Utama UiTO Bicara THTL SOAL JAWAB BICARA SYEIKH THTL 3

SOAL JAWAB BICARA SYEIKH THTL 3

296
0
Iklan

SOALAN

Mohon status hadith Itban bin Malik yang menjemput Rasulullah SAW ke rumahnya untuk solat dan tempat dimana Nabi SAW solat akan dijadikan tempat solatnya.

JAWAPAN

Status hadith: Sahih

وعَنْ مَحْمُودِ بْنِ الرَّبِيعِ الأَنْصَارِيِّ : (أَنَّ عِتْبَانَ بْنَ مَالِكٍ كَانَ يَؤُمُّ قَوْمَهُ وَهُوَ أَعْمَى ، وَأَنَّهُ قَالَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ! إِنَّهَا تَكُونُ الظُّلْمَةُ وَالسَّيْلُ ، وَأَنَا رَجُلٌ ضَرِيرُ الْبَصَرِ ، فَصَلِّ يَا رَسُولَ اللَّهِ فِي بَيْتِي مَكَانًا أَتَّخِذُهُ مُصَلَّى ، فَجَاءَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَقَالَ : أَيْنَ تُحِبُّ أَنْ أُصَلِّيَ ؟ فَأَشَارَ إِلَى مَكَانٍ مِنْ الْبَيْتِ ، فَصَلَّى فِيهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) رواه البخاري (667) ، ومسلم (33)

Terjemahan:
Dari Mahmud bin Ar-Rabi’ Al-Anshari, sesungguhnya Itban bin Malik biasanya mengimami kaumnya sementara beliau buta, maka beliau berkata kepada Rasulullah sallallahu’alaih wa sallam:
“Wahai Rasulullah! Sesungguhnya (kondisinya) gelap gulita dan banjir (hujan). Sementara saya adalah orang buta, maka tolong solatlah Ya Rasulullah di rumahku, di suatu tempat yang akan saya jadikan sebagai tempat solat (mushalla). Lalu Rasulullah sallallahu’alaihi wasallam datang dan bersabda: ”Di mana (tempat) yang anda sukai? Maka beliau menunjukkan pada suatu tempat di rumah. Dan Rasulullah sallallahu’alaihi wa sallam solat di tempat itu.”
(HR Bukhari no 667 dan Muslim no 33)

 

 

SOALAN

Syeikh, adakah hadith berkaitan sepuluh perkara fitrah?

JAWAPAN

Dari ‘Aisyah RA, Rasulullah saw bersabda,

عَشْرٌ مِنْ الْفِطْرَةِ قَصُّ الشَّارِبِ وَإِعْفَاءُ اللِّحْيَةِ وَالسِّوَاكُ وَاسْتِنْشَاقُ الْمَاءِ وَقَصُّ الْأَظْفَارِ وَغَسْلُ الْبَرَاجِمِ وَنَتْفُ الْإِبِطِ وَحَلْقُ الْعَانَةِ وَانْتِقَاصُ الْمَاءِ قَالَ زَكَرِيَّاءُ قَالَ مُصْعَبٌ وَنَسِيتُ الْعَاشِرَةَ إِلَّا أَنْ تَكُونَ الْمَضْمَضَةَ

Terjemahan:
“Ada sepuluh dari fitrah, iaitu trim misai, menyimpan atau merapi janggut, memberus gigi selalu, istinsyaq (menghirup air ke dalam hidung,-pen), memotong kuku, membasuh persendian, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, istinja’ dengan air.” Zakaria berkata bahawa Mus’ab berkata, “Aku lupa yang kesepuluh, aku merasa yang kesepuluh adalah berkumur.”
(HR. Muslim no. 261)

 

 

SOALAN

Apakah yang dimaksudkan dengan membasuh persendian?

JAWAPAN

al-Barajim: Tempat berkumpulnya kotoran seperti di lipatan kulit, sela-sela jari, belakang telinga dan sejenisnya. al Barajim tidak terhad kepada sendi tangan sahaja.

 

 

SOALAN

Berkhitan tidak termasuk di dalam fitrah ke Syeikh?

JAWAPAN

Hadith berkhitan berada di dalam hadith di bawah ini:

Dari Abu Hurairah ra,

خمس من الفطرة : الاستحداد ، والختان ، وقص الشارب ، ونتف الإبط ، وتقليم الأظفار
الراوي: أبو هريرة المحدث: البخاري – المصدر: الجامع الصحيح – الصفحة أو الرقم: 5891
خلاصة الدرجة: [صحيح]

Terjemahan:
“Lima perkara termasuk fitrah: memotong bulu kemaluan (ari-ari), berkhitan, memotong kumis, mencabut bulu ketiak dan memotong kuku.”
(HR al-Jama’ah)

Takhriij:
al-Jama’ah ialah 7 ahli hadith, sahih Bukhari no 5891, Muslim no 257.

 

 

SOALAN

Syeikh, benarkah ada hadith dari Nabi SAW anjuran untuk menahan sendawa?

JAWAPAN

كُفَّ عَنَّا جُشَاءَكَ فَإِنَّ أَكْثَرَهُمْ شِبَعًا فِى الدُّنْيَا أَطْوَلُهُمْ جُوعًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“Tahan sendawamu di hadapan kami. Kerana orang yang paling sering kenyang di dunia, paling lama laparnya kelak di hari kiamat”
(HR Tirmizi 2666 dan dihasankan oleh Syaikh al-Albani)

Fiqh hadith:
Sendawa adalah akibat terlalu kekenyangan. Maka, Nabi SAW memberi amaran, sekiranya kebiasaan banyak makan di dunia, kemungkinan akan paling lapar di akhirat.

 

 

SOALAN

Adakah koleksi seperti pakaian, kasut dan beg tangan yang berjenama dan mahal yang melebihi harga barangan kemas, perlu di keluarkan zakat?

Situasi:
Koleksi pakaian, kasut dan beg tangan berjenama dan mahal harganya tidak dipakai dan tersimpan di dalam almari .

JAWAPAN

Apa sahaja yang didiamkan syariat, maka tiadalah hukumnya.

Firman Allah SWT,

يَٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَسْـَٔلُوا۟ عَنْ أَشْيَآءَ إِن تُبْدَ لَكُمْ تَسُؤْكُمْ وَإِن تَسْـَٔلُوا۟ عَنْهَا حِينَ يُنَزَّلُ ٱلْقُرْءَانُ تُبْدَ لَكُمْ عَفَا ٱللَّهُ عَنْهَا ۗ وَٱللَّهُ غَفُورٌ حَلِيمٌ ﴿١٠١﴾

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menanyakan (kepada Nabimu) hal-hal yang jika diterangkan kepadamu akan menyusahkan kamu dan jika kamu menanyakan di waktu Al Quran itu diturunkan, niscaya akan diterangkan kepadamu, Allah memaafkan (kamu) tentang hal-hal itu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun.”
(Al Maidah: 101)

 

 

SOALAN

Apakah hukumnya anak gadis menggunakan payudara palsu kerana payudara sebenar telah dibuang setelah menjalani pembedahan kerana kanser payudara dan perlukah berterus terang dengan bakal suami?

JAWAPAN

Hukum asal merubah hukum ciptaan Allah adalah haram.

Firman Allah S.W.T,

وَلَآمُرَنَّهُمْ فَلَيُغَيِّرُنَّ خَلْقَ اللَّهِ

(dan akan aku suruh mereka (merubah ciptaan Allah), lalu benar-benar mereka merubahnya)
(An-Nisa’ :119)

Maka kena beza yang mana satu merubah dan yang mengembalikan ciptaan Allah S.W.T:

Merubah ciptaan Allah S.W.T

1. Membuat tatoo

2. Mencukur kening

3. Mengasah gigi

4. Mewarna rambut hitam kepada warna lain kerana fesyen dan ingin kelihatan muda.

 

Mengembalikan ciptaan Allah S.W.T

1. Orang yang kehilangan gigi, boleh memakai gigi palsu.

2. Orang yang kehilangan kaki, boleh memakai kaki palsu,

2. Orang yang kehilangan payu dara boleh memakai payu dara palsu.

Anak gadis yang kehilangan payudara kerana kanser payudara sekiranya ada lelaki yang ingin melamar, hendaklah diberitahu kecacatan dirinya. Ini yang membezakan merubah ciptaan Allah yang halal dan yang haram. Ia haram sekiranya bertujuan menipu realiti dan orang ramai dan harus sekiranya untuk menutup aib dan mengembalikan kepada yang asal.

 

 

SOALAN

Mohon status hadith di bawah.

Hamba yang paling dimurkai Allah S.W.T,

Dari ‘Aisyah RA berkata:
“Rasulullah bersabda, hamba yang paling dimurkai adalah seorang yang pakaiannya lebih baik daripada amalannya; pakaiannya, pakaian para nabi tetapi amalannya, amalan orang-orang yang sombong”
(HR Imam al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus)

JAWAPAN

أبغض العباد إلى الله من كان ثوباه خيرا من عمله أن تكون ثيابه ثياب الأنبياء وعمله عمل الجبارين رواه العقيلي وقال منكر وذكره ابن الجوزي في الموضوع

Status hadith:
HR al Uqaily, menurutnya hadith mungkar. Disebut di dalam al Maudhu’at Ibnu Jauzi, hadith ini palsu.

 

 

SOALAN

Benarkah haiwan yang kita sembelih seperti kambing semasa aqiqah, haiwan tersebut akan menjadi tunggangan kita di akhirat?

JAWAPAN

Tiada dalil. Orang yang mendakwa sedemikian hendaklah membawa hadithnya untuk disemak. Di dalam semua kitab sunan tiada ditemui akan hal sebegini.

 

 

SOALAN

Mohon status yang dikhabarkan sebagai Hadith Qudsi ini.

“Ilmu batin adalah rahsia dari rahsia-Ku.
Aku wujudkan di kalbu hamba-Ku dan tidak ada yang bisa memberikan pemahaman tentangnya kecuali Aku”.
(HR Ad-Dailami)

JAWAPAN

سألت الحسن، قال: سألت حذيفة، عن علم الباطن ما هو؟ قال: سألت النبي -صلى الله عليه وسلم- فقال: «سألت جبريل عن علم الباطن ما هو؟ فقال: سألت الله عن علم الباطن ما هو؟ فقال: يا جبريل هو سر بيني وبين أحبائي وأوليائي وأصفيائي أودعته في قلوبهم، لا يطلع عليه ملك مقرب ولا نبي مرسل».
قال الحافظ ابن حجر في «تسديد القوس»: (أسنده مسلسلاً من طريق الحسن عن حذيفة وهو موضوع، والحسن لم يسمع من حذيفة، …)

al Hasan al Basri bertanya akan Hudzaifah apa itu ilmu Batin, beliau bertanya akan Nabi S.A.W, kemudian Nabi bertanya akan Jibril AS akan ilmu batin, lalu Jibril bertanya akan Allah S.W.T, maka Allah S.W.T menjawab seperti makna di atas, ” ilmu batin adalah rahsia dari rahsiaKU…”
Pendapat Ibnu Hajar di dalam Tasdid al Qaus (tahqiq atas Musnad al Firdaus oleh al Dailami, “sanadnya musalsal akan tetapi al Hasan al Basri sebenarnya tidak mendengar dari Hudzaifah.

Status hadith:
Palsu.

 

 

SOALAN

Di manakah Nabi Isa AS sekarang berada, di langit atau di dalam syurga sebelum turun ke dunia menjelang hari kiamat nanti?

JAWAPAN

Fatwa Arab Saudi dari Syaikh Abdullah al Jibrin, di dalam fatawa wa Ahkam, muka surat 55. Nabi Isa AS berada di langit kedua ketika Nabi S.A.W di perjalankan semasa Isra’ dan Mikraj. Bagaimana kehidupan Nabi Isa AS, kita tidak tahu kerana ia merupakan alam ghaib, akan tetapi Nabi Isa AS bukan berada di syurga.

 

 

SOALAN

Syeikh, benarkah tidak salat Subuh secara berjamaah di masjid atau rumah dikira munafik?

JAWAPAN

1. Salat Subuh dan Isya’ berjamaah bebas dari sifat munafiq.

Dalil hadith:

إِنَّ أَثْقَلَ صَلاَةٍ عَلَى الْمُنَافِقِينَ صَلاَةُ الْعِشَاءِ وَصَلاَةُ الْفَجْرِ

Terjemahan:
“Sesungguhnya salat yang paling berat bagi orang munafik adalah salat Isya’ dan salat Subuh”
(HR Bukhari dan Muslim)

2. Tidak salat walaupun di rumah, hukumnya kufur.

Dalil hadith:

إِنَّ بَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ الشِّرْكِ وَالْكُفْرِ تَرْكُ الصَّلاَةِ

Terjemahan:
“Sesungguhnya (pembatas) antara seseorang dengan kesyirikan dan kekufuran adalah meninggalkan salat.”
(HR Muslim)

 

 

SOALAN

Adakah ini bermakna sekiranya salat berjamaah di rumah bukanlah satu kesalahan?

JAWAPAN

Ya, tetapi Nabi ﷺ akan membakar rumah tersebut jika kedudukannya berdekatan dengan masjid.

 

 

SOALAN

Bagaimana pula hukum orang yang tidak langsung salat berjamaah di masjid?

JAWAPAN

Hukum salat berjamaah menurut pendapat empat mazhab.

◾️Mazhab Hanabilah:
Wajib

◾️Mazhab Maliki:
Sunnah dan keutamaan

◾️Mazhab Hanafi:
Sunat mu’akkad

◾️Mazhab Syafi’iy:
Fardu kifayah

Pendapat keseluruhan:

Salat Subuh dan Isya’ adalah sunat mu’akkad untuk terselamat dari sifat munafiqin. Bagi yang tidak berkemampuan untuk salat secara berjamaah di masjid untuk semua waktu salat, fokus pada solat Subuh dan Isya’. Sekiranya tidak langsung salat berjamaah Subuh dan Isya’, tidaklah termasuk dalam golongan Ahlus Sunnah Wal Jamaah(ASWJ).

Ulasan:
Pendapat peribadi Imam asy Syafi’iy rhm bagi salat Subuh dan Isya’ secara berjamaah adalah wajib.

 

PERSOALAN MENGENAI ANJING

 

1. Apakah hukum mengambil upah daripada jiran untuk membawa anjing mereka bersiar-siar?

JAWAPAN

Apabila ada larangan membela anjing, maka haramlah untuk mengambil upahnya.
Ini kaedah yang masyhur di dalam fiqh muamalat. Terdapat banyak kerja yang halal dan jangan mencari yang syubhah.

 

2. Bagaimana pula sekiranya bekerja di klinik haiwan (vaterinar)?

JAWAPAN

Klinik haiwan tiada masalah kerana ia bertujuan untuk merawat semua haiwan.

 

3. Sekiranya pelajar atau pelatih hanya diberi tugasan untuk membawa anjing bersiar-siar agar tiada tekanan kerana terkurung di dalam sangkar?

JAWAPAN

Dibawa untuk bersiar-bersiar tidak dibolehkan.

 

4. Bagaimana pula dengan pelajar atau pelatih diminta untuk melaksanakan tugasan sebagaimana yang diperlukan semasa kursus vaterinar (termasuk anjing).

JAWAPAN

Tugasan untuk pelajar atau pelatih tiada masalah. Ia sama seperti tugasan untuk orang yang harus membela anjing untuk Polis Diraja Malaysia(PDRM), untuk berburu, maka sudah pasti anjing tersebut akan dibawa untuk bersiar-siar sebagai satu latihan juga.

Membela anjing sebagai haiwan peliharaan yang tidak dibolehkan. Ada perbezaan diantara orang yang membela anjing untuk tujuan yang syar’iy seperti pelajar atau pelatih vaterinar atau membela anjing sebagai satu minat.

 

 

SOALAN

Bolehkah anak melakukan qurban bagi kedua ibubapa yang telah meninggal dunia?

JAWAPAN

Fatwa Arab Saudi, Ibnu Uthaimin رحمه الله‎ (rujukan Majmu Fatawa jilid 23),
Hukum asal qurban, ianya dilakukan ketika seseorang masih hidup akan tetapi sekiranya ingin melakukan qurban kepada orang yang sudah meninggal dunia, boleh di dalam tiga keadaan mengikut mazhab Hanbali atau Arab Saudi:

1. Memadai niat ketika menyembelih.

“diniatkan inilah kurban untuk ahlil baitku”,
diniatkan untuk seluruh ahli keluarga termasuk yang sudah menjadi meninggal dunia.

2. Sekiranya si mati berwasiat, maka wajib ditunaikan.

3. Secara khusus melakukan kurban untuk si mati, sememangnya dibolehkan, sama seperti badal haji dan sedekah.

Manakala mazhab Syafi’iy pula, tidak boleh melakukan qurban kepada orang yang telah meninggal dunia, ini kerana amalan telah terputus.

Imam Syafi’iy رحمه الله‎ menggunakan dalil Al Qur’an.

Firman Allah ﷻ,

وَأَنْ لَيْسَ لِلإنْسَانِ إِلا مَا سَعَى

“Dan bahawasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya”
(QS. An-Najm: 39)

 

 

Komen dan Soalan