Utama La Tahzan (Jangan Bersedih) La Tahzan 232: Cinta, makrifah dan zikirullah adalah syurga dunia (محبَّةُ اللهِ...

La Tahzan 232: Cinta, makrifah dan zikirullah adalah syurga dunia (محبَّةُ اللهِ تعالى ، ومعرفُته ، ودوامُ ذِكْرِه… هو جنَّةُ الدنيا)

26
0

🌷🌷🌷🌷

La Tahzan 232-1: Cinta, makrifah dan zikirullah adalah syurga dunia (محبَّةُ اللهِ تعالى ، ومعرفُته ، ودوامُ ذِكْرِه… هو جنَّةُ الدنيا)

محبَّةُ اللهِ تعالى ، ومعرفُته ، ودوامُ ذِكْرِه ، والسُّكُونُ إليه ، والطمأنينةُ إليه ، وإفرادُه بالحُبِّ والخوفِ والرجاءِ والتَّوكُّلُ ، والمعاملةُ ، بحيثُ يكون هو وَحْدَهُ المستولي على همومِ العبدِ وعزماتِه وإرادتِه . هو جنَّةُ الدنيا ، والنعيمُ الذي لا يُشبِههُ نعيمٌ ، وهو قُرَّة عينِ المُحِبين ، وحياةُ العارفين

“Mencintai Allah Ta’ala, mengenali-Nya, berterusan berzikir kepada-Nya, mencari ketenangan dengan-Nya, damai dengan-Nya, takut, harap, tawakal kepada-Nya, meyakini hanya Dia yang menguasai segala keinginan dan kemahuan hamba-Nya…adalah syurga dunia dan kemuncak segala nikmat. Itulah buah hati orang yang didekatkan kepada-Nya (Al Muhibbin) dan kehidupan Al Aarifin (orang yang mengenali Allah ‎ﷻ).

🌷🌷🌷🌷

La Tahzan 232-2: Cinta, makrifah dan zikirullah adalah syurga dunia (محبَّةُ اللهِ تعالى ، ومعرفُته ، ودوامُ ذِكْرِه… هو جنَّةُ الدنيا)

« تعلُّقُ القلبِ باللهِ وحدهُ واللَّهجُ بذِكرِهِ والقناعةُ : أسبابٌ لزوالِ الهمومِ والغمومِ ، وانشراحُ الصدرِ والحياةُ الطَّيِّبة . والضِّدُّ بالضِّدِّ ، فلا أضْيقُ صدراً ، وأكْثَرُ همّاً ، ممَّنْ تعلَّق قلبُه بغيرِ اللهِ ، ونسي ذِكْر اللهِ ، ولم يقْنَعْ بما آتاهُ اللهُ ، والتَّجرِبةُ أكبرُ شاهدٍ

Kebergantungan hati kepada Allah ‎ﷻ, konsisten berzikir, sifat qana’ah (merasa kecukupan), adalah sebab hilangnya keresahan dan kegundahan,
sebab munculnya kelapangan hati dan penyebab kepada kehidupan yang tayyibah (lebih baik).

Maka sebab itu, tidak ada di sana hati yang lebih sempit, tidak ada jiwa yang lebih resah daripada orang yang menggantungkan hatinya kepada selain Allah ‎ﷻ, yang lalai daripada berzikir kepada-Nya dan tidak pernah puas dengan apa yang telah diberikan Allah ‎ﷻ.

Komen dan Soalan