Utama Bilik (01) Fiqh As Sunnah Mengenali beberapa jenis Aliran

Mengenali beberapa jenis Aliran

484
0
Iklan

📚📖✍

🔴 Apakah Imam Abul Hasan Al-Asyaari رحمه الله‎ murid Ibnu Kulab رحمه الله‎?


Imam Abul Hasan Al-Asyaari رحمه الله‎, lahir pada 260 Hijrah dan wafat pada 324 Hijrah di Baghdad.
Ibnu Kullab adalah Abdullah bin Sa’id bin Kul­lab Al-Qaththan Al-Bashri wafat pada 240 Hijrah.

Biografinya boleh dilihat di dalam kitab:

◾️As-Siyar oleh Az-Dzahabi 11:174.

◾️ Lisanul Mizan oleh Ibnu Hajar 3:290.

◾️ Fihrisat oleh Ibnu Nadim halaman 230.

◾️ Thabaqat Syafi’iyyah oleh As-Subki 2/299.

Maka Imam Abu Hasan lahir 20 tahun selepas kewafatan Ibnu Kulab. Maka Imam Abu Hasan menerima ajaran Kulabiah melalui aliran Kullabiah. Antara murid Ibnu Kulab ialah Abu Harith Al-Muhasibi dan Daud Al-Zahiri.

🔴 Adakah aliran Kulabiah menggunakan fahaman Jahmiyah dan Muktazilah?


Kulabiyah menerima kaedah yang dicipta oleh Muktazilah iaitu menolak bahawa Allah ﷻ berbicara dengan huruf, melekatnya sifat-sifat yang berkaitan dengan kehendak atau kekuasaan Allah ﷻ berupa perbuatan, kalam dan selainnya dengan beranggapan bahawa penetapan sifat ikhtiariyah itu berkonsekuensi: Allah ﷻ mempunyai sifat yang hadis (baru). Walhal sesuatu yang tidak terbebas dari sifat hadis bererti dia hadis (baru).

Implikasinya dia berpendapat bahawa kalam Allah ﷻ itu hanya berupa makna, dan huruf (ketika Allah ﷻ berbicara) tidak termasuk kalam Allah ﷻ. Pendapat ini diikuti oleh Abul Hasan Al-Asy’ari”
[Majmu’Fatawa 12/366]

🔴 Bilakah Asya’irah dan Maturidiyah bergabung?


Asya’irah dinisbahkan kepada Imam Abu Hasan Ali bin Ismail Al-Asy’ari, kelahiran Basrah wafat pada 330 Hijrah.

Manakala Maturidiyah ialah Imam Abu Mansur Al-Maturidi kelahiran Samarkhand, wafat pada 333 Hijrah.

Kedua-dua tokoh ini terkenal kerana membendung fahaman Muktazilah, tetapi pengikut-pengikut dua Imam ini akhirnya dikenali dengan manhaj khalaf dalam aqidah, iaitu mereka melakukan takwil (merubah makna lafaz). Tidak banyak diketahui mengenai aliran Maturidiyah kerana bahan ilmiah mengenai aliran ini amat terhad. Manakala aliran Asya’irah adalah paling banyak kerana peranan pendiri aliran Asya’riah Syafi’iy seperti Al-Ghazali, Al-Juwaini, Al-Baqilani, Al-Baihaqi dan ia diterima pakai oleh khilafah Uthmani.

Salah satu fakta yang tidak diketahui ramai pengikut aliran Asya’irah ialah Imam Abu Hasan Al-Asy’ari di penghujung usianya telah bertaubat dan kembali kepada aliran salaf seperti mana dalam kitab beliau ‘al-Ibanah’.

Ciri-ciri utama aliran Asya’irah dan Maturidiyah ialah:

◾️ Asya’irah tenggelam dalam takwil sifat-sifat Allah ﷻ. Maka ini bertentangan dengan aqidah salaf.

◾️ Mendahulukan akal dalam mentakwil perkara-perkara ghaibiyat’ i’tiqad dan sifat-sifat Allah ﷻ.

◾️ Aliran ini dekat dengan ahli kalam dan fahaman Muktazilah.

◾️ Cenderung dengan aliran tasawwuf.

◾️ Cenderung kepada filsafah.

Dr Mani’ Al-Jahni.
al-Mausu’ah al-Muyassarah fi Adyan wal-Madzaahib, Riyadh: Darul Nadwa al-Alamiyah, 1/88.
Penyatuan Asya’irah dan Maturidiyah, sifat 20 (13 dari Asya’irah dan 7 dari Maturidiyah) dilakukan oleh Abu Abdullah Muhammad bin Yusuf bin Umar bin Shu’aib al-Sanusi al-Hasani. Wafat pada 895 Hijrah atau 1490 Masihi. Ulama’ kelahiran Algeria. Dari segi hakikat kedua aliran tersebut memang tidak bersefahaman di alam nyata.

Nota kaki:
Khalaf bermaksud kaum yang terkemudian.

@bicarathtl
#SnJbicarasunnahC

Komen dan Soalan