Utama Bilik Seminar Mingguan S10-S11: Sulitnya Proses Tarbiyah Kumpulan Islam Warisan

S10-S11: Sulitnya Proses Tarbiyah Kumpulan Islam Warisan

250
0
Iklan

Panel: THTL Al-Jazani
WACANA UITO: ISLAM ANUTAN VS ISLAM WARISAN

Soalan 10:
🔴 Bagaimanakah cara untuk membuka minda orang-orang kampung tentang agama warisan? Apakah cara-cara yang boleh menyedarkan golongan ini?

🔟 Sulit. Pengalaman TG Nik Aziz Kelantan, dia mencuba membuka minda penduduk kelantan selama 45 tahun, tapi tidak berjaya. Penduduk kampung atau jumhur an-nas, hanya bertaqlid kepada pemimpin mereka, imam-imam dan lebai kampung.
Harapan adalah kepada anak-anak mereka yang berada di IPT dan terdedaj kepada cyber. ini kerana aliran anutan atau fiqh tajdid berada di cyber

Soalan 11:
🔴 Apa keistimewaan Islam warisan ini sehinggakan apabila didatangkan nas daripada Al-Qur’an dan hadits shahih tetap ada kelompok yang menolaknya secara terang-terangan?

Tak ada istimewa, kerana fanatik mazhab dan taksub Imam. kata Ibn Qayyim rh:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا تَرْفَعُوا أَصْوَاتَكُمْ فَوْقَ صَوْتِ النَّبِيِّ وَلَا تَجْهَرُوا لَهُ بِالْقَوْلِ كَجَهْرِ بَعْضِكُمْ لِبَعْضٍ أَنْ تَحْبَطَ أَعْمَالُكُمْ وَأَنْتُمْ لَا تَشْعُرُونَ

(QS. Al-Hujurat: 2).

Imam Ibnu Qoyyim rahimahullah dalam I’lamul Muwaqqiin (1/60) berkomentar: “Apabila mengeraskan suara mereka di atas suara Rasul saja dapat menyebabkan gugurnya amalan mereka, lantas bagaimana kiranya dengan mendahulukan dan mengedepankan pendapat, akal, perasaan, politik dan pengetahuan di atas ajaran rasul? Bukankah ini lebih layak untuk sebagai faktor penggugur amalan mereka?”

Komen dan Soalan