Utama La Tahzan (Jangan Bersedih) La Tahzan 279: Jangan Larut dalam Keperibadian orang Lain (لا تذُبْ في...

La Tahzan 279: Jangan Larut dalam Keperibadian orang Lain (لا تذُبْ في شخصيةِ غيرك)

39
0
Iklan

🪞🪞🪞🪞

La Tahzan 279-1: Jangan Larut dalam Keperibadian orang Lain (لا تذُبْ في شخصيةِ غيرك)

Jadilah Dirimu sendiri

تمرُّ بالإنسان ثلاثةُ أطوار : طوْرُ التقليد ، وطورُ الاختيارِ ، وطورُ الابتكارِ . فالتقليدُ : هو المحاكاةُ للآخرين وتقمُّصُ شخصياتِهم وانتحالُ صفاتِهم والذوبانُ فيهم ، وسببُ هذا التقليدِ هو الإعجابُ والتعلُّقُ والميْلُ الشديدُ ، وهذا التقليدُ الغالي ليحمل بعضهُم على التقليد في الحركاتِ واللحظاتِ ، ونبْرةِ الصوتِ والالتفاتِ ، ونحو ذلك ، وهو وأْدٌ للشخصية وانتحارٌ معنويٌّ للذاتِ .

Ada tiga kecenderungan manusia dalam hidupnya: kecenderungan bertaqlid, kecenderungan memilih dan kecenderungan mencipta. (Sekarang kita fokus kepada kecenderungan pertama dahulu):

1⃣ Kecenderungan bertaqlid

Kecenderungan bertaqlid ialah meniru peribadi orang lain, memakai peribadi mereka dan meleburkan diri dalam peribadi orang lain. Timbulnya sikap taqlid ialah kerana rasa kagum, sangat menyukainya secara berlebihan dan bergantung harap kepadanya. Bila taqlid itu berlebihan, maka dia akan meniru kesemua gaya dan perilakunya secara total. Bila peniruan ini berlaku, dia telah mengubur peribadinya hidup-hidup serta membunuh potensi yang ada dalam dirinya.

🪞🪞🪞🪞

La Tahzan 279-2: Jangan Larut dalam Keperibadian orang Lain (لا تذُبْ في شخصيةِ غيرك)

Jadilah Dirimu sendiri

إنك خَلْقٌ آخرُ وشيءٌ آخرُ ، إنه نهجُك أنت من خلالِ صفاتِك وقدراتِك ، فإنه منذُ خَلَقَ اللهُ آدم إلى أن ينهي اللهُ العالم ، لم يتفقْ اثنانِ في الصورةِ الخارجيةِ للجسمِ ، بحيثُ ينطبق شكلُ هذا على شكلِ ذاك

Sesungguhnya anda adalah makhluk dan sesuatu yang unik. Anda dikenali melalui sifat dan bakat anda sendiri. Sejak penciptaan Adam عليه السلام sehingga tamatnya alam ini (kiamat), tiada dua orang yang serupa secara fizikalpun.

Firman Allah ‎ﷻ menjelaskan fenomena ini:

وَاخْتِلَافُ أَلْسِنَتِكُمْ وَأَلْوَانِكُمْ ۚ

Dan (diciptakan kamu) berlain-lainan bahasamu dan warna kulitmu. [Al Rum: 22]

🪞🪞🪞🪞

La Tahzan 279-3: Jangan Larut dalam Keperibadian orang Lain (لا تذُبْ في شخصيةِ غيرك)

Jadilah Dirimu sendiri

فلماذا نحنُ نريدُ أن نتفقَ مع الآخرين في صفاتِنا ومواهبِنا وقدراتِنا ؟!
إن جمال صوتِك أن يكون متفرِّداً ، وإن حُسْن إلقائِك أن يكون متميِّزاً

Persoalannya, kenapa kita ingin sama dengan orang lain dalam sifat, bakat dan kemampuan?
Kemerduan suara anda itulah keunikan milik anda, cara keterampilan anda, itulah yang membezakan anda daripada yang lain. Firman Allah ‎ﷻ:

ۚ وَمِنَ الْجِبَالِ جُدَدٌ بِيضٌ وَحُمْرٌ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهَا وَغَرَابِيبُ سُودٌ

Dan di antara gunung-gunung itu ada garis-garis putih dan merah yang beraneka macam warnanya dan ada (pula) yang hitam pekat. [ Surah Fathir: 27]

Artikel sebelumnyaLa Tahzan 278: Jauhilah Balas Dendam kerana ia adalah Racun Berbisa (حبُّ الانتقامِ سُمُّ زُعاف في النفوسِ الهائجةِ)
Artikel seterusnyaTafsir Surah Al-Maidah: Tafsir Ayat Ke-109 hingga Ke-111

Komen dan Soalan