Utama Bilik (02) Fiqh Al-Manhaji Hikmah Haji dan Umrah

Hikmah Haji dan Umrah

1877
0
Iklan

Bismillah…
Note 24 : ruj Al Fiqh Manhaji 2

HIKMAH HAJI DAN UMRAH SERTA FAEDAHNYA

Allah SWT berfirman :
“Supaya mereka menyaksikan pelbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta mengingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana pengurniaanNya kepada mereka-mereka binatang ternakan (untuk dijadikan qurban). Dengan yang demikian, makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang qurban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin.”
Surah Al Hajj : 28

1. Perhimpunan Orang Islam :
– Agama Islam dibangunkan atas dasar bersatu dan berbaik-baik dikalangan Muslimin. Allah SWT telah menjadikan sebahagian besar ibadah yang disyariatkan sebagai pertemuan dikalangan mereka dengan pelbagao cara.

– Pertemuan berulang-ulang pada setiap hari sebanyak lima kali diperingkat kampong atau mukim, tujuan Allah mensyariatkan solat secara berjemaah dan sekali seminggu, diperingkat mukim melalui solat Jumaat.

– Ibadah Haji ke Baitullah Al Haram sebagai pertemuaan yang berulang-ulang, sekali pada setiap tahun.

2. Persaudaraan Sesama Islam :
– Menghayati Ukhuwah Islamiyah dan menzahirkannya secara terbuka tanpa dipengaruhi halangan bahasa dan kedudukan negara yang berjauhan adalah cara yang terbaik untuk menghidupkan suasana ukhwah.

3. Kesatuan Umat Islam :
– Bertemu di Makkah Al Mukarramah, iaitu tempat umat Islam mula tersebar dibumi, yang memancarkan cahaya tauhid ke selirih pelusuk alam.

4. Persamaan di kalangan Umat Islam :
– Tiada perbezaan antara yg kaya dengan yg miskin, pemimpin dengan rakyat dan pekerja dengan majikan. Kesemua ditenggelami oleh perasaan kerohanian yg sama yakni kegembiraan mendampingi Allah dan mencari keredhaan-Nya.

5. Mengimbau Peristiwa Lampau :
– Mengingati org Islam tentang sejarah para Nabi dan Rasul. Setiap tempat ibadah haji mengandungi peristiwa yg banyak menjadi kenangan kepada mereka yg mengerjakan haji.

– Kaabah, orang yang beriman terbayang difikiran mereka akan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS yang membinanya dan Rasulullah SAW yg memgucup Hajar Asward dan meruntuhkan berhala dengan penuh kehinaan.

– Bukit Sofa dan Marwah pula, orang Islam teringat peristiwa Sayyidatina Hajar yang berulang alik antara kedua duanya kerana mencari air untuk anaknya Nabi Ismail AS.

Komen dan Soalan