Utama Blog Halaman 226

Buku: Pengantar Studi Ilmu Al-Qur’an

0

Oleh Hadi Akmal As Salafy (29 November 2015)

Pengantar Studi Ilmu Al-Qur’an

Oleh Syaikh Manna Al-Qaththan
486 Halaman
Hard Cover (Kulit Keras)

(Ulasan daripada penerbit)

Buku yang ada di hadapan anda ini, pengantar studi ilmu al-qur`an, sengaja kami hadirkan untuk menjadi salah satu sahabat anda dalam menyelami ayat-ayat al-qur`an yang dalam tak berhujung dan luas tak bertepi. Melalui buku ini, anda akan diajak untuk mengenal lebih jauh tentang al-qur`an dan hal-hal lain yang mengikutinya. Mungkin bahasanya sedikit akademik, tapi kami yakin insya Allah ia termasuk yang paling mudah untuk buku sejenisnya, semoga anda dapat memetik manfaat yang luas melalui buku ini, dan hari-hari anda menjadi hari-hari yang dihiasi dengan tadabbur Al-Qur`an.

Sesungguhnya kitab yang mulia ini adalah kitab terbesar dan teragung yang mengajak anda kepada kebahagiaan, kegembiraan, kesukacitaan dan kesenangan. Ia membahagiakan anda seolah mengatakan: `tenanglah, teguhlah, bahagialah, berfikir positiflah, suka-cita dan gembiralah, karena di penghujung setiap malam ada pagi yang cerah, di balik setiap bukit ada taman, setelah perjalanan jauh ada sungai yang mengalir, dan di balik batu yang besar ada mata air yang sejuk, di bawah terik matahari ada tempat bernaung, dan setelah kelelahan ada tidur yang tenang yang lelap dan melapangkan. Dan “sesungguhnya setelah kesulitan itu ada kemudahan.” (al-insyirah: 6).
(Dr. ‘Aidh al-Qarni)

Harga

Rm 42 + 10 Pos Semenanjung

Rm 42 + 16 Pos Sabah Sarawak

( Pos Laju 1-3 Hari Sampai )
Pengeposan hanya pada hari Isnin-Rabu-Khamis

Segala Urusan Pembelian atau pertanyaan terus pm

@hadiakmalassalafy ( Telegram )
0124543696 ( Whatsapp, SMS, Call )

05.04 Faedah-faedah Kajian Ini

0

Panel: BroSyarief

#140616 Bilik (09) Ulum al-Quran
05.04 Faedah-faedah Kajian Ini (فوائد هذا المبحث)

#NotaBroSyarief #UlumQuran #UiTOBilik09

Terdapat banyak faedah dari perbincangan berkaitan ayat yang pertama dan terakhir turun, di antaranya:

1. Penjelasan terhadap telitinya pemeliharaan al-Quran sehingga para sahabat dapat ingat bila dan di mana turunnya ayat demi ayat. Ianya juga adalah antara bukti sebagaimana firmanNya,

إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ

Sesungguhnya kami.. kamilah yang telah menurunkan al-Quran itu, dan kami jugalah, kepada al-Quran itu, kami akan memeliharanya

[al-Hijr(15):9]

2. Pengetahuan tentang rahsia pensyariatan berdasarkan sejarah asal, kerana ayat-ayat al-Quran bertindak merawat jiwa-jiwa manusia dengan petunjuk dari langit. Maka, insan menerimanya dengan hikmah secara berperingkat dan tersusun dengan cara yang memperkuat sistem.

3. Membezakan antara Nasikh dan Mansukh. Apabila berlaku pertembungan hukum di antara dua ayat di dalam al-Quran pada tema mesej yang sama, dan diketahui ayat yang mana turun dahulu sebelum yang satu lagi, jadi yang turun dahulu akan menjadi Mansukh, dan yang turun kemudian adalah Nasikhnya. *Akan dibincangkan dalam Bab ke-14

walLaahu a’lam

Ruj: Mabahits fi ‘Ulum al-Quran, karangan Ust Manna’ Khalil al-Qattan

#BroSyariefShares

In Sya Allah, setelah selesai Bab ke-5, kita akan membincangkan bab baru berkaitan Sebab-sebab Penurunan Ayat/Surah dari al-Quran, yang biasa disebut sebab Asbab atau Sabab Nuzul.

Asbab (اسباب) adalah kata ganda dari perkataa Sabab (سبب) yang juga digunakan dalam BM, iaitu sebab.

Ahli Perniagaan Yang Bertakwa

0

Tazkirah Harian UiTO:

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله وَبَرَكَاتُه

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله

اللهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ اٰلِه فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا وَسِعَهُ عِلْمُ الله💚💚💚
صبح الخير

اللهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقّاً وَارْزُقْنَا التِبَاعَةَ وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَاجْتِنَابَهُ،
بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.

Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 3. Hadis Nombor 2146.

Mewartakan kepada kami Ya’qub bin Humaid bin Kasib mewartakan kepada kami Yahya bin Sulaim Ath-Tha’ifiy, dari ‘Abdullah bin ‘Utsman bin Hutsaim, dari Isma’il bin ‘Ubaid bin Rifa’ah, dari ayahnya, dari datuknya Rifa’ah, dia berkata: “kami pernah keluar bersama Rasulullah S.A.W ternyata orang-orang sedang berjual-beli pada pagi hari itu. Lalu beliau memanggil mereka; “Wahai para pedagang!” Tatkala mereka telah mengangkat pandangan mereka dan memanjangkan leher mereka, beliau berkata: “Sesungguhnya para pedagang pada hari kiamat nanti akan dibangkitkan sebagai penjahat,

kecuali orang yang bertakwa kepada Allah, berlaku baik dan jujur

Hadis 78-79: Bab Sentuh Kemaluan Dan Wuduk

0

Panel: Ustaz Abu Tolhah Solahuddin

Kitab: Bulughul Maram 

Hadis 78

ِوَعَنْ طَلْقِ بْنِ عَلِيٍّ رضي الله عنه قَالَ: ( قَالَ رَجُلٌ: مَسَسْتُ ذَكَرِي أَوْ قَالَ اَلرَّجُلُ يَمَسُّ ذَكَرَهُ فِي اَلصَّلَاةِ أَعَلَيْهِ وُضُوءٍ ؟ فَقَالَ اَلنَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم “لَا إِنَّمَا هُوَ بَضْعَةٌ مِنْكَ ) أَخْرَجَهُ اَلْخَمْسَةُ وَصَحَّحَهُ اِبْنُ حِبَّان وَقَالَ اِبْنُ اَلْمَدِينِيِّ: هُوَ أَحْسَنُ مِنْ حَدِيثِ بُسْرَةَ

Tolq Ibnu Ali رضي الله عنه berkata: Seorang lelaki berkata: saya menyentuh kemaluanku atau dia berkata: seseorang lelaki itu menyentuh kemaluannya pada waktu solat apakah dia wajib berwudhu. Nabi صلى الله عليه وسلم berkata: “Tidak, kerana ia hanya sepotong daging dari tubuhmu” Dikeluarkan oleh Imam Lima dan sohih menurut Ibnu Hibban. Ibnul al Madini berkata: Hadis ini lebih hasan dari Hadis Busrah.

Darjat hadis,

Hadis ini sohih. Ini sesuai seperti yang Disohihkan oleh ibn Hibban, ibn Hazm, at Tobrani, al Albani dan lain-lain.
Dan ada sebahagian ulama mendhaifkan hadis ini seperti asy Syafie, Abu Hatim, Abu Zur’ah, al Darqatni, al Baihaqi dan ibn al Jauzi.

Hadis 79

ِعَنْ بُسْرَةَ بِنْتِ صَفْوَانَ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهَا ( أَنَّ رَسُولَ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ: مَنْ مَسَّ ذَكَرَهُ فَلْيَتَوَضَّأْ ) أَخْرَجَهُ اَلْخَمْسَةُ وَصَحَّحَهُ اَلتِّرْمِذِيُّ وَابْنُ حِبَّان َ وَقَالَ اَلْبُخَارِيُّ هُوَ أَصَحُّ شَيْءٍ فِي هَذَا اَلْبَابِ

Dari Busrah binti Shofwan رضي الله عنها (berkata) Sesungguhnya Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Barangsiapa menyentuh kemaluannya maka hendaklah dia berwudhu” Dikeluarkan oleh Imam Lima dan hadis sohih menurut al Tirmidzi dan Ibnu Hibban. Imam Bukhari berkata ia adalah hadis yang paling sohih dalam bab ini.

Darjat hadis,
Hadis ini Sohih.

Penerangan hadis 78-79,

1. Kedua-dua hadis Tolq dan Hadis Busrah adalah sohih. Tapi kedua-duanya tidak dikeluarkan oleh Al Bukhari dan Muslim. Cuma hadis Tolq ada pujian dari Al Bukhari, namun beliau tidak menukilkan didalam kitab sohihnya. Oleh itu yang jelas adalah kita menerima kedua-dua hadis itu dengan dijamakkan hukum bersesuaian dengan kedua-duanya.

2. Bagi menJamakkan hukum kedua-dua hadis itu ada dua keadaan:

Pertama: terbatal wudhu bila menyentuh kemaluan tanpa berlapik. Yaitu kemaluan bersentuhan dengan tangan tanpa ada halangan. Ini berdalilkan lafaz hadis menyebut lelaki itu menyentuh zakarnya ketika dalam solat. Di sini secara biasanya tentu lah bersentuhan disebalik kainnya. Jadi, jika sentuhan tangan yang ada halangan dengan kemaluan maka hukumnya tidak batal wudhu.

Kedua: terbatal wudhu jika menyentuh kemaluan dengan syahwat nafsu. Ini kerana boleh menyebabkan terkeluar air mazi atau kemungkinan besar boleh terkeluar mazi atau mani. Oleh itu jika sentuhan dengan maksud untuk melepaskan syahwat nafsu maka terbatal wudhu. Manakala sentuhan biasa kerana gatal atau tersentuh tanpa sengaja atau sebarang sentuhan bukan kerana syahwat, maka tidak terbatal wudhunya.

Dan Allah jua Yang Lebih Mengetahui.

Sampai di sini dulu buat malam ini.. in sya Allah di lain masa kita sambung.

وآخر دعوانا ان الحمد لله رب العالمين
السلام عليكم ورحمة الله

 

Soalan: 🔴Ustaz, bagaimana pula hukum hanya batal bila bersentuhan kemaluan dgn perut tangan?

Ya hanya tapak tangan.. Makna dalam hadis di atas khusus yang guna tapak tangan, maka jika sentuh dengan lengan dengan siku,kaki,paha dan lain-lain ,tidak batal. Melainkan boleh naik syahwat sehingga keluar mazi maka jadi batal kerana keluar air mazi bukan semata sentuhan tangan.

🔴 Kalau seseorang tu sentuh wanita/isteri dengan bernafsu tetapi air mazinya tidak keluar, adakah wudhuknya dikira terbatal?

Jawapan:
Batal jika bentuk kearah nak jimak, kalau nafsu naik misal macam cium saja bukan untuk jimak pun maka tak batal..tapi sunnat juga dia wudhu!

Hadis 48: Rambut Rasuli Llah Diwarnakan

0
THTL dan Utz Adou Al-Fikrah.net

Panel: Ustaz ADÖULINÉ Lacharouphe

48 – حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، قَالَ: حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ عَاصِمٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ، قَالَ: حَدَّثَنَا حُمَيْدٌ، عَنْ أَنَسٍ، قَالَ: رَأَيْتُ شَعْرَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَخْضُوبًا. قَالَ حَمَّادٌ: وَأَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ عَقِيلٍ، قَالَ: رَأَيْتُ شَعْرَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عِنْدَ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ مَخْضُوبًا.

48- Telah bercerita kepada kami `Abdu Llah bin `Abdi r-Rahman, dia berkata: Telah bercerita kepada kami `Amr bin `Asim, dia berkata: Telah bercerita kepada kami Hammad bin Salamah, dia berkata: Telah bercerita kepada kami Humayd, daripada Anas, dia berkata: Saya telah melihat rambut Rasuli Llah dalam keadaan diwarnakan. Berkata Hammad: Dan telah memberitahu kami `Abdu Llah bin Muhammad bin `Aqil, dia berkata: Saya telah melihat rambut Rasuli Llah di sisi Anas dalam keadaan diwarnakan.

Syarah Adou_Fr:

Hadis ini menceritakan tentang Anas yang menyebut bahawa dia telah melihat rambut Rasuli Llah dalam keadaan diwarnakan. Setelah itu, Imam At-Tirmizi membawakan riwayat Hammad bahawa `Abdu Llah bin Muhammad bin `Aqil juga telah melihat rambut Rasuli Llah yang ada dalam simpanan Anas dalam keadaan diwarnakan.

Riwayat Anas dalam hadis ini, kelihatan bertentangan dengan riwayat dalam hadis ketiga puluh tujuh, dan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad yang menyebut, “Tidak”. Justeru, disyarahkan dengan panjang bahawa terdapat riwayat yang mengatakan rambut Nabi diwarnakan, dan terdapat riwayat yang mengatakan rambut Nabi tidak diwarnakan.

Antara penjelasan paling menarik berkenaan pertentangan ini ialah maksud tersurat (haqiqiy) dan maksud tersirat (majaziy). Maksud tersurat ialah Nabi – ketika hidupnya – tidak mewarnakan rambutnya disebabkan uban yang putih. Maksud tersirat ialah rambut Nabi – setelah matinya – telah disimpan oleh isteri Nabi seperti Ummi Salamah, dan rambut itu disimpan dengan meletakkan minyak wangi yang mengandungi (صُفْرَة) sufrah. Sufrah ialah pewarna kuning-merah, yang mempunyaï warna seperti warna emas atau tembaga. Apabila disimpan lama, pewarna itu mengubah warna rambut kepada kemerah-merahan. Selain itu, disebut juga bahawa rambut yang terpisah dari tubuh, apabila disimpan lama, warna hitamnya akan teroksida dan berubah menjadi kemerah-merahan.

Secara saintifik, di dalam rambut terdapat pigmen melanin yang dihasilkan oleh sel melanosit. Pigmen melanin mempunyaï dua jenis, iaitu eumelanin yang berwarna gelap – hitam dan coklat – dan feomelanin yang berwarna kuning-merah. Proses pengubanan semulajadi berlaku akibat pertambahan kandungan hidrogen peroksida dalam folikel rambut yang bertindak sebagai agen peluntur dan menyahwarnakan kehitaman rambut perlahan-lahan dari dalam menjadi merah, kemudian kuning dan akhirnya putih.

Apabila rambut terpisah dari tubuh, ia terdedah kepada oksigen di udara dan proses pengoksidaan melanin akan berlaku secara perlahan-lahan sekali gus melunturkan kehitaman rambut dan menzahirkan warna kemerah-merahan.

Justeru, apabila di dalam hadis ini menyebut “melihat rambut Rasuli Llah dalam keadaan diwarnakan”, ia tidak bermakna rambut Nabi semasa hidupnya, bahkan ia merujuk kepada rambut Nabi selepas matinya. Dan dengan penjelasan sebegini, dapatlah dihimpunkan dan difahami hadis-hadis yang zahirnya bercanggah, sedangkan maknanya sama dan selamat daripada percanggahan.

.

*******
*******
*******
Buku Syarhu d-Diyariyyah Li’ahadis Asy-Syama’il Al-Muhammadiyyah
Edisi PDF terkini setakat ini Hadis 1-48 boleh dibaca di:
https://drive.google.com/open?id=0B6dUHmEQLdx6bU4wc2RkeHc2Qnc&authuser=0

Untuk yang lebih selesa dengan Facebook, boleh gunakan link berikut:
https://www.facebook.com/adoufr/posts/10153308789332278

https://www.facebook.com/adoufr2/posts/925632510845717

Sebarang kritikan, ulasan atau nasihat adalah dialu-alukan.
*******
*******
*******

.

Kewajipan Perhambakan Diri Kepada Allah

0

~Tadabbur Kalamullah 8 Muharram 1437H~

اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۚ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ

“Allah, tiada Tuhan melainkan Dia; dan dengan yang demikian, kepada Allah jualah orang-orang yang beriman wajib berserah diri” [Surah at-Taghabun 13]

#Berserah diri kepada Allah merupakan ciri khusus yang dimiliki orang-orang mukmin, yang memiliki keimanan yang mendalam, yang mampu melihat kekuasaan Allah, dan yang dekat dengan-Nya. 

#Menurut Imam Ahmad dalam kitab az-Zuhd, Allah swt berfirman:

“Sungguh aneh kamu wahai manusia,

~Aku ciptakan kamu namun kamu menyembah selain Aku,
~Aku beri kamu rezeki namun kamu bersyukur kepada selain Aku,
~Aku berikan cintaKu melalui nikmat-nikmat padahal Aku sama sekali tidak memerlukan kamu namun kamu melakukan kebencian padaKu dengan kederhakaan padahal kamu sangat memerlukan Aku,
~KebaikanKu turun kepada kamu namun kejahatanmu naik kepadaKu”

#Inilah perangai dan sifat manusia yang menggunakan segala nikmat Allah swt namun tidak pernah sujud dan berserah diri pada Allah, melebihkan makhluk daripada Allah bahkan menderhaka dan menentang Allah swt.

#Cara menyerah diri kita kepada Allah iaitu dengan bersyukur dan memerhatikan serta mentaati semua petunjuk berupa perintah dan larangan Allah swt samada kita suka atau tidak suka dengan perintah Allah tersebut. Ini kerana pada hakikatnya petunjuk Allah swt iaitu al-Quran dan hadis Nabi saw merupakan satu bentuk kasih sayang Allah kepada manusia. 

#Sesiapa yang ikut petunjuk Allah dia akan selamat, sesiapa yang engkar dia akan binasa.

♡Kita boleh menyerahkan diri kita 100% dalam menjalankan perintah manusia namun hanya beberapa peratus sahaja penyerahan diri kita dalam mentaati perintah Allah. Bermuhasabahlah tentang bagaimana tingkah laku kita terhadap Allah swt??♡

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Hadith 152: Antara Nazar Yang Baik Dan Nazar Yang Salah

0

Panel: Cikgu Rahim

152. Dari Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma, katanya: “Pada suatu ketika Nabi s.a.w. berkhutbah, tiba-tiba ada seorang lelaki yang berdiri lalu beliau bertanya kepadanya – tentang nama dan perlunya berdiri. “Orang-orang – para sahabat – sama berkata: “Dia adalah Abu Israil bernazar hendak berdiri di terik matahari, tidak akan duduk-duduk, tidak akan bernaung, tidak akan berbicara dan tetap akan berpuasa.” Nabi s.a.w. lalu bersabda: “Perintahkan padanya, supaya ia suka berbicara, bernaung, duduk-duduk dan juga supaya ia meneruskan puasanya.” (Riwayat Bukhari)

Q: Apakah pengajaran hadith 👆

Nazar puasa wajib diteruskan ..
Yang bukan disyariatkan, dicegah…

«152» وعنِ ابن عباس رضي الله عنهما، قَالَ: بينما النَّبيُّ صلى الله عليه وسلم يخطب إِذَا هُوَ برجلٍ قائم فسأل عَنْهُ، فقالوا: أَبُو إسْرَائيلَ نَذَرَ أنْ يَقُومَ في الشَّمْسِ وَلا يَقْعُدَ، وَلا يَسْتَظِل، وَلا يَتَكَلَّمَ، وَيَصُومَ، فَقَالَ النَّبيّ صلى الله عليه وسلم: ((مُرُوهُ، فَلْيَتَكَلَّمْ، وَلْيَسْتَظِلَّ، وَلْيَقْعُدْ، وَلْيُتِمَّ صَوْمَهُ)). رواه البخاري.
في هذا الحديث: دليل على أنَّ من تقرَّب إلى الله تعالى بعمل لم يتعبده الله به، أنه لا يلزمه فعله، وإنْ نذره.
ومن نذر عبادة مشروعة لزمه فعلها.
وفي الحديث الآخر: ((من نذر أنْ يطيع الله فليطعه، ومن نذر أن يعصي الله فلا يعصه)).

Sifat Tawasul Kristian, Syiah, Buddha, Hindu, Orang Asli Dan Islam Warisan

0

Panel: Ustaz Rosman (Ayah Aji)

Assalamualaikum wr wt, Alhamdulillah

Kita sambung kuliah surah Asy Syura ayat ke 11.. bolih?

Surah ini surah Makkiah, menceritakan sifat-sifat musyrikin, kafir-kafir dalam surah Makkiah begini adalah musyrikin. ..

Musyrikin Mekah dulu bertawasul dengan orang alim saperti yang dah Ayah Aji ngajar di bilik 106 ….sifat-sifat musyrikin Mekah dulu. .

Mereka bertawasul dengan Latta dan Uzza…yaitu orang-orang alim daripada ajaran nabi Ibrahim as.

Sepupu Siti Khatijah rha.. Waraqah Bin Naufal… daripada kitab Bukhari. ..Waraqah Bin Naufal Bin Asadi bin Abu Uzza.

Jadi Uzza adalah orang alim daripada ajaran nabi Ibrahim as. .
Mereka musyrikin sentiasa bertawasul dengan orang-orang alim yang dah mati.

Daripada hadis nabi bermaksud, di awal Islam. Nabi saw telah pergi ke masjidil haram, lalu berkata. ” Ya kaum Quraisy semua, jika aku cerita pada kamu, ada musuh datang nak serang kita di belakang bukit itu…kamu percaya tak?

Musyrikin terus menjawab, Kami percaya sebab kamu ni Al Amin yang di percayai.

Nabi saw berkata, percaya lah Laailahaillah.

Abu Jahal, Abu Lahab terus bangun lalu berkata, bohong kamu Muhammad! !!!!

Kenapa?????

Kerana mereka orang arab tahu maksud Laailahaillah bermaksud tawasul pada berhala yang simbolik pada Latta Uzza Manna. .bukannya berhala itu tapi simbolik pada tawasul itu .

Kristian, hindu, Budha….berhala

Sikh, syiah, habib, bomoh.. simbolik pada gambar.

Orang asli, dayak, iban. ..pokok-pokok kayu, batu, simbolik pada hantu.

Kalau kita tak tahu kenapa kafir nya Kristian, Hindu, Budha dan Sikh, kita sendiri tak faham akidah tauhid kita sendiri.

Sebab itu ramai orang melayu murtad ke Kristian sebab tawasul dan akidah-akidah kristian sama dengan akidah-akidah kita sekarang.

Sinopsis…..

Kristian bertawasul dengan Nabi Isa as

Habib-habib bertawasul dengan Nabi Muhammad saw.

Ahli tarikat bertawasul dengan Nabi Muhammad saw.

Ahli sufi bertawasul dengan Nabi Muhammad saw.

Mereka kata kristian itu kafir sesat kerana bertawasul dengan Nabi Isa as sambil kata nabi Isa as anak Tuhan.
Bila kristian puja Nabi Isa as. Mereka beri pangkat pada nabi Isa as sebagai anak Tuhan.

Habib-habib, ahli tarikat, ahli sufi kata bertawasul dengan Nabi Muhammad saw bolih sebab mereka Islam… kristian itu kafir.

Jadi Allah swt tak tahu nak beza antara kedua, atau Allah hanya terima yang Islam sahaja tawasul ini sedangkan tak terima kristian, hindu , Budha dan Sikh.

(Adakah kita) Ingat Sikh tak ada berhala, tapi ada gambar-gambar guru nanak. Serupa lah.

Mereka habib-habib, syiah, ahli tarikat, ahli sufi, bomoh-bomoh syifa, puja gambar-gambar tok guru seperti gambar habib-habib yang telah mati, ahli bait yang telah mati, gambar-gambar wali songgo, tok kenali, tok-tok itu ini.

Serupa.

Tapi mereka kata tidak serupa.

Mereka buat tawasul ini kerana nak jadi dekat pada orang yang mati itu sedekat-dekatnya. Supaya mereka jadi dekat pada Allah.

Mereka tak tahu bahawa ada banyak ayat Quran dok cerita hal akidah rusak mereka.

وَالَّذِيْنَ اتَّخَذُوْا مِنْ دُوْنِهٖۤ اَوْلِيَآءَ اللّٰهُ حَفِيْظٌ عَلَيْهِمْ ۖ وَمَاۤ اَنْتَ عَلَيْهِمْ بِوَكِيْلٍ

Dan (sebaliknya) orang-orang yang menjadikan sesuatu yang lain dari Allah sebagai pelindung (yang disembah dan diharapkan pertolongannya), Allah sentiasa mengawasi tingkah laku mereka (serta akan membalasnya); dan engkau (wahai Muhammad hanyalah penyampai) bukanlah menjadi wakil yang menguasai soal (bawaan dan amalan) mereka.
[QS. Asy-Syura: Ayat 6]

وَكَذٰلِكَ اَوْحَيْنَاۤ اِلَيْكَ قُرْاٰنًا عَرَبِيًّا لِّـتُـنْذِرَ اُمَّ الْقُرٰى وَمَنْ حَوْلَهَا وَتُنْذِرَ يَوْمَ الْجَمْعِ لَا رَيْبَ فِيْهِ ؕ فَرِيْقٌ فِى الْجَنَّةِ وَفَرِيْقٌ فِى السَّعِيْرِ

Dan sebagaimana Kami tetapkan engkau hanya penyampai, Kami wahyukan kepadamu Al-Quran dalam bahasa Arab, supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada (penduduk) “Ummul-Qura” dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya, serta memberi peringatan dan amaran mengenai hari perhimpunan (hari kiamat) – yang tidak ada syak tentang masa datangnya; (pada hari itu) sepuak masuk Syurga dan sepuak lagi masuk neraka.
[QS. Asy-Syura: Ayat 7]

وَلَوْ شَآءَ اللّٰهُ لَجَعَلَهُمْ اُمَّةً وَّاحِدَةً وَّلٰـكِنْ يُّدْخِلُ مَنْ يَّشَآءُ فِيْ رَحْمَتِهٖ ؕ وَالظّٰلِمُوْنَ مَا لَهُمْ مِّنْ وَّلِيٍّ وَّلَا نَصِيْرٍ

Dan jika Allah menghendaki, tentulah Ia menjadikan mereka satu umat (yang bersatu dalam ugama Allah yang satu); akan tetapi Allah (tidak merancang yang demikian bahkan Ia akan) memasukkan sesiapa yang dikehendakiNya ke dalam rahmatNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan); dan orang-orang yang zalim tidak ada baginya sesiapapun yang dapat memberikan perlindungan dan pertolongan.
[QS. Asy-Syura: Ayat 8]

اَمِ اتَّخَذُوْا مِنْ دُوْنِهٖۤ اَوْلِيَآءَ ۚ فَاللّٰهُ هُوَ الْوَلِيُّ وَهُوَ يُحْيِ الْمَوْتٰى ۖ وَهُوَ عَلٰى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ

Tidaklah patut mereka menjadikan sesuatu yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung (yang disembah dan dipuja) kerana Allah jualah Pelindung yang sebenar-benarnya, dan Dia lah yang menghidupkan makhluk-makhluk yang mati. Dan (ingatlah), Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
[QS. Asy-Syura: Ayat 9]

Daripada Asy Syura ayat 6-9 di atas, Ayah Aji ngajar malam tadi.

اَ لَا لِلّٰهِ الدِّيْنُ الْخَالِصُ ؕ وَالَّذِيْنَ اتَّخَذُوْا مِنْ دُوْنِهٖۤ اَوْلِيَآءَ ۘ مَا نَعْبُدُهُمْ اِلَّا لِيُقَرِّبُوْنَاۤ اِلَى اللّٰهِ زُلْفٰى ؕ اِنَّ اللّٰهَ يَحْكُمُ بَيْنَهُمْ فِيْ مَا هُمْ فِيْهِ يَخْتَلِفُوْنَ ؕ اِنَّ اللّٰهَ لَا يَهْدِيْ مَنْ هُوَ كٰذِبٌ كَفَّارٌ

Ingatlah! (Hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat dan bawaan yang suci bersih (dari segala rupa syirik). Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata): “Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya”, – sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang yang tidak melakukan syirik) tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik).
[QS. Az-Zumar: Ayat 3]

Inilah yang mereka dok bela.. mereka kata mereka nak rapat pada nabi, wali kerana nak rapat pada Allah

Bab 1. Pengumuman umum Allah pada semua manusia

Ketahui lah.
Milik Allah saja ugama yang original ini.

Maksudnya yang campur aduk haq dengan batil, kamu punya hai Habib-habib, syiah, ahli tarikat, ahli sufi, bomoh-bomoh.

Bab 2. Ini sifat mereka musyrikin

Dan orang-orang yang mengambil selain daripada Dia Allah sebagai pelindung/penjamin/penjaga.

Bab 3. Akidah mereka

Tidak kami puja mereka.. nabi Muhammad, nabi Isa as, nabi-nabi, wali-wali, ahli bait,…..

Melainkan hanya untuk mendekatkan kami sedekat-dekatnya pada Allah sedekat-dekatnya.

Bab 4
Sesungguhnya Allah akan beri kehakiman di antara mereka, apa yang mereka berselisih

Ahli haq kata tawasul begini ini ..sesat..kafir..neraka kekal.

Musyrikin pula kata tawasul ini bolih. masuk syurga.

Bab 5

Sesungguhnya Allah tidak akan memberi pimpinan sorang yang dusta dalam kata-kata nya. Tawasul itu bolih.

Kufur bila di amalkan.

Soalan nya lagi… adakah nabi Muhammad Rasulullah saw ada ngajar bertawasul dengan dia bolih???….. ini ayat nya

مَا كَانَ لِبَشَرٍ اَنْ يُّؤْتِيَهُ اللّٰهُ الْكِتٰبَ وَالْحُكْمَ وَالنُّبُوَّةَ ثُمَّ يَقُوْلَ لِلنَّاسِ كُوْنُوْا عِبَادًا لِّيْ مِنْ دُوْنِ اللّٰهِ وَلٰـكِنْ كُوْنُوْا رَبَّانِيّٖنَ بِمَا كُنْتُمْ تُعَلِّمُوْنَ الْكِتٰبَ وَبِمَا كُنْتُمْ تَدْرُسُوْنَ ۙ

Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab ugama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian ia tergamak mengatakan kepada orang ramai: “Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah”. Tetapi (sepatutnya ia berkata): “Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala – dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya.
[QS. Ali ‘Imran: Ayat 79]

Arahan Allah pada Nabi kita saw bab tawasul ini

Bab 1
Dan tidaklah patut dia suruh/ajar kamu supaya kamu mengambil para malaikat dan para nabi, termasuk wali-wali sebagai arbaba, perantara atau Rabb/tuhan.

Bab 2
Apakah patut dia suruh/perintah pada kamu berbuat kekufuran/kekafiran. ..setelah kamu sudah Islam…

Yaitu sesudah dia ajar kamu pada Islam …dia pula suruh kamu sembah dia sebagai perantara kamu dengan Allah.

Ada Soalan?

Jelas ayah aji 👍

Hafal sungguh-sungguh Abu Nawrah. . Nabi kita saw tak ajar pun. Habib-habib ini dah kufur lama dah macamana syiah, ahli bidaah.. Bomoh-bomoh karut.. sama saperti bertawasul kristian pada Nabi Isa
Hindu pada dewa
Budha pada Buddha
Sikh pada guru nanak
Syiah pada ahli bait
Cina pada tok nenek mereka
Orang asli pada pokok-pokok

Ayah aji nak tengok siapa yang nak engkar pada ayat Quran yang dah di bawa ini.

Jika sesiapa yang baca dan faham tapi hati mereka tak suka pada ayat yang dah di bawa. ..maka dia telah langgar ayat ini. .maka kufur lah dia.

Semua manusia samada nabi-nabi wali-wali atau malaikat-malaikat adalah makhluk Allah semua..

Semua mereka taat pada Allah. Kita pun sama. ..wajib taat pada Allah dengan sembah Allah sahaja. ..tidak orang lain

Copy lah ke semua bilik

Hadits 48: Qadar, Dan Hadits Dua Genggaman Adalah Benar

0

Panel: Adli Khalim
#SilsilahShahihah: Hadits 48: Qadar, dan hadits dua genggaman adalah benar

Allah ﷻ menciptakan Adam, kemudian menciptakan mahluk daripada belakangnya (Adam), lalu berfirman: “Mereka ini ke syurga dan Aku tidak akan mempedulikannya, dan mereka itu ke neraka, dan Aku tidak akan mempedulikannya pula.” Kemudian seseorang yang bertanya: “Wahai Rasulullah! Kalau begitu, untuk apa kita beramal?” Jawab baginda: “Atas ketetapan qadar.”

إن الله ﷻ خلق آدم، ثم أخذ الخلق من ظهره، وقال: “هؤلاء إلى الجنة ولا أبالي، وهؤلاء إلى النار ولا أبالي”، فقال قائل: “يا رسول الله! فعلى ماذا نعمل؟” قال: “على مواقع القدر”

Diriwayatkan oleh Ahmad, Ibn Hibban.

= = = = = = = = = =

Ulasan:

1. Untuk memahami hadits ini, kita harus melihat kepada beberapa hadits yang lain, antaranya:

(a) Rasulullah ﷺ bersabda: “Beramallah kalian! Semuanya telah dimudahkan terhadap apa yang diciptakan untuknya. Kemudian baginda membaca (ayat 5-10 surah Al-Lail): [[Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertaqwa…]] * [[dan membenarkan (ganjaran) yang terbaik]] * sehingga ke ayat [[Kami mudahkan baginya jalan kesukaran]]. – HR Muslim no 2647

(b) `Umar bertanya kepada Rasulullah ﷺ: “Adakah amalan yang kita lakukan itu kita sendiri yang memulakannya atau amalan yang telah ditentukan takdirnya?” Jawab baginda: “Bahkan, amalan itu telah selesai ditentukan takdirnya.” Kata `Umar: “Kalau begitu, untuk apa kita beramal?” Jawab baginda: “Wahai `Umar! Tiada yang mengetahui takdir, kecuali setelah beramal.” – HR Al-Bazzar.

2. Hadits-hadits ini menunjukkan bahawa memang qadar setiap sesuatu telah ditetapkan oleh Allah ﷻ, namun bagi seorang hamba yang tidak mengetahui apakah yang telah ditetapkan untuknya, hendaklah dia berusaha sebaik mungkin dalam kehidupan sehariannya.

3. Bagi hamba yang jiwanya condong kepada kebaikan (dari segi i`tiqad dan amalan, sebagaimana yang disebutkan dalam ayat 5-6 surah Al-Lail), Allah akan memudahkannya kepada kebahagiaan (ayat 7 surah Al-Lail). Sedangkan bagi hamba yang jiwanya condong kepada keburukan (dari segi i`tiqad dan amalan, sebagaimana yang disebutkan dalam ayat 8-9 surah Al-Lail), Allah akan memudahkannya kepada kesengsaraan (ayat 10 surah Al-Lail).

Balasan Harta Kepada Tuannya

0

Tazkirah Harian UiTO:

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله وَبَرَكَاتُه

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله

اللهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ اٰلِه فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا وَسِعَهُ عِلْمُ الله💚💚💚
صبح الخير

اللهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقّاً وَارْزُقْنَا التِبَاعَةَ وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَاجْتِنَابَهُ،
بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.

Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 2. Hadis Nombor 1786.

Mewartakan kepada kami Abu Marwan, Muhammad bin ‘Utsman Al-‘Utsmaniy; mewartakan kepada kami ‘Abdul-‘Aziz.bin Abu Hazim, dari Al-‘Ala- bin ‘Abdurrahman, dari ayahnya, dari Abu Hurairah, bahawasanya Rasulullah S.A.W. bersabda: “Kelak, unta yang tidak diberikan hak darinya, akan menginjak-injak pemiliknya dengan tapak kakinya pada hari kiamat. Demikian pula sapi dan kambing akan menginjak-injak pemiliknya dengan tapak-tapak mereka dan menanduknya dengan tanduk-tanduk mereka. Dan harta yang ditimbun akan berubah menjadi naga/ular berkepala botak dan menemui pemiliknya pada hari kiamat. Sehingga pemiliknya melarikan diri daripadanya dua kali. Kemudian naga/ular tersebut menghadang di mukanya, lantas diapun kembali melarikan diri. Kemudian dia bertanya: “Apa hubunganmu denganku?” Lalu naga/ular tersebut menjawab: “Aku adalah harta timbunanmu” Maka orang tersebut merasakan ketakutan dan melindungi dirinya dengan tangan, namun naga/ular tersebut menelannya

Popular

Iklan

Iklan