Utama Pengumuman 📖 Jom Tajaan Kelas Tahsin Al-Quran Anak-Anak Asnaf Bersama Semat Qur’an

📖 Jom Tajaan Kelas Tahsin Al-Quran Anak-Anak Asnaf Bersama Semat Qur’an

23
0
Iklan

 

📖 Jom Tajaan Kelas Tahsin Al-Quran Anak-Anak Asnaf Bersama Semat Qur’an

🤝 Rakan Strategik Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
🌸 Jumu’ah Mubarakah. Semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat dan perlindungan Allah SWT.

Alhamdulillah, Semat Qur’an telah berjaya mengendalikan Kelas Tahsin Al-Quran bagi membantu anak-anak asnaf memperbaiki bacaan al-Quran. Kelas ini berlangsung selama 3 bulan, 4 hari seminggu (Isnin–Khamis) dengan bimbingan yang berterusan.

📢 Kini, seramai 12 orang anak asnaf baharu sedang menanti tajaan untuk menyertai sesi seterusnya.

💚 Kos tajaan hanya RM180 bagi seorang peserta
(RM60 sebulan × 3 bulan)

Bayangkan, dengan hanya RM180, anda berpeluang menjadi asbab seorang anak asnaf belajar membaca al-Quran dengan lebih baik. Mudah-mudahan setiap huruf al-Quran yang dibaca, difahami dan diamalkan menjadi pahala yang terus mengalir kepada para penyumbang.

Allah SWT berfirman:

“Perumpamaan orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah adalah seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai; pada setiap tangkai terdapat seratus biji. Dan Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang Dia kehendaki.”
(Surah al-Baqarah: 261)

📌 Salurkan tajaan anda di sini:

🏦 Maybank
SEMAT Q RESOURCES
558097096016

📝 Rujukan: Kelas Mengaji Asnaf

🤲 Semoga Allah SWT menerima setiap infaq, melapangkan rezeki para penyumbang, serta menjadikan sumbangan ini sebagai saham akhirat yang berkekalan.

“Satu Tajaan, Seumur Hidup Pahala Mengalir, Insya-Allah.”

#SematQuran #UkhuwahTeguhMalaysia #TajaanAsnaf #TahsinAlQuran #InfaqIlmu #SahamAkhirat #SedekahJariah #AnakAsnaf #JomBerinfaq

Komen dan Soalan