Utama La Tahzan (Jangan Bersedih) La Tahzan 273: Hindari kekacauan (بلا فوضويَّة)

La Tahzan 273: Hindari kekacauan (بلا فوضويَّة)

41
0
Iklan

🌀🌀🌀🌀

La Tahzan 273-1: Hindari kekacauan (بلا فوضويَّة)

Kekacauan dalam isu hutang, bebanan kewangan dan kos sara hidup (الدَّيْنُ والتبِعاتُ الماليةُ والتكاليفُ المعيشيَّةُ)

وكذلك ممَّا يشتِّتُ الذهن ، ويُورِث الغمَّ ، الدَّيْنُ والتبِعاتُ الماليةُ والتكاليفُ المعيشيَّةُ . وهناك أصولٌ في هذه المسألةِ أريدُ ذِكرها

Antara yang menyebabkan pemikiran menjadi berserabut (kacau) ialah bebanan hutang, bebenan kewangan dan kos sara hidup (yang semakin meningkat), jawapannya:

أولها : ما غال منِ اقتصدُ : ومنْ أحْسَنَ الإنفاق ، وحفِظ مالهُ إلاَّ للحاجة ، واجتنب التبذير والإسراف ، وَجَدَ العون من اللهِ ،

Langkah pertama:
Bagi orang yang mahu bebas daripada kesulitan kewangan ialah berhemah dalam berbelanja, berbelanja bila perlu, tidak boros dan tidak berjoli, maka akan mendapat pertolongan daripada Allah ‎ﷻ sebagaimana firman-Nya:

(* إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُواْ إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ *)

Sesungguhnya pemboros itu saudara syaitan.

[Al Israa’: 27]

(* وَالَّذِينَ إِذَا أَنفَقُوا لَمْ يُسْرِفُوا وَلَمْ يَقْتُرُوا وَكَانَ بَيْنَ ذَلِكَ قَوَاماً *)

Dan orang-orang yang ketika berbelanja tidak berlebih-lebihan dan tidak kedekut tetapi sederhana di tengah.

[Al Furqan: 67]

🌀🌀🌀🌀

La Tahzan 273-2: Hindari kekacauan (بلا فوضويَّة)

Kekacauan dalam isu hutang, bebanan kewangan dan kos sara hidup (الدَّيْنُ والتبِعاتُ الماليةُ والتكاليفُ المعيشيَّةُ)

Jalan keluar kepada kemelut masalah kewangan yang melanda seseorang (khususnya di zaman pandemik):

الثاني : كسْب المال من الوجوهِ المُباحةِ ، وهجْرُ كلِّ كسبٍ محرَّمٍ ، فإنَّ الله طيِّبٌ لا يقبلُ إلا طيِّباً ، واللهُ لا يُباركُ في المكسبِ الخبيثِ

Langkah kedua:
Mencari harta melalui jalan mubah (harus atau halal), menghindari cara yang haram kerana Allah ‎ﷻ itu bersih dan hanya menerima yang bersih*, tidak akan memberkahi harta yang diperolehi melalui cara yang kotor atau haram, sebagaimana firman-Nya:

قُلْ لَا يَسْتَوِي الْخَبِيثُ وَالطَّيِّبُ وَلَوْ أَعْجَبَكَ كَثْرَةُ الْخَبِيثِ ۚ فَاتَّقُوا اللَّهَ يَا أُولِي الْأَلْبَابِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Katakanlah: “Tidak sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu, maka bertaqwalah kepada Allah hai orang-orang berakal, agar kamu mendapat keberuntungan.

[Al Maaidah: 100]

Ia sebenarnya adalah sebuah hadith Riwayat Muslim No. 1015:

أَيُّها النَّاسُ، إنَّ اللَّهَ طَيِّبٌ لا يَقْبَلُ إلَّا طَيِّبًا،

Wahai manusia, sesungguhnya Allah itu baik (bersih), tidak menerima kecuali yang baik.

الراوي : أبو هريرة | المحدث : مسلم | المصدر : صحيح مسلم
الصفحة أو الرقم: 1015

🌀🌀🌀🌀

La Tahzan 273-3: Hindari kekacauan (بلا فوضويَّة)

Kekacauan dalam isu hutang, bebanan kewangan dan kos sara hidup (الدَّيْنُ والتبِعاتُ الماليةُ والتكاليفُ المعيشيَّةُ)

Jalan keluar kepada kemelut masalah kewangan yang melanda seseorang (khususnya di zaman pandemik):

الثالث : السَّعْيُ في طلبِ المالِ الحلالِ ، وجمْعُه منْ حلِّه ، وتركُ العطالةِ والبطالةِ ، واجتنابِ إزجاءِ الأوقاتِ في التفاهاتِ ، فهذا ابنُ عوف يقول : دُلُّوني على السوقِ

Langkah ketiga:
Mencari harta yang halal, mengumpulnya dengan cara yang juga halal, hindari membuang masa, isi waktu luang.

Kisah Abdul Rahman bin Auf (beliau menolak bantuan kaum ansar ketika majlis mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Ansar, dia berkata, “Tunjukkan aku di mana pasar.”*

✳️ Athar ( دُلُّوني على السوقِ) dikeluarkan oleh Al Bukhari dalam sahihnya, No. 3937 daripada Anas رضي الله عنه:

الراوي : أنس بن مالك | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري; الصفحة أو الرقم: 3937

 

Artikel sebelumnya02.20 RIWAYAT YANG PADANYA TERDAPAT PERIWAYAT YANG BURUK HAFALANNYA ATAU MUKHTALITH
Artikel seterusnyaLa Tahzan 274: Harga diri adalah Iman dan Akhlakmu (ثمنُك إيمانُك وخُلُقُك)

Komen dan Soalan