Utama Blog Halaman 129

NOTA FIQH DOA MUSTAJAB 18

0
Fiqh Doa
Waktu doa mustajab
18. Berdoa di dalam Kaabah
Kaabah adalah tempat paling suci di dunia ini dan masjid pertama (Masjidil Haram) dibina untuk manusia.
Pusat Ibadat yang tidak ada tolok bandingnya seantero dunia.
Maka, berdoa di Masjidil Haram meningkatkan peluang ianya dimaqbulkan.
Maka, berusahalah meningkatkan ekonomi anda untuk kerap mengunjungi Kaabah(Mekah), setahun dua kali atau setahun sekali. Berdoa di dalam Kaabah merupakan tempat paling mustajab berdoa.
Dalil hadith:
أَخْبَرَنِي أُسَامَةُ بْنُ زَيْدٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمَّا دَخَلَ الْبَيْتَ دَعَا فِي نَوَاحِيهِ كُلِّهَا
Terjemahan:
Dari Usama bin Zaid ra (anak angkat Nabi saw), bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam masuk ke dalam Baitullah kemudian beliau berdoa di setiap sudutnya”
(HR Muslim no.2364

 

Isu:
Apakah mungkin kita sebagai orang awam berpeluang masuk ke dalam Kaabah?
Jawaban:
Tidak mungkin. Namun, masih ada peluang walaupun tipis, iaitu Hijir Ismail itu sebenarnya sebahagian dari Kaabah. Hijir dibiarkan begitu kerana orang Quraisy kekurangan dana untuk membina semula sebagaimana yang asal, lalu Hijir dibiarkan sehingga sekarang berada di luar Kaabah, tetapi sebenarnya kalau anda masuk ke Hijir, anda sebenarnya berada didalam Kaabah. Maka disunatkan memasukinya bila anda mengerjakan umrah dan berdoa di dalamnya.
Nota:
Di salin dari Dr Abu Ammar Yasin Qadhi, kitab doa: Silahul Mukmin.

Kesalahan Di dalam Solat / 8 : Rumusan

0
Rumusan 1.1: Bahagian 2

Solat dengan berpakaian ketat sehingga menampakkan aurat
(الصّلاة في الثّياب الحازقة التي تصف العورة )

Isu berpakaian ketat ketika menunaikan solat secara global.

Oleh kerana Syaikh Abu Ubaidah bermazhab Hanbali dan membawa fiqh gurunya, al ‘Allamah Syaikh al-Albani, iaitu fiqh sunnah, bagaimana isu ini dibahaskan dalam fiqh lintas mazhab yang lain?

1. Pendapat Mazhab Hanafi:

ولا يضر التصاقه وتشكله

“Tidak mengapa (pakaian yang dipakai di dalam solat) melekat dengan aurat dan membentuk rupa bentuk aurat.”
(al-Durr al-Mukhtar 2:84), Durr al Mukhtar adalah kitab induk Mazhab Hanafi, menyatakan berpakaian ketat tidak mengapa.

Hukum: Harus

2. Pendapat Mazhab Maliki:

Di dalam kitab induknya, Hasyiah al-Dusuqi pula dinyatakan:

أن الصلاة في الثوب الواصف للعورة المحدد لها صحيحة ، ولكنها مكروهة كراهة تنزيهية ، ويستحب له أن يعيد إذا كان الوقت باقياً

“Solat dengan baju yang mensifatkan bentuk aurat adalah sah, akan tetapi hukumnya makruh, makruh tanzih dan disunatkan mengulangi solat tersebut jika waktu masih berbaki.”

Hukum: Makruh

3. Pendapat Mazhab Syafi’iy:

Al-Imam an-Nawawi rhm berkata di dalam kitab al-Majmu’:

فلو ستر اللون ووصف حجم البشرة كالركبة والألية ونحوها صحت الصلاة فيه لوجود الستر

“dan jika ia (pakaian itu) menutup warna dan mensifatkan bentuk seperti lutut dan daging punggung dan seumpamanya, sah solat tersebut kerana telah berlaku penutupan aurat”

Hukum: Harus

4. Pendapat Mazhab Hanbali:

Imam Ibnu Qudamah berkata di dalam al-Mughni:

وإن كان يستر لونها ويصف الخِلْقَة جازت الصلاة ، لأن هذا لا يمكن التحرز منه

“Dan sekiranya menutup warna aurat dan mensifatkan bentuk, harus solat (dengan pakaian tersebut), kerana perkara seperti ini tidak mungkit dapat dielak.”
(al-Mughni: 2/287)

Hukum: Hukum asal, ianya harus bukan makruh.

Rumusan:

Apa yang dinyatakan oleh Syaikh Abu Ubaidah Mashyur Hasan Salman, al ‘Allamah Syaikh al-Albani dan lajnah fatwa Arab Saudi yang menetapkan hukum makruh adalah sebagai langkah keluar dari khilaf yakni umat islam hendaklah menghindari memakai pakaian ketat dan yang menampakkan bentuk tubuh badan di dalam semua keadaan khususnya ketika solat.
Tamat

📌 Isu berpakaian ketat ketika solat telah habis disyarah. AlhamduliLlah.

Kesalahan Di dalam Solat / 7 : Rumusan

0
Rumusan 1.1
Solat dengan berpakaian ketat dan sehingga menampakkan aurat.
(الصّلاة في الثّياب الحازقة التي تصف العورة )
Menurut Abu Ubaidah Mashyur Hasan Salman.
Makruh pemakaian seluar ketat bagi pemuda ketika melakukan solat.Ini kesalahan pertama pemuda Islam pada masa kini iaitu memakai seluar ketat untuk melakukan solat di masjid.
Ulasan panelis:
Semasa saya menetap di Arab Saudi, sememangnya kecenderungan pemuda-pemuda Arab Saudi solat di masjid dengan memakai seluar sukan yang ketat berjenama seperti Adidas, Nike dan memakai jersi kelab bolasepak Eropah seperti Real Madrid, Barcalona dan Manchester.
Manakala di Malaysia, kecenderungan dengan fesyen K-pop( Korea), di mana pemuda memakai seluar ketat untuk melakukan solat di masjid.

 

Kesalahan Di dalam Solat / 6

0
BAB SATU
Beberapa kesalahan pesolat di dalam isu pakaian solat dan menutup aurat ketika solat.
الفصل الأول: جماع أخطاء المصلّين في ثيابهم وستر عوراتهم في الصلاة
1.1(Bahagian 6, akhir)
Solat dengan berpakaian ketat dan sehingga menampakkan aurat.
(الصّلاة في الثّياب الحازقة التي تصف العورة )
Rumusan haiah kibar ulama Arab Saudi.
وانظر محاذير لبس البنطلون في ((الإيضاح والتبيين لما وقع فيه الأكثر ون من مشابهه المشركين)) للشيخ حمود التويجري (ص77 ـ 82) .
(1) الفتاوى : (1/69) للشيخ عبد العزيز بن باز . وبهذا أجابت اللجنة الدائمة للبحوث العلمية و الإفتاء على سؤال مقيد بإدارة البحوث برقم (2003) عن حكم الإسلام في الصّلاة في البنطلون ، ونص جوابها : إن كان ذلك اللباس لا يحدد العورة لسعته ، ولا يشف عما وراءه ، لكونه صفيقاً ، جازت الصّلاة فيه ، وإن كان يشف عما وراءه بأن ترى العورة من ورائه بطلب الصّلاة فيه ، وإن كان يحدد العورة فقط ، كرهت الصلاة فيه ، إلاَّ أن لا يجد غيره ، و بالله التوفيق
Rumusan dari:
1. Syaikh Hamuud al Tuwaijiri telah wafat pada tahun1992, qadhi sudair Arab Saudi di dalam kitabnya al Idhah wa Tabyin) ,
2. Fatwa Syaikh Abdul Aziz Ben Baz, mantan mufti aam Arab Saudi.
3. Fatwa lajnah daimah Arab Saudi fatwa no 2003:
Hukum solat dengan banthalun (seluar panjang):
1. Solat sah jika pemakaian seluar yang longgar.
2. Terbaik memakai baju yang menutup kawasan punggung.
3. Terbaik pemakaian jubah arab yang menutup sampai kaki, juga ala kurta yang sampai betis.
4. Paling sempurna bagi lelaki ialah pemakaian jubah arab yang menutup aurat sampai kaki.

Kesalahan Di dalam Solat / 5

0

BAB SATU

Beberapa kesalahan pesolat di dalam isu pakaian solat dan menutup aurat ketika solat.
الفصل الأول: جماع أخطاء المصلّين في ثيابهم وستر عوراتهم في الصلاة
1.1(Bahagian 5)
Solat dengan berpakaian ketat dan sehingga menampakkan aurat.
(الصّلاة في الثّياب الحازقة التي تصف العورة )
Rumusan permasalahan dari al’Allamah Syaikh al-albani dan Abu Ubaidah Masyhur Hasan Salman:
الشريط الرّابع من شروط حجاب المرأة المسلمة : ((أن يكون فضفاضاً غير ضيّق ، فيصف شيئا من جسمها)) في كتابه ((حجاب المرأة المسلمة من الكتاب والسنة)) : (ص 59 ـ وما بعدها) .فالخطأ المذكور يشترك فيه الرّجل والنساء ، ولكنه ـ في زماننا ـ في الرجل أظهر ، إذ أغلب المسلمين ـ هذه الأيام ـ لا يصلون إلاَّ في ((البنطال)) ، وكثير منهم : في الضيق منه ، ولا حول ولا قوة إلاَّ بالله .
Syarah al ‘Allamah Syaikh al Albani rhm di dalam kitabnya, Hijab al Mar’ah al Muslimah, ms 59,”: Syarat ke 4 mengenai cara pemakaian hijab muslimah ialah hijab tersebut longgar dan tidak ketat dan tidak menampakkan bentuk tubuhnya.”
Menurut Syaikh Abu Ubaidah, kesalahan memakai pakaian ketat di atas bukan untuk wanita sahaja bahkan untuk lelaki juga.  Akan tetapi pada zaman muttakhir ini, isu berpakaian ketat lebih banyak melanda kaum lelaki dan mereka melakukan solat dengan memakai seluar yang ketat.
La hawla wala quwwata illa billah.
Larangan dari As Sunnah:
وقد (( نهى أن يصلي الرجل في سراويل ، وليس عليه رداء )) أخرجه أبو داود والحاكم ، وهو حسن ، كما في ((صحيح الجامع الصغير )) : رقم (6830) وأخرجه أيضاً : الطحاوي في ((شرح معاني الآثار)) : (1/382)
Terjemahan:
” Nabi saw melarang lelaki solat hanya dengan memakai seluar tanpa baju (yang menutup seluar tersebut)”.
(HR Abu Daud dan al Haakim. hasan menurut Syaikh al-Albani, dalam sahih al Jaami’ no 6830, (rida’ juga bermaksud selindang di atas bahu, jika tiada baju), juga dikeluarkan oleh at Tohawi dalam syarah Maani al atsar, 1:382)

Kesalahan Di dalam Solat / 4

0

BAB SATU

Beberapa kesalahan pesolat di dalam isu pakaian solat dan menutup aurat ketika solat.
الفصل الأول: جماع أخطاء المصلّين في ثيابهم وستر عوراتهم في الصلاة
1.1(Bahagian 4)
Solat dengan berpakaian ketat dan sehingga menampakkan aurat.
(الصّلاة في الثّياب الحازقة التي تصف العورة )
Pendapat Abu Ishaq al Huwaini.
Abu Ishaq al Huwaini, di lahirkan pada tahun 1956, di Mesir.
Beliau adalah tokoh hadith terkemuka kini, dan merupakan salah seorang murid al ‘Allamah Syaikh al Albani.
ومن العجب : أن كثيراً من الشباب المسلم ، ينكر على النساء لباسهن الضيّق ، لأنه يصف جسدهن ، وهذا الشباب ينسى نفسه ، فإنه وقع فيما ينكر ، ولا فرق بين المرأة التي تلبس اللباس الضيّق ، الذي يصف جسمها ، وبين الشباب الذي يلبس (( البنطلون )) ، وهو أيضاً يصف إِليتيه ، فإلية الرجل وإلية المرأة من حيث إنهما عورة ، كلاهما سواء ، فيجب على الشباب أن ينتبهوا لهذه المصيبة التي عمّتهم إلا مَنْ شاء الله ، وقليل ما هم (من تسجيلات له يجيب فيها على أسئلة أبي إسحاق الحويني المصري ، سجلت في الأردن ، محرم ، سنة 1407هـ )
Terjemahan:
“Antara keanihan ialah ramai pemuda Islam yang menentang keras dalam isu wanita yang memakai pakaian ketat yang menampakkan bentuk badan mereka dengan melupakan diri mereka sendiri bahawa lelaki juga tidak boleh memakai pakaian yang ketat dan sendat, sama sahaja hukumnya.
(Majlis soal jawab bersama Abu Ishaq al Huwaini al Mishri di Jordan, Muharam, 1407H)

HADITH ARBA’IN – 36

0

 

KEUTAMAAN ORANG YANG SUKA

MENOLONG DAN MENUNTUT ILMU

 

 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِي اللهُ عَنْهُ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ اللهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ، وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ، وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِماً سَتَرَهُ اللهُ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَاللهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كاَنَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيْهِ. وَمَنْ سَلَكَ طَرِيْقاً يَلْتَمِسُ فِيْهِ عِلْماً سَهَّلَ اللهُ بِهِ طَرِيْقاً إِلَى الْجَنَّةِ، وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوْتِ اللهِ يَتْلُوْنَ كِتَابَ اللهِ وَيَتَدَارَسُوْنَهُ بَيْنَهُمْ إِلاَّ نَزَلَتْ عَلَيْهِمْ السَّكِيْنَةُ وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ، وَحَفَّتْهُمُ الْمَلاَئِكَةُ، وَذَكَرَهُمُ اللهُ فِيْمَنْ عِنْدَهُ، وَمَنْ بَطَأَ فِي عَمَلِهِ لَمْ يُسْرِعْ بِهِ نَسَبُهُ

[رواه مسلم]

Terjemahan Hadith

Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu, dari Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: Siapa yang menyelesaikan kesulitan seorang mu’min dari berbagai kesulitan-kesulitan dunia, niscaya Allah akan memudahkan kesulitan-kesulitannya hari kiamat. Dan siapa yang memudahkan orang yang sedang kesulitan niscaya akan Allah mudahkan baginya di dunia dan akhirat dan siapa yang menutupi (aib) seorang muslim Allah akan tutupkan aibnya di dunia dan akhirat.

Allah selalu menolong hambanya selama hambanya menolong saudaranya. Siapa yang menempuh jalan untuk mendapatkan ilmu, akan Allah mudahkan baginya jalan ke syurga. Sebuah kaum yang berkumpul di salah satu rumah Allah membaca kitab-kitab Allah dan mempelajarinya di antara mereka, niscaya akan diturunkan kepada mereka ketenangan dan dilimpahkan kepada mereka rahmat, dan mereka dikelilingi malaikat serta Allah sebut-sebut mereka kepada makhluk disisi-Nya. Dan siapa yang lambat amalnya, hal itu tidak akan dipercepat oleh nasabnya.

(Riwayat Muslim)

 

Catatan :

1. Siapa yang membantu seorang muslim dalam menyelesaikan kesulitannya, maka akan dia dapatkan pada hari kiamat sebagai tabungannya yang akan memudahkan kesulitannya di hari yang sangat sulit tersebut.

 

2. Sesungguhnya pembalasan disisi Allah ta’ala sesuai dengan jenis perbuatannya.

 

3. Berbuat baik kepada makhluk merupakan cara untuk mendapatkan kecintaan Allah Ta’ala.

 

4. Membenarkan niat dalam rangka mencari ilmu dan ikhlas di dalamnya agar tidak menggugurkan pahala sehingga amalnya dan kesungguhannya sia-sia.

 

5. Memohon pertolongan kepada Allah ta’ala dan kemudahan dari-Nya, kerana ketaatan tidak akan terlaksana kecuali kerana kemudahan dan kasih sayang-Nya.

 

6. Selalu membaca al-Quran, memahaminya dan mengamalkannya.

 

7. Keutamaan duduk di rumah Allah ta’ala untuk mengkaji ilmu.

NOTA FIQH DOA MUSTAJAB 17

0
17. Doa pada malam Lailatul Qadar.
Malam yang penuh keberkatan, iaitu malam Lailatul Qadar (malam malam ganjil pada 10 malam terakhir Ramadhan)
Pada malam itu Jibril mengepalai para malaikat turun ke bumi dan memenuhi bumi dengan keberkatan sehingga Subuh.
Dalil al-Qur’an:
Surah al-Qadar
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ 1.
وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ .2
لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ .3
تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ .4
سَلَامٌ هِيَ حَتَّىٰ مَطْلَعِ الْفَجْرِ .5
Terjemahan:
Dengan menyebut nama Allah yang maha Pengasih Lagi maha Penyayang.
1. Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Qur’an) pada malam kemulian.
2. Dan tahukan kamu apakah malam kemuliaan itu?
3. Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.
4. Pada malam itu turun  malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.
5. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit Fajar.
Apakah doa yang makthur yang bagus dibaca pada malam tersebut?
Iaitu berdoa meminta keampunan supaya kita menjadi insan yang baru tanpa dosa.
Dalil hadith:
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَرَأَيْتَ إِنْ عَلِمْتُ أَىُّ لَيْلَةٍ لَيْلَةُ الْقَدْرِ مَا أَقُولُ فِيهَا قَالَ قُولِى اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّى
Dari ‘Aisyah ra, ia berkata, “Aku pernah bertanya pada Rasulullah saw, yaitu jika saja ada suatu hari yang aku tahu bahawa malam tersebut adalah Lailatul Qadar, lantas apa doa yang mesti kuucapkan?” Jawab beliau, “Berdoalah: Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu’anni (Ya Allah, Engkau Maha Pemaaf dan Engkau mencintai orang yang meminta maaf, kerananya maafkanlah aku).”
(HR. Tirmidzi no. 3513 dan Ibnu Majah no. 3850. Menurut Imam Abu ‘Isa at- Tirmizi, bahawa hadith ini hasan sahih)
Nota:
Disalin dari Dr Abu Ammar Yasin Qadhi, kitab doa: Silahul Mukmin

NOTA FIQH DOA MUSTAJAB 16

0

16. Doa sepanjang bulan Ramadhan.

Ramadhan adalah bulan yang diberkahi dan doa disepanjang bulan tersebut adalah besar kemungkinan akan dimaqbulkan.
Dalil hadith:
Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda,
إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ وَصُفِّدَتِ الشَّيَاطِينُ
Terjemahan:
“Apabila Ramadhan tiba, pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup, dan syaitan dibelenggu.”
(HR. Bukhari no. 1899 dan Muslim no. 1079).
Fiqh hadith:
Gambaran keberkatan Ramadhan adalah dengan tiga perkara:
1. Terbukanya pintu syurga, petanda terbukanya rahmat dan dimaqbulkan doa.
2. Ditutupnya pintu neraka.
3. Dibelenggunya syaitan, maka perbanyakkan berdoa sepanjang Ramadhan.
Nota:
Disalin dari Dr Abu Ammar Yasin Qadhi, kitab doa: Silahul Mukmin.

HADITH ARBA’IN – 35

0

 

JADILAH KALIAN SEBAGAI

HAMBA-HAMBA ALLAH

YANG BERSAUDARA

 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم : لاَ تَحَاسَدُوا وَلاَ تَنَاجَشُوا وَلاَ تَبَاغَضُوا وَلاَ تَدَابَرُوا وَلاَ يَبِعْ بَعْضُكُمْ عَلَى بَيْعِ بَعْضٍ وَكُوْنُوا عِبَادَ اللهِ إِخْوَاناً . الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لاَ يَظْلِمُهُ وَلاَ يَخْذُلُهُ وَلاَ يَكْذِبُهُ وَلاَ يَحْقِرُهُ . التَّقْوَى هَهُنَا –وَيُشِيْرُ إِلَى صَدْرِهِ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ – بِحَسَبِ امْرِئٍ مِنَ الشَّرِّ أَنْ يَحْقِرَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ، كُلُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ حَرَامٌ دَمُهُ وَمَالُهُ وَعِرْضُهُ

[رواه مسلم]

Terjemahan Hadith

Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu dia berkata : Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Janganlah kalian saling dengki, saling menipu, saling marah dan saling memutuskan hubungan. Dan janganlah kalian menjual sesuatu yang telah dijual kepada orang lain. Jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara.

Seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lainnya, (dia) tidak menzaliminya dan mengabaikannya, tidak mendustakannya dan tidak menghinanya. Taqwa itu disini (seraya menunjuk dadanya sebanyak tiga kali). Cukuplah seorang muslim dikatakan buruk jika dia menghina saudaranya yang muslim. Setiap muslim atas muslim yang lain; haram darahnya, hartanya, dan kehormatannya.

(Riwayat Muslim)

 

Catatan :

1. Larangan untuk saling dengki.

2. Larangan untuk berbuat keji dan menipu dalam urusan jual beli.

3. Diharamkan untuk memutuskan hubungan terhadap muslim.

4. Sebaliknya harus dijaga persaudaraan dan hak-haknya kerana Allah Ta’ala.

5. Islam bukan hanya aqidah dan ibadah saja, tetapi juga di dalamnya terdapat urusan akhlak dan muamalah.

6. Hati merupakan sumber rasa takut kepada Allah Ta’ala.

7. Taqwa merupakan barometer keutamaan dan timbangan seseorang.

8. Islam memerangi semua akhlak tercela kerana hal tersebut berpengaruh negatif dalam masyarakat Islam.

Popular

Iklan

Iklan