Utama La Tahzan (Jangan Bersedih) La Tahzan 220: Pendapat hukama’ tentang Sabar (أقوالُ الحكماءِ في الصَّبْرِ)

La Tahzan 220: Pendapat hukama’ tentang Sabar (أقوالُ الحكماءِ في الصَّبْرِ)

15
0

🗯🗯🗯🗯

La Tahzan 220-1: Pendapat hukama’* tentang Sabar (أقوالُ الحكماءِ في الصَّبْرِ)

يُحكى عنْ أنوشروان أنهُ قال : جميعُ المكارِهِ في الدنيا تنقسمُ على ضربين : فضربٌ فيه حِيلةٌ ، فالاضطرابُ دواؤه ، وضربٌ لا حيلة فيه ، فالاصطبارُ شفاؤُهُ

Dihikayatkan daripada Anusyirwan** (Maharaja, Kisra dinasti Farsi), baginda bermadah, “Semua ujian di dunia ada dua kategori — Pertama: yang dapat dicari solusinya, ubatnya ialah menggoncang minda. Kedua: yang tidak ada solusi, ia sembuh dengan menerimanya (yakni bersabar).

Tahqiq:
Daripada Kitab Al Qadhi Al Tanukhi (w. 342H, Baghdad, era Abbasiah) dalam Kitab Al Faraj Ba’ada Al Syiddah (senang selepas susah) (الكتاب : الفرج بعد الشدة)


Hukama’ bermaksud ahli hikmah, ahli ilmu, orang bijaksana

✳ Anusyirwan merupakan gelaran kepada Kisra pertama maharaja Farsi, meninggal 579M.

(كسرى الأول (501-579م) معروف أيضا بأسم أنوشيروان العادل)

🗯🗯🗯🗯

La Tahzan 220-2: Pendapat hukama’* tentang Sabar (أقوالُ الحكماءِ في الصَّبْرِ)

كان بعضُ الحكماءِ يقولُ : الحِيلةُ فيما لا حيلة فيه ، الصبرُ

Menurut kalangan hukama’ (cendekiawan), “Jalan keluar yang tidak memberi jalan keluar ialah sabar.”

(penyelesaian suatu masalah yang tiada jalan keluar ialah dengan kesabaran).”

وكان يقالُ : منِ اتَّبع الصبر ، اتَّبعَهُ النصرُ

Kata hikmah yang lain, “Barangsiapa yang selalu bersabar, pasti memperolehi kemenangan.”

Kata-kata hikmah ini tidak diketahui sumber/sanadnya.

🗯🗯🗯🗯

La Tahzan 220-3: Pendapat hukama’* tentang Sabar (أقوالُ الحكماءِ في الصَّبْرِ)

🎵 Madah Arab berbunyi:

ومن الأمثالِ السائرة ، الصبرُ مفتاحُ الفَرَجِ منْ صَبَرَ قَدَرَ ، ثمرةُ الصبرِ الظَّفرُ ، عند اشتدادِ البلاءِ يأتي الرَّخاءُ .

Sabar kunci kejayaan;
Siapa bersabar pasti berjaya;

Buah sabar ialah pencapaian
seberat mana sekalipun musibah melanda, kejayaan tetap pasti…

🗯🗯🗯🗯

La Tahzan 220-4: Pendapat hukama’* tentang Sabar (أقوالُ الحكماءِ في الصَّبْرِ)

والعربُ تقولُ : إنَّ في الشرَّ خِياراً

Orang Arab mengatakan “Di sebalik keburukan/musibah ada kebaikan.”

 

قال الأصمعيَّ : معناهُ : أنَّ بعض الشَّرِّ أهونُ منْ بعْضٍ

Ulasan al Ashma’iy (pakar bahasa dan penyair, Basrah, Iraqi, w. 216H): Maksud madah Arab itu ialah sebahagian keburukan itu lebih ringan daripada keburukan yang lain (Some evil is lesser than some)

🗯🗯🗯🗯

La Tahzan 220-5: Pendapat hukama’* tentang Sabar (أقوالُ الحكماءِ في الصَّبْرِ)

وقال أبو عبيدة : معناهُ : إذا أصابتْك مصيبةٌ ، فاعلمْ أنهُ قدْ يكونُ أجلُّ منها ، فلتهُنْ عليك مصيبتُك

Berkata Abu Ubaidah (Al Jarrah, أبو عبيدة عامر بن عبد الله بن الجراح الفهري القرشي ) w. 18H, terkena wabak taun di pekan Amwas Palestin) berkata, “Jika kamu ditimpa musibah, bayangkanlah di sana akan ada musibah yang jauh lebih besar, sehingga anda akan merasakan keringanannya.”

وقال وداعةُ السهميُّ ، في كلامٍ له : اصبرْ على الشَّرِّ إنْ قَدَحَك ، فربَّما أجْلى عما يُفرحُك ، وتحت الرَّغوةِ اللبنُ الصَّريحُ

Berkata Wada’ah as Sahmi رضي الله عنه (sahabat, masuk Islam ketika Fathul Makkah) “Bersabarlah atas keburukan yang menimpa kamu, boleh jadi keburukan itu membuatmu gembira (kemudiannya) kerana di bawah buih terdapat susu yang bersih.”

🗯🗯🗯🗯

La Tahzan 220-6: Pendapat hukama’* tentang Sabar (أقوالُ الحكماءِ في الصَّبْرِ)

يأتي اللهُ بالفرحِ عند انقطاعِ الأملِ

“Allah mendatangkan kegembiraan ketika mana semua harapan telah putus:”

حَتَّىٰ إِذَا اسْتَيْأَسَ الرُّسُلُ وَظَنُّوا أَنَّهُمْ قَدْ كُذِبُوا جَاءَهُمْ نَصْرُنَا

Sehingga apabila para rasul tidak mempunyai harapan lagi (tentang keimanan mereka) dan telah meyakini bahawa mereka telah didustakan, datanglah kepada para rasul itu pertolongan Kami. [Yusuf: 110]

وَاصْبِرُوا ۚ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar. [Al-Anfaal: 46]

إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ

Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas. [Az-Zumar: 10]

وكما أنَّ الله – جلَّ وعلا – يأتي بالمحبوبِ من الوجهِ الذي قدَّرّ ورودّ المكروهِ منه، ويفتحُ بفرج عند انقطاعِ الأملِ

“Allah menghampiri orang yang dicintainya (orang yang bersabar) dari arah datangnya hal yang tidak disukai, kemudian Dia membuka jalan keluar ketika harapan telah tertutup dan buntu.”

🗯🗯🗯🗯

La Tahzan 220-7: Pendapat hukama’* tentang Sabar (أقوالُ الحكماءِ في الصَّبْرِ)

قال إسحاقُ العابدُ : ربما امتحنَ اللهُ العبْدَ بمحنةٍ يخلِّصُه بها من الهلكةِ ، فتكون تلك المحنةُ أجلَّ نعمةٍ .

Berkata Ishaq Al Abid (w. 323H, Basrah), ” Mungkin Allah ‎ﷻ menguji seorang hamba dengan suatu mehnah (ujian) bertujuan menyelamatkan dia daripada suatu kebinasaan. Maka jadilah mehnah itu sebesar-besar nikmat buatnya.”

يقالُ : إنَّ منِ احتمل المحنة ، ورضي بتدبيرِ اللهِ تعالى في النكْبةِ ، وصبر على الشِّدَّةِ ، كشف له عنْ منفعتِها ، حتى يقف على المستورِ عنه منْ مصلحتِها

Katanya lagi:
“Orang yang mampu bersabar menghadapi ujian dan kesulitan, mampu menerima ketentuan Allah ‎ﷻ, nescaya Allah ‎ﷻ akan menzahirkan kebaikan agar dia dapat memahami kemaslahatan yang tersembunyi di sebalik mehnah (musibah).”

🗯🗯🗯🗯

La Tahzan 220-8: Pendapat hukama’* tentang Sabar (أقوالُ الحكماءِ في الصَّبْرِ)

حُكي عن بعضِ النصارى أنَّ بعض الأنبياءِ عليهمُ السلامُ قال : المِحنُ تأديبٌ من اللهِ ، والأدبُ لا يدومُ ، فطوبى لمنْ تصبَّر على التأديبِ ، وتثبَّت عند المحنةِ ، فيجبُ له لُبسُ إكليِلِ الغَلَبَةِ ، وتاجِ الفلاحِ ، الذي وعَدَ اللهُ به مُحِبِّيه ، وأهلِ طاعتِهِ

Dihikayatkan dalam kalangan Nasara (Kristianiti/Israeliyat), salah orang Nabi (Bani Israel) berkata, “Mehnah (ujian/bencana) adalah latihan daripada Allah ‎ﷻ, latihan tentunya tidak selamanya. Maka beruntunglah jika semasa latihan itu dia dapat bersabar. (Jika dia berjaya), maka layaklah dia memakai mahkota kemenangan yang Allah ‎ﷻ janjikan kepada orang yang menyintai-Nya dan mentaati-Nya”.

🗯🗯🗯🗯

La Tahzan 220-9: Pendapat hukama’* tentang Sabar (أقوالُ الحكماءِ في الصَّبْرِ)

قال إسحاقُ : احذرِ الضَّجَرَ ، إذا أصابتْك أسِنَّةُ المحنِ ، وأعراضُ الفِتنِ ، فإنَّ الطريق المؤدِّي إلى النجاةِ صعْبُ المسْلكِ

Berkata Ishaq Al Abid (w. 323H, Basrah), “Awas, jangan mengeluh ketika engkau dicengkam taring-taring mehnah (ujian) dan gejala fitnah, kerana sememangnya jalan ke arah kebaikan sangat sukar sekali.”

قال بزرجمهرُ : انتظارُ الفَرَجِ بالصبرِ ، يُعقبُ الاغتباط

Berkata Bezrajmahar Al Bukhtakan (بزرجمهر بن البختكان, Bozorgmehr-e-Bokhtagan) (Komander di era Kisra 1, Empayar Farsi Lama), “Menunggu pertolongan dan solusi dengan bersabar, pasti memperoleh kegembiraan (akhirnya).”

Komen dan Soalan