknya perbincangan sebegini diserahkan kepada mereka yang ahli dan kita meneruskan usaha mendalami dan memahaminya dengan rendah diri, sambil menjauhkan diri dari sebarang perdebatan yang sia-sia.

Popular

Iklan

Iklan