Utama Bilik (01) Fiqh As Sunnah SIRI PENCERAHAN DAN SEJARAH ISU WAHABI (Bahagian 1)

SIRI PENCERAHAN DAN SEJARAH ISU WAHABI (Bahagian 1)

577
0
Iklan

Apakah itu Wahabi, Wahabiah, Wahabisme?

SIRI 1

Istilah wahabi pertama kali telah diperkenalkan oleh Mufti Uthmaniyah yang bertugas di Mekah iaitu Syed Ahmad Zaini Dahlan (wafat 1886M di Madinah).  Mufti Zaini Dahlan merupakan Mufti Am kerajaan Uthmaniyah di Mekah, di mana pada masa itu khadam dua tanah suci adalah daripada Dinasti Hasyimiyah (Bani Hashim) yang memerintah Mekah dan Madinah sejak ratusan tahun dahulu.  Mufti Zaini Dahlan juga merupakan guru kepada semua ulama’-ulama’ Nusantara, antaranya adalah To’ku Paloh dan Syeikh Daud Al Fatoni.  

Soalannya: Kenapakah Mufti Syed Zaini begitu membenci wahabi? Sebab utamanya adalah pada masa itu tentera wahabi dan tentera Raja Muhammad bin Al Saud telah menyerang Mekah dan Madinah untuk menjatuhkan kerajaan Hasyimiyah. Maka, sebagai Mufti Uthmaniyah, sudah tentu beliau akan menentang wahabi dan Raja Al Saud secara mati-matian. Di sini menunjukkan isu “survival” (kelangsungan hidup) beliau dan kerajaan Hasyimiyah.

 

SIRI 2

                                                                                                                                                          

Syeikh Muhammad Abdul Wahab yang lahir di Uyainah, berdekatan Riyadh, wafat 1792M, telah terpengaruh dengan tokoh yang kontroversi, Syaikhul Islam Ibnu Taymiyah yang terkenal radikal kerana anti sufi, tareqat, asyairah dan taqlid buta. Maka Muhammad Abdul Wahab telah membaca kitab-kitab beliau dan beliau berazam mahu mengimplementasikan ajaran tersebut. 

Syeikh Muhammad amat membenci kubur-kubur keramat, maka pada suatu malam beliau meruntuhkan kubur keramat di kampungnya, iaitu kubur milik Zayed bin Al Khattab رضي الله عنه (adik khalifah Umar رضي الله عنه). Zayed terbunuh di Uyainah kerana memerangi puak pemberontak di Yamamah atas perintah Abu Bakar Al Siddiq. Kubur Zayed telah menjadi tumpuan mereka yang bernazar dan bertawassul.

Oleh kerana beliau telah memusnahkan kubur Zayed, maka Raja Uyainah memerintahkan agar beliau ditangkap. Imam Wahab melarikan diri ke Riyadh, di mana rajanya iaitu Muhammad bin Al Saud telah memberikan perlindungan kepada beliau.

SIRI 3

                                                                                           

Emir Muhammad bin Al Saud mempunyai cita–cita politik untuk menawan Semenanjung Arabia/Hijaz dan membebaskan daripada pengaruh kerajaan Turki, Uthmaniyah.  Mekah dan Madinah berada di bawah kerajaan Bani Hashim. Kerajaan Hasyimiyah adalah kerajaan autonomi Uthmaniyah dan ia bertanggungjawab melantik Mufti Am untuk Mekah dan Madinah.  Emir Muhammad bin Al Saud bercita-cita untuk menjadi raja seluruh Semenanjung Arabia, manakala Muhammad Abdul Wahab pula bercita-cita untuk menghapuskan kesyirikan khususnya kubur-kubur keramat di Mekah dan Madinah. Maka, disebabkan ada misi yang hampir sama, mereka keduanya bergabung tenaga dan kemudian melancarkan perang ke atas kerajaan autonomi Uthmaniyah, kerajaan Bani Hashim.  

Mereka berjaya menawan Mekah dan Madinah dan seramai 12, 000 orang tentera Wahabi telah melakukan pemusnahan kepada semua kubur keramat di Baqi’ Madinah dan kubur Ma’la di Mekah. Semua kubah dan binaan diratakan dan tidak lagi diketahui kubur milik siapa kerana semua tanda telah dihapuskan.  Ini merupakan krisis pertama yang mendatangkan kebencian umat Islam terhadap Raja Al Saud dan Wahabi lantaran kubur-kubur bersejarah telah dimusnahkan dan diratakan.

 

SIRI 4

                                                                                        

Bila tentera Al Saud dan Wahabi menyerang dan menawan Mekah dan  Madinah, maka kerajaan Uthmaniyah mengumpulkan bala tentera dari Mesir. Mereka datang ke Mekah dan Madinah dan mengalahkan tentera Al Saud. Raja Al Saud dan Muhammad Abdul Wahab melarikan diri dan kemudian keduanya telah meninggal dunia.  Walau bagaimanapun usaha itu telah disambung oleh anaknya, Emir Abdul Aziz bin Muhammad Al Saud dan anak Imam Wahabi.  

Namun begitu, kerajaan Uthmaniyah telah berjaya menangkap mereka berdua, dan dibawa ke Istanbul. Mereka telah dibicarakan dan dijatuhkan hukuman gantung.  Maka, tamatlah perjuangan Raja Al Saud dan Wahabi pada tahun 1800’an.  Saki baki keluarga Al Saud dan Wahabi telah melarikan diri ke Bahrain, Qatar, Kuwait dan Oman.

 

SIRI 5

                                                                                        

Kebencian yang timbul kepada Raja Al Saud dan Wahabi telah dicetuskan oleh Mufti Zaini Dahlan yang telah menghasilkan 5 naskhah buku yang mencela dan mengkafirkan Wahabi dan Raja Al Saud. Kemudian kerajaan Uthmaniyah juga telah menyebarkan maklumat palsu ke seluruh dunia Islam bahawa Raja Al Saud dan Wahabi adalah militan, pengganas dan pemberontak. Ini telah melibatkan isu politik di mana Raja Al Saud ingin mengembalikan ketuanan Arab Hijaz sebagai bangsa yang pertama menerima Islam dan tidak mahu berada di bawah penjajahan takluk Turki. 

Mufti Zaini Dahlan pula mengutuk Wahabi kerana merosakkan kubur-kubur keramat di Mekah dan Madinah.  Pada waktu yang sama, pelajar-pelajar melayu dari Malaya, Pattani dan Indonesia semuanya menuntut ilmu di Mekah di bawah Mufti Am Zaini Dahlan. Maka, racun pemikiran Uthmaniyah dan Zaini Dahlan itu telah dibawa pulang ke Malaya/Nusantara bahawa Al Saud dan Wahabi ini adalah pengganas, perompak dan “barbaric” (kejam dan tidak bertamadun).   

Oleh sebab tu siapa yang membenci Wahabi sebenarnya dia telah termakan dengan politik Uthmaniyah dan fatwa daripada Mufti Mekah Zaini Dahlan dan Mufti Madinah Syed Jaafar Al Barzanji.

Komen dan Soalan