Utama Blog Halaman 131

Tafsir Surah Al-Kawthar – Tafsir Ayat Ke-3

0

Tafsir Surah Al-Kawthar

Pada sesi yang lalu, kita telah membincangkan mengenai saranan dari Allah:

1. Agar orang beriman tidak menghiraukan tohmahan kuffar.

2. Perintah lakukan solat dan berkorban kerana Allah SWT.

Tafsir Ayat Ke-3:

إِنَّ شانِئَكَ هُوَ الأَبتَرُ

Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).

Kalimah

إِنَّ

Diletakkan sebagai penekanan dalam ayat ini (rujuk pelajaran mengenai taukid). Ia berfungsi untuk memberi penekanan kepada golongan yang tidak mempercayai atau ragu-ragu.

Kerana khitab ayat ini adalah kali pertama diberikan kepada musyrikin Mekah yang tidak percaya kepada ajaran Nabi Muhammad SAW.

Maka, ia membawa maksud “janganlah kamu ragu tentang perkara ini” (yang datang selepas lafaz ini).

Dalam ayat ini, kita boleh dapati bahawa Allah SWT bercakap dengan Rasulullah SAW. Ini sebagai isyarat, Allah SWT tidak ingin bercakap dengan orang kafir tersebut kerana terlalu murka kepada mereka.

Senang faham, seperti orang yang sedang “menyampah / benci”:

Si Majikan terlalu marah dan ingin beri amaran kepada staf, tetapi berkata kepada pembantunya.

Sewaktu ayat ini diturunkan, kedudukan umat Islam masih lemah. Orang kafir lebih ramai dan mereka menyeksa serta menyusahkan umat Islam yang sedikit bilangannya pada ketika itu.

Dalam pandangan yang lain mengenai amaran Allah SWT ini :

Allah SWT ingin memberikan semangat dan berita gembira kepada Rasulullah SAW agar tidak risau. Allah SWT ingin tenangkan hati Nabi SAW dan para sahabat.

Walaupun pada ketika itu orang kafir nampak kuat, tetapi mereka akan dikalahkan juga pada suatu hari nanti.

Secara zahir, nampak memang musyrikin lebih menguasai dunia namun, tiada halangan besar seperti zaman Rasulullah SAW sehingga kita terhalang untuk melakukan ibadah kepada Allah SWT.

Maksud saya, kita masih bebas untuk belajar dan beramal.

Kalimah

الأَبتَرُ

Dari kata dasar ب ت ر yang bermaksud ‘potong’. Ia digunakan dalam bahasa Arab klasik untuk memotong ekor binatang. Juga digunakan untuk musuh yang kalah dalam peperangan.

Dalam konteks surah ini, kita telah pelajari bagaimana latar-belakang surah ini mengenai anak lelaki Rasulullah SAW yang telah meninggal dunia.

Maka kalimah بتر ini juga digunakan dalam keadaan tersebut kerana secara logik, keturunan akan terputus apabila tiada anak lelaki. Ini kerana anak lelaki yang membawa nama keturunan.

Oleh itu apabila Nabi Muhammad SAW kematian anak lelakinya, mereka bergembira dengan berkata:

بتر محد

(Muhammad telah terputus) maksudnya keturunan baginda SAW terputus.

Ibn Taymiyyah mengatakan bahawa mereka terputus dari segala kebaikan, termasuklah:

  1. Harta
  2. Keluarga
  3. Kehidupan di dunia dan di akhirat
  4. Kata-kata yang baik
  5. Hati mereka terputus dari kebaikan
  6. Hati yang tidak akan digunakan untuk memenuhi kehendak Allah SWT
  7. Mereka tidak akan mendapat pertolongan
  8. Mereka tidak akan dapat merasai kenikmatan dalam apa jua perkara

Ibrah dan Kesimpulan :

Pertama :

Allah SWT akan memberikan nikmat yang besar dan tidak putus-putus bagi hamba-Nya yang beriman dan menjaga amal soleh.

Maka janganlah kita berputus asa atau membiarkan masa berlalu tanpa berusaha menjadi hamba Allah SWT yang sebenarnya.

Kedua :

Fokus orang beriman adalah menjadi hamba Allah SWT yang terbaik, tidak menghiraukan provokasi serta tohmahan. Ini kerana keyakinan mereka hanyalah kepada Allah SWT.

Ketiga :

Fitrah manusia apabila berasa sedih dengan fitnah serta ujian dunia. Namun penyelesaiannya tetap kembali kepada Allah SWT.

Do our level best..Allah will do the rest!!

Allahu a’lam.

Tafsir Surah Asy-Shura – Tafsir Ayat Ke-36 dan Ke-37

0

Tafsir Asy-Shura

Tafsir Ayat Ke-36

Allah SWT menceritakan hakikat dunia. Allah SWT juga memberitahu bahawa ramai manusia yang lalai kerana mereka leka dengan dunia. Bukanlah salah kalau mahu kepada dunia, cuma jangan sampai jadi hamba dunia.

Oleh kerana bahayanya dunia dan segala keindahan pada mata manusia ini, Allah SWT beri peringatan dalam ayat ini. Jadilah seperti orang zuhud yang lebih minat kepada akhirat. Mereka juga menggunakan dunia untuk keperluan hidup, maknanya sayangkan akhirat bukanlah sampai tinggalkan dunia terus.

فَما أوتيتُم مِّن شَيءٍ فَمَتٰعُ الحَيَوٰةِ الدُّنيا ۖ وَما عِندَ اللهِ خَيرٌ وَأَبقىٰ لِلَّذينَ ءآمَنوا وَعَلىٰ رَبِّهِم يَتَوَكَّلونَ

Oleh itu, apa jua yang diberikan kepada kamu, maka ia hanyalah nikmat kesenangan hidup di dunia ini sahaja, dan (sebaliknya) apa yang ada di sisi Allah SWT (dari pahala hari akhirat) adalah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhannya;

فَمَا أُوتِيتُم مِّن شَيْءٍ

Oleh itu, apa jua yang diberikan kepada kamu,

Apa sahaja yang kita diberikan dalam dunia, segala harta, segala kekayaan dan sebagainya. Kita nampak macam banyak sahaja harta yang diberikan kepada kita itu. Tetapi apakah hakikatnya?

فَمَتٰعُ الْحَيَوٰةِ الدُّنْيَا

ia hanyalah nikmat kesenangan hidup di dunia ini sahaja,

Walau banyak mana pun harta itu, walau sebanyak harta Qarun pun, sebanyak harta Bill Gates pun, walaupun sepenuh bumi, ianya hanya مَتَاعُ dunia sahaja. Perkataan مَتَاعُ dari kata dasar متع yang bermaksud sesuatu yang digunakan tetapi ia hanya untuk sementara sahaja. Sebagai contoh, perabot, rumah, kerusi, apa sahaja.

Ia memang untuk keperluan kita, tetapi hanya setakat kita hidup sahaja. Sama ada barang itu rosak dahulu atau kita yang mati dulu. Tidak kisah bagaimana menariknya, betapa hebat dan cantiknya benda itu, ia tidak kekal. Sedikit sahaja nilainya.

Namun, kita kena faham Allah SWT bukan suruh tinggalkan dunia tetapi zuhud. Zuhud itu maksudnya tidak minat sangat kepada dunia kerana lebih minat kepada akhirat tetapi mereka pakai juga dunia kerana itu adalah keperluan hidup.

Ini menegur perangai kebanyakan manusia yang mementingkan harta dunia. Sebagai contoh, ramai yang meletakkan status kejayaan mereka pada rumah besar, kereta mewah, duit berkepuk dalam bank, alat elektronik yang canggih-canggih, baju yang cantik-cantik, dan macam-macam lagi.

Allah SWT ingatkan kita bahawa semua itu hanyalah kegunaan di dunia sahaja yang tidak akan kekal.

Dalam surah [ Kahf: 46 ], Allah SWT juga telah membezakan perhiasan dunia dan akhirat.

المالُ وَالبَنونَ زينَةُ الحَياةِ الدُّنيا ۖ وَالباقِياتُ الصّالِحاتُ خَيرٌ عِندَ رَبِّكَ ثَوابًا وَخَيرٌ أَمَلًا

Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhan mu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan.

وَمَا عِندَ اللهِ خَيْرٌ وَأَبْقَىٰ

dan (sebaliknya) apa yang ada di sisi Allah SWT (dari pahala hari akhirat) adalah lebih baik dan lebih kekal.

Bandingkan apa yang kita ada di dunia ini dengan apa yang Allah SWT berikan di akhirat nanti, kalau seseorang itu masuk syurga kerana apa sahaja yang kita ada di dunia, ia tidak kekal.

Dan ia tidak sempurna, ada sahaja kekurangannya. Ada sahaja masalahnya. Ada sahaja tidak kena dengan hati kita walaupun kita suka.

Memang kita suka dan sayang kerana ia cantik, tetapi mungkin warnanya kita tidak berapa suka. Begitulah kita dengan harta kesayangan kita. Tidak semestinya ia sempurna, walaupun kita sayang sekalipun.

Tetapi, apa yang Allah SWT akan berikan di syurga nanti adalah lebih baik lagi. Ia sempurna, ia akan kekal sampai bila-bila. Dan ia akan sempurna di mana kita tidak akan nampak apa-apa kekurangan pun pada apa yang Allah SWT akan beri di akhirat nanti.

Kalau kita diberi pilihan antara barang yang sekejap sahaja hayatnya dengan barang yang kekal, apakah pilihan kita? Tentunya kita mahukan yang kekal, bukan? Oleh itu, hendaklah kita membuat pilihan sama ada untuk mendapatkan harta akhirat ataupun harta dunia.

Dan untuk mendapatkan harta syurga itu, bukannya senang-senang sahaja akan diberikan kerana ia memerlukan kesabaran dan usaha. Ia juga tidak diberikan kepada semua orang.

لِلَّذِينَ ءآمَنُوا

bagi orang-orang yang beriman

Siapa yang dapat pemberian di syurga yang kekal itu? Adakah semua orang? Tentu tidak. Ia hanya diberikan kepada mereka yang beriman sahaja iaitu yang beriman sempurna – tidak mengamalkan syirik. Akidah mereka mantap, kemas. Tauhid mereka jelas dan tidak goyang.

Untuk mendapatkan akidah yang sebegitu, hendaklah belajar tafsir al-Quran dan memahami apa yang Allah SWT sampaikan dalam al-Quran. Bukannya mengambil dalil dari kata-kata manusia sahaja. Tidaklah cukup faham tauhid dengan hanya belajar Sifat 20 sahaja.

Kelebihan dunia diberikan kepada semua orang sama ada beriman atau tidak, Islam atau tidak kerana ia tidak bernilai. Benda yang tidak bernilai, senang sahaja kita beri kepada orang lain, bukan? Namun, kalau ia berharga sedikit, kita akan pilih orang yang akan diberikan. Begitu jugalah dengan syurga dan segala perhiasannya. Ia amat bernilai.

Oleh kerana itu, tidak semua akan dapat. Ada syarat untuk mendapatkannya. Dan syarat pertama yang disebut dalam ayat ini: beriman sempurna. Tidak buat syirik.

وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ

dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhannya;

Syarat kedua adalah seseorang itu hendaklah bertawakal hanya kepada Allah SWT. Kita serahkan urusan kita selepas kita berusaha kepada Allah SWT. Apa yang Allah SWT berikan keputusan kepada kita, kita terima.

Tetapi kena ingat, kita kena tawakal itu selepas melakukan taat. Kita taat dan tawakal dalam masa yang sama. Sebagai contoh, sewaktu kita solat, tentulah kita tinggalkan hal dunia, bukan?

Maksudnya, dalam melakukan taat, tentu ada perkara keduniaan yang kita abaikan. Apa akan jadi kalau begitu? Adakah kita akan rugi?

Ada yang rasa begitu kerana mereka rasa mereka akan rugi kalau mereka taat dalam agama. Maka Allah SWT hendak ingatkan yang tawakal itu adalah taat dan serahkan apa yang akan jadi dengan dunia kita kerana kalau kita jaga ketaatan kita kepada-Nya, Dia akan akan jaga keperluan dunia kita.

Kita percaya bahawa jikalau kita korbankan dunia ini kerana Allah SWT, kita akan mendapat kelebihan di akhirat. Kadang-kadang kita mendapat peluang untuk mendapatkan kepentingan dan kelebihan dunia, tetapi ia salah di sisi agama.

Apabila seseorang itu ada iman dan ada tawakal, dia akan sanggup untuk melepaskan peluangnya di dunia itu asalkan dia mendapat kebaikan akhirat.

Sebagai contoh, dia ada peluang untuk mencuri, berzina, tetapi dia tidak melakukannya kerana imannya menghalangnya. Dia ada tawakal – dia tahu bahawa dengan menahan dirinya di dunia, dia akan mendapat balasan di akhirat yang lebih baik.

Dia percaya yang kalau dia tahan dari mencuri, dia akan dapat barangan yang lebih baik dan lebih kekal di akhirat kelak; jikalau dia tahan dari berzina, dia tahu yang dia akan mendapat isteri dan bidadari yang cantik-cantik di akhirat kelak.

Semua ini memerlukan kepercayaan (tawakal) yang penuh kepada Allah SWT kerana kalau tidak yakin penuh, tidak sampai kepada tahap melepaskan perkara-perkara yang salah itu.

Setelah mengetahui kelebihan syurga setelah diberitahu dengan berbagai-bagai ayat, kita tentu teringin untuk memasukinya. Semua ada peluang untuk memasukinya, tetapi seperti yang telah kita sebut, ia memerlukan usaha.

Maka ada 10 syarat untuk memasukinya dan dua darinya telah disebut dalam ayat ini:

1. Iman sempurna dan yakin dengan janji Allah SWT.

2. Tawakal selepas melakukan taat.

Tafsir Ayat Ke-37

Selain dari dua syarat di atas, apa lagi syarat untuk mendapat kebaikan di akhirat? Kita bukan hanya beriman sahaja, tetapi hendaklah disertakan dengan perlakuan yang mencerminkan iman kita.

Ini termasuklah juga meninggalkan sesuatu. Ayat ini adalah tentang meninggalkan sesuatu. Kerana ada perkara yang kita kena buat, dan ada perkara yang kita kena tinggalkan.

وَالَّذينَ يَجتَنِبونَ كَبٰئِرَ الإِثمِ وَالفَوٰحِشَ وَإِذا ما غَضِبوا هُم يَغفِرونَ

Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya;

وَالَّذِينَ يَجْتَنِبُونَ كَبٰئِرَ الْإِثْمِ

Dan juga orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar

Perkataan يَجْتَنِبُونَ dari kata dasar جنب yang bermaksud ‘sisi badan’. إجتنب bermaksud menyelamatkan sisi tubuh. Kita mengelak tubuh kita dari kena sesuatu.

Oleh itu, إجتنب bermaksud meninggalkan sesuatu yang kita ada peluang untuk melakukannya. Maksudnya, kita ada peluang, tetapi kita tidak ambil peluang itu.

Memang senang tidak buat dosa apabila tidak ada peluang. Tetapi apabila ada peluang, itu yang susah. Itu yang menduga iman kita. Memang kita pandang zina itu sebagai dosa besar, tetapi kalau ada wanita cantik yang menyerahkan dirinya depan kita, adakah kita ada kekuatan untuk menolaknya?

Dosa besar dipanggil dosa besar, kerana perbuatan itu adalah sesuatu yang besar dan kesan perbuatan itu juga besar. Sebagai contoh, syirik. Satu lagi adalah zina. Sudahlah dosanya besar, ia juga memberi kesan buruk yang besar.

Bagaimana kita hendak tahu mana satu dosa besar? Dosa besar adalah dosa yang telah dikategorikan sebagai dosa besar oleh syariat iaitu melalui al-Quran dan hadis serta dosa yang telah ditetapkan balasannya.

Sebagai contoh, hukum hudud. Hukum membunuh, mencuri, zina dan sebagainya telah ditetapkan hukumannya dalam al-Quran dan Hadis. Hukuman itu boleh dikenakan semasa di dunia lagi. Hukum mencuri, potong tangan; menuduh orang berzina tanpa bawa bukti, 80 kali sebatan.

Selain dari itu, ada perbuatan yang telah diberikan ancaman seksa di akhirat. Sebagai contoh, orang yang memakan harta anak yatim dikatakan akan memakan api neraka ke dalam perut mereka.

Selain dari itu, dosa besar juga termasuk kalau Allah SWT melaknat perbuatan itu. Sebagai contoh, Allah SWT melaknat mereka yang melaknat ibu bapa mereka.

Selain dari itu, ada perbuatan yang Allah SWT marah. Sebagai contoh, Allah SWT marah kepada isteri yang menolak keinginan suami untuk bersama.

Ataupun, jikalau telah jelas dalam dalil yang sah bahawa sesuatu perbuatan itu adalah haram. Sebagai contoh, Allah SWT telah jelas mengharamkan riba.

Ataupun, apabila diberitahu bahawa jikalau manusia melakukan sesuatu perbuatan itu, imannya ditolak. Sebagai contoh, jika kita menyakiti jiran kita.

Akhir sekali, jikalau manusia berterusan melakukan dosa-dosa kecil, itu juga adalah satu dosa besar.

Ada ulama yang cuba menyenaraikan dosa-dosa besar itu untuk kemudahan kita. Antaranya, ada yang menyenaraikan lebih dari 300 dosa-dosa besar.

Bukanlah dosa besar sahaja yang perlu kita jauhi, tetapi dosa kecil pun kita kena cuba jauhi juga. Namun, Allah SWT beri syarat untuk memasuki syurga dengan menjauhi dosa besar, kerana amat susah untuk menjauhi dosa-dosa kecil.

Jadi, kalau diletakkan sebagai syarat memasuki syurga kena jauhi dosa kecil, tidak adalah orang yang dapat masuk syurga pula nanti. Ini adalah salah satu dari rahmat Allah SWT ke atas kita.

وَالْفَوٰحِشَ

serta perbuatan-perbuatan yang keji;

Ianya adalah perbuatan yang memalukan dan selalunya berasal dari syahwat yang tidak terkawal. Sebagai contoh, zina, homoseksual, mengahwini mereka yang tidak sepatutnya dikahwini.

Termasuk juga apa sahaja yang memalukan seperti pornografi, berbogel di tempat yang tidak sepatutnya, melihat aurat orang yang tidak sepatutnya, melihat dengan nafsu kepada yang tidak sepatutnya, berkata perkara lucah, menulis, melukis perkara lucah. Ini adalah kerana dengan melakukan perkara-perkara itu, boleh menyebabkan syahwat naik. Termasuk dalam perkara ini adalah duduk bersama lelaki dan perempuan yang bukan mahram, memegang tangannya, bersembang dengannya. Mendengar sesuatu yang lucah juga ada termasuk dalam perkara ini.

Dosa-dosa الْفَوَاحِشَ ini adalah dosa yang memalukan diri kita. Kita sendiri malu hendak beritahu kepada orang, atau kita sendiri malu kalau orang lain tahu. Termasuklah kalau orang itu yang rapat dengan kita, contohnya ibu kita, isteri kita, kawan-kawan kita, adik beradik kita.

Kalau difikirkan, zina pun termasuk dalam dosa-dosa besar juga tetapi kenapa disebut berasingan pula? Ini adalah kerana selalunya manusia akan berjaya mengelak dari dosa-dosa besar yang lain seperti membunuh, mencuri dan sebagainya. Dosa besar yang melibatkan syahwat ini, manusia memang susah hendak tinggalkan.

Kalau tidak sampai buat zina pun, mereka ada juga buat benda-benda lain yang kurang sikit, tetapi termasuk juga dalam perkara الْفَوَاحِشَ. Jadi, Allah SWT beri penekanan khusus lagi dalam al-Quran. Maka, kena jauhi diri dari dosa-dosa besar, terutama sekali dosa-dosa keji yang melibatkan syahwat.

Jika kita rasa amalan kita sedikit sedangkan dosa kita melambung, setiap hari dosa bertambah sedangkan amalan yang dibuat tidak tau apakah di terima atau tidak. Apakah dengan pengakhiran yg baik cukup untuk menebus dosa-dosa kita umpamanya menyebut syahadah terus dimasukkan ke syurga? Maka, kena baiki amalan dan tingkatkan usaha. Teruskan belajar dan jaga akhlak, jadi orang yang berilmu dan baik akhlaknya.

وَإِذَا مَا غَضِبُوا هُمْ يَغْفِرُونَ

dan apabila mereka marah, mereka memaafkan;

Ini adalah syarat seterusnya untuk masuk syurga. Ini adalah kerana marah boleh membawa kepada banyak kesalahan. Mula-mula marah, tetapi kemudian boleh pukul orang itu, malah sampai boleh bunuh dia pula.

Orang yang mukmin, apabila mereka marah, mereka akan memaafkan orang yang menyebabkan mereka marah. Kerana marah jenis غَضِبُ, ia adalah jenis marah yang boleh menyebabkan orang yang marah itu balas dendam kepada orang yang menyebabkan dia marah. Atau menyebabkan dia menyakiti orang itu.

Itu adalah salah kerana kita tidak boleh menyakiti sesiapa. Tambahan lagi kalau orang yang menyebabkan kita marah itu adalah orang yang lebih tua dari kita, yang sepatutnya kita hormati. Takkan kita nak pukul orang tua pula?

Ataupun kadang-kadang anak-anak kita akan melakukan sesuatu yang menyebabkan kita marah sangat sampaikan kita rasa nak pukul dia, nak rotan dia, nak maki dia. Perbuatan kita itu akan memberi kesan kepada mental, emosi dan psikologi dia. Ditakuti ia akan menyebabkan pembesarannya boleh terganggu, dia menjadi orang yang penakut, tidak mesra dengan kita dan sebagainya.

Ada keadaan yang kita rasa kita boleh ambil tindakan, kerana kita kuat, kita berkuasa dan sebagainya. Namun, apabila kita menahan kemarahan itu sampaikan tidak mengambil tindakan, itu adalah salah satu asbab untuk dimasukkan ke dalam syurga.

Ketahuilah bahawa perasaan marah itu adalah dari syaitan kerana syaitan itu dijadikan dari api. Memang kita sebagai manusia, sekali sekala akan jadi marah. Sebab itu ayat ini tidak melarang kita dari jadi marah kerana perasaan itu memang susah ditolak.

Tetapi lihatlah yang disuruh dalam ayat ini adalah يَغْفِرُونَ – memaafkan, biarkan ia berlalu, jangan ambil tindakan kerana perasaan marah itu.

Jangan layan perasaan itu. Jangan sampai ia menyebabkan kita ambil tindakan yang tidak sepatutnya. Ini memang memerlukan kesabaran yang tinggi tetapi balasannya adalah besar sekali iaitu syurga.

Jangan kita rasa yang apabila kita menunjukkan kemarahan kita, ia menunjukkan kekuatan kita. Ramai yang marah kerana hendak menunjukkan kuatnya dia, egonya dia, dia boleh buat apa-apa dia hendak.

Nabi Muhammad telah memberitahu kita bahawa kekuatan adalah dalam menahan kemarahan kita. Orang yang boleh tahan marah itulah orang yang kuat sebenarnya.

Berikut beberapa hadis tentang keutamaan menahan marah:

Rasulullah SAW bersabda : “Orang kuat itu bukanlah yang menang dalam gulat (ghuluw – berlebihan) tetapi orang kuat adalah yang mampu menahan nafsu amarahnya.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Dari Ibnu Mas’ud ra Rasulullah SAW bersabda : “Siapa yang dikatakan paling kuat di antara kalian? Sahabat menjawab : iaitu antara kami yang paling kuat gulatnya. Beliau bersabda : “Bukan begitu, tetapi dia adalah yang paling kuat mengendalikan nafsunya ketika marah.” (HR. Muslim).

Al-Imam Ahmad meriwayatkan hadis dari Anas Al-Juba’i , bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Barangsiapa yang mampu menahan marahnya padahal dia mampu menyalurkannya, maka Allah SWT menyerunya pada hari kiamat dari atas khalayak makhluk disuruh memilih bidadari mana yang mereka mahu.” (HR. Ahmad dengan sanad hasan)

Al-Imam Ahmad juga meriwayatkan hadis dari Ibnu Umar, bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Tidaklah hamba meneguk tegukan yang lebih utama di sisi Allah SWT, dari meneguk kemarahan kerana mengharap wajah Allah SWT.” (Hadis shahih riwayat Ahmad)

Al-Imam Abu Dawud rahimahullah mengeluarkan hadis secara makna dari sahabat Nabi, bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Tidaklah seorang hamba menahan kemarahan kerana Allah SWT kecuali Allah SWT akan memenuhi baginya keamanan dan keimanan.” (HR. Abu Dawud dengan sanad Hasan).

“Dari Abu Hurairah ra, bahawa seseorang berkata kepada Nabi SAW : berwasiatlah kepada ku. Beliau bersabda : “jangan menjadi seorang pemarah”. Kemudian diulang-ulang beberapa kali. Dan beliau bersabda : “janganlah menjadi orang pemarah” (HR. Bukhari) .

Nabi Muhammad SAW sendiri pun ada marah juga kerana Nabi juga manusia. Tetapi hanya apabila agama dilanggar. Kalau ada yang bersalah kepada dirinya, baginda tidak marah. Itulah cara marah yang betul kerana kalau tiada marah langsung, itu bukan manusia, tetapi itu keldai.

Oleh itu, dalam ayat ini, sudah ada 3 lagi syarat untuk memasuki syurga. Ringkasnya:

3.  Sentiasa berusaha menjauhi dosa besar.

4.  Menjauhi terutamanya dosa-dosa besar yang melibatkan hawa nafsu.

5. Bila terbit kemarahan kepada orang lain, mereka mudah maafkan.

 

Allahu a’lam.

Kesalahan Di dalam Solat / 3

0

BAB SATU

Beberapa kesalahan pesolat di dalam isu pakaian solat dan menutup aurat ketika solat.
الفصل الأول: جماع أخطاء المصلّين في ثيابهم وستر عوراتهم في الصلاة
1.1(Bahagian 3)
Solat dengan berpakaian ketat dan sehingga menampakkan aurat.
(الصّلاة في الثّياب الحازقة التي تصف العورة )
Pendapat al ‘Allamah Syaikh al- Albani mengenai seluar panjang Eropah(seluar slack).
المصيبة الثّانية : هي أن ((البنطلون)) يحجّم العورة ، وعورة الرجل من الرّكبة إلى السرّة . والمصلي يفترض عليه : أن يكون أبعد ما يكون عن أن يعصي الله ، وهو له ساجد ، فترى إِِليتيه مجسمتين ، بل وترى ما بينهما مجسماً !! فكيف يصلي هذا الإنسان ، ويقف بين يدي ربّ العالمين

Musibah atau kecelakaan yang kedua:

Seluar panjang yang ketat akan menampakkan susuk badan atau auratnya terserlah.
Sememangnya benar, aurat lelaki ialah di antara pusat dan lutut, akan tetapi untuk bersolat, lelaki perlu melakukan lebih dari sekadar menutup aurat yang asas, mereka juga perlu menutup bentuk punggung dan kemaluannya.
Inilah fiqh al ‘Allamah Syaikh al Albani dan muridnya Abu Ubaidah. Bahawa tidak digemari seorang lelaki memakai seluar Eropah atau seluar panjang yang sendat ketika solat.
Pemakaian seluar panjang yang dibolehkan ialah seluar asal Islam yang longgar yang tidak menampakkan susuk badan khasnya aurat seperti punggung dan kemaluan depan.

Kesalahan Di dalam Solat / 2

0

BAB SATU

Beberapa kesalahan pesolat di dalam isu pakaian solat dan menutup aurat ketika solat.
الفصل الأول: جماع أخطاء المصلّين في ثيابهم وستر عوراتهم في الصلاة

1.1(Bahagian 2)

Solat dengan berpakaian ketat dan sehingga menampakkan aurat.
(الصّلاة في الثّياب الحازقة التي تصف العورة )
فما بالك في ((البنطلون)) الضّيق جدّاً !!
قال العلاّمة الألباني : ((و((البنطلون)) فيه مصيبتان :
المصيبة الأولى : هي أن لابسه يتشبّه بالكفّار ، والمسلمون كانوا يلبسون السراويل الواسعة الفضفاضة ، التي ما زال البعض يلبسها في سوريا ولبنان .
فما عرف المسلمون ((البنطلون)) إلا حينما استعمروا ، ثم لما انسحب المستعمرون ، تركوا آثارهم السيئة ، وتبنّاها المسلمون ، بغباوتهم وجهالتهم
Isu seluar panjang Eropah (banthalun) yang mengikut bentuk kaki atau ketat. al ‘Allamah Syaikh al-Albani mengulas, “seluar panjang Eropah (banthalun) membawa dua kecelakaan (kepada umat Islam)”:
Musibah atau kecelakaan yang pertama:
Orang Islam yang memakai seluar panjang telah menyerupai orang kafir sedangkan orang Islam memiliki seluar tersendiri yang lebih longgar yang masih banyak dipakai di Syria dan Lubnan.
Umat Islam mula memakai seluar banthalun atau panjang yang ketat bila dijajah oleh Barat lantaran kebodohan mereka.

Bagaimana Mengira Zakat Perniagaan?

0

Bagaimana Mengira Zakat Perniagaan?

Cara Kiraan Zakat Perniagaan

Kaedah Model Berkembang “Growth Model”

Ia mengambil kira ekuiti pemilik entiti perniagaan tersebut, sumber-sumber pembiayaan kewangan dan dibuat pelarasan sama ada dicampur atau sebaliknya. Di dalam istilah yang lebih ringkas ialah Modal dicampur dengan Keuntungan.

Ekuiti Pemilik + Liabiliti Jangka Panjang – Aset Tetap – Aset Bukan Semasa +/-Pelarasan = Harta Perniagaan Yang Tertakluk Kepada Pengiraan Zakat

Kaedah Modal Kerja “Working Capital”

Ia mengambil kira kedudukan Harta Semasa perniagaan ditolak dengan tanggungan semasa perniagaan dan dibuat pelarasan dengan beberapa perkara yang berkaitan dengan zakat yang perlu diambil kira. Pelarasan ini dibuat sama ada dengan mencampurkan item-item yang telah dikenal pasti perlu ditambah atau membuat tolakan.

Aset Semasa -Liabiliti Semasa +/- Pelarasan = Harta Perniagaan Yang Tertakluk Kepada Pengiraan Zakat.

Pelarasan

Pelarasan yang terlibat dalam pengiraan di atas adalah bersumberkan hujah dan asas seperti berikut:

Ditolak Daripada Aset Semasa

Semasa mengambil kira harta semasa berikut adalah perkara yang perlu dibuat pelarasan:

  • Barang-barang Tidak Wajib Zakat.

 

Hendaklah dikeluarkan seperti barang-barang dan hasil yang haram umpama riba, judi dan arak.

  • Bukan Milik Sempurna.

 

Bayaran deposit air, deposit telefon, elektrik dan lain-lain yang seumpamanya hendaklah ditolak kerana ia tidak memenuhi syarat-syarat milik sempurna. (Zakat hanya tunduk kepada penerima deposit yang berkenaan seperti Telekom, TNB).

  • Si Penghutang Kewangan

 

Wang yang dipinjamkan akan dikenakan zakat atas si peminjam berdasarkan bahawa ciri-ciri milik sempurna aset tersebut berpindah ke si peminjam. Si peminjam berkuasa dan bebas untuk menguruskan wang itu untuk sebarang tujuan dan mendapat manfaat di atas pinjaman itu.

  • Tiada Item Yang Dikenakan Zakat Dua Kali.

 

Nilai dividen yang sudah dibayar zakat oleh syarikat yang dilaburkan akan ditolakkan.

  • Aset Semasa Mestilah Yang Produktif

 

Hutang lapuk, stok lupus, penurunan nilai yang ketara & kekal hendaklah ditolak.

  • Tabung-tabung Yang Bersifat Kebajikan

 

Tabung bagi tujuan kebajikan seumpama khairat, pendidikan yang terdapat dalam aset semasa akan dikecualikan dari zakat. Walau bagaimanapun, tabung kebajikan yang bersifat pusingan seperti pinjaman Qardhul Hassan, amaun yang dikecualikan zakat adalah nilai pokok yang dimanfaatkan manakala bagi tabung kebajikan yang bersifat ‘hangus’ melalui pemberian derma, khairat maka hanya nilai baki tabung yang dikecualikan.

  • Bagi Kategori Inventori / Stok.

 

Barangan akhir siap sahaja diambil kira; manakala stok bahan mentah serta kerja dalam proses tidak diambil kira.

  • Aset Semasa (Kes Pelarasan yang perlu dicampur)

 

Semua sumbangan, derma dan sedekah yang dibuat oleh entiti perniagaan tersebut pada akhir haul (sukuan terakhir) perlu dicampurkan semula (dengan andai derma itu tidak menggugat kecairan syarikat) ke dalam harta semasa kerana harta semasa yang disalurkan untuk kebajikan masih dikenakan zakat kecuali kalau sumbernya adalah dari tabung kebajikan.

2.  Dicampur Kepada Tanggungan Semasa.

Menurut pendapat Imam Syafie – Tidak ada syarat hutang dalam menentukan sama ada harta tersebut layak nisab ataupun tidak. Menurut pendapat Syafie hutang kewangan (bukan liabiliti perdagangan) tidak menghalang kewajipan zakat.

Bagi memenuhi nisab, liabiliti semasa yang boleh ditolak adalah yang ianya bersifat operasi sahaja termasuk:

  1. Pemiutang Perdagangan (Trade Creditors).
  2. Kos operasi (Operation Payables) seperti gaji, elektrik, telefon, Cukai.

Oleh yang demikian pelarasan adalah melibatkan item-item yang tidak dibenarkan tolakan seperti berikut:

*Bukan berbentuk operasi perniagaan iaitu ‘financial loans’ dan pengkelasan semula pinjaman berjangka.

*Dividen yang dicadangkan (Dividend Payable).

*‘Overdraf’.

*Pajakan kewangan / modal (financial / capital lease).

 

Allahu a’lam.

Kesalahan Di dalam Solat / 1

0

 

BAB SATU

Beberapa kesalahan pesolat di dalam isu pakaian solat dan menutup aurat ketika solat.
الفصل الأول: جماع أخطاء المصلّين في ثيابهم وستر عوراتهم في الصلاة

 

1.1 (Bahagian 1)
Solat dengan berpakaian ketat sehingga menampakkan aurat (الصّلاة في الثّياب الحازقة التي تصف العورة )
Menurut Syaikh Abu Ubaidah , hukumnya adalah makruh.
لبس الثياب الحازقة الضّاغطة مكروه شرعاً و طبّاً ، لضررها بالبدن ، حتى إن بعضها يتعذّر السجود على لابسه
Hukum memakai pakaian ketat adalah makruh dari sudut syarak dan kesihatan. Ini kerana ada sebahagian pakaian ketat menyebabkan kesukaran semasa turun untuk sujud.

 

Hujah 1
Pendapat al Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah,
وحكى الحافظ ابن حجر عن أشهب ، فيمن اقتصر على الصّلاة في السّراويل مع القدرة : يعيد في الوقت ، إلا إن كان صفيقاً ، وعن بعض الحنفيّة يكره
al Hafidz meriwayatkan dari Asyhab (qadhi Mesir, yang wafat pada 204H, bermazhab Maliki) orang yang solat dengan seluar ketat, harus mengulanginya dengan berpakaian longgar (jika masih ada waktu). Sebahagian fuqaha Hanafiah berpendapat hukumnya adalah makruh (solat dengan berpakaian ketat)
(Fathul Bari, فتح الباري : 1/476)

Tafsir Surah Asy-Shura – Tafsir Ayat Ke-31 hingga Ke-35

2

Tafsir Surah Asy-Shura

Tafsir Ayat Ke-31

Jika Allah SWT hendak kenakan musibah atau azab, kita tidak akan mampu untuk menyelamatkan diri.

وَما أَنتُم بِمُعجِزينَ فِي الأَرضِ ۖ وَما لَكُم مِّن دونِ اللهِ مِن وَلِيٍّ وَلا نَصيرٍ

Dan kamu tidak akan dapat melemahkan kuasa Allah SWT (daripada menimpakan kamu dengan bala bencana, walaupun kamu melarikan diri di mana sahaja) di muka bumi (atau di langit); dan kamu juga tidak akan beroleh sesiapapun yang lain dari Allah SWT. – sebagai pelindung atau pemberi pertolongan.

وَمَا أَنتُم بِمُعْجِزِينَ فِي الْأَرْضِ

Dan kamu tidak akan dapat melemahkan (kuasa Allah SWT) di muka bumi;

Tidak ada tempat untuk kita lari daripada apa yang Allah SWT telah tetapkan kepada kita. Kita tidak boleh lemahkan atau tahan kuasa Allah SWT untuk mengenakan musibah kepada kita kerana kita tinggal atas bumi-Nya. Kalau Allah SWT hendak kenakan musibah kepada kita, ia pasti akan berlaku.

Kalau kesalahan jenayah dunia, edar dadah atau bunuh orang, boleh lagi hendak lari sampai polis tidak tangkap dan tidak kena penjara. Namun, tidak dengan Allah SWT kerana kita tidak dapat melemahkan kudrat Allah SWT untuk balas segala dosa kita.

Kenapa Allah SWT kenakan musibah itu kepada kita? Adakah Allah SWT benci kepada kita?

Tentunya tidak.

Bala dan musibah itu adalah sebagai amaran dan peringatan dari Allah SWT. Allah SWT hendak ingatkan kita bahawa ada kesalahan yang kita lakukan. Allah SWT hendak beritahu kepada kita bahawa kita telah lupa kepada Allah SWT yang kita telah buat kesalahan. Kita kena periksa balik, apakah kesalahan yang kita lakukan.

Ini adalah tentang musibah di dunia. Bagaimana pula di akhirat kelak? Allah SWT sambung dengan potongan seterusnya pula, iaitu keadaan di akhirat kelak:

وَمَا لَكُم مِّن دُونِ اللهِ مِن وَلِيٍّ

dan kamu juga tidak akan beroleh sesiapapun yang lain dari Allah SWT. – sebagai pelindung

Tidak ada mana-mana guru, ustaz, tok Sheikh, wali atau sesiapa sahaja yang boleh menyelamatkan kita dari azab Allah SWT. Kalau di dunia, ada orang boleh tolong kita, atau kita rasuah orang tolong kita, atau upah mereka, atau paksa mereka; tetapi segala itu tidak akan terjadi di akhirat kelak.

Hanya Allah SWT sahaja yang boleh melindungi kita dan menyelamatkan kita. Minta ampunlah kepada Allah SWT. Mintalah pertolongan kepada Allah SWT.

وَلَا نَصِيرٍ

atau pemberi pertolongan.

Allah SWT sahaja yang boleh memberi pertolongan kepada kita apabila kita ada musibah, ada masalah. Kalau satu dunia berusaha untuk tolong menyelesaikan masalah kita, jika Allah SWT tidak membenarkannya, masalahnya itu tidak akan selesai.

Lafaz وَلِيٍّ untuk penolong untuk selamatkan kita sebelum dari kena musibah.

Lafaz نَصِيرٍ pula untuk penolong ‘selepas kita kena’ musibah atau azab.

Maka, kita sepatutnya pergi kepada Allah SWT, bukannya lari daripada Allah SWT.

Malangnya, ada orang kita yang apabila ditimpa kesusahan, contohnya bisnes jatuh bankrap, isteri lari dengan orang lain, anak tinggalkan mereka, mereka bukan kembali kepada Allah SWT tetapi sebaliknya menjauhkan diri lagi daripada Allah SWT.

Mereka ada yang hisap dadah, minum arak sebab hendak lupakan masalah, ada yang bunuh diri, pukul orang lain dan macam-macam lagi kesalahan yang mereka lakukan. Itu adalah cara yang salah untuk menghadapi musibah yang telah dikenakan.

Musibah ini merupakan peringatan daripada Allah SWt. Tidak perlu doa kepada yang selain Allah SWT. Jangan minta pada Nabi, wali dan malaikat. Terus doa kepada Allah SWT.

Musibah dari segi bahasa adalah sesuatu yang ‘kena tepat’ pada tempatnya. Allah SWT yang tentukan ia akan kena, maka tidak dapat lari.

Ia menjadi ‘nikmat’ apabila dengannya, kita berubah ke arah kebaikan. Kalau tidak mengubah kita, maka ia menjadi azab kecil semasa di dunia, sebelum dikenakan dengan azab lagi teruk di akhirat.

Maksudnya juga, ada keharusan untuk rasa bersyukur dengan musibah yang diturunkan. Sebab itu ada riwayat sahabat risau bila tidak ada musibah kerana Allah SWT tidak beri peringatan kepada mereka. Apa yang terjadi kepada orang lain seperti musibah yang menimpa kepada keluarga kita adalah juga peringatan kepada kita.

“A good man would learn from his mistake but an even greater man would learn from other people’s mistake.”

Tafsir Ayat Ke-32

Allah SWT beri dalil tentang kekuasaan-Nya.

وَمِن ءآيٰتِهِ الجَوارِ فِي البَحرِ كَالأَعلٰمِ

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah kapal-kapal (yang besar tinggi) seperti gunung, belayar laju merempuh lautan.

وَمِنْ ءآيٰتِهِ

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya

Ini adalah tanda yang kita sendiri boleh lihat. Kita tidak boleh melihat Allah SWT, tetapi kita boleh melihat tanda-tanda-Nya. Perkataan ‘alam’ itu sendiri bermaksud ‘tanda’. Dengan melihat alam, kita boleh melihat tanda kewujudan dan kekuasaan Allah SWT.

Dengan melihat tanda-tanda itu, kita boleh mengenali Allah SWT setakat yang kita mampu. Setakat yang Allah SWT benarkan sahaja.

الْجَوَارِ فِي الْبَحْرِ

ialah kapal-kapal belayar laju merempuh lautan.

Allah SWT banyak memberi isyarat kepada kebesaran-Nya dengan menyuruh kita melihat alam ini.

Dalam ayat ini, Allah SWT menyuruh kita melihat kepada kapal di lautan pula. Lihatlah kepada kapal yang belayar laju di lautan itu. Ini adalah salah satu dari nikmat yang Allah SWT berikan kepada kita.

كَالْأَعْلٰمِ

seperti gunung,

Kalau kita lihat kapal-kapal besar yang berlayar di laut Itu, Ianya bagaikan gunung kerana besarnya kapal itu. Kalau di daratan, gununglah yang nampak dari jauh. Tetapi kalau di lautan, kapallah yang nampak dari jauh.

Bayangkan betapa hebatnya, kapal yang begitu besar, yang kalau kita pertama kali lihat, tentunya akan tenggelam, tetapi ianya dapat terapung di lautan. Dan dapat bergerak dengan bebas.

Begitu banyak barang yang boleh dinaikkan di dalam kapal itu seperti manusia dan barang-barang kargo dan jualan. Kemudian, kain layarnya pula tinggi menjulang, menambahkan imaginasi kita kepada bentuk gunung.

Tafsir Ayat Ke-33:

إِن يَشَأ يُسكِنِ الرّيحَ فَيَظلَلنَ رَواكِدَ عَلىٰ ظَهرِهِ ۚ إِنَّ في ذٰلِكَ لَآيٰتٍ لِّكُلِّ صَبّارٍ شَكورٍ

Jika Ia kehendaki, Ia menghentikan tiupan angin, maka tinggallah kapal-kapal itu terapung-apung di muka lautan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi tanda-tanda (yang besar pengajarannya) bagi tiap-tiap seorang (mukmin) yang sentiasa bersikap sabar, lagi sentiasa bersyukur.

إِن يَشَأْ يُسْكِنِ الرِّيحَ

Jika Dia kehendaki, Dia menghentikan tiupan angin,

Angin yang bertiup kencang itu, Allah SWT boleh menghentikannya. Hanya Allah SWT sahaja yang boleh melakukannya. Allah SWT hendak ingatkan yang kapal di lautan berjalan dengan kudrat Allah SWT. Bukanlah kapal itu berjalan sendiri.

فَيَظْلَلْنَ رَوَاكِدَ عَلَىٰ ظَهْرِهِ

maka tinggallah kapal-kapal itu terapung-apung di atas belakangnya.

Apabila angin berhenti dan tidak bertiup di lautan, maka kapal-kapal itu akan berhenti tidak bergerak. Ini adalah ketika laut itu tenang ia akan hanya terapung-apung. Ini adalah untuk kapal layar kerana kapal layar memerlukan angin untuk menggerakkannya.

إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيٰتٍ لِّكُلِّ صَبَّارٍ شَكُورٍ

Sesungguhnya yang demikian mengandungi tanda-tanda bagi tiap-tiap orang yang sabar, lagi bersyukur.

Sifat sabar dan syukur disebut di hujung ayat ini. Ia merujuk kepada mereka yang sabar semasa susah dan dia akan bersyukur di masa senang. Ini adalah dua sifat yang amat-amat penting. Ia perlu ada bagi setiap orang mukmin.

Pertama yang perlu disyukuri adalah kerana air laut itu tenang. Dan apabila disebut kapal yang berlayar, ia juga sebagai isyarat kepada perjalanan, safar.

Dalam musafir, kita memerlukan kedua-dua sifat ini. Kerana di dalam setiap perjalanan, kita akan menghadapi banyak masalah. Kita hendaklah bersabar bila kita diberikan dengan masalah-masalah itu.

Dalam masa yang sama, kita juga semestinya bersyukur kepada Allah SWT kerana Allah SWT telah memberi izin kepada kita untuk mengembara di atas muka bumi ini.

Sebagai contoh, perjalanan untuk mengerjakan Umrah dan Haji adalah perjalanan yang sukar. Maka hendaklah kita bersabar dalam perjalanan dan menghadapi kesukaran itu.

Namun, dalam masa yang sama, kita hendaklah bersyukur kerana Allah SWT memberi peluang kepada kita untuk mengerjakan ibadat itu. Berapa ramai yang teringin sangat untuk ke Mekah, tetapi tidak mendapat kesempatan itu.

Lihatlah, sebenarnya kalau kita ada rasa syukur, perasaan sabar itu akan datang dengan sendiri.

Tafsir Ayat Ke-34:

أَو يوبِقهُنَّ بِما كَسَبوا وَيَعفُ عَن كَثيرٍ

Atau (jika Ia kehendaki) Ia binasakan kapal-kapal itu disebabkan dosa-dosa yang dilakukan oleh orang-orangnya, (lalu setengahnya dibiarkan mati lemas) dan (setengahnya diselamatkan dengan jalan) Ia memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa mereka.

أَوْ يُوبِقْهُنَّ

Atau (jika Dia kehendaki) Dia boleh binasakan kapal-kapal itu

Allah SWT boleh musnahkan kapal itu dengan macam-macam cara. Kapal itu boleh bocor, boleh terbakar, boleh langgar batu karang, langgar bongkah ais dan sebagainya.

Hakikatnya, Allah SWT lah yang membinasakan kapal itu. Lihatlah apa terjadi kepada kapal Titanic. Mereka kata: “Tuhan pun tidak boleh menenggelamkan kapal ini”, tetapi akhirnya Allah SWT tenggelamkan juga.

بِمَا كَسَبُوا

disebabkan dosa-dosa yang dilakukan oleh orang-orangnya,

Apabila dalam perjalanan kapal atau dengan perjalanan cara lain, tentulah banyak kesalahan yang dilakukan oleh manusia. Allah SWT boleh sahaja memusnahkan mereka kerana kesalahan mereka itu.

Atau memang penumpang kapal itu adalah mereka yang banyak berdosa, berbuat syirik, kufur atau berlaku zalim kepada ramai orang. Allah SWT boleh beri balasan kepada mereka atas kesalahan dosa mereka itu serta merta.

Ini adalah takhwif duniawi. Jika Allah SWT tenggelamkan, bukanlah Allah SWT sengaja nak buat, tetapi kerana kesalahan mereka sendiri. Kalau tidak ada dosa, Allah SWT tidak akan beri musibah kepada mereka.

وَيَعْفُ عَن كَثِيرٍ

tapi Dia telah memaafkan sebahagian besar dosa-dosa mereka.

Walaupun Allah SWT boleh balas kesalahan mereka itu dengan dihancurkan mereka, tetapi Allah SWT tidak buat begitu. Allah SWT telah maafkan kebanyakan dari dosa-dosa manusia.

Allah SWT tidak ambil kira kerana Allah SWT maha pemaaf. Bukannya mereka tidak ada dosa, tetapi Allah SWT maafkan.

Allah SWT boleh sahaja musnahkan sesuatu penduduk di suatu tempat yang banyak berbuat dosa seperti syirik, kufur or zalim tetapi kerana rahmat dan kebijaksanaan-Nya, Dia tidak lakukan. Kalau kita buat dosa sahaja, Allah SWT terus azab, semua manusia akan mati (disebut dalam ayat yang lain). Maka, Allah SWT beri peluang kepada kita untuk bertaubat.

Tafsir Ayat Ke-35

Ini adalah hikmah dijadikan ujian itu. Supaya mereka sedar.

وَيَعلَمَ الَّذينَ يُجٰدِلونَ في ءآيٰتِنا ما لَهُم مِّن مَّحيصٍ

(Berlakunya yang demikian supaya nyata kekuasaan Kami) dan supaya orang-orang yang membantah ayat-ayat keterangan Kami mengetahui, bahawa mereka tidak akan dapat jalan melepaskan diri (dari azab seksa).

وَيَعْلَمَ الَّذِينَ يُجٰدِلُونَ فِي ءآيٰتِنَا

Supaya orang-orang yang membantah ayat-ayat keterangan Kami mengetahui,

Jumlah Muqaddar (tidak disebut tetapi ada sebenarnya) dalam ayat ini: Allah SWT tenggelamkan kapal di lautan kerana Allah SWT hendak balas kesalahan dan dosa hamba.

Mereka yang membantah adalah mereka yang tidak mahu beriman dengan ayat-ayat Allah SWT. Apabila diberitahu dengan makna yang disampaikan dalam Al-Quran, ada sahaja yang mereka tolak. Apabila diajak belajar wahyu, mereka tolak.

مَا لَهُم مِّن مَّحِيصٍ

bahawa mereka tidak akan dapat jalan melepaskan diri (dari azab seksa).

Supaya mereka yang menentang ayat-ayat Allah SWT tahu bahawa mereka tidak ada kuasa hendak melepaskan diri dari musibah Allah SWT. Kalau Allah SWT hentikan kapal mereka, musnahkan kapal mereka, senang sahaja.

Dan kalau Allah SWT buat begitu, mereka tidak boleh hendak buat apa-apa pun. Katalah apa sahaja, ianya akan terjadi juga.

Lihatlah apa kata mereka yang membuat kapal Titanic itu: “Kapal ini amat kuat, sampaikan Tuhan pun tak boleh nak karamkannya!” Begitu sombongnya mereka dengan pencapaian dan kepandaian mereka. Tetapi lihatlah apa yang terjadi kepada kapal itu. Mereka tidak dapat berbuat apa-apa apabila kapal itu mula karam.

Orang-orang Musyrikin Mekah pun tahu bahawa apabila di lautan, yang berkuasa hanya Allah SWT sahaja. Maka Allah SWT ingatkan mereka dalam ayat ini.

Allahu a’lam.

Kerana Sedekah Tak Perlukan Wang Ringgit

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian

{ Kerana Sedekah Tak Harus Rupiah }

Mari bersemangat untuk hari ini. Menebarkan kebaikan walaupun hanya dengan senyuman. Berbagi meskipun hanya sekedar menampakkan wajah yang berseri.

لَا تَحْقِرَنَّ مِنَ الْمَعْرُوفِ شَيْئًا، وَلَوْ أَنْ تَلْقَى أَخَاكَ بِوَجْهٍ طَلْق

“Janganlah engkau meremehkan kebaikan sekecil apapun, walaupun hanya sekedar wajah berseri kepada saudaramu.” (HR. Muslim no. 2626).

Saudaraku. Garis lengkung berupa senyum di wajah, ternyata juga bernilai sedekah.

تَبَسُّمُكَ فِي وَجْهِ أَخِيكَ لَكَ صَدَقَةٌ

“Senyummu terhadap wajah saudaramu adalah sedekah.” (HR. Tirmidzi 1956, ia berkata: “Hasan gharib”. Dishahihkan oleh Al Albani dalam Shahih At Targhib).

Mari tersenyum. Karena senyuman adalah suatu garis lengkung yang akan meluruskan banyak persoalan. Karena senyuman itu sedekah. Dan, sedekah tak harus selalu dengan rupiah. Dengan dollar, euro, ringgit, dan poundsterling pun bisa. Jangan lupa senyum, Jangan lupa bahagia.

Penulis: Ustadz Raehanul Bahraen

Oleh: Mutiara Risalah Islam

BERLUMBA UNTUK MENGGEMBIRAKAN

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian

BERLUMBA UNTUK MENGGEMBIRAKAN

Betapa kasih dan prihatinnya muslim sesama muslim di era RasululLah sallalLaahu ‘alaihi wa sallam, apa sahaja berita gembira yang tiba kepada salah seorang dari mereka, semua akan berlumba untuk menyampaikannya kepada sahabat tersebut.

Ketika membaca kembali kisah taubatnya Ka’ab ibn Malik, setelah 50 hari yang penuh kesunyian di tengah ramainya manusia dan kesempitan di hamparan bumi yang luas, ternyata wahyu telah turun mengakhiri hukuman terhadap Ka’ab, Hilal dan Murarah.

Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam memberitahu berita ini kepada para sahabat selepas selesai solat Subuh dan Ka’ab tidak berada di situ. Lihat apa reaksi apa sahabat seperti yang digambarkan oleh Ka’ab.

فَذَهَبَ النَّاسُ يُبَشِّرُونَنَا،

Semua orang pun pergi untuk memberitahu berita gembira ini kepada kami..

فَذَهَبَ قِبَلَ صَاحِبَيَّ مُبَشِّرونَ

Ada yang pergi kepada kedua sahabatku yang lain membawa berita gembira ini

وَرَكَضَ رَجُلٌ إِلَيَّ فَرَسًا

Malah ada seorang lelaki yang menunggang kuda bergegas kepadaku

وَسَعَى سَاعٍ مِنْ أسْلَمَ قِبَلِي،

Dan berlari pula seorang lagi dari bani Aslam ke arahku

وَأَوْفَى عَلَى الْجَبَلِ،

Dan, yang terpilih untuk sampai ke pengetahuanku dahulu (sewaktu Ka’ab selesai solat di rumahnya tadi) adalah orang yang berada di atas bukit

فَكانَ الصَّوْتُ أسْرَعَ مِنَ الفَرَسِ،

Ternyata, lantunan suara lebih pantas dari pacuan kuda.

فَلَمَّا جَاءني الَّذِي سَمِعْتُ صَوْتَهُ يُبَشِّرُني

Ketika sampai orang yang aku dengar suaranya memberitahu aku berita gembira ini,

نَزَعْتُ لَهُ ثَوْبَيَّ فَكَسَوْتُهُمَا إيَّاهُ بِبشارته،

Aku tanggalkan pakaianku dan aku pakaikannya kepada dia kerana berita gembira yang dia sampaikan kepadaku

وَاللهِ مَا أمْلِكُ غَيْرَهُمَا يَوْمَئِذٍ، وَاسْتَعَرْتُ ثَوْبَيْنِ فَلَبسْتُهُما،

Demi Allah, aku tak memiliki pakaian lain selain dua helai itu. Akupun meminjam dua helai pakaian dan memakainya.

[HR al-Bukhari & Muslim]

Nikmat kehidupan masih tak terhitungkan. Nilai kesulitan akan sentiasa berkadar langsung dengan kebaikan dan pengharapan.

Jangan putus asa dalam usaha mensyukuri nikmatnya terutama nikmat ukhuwwah kurniaanNya ini.

Berilah berita gembira..

#BroSyariefShares
___
Sertai Channel @BroSyariefShares « KLIK di aplikasi Telegram

Tafsir Surah Al-Kawthar – Tafsir Ayat Ke-2

0

Tafsir Surah Al-Kawthar

Kita telah bincangkan sebelum ini:

Bagaimana Rasulullah SAW mendapat layanan yang amat buruk dari Musyrikin Mekah, sehingga apabila anak lelaki baginda meninggal dunia semasa kecil, mereka telah bergembira dan meraikan kematian itu.

Sedangkan ia adalah satu kejadian yang amat menyedihkan bagi baginda SAW, atau bagi sesiapa sahaja. Maka untuk memujuk hati baginda, Allah SWT telah mulakan ayat pertama surah ini dengan berita gembira.

Ada beberapa pendapat, salah satu darinya:

Rasulullah SAW ada dua anak lelaki dari isterinya Siti Khadijah r.a. Mereka bernama Qasim (telah lama meninggal dunia) dan Abdullah. Pendapat pertama ini ialah mengenai Abdullah.

Ada juga yang mengatakan anak lelaki yang dimaksudkan di sini adalah anak baginda yang bukan dari Siti Khadijah r.a, dan anak itu bernama Ibrahim. Allahu a’lam.

Orang pertama yang mendengar tentang kematian Abdullah adalah Abu Lahab, kerana beliau duduk berdekatan dengan rumah Rasulullah SAW dan beliau juga adalah bapa saudara baginda.

Beliau amat menentang usaha dakwah Nabi SAW dan selalu mengatakan perkara yang buruk terhadap Nabi SAW.

Apabila Abu Lahab mendapat tahu tentang kematian anak Nabi SAW, dia telah keluar dari rumahnya sambil menari dan meraikan kematian cucu saudaranya itu.

Abu Lahab berkata: “Batara Muhammadun” atau “Muhammad telah terputus”

Maksudnya ~ keturunan Muhammad SAW telah terputus. Abu Lahab suka jika baginda tidak ada anak lelaki kerana anak lelakilah yang meneruskan nama keluarga.

Allah SWT tahu perasaan sedih baginda, lalu apabila Allah SWT menurunkan Surah Al-Kawthar ini, Allah SWT terus memberi berita gembira untuk memujuk baginda. Ini juga menunjukkan tingginya kasih sayang Allah SWT kepada baginda.

Akhir sekali, Allah SWT cuma berfirman :

إِنَّ شانِئَكَ هُوَ الأَبتَرُ

(Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus)

Sesetengah mufassir membawa isyarat, bahawa langkah yang terdapat dalam surah ini :

1. Untuk menangani perasaan sedih, pertama perlu kenangkan semula kebaikan yang pernah kita dapat atau yang kita akan dapat.

2. Kemudian, melakukan solat kepada Allah SWT (sebagai tanda bersyukur).

Apa yang disebut dalam kisah ayat sebelum ini, setelah diberikan dengan segala nikmat, apa yang perlu dilakukan?

Tafsir Ayat Ke-2:

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانحَر

Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu; dan berkorbanlah.

Baginda diingatkan untuk mendirikan solat dengan kalimah :

لِرَبِّكَ

(untuk Tuhanmu).

Ini adalah perbandingan dengan solat kaum Quraisy Mekah sebelum ini yang hanya untuk menunjuk-nunjuk. Maka ayat ini berlawanan dari apa yang mereka lakukan.

Orang beriman akan solat kerana Allah SWT (ikhlas) bukan kerana hendak menunjuk kepada orang lain.

Selepas kita mendapat nikmat, tentulah sepatutnya kita bersyukur kepada Allah SWT atas nikmat yang telah diberikan tetapi Allah SWT tidak pula menyebut ‘syukur’ secara langsung.

Sebaliknya Allah SWT menyuruh lakukan SOLAT. Ini menunjukkan bahawa cara terbaik untuk menunjukkan syukur kepada Allah SWT adalah dengan mendirikan solat.

Kerana itulah, Rasulullah selalu mendirikan solat sunat dua rakaat apabila sesuatu yang baik berlaku kepada umat Islam.

Ada beberapa perbezaan pendapat tentang solat apakah yang dimaksudkan dalam ayat ini:

1. Ada yang mengatakan solat yang dimaksudkan adalah solat fardu.

2. Ada yang mengatakan solat yang dimaksudkan adalah solat Eid kerana selepas itu disebut tentang ibadat korban yang dilakukan pada Eidul Adha.

3. Ada juga yang mengatakan ini adalah solat secara umum. Kerjakanlah solat sama ada yang fardu atau sunat. Ini adalah pendapat yang jumhur.

4. Ada juga yang mengatakan ini adalah solat di Muzdalifah pada ibadat haji.

Selepas disebut tentang solat, disebut pula :

وَانحَر

(dan berkorbanlah).

Pendapat jumhur mengatakan yang dimaksudkan adalah korban penyembelihan pada ‘Eid al Adha. Ada juga yang mengatakan ianya bermaksud binatang yang diberikan dalam sedekah/zakat.

Musyrikin Mekah juga ada melakukan korban binatang tetapi mereka menyembelih binatang untuk berhala-berhala mereka.

Maka Allah SWT perbetulkan perbuatan mereka itu dan mengingatkan yang sembelihan mestilah atas nama Allah SWT.

Dalam Al-Quran, ada 4 jenis perkataan yang digunakan untuk merujuk kepada binatang yang dikorbankan.

Pertama : Budun

بدن

Merujuk kepada binatang yang besar dan telah disembelih, darah masih lagi basah. Ini digunakan dalam Surah Al-Hajj (22) : 36

وَالبُدنَ جَعَلناها لَكُم مِن شَعائِرِ اللَّهِ

(Dan telah Kami jadikan untuk kamu binatang-binatang itu sebahagian dari syi’ar Allah SWT)

Kedua : Nusuq

نسق

Merujuk kepada binatang yang disembelih untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ini seperti yang digunakan dalam Surah Al-An’am (6) : 162

قُل إِنَّ صَلاتي وَنُسُكي وَمَحيايَ وَمَماتي لِلَّهِ رَبِّ العالَمينَ

(Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah SWT, Tuhan semesta alam.)

Ketiga : Hadi

هدي

Adalah daging binatang yang telah disembelih dan diagih-agihkan berdekatan dengan Baitullah. Ini disebut dalam Surah Al-Maidah (5) : 95

يَحكُمُ بِهِ ذَوا عَدلٍ مِنكُم هَديًا

(maka dendanya ialah mengganti dengan binatang ternak seimbang dengan buruan yang dibunuhnya,)

Keempat : Qalaa’id

القَلائِدَ

Adalah binatang yang telah di tanda kerana binatang itu akan disembelih sebagai korban dalam ibadat Haji. Ini disebut dalam Surah Al-Maidah (5) : 2

يا أَيُّهَا الَّذينَ آمَنوا لا تُحِلّوا شَعائِرَ اللَّهِ وَلَا الشَّهرَ الحَرامَ وَلَا الهَديَ وَلَا القَلائِدَ

(Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu melanggar syi’ar-syi’ar Allah, dan jangan melanggar kehormatan bulan-bulan haram, jangan (mengganggu) binatang-binatang had-ya, dan binatang-binatang qalaa-id)

Ibrah dan Kesimpulan :

Pertama :

Antara cara menenangkan hati ialah mengingati semula nikmat dan kemudahan yang telah Allah SWT kurniakan kepada kita

Kedua :

Ibadah yang paling banyak lafaz tasbih dan tahmid ialah Solat.

Ketiga :

Sebagai umat Islam kita harus menunjukkan kesyukuran ke atas segala pemberian-Nya, salah satunya adalah dalam bentuk solat.

Allahu a’lam.

Popular

Iklan

Iklan