Utama La Tahzan (Jangan Bersedih) La Tahzan 256: Kecerdikan menuntut kejujuran (لابُدَّ للذَّكاء مِن زكاء)

La Tahzan 256: Kecerdikan menuntut kejujuran (لابُدَّ للذَّكاء مِن زكاء)

44
0
Iklan

🗝🗝🗝🗝

La Tahzan 256: Kecerdikan menuntut kejujuran (لابُدَّ للذَّكاء مِن زكاء)

سمعتُ إذاعة لندن تُخبرُ عنْ محاولةِ اغتيالِ الكاتب نجيبِ محفوظٍ ، الحائزِ على جائزةِ نوبل في الأدبِ ، وعدتُ بذاكراتي إلى كتبٍ له كنتُ قرأتُها مْن قبْلُ ، وعجبتُ لهذا الذَّكيِّ ، كيف فاتهُ أنَّ الحقيقة أعظمُ من الخيالِ ، وأنَّ الخلود أجلُّ من الفناءِ ، وأن المبدأ الرَّبّانيَّ السَّماويَّ أسْمى من المبدأِ البشريِّ

Suatu hari (ia berlaku sekitar tahun 1994) saya mendengar siaran radio BBC mengenai cubaan membunuh sasterawan terkenal Mesir Naguib Mahfouz*, penerima anugerah Novel Kesusasteraan (tahun 1988). Aku kagum sekali dengan kecerdasannya berkarya tetapi kenapa dia boleh tergelincir kerana hakikat lebih besar daripada ilusi, alam kekal lebih agung daripada alam fana dan prinsip rabbani lebih tinggi daripada prinsip buatan manusia?

Firman Allah ‎ﷻ:

أَفَمَنْ يَهْدِي إِلَى الْحَقِّ أَحَقُّ أَنْ يُتَّبَعَ أَمَّنْ لَا يَهِدِّي إِلَّا أَنْ يُهْدَىٰ ۖ

Maka apakah orang-orang yang menunjuki kepada kebenaran itu lebih berhak diikuti ataukah orang yang tidak dapat memberi petunjuk kecuali (bila) diberi petunjuk?

[Yunus: 35]

✳️ Sasterawan negara mesir, Naguib Mahfouz, meninggal 2006 adalah penulis Arab pertama yang menerima Hadiah Nobel tahun 1988 dalam bidang kesusasteraan. Namun karyanya banyak kontroversi, yang paling kontroversi ialah novel bertajuk Aulad Haratna, أولاد حارتنا‎, atau anak-anak lorong kita.

Pada tahun 1959 di Mesir dan diterbitkan secara rasmi di Lubnan pada tahun 1967 kerana Fatwa Al Azhar mengharamkan buku tersebut kerana menghina agama dan menganjurkan pluralisme. Syeikh Omar Abdul Rahman, pemimpin Jihad Islam Mesir mengeluarkan perintah bunuh terhadap Naguib dan pada tahun 1994, anggota Jihad Islam menikam Naguib, tetapi dia terselamat.

Komen dan Soalan