Utama UiTO Bicara THTL SOAL JAWAB BICARA SYEIKH THTL 2

SOAL JAWAB BICARA SYEIKH THTL 2

285
0
Iklan
 

SOALAN

Seputar Soalan Konsep Menanggung Dosa.

Bagaimana dengan dosa orang-orang yang melakukan bid’ah sedangkan mereka hanya mengikuti ajaran tok guru iaitu si pelaku bid’ah?

Situasi:
Menerima dan mengikuti ajaran dari tok guru di dalam hal ibadah tanpa mengetahui adakah amal ibadah tersebut berdasarkan Al-Qur’an dan As-Sunnah.

JAWAPAN

Dosa melakukan bid’ah sememangnya ditanggung oleh si pencetus bid’ah.

Orang yang melakukan bid’ah, dosanya akan dibebankan dan di tanggung oleh tok guru yang mengajar perbuatan bid’ah tersebut.

Dalil hadith:

إِنَّهُ مَنْ أَحْيَا سُنَّةً مِنْ سُنَّتِي قَدْ أُمِيتَتْ بَعْدِي فَإِنَّ لَهُ مِنَ الْأَجْرِ مِثْلَ مَنْ عَمِلَ بِهَا مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا ، وَمَنِ ابْتَدَعَ بِدْعَةَ ضَلَالَةٍ لَا يَرْضَاهَا اللَّهَ وَرَسُولَهُ كَانَ عَلَيْهِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ عَمِلَ بِهَا لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أَوْزَارِ النَّاسِ شَيْئًا

“Barangsiapa yang sepeninggalku menghidupkan sebuah sunnah yang aku ajarkan, maka ia akan mendapatkan pahala semisal dengan pahala orang-orang yang melakukannya tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun. Barangsiapa yang membuat sebuah bid’ah dhalalah yang tidak diredhai oleh Allah dan Rasul-Nya, maka ia akan mendapatkan dosa semisal dengan dosa orang-orang yang melakukannya tanpa mengurangi dosa mereka sedikitpun”
(HR. Tirmidzi no.2677, ia berkata: “hadith ini hasan”)

Firman Allah SWT,

وليحملن أثقالهم وأثقالا مع أثقالهم وليسألن يوم القيامة عما كانوا يفترون

“Dan sesungguhnya mereka akan menanggung beban-beban dosa mereka dan beban-beban (dosa orang-orang yang mereka sesatkan) bersama-sama dengan beban-beban dosa mereka sendiri; dan sesungguhnya mereka akan ditanya pada hari kiamat kelak tentang apa yang mereka pernah ada-adakan secara dusta itu.”
(Al-Ankabut: 13)

Ulasan:

1. Sesiapa yang memulakan bid’ah dholalah, kemudian ada pengikut yang mengikuti perbuatan bid’ah tersebut, maka dosa si pengikut akan ditanggung oleh si pencetus bid’ah.

Contoh:

Tok guru(si pencetus bid’ah) reka cipta ratib …. maka, sesiapa yang meratib seperti itu, dosa mereka ditanggung oleh tok guru mereka. Perlu ingat, Tok guru hanya menanggung dosa bid’ah pengikutnya selain dari dosa itu, pengikut tetap menanggung dosa masing-masing.

2. Sesiapa yang mencipta ajaran sesat, kemudian ada pengikut yang mengikuti ajaran sesat tersebut, dosa mereka akan ditanggung oleh si pencetus ajaran sesat tersebut.

Contoh:
Ajaran Syiah. Maka, si pencetus ajaran syiah akan menanggung dosa pengikut ajarah syiah yang seramai 60 juta orang di dunia. Ayatollah Khomeini yang mencipta ritual memukul badan dan melukai badan ketika hari Asyura. Oleh itu, semua orang yang melakukan upacara memukul badan dan bermandi darah sempena pesta hari Asyura, dosa mereka akan ditanggung oleh Ayatollah Khomeini.

Contoh lain:
Pencipta rokok eletronik(e-ciggaretts). Semua dosa orang yang menghisap rokok eletronik akan turut ditanggung oleh pencipta asal rokok eletronik tersebut.

Nota:
Terma menanggung dosa ini khusus untuk pencipta ajaran sesat, bid’ah, khurafat dan mempunyai pengikut. Sekiranya pengikut melakukan perkara yang berdosa, maka pencipta asal ajaran yang akan dibebani dengan dosa.

 

 

SOALAN

Apakah hukum orang yang menyebarkn maklumat yang berbaur bid’ah, kemungkinan juga si fulan tidak mengetahui bahawa maklumat tersebut adalah bid’ah?

JAWAPAN

Orang yang menyebarkan maklumat berbaur bid’ah menjadi orang yang fasiq.

Firman Allah SWT,

يَٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِن جَآءَكُمْ فَاسِقٌۢ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوٓا۟ أَن تُصِيبُوا۟ قَوْمًۢا بِجَهَٰلَةٍ فَتُصْبِحُوا۟ عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَٰدِمِينَ ﴿٦﴾

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”
(Hujurat: 6)

Apabila orang yang fasiq menyebarkan sesuatu berita.

Dalil hadith:

كفي بالمرء كذبا أن يحدث بكل ما سمع

Terjemahan:
“Cukuplah seseorang dianggap sebagai pendusta apabila dia menceritakan segala apa yang didengarinya”
(HR Muslim)

Fiqh hadith:
Sesiapa sahaja yang menyebarkan berita tanpa selidiki kesahihannya, maka dia adalah pendusta.

Ikutilah pendekatan ahli hadith:
“Setiap khabar adalah palsu, kecuali dapat dibuktikan kesahihannya”

Solusi: Langkah pertama yang perlu dilakukan apabila mendapat sesuatu khabar adalah dengan menyelidiki sumber rujukan.

Kaedah yang digunakan oleh ahli hadith untuk mencari kesahihan sesuatu khabar ialah:

1. Menyelidiki sanad atau rantaian pemberita.

2. Menyelidiki matan atau isi kandungan berita, samada ianya lemah atau palsu.

 

 

SOALAN

Adakah larangan minum air sambil berjalan dan apakah hukumnya?

JAWAPAN

Kaedah atau tajammu’ apabila ada hadith larangan, dan ada hadith yang boleh minum sambil berdiri atau berjalan.

1. Minum sambil duduk adalah yang terbaik.

2. Sekiranya menghadapi kesulitan untuk duduk di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi ketika diberi minum air zam-zam, maka boleh berdiri.

3. Rujuk semula kaedah hadith larangan
Larangan itu bermaksud hukumnya makruh minum atau makan sambil berdiri atau berjalan.

Nota:
Tajammu’: Kaedah untuk mendamaikan hadith yang berlawanan hukumnya.

 

 

SOALAN

Syeikh, adakah hadith yang menyatakan bahawa semua orang yang beriman akan mati sebelum berlakunya kiamat dan yang tinggal cuma dari golongan yang mungkar?

JAWAPAN

ثُمَّ يَبْعَثُ اللهُ رِيحًا كَرِيحِ الْمِسْكِ مَسُّهَا مَسُّ الْحَرِيرِ، فَلَا تَتْرُكُ نَفْسًا فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ حَبَّةٍ مِنَ الْإِيمَانِ إِلَّا قَبَضَتْهُ، ثُمَّ يَبْقَى شِرَارُ النَّاسِ عَلَيْهِمْ تَقُومُ السَّاعَةُ

Terjemahan:
“Kemudian Allah mengirim angin, seperti semerbak minyak wangi, sangat lembut rasanya seperti menyentuh sutera. Tidak ada satupun jiwa yang di dalam hatinya terselit iman sebesar biji, kecuali angin itu akan mematikannya. Kemudian tinggal tersisa manusia-manusia paling jelek. Di tengah merekalah, kiamat terjadi.”
(HR. Muslim 1942 dari Abdullah bin Amru)

 

 

SOALAN

Apakah status hadith dibawah dan adakah ianya sahih dari riwayat Abu Daud rhm?

Sabda Rasulullah SAW,
“Sesungguhnya Allah SWT menyukai apabila seseorang kamu bekerja dan melakukan pekerjaan itu dengan tekun”
(Riwayat Abu Daud)

JAWAPAN

فإن نص الحديث هو: إن الله يحب إذا عمل أحدكم عملا أن يتقنه. أخرجه أبو يعلى والطبراني، وقد صححه الألباني في الصحيحة نظرا لشواهده.

وقد أسنده أبو يعلى في مسنده فقال: حدثنا مصعب، حدثني بشر بن السرى، عن مصعب بن ثابت، عن هشام بن عروة عن أبيه، عن عائشة رضي الله عنها. وهكذا سند الطبراني إلا أن شيخه المباشر اسمه أحمد وقد روى أحمد عن مصعب إلى آخر السند.

Status hadith:
Hadith ini bukan riwayat Abu Daud rhm tetapi hadith dari riwayat Abu Ya’la dan Tabrani. Menurut pendapat Syaikh al Albani rhm, di dalam kitab Silsilah al Sahihah, ianya berkaitan nazar dan hadith ini juga bermasalah akan tetapi ia menjadi hasan kerana adanya penguat dari hadith lain.

 

 

SOALAN

Mohon status hadith di bawah.

“Semulia-mulia sedekah adalah dibulan Ramadhan”
(Riwayat At-Tirmidzi)

JAWAPAN

فأَيُّ الصدقةِ أفضلُ ؟ قال : الصدقةُ في رمضانَ
الراوي : أنس بن مالك | المحدث : الترمذي | المصدر : سنن الترمذي
الصفحة أو الرقم: 663 | خلاصة حكم المحدث : غريب وصدقة بن موسى ليس عندهم بذاك القوي

Status hadith:
Imam At Tirmizi rhm mendhaifkan hadith ini kerana perawi Sadaqah bin Musa.

Ulasan:
Maksud hadith ini sahih. Ini kerana Nabi SAW banyak bersedekah di bulan Ramadhan berbanding dengan bulan yang lain.

 

 

SOALAN

Adakah jin perempuan juga tertarik dengan lelaki?

JAWAPAN

Fiqh juga membincangkan perihal manusia berkahwin dengan jin perempuan.

Contoh:
Perbincangan diantara ulama’ berkaitan Ratu Balqis. Ada pendapat mengatakan Ratu Balqis adalah hasil perkahwinan di antara lelaki dan jin perempuan.

Empat mazhab melarang sebarang bentuk hubungan seks dan perkahwinan dengan jin. Menurut Imam Malik rhm, sekiranya ada seorang wanita hamil dan mendakwa kehamilannya disebabkan perhubungan dengan jin, maka perempuan tersebut hendaklah dikenakan hukum hudud.

Jin, manusia dan haiwan, kesemuanya mempunyai nafsu seks. Kita kemungkinannya sukar untuk mempercayai jin berminat kepada manusia, akan tetapi ada manusia yang suka kepada haiwan dan ada haiwan yang suka kepada manusia. Seks diantara manusia dan haiwan juga ada berlaku dan hukum fiqh juga ada menyatakan bab khas berkaitan hubungan seks dengan haiwan.

Kemudian seks sesama jantina. Ada lelaki yang tertarik sesama lelaki, perempuan tertarik sesama perempuan. Maka, wujudlah LGBT(Lesbian, Gay, Bisexsual, Transgender). Keganjilan hubungan sesama jantina ini sememangnya berlaku dan amat menjengkelkan.

Di antara dalil kaum Nabi Lut AS yang menyukai sesama jantina.

Firman Allah SWT,

أَئِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ ٱلرِّجَالَ شَهْوَةً مِّن دُونِ ٱلنِّسَآءِ ۚ بَلْ أَنتُمْ قَوْمٌ تَجْهَلُونَ ﴿٥٥﴾

“Mengapa kamu mendatangi laki-laki untuk (memenuhi) nafsu(mu), bukan (mendatangi) wanita? Sebenarnya kamu adalah kaum yang tidak mengetahui (akibat perbuatanmu)”
(Al Naml: 55)

Firman Allah SWT,

أَتَأْتُونَ ٱلذُّكْرَانَ مِنَ ٱلْعَٰلَمِينَ ﴿١٦٥﴾
وَتَذَرُونَ مَا خَلَقَ لَكُمْ رَبُّكُم مِّنْ أَزْوَٰجِكُم ۚ بَلْ أَنتُمْ قَوْمٌ عَادُونَ ﴿١٦٦﴾

“Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki di antara manusia,”
dan kamu tinggalkan isteri-isteri yang dijadikan oleh Tuhanmu untukmu, bahkan kamu adalah orang-orang yang melampaui batas”
(Asy Syu’ara: 165-166)

 

 

SOALAN

Syeikh, benarkah status Hasan bin Ali RA sebagai Khulafa’ ar Rashidin ke 5 disepakati ahlus sunnah?

JAWAPAN

الْخِلاَفَةُ فِى أُمَّتِى ثَلاَثُونَ سَنَةً ثُمَّ مُلْكاً بَعْدَ ذَلِكَ

Terjemahan:
“Khilafah di tengah umatku selama 30 tahun. Kemudian setelah itu diganti kerajaan.”
(HR Ahmad 22568, Tirmizi 2390 dan sanadnya dihasankan oleh Syaikh Syuaib al-Arnauth).

Pemerintahan di bawah Khulafa’ ar Rashidin mengikut tahun pentadbiran.

1. Abu Bakar as Siddiq RA= 2 tahun

2. Umar bin Al Khattab RA= 10 tahun

3. Uthman bin Affan RA= 12 tahun

4. Ali bin Abi Talib= 5 tahun

Jumlah keseluruhan pemerintahan empat Khulafa’ ar Rashidin ialah 29.5 tahun.
Pemerintahan Al Hasan bin Ali RA pula, cuma 6 bulan sahaja.
Maka, jumlah pemerintah lima khalifah termasuk al Hasan RA, genap 30 tahun.
Sekiranya kita sandarkan pada hadith di atas , maka al Hasan bin Ali RA termasuklah sebagai Khulafa’ ar Rashidin.

Dari sudut pendekatan sejarah, hanya tiga orang Imam sahaja yang bersepakat menyatakan al Hasan bin Ali RA sebagai Khulafa’ ar Rashidin iaitu:

1. Ibnu Kathir rhm

2. al Syuyuti rhm

3. Qadhi bin al Arabi rhm

Manakala, majoriti atau jumhur ulama’ bersepakat menyatakan bahawa al Hasan bin Ali RA bukan Khulafa’ ar Rashidin.

Ini kerana al Hasan bin Ali RA tidak dibai’ah oleh separuh jajahan takhluk Islam.
al Hasan bin Ali RA cuma berkuasa di Iraq, Hijaz dan Mesir dan pentadbiran beliau cuma enam bulan sahaja.
Berbeza dengan Mu’awiyah RA yang menguasai separuh lagi empayar.

Nota:
Nama penuh Abu Bakar as Siddiq ialah Abdullah bin Abi Huqafah.

 

 

SOALAN

Mohon status dua hadith berkaitan berbekam di bawah.

1. “Barang siapa yang berbekam pada tanggal 17,19 atau 21 (bulan Hijriah) akan sembuh dari segala penyakitnya”
(HR Abu Hurairah )

JAWAPAN

622 – ” من احتجم لسبع عشرة و تسع عشرة و إحدى و عشرين كان شفاء من كل داء ” .
قال الألباني في “السلسلة الصحيحة” 2 / 191 :
أخرجه أبو داود ( 2 / 151 ) و عنه البيهقي ( 9 / 340 ) : حدثنا أبو توبة الربيع
بن نافع حدثنا سعيد بن عبد الرحمن الجمحي عن سهيل عن أبيه عن أبي هريرة
مرفوعا . و هذا إسناد حسن رجاله ثقات رجال مسلم

Status hadith:
HR Abu Daud, al Baihaqi, ta’aliq Syaikh al Albani, silsilah al sahihah, no 622, hadith hasan, perawi-perawinya adalah perawi Muslim.

 

 

SOALAN

Dari Anas RA, dia bercerita: Rasulullah SAW bersabda:
“Jika terjadi panas memuncak, maka nuetralkanlah dengan bekam sehingga tidak terjadi darah tinggi pada salah seorang diantara kalian yang akan membunuhnya”
(HR al-Hakim di dalam kitab al-Mustadrak, dari Anas RA secara marfu’, beliau mensahihkannya yang diakui pula oleh Imam adz-Dzahabi (IV/212))

JAWAPAN

إذا اشتدَّ الحرُّ فاستعينوا بالحِجامةِ ، لا يتبيَّغُ الدَّمُ بأحدِكم فيقتُلُه
الراوي : أنس بن مالك | المحدث : الألباني | المصدر : ضعيف الترغيب

الصفحة أو الرقم: 2024 | خلاصة حكم المحدث : موضوع
التخريج : أخرجه ابن حبان في ((المجروحين)) (2/224)، والحاكم (7482)
Status hadith:
Ta’aliq Syaikh al Albani rhm,
hadith ini palsu, dhaif al Targheeb 2024.

 

Komen dan Soalan