Utama Blog Halaman 188

Koleksi Tazkirah Harian UiTO Tertinggal (1)

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian

Karena DUNIA lebih berharga di mata mereka daripada AGAMA…

=======

Ibnu Muflih -rohimahulloh- mengatakan:

“Diantara pemandangan yang menghairankan dari keadaan manusia adalah: banyaknya ratapan mereka atas rosaknya rumah, matinya kerabat dan pendahulu, dan sedikitnya harta sehingga mereka mencela zaman dan orang-orangnya, serta kepayahan hidup di dalamnya.

Padahal di sisi lain mereka juga melihat runtuhnya Islam, rapuhnya agama, matinya banyak sunnah, merebaknya banyak bid’ah, dan banyaknya maksiat dilakukan manusia.

Tapi aku tidak dapati orang yang meratapi agamanya, tidak pula orang yang menangisi umurnya yang kurang dimanfaatkan, bahkan tidak pula orang yang menyesali waktunya yang disia-siakan.

Dan aku tidak lihat sebabnya, kecuali sedikitnya perhatian mereka terhadap agamanya, dan keagungan dunia di mata mereka”.

[Al-Adabusy Syar’iyyah 3/240].


 

 

Jika kita tidak bisa menghilangkan cinta dunia di hati, paling tidak mari tumbuhkan dan besarkan cinta agama di hati kita… dan sedikit demi sedikit berusaha untuk mengubah paradigma di benak kita.

Ingatlah selalu, di dunia kita tidak akan lama… semuanya akan berlalu dengan cepat… untuk menuju kehidupan akhirat… di sanalah keabadian yang harusnya kita perjuangkan.

Semoga Allah menyelamatkan kita dari fitnah dunia… amin.


 

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله وَبَرَكَاتُه

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله

اللهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ اٰلِه فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا وَسِعَهُ عِلْمُ الله💚💚💚
صباح الخير

اللهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقّاً وَارْزُقْنَا التِبَاعَةَ وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَاجْتِنَابَهُ،
بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.

Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0051.

Dari Ibnu Umar r.a., katanya Rasulullah S.A.W. bersabda: “Di antara beberapa pohon, ada pohon yang tidak gugur daunnya; pohon itulah perumpamaan seorang muslim. Terangkanlah kepada ku, pohon apakah itu?” Orang-orang yang hadir ketika itu menebak, “Pohon dalam hutan belukar.” Kata Ibnu Umar, “Saya menebak pohon kurma. Tetapi saya malu mengatakannya.” Kata mereka, “Tunjukkanlah kepada kami, Ya, Rasulullah! Pohon apakah itu?” Jawab Nabi S.A.W , “Pohon kurma”


 

PERBANYAK ISTIGHFAR DAN TAUBAT:

Berkata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah رحمه الله تعالى :

(من رأى أنه لا ينشرح صدره ولا يحصل له حـلاوة الإيمـان ونور الهدايـة فليُكثر من التوبةوالاستغفار)

❝ Barangsiapa yang melihat bahwa dirinya tidak lapang dadanya dan tidak mendapatkan manisnya keimanan serta cahaya hidayah maka perbanyaklah taubat dan istighfar. ❞

Al-Fatawa Al-Kubra (5/62)


 

📖 Lentera Wahyu 7⃣

✌️Dua Nikmat Yang Terlalaikan

Dari Ibnu Abbas radhiyallâhu ‘anhumâ, Rasulullah shallallâhu ‘alaihi wa sallam bersabda,

نِعْمَتَانِ مَغْبُونٌ فِيهِمَا كَثِيرٌ مِنَ النَّاسِ، الصِّحَّةُ، وَالْفَرَاغُ

“Dua nikmat yang banyak manusia merugi di dalamnya: kesehatan dan waktu luang.”

[Diriwayatkan oleh Al-Bukhary]

#Lentera_Wahyu

•┈┈┈┈•✿❁✿•┈┈┈┈•
Join channel telegram
🌐 https://telegram.me/channelassunnah


 

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10154316039506686&id=712211685

INDAHNYA QIYAMULLAYL

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian
INDAHNYA QIYAMULLAYL

#NotaBroSyarief

Teringat pesan Syaikh Dr Aiman ibn Muhammad al-Hamdan, dalam salah satu perkongsian beliau di masjid UIA, Ramadhan baru-baru ini.

Beliau mengupas ayat berikut mengenai ciri Ibadur Rahman,

وَالَّذِينَ يَبِيتُونَ لِرَبِّهِمْ سُجَّدًا وَقِيَامًا

Dan mereka yang menghidupkan malam, untuk Tuhan mereka, dalam keadaan sujud dan berdiri

[Al-Furqan(25):64]

Pesannya,

اذا قمت لصلاة الليل تجد ان الهموم تتفرج عنك والكرب تبتعد عنك

Sekirakan engkau bangun untuk solat malam, engkau akan dapati segala kerunsingan menghilang darimu, dan segala kesulitan menjauh darimu..

Dia menyebutkan lagi,

ولذلك اغتنام هذه الساعات من آخر الليل من انفع ما يعين المسلم على امر دينه ودنياه

Oleh kerana itu, merebut peluang beberapa waktu di hujung malam ini merupakan sesuatu yang paling bermanfaat dari apa yang dapat membantu seseorang muslim pada urusan agama dan (urusan) dunianya.

فاحرص ان يكون لك ولو بضع دقائق حسب ما يتيسر لك، كلما زدت فهو افضل

Bersungguhlah agar diusahakan untuk dirimu walaupun beberapa minit, mengikut kadar yang mudah bagimu, (dan) setiap kali engkau tambah (masa dan rakaat solatmu), maka ianya lebih utama.

اهم شيء لا يفوتك هذا وقت عظيم، قبيل الفجر، تستيقظ وتتوضاء وتصلي ما كتب الله لك وتدعو الله وتسأله، تجد أثرا عجيبا في حياتك في جميع شؤونك واحوالك ولهذا من اخص اوصاف المسلمين وعباد الرحمان

Apa yang penting, janganlah waktu yang hebat ini terlepas darimu begitu sahaja.

Tibanya masa hampir waktu subuh, engkau bangun, berwudhu, dan solat sebanyak apa yang telah Allah tuliskan untukmu, dan kemudian engkau berdoa kepada Allah & meminta kepadaNya..

Engkau akan temui kesan yang menakjubkan dalam hidupmu, dalam kesemua urusan dan hal ehwalmu

Ini kerana melaksanakan solat malam merupakan antara sifat-sifat yang paling khusus bagi muslim dan hamba-hamba bagi ar-Rahman.

*Video rakaman sesi beliau boleh dilihat di https://youtu.be/Aweb5c6ehzk
___
@BroSyariefShares << KLIK & SERTAI (Di Aplikasi Telegram)

PANTAS PROAKTIF.. DEMI KUALITI IBADAH!

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian
PANTAS PROAKTIF.. DEMI KUALITI IBADAH!

#NotaBroSyarief

‘Aisyah – radhiyalLaahu ‘anha – meriwayatkan,

صَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فِي خَمِيصَةٍ لَهُ لَهَا أَعْلاَمٌ، فَنَظَرَ إِلَى أَعْلاَمِهَا نَظْرَةً، فَلَمَّا سَلَّمَ قَالَ‏:

RasululLah – sallalLaahu ‘alaihi wa sallam – pernah solat sambil memakai pakaian Khamisah yang padanya terdapat sedikit corak-corak, lalu dia terlihat kepada corak-corak itu sekilas pandang. Setelah dia memberi salam, dia berkata:

اذْهَبُوا بِخَمِيصَتِي هَذِهِ إِلَى أَبِي جَهْمٍ، فَإِنَّهَا أَلْهَتْنِي آنِفًا عَنْ صَلاَتِي، وَائْتُونِي بِأَنْبِجَانِيَّةِ

“Kalian bawalah khamisahku ini kepada Abu Jahm, kerana ia telah melekakan aku tadi di dalam solatku, dan bawakan kepadaku dengan pakaian biasa (yang kosong)”

[HR al-Bukhari]

Di dalam sebuah riwayat yang lain dari Anas ibn Malik, katanya:

كَانَ قِرَامٌ لِعَائِشَةَ سَتَرَتْ بِهِ جَانِبَ بَيْتِهَا فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Terdapat satu kain penghadang yang bergambar milik Aisyah yang dipasang di sudut rumahnya, lalu Nabi – sallalLaahu ‘alaihi wa sallam – berkata:

أَمِيطِي عَنَّا قِرَامَكِ هَذَا فَإِنَّهُ لَا تَزَالُ تَصَاوِيرُهُ تَعْرِضُ فِي صَلَاتِي

“Jauhkan kain ini dari kita, kerana gambarnya berterusan mengganggu solatku”

[HR al-Bukhari]

‘Abdullah ibn Abi Bakr meriwayatkan,

أَنَّ أَبَا طَلْحَةَ الْأَنْصَارِيَّ كَانَ يُصَلِّي فِي حَائِطٍ لَهُ فَطَارَ دُبْسِيٌّ فَطَفِقَ يَتَرَدَّدُ يَلْتَمِسُ مَخْرَجًا

Pernah Abu Talhah sedang solat di dalam kebunnya, lalu hinggap seekor burung berterbangan ke sana ke mari mencari jalan keluar,

فَأَعْجَبَهُ ذَلِكَ فَجَعَلَ يُتْبِعُهُ بَصَرَهُ سَاعَةً، ثُمَّ رَجَعَ إِلَى صَلَاتِهِ، فَإِذَا هُوَ لَا يَدْرِي كَمْ صَلَّى،

Abu Talhah menjadi teruja menyebabkan pandangannya terlempar mengikuti pergerakan burung itu sebentar.

Kemudian, dia kembali fokus untuk solat, lalu dia terlupa berapa rakaat yang telah dia lakukan?

فَقَالَ: لَقَدْ أَصَابَنِي فِي مَالِي هَذَا فِتْنَةٌ، فَجَاءَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Maka, (selepas selesai solat) dia berkata: Aku telah ditimpa kerana hartaku ini dengan fitnah (ujian).

Lalu dia terus bertemu dengan RasululLah – sallalLaahu ‘alaihi wa sallam –

فَذَكَرَ لَهُ الَّذِي أَصَابَهُ فِي حَائِطِهِ مِنَ الْفِتْنَةِ، وَقَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ هُوَ صَدَقَةٌ لِلَّهِ فَضَعْهُ حَيْثُ شِئْتَ .

Diapun menceritakan apa yang berlaku di kebunnya tadi, lalu berkata:

‘Wahai RasululLah – sallalLaahu ‘alaihi wa sallam -, (aku jadikan) ia sebagai sedekah kerana Allah, engkau tetapkanlah (ke mana ia perlu diinfaqkan) mengikut kemahuanmu’

[Muwatta]

Pesan BroSyarief:

Limpahan ganjaran di bulan Ramadhan seharusnya menuntut usaha yang juga berlipat ganda dari kita untuk mengaut segala kelebihan yang ditawarkan.

Malah tidak teragak-agak untuk menghilangkan malah menjauhi segala apa yang menjadi sumber perosak tumpuan terutama terhadap ibadah dan segala amal kebaikan di bulan yang mulia ini.

Barangkali ada yang cuba menutup akaun Facebook atau Whatsapp. Barangkali ada yang berusaha mengelak ke tempat yang terlalu ramai orang seperti bazar Ramadhan. Barangkali ada yang berusaha menutup data internet kecuali di waktu-waktu tertentu.

Semuanya di atas dasar proaktif bagi meningkatkan kadar fokus, dan meningkatkan kualiti aktiviti khususnya dalam meraikan pesta ibadah di bulan Ramadhan ini.
__
@BroSyariefShares 👈🏻
#01Ramadhan1438H

05.03 Ayat-ayat Awal Turun Mengikut Tema

0

Panel: BroSyarief

asSalaamu ‘alaikum semua.

Kita dah selesai bincangkan dua sub-topik awal, yang merupakan tumpuan utama dalam bab yang ke- 5 ini.

Dua nota berbaki berdasarkan kitab Mabahits adalah berkaitan Ayat-ayat yang Awal Turun Mengikut Topik/Tema Khas (Nota 05.03) dan Faedah-faedah dari Kajian berkaitan Ayat Awal & Akhir Turun (Nota 05.04).

Kedua-dua nota ini ringkas sahaja berdasarkan apa yang telah ditulis oleh Ust Manna’ Qattan di dalam kitabnya. Saya akan kongsikan dahulu Nota 05.03 sebentar lagi (di sini) , dan nota 05.04 pagi esok (akan datang), In Sya Allah.

Selepas itu, kita akan masuk pula ke bab ke-6 berkenaan Asbab an-Nuzul (أسباب النزول) yang agak panjang perbincangannya.

Semoga bermanfaat.

#BroSyariefShares

#130616 Bilik (09) Ulum al-Quran

05.03 Ayat-ayat Awal Turun Mengikut Tema (أوائل موضوعية)

#NotaBroSyarief #UlumQuran #UiTOBilik09

Para ‘ulama turut membincangkan mengenai ayat-ayat yang pertama turun berdasarkan tema-tema khusus, seperti:

1. Ayat-ayat yang pertama turun berkait makanan, iaitu ayat berikut:

قُلْ لا أَجِدُ فِي مَا أُوحِيَ إِلَيَّ مُحَرَّمًا عَلَى طَاعِمٍ يَطْعَمُهُ إِلَّا أَنْ يَكُونَ مَيْتَةً أَوْ دَمًا مَسْفُوحًا أَوْ لَحْمَ خِنْزِيرٍ

Katakanlah: Aku tidak mendapati pada apa yang diwahyukan kepadaku sebarang apa yang diharamkan ke atas sesiapa untuk memakannya, kecuali ianya adalah bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi..

[al-An’am(6):145]

Dan kemudian ayat ini,

فَكُلُوا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللهُ حَلالاً طَيِّباً

Maka kalian makanlah dari apa yang telah Allah rezekikan kepada kalian yang halal dan baik

[an-Nahl(16):114-115]

Dan seterusnya ayat berikut,

إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنْزِيرِ

Sungguh, Dia telah mengharamkan bangkai, darah dan daging babi..

[al-Baqarah(2):173]

Dan yang terakhir disebutkan,

حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنْزِيرِ

Diharamkan ke atas kalian bangkai, darah dan daging babi..

[al-Maidah(5):3]

2. Adapun ayat-ayat yang terawal turun pada tema minuman, ialah,

يَسْأَلونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ

Mereka bertanya kepadamu tentang arak dan judi..

[al-Baqarah(2):219]

Kemudian, turun ayat berikut,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَقْرَبُوا الصَّلاةَ وَأَنْتُمْ سُكَارَى حَتَّى تَعْلَمُوا مَا تَقُولُونَ

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kalian mendekati solat dalam keadaan kalian sedang mabuk, sehinggalah kalian sedar apa yang kalian bicarakan..

[an-Nisa(4):43]

Dan seterusnya, ayat berikut,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنْصَابُ وَالْأَزْلامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ

Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, memuja berhala, dan menilik nasib; (semua itu adalah) satu najis dari perbuatan syaitan, kalian jauhilah ia..

[al-Maidah(5):90-91]

3. Adapun yang pertama turun dalam bab jihad pula, ialah ayat berikut,

أُذِنَ لِلَّذِينَ يُقَاتَلُونَ بِأَنَّهُمْ ظُلِمُوا

Diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi, kerana mereka dizalimi..

[al-Hajj(22):39]

walLaahu a’lam

Ruj: Mabahits fi ‘Ulum al-Quran, karangan Ust Manna’ Khalil al-Qattan

#BroSyariefShares

Bantu Golongan Lemah Adalah Sunnah

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian

~Tadabbur Kalamullah 11 Safar 1437H~

وَمَا لَكُمْ لَا تُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الرِّجَالِ وَالنِّسَاءِ وَالْوِلْدَانِ الَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَخْرِجْنَا مِنْ هَٰذِهِ الْقَرْيَةِ الظَّالِمِ أَهْلُهَا وَاجْعَلْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ وَلِيًّا وَاجْعَلْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ نَصِيرًا

“Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam) dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas dari kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! Keluarkanlah kami dari negeri (Makkah) ini, yang penduduknya (kaum kafir musyrik) yang zalim, dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan ugama kami), dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh)”
[Surah an-Nisa’ 75]

#Diantara tanggungjawab seluruh umat Islam ialah membantu dan menolong orang-orang yang tertindas dan teraniaya di muka bumi. Juga wajib berjuang bersama-sama golongan yang lemah untuk membebaskan mereka daripada dipijak oleh kaki para penguasa dan dicengkam kuku para penindas yang telah buta mata hatinya akibat tamakkan harta, kekuasaan dan keduniaan.

#Islam memerintahkan kita agar memberi perlindungan kepada golongan lemah yang tidak memiliki harta benda seperti kaum fakir miskin, orang-orang yang tidak memiliki kebebasan seperti para hamba sahaya, orang-orang yang tidak memiliki negeri seperti para musafir dan pelarian, orang-orang yang tidak memiliki orang tua seperti anak yatim, orang-orang yang tidak memiliki suami seperti para janda/ibu tunggal dan orang-orang yang tidak ada upaya seperti kanak-kanak dan warga emas.

#Sabda Nabi saw:

“Tidakkah kamu mengetahui bahawa kamu semua memperolehi rezeki dan kemenangan disebabkan kerana wujudnya kaum yang lemah diantara kamu?”
(HR al-Bukhari)

#Ibnu Mas’ud meriwayatkan semasa Rasulullah sampai di Madinah, Baginda memberikan sebahagian harta kepada Ibn Mas’ud dan kepada para sahabat yang lain. Sebahagian sahabat berkata:”Ya Rasulullah, jauhkan ia daripada kami”. Maka Rasulullah pun menjawab: “Jadi untuk apa Allah telah mengutus saya? Sesungguhnya Allah tidak mensucikan satu umat selagi mereka tidak memberikan hak orang-orang yang lemah diantara mereka”
(HR at-Thabrani)

♡Umat Islam berkewajipan melakukan jihad membantu perjuangan rakyat Palestin, Syria, Rohingya, Iraq, Afghanistan, Mesir, Libya, Tunisia, Yaman, Patani, Indonesia, Malaysia dan seluruh umat Islam yang ditindas agar dibebaskan daripada sebarang kezaliman kerana persoalan umat Islam adalah tanggungjawab bersama dan utama♡

🐊Ust naim
Telegram:
telegram.me/tadabburkalamullah
(Buka link 👆 dan klik join)

Jangan Sia-siakan Bulan Ramadan Al-Mubarak

0

🍃 UiTO Channel: Tazkirah Harian

📖 ☆Tadabbur Kalamullah 1 Ramadhan 1437H☆

إِنَّهُ كَانَ فَرِيقٌ مِنْ عِبَادِي يَقُولُونَ رَبَّنَا آمَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا وَأَنْتَ خَيْرُ الرَّاحِمِينَ

“Sesungguhnya ada sepuak dari hamba-hambaKu (di dunia dahulu) memohon kepadaKu dengan berkata: ` Wahai Tuhan kami, kami telah beriman; oleh itu ampunkanlah dosa kami serta berilah rahmat kepada kami, dan sememangnya Engkaulah jua sebaik-baik Pemberi rahmat”[Surah al-Mukminun 109]

#Setiap manusia pasti pernah melakukan kesalahan dan dosa. Oleh itu hendaklah kita semua sentiasa memohon keampunan kepada Allah swt. Jangan malu dan malas untuk meminta ampun kepada Allah walau sebesar manapun dosa yang pernah dilakukan, selama masih bernafas, pintu keampunan Allah sentiasa terbuka untuk orang-orang yang bertaubat. Lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan ini.

#Sabda Nabi saw:

من صام رمضان إيماناً واحتساباً، غفر له ما تقدم من  ذنبه، ومن قام ليلة القدر إيماناً واحتساباً، غفر له ما تقدم من ذنبه

“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dengan iman dan ihtisaban (mengharap balasan dari Allah) akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu, barangsiapa yang solat pada malam lailatul qadr dengan iman dan mengharap balasan dari Allah akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. (Muttafaqun Alaih)

#Sama-sama kita hadam peringatan ini, agar kita sentiasa pastikan bahawa taubat antara agenda utama kita di bulan Ramadhan ini beserta puasa, qiyam, membaca al-Quran dan lain-lain.

أن النبي صلى الله عليه وسلم رقى المنبر فقال : آمين ، آمين ، آمين قيل له : يا رسول الله ، ما كنت تصنع هذا ؟ فقال : قال لي جبريل : رغم أنف عبد أدرك أبويه أو أحدهما لم يدخله الجنة ، قلت : آمين ، ثم قال : رغم أنف عبد دخل عليه رمضان لم يغفر له ، فقلت : آمين ، ثم قال : رغم أنف امرئ ذكرت عنده فلم يصل عليك ، فقلت : آمين

Dari Ka’ab Bin ‘Ujrah r.a katanya, Rasulullah saw bersabda: “Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar. Maka kami pun berhimpun. Lalu Baginda menaiki anak tangga mimbar, Baginda berkata: Amin. Ketika naik ke anak tangga kedua, Baginda berkata lagi: Amin. Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, Baginda berkata lagi: Amin.

Dan ketika Baginda turun (dari mimbar) kami pun bertanya: Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini. Lalu Baginda menjawab:

“Sesungguhnya Jibrail (as) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan selawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibu bapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam syurga. Lalu aku pun mengaminkannya” (Hadis Riwayat Bazzar, al-Hakim katanya hadis sahih dan disetujui oleh Imam Az-Zahabi, jg diriwayatkan oleh Imam Bukhari dlm Adabul Mufrad)

♡Sekali lagi Allah swt memberi peluang kepada kita untuk bertemu dengan Ramadhan maka pastikan kita sentiasa beramal soleh beristighfar, bertaubat dan menyucikan diri dan hati agar sentiasa sejahtera dan sihat. Moga rahmat Allah bersama kita..Aamiiin♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

✒️ Ikhlas dari UiTO
〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰
👥 Ramadhan Kareem
📣 SELAMAT BERSIAP SEDIA SEMUA

Solusi dan Jalan Keluar Bagi yang Bertaqwa

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian

Solusi dan Jalan Keluar Bagi yang Bertaqwa

Allah berfirman :

وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا.

“Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar” (QS At-Tholaq:2)

Ayat ini mengisyaratkan bahwa Allah tidaklah mencegah dan menghalangi seorang mukmin terjebak dalam kesulitan akan tetapi Allah menjanjikan solusi dan jalan keluar bagi yang bertakwa.

Maka janganlah kaget jika anda terjebak dalam kesulitan, akan tetapi kagetlah jika anda tidak menemukan solusi, maka perbaikilah ketakwaan anda. Betapapun besar kesulitan, dengan ketakwaan maka akan datang kemudahan.

Ustadz Firanda Andirja, MA

Telegram.me/TausiyahBimbinganIslam

Hinanya LGBT Dalam Al-Quran Dan As-Sunnah

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian

~Tadabbur Kalamullah 10 Safar 1437H~

وَلُوطًا إِذْ قَالَ لِقَوْمِهِ أَتَأْتُونَ الْفَاحِشَةَ مَا سَبَقَكُمْ بِهَا مِنْ أَحَدٍ مِنَ الْعَالَمِينَ * إِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ الرِّجَالَ شَهْوَةً مِنْ دُونِ النِّسَاءِ ۚ بَلْ أَنْتُمْ قَوْمٌ مُسْرِفُونَ

Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: “Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? “Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas”[Surah al-A’raf 80-81]


#Allah swt mengatakan kepada kaum Nabi Lut bahawa sesungguhnya perbuatan keji itu (homoseksual/Gay/Lesbian, LGBT) belum pernah dilakukan oleh sesiapapun di muka bumi ini, samada oleh manusia dan binatang.

#Apabila seseorang manusia cenderung menyalurkan nafsu syahwatnya dengan cara yang haiwan pun enggan melakukannya, maka kita boleh tahu bagaimana kedudukan kejiwaan manusia itu. Bukankah ini merupakan musibah yang paling besar yang menurunkan darjat manusia lebih bawah dan lebih teruk daripada binatang?!

#Betapa hinanya golongan LGBT ini sehingga berkata Mujahid seorang ahli tafsir: “Orang yang melakukan perbuatan homoseksual meskipun dia mandi dengan setiap titisan air dari langit dan bumi masih tetap najis”

#Rasullullah saw bersabda: “Barangsiapa yang kamu dapati melakukan perbuatan kaum Luth, maka bunuhlah kedua pelakunya” [HR Tirmizi, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ahmad]

#Dari Jabir r.a, Nabi bersabda: “Sesungguhnya yang paling aku takuti (menimpa) umatku adalah perbuatan kaum Luth” [HR Ibnu Majah dan Tirmizi]

#Nabi saw bersabda: “Allah melaknat siapa saja yang melakukan perbuatan kaum Luth, (beliau mengulanginya sebanyak tiga kali)” [HR Nasa’i dalam as-Sunan Al-Kubra]

♡Kita berdoa semoga Allah memberikan kekuatan kepada kita dan anak keturunan kita agar tidak terjerumus dalam gelumang dosa yang penuh kekejian ini dan memberikan hidayah kepada mereka yang telah terlanjur untuk kembali kepada keredhaan Allah dari lumpur dosa ini♡

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Telegram:
telegram.me/tadabburkalamullah
(Buka link 👆 dan klik join)

🌠 Mengenal Allah 🌠

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian
🌠 Mengenal Allah 🌠
Panel: Dr Abu Anas Madani

🍃Allah ta’ala di dalam Al-qur’an menyeru hamba-Nya untuk mengenali-Nya dengan 2 cara :

🔴 1. Melihat ciptaan Allah. Allah ber firman :

إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِأُولِي الْأَلْبَابِ

🍃Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal (Q.S. Ali imran : 190)

🔴 2. Memikirkan dan merenungi ayat-ayat Nya. Allah berfirman :

كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ

🍃Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran. (Q.S Shaad : 29)

📖Fawaidul fawaid karya Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah
___________________
#MGD, 19/11/2015.

Tambahan Dari Nota Berikutnya.

Allah yang beri nikmat, tetapi manusia mensyirikan Allah.

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ ۚ هَلْ مِنْ خَالِقٍ غَيْرُ اللَّهِ يَرْزُقُكُمْ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ ۚ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ فَأَنَّىٰ تُؤْفَكُونَ

Hai manusia, ingatlah akan nikmat Allah kepadamu. Adakah pencipta selain Allah yang dapat memberikan rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Tidak ada Ilah (yg berhak disembah) selain Dia; maka mengapakah kamu berpaling (dari ketauhidan)?
Surah Fatir (35:3)

Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0063.

Dari Abu Musa r.a., katanya Nabi S.A.W. bersabda: “Perumpamaan petunjuk dan ilmu pengetahuan, yang Allah mengutus aku untuk menyampaikannya, seperti hujan lebat jatuh ke bumi. Bumi itu ada yang subur, menghisap air, menumbuhkan tumbuh-tumbuhan, dan rumput-rumput yang banyak. Ada pula yang keras, tidak menghisap air sehingga tergenang, Maka Allah memberi manfaat dengan dia kepada manusia. Mereka dapat minum dan memberi minum (binatang ternak dan sebagainya), dan untuk bercocok tanam. Dan ada pula hujan yang jatuh kebahagian lain, iaitu di atas tanah yang tidak menggenangkan air dan tidak pula menumbuhkan rumput. Begitulah perumpamaan orang yang belajar agama, yang mahu memanfaatkan apa yang aku disuruh Allah menyampaikannya, dipelajarinya dan diajarkannya. Dan begitu pula perumpamaan orang yang tidak mahu memikirkan dan mengambil peduli dengan petunjuk Allah, yang aku diutus untuk menyampaikannya.”

Pahala Selepas Kematian Si Mati…

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian
Panel: Cikgu Rahim
Assalamu’alaikum wt wt

Imam Said b Jubair rh melihat kepada anaknya, lalu beliau berkata kepadanya: “sebenarnya aku tahu ada suatu perkara yang paling baik yang ada pada dirimu.”

Lalu dikatakan orang kepadanya:”Apakah perkara itu?”

Said b Jubair rh menjawab:”Dia mati, lalu aku mendapat pahala di atas kematiannya itu”

~ruj: Bustanul ‘arifin.

#tazkirahseminit
@uito2015

Popular

Iklan

Iklan