Utama Pengumuman Penubuhan Akademi Ukhuwah Azuan Machang, Kelantan

Penubuhan Akademi Ukhuwah Azuan Machang, Kelantan

103
0
Iklan

بسم الله الرحمن الرحيم

✍️ Penubuhan Akademi Ukhuwah@Machang, Kelantan

Alhamdulillah.. segala pujian kesyukuran itu wajib bagi Allah SWT, Tuhan yang mentadbir sekalian alam.

Dengan penuh rasa kesyukuran dan izin-Nya jua, Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia (Ukhuwah) berbesar hati untuk mengumumkan serta mengalukan-alukan pembukaan AKADEMI UKHUWAH AZUAN yang dikendalikan oleh salah seorang ahli Ukhuwah, Ustaz Mohamad Azuan Mohamad Ashri yang juga merupakan Imam Muda Masjid Mukim Pek Machang, Kelantan (lantikan MAIK).

Akademi Ukhuwah Azuan akan mula beroperasi di bawah selenggaraan dan dibiayai sepenuhnya oleh  Ukhuwah bermula 1 Julai 2021 berpusat di Machang, Kelantan. Ia akan menjadi perintis kepada pusat pengajian pertama di bawah Ukhuwah sekaligus tertubuhnya Pusat Pendidikan Ukhuwah Wilayah Timur. Pengajian adalah terbuka kepada semua golongan masyarakat secara percuma sebagaimana kelas pengajian yang dijalankan melalui kuliah online di bilik-bilik telegram UiTO.

Untuk makluman, Akademi Ukhuwah Azuan telah pun memulakan kelas pengajiannya sejak setahun yang lalu untuk muslimin dan muslimat iaitu kuliah Maghrib dan Tahsin Al-Qur’an di 3 buah masjid iaitu Masjid Mukim Pek, Machang, Masjid Haji Muhammad Kg. Pek, Machang dan Masjid Mukim Batu 30, Machang, Kelantan.

Pada masa sekarang, sesuai dengan suasana pandemik Covid19 yang masih berterusan, Akademi Ukhuwah Azuan telah mengendalikan kuliah secara online melalui FB iaitu Tafsir Al-Qur’an Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dihadiri oleh kaum ibu/muslimat setiap hari. InsyaAllah jika negara pulih dari pandemik ini kuliah secara dalam kelas akan dijalankan seperti biasa. Kelas pengajian untuk subjek yang lain juga akan menyusul termasuk kuliah yang menggunakan buku keluaran Ukhuwah sendiri iaitu 131 Tanda Kecil Kiamat dan Fiqh Asasi Sunnah Untuk Pemula (Kitab Taharah) Mudahkan Jangan Susahkan. 

Marilah sama-sama kita berdoa agar penubuhan dan perjalanan Akademi Ukhuwah Azuan ini dipermudahkan segala urusannya. Semoga usaha menyebarkan dakwah sunnah ke dalam masyarakat khasnya serta meningkatkan syiar Islam secara amnya dapat diteruskan dengan penuh istiqamah dan berjamaah.

Ukhuwah membuka peluang kepada muslimin dan muslimat untuk membantu perjalanan dan aktiviti Akademi Ukhuwah Azuan ini dengan cara menyumbang sambil menggerakkan kekuatan infaq sebagai wasilah dalam memperoleh limpahan keuntungan di hari akhirat [ Al-Baqarah: 261] dan juga menyertai ‘Perniagaan yang sentiasa untung’ [ Al-Fathir: 20 ].

Salurkan infaq tuan/puan ke:
PERSATUAN UKHUWAH TEGUH MALAYSIA
MAYBANK ISLAMIC BERHAD
NO. AKAUN : 562058070928
Ruj:Akademi

Semoga Allah SWT memberkati usaha kecil kita ini dalam mencari redha-Nya menerusi tolong-menolong untuk kebajikan dan takwa [ Al-Maidah: 2 ].

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi:

Norsiah Mohamed
Setiausaha
Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia
01135575699
http://www.wasap.my/601135575699/Akademi

JazaakumulLahu khayran.

Komen dan Soalan