Utama La Tahzan (Jangan Bersedih) La Tahzan 253: Sikap Pertengahan (Al Wasithiyah) Keselamatan daripada Kecelakaan (الوَسَطِيَّةُ نجاةٌ...

La Tahzan 253: Sikap Pertengahan (Al Wasithiyah) Keselamatan daripada Kecelakaan (الوَسَطِيَّةُ نجاةٌ من الهلاك)

24
0
Iklan

⚖⚖⚖⚖

La Tahzan 253-1: Sikap Pertengahan (Al Wasithiyah) Keselamatan daripada Kecelakaan (الوَسَطِيَّةُ نجاةٌ من الهلاك)

Dalil Al Qur’an:

(* وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطاً*)

“Dan demikian pula Kami jadikan kamu (umat Islam) sebagai umat pertengahan.”

[Al Baqarah: 143]

Dalil hadith:

خير الأمور أوساطها

Sebaik-baik perkara adalah yang pertengahan “.

Tahqiq Al Multaqa

Hadith dhaif, tidak sabit daripada Rasulullah ﷺ, akan tetapi maknanya sahih.

HR Al Baihaqi dalam sunannya 3/273 daripada Amru bin Al Haarith menggunakan sighah “balaghni” ini sighah atau istilah yang memberi indikasi dhaif. Dhaif Mu’dhal (dua perawi gugur), adapun Al Amru bin Al Haarith adalah tabi’in yang thiqah, wafat 147H, Mesir), dhaif menurut Al Iraqi, takhrij al Ihya’ 3/209. kata-kata ini dikatakan berasal daripada salaf, misalnya oleh Ibn Abi Syaibah dalam musyanafnya No. 36137 daripada tabi’in, Mutharrif bin Abdullah رحمه الله yang berkata “Sebaik baik urusan adalah yang pertengahan”, sanadnya sahih.

👁‍🗨 Yang sebenarnya, ia merupakan kata-kata salaf, bukanlah hadith.

خير الامور اوسطها .. هل هو حديث ؟
حديث ضعيف لا يثبت عن رسول الله صلى الله عليه وسلم لكن معناه صحيح.
فقد أخرجه البيهقي في سننه ( ٣ / ٢٧٣ ) عن عمرو بن الحارث قال: بلغني أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: (أمراً بين أمرين، وخير الأمور أوساطها) وهذا حديث ضعيف معضل فإنَّ عمرو بن الحارث من أتباع التابعين، وقد ضعَّف الحديثَ العراقيُّ في تخريج الإحياء ( ٣ / ٢٠٩) .
وقد ورد هذا المعنى عن جماعة من السلف رحمهم الله، فقد أخرج ابن أبي شيبة في مصنفه (٣٦١٣٧) عن التابعي مطرف بن عبد الله رحمه الله قال: ( خير الأمور أوساطها ) وإسناده صحيح.

⚖⚖⚖⚖

La Tahzan 253-2: Sikap Pertengahan (Al Wasithiyah) Keselamatan daripada Kecelakaan (الوَسَطِيَّةُ نجاةٌ من الهلاك)

Anjuran wasithiyah daripada hadith:

عَلَيْكُمْ هَدْيًا قَاصِدًا

Hendaklah kalian tetap memegang teguh petunjuk yang lurus.”

(HR Ahmad)

Tahqiq:

Al Wada’iy, Al Sahih Al Musnad 173, sahih

الراوي : بريدة بن الحصيب الأسلمي | المحدث : الوادعي | المصدر : الصحيح المسند
الصفحة أو الرقم: 173 | خلاصة حكم المحدث : صحيح

⚖⚖⚖⚖

La Tahzan 253-3: Sikap Pertengahan (Al Wasithiyah) Keselamatan daripada Kecelakaan (الوَسَطِيَّةُ نجاةٌ من الهلاك)

تمامُ السعادة مبنيٌّ على ثلاثةِ أشياء :
اعتدالِ الغضبِ .
اعتدالِ الشهوةِ .
اعتدالِ العِلْمِ

Kesempurnaan kebahagiaan dalam 3 perkara:
1⃣ Pertengahan dalam marah;
2⃣ Pertengahan dalam keseronokan (syahwat)
3⃣ Pertengahan dalam ilmu

✳️ Pertengahan dalam marah melahirkan sifat sabar, berani dan hikmah
✳️ Pertengahan dalam syahwat mampu menjaga kehormatan diri dan memberi kepuasan
✳️ Pertengahan dalam ilmu menjauhi daripada sifat ghuluw atau melampau dalam beragama.

Artikel sebelumnyaLa Tahzan 252: Apakah tumpuanmu kepada dunia atau akhirat (هل همك الدنيا أم الآخرة)
Artikel seterusnyaTafsir Surah Al-Maidah: Tafsir Ayat Ke-76 hingga Ke-80

Komen dan Soalan