Utama At-Tazkirah Qurthubi At-Tazkirah al Qurthubi: Berdoa Mati Cepat Ketika Fitnah

At-Tazkirah al Qurthubi: Berdoa Mati Cepat Ketika Fitnah

390
0
Iklan

At-Tazkirah Qurthubi (W.671H)
Bab Mengharapkan Kematian Jika Agama Terancam

Dibolehkan mengharapkan kematian jika takut agamanya akan musnah (باب جواز تمني الموت و الدعاء به خوف ذهاب الدين )

2.2 Hadith Abu Hurairah ra:

و عن مالك عن أبي الزناد ، عن الأعرج ، عن أبي هريرة: أن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال : لا تقوم الساعة حتى يمر حتى بقبر الرجل فيقول فيقول : يا ليتني مكانه

Daripada Malik bin Abi Zinad, daripada al A’raaj daripada Abu Hurayrah, bahawa Nabi SAW bersabda, “Tidak terjadi kiamat sehingga ada seorang lelaki yang melewati kubur lelaki yang lain sambil berkata : Aduhai seandainya aku yang menempati tempatnya“.

[ HR Bukhari 6698, Muslim 157 ]

و أما الحديث فإنما هو خبر : أن ذلك سيكون لشدة ما ينزل بالناس ، من فساد الحال في الدين ، و ضعفه و خوف ذهابه ، لا لضر ينزل بالمرء في جسمه أو غير ذلك ، من ذهاب ماله مما يحط به عنه خطاياه

Ini adalah hadith futuristik (akhir zaman), beratnya cubaan menimpa manusia, (khususnya orang Islam), rosaknya masyarakat dan agama juga turut terancam.

*Maka orang akhir zaman lebih memilih mati cepat daripada menanggung kerosakan agama dan nilai.

Dibolehkan mengharapkan kematian jika takut agamanya akan musnah (باب جواز تمني الموت و الدعاء به خوف ذهاب الدين )

2.3 Hadith Ibn Abbas mengenai bolehnya berdoa mati cepat ketika fitnah:

اللهم إني أسألك فعل الخيرات ، وترك المنكرات ، وحب المساكين ، وأن تغفر لي وترحمني ، وتتوب علي ، وإذا أردت بعبادك فتنة فاقبضني إليك غير مفتون ، ) . رواه الإمام أحمد (16026) ، والترمذي (3159) ، وقال : “صحيح حسن الإسناد”
وقال: سألت محمد بن إسماعيل – يعني البخاري – فقال: ((هذا حديث حسن صحيح))، وصححه الألباني في صحيح الترمذي، 3/ 318.

“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu untuk dapat melakukan berbagai kebaikan meninggalkan berbagai kemungkaran, mencintai orang-orang miskin dan agar Engkau mengampuni serta merahmatiku dan jika Engkau menghendaki fitnah kepada satu kaum maka wafatkanlah aku tanpa terkena fitnah tersebut.” [ HR Ahmad, 16026, Termidzi, 3159 ] katanya sahih sanadnya. Aku bertanya kepada Muhammad bin Ismail yakni gurunya Imam al Bukhari, Imam bukhari berkata, hadith ini hasan sahih. Disahihkan oleh al-Albani.

2.4 Atsar Umar al-Khattab ra mengenai bolehnya berdoa mati cepat ketika fitnah:

رواه مالك و مثل هذا قول عمر رضي الله عنه : اللهم قد ضعفت قوتي و كبرت سني و انتشرت رعيتي فاقبضني إليك غير مضيع و لا مقصر فما جاوز ذلك الشهر حتى قبض رحمه الله .

Qaul Umar dalam doanya:“Ya Allah, kekuatanku telah semakin lemah, diriku telah semakin tua, aibku telah (banyak) yang viral, maka ambillah daku (wafatkan aku) kepada Mu tanpa mempersia dan mengurangi (amalan ku).” [ HR Malik, al Muwatta’, no 1507], sahih.
* beliau wafat sebulan selepas berdoa dengan doa ini.

2.5 Atsar Abis al Ghifari:

و ذكر أبو عمر بن عبد البر في التمهيد و الاستذكار من حديث زاذان أبي عمر عن عليم الكندي قال : كنت جالساً مع أبي العباس الغفاري على سطح فرأى ناساً يتحملون من الطاعون فقال : يا طاعون خذني إليك يقولها ثلاثاً فقال عليم : لم تقول هذا ؟ ألم يقل رسول الله صلى الله عليه و سلم : لا يتمنين أحدكم الموت فإنه عند ذلك انقطاع عمله و لا يرد فيسعتب

Dinukil oleh Imam Abdil Barr (wafat 463H, Cordova) dalam kitab at Tamhid (sanad dan syarah al Muwatta Malik) dan al Istizkar (ringkasan kitab al Tamhid) daripada sanad Zadan bin Umar daripada alim al Kindi.“Aku duduk-duduk bersama Abis al Ghifari (sahabat Nabi SAW), ketika itu meletus wabak taun yang menular. Maka berkata Abis (alghifari), “Wahai penyakit taun (atau kolera yang disebabkan sumber air yang tercemar), ambillah diriku kepadamu” Dia menyebutnya 3 kali.

Maka perawi Alim bertanya,“Kenapa engkau ucapkan demikian kerana Rasulullah SAW ada bersabda, “Janganlah salah seorang kamu mengharapkan kematian kerana kematian memutuskan amalnya dan dia tidak dapat peluang untuk bertaubat.”

[HR Bukhari Muslim ]

Maka jawab Abis al Ghifari:
فقال أبو عباس : أنا سمعت رسول الله صلى الله عليه و سلم يقول : بادروا بالموت ستا : إمرة السفهاء ، و كثرة الشرط ، و بيع الحكم ، و استخفافاً بالدم ، و قطيعة الرحم ، و نشئاً يتخذون القرآن مزامير ، يقدمون الرجل ليغنيهم بالقرآن و إن كان أقلهم فقهاً

Daripada Abis al Ghifari, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bersegeralah mati ke atas 6 golongan:
1. orang yang teramat dungu/bodoh
2. orang yang dibebani banyak komitmen
3. para penjual hukum
4. orang yang meremehkan nyawa
5. pemutus silaturrahim
6. orang yang melagukan Al-Qur’an tetapi sedikit kefahamannya

[ HR Ahmad, no 16083, dihasankan oleh al Haithami dalam Majma’ 3:199 [.

Komen dan Soalan