Utama Bilik (66) Kesalahan Dalam Solat Kesalahan Di dalam Solat / 5

Kesalahan Di dalam Solat / 5

201
0
Iklan

BAB SATU

Beberapa kesalahan pesolat di dalam isu pakaian solat dan menutup aurat ketika solat.
الفصل الأول: جماع أخطاء المصلّين في ثيابهم وستر عوراتهم في الصلاة
1.1(Bahagian 5)
Solat dengan berpakaian ketat dan sehingga menampakkan aurat.
(الصّلاة في الثّياب الحازقة التي تصف العورة )
Rumusan permasalahan dari al’Allamah Syaikh al-albani dan Abu Ubaidah Masyhur Hasan Salman:
الشريط الرّابع من شروط حجاب المرأة المسلمة : ((أن يكون فضفاضاً غير ضيّق ، فيصف شيئا من جسمها)) في كتابه ((حجاب المرأة المسلمة من الكتاب والسنة)) : (ص 59 ـ وما بعدها) .فالخطأ المذكور يشترك فيه الرّجل والنساء ، ولكنه ـ في زماننا ـ في الرجل أظهر ، إذ أغلب المسلمين ـ هذه الأيام ـ لا يصلون إلاَّ في ((البنطال)) ، وكثير منهم : في الضيق منه ، ولا حول ولا قوة إلاَّ بالله .
Syarah al ‘Allamah Syaikh al Albani rhm di dalam kitabnya, Hijab al Mar’ah al Muslimah, ms 59,”: Syarat ke 4 mengenai cara pemakaian hijab muslimah ialah hijab tersebut longgar dan tidak ketat dan tidak menampakkan bentuk tubuhnya.”
Menurut Syaikh Abu Ubaidah, kesalahan memakai pakaian ketat di atas bukan untuk wanita sahaja bahkan untuk lelaki juga.  Akan tetapi pada zaman muttakhir ini, isu berpakaian ketat lebih banyak melanda kaum lelaki dan mereka melakukan solat dengan memakai seluar yang ketat.
La hawla wala quwwata illa billah.
Larangan dari As Sunnah:
وقد (( نهى أن يصلي الرجل في سراويل ، وليس عليه رداء )) أخرجه أبو داود والحاكم ، وهو حسن ، كما في ((صحيح الجامع الصغير )) : رقم (6830) وأخرجه أيضاً : الطحاوي في ((شرح معاني الآثار)) : (1/382)
Terjemahan:
” Nabi saw melarang lelaki solat hanya dengan memakai seluar tanpa baju (yang menutup seluar tersebut)”.
(HR Abu Daud dan al Haakim. hasan menurut Syaikh al-Albani, dalam sahih al Jaami’ no 6830, (rida’ juga bermaksud selindang di atas bahu, jika tiada baju), juga dikeluarkan oleh at Tohawi dalam syarah Maani al atsar, 1:382)

Komen dan Soalan