Utama Blog Halaman 200

Katakan TIDAK Kepada Maksiat

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian

~Tadabbur Kalamullah 26 Muharram 1437H~

مَنْ يَعْمَلْ سُوءًا يُجْزَ بِهِ وَلَا يَجِدْ لَهُ مِنْ دُونِ اللَّهِ وَلِيًّا وَلَا نَصِيرًا

“Barangsiapa yang melakukan kejahatan (maksiat dan dosa), nescaya akan diberi pembalasan dengan kejahatan itu dan ia tidak mendapat pelindung dan tidak (pula) penolong baginya selain dari Allah”. (Surah an-Nisa’ 123)

#”Para sahabat menyatakan bahawa inilah ayat al-Quran yang paling berat bagi mereka, sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim bhw Sayidatina ‘Aisyah mengatakan kepada Rasulullah saw bahawa inilah ayat al-Quran yang terasa paling berat bagi dirinya” (Tafsir Ibnu Kathir Juz 1)

#Sabda Nabi saw:

إِنَّ اللَّهَ يَغَارُ وَغَيْرَةُ اللَّهِ أَنْ يَأْتِىَ الْمُؤْمِنُ مَا حَرَّمَ اللَّهُ

“Sesungguhnya Allah Maha Cemburu, dan cemburunya Allah adalah di saat seorang mukmin melanggar yang diharamkanNya”(HR Bukhari) 

#Menurut Prof. Madya Dr. Azizan Ahmad dalam satu tulisannya menyebut terdapat lapan akibat berbuat maksiat:

1. Tidak mendapat ilmu
2. Tidak mendapat rezeki yang berkat
3. Kerisauan dan kesepian di hati
4. Melemahkan hati dan badan
5. Banyak mendapat kesulitan
6. Kegelapan dalam hati
7. Kehilangan ketaatan
8. Mengurangi umur dan mengikis berkah

♡Balasan Allah yang berat ini disebabkan Allah tidak rela hamba-hambaNya yang beriman terjerumus dalam kemaksiatan. Katakan TIDAK kepada maksiat♡

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Telegram:
telegram.me/tadabburkalamullah
(Buka link 👆 dan klik join)

Quran Terjemahan Harfiyyah Wa I’rab – Al-Baqarah Ayat Ke-18

0

بسم الله الرحمن الرحيم

Al-Baqarah Ayat Ke-18

صُمٌ بُكْمٌ عُمْيٌ فَهُم لا يَرْجِعُونَ : ١٨

Terjemahan: Mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta, dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (ke jalan kebenaran).

Makna Harfiyyah:

صُمٌ : pekak

بُكْمٌ : bisu

عُمْيٌ : buta

ف : dengan keadaan itu

هم : meraka

لا : tidak

يرجعون : kembali

I’rab:

صُمٌ : خبر لمبتدأ محذوف تقديره ” هم “. مرفوع وعلامة رفعه الضمة الظاهرة في آخره

Khobar خبر (predikat) bagi mubtadak مبتدأ (subjek) yang dibuang taqdirnya هم (mereka) hukum i’rabnya marfu’ مرفوع dan tanda rofa’nya baris hadapan ضمة yang jelas diakhirnya.

بُكْمٌ عُمْيٌ : خبران آخران للمبتدأ

المحذوف ” هم ” مرفوعان وعلامة

رفعهما الضمة الظاهرة في آخره

Dua khobar (predikat) bagi mubtadak مبتدأ yang dibuang taqdirnya هم (mereka) kedua-dua hukum i’rabnya marfu’ dan tanda rofa’ bagi keduanya baris hadapan ضمة yang jelas di akhirnya.

فَ : حرف عطف : kata penghubung

هُمْ : ضمير رفع منفصل مبني على السكون في محل رفع مبتدأ لأنه

معطوف عى ” هم ”

Ganti nama rofa’ yang berpisah منفصل dibina dengan baris mati سكون berkedudukan rofa’ mubtadak (subjek) kerana dihubungkan dengan هم yang dibuang.

لا يَرْجِعُون : الجملة الفعلية في محل رفع خبر مبتدأ ” هم”

Ayat kata kerja جملة فعلية berkedudukkan rofa’ kerana ia menjadi khobar (predikat) kepada mubtadak iaitu هم

لا : ناهية : penafian

يَرـجِعُونَ : فعل مضارع مرفوع لتجرده عن الناصب و الجازم و علامة رفعه ثبوت النون و الواو ضمير متصل مبني على السكون في محل رفع فاعل و الفعل ” يرجعون ” من الأفعال الخمسة التي ترفع بثبوت النون و تنصب و تجزم بحذف النون.

Kata kerja masa kini/akan yang hukum i’rabnya marfu’ مرفوع kerana bebas dari a’mil nasab dan jazam, dan tanda rofa’nya dengan mengekalkan huruf nun dan huruf waw و sebelum nun ialah ganti nama bersambung متصل yang dibina dengan baris mati سكون berkedudukkan rofa’ kerana dhomir itu merupakan pelaku perbuatan فاعل dan kata kerja برجعون dinamakan kata kerja yang lima yang mengekalkan huruf nun ketika rofa’ dan membuang nun ketika nasab نصب dan jazam جزم.

والله أعلم إن شاء الله سنتصل بعد هذا

 

Tafsir Al-Baqarah – Pengenalan

0

بسم الله الرحمن الرحيم

Al-Baqarah – Pengenalan

Salah satu adab dalam mempelajari tafsir Al-Quran adalah mengenali dahulu latar belakang surah itu. Ia akan memberikan kita pemahaman yang lebih mendalam dalam memahami satu-satu surah. Jadi, saya hendak terangkan sedikit tentang latar belakang surah ini.

Al-Baqarah ini diturunkan di Madinah (dipanggil Surah Madaniyyah). Ia adalah surah terpanjang dan di dalamnya juga ada ayat yang terpanjang dalam Al-Quran.

Surah ini banyak menceritakan tentang sifat-sifat Yahudi. Kita pun kenalah tahu apakah masalah dan salah faham mereka dan di manakah kesesatan mereka. Kita kena faham yang Allah bukan marah ‘bangsa’ Yahudi, tapi ‘sifat’ Yahudi yang buruk itu, kerana ada juga yang baik dalam kalangan mereka dan isteri Nabi pun ada yang berbangsa Yahudi (Safiyah binti Huyay). Ada juga sahabat yang asalnya dari agama Yahudi (seperti Abdullah bin Salam – bekas pendeta).

Allah sebut dalam Ar-Ra’d: 36

 ‎وَالَّذينَ آتَيناهُمُ الكِتابَ يَفرَحونَ بِما أُنزِلَ إِلَيكَ

Orang-orang yang telah Kami berikan kitab kepada mereka bergembira dengan kitab yang diturunkan kepadamu.

Jadi ada golongan Yahudi yang baik, yang tidak boleh diikut adalah ‘perangai mereka’. Orang Melayu pun boleh jadi ada yang berperangai seperti itu dan yang Allah marah adalah perangai tersebut. Ditakuti kita pun ada perangai seperti yang dikutuk di dalam Al-Quran tersebut. Jadi, dengan belajar Al-Baqarah ini bolehlah kita periksa sifat mereka dengan diri kita.

Ada hubungan yang rapat (robtus suwar) antara Al-Fatihah dan Al-Baqarah. (ربط السور) ‘Robtus Suwar’ bermaksud ‘kaitan antara surah’. Susunan Al-Baqarah itu terletak betul-betul selepas Al-Fatihah dan susunan ini adalah tawqifi – maknanya susunan itu dari Allah dan bukan Nabi atau sahabat susun sendiri. Bukan Nabi buat sendiri tapi dipandu oleh Allah dan tentunya ada hikmah kenapa ia disusun sebegitu. Jika diikutkan susunan dari masa diturunkan, tentulah bukan Al-Baqarah surah yang awal.

Oleh kerana itu, ulama telah ramai yang mengkaji kaitan antara Al-Fatihah dan Al-Baqarah. Antara yang memberi pendapat adalah seorang ulama yang bernama Imam Ar-Razi. Dia mengaitkan antara ayat terakhir Al-Fatihah dan awal Al-Baqarah.

Ayat dari Al-Fatihah berakhir dengan صِراطَ الَّذينَ أَنعَمتَ عَلَيهِم غَيرِ المَغضوبِ عَلَيهِم وَلَا الضّالّينَ. Maka Allah hendak menjelaskan tentang empat golongan itu dalam Al-Baqarah ini.

Di awal Al-Baqarah memang menerangkan beberapa golongan yang dimaksudkan dalam Al-Fatihah itu. Lima ayat pertama adalah tentang mereka yang ‘diberi nikmat’. Mereka diberi nikmat kerana sifat mereka yang baik, bukannya kerana keturunan mereka dan sebagainya. Oleh itu, kalau kita hendak dapat seperti apa yang mereka dapat, maka hendaklah bersifat seperti mereka.

Ayat ke-6 dan ke-7 adalah tentang golongan yang dimurkai, iaitu golongan musyrikin dan Yahudi. Allah kunci hati mereka kerana kedegilan mereka. Maka jangan kita degil seperti mereka.

Ayat ke-8 hingga ke-16 tentang golongan munafikin.

Ayat ke-17 dan ke-18 adalah bandingan golongan Yahudi dan musyrikin, supaya kita senang kenal siapakah Yahudi dan siapakah musyrikin.

Ayat ke-19 dan ke-20 pula adalah bandingan kepada golongan munafikin.

Jadi 20 ayat pertama dalam Al-Baqarah ini adalah untuk menjelaskan siapakah 4 golongan tersebut.

Satu lagi kaitan Al-Baqarah dengan Al-Fatihah adalah kita telah meminta hidayah dalam Al-Fatihah – اهدِنَا الصِّراطَ المُستَقيمَ. Maka Allah jawab yang hidayah itu ada dalam Al-Quran dalam ayat ذٰلِكَ الكِتابُ لا رَيبَ ۛ فيهِ ۛ هُدًى لِلمُتَّقينَ. Kita hendak jalan yang lurus yang menepati kehendak Tuhan. Hendak tahu? Kena belajarlah tafsir Al-Quran. Jika tidak belajar tetapi setakat membaca sahaja tanpa faham, bagaimana boleh tahu!

Kelebihan Surah ini:

Hadis mengatakan bahawa jikalau Al-Baqarah dibacakan di dalam rumah, jin dan syaitan akan keluar dari rumah itu.

لاَ تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنْ الْبَيْتِ الَّذِي تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ

Jangan jadikan rumah-rumah kalian seperti perkuburan, sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibaca di dalamnya Al-Baqarah. Muslim dalam Sahihnya, Hadis no: 1179.

Bermaksud untuk menjaga rumah kita, sunnahnya adalah baca Al-Baqarah, bukannya panggil bomoh pagar rumah atau amalkan ayat-ayat tertentu. Nabi telah pun ajar, mengapa tidak ikut?

Ayat Pertama:
‎الم
Kita tidak tahu apa makna ayat ini. Ayat-ayat jenis ini dinamakan ayat-ayat Muqattaah (Ayat yang dipotong-potong) atau huruf-huruf hijaiyah. Kita hanya boleh tafsir ayat yang selepas ayat ini sahaja.

Ini menyedarkan kita bahawa jika Allah tidak memberitahu apa-apa kepada kita, kita tidak akan tahu apa-apa perkara ghaib. Bukanlah huruf-huruf Muqattaah ini tidak ada makna. Tentu ada maknanya, kerana Allah tidak akan buat perkara yang sia-sia, cuma kita sahaja yang tidak tahu, kerana Allah tidak memberitahu kepada kita. Nabi Muhammad SAW juga tidak pernah menceritakan apakah maknanya. Dan sahabat pun tidak bertanya dan sampaikan kepada kita. Tiada maklumat tentangnya kerana tidak ada hadis yang Nabi memberitahu maknanya.

Ada perkara yang Allah tidak beritahu kepada kita, termasuklah kepada Nabi Muhammad SAW. Maka, redha sahajalah dan terimalah apa yang kita tidak tahu, kerana perkara sebegini bukan boleh diagak dan dicapai dengan akal.

Namun, ada pengajaran yang boleh kita ambil juga, bukannya tiada. Ini adalah satu ujian kepada orang yang alim. Ujian untuk lihat sama ada mereka boleh kata mereka ‘tidak tahu’. Untuk melihat sama ada mereka boleh mengaku kepada manusia bahawa mereka tidak tahu. Mereka mungkin rasa malu untuk mengaku tidak tahu. Jadi, ada orang alim yang walaupun mereka tidak tahu dengan pasti, mereka akan jawab juga mengikut agak-agakan mereka, walaupun mereka tahu maklumat itu tidak tepat.

Ini mengingatkan kita tentang kisah bagaimana pernah satu rombongan dari jauh datang bertemu Imam Malik dengan membawa 18 soalan. Imam Malik hanya menjawab 3 sahaja soalan-soalan itu dan selainnya, Imam Malik menjawab: ‘Tidak tahu’. Maka, jangan malu untuk berkata, ‘Saya tidak tahu’.

Kita yang tidak berilmu ini, ayat ini mengajar kita untuk mula belajar dengan ‘tidak tahu’. Dengan mempunyai fikiran yang kosong, bersedia untuk menerima ilmu. Kalau kita mulakan belajar sesuatu dengan idea lain yang sudah ada dalam fikiran kita, itu akan jadi satu gangguan kepada pemahaman kita. Nanti bila ada fahaman yang berbeza dengan fahaman kita sebelum ini, yang telah dipelajari dahulu, maka mulalah hendak tolak pula. Selepas ini kita akan belajar banyak ayat-ayat yang mungkin berlainan dari fahaman kebiasaan masyarakat kita. Waktu itu akan ada ujian, sama ada boleh terima atau tidak. Nanti kita akan lihat.

Satu lagi, huruf-huruf Muqattaah ini memberi kesan untuk menarik perhatian orang yang mendengar. Bangsa Arab adalah satu bangsa yang amat berbangga dengan penguasaan bahasa mereka. Penggunaan huruf Muqattaah ini tidak pernah mereka dengar sebelum itu. Kalau الم, pada mereka, tentu bacaannya adalah ‘alam’, bukan? Tapi Al-Quran sebut lain pula – ini pelik. Jadi, apabila Al-Quran menggunakan perkataan sebegini, mereka kehairanan dan mereka akan tertanya-tanya apakah yang hendak dibawa oleh ayat-ayat Al-Quran itu. Oleh itu, mereka akan memberi perhatian kepada ayat-ayat yang seterusnya. Mereka tertanya-tanya apakah yang hendak disampaikan sebab pelik sangat.

Untuk kita, walaupun kita tidak menguasai bahasa Arab, tapi apabila kita baca huruf-huruf Muqattaah ini, ianya adalah satu penggunaan bahasa yang amat menarik perhatian kita. Cuba baca betul-betul. Memang ianya menggetar jiwa walaupun kita tidak faham, bukan? Kita akan rasa terpanggil untuk terus membaca ayat-ayat seterusnya. Begitulah keindahan Al-Quran yang Allah telah jadikan untuk kita.

Memang ada banyak pendapat yang berbagai-bagai tentang maksudnya. Bukan kita tidak tahu, tetapi semua pendapat itu tidak ada asas dan dalil, maka kita kena tinggalkan. Sebagai contoh, ada yang kata dalam alif lam mim ini:

Alif – Allah
Lam – Jibrail
Mim – Muhammad

Tetapi itu semua tidak ada dalil dan ilmu khayalan sahaja. Maka tinggalkan tafsir sebegitu. Jangan hirau kalau ada yang kata: “Macam mana kata belajar tafsir, maksud alif lam mim pun tak tahu..?”

Cukup setakat ini tentang huruf Muqattaah. Ada 29 surah dalam Al-Quran yang dimulai dengan huruf-huruf Muqattaah. Selepas ini tidak akan dijelaskan lagi kerana sama sahaja tafsirnya – iaitu kita ‘tidak tahu’.

Allahu a’lam.

 

TKK 97/131:Manusia Diberi Dua Pilihan:Jadi Ortodoks atau Buat Dosa

0

 

TKK 97:Manusia Diberi Dua Pilihan:

Jadi Ortodoks atau Buat Dosa

(مجيء زمان يخير الرجل فيه بين العجز والفجور )

 

 

Hadith Abu Hurayrah ra,

عن أبى هريره قال :قال رسول الله (يأتى على الناس زمان يخيّر الرجل فيه بين العجز والفجور فمن أدرك ذلك فليختر العجز على الفجور)

قال الهيثم رواه أحمد وأبو يعلى عن الشيخ عن أبي هريرة وبقية رجاله ثقات فالحديث في إسناده جهالة

Dari Abu Hurayrah ra, bahawa Nabi saw bersabda, “Akan datang suatu masa di mana manusia hanya ada dua pilihan dalam hidupnya, menjadi puak yang kolot atau ortodoks atau kena buat dosa.Siapa yang hidup ketika itu hendaklah memilih menjadi orang ortodoks dari berbuat dosa.”

(HR Ahmad dan Abu Ya’la, al-Haithami berkata, ada seorang perawi yang tidak dikenali, yang lain tsiqah)

 

Ia dinilai dha’if oleh Al-Albani, silsilah al-Dha’ifah 3711.

Yang menilainya sahih ialah al-Haakim dalam al-Mustadrak,

الحاكم في المستدرك إلى أن الشيخ هو : سَعِيدِ بْنِ أَبِي جُبَيْرَةَ فقال رحمه الله: (4/438) هذا حديث صحيح الإسناد ولم يخرجاه

Perawi yang tidak dikenali itu ialah Sa’id bn Abi Jubairah (al-Mustadrak ala sahihain, 4:438)

 

 

Syarah Dr. Abdul Rahman al-‘Areefi, King Saud University, Riyadh, Nihayah al-Alam, 140:

Akhir zaman, manusia ada dua pilihan sahaja, maju atau progresif atau pragmatik dengan melakukan maksiat dan penderhakaan kepada syariat atau sunnah atau masuk golongan yang kolot, ortodoks, salafi, puak sunnah, fundamentalis kerana berpegang teguh dengan agama.

Contoh:

Wanita bertudung labuh dianggap wanita kolot, mereka yang tidak membuat pinjaman konvensional, yang tidak makan suap dan menyuap (rasuah), yang berpolitik secara kotor, yang tidak menonton televisyen kabel, dan sebagainya. Semua dianggap ketinggalan zaman atau ortodoks. 

TKK 96/131: Sungai Furat Iraq Akan Mengering Dan Munculnya Gunung Emas

0

 

TKK 96/131: Sungai Furat di Iraq Akan

Menyingkapkan Gunung Emas

(يحسر الفرات عن جبل من ذهب)

 

 

Dari Abu Hurairah ra,

” لا تقوم الساعة حتى يحسر الفرات عن جبل من ذهب، يقتتل الناس عليه، فيقتل من كل مائة تسعة وتسعون، ويقول كل منهم: لعلي أكون أنا الذي أنجو “.

“Kiamat tidak akan terjadi sehingga sungai Furat menyingkapkan gunung emas, di atasnya orang-orang berperang, sehingga daripada setiap seratus orang akan terbunuh sembilan puluh sembilan. Setiap orang daripada mereka mengatakan, “Mudah-mudahan, akulah orang yang selamat itu.” [HR Bukhari dan Muslim]

Dalam riwayat lain,

” يوشك الفرات أن يَحْسِرَ عن كنز من ذهب، فمن حضره فلا يأخذه منه شيئاً “

“Hampir tiba masanya, Sungai Furat akan menyingkapkan pembendaharaan emas. Sesiapa yang menghadirinya, janganlah mengambilnya sedikitpun.” [HR Bukhari dan Muslim]

Dari Ubay bin Ka’ab ra,

يُوشِكُ الْفُرَاتُ أَنْ يَحْسِرَ عَنْ جَبَلٍ مِنْ ذَهَبٍ، فَإِذَا سَمِعَ بِهِ النَّاسُ سَارُوا إِلَيْهِ، فَيَقُولُ مَنْ عِنْدَهُ: لَئِنْ تَرَكْنَا النَّاسَ يَأْخُذُونَ مِنْهُ لَيُذْهَبَنَّ بِهِ كُلِّهِ، قَالَ: فَيَقْتَتِلُونَ عَلَيْهِ، فَيُقْتَلُ مِنْ كُلِّ مِائَةٍ تِسْعَةٌ وَتِسْعُونَ

Terjemahan:

“Hampir tiba masanya, sungai Furat akan menyingkapkan gunung emas.Jika orang-orang mendengar hal itu, mereka berjalan ke sana.Maka orang-orang yang ada di sana mengatakan, “Jika kita membiarkan orang-orang mengambilnya, mereka pasti akan mengambil seluruhnya.Beliau bersabda, “Maka, mereka bertempur di atasnya, sehingga setiap seratus orang terbunuh sembilan puluh sembilan.” [HR Muslim]

 

 

Syarah:

Syaikh Al-Arifi berkata di dalam kitab Nihayah al-Alam, pada akhir zaman, sungai utama di Iraq, iaitu Sungai Furat akan mengalami fenomena kekeringan, kemudian, ia mengeluarkan emas yang banyak di dalamnya.

Ini logik kerana Sungai Furat dan sungai Tigris bersebelahannya sememangnya sudah mulai susut kerana empangan yang dibina di hulunya di Turki dan Syria.

Kemudian, pembangunan pesat di sepanjang tebingnya juga telah mengecilkan sungai Furat.

Nabi Muhammad SAW telah memperingatkan,  akhir zaman, Sungai Furat akan kering dan ia akan menzahirkan emas yang banyak dan baginda SAW menasihatkan supaya umat Islam atau Arab menjauhinya kerana akan terjadi banyaknya pembunuhan ketika manusia merebut emas tersebut.

Ada dua pendapat dalam memahami hadith ini.Menurut Al-Multaqa Al-Hindi, Al-Muttaqi Al-Hindi, Al-Burhan fi Alamat al-Mahdi Akhir az-Zaman,

 

Pendapat Pertama:

Sungai Furat benar-benar akan menzahirkan emas apabila berlaku fenomena kekeringan.

 

Pendapat kedua:

Simpanan minyak mentah yang banyak di lembah sungai Furat.Ini kerana Iraq merupakan sebuah negara yang memiliki simpanan atau rizab minyak kedua terbesar selepas Arab Saudi.

Perebutan emas itu sememangnya berlaku di antara kuasa dunia khususnya Amerika Syarikat yang sedang menguasai Iraq dan terjadinya pembunuhan yang besar di Iraq sekarang bahkan setiap hari berlakunya pembunuhan.

NOTA FIQH WANITA 6 – Mac 2017

0

SOALAN & JAWAPAN

FIQH WANITA

SOALAN

Di zaman serba canggih dan berteknologi tinggi, kini ramai antara kita muslim dan muslimin suka sangat menggunakan istilah ”Oh My God’’ apabila musibah melanda kononnya ia adalah moden dan lebih terkini. Bagi saya sepatutnya setiap kali mendengar musibah ungkapkanlah Subhanallah, Astaghfirullah al-azim, Allahu Akbar mahupun yang seumpamanya dalam mengesakan Allah.

Bagaimana pandangan ustaz dan adakah dalil berkenaan ungkapan tersebut?

JAWAPAN Ustaz Azlizan  Nueq

Benar dan setuju.

 

 

SOALAN

Apabila musibah melanda, kita juga di sunnahkan untuk menyebut innalillah, adakah ini benar ustaz?

JAWAPAN Ustaz Azlizan Nueq

Benar. Lafazkan istirja’. Bukan masa kematian sahaja.

JAWAPAN thtl al-jazani توان حسن:

Ucapan Istirja’

Fatwa saudi, boleh ke atas semua jenis musibah kerana ayat istirja itu umum (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun”. (AQ 2:156), hatta putus tali selipar juga boleh ucapkan.

 

 

SOALAN

Mohon pencerahan. Di dalam al-qur’an sering di sebutkan perkataan orang-orang mukmin.

Apakah orang-orang mukmin ini sama seperti orang soliheen dan muttaqin? 

Apakah benar tingkat taqwa itu paling tinggi bagi orang-orang mukmin atau ada tingkat kemuliaan lain di atasnya?

JAWAPAN Ustaz Azlizan Nueq

Tingkatan-tingkatan ini disebut secara isyarat di dalam dalil-dalil yang ada. Yang terkenal adalah dari hadis yang dinamakan ‘Hadis Jibrail’. 

Pada suatu hari, Jibril ‘alaihis salam mendatangi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam keadaan berambut hitam dan berpakaian putih, tidak nampak pada beliau bekas melakukan perjalanan jauh dan tidak ada sahabat pun yang mengenal malaikat Jibril dalam bentuk manusia seperti ini. Kemudian dia mendekati Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sambil menyandarkan lututnya pada lutut Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sedangkan kedua tangannya berada pada paha Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Kemudian Jibril ‘alaihis salam memanggil ‘Ya Muhammad’ -sebagaimana orang-orang Arab Badui memanggil beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam- dan menanyakan beberapa perkara. Di antaranya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam ditanyakan apa itu Iman, Islam dan Ihsan. Ketiga perkara ini sendiri adalah Ad-Diin iaitu agama Islam itu sendiri.

(HR. Muslim no. 102)

Dari sini disebut tiga tingkatan:

  1. Muslim
  2. Mukmin
  3. Muhsin.

Hadis ini menarik dan kemas kerana disebut dengan rukun-rukun ketiga-tiga tingkatan itu. Kemudian, ada yang menambah dua peringkat lagi – mukhlis dan muttaqin.

4. Mukhlisin – membuat semua amalan ikhlas kerana Allah. Dalil 98:5

5. Muttaqin – Tingkatan taqwa ini adalah yang  tertinggi sekali.

Iaitu mereka yang sedar kehadiran Allah sentiasa dan kerana itu mereka menjaga hukum-hukum Allah dalam setiap perkara. Banyak disebut tentang sifat-sifat muttaqin dalam al-Qur’an. Semua peringkat itu kena melakukan amal yang soleh. Iaitu amalan yang sunnah.

 

 

SOALAN

Al-Bayyinah: ayat 5

وَمَآ أُمِرُوٓا۟ إِلَّا لِيَعْبُدُوا۟ ٱللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ)

 ٱلدِّينَ حُنَفَآءَ وَيُقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَيُؤْتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَ وَذَٰلِكَ دِينُ ٱلْقَيِّمَةِ

Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan lurus dan supaya mereka mendirikan shalat dan menunaikan zakat, dan yang demikian itulah agama yang lurus.

Adakah benar prinsip orang-orang mukmin itu adalah sami’na waato’na (Al-Baqarah: 285)? 

Adakah ayat wa’fuanna.. waghfirlana.. warhamna.. (Al-Baqarah: 286) kita boleh baca apabila tiap kali kita berdoa kepada Allah dalam ayat terakhir permohonan kita (sebab ambil ayat sekerat-sekerat dalam al-qur’an untuk maksud permohonan kepada Allah)?

Jadi maksud yang ustadz terangkan itu adalah muslim itu belum tentu adalah mukmin dan mukmin itu belum tentu sampai kepada tingkat muttaqin selagi mana ia tidak menjaga/amat berhati-hati pada setiap hal dan perbuatan dalam kehidupannya?

JAWAPAN Ustaz Azlizan Nueq

Ayat 285 itu adalah antara prinsip orang mukmin. Ada banyak lagi dalam ayat-ayat yang lain. Quran bukan macam buku akademik, senaraikan di satu tempat ciri-ciri itu. Berterabur banyak ayat dalam Quran dan kita kena tahu semuanya, mungkin ada yang dah senaraikan, kena cari.

Tentang سَمِعنا وَأَطَعنا (kami dengar dan kami taat), orang mukmin tidak cakap sahaja, tapi amalkan. Kalau kita kata kita ‘taat’, kita kena tanya balik diri kita: 

Apa yang aku kena taat? Adakah sudah belajar apa benda yang kena taat? Sebab ada orang kata dia taat, tapi benda yang perlu ditaati pun tidak belajar lagi.

Boleh gunakan doa yang ada dalam Quran dan potong yang berkenaan iaitu boleh ambil potongan doa sahaja. Jadi kalau ayat 286 itu, bunyi begini:

رَبَّنا لا تُؤاخِذنا إِن نَسينا أَو أَخطَأنا ۚ رَبَّنا وَلا تَحمِل عَلَينا إِصرًا كَما حَمَلتَهُ عَلَى الَّذينَ مِن قَبلِنا ۚ رَبَّنا وَلا تُحَمِّلنا ما لا طاقَةَ لَنا بِهِ ۖ وَاعفُ عَنّا وَاغفِر لَنا وَارحَمنا ۚ أَنتَ مَولانا فَانصُرنا عَلَى القَومِ الكافِرينَ]

Muslim belum tentu mukmin, mukmin belum tentu muttaqin. Itu adalah peringkat-peringkat yang kita perlu lalui.

 

 

SOALAN

Adakah hadith ini juga adalah prinsip seorang mukmin?

Rasulullah s.a.w. bersabda:

عَجَبًا ِلأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ لَهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَلِكَ ِلأَحَدٍ إِلاَّ لِلْمُؤْمِنِ، إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ، وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْراً لَهُ

“Sungguh menakjubkan urusan seorang mukmin, semua urusannya adalah baik baginya. Hal ini tidak didapatkan kecuali pada diri seorang mukmin. Apabila mendapatkan kesenangan, dia bersyukur, maka yang demikian itu merupakan kebaikan baginya. Sebaliknya apabila tertimpa kesusahan, dia pun bersabar, maka yang demikian itu merupakan kebaikan baginya.” (Hadith shahih. Diriwayatkan oleh Muslim, no. 2999 dari Abu Yahya Shuhaib bin Sinan radhiyallahu )

 JAWAPAN Ustaz Azlizan Nueq

Ya, jadi orang mukmin ini tenang sahaja, redha dengan apa yang  terjadi. Tidaklah dia meraung (sedih itu boleh) dan dia berfikiran waras.

 

 

SOALAN

Banyak perintah dan syariat di dalam al-Qur’an begitu juga hadith.  Ia adalah sebuah peringatan kepada orang-orang yang mengakui iman kepada Allah. Masih menghayati tafsir al-quran lagi dalam surah Ali Imran.

 JAWAPAN Ustaz Azlizan Nueq

Ada penerangan tentang siapakah mukmin dalam surah Ali Imran.

 

 

SOALAN

Ada diterangkan di dalam surah Ali Imran sehingga Nabi Muhammad s.a.w. juga membacanya di malam hari untuk menghilangkan mengantuk dan saya baca supaya  tidak terlepas solat tahajjud.

Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0130.

Abdullah bin Abbas r.a. menceritakan, bahawa pada suatu malam dia bermalam di rumah Maimunah, isteri Nabi saw. (adik ibu Abdullah), katanya: “Saya tidur melintang bantal sedang Rasulullah dan isteri beliau membujur. Rasulullah tidur hingga pertengahan malam, atau sedikit lebih kurang. Kemudian beliau bangun, duduk sambil menggosok matanya dengan tangan untuk menghilangkan mengantuk. Sesudah itu beliau membaca sepuluh ayat pengujung surah Ali-Imran. Kemudian beliau berdiri, dan melangkah ke sebuah tempat air yang tergantung. Beliau berwuduk dan menyempurnakan wuduknya. Kemudian beliau berdiri untuk melakukan solat.” Kata Ibnu Abbas selanjutnya, “Aku berdiri pula, dan berwuduk seperti yang dilakukan beliau. Sesudah itu aku berdiri di samping beliau. Beliau meletakkan tangan kanannya di kepala ku, menarik telinga ku yang kanan dan memilinnya (menyuruh pindah dari kiri ke kanan beliau). Lalu Nabi solat dua rakaat, sesudah itu dua rakaat, sesudah itu dua rakaat, sesudah itu dua rakaat, sesudah itu dua rakaat, dan sesudah itu dua rakaat (6 x 2 rakaat), kemudian beliau solat witir (ganjil bilangan rakaatnya). Kemudian beliau berbaring kembali, hingga datang Muazzin (Bilal, memberitahukan subuh telah datang); lalu beliau berdiri dan solat sunat yang ringkas dua rakaat. Sesudah itu beliau pergi ke masjid untuk solat Subuh. “

Ayat dalam surah Ali Imran yang menerangkan kepatuhan kepada Allah dan ciri-ciri orang bertaqwa:

Ali Imran: 133-135

وَسَارِعُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ

Maksudnya: Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa. (Ali-Imran: 133)

الَّذِينَ يُنْفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَ

JAWAPAN  Ustaz Azlizan Nueq 

Ya, betul.

 

 

SOALAN

Apakah aliran Imam Al-Ghazali sehingga beliau wafat?

 JAWAPAN  Ustaz Azlizan Nueq

Akhir kehidupan beliau dihabiskan dengan kembali mempelajari hadits dan berkumpul dengan ahlinya. Berkata Imam Adz Dzahabi, “Pada akhir kehidupannya, beliau tekun menuntut ilmu hadits dan berkumpul dengan ahlinya serta menelaah shahihain (Sahih Bukhari dan Muslim). Seandainya beliau berumur panjang, niscaya dapat menguasai semuanya dalam waktu singkat. Beliau belum sempat meriwayatkan hadits dan tidak memiliki keturunan kecuali beberapa orang puteri.”

 

 

SOALAN

Adakah benar rezeki terbahagi kepada 3 iaitu rezeki yang dijamin, rezeki yang digantungkan dan rezeki yang dijanjikan?

Boleh ustaz bagi pencerahan sebab saya masih keliru tentang rezeki yang dijamin dan rezeki yang dijanjikan. Saya sudah dapat dalilnya, cuma tidak pasti ia ada kaitan antara keduanya atau tidak iaitu dalam surah Huud: 6 dan surah Ibrahim: 7.

JAWAPAN Ustaz Azlizan Nueq

Ada macam-macam cara pembahagian rezeki yang disusun oleh penulis untuk menjelaskan rezeki. Yang diberikan diatas itu, adalah salah satu darinya. 

  1. Hud: 6  “Tidak suatu binatang pun (termasuk manusia) yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin oleh Allah rezekinya.”

Bermaksud semua makhluk telah ada rezeki yang dijamin – tunggu masa sahaja untuk dapat.

  1. “… Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Ibrahim: 7)

Dijanjikan bagi mereka yang pandai bersyukur, kalau syukur, akan mendapat lebih lagi.

  1. Ada rezeki hasil usaha:

“Tidaklah manusia mendapat apa-apa kecuali apa yang telah dikerjakannya” (An-Najm: 39)

  1. Ini rezeki yang datang dari tempat yang tidak disangka-sangka.

“…. Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki-Nya). Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” (Ath-Thalaq: 2-3)

Semua ini pembahagian penulis sahaja. Dasarnya, semua rezeki dari Allah dan Allah telah tetapkan. Ini perbincangan tentang taqdir, jadi banyak pendapat. 

Allahu a’lam.

 

 

SOALAN

Adakah ini ayat 1000 dinar dan banyak di gantung di rumah-rumah?

“…. Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki-Nya). Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” (Ath-Thalaq: 2-3)

 JAWAPAN Ustaz Azlizan Nueq

Ya. Itu ayat Seribu Dinar (siapa yang kata ia ayat seribu dinar?)

Allah hendak beritahu yang Allah boleh tolong dengan berbagai cara. Cara itu pula tidak disangka-sangka. Allah beritahu untuk makluman kita. Bukannya untuk dibaca berulang-ulang kali supaya dapat rezeki. Bukan juga digantung di rumah dan dikedai untuk menjemput rezeki (feng shui cara orang islam?)

 

 

SOALAN

Mengenai surah Ar-Raad: 11, adakah ia berkaitan dengan rezeki yang digantungkan? 

 JAWAPAN Ustaz Azlizan Nueq

Ayat ini agak popular. Digunakan sebagai motivasi – “nak ubah keadaan kau yang susah ini, kau kenalah berusaha. Kalau tak, Allah tak tolong”.

Tapi dalam tafsir yang saya belajar dan rujuk (Maulana Hadi, Nouman Ali Khan, Ibn Kathir, Jalalayn), tidak disebut tafsir dengan cara begini. 

Semua tafsir itu merujuk kepada amalan kebaikan dan keburukan. Maksudnya, Allah tetap akan berikan kebaikan kepada orang itu, kecuali kalau dia buat perkara yang engkar, barulah Allah akan tukar kepada perkara yang dia benci.

Begitu pun, mungkin ayat ini dalam bentuk umum, dan boleh juga ditafsir seperti ‘ayat motivasi’ di atas. Dulu  saya faham begitu juga. Tapi sejujurnya, tidak berjumpa lagi dalam tafsiran yang sebegitu.

Allahu a’lam.

 

 

SOALAN

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka,”Ar-Raad: 11.

JAWAPAN Ustaz Azlizan Nueq

Allah akan beri kebaikan kepada manusia. Tapi bila manusia engkar, Allah akan balas dengan musibah. Dalam ayat ayat yang lain, disebut bagaimana musibah itu adalah hasil dari perbuatan manusia sendiri. Allah balas sebagai azab dunia.

 

 

SOALAN

Benarkah akhir zaman ini Allah akan matikan ramai ulama’ sebelum kedatangan Imam Mahdi?

 JAWAPAN Ustaz Azlizan Nueq

Ulama memang akan kurang dan ramai yang jahil agama. Tapi tidaklah dikaitkan dengan Imam Mahdi. Imam Mahdi akan menjadi khalifah. Salah seorang khalifah dari khalifah-khalifah yang lain. Maksudnya sebelum dia sudah ada khalifah. Maknanya, pemerintahan khalifah sudah berjalan pada waktu itu.

 

 

SOALAN

Imam Mahdi yang bersihkan aqidah ummat islam.  Adakah ini peluang kedua buat umat islam? Nabi Isa bagi peluang kedua pada kristian sebab kristian agama terbesar, baru islam.

Boleh ustaz berikan contoh dan ulasan mengenai khilaf tidak muktabar?

 JAWAPAN Ustaz Azlizan Nueq

1. Setiap kurun akan ada mujaddid dan Imam Mahdi adalah salah seorang darinya. Imam Mahdi dan turunnnya Nabi isa adalah perkara furu’ akidah.

2. Tidak ada dalil. Contohnya majlis tahlil, doa selamat, perkara-perkara bidaah – semua itu tidak ada dalil. Memang manusia khilaf, tapi antara ada dalil dan tidak ada dalil.

Khilaf yang kita terima ialah apabila kedua-dua pihak membawa dalil Quran/hadis sahih. Khilaf yang kita tolak ialah bila satu pihak bawa dalil Quran/hadis sahih, tapi satu pihak lagi bawa dalil “ada dalam kitab”, “apa salahnya, benda baik”, “ulama sudah lama bahas”, “tok nenek sudah lama buat, takkan mereka tidak betul”.

 

 

SOALAN

Seorang wanita telah mengandung anak luar nikah dan usia kandungan masuk 4 bulan. Bolehkah dia bin nama anak dalam kandungan, dengan lelaki yang mahu bertanggungjawab? Memang telah  disahkan anak itu anak lelaki tersebut.

Mohon perjelasan ustaz.

JAWAPAN Ustaz Azlizan Nueq

Ikut fatwa perlis (setelah mereka buat kajian banyak pendapat), boleh. Untuk jaga nama baik anak itu. Tapi jika anak dalam kandungan, bukan anak lelaki itu maka tidak boleh waris dan kalau anak itu perempuan, dia tidak boleh walikan.

Anak itu tidak bersalah, emak ayah dia yang bersalah. Kalau dia dibinkan kepada ‘Abdullah’, maka tentu dia akan malu. Maka boleh pakai pendapat untuk binkan kepada bapa biologi dia itu.

 

 

SOALAN

Adakah pendapat mufti kita boleh ikuti dalam bab khilafiyah ini? Contoh, bila saya baca keterangan dalam bab maulid macam berbeza dengan keterangan zaman Nabi.

Apakah rujukan yang sesuai bila ada bab khilaf ini? Saya bimbang ambil ilmu yang salah sebab ramai orang gelar al-fadhil atau ulama’ tapi bab khilaf dia memandang ringan dalam beberapa perkara.

 JAWAPAN 

Mufti kalau dia mengikut tareqat maka boleh tolak. Nilaikan dari sudut dalil yang diberi.

 JAWAPAN Ustaz Azlizan Nueq

Ini kena belajar tafsir surah Al-Baqarah, tentang sifat pendita yahudi. Ulama-ulama kita ada sifat pendita Yahudi. Iaitu mereka sudah kawal agama, mereka  tidak pakai wahyu, tapi pakai pendapat sendiri. Allah beri kita surah Baqarah yang panjang itu untuk kita nilai tentang mereka. Mereka sudah buat salah dalam hal agama, maka janganlah lagi jadi seperti mereka.

Agama islam sebelum Nabi Muhammad dirosakkan oleh ahli agama mereka, bukannya tukang kasut, tukang ambil air. Begitulah dari dulu sampailah sekarang. Contohnya, tengoklah dalam surah Al-Baqarah itu. Memang berat, tapi itulah realitinya.

Tapi dalam hadis Nabi memberitahu, akan ada sahaja yang akan bangkit mengingatkan agama yang sebenar, sampailah ke hari kiamat. Semoga kita termasuk dalam golongan itu. Kerana kalau zaman dulu, Allah bangkit Nabi, zaman sekarang Allah bangkitkan ulama. Semoga kita termasuk dalam golongan yang menyokong ulama-ulama itu. Ulama yang berdiri dijalan sunnah.

 

 

SOALAN

Bolehkah ambil nasihat ini, ”bila seseorang sudah berumur 50 tahun, jangan tinggalkan harta untuk anak-anak sebab mereka kena berusaha dan mendapatkan harta sendiri”? Bukan ke Nabi Muhammad suruh sahabat wasiatkan harta untuk anak-anak sebelum meninggal? Mohon pencerahan ustaz.

 JAWAPAN Ustaz Azlizan Nueq

Kena seimbangkan. Bukan bagi semua untuk sedekah. Dalam masa yang sama, tinggalkan untuk anak anak. Sahabat dalam hadis itu sangka dia hendak mati dan kerana itu dia nak sedekahkan semua hartanya. Akhirnya nabi suruh sedekah 1/3 sahaja. Baginda kata adalah lebih baik meninggal anak anaknya dalam keadaan senang dari melarat. 

Dari ‘Amir bin Sa’ad, dari ayahnya, Sa’ad, ia adalah salah seorang dari sepuluh orang yang dijamin masuk syurga- berkata,

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menjengukku ketika haji Wada’, kerana sakit keras. Aku pun berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya sakitku sangat keras sebagaimana yang engkau lihat. Sedangkan aku mempunyai harta yang cukup banyak dan yang mewarisi hanyalah seorang anak perempuan. Bolehkah saya sedekahkan 2/3 dari harta itu?” Beliau menjawab, “Tidak.” Saya bertanya lagi, “Bagaimana kalau separuhnya?” Beliau menjawab, “Tidak.” Saya bertanya lagi, “Bagaimana kalau sepertiganya?” Beliau menjawab, “Sepertiga itu banyak (atau cukup besar). Sesungguhnya jika kamu meninggalkan ahli warismu kaya, itu lebih baik daripada kamu meninggalkan mereka dalam keadaan miskin sehingga mereka terpaksa meminta-minta kepada sesama manusia. Sesungguhnya apa yang kamu nafkahkan dengan maksud untuk mencari ridha Allah pasti kamu diberi pahala, termasuk apa yang dimakan oleh isterimu.”

Aku bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah aku akan segera berpisah dengan kawan-kawanku?” Beliau menjawab, “Sesungguhnya engkau belum akan berpisah. Kamu masih akan menambah amal yang kamu niatkan untuk mencari redha Allah, sehingga akan bertambah darjat dan keluhuranmu. Dan barangkali kamu akan segera meninggal setelah sebahagian orang dapat mengambil manfaat darimu, sedangkan yang lain merasa dirugikan olehmu.

Ya Allah, mudah-mudahan sahabat-sahabatku dapat melanjutkan hijrah mereka dan janganlah engkau mengembalikan mereka ke tempat mereka semula. Namun, yang kasihan (merugi) adalah Sa’ad bin Khaulah. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam sangat menyayangkan ia meninggal di Makkah.” (Muttafaqun ‘alaih. HR. Bukhari no. 4409 dan Muslim no. 1628

 

 

SOALAN

Dalam isu agama kita sering terdengar perkataan khilaf, ia melibatkan pandangan beberapa ulama’ dalam bab khilafiyah. Benarkah khilaf ini ada beberapa jenis dan apakah contoh-contoh khilaf mengikut jenisnya?

JAWAPAN Ustaz Azlizan Nueq

Khilaf yang kita perlu tahu adalah antara khilaf muktabar dan tidak muktabar. 

Khilaf muktabar adalah apabila kedua-dua pihak yang khilaf itu ada dalil dari nas. Kalau tidak ada nas, maka itu bukan khilaf muktabar dan kita boleh tolak.

Sebagai contoh, antara majlis tahlil dan tidak. Ini bukan khilaf muktabar, kerana tidak ada dalil untuk buat majlis tahli. Walaupun orang selalu kata: “ini hal khilaf, syeikh….” tapi ia sebenarnya bukanlah khilaf yang kita kena beri perhatian dan tidak perlu diraikan.

 

 

SOALAN

Khilaf muktabar (besar), isu apakah yang sering termasuk dalam khilaf muktabar ini. Apakah isu qadha’ solat termasuk dalam isu ini?

JAWAPAN

Khilaf muktabar adalah khilaf yang ada dalil. 

Dan ya, hal qadha solat ini termasuk dalam khilaf muktabar. Kerana ulama yang mewajibkan qadha itu berdasarkan kepada dalil yang ada. Dan ulama yang kata tidak perlu, juga menggunakan dalil nas. Kadang-kadang dalil yang sama, tapi pemahaman yang berbeza. Khilaf sebegini kita raikan.

 

 

SOALAN

Apakah dalam bab khilaf kita bebas memilih mana yang kita rasa terkuat hujjahnya pada diri kita atau kita ikut majoriti ulama’? 

JAWAPAN

Kita sebagai penuntut ilmu, kena kaji dan lihat apakah hujah yang digunakan oleh para ulama itu. Dan kita pilih yang pada kita, ianya paling kuat. Itu berdasarkan ilmu kita setakat yang kita tahu. Ulama besar pun ada berubah pandangan mereka setelah mereka diberikan dengan dalil yang lebih kuat dari pandangan mereka, atau hujah yang lebih kuat lagi. Ini biasa sahaja seperti Imam Syafie ada qaul qadim dan qaul jadid.

Kita pilih pendapat yang lebih rapat kepada dalil yang sahih, bukannya pendapat majoriti (jumhur). Ini kerana agama ini bukannya agama demokrasi (yang lebih banyak akan menang).

Dalam masa yang sama, kita hormati orang yang tidak memilih pandangan kita. Kerana entah-entah dia yang benar pada sisi Allah, mana kita tahu? Dia pun ada dalil juga, tapi fahamnya lain. Kita pun sebenarnya tidak tahu. Jadi, kita pilih mana yang kita rasa lebih kuat, tapi tidaklah kita mengkafirkan orang lain, mengwahabikan orang lain, memunafikkan orang, merendahkan orang lain.

 

 

SOALAN

Apakah perbezaan antara jumhur ulama’ dan ijma’ ulama’? Dan bolehkah kita mengatakan demikian dalam menguatkan hujjah kita tanpa sandaran dari hadith yang berkaitan?

JAWAPAN

Jumhur maksudnya majoriti. Ijmak maksudnya sepakat semua ulama. Jumhur boleh terjadi bila-bila masa sahaja. 

Tentang ijma’ ini ada masalah sikit kerana ianya adalah kesepakatan semua ulama semasa. Iaitu ulama yang mujtahid (boleh buat ijtihad). Macam mana hendak kumpul semua ulama duduk berbincang? 

Oleh itu, ada pendapat yang mengatakan ijma ini hanya terjadi akhir sekali masa zaman sahabat, kerana waktu itu mereka tidak ramai dan boleh duduk sama dan bincang sekali. Dan ada pandangan yang lebih syadid, itu pun sudah tidak ada, kerana ramai sahabat yang keluar dakwah dan ada di luar negara, sampaikan tidak boleh hendak tanya pendapat mereka. Jadi awal-awal Islam sahaja yang mereka kata boleh ada ijma’ itu. 

Dalam berhujah, boleh sahaja kalau hendak kata : ”Ini pandangan jumhur” untuk menguatkan hujah kita. Tapi lebih baik lagi, kita boleh senaraikan apakah hujah yang digunakan dan dalil yang dipakai oleh mereka untuk capai keputusan itu.

Jumhur tidaklah semestinya benar lagi kerana seperti yang disebut tadi, Islam bukan agama demokrasi. Kita pun tidak ada pope seperti agama Kristian yang boleh keluarkan decree (kena pakai keputusan pope untuk seluruh dunia). Tidak ada ulama yang kita nobatkan sebagai pegangan seluruh dunia.

Perkara khilaf ini akan terus terjadi. Kita kena pandai menilailah. Jangan melenting dan jangan meroyan. Kalau tidak tahu buat senyap dulu, perhatikan apakah dalil-dalil yang diberi.

~Kenapa ada khilaf? Tidakkah ada dalil yang kita boleh pakai? 

Memang ada, tapi dalil selalunya dalam bentuk mafhum (kena difahami), bukan mantuq (buat A, jangan buat B).

~Eh, kenapa dalil bukan jenis mantuq-mantuq sahaja?

Supaya para ulama boleh buat kerja, kalau semua suap mulut sahaja, tidak adalah peluang hendak buat pahala untuk buat kajian, buat kitab dan sebagainya.

 

 

 

 

 

 

Gejala Terpesona Gaya Hidup Yahudi Dan Nasrani

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian

~Tadabbur Kalamullah 25 Muharram 1437H~

وَدَّ كَثِيرٌ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَوْ يَرُدُّونَكُمْ مِنْ بَعْدِ إِيمَانِكُمْ كُفَّارًا حَسَدًا مِنْ عِنْدِ أَنْفُسِهِمْ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ الْحَقُّ ۖ

“Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w). Oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka), sehingga Allah datangkan perintahNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu” [Surah al-Baqarah 109]

#Inilah antara kerja orang Yahudi dan Nasrani iaitu berusaha untuk menjadi orang-orang Islam mengikuti cara hidup mereka.

#Cuba kita lihat bermula dari model rambut, cara berpakaian, penampilan muda-mudi saat ini, gaya pergaulan, gaya berhibur, gaya bersosial, gaya berinteraksi, gaya bersukan, gaya bekerja tanpa peduli halal haram, gaya berniaga yang melibatkan riba, gaya berpolitik yang bertuhankan nafsu dan wang dan sebagainya sudah sama dengan gaya yang di anjurkan oleh golongan Yahudi dan Nasrani.

#Benarlah kata Nabi saw bahawa umat Islam akan ikut gaya mereka selangkah demi selangkah.

لَتَتَّبِعُنَّ سَنَنَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ حَتَّى لَوْ دَخَلُوا فِى جُحْرِ ضَبٍّ لاَتَّبَعْتُمُوهُمْ , قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ آلْيَهُودَ وَالنَّصَارَى قَالَ : فَمَنْ

“Sungguh kamu akan mengikuti jalan orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta sampai jika orang-orang yang kamu ikuti itu masuk ke lubang biawak (yang sempit sekalipun), pasti kamu pun akan mengikutinya.” Kami (para sahabat) berkata: “Wahai Rasulullah, apakah yang diikuti itu adalah Yahudi dan Nasrani?” Baginda menjawab: “Lantas siapa lagi?”(HR Muslim)

#Imam Nawawi menjelaskan: “Yang dimaksudkan dengan syibr (sejengkal) dan dziroo’ (sehasta) serta lubang dhob (lubang biawak), adalah perumpamaan bahawa tingkah laku kaum muslimin sangat mirip sekali dengan tingkah Yahudi dan Nasrani. Iaitu kaum muslimin meniru mereka dalam kemaksiatan dan pelbagai penyimpangan, bukan dalam hal-hal kekafiran mereka yang diikuti. Perkataan Baginda ini adalah suatu mukjizat kerana apa yang Baginda saw katakan telah terjadi pada saat ini.” (Syarah Muslim)

♡Sama-samalah kita menjaga anak isteri, kaum kerabat, jiran tetangga, masyarakat sekitar dan juga seluruh umat Islam agar sentiasa teguh mengikut cara hidup Islam serta menjauhi gaya hidup golongan Yahudi dan Nasrani♡

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Telegram:
telegram.me/tadabburkalamullah
(Buka link 👆 dan klik join)

Perkara Yang Membuatkan Allah Gembira

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله وَبَرَكَاتُه

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله

اللهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ اٰلِه فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا وَسِعَهُ عِلْمُ الله💚💚💚
صباح الخير

اللهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقّاً وَارْزُقْنَا التِبَاعَةَ وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَاجْتِنَابَهُ،
بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.

Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1733.

Dari Anas r.a., katanya: Rasulullah S.A.W. bersabda: “Allah lebih gembira dengan taubat salah seorang hambaNya dari pada kegembiraan seseorang kamu kerana menemukan untanya kembali setelah tadinya hilang di tengah padang pasir yang luas.

Sirah Nabi – Tahun ke-6 Hijrah Ujian dan Cabaran

0

Tahun ke 6 Hijrah – Ujian dan Cabaran

Selepas sariyah dan ghuzwah yang berlaku pada tahun ke-6H apakah posisi umat Islam ketika itu di jazirah Arab? Dari segi kekuatannya umat Islam menunjukkan hampir kesemua kabilah Arab baik di Yaman, di sempadan Sham (Daumah Al-Jandal), di Najd dan sekitarnya telah dapat ditundukkan. Dalam keadaan Quraish mula lemah dan berpecah belah.

Pada bulan Zulkaedah tahun ke-6H Rasulullah SAW telah diperintahkan oleh Allah SWT untuk melaksanakan Umrah. Posisi umat Islam di Madinah telah semakin kukuh dengan pengusiran Yahudi ke Khaibar kira-kira 150km-200km dari Madinah.

Walaupun begitu dari segi keamanan dan kestabilan politik, Madinah masih terdedah kepada ancaman Quraish kerana tiada apa-apa persetujuan damai atau gencatan senjata dibuat di antara kedua pihak.

Inilah hikmah perintah Allah SWT untuk melakukan Umrah:

“Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Muhammad, telah mengkhabarkan kepada kami ‘Abdullah, telah mengkhabarkan kepada kami Ma’mar, dari Az Zuhriy, dari ‘Urwah bin Az Zubair, dari Al Miswar bin Makhramah, dan Marwan, keduanya berkata: “Nabi Shallallahu’alaihiwasallam berangkat saat perjanjian Al-Hudaibiyah dari Madinah bersama sekitar seribu orang sahabat beliau hingga ketika sampai di Dzul Hulaifah, Nabi Shallallahu’alaihiwasallam mengikatnya dan menandai haiwan korban beliau, lalu berihram untuk ‘umrah”.”

Perjalanan Umrah ini disebut oleh Al-Bukhari dalam sahihnya.

Pada tahun ini juga ada jemaah sariyah di sebut sebagai al-anbar kerana jemaah tersebut terputus makanan, mereka telah menemui bangkai ikan paus yang terdampar dan telah makan ikan tersebut sehinggalah mereka pulang ke Madinah:

“Telah menceritakan kepada kami Isma’il, dia berkata; Telah menceritakan kepada ku Malik, dari Wahb bin Kaisan, dari Jabir bin ‘Abdullah, dia berkata; “”Rasulullah Shalla Allahu ‘alaihi wa sallam mengutus delegasi menuju ke pantai. Beliau mengangkat Abu Ubaidah bin Jarrah sebagai pemimpin pasukan. Mereka berjumlah tiga ratus orang.”” Kami berangkat, namun ketika sampai di suatu jalan perbekalan kami habis. Maka Abu Ubaidah memerintahkan untuk mengumpulkan perbekalan pasukan, dan perbekalan pun dikumpulkan. Bekal yang terkumpul berjumlah dua kantung kurma.”” Bekal itulah yang menjadi makanan pokok kami setiap hari, sedikit demi sedikit hingga habis. Sampai kami tidak mendapatkan jatah lagi kecuali hanyalah sebuah kurma tiap orang. Aku bertanya; ‘Apalah ertinya sebiji kurma.’ Abu ‘Ubaidah menjawab; ‘Kami memang sudah mendapati tidak ada kurma lagi’.”” Jabir berkata; “”Kemudian kami tiba di sebuah pantai. Ternyata ada ikan paus sebesar anak bukit. Maka pasukan pun memakannya selama delapan belas malam. Abu Ubaidah memerintahkan untuk mengambil dua tulang rusuknya, lalu dipancangkan. Kemudian dia memerintahkan untuk mendatangkan seekor unta tunggangan. Ternyata unta tersebut dapat melewati bawah tulang rusuk ikan itu dan ia tidak mengenainya.”

Peristiwa ini disebut oleh Al-Bukhari dalam Sahihnya.

Pada tahun yang sama juga terjadi peristiwa al-Urainah:

“Telah menceritakan kepada kami Sulaiman bin Harb berkata, telah menceritakan kepada kami Hammad bin Zaid, dari Ayyub, dari Abu Qilabah, dari Anas bin Malik berkata, “”Beberapa orang dari ‘Ukl atau ‘Urainah datang ke Madinah, namun mereka tidak tahan dengan iklim Madinah hingga mereka pun sakit. Beliau lalu memerintahkan mereka untuk mendatangi unta dan meminum air seni dan susunya. Maka mereka pun berangkat menuju kandang unta (zakat), ketika telah sembuh, mereka membunuh pengembala unta Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan membawa unta-untanya. Kemudian berita itu pun sampai kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menjelang siang. Maka beliau mengutus rombongan untuk mengikuti jejak mereka, ketika matahari telah tinggi, utusan beliau datang dengan membawa mereka. Beliau lalu memerintahkan agar mereka dihukum, maka tangan dan kaki mereka dipotong, mata mereka dicungkil, lalu mereka dibuang ke padang pasir yang panas. Mereka minta minum namun tidak diberi.”” Abu Qilabah mengatakan, “”Mereka semua telah mencuri, membunuh, murtad setelah keimanan dan memerangi Allah dan Rasul-Nya.”””

Peristiwa ini yang dirakam oleh Al-Bukhari dalam sahihnya.

Tahun yang sama juga semasa Ghuzwah Muraisi’ terjadinya peristiwa pemfitnahan ke atas Ummul Mu’minin Aisyah RA.

Peristiwa ini berlaku semasa Ghazwah Muraisi’ yang disahkan oleh penulis RM yakni As-Syaikh Sofiyyurrahman yang berlaku pada tahun 6 Hijriah.

Perbahasan bila berlakunya Muraisi’ ini bagi ahli sejarah memang sangat sengit dan kompleks.

Aisyah ra telah turut serta dalam Ghazwah Bani Mustaliq/Muraisi’ tentu orang bertanya mengapa hendak berperang bawa isteri? Sekali lagi isu fiqh tidak akan dibincangkan di sini.

Sebelum dari Ghazwah ini Abdullah bin Ubai telah menyerang ‘peribadi’ Rasulallah SAW. Ini adalah teknik siasah yang digunakan oleh sesiapa pun jika mahu menang dengan cara kotor yakni menyerang peribadi. Inilah yang diajar oleh si munafik. Maka sesiapa yang sering menyerang dan memburukkan peribadi seseorang baik pun ianya benar, berhati-hatilah kerana sebahagian ‘SUNNAH’ Abdullah bin Ubai telah ada dalam diri kita. Nauzubillahimin zalik.

Serangan-serangan peribadi ini di sisi sahabat amat menyakitkan, sehingga Umar ra meminta izin untuk dicantas sahaja leher Abdullah bin Ubai.

Bagaimana Rasulallah SAW menangani serangan dan fitnah ini?

Setelah diserang secara peribadi dan dapat dinafikan semuanya oleh sahabat, kini satu polemik yang lebih dahsyat lagi yakni ‘skandal’ yang sangat-sangat nyata.

Isteri Nabi SAW bersama dengan seorang lelaki ajnabi (bukan mahram) pulang bersama. Tidakkah ianya suatu yang sangat jelas untuk berlaku skandal? Ya, oleh sebab itulah, berita ini dipercayai oleh sebilangan sahabat di masa itu.

  1. Rasulallah SAW – tawaqquf (berhenti) dari membuat apa-apa komen dan keputusan.
  2. Rasulallah SAW – meneruskan kehidupan seperti biasa untuk menunjukkan betapa ianya kehidupan yang biasa selama sebulan lebih Aisyah ra masih tidak tahu bahawa beliau difitnah sehingga pada malam Ummu Mishtah tergelincir.
  3. Rasulallah SAW – membiarkan yang difitnah membela diri.

Setelah hampir 3 bulan, ianya satu masa yang lama untuk satu fitnah menjadi konflik sehinggakan sahabat-sahabat ada yang terpengaruh. Bayangkan kita di tempat Umar ra, bayangkan kita di tempat Abu Bakar ra.

Maka, Allah SWT telah menurunkan wahyu An-Nur ayat ke-11 hingga ke-20:

إِنَّ ٱلَّذِينَ جَآءُو بِٱلْإِفْكِ عُصْبَةٌ مِّنكُمْ ۚ لَا تَحْسَبُوهُ شَرًّا لَّكُم ۖ بَلْ هُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۚ لِكُلِّ ٱمْرِئٍ مِّنْهُم مَّا ٱكْتَسَبَ مِنَ ٱلْإِثْمِ ۚ وَٱلَّذِى تَوَلَّىٰ كِبْرَهُۥ مِنْهُمْ لَهُۥ عَذَابٌ عَظِيمٌ

Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat).(An-Nur – 11)

 

لَّوْلَآ إِذْ سَمِعْتُمُوهُ ظَنَّ ٱلْمُؤْمِنُونَ وَٱلْمُؤْمِنَٰتُ بِأَنفُسِهِمْ خَيْرًا وَقَالُوا۟ هَٰذَآ إِفْكٌ مُّبِينٌ

Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman – lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri dan berkata: “Ini ialah tuduhan dusta yang nyata”.(An-Nur – 12)

لَّوْلَا جَآءُو عَلَيْهِ بِأَرْبَعَةِ شُهَدَآءَ ۚ فَإِذْ لَمْ يَأْتُوا۟ بِٱلشُّهَدَآءِ فَأُو۟لَٰئِكَ عِندَ ٱللَّهِ هُمُ ٱلْكَٰذِبُونَ

Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta.(An-Nur – 13)

وَلَوْلَا فَضْلُ ٱللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُۥ فِى ٱلدُّنْيَا وَٱلْءَاخِرَةِ لَمَسَّكُمْ فِى مَآ أَفَضْتُمْ فِيهِ عَذَابٌ عَظِيمٌ

Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab seksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu; -(An-Nur – 14)

إِذْ تَلَقَّوْنَهُۥ بِأَلْسِنَتِكُمْ وَتَقُولُونَ بِأَفْوَاهِكُم مَّا لَيْسَ لَكُم بِهِۦ عِلْمٌ وَتَحْسَبُونَهُۥ هَيِّنًا وَهُوَ عِندَ ٱللَّهِ عَظِيمٌ

Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.(An-Nur – 15)

وَلَوْلَآ إِذْ سَمِعْتُمُوهُ قُلْتُم مَّا يَكُونُ لَنَآ أَن نَّتَكَلَّمَ بِهَٰذَا سُبْحَٰنَكَ هَٰذَا بُهْتَٰنٌ عَظِيمٌ

Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: “Tidaklah layak bagi kami memperkatakan hal ini! Maha Suci Engkau (ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli rumah Rasulullah)! Ini adalah satu dusta besar yang mengejutkan”.(An-Nur – 16)

يَعِظُكُمُ ٱللَّهُ أَن تَعُودُوا۟ لِمِثْلِهِۦٓ أَبَدًا إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ

Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian ini selama-lamanya, jika betul kamu orang-orang yang beriman.(An-Nur – 17)

وَيُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمُ ٱلْءَايَٰتِ ۚ وَٱللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ

Dan Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan (hukum-hukum-Nya); kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.(An-Nur – 18)

إِنَّ ٱلَّذِينَ يُحِبُّونَ أَن تَشِيعَ ٱلْفَٰحِشَةُ فِى ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِى ٱلدُّنْيَا وَٱلْءَاخِرَةِ  وَٱللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian)(An-Nur – 19)

وَلَوْلَا فَضْلُ ٱللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُۥ وَأَنَّ ٱللَّهَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ

Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu, dan juga (kalaulah tidak kerana) bahawa Allah Amat melimpah belas kasihan-Nya, (tentulah kamu akan ditimpa azab dengan serta-merta).(An-Nur – 20)

Maka ternyatalah berita tersebut adalah fitnah dan pihak yang menyerang dengan ghuluw itu, tahulah di pihak yang mana.

Maka telah disyariatkan hukuman 80 sebatan bagi penuduh zina. 3 sahabat yang mengaku bersalah telah menjalani hukuman ini yakni Mishtah bin Usathah, Hassan bin Thsabit dan Hamnah binti Jash.

Kenapa hanya 3 orang? Mereka mengaku bersalah kerana iman mereka. Bahkan yang munafik sudah pastilah pelbagai alasan diberikan untuk mengelak hukuman.

Hamnah binti Jash adalah adik ipar Rasulallah SAW. Hasan bin Thabit adalah penyajak yang dibenarkan bersajak di masjid manakala Mishta bin Usatha adalah saudara rapat Abu Bakar ra. sepupu kepada Aisyah ra. Ibunya Umm Mishtah sering bersama Aisyah ra ketika di rumah Abu Bakar ra. Hamnah binti Jash adalah kakak kepada Zainab binti Jash (isteri Rasulallah SAW).

Selepas mereka dijatuhkan hukuman hubungan mereka berjalan seperti biasa bahkan dalam surah An-Nur ada arahan supaya golongan yang dipengaruhi/terpedaya ini dimaafkan dan di layan selayaknya.

وَلَا يَأْتَلِ أُو۟لُوا۟ ٱلْفَضْلِ مِنكُمْ وَٱلسَّعَةِ أَن يُؤْتُوٓا۟ أُو۟لِى ٱلْقُرْبَىٰ وَٱلْمَسَٰكِينَ وَٱلْمُهَٰجِرِينَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ ۖ وَلْيَعْفُوا۟ وَلْيَصْفَحُوٓا۟ ۗ أَلَا تُحِبُّونَ أَن يَغْفِرَ ٱللَّهُ لَكُمْ ۗ وَٱللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya dari kalangan kamu, bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang-orang miskin serta orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah; dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.(An-Nur – 22)

Tahun ke-6H adalah tahun yang mana sepanjang tahun yang ‘penuh’ dengan pelbagai ujian dan cabaran buat umat Islam dan peribadi Rasulallah SAW.

 

Wallahu a’lam.

Tujuan Hidup Manusia…

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian

Assalamu’alaikum wr wt

Periksa ‘Aqidah Anda

1/54

Kenapa Allah mencipta kita?

Jawab: Allah menciptakan kita untuk mengabdikan diri kepadaNya dan tidak menyekutukanNya dengan sesuatu apa pun.

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.
Surah Az-Zariyat (51:56)

“Hak Allah atas hambaNya agar supaya menyembahNya dan tidak menyekutukanNya dengan sesuatu apa pun.”

Muttafaqun ‘alaih

#periksaqidahanda
#tazkirahseminit
https://telegram.me/mindaCikguRahim

Popular

Iklan

Iklan