Utama Bilik (66) Kesalahan Dalam Solat Kesalahan Di dalam Solat / 13

Kesalahan Di dalam Solat / 13

193
0
Iklan

BAB SATU

Beberapa kesalahan pesolat di dalam isu pakaian solat dan menutup aurat ketika solat.
الفصل الأول: جماع أخطاء المصلّين في ثيابهم وستر عوراتهم في الصلاة
1.3
Solat dengan aurat terdedah, aurat maksyuufat (الصّلاة والعورة مكشوفة)
1.3.2(Bahagian 1)
Perempuan yang tidak acuh dengan pakaiannya ketika solat lantaran kejahilan atau bermudah-mudah.
(ثانياً : مَنْ لم تتعاهد ملابسها ولم تكن حريصةً على ستر جميع بدنها ، وهي بين يدي ربّها عزّ وجلّ ، إما جهلاً أو كسلاً أو عدم مبالاة )
واتَّفق الجمهور على أن اللباس المجزىء للمرأة في الصّلاة ، هو درع وخمار (بداية المجتهد : (1/115) والمغني : (1/603) والمجموع : (3/171) وإعانة الطالبين (1/285) )
Ittifaq atau kesepakatan Jumhur Ulama bahawa pakaian solat wanita yang menepati syariat ialah dira’ (berbaju kurung atau berjubah) dan khimar (tudung kepala),
(Dari kitab Bidaya al Mujtahid, al Mughni, al Majmu’, I’anat at tolibin.

 

Dibolehkan memakai telekung yang menutup kepala dan badan sekaligus seperti yang diamalkan di Malaysia.
أخرج البخاري في (( صحيحه )) : (1/483) تعليقاً عن عكرمة قال : لو وارتْ جسدها في ثوب لأجًزتُه . وانظر : (( شرح تراجم أبواب البخاري )) : (ص 48)
Terjemahan
Dari Ikrimah bin Abi Jahal, katanya: ” sudah memadai jika perempuan memakai satu helai pakaian sahaja untuk menutupi kepala dan badannya “
Hadith dikeluarkan oleh Imam al Bukhari di dalam sahihnya secara mu’allaq (tanpa sanad).
Syarah:
Ini adalah amalan wanita Malaysia iaitu solat dengan mengenakan telekung. Malahan ada syarikat yang memasarkan telekung. Contohnya syarikat Siti Khadijah.
1.3.2(Bahagian 2)
Perempuan yang tidak acuh dengan pakaiannya ketika solat lantaran kejahilan atau bermudah-mudah.
(ثانياً : مَنْ لم تتعاهد)
فقد تدخل إحداهُنّ في الصّلاة وشعرها أو جزءٌ منه أو مِنْ ساعدها أو ساقها ، وهو
مكشوف ، وحينئذ فعليها ـ عند جمهور أهل العلم ـ أن تعيد في الوقت وبعده .
ودليل ذلك ما روته السيدة عائشة ـ رضي الله عنها ـ أن النّبيّ  قال : (( لا يقبل الله صلاة حائضٍ إلاّ بِخِمارٍ ))
(أخرجه : أحمد في ((المسند)) : 6/150) وأبو داود في ((السنن)) رقم (641) والترمذي في ((الجامع)) رقم (377) وابن ماجه في ((السنن)) رقم (655) وابن الجارود في ((المنتقى)) : رقم (173) والحاكم في ((المستدرك)) : (1/251) والبيهقي في ((السنن الكبرى )) : (2/233) وابن خزيمة في ((الصحيح)) : (1/380) . وقال الترمذي : ((حسن)) . وقال الحاكم : ((صحيح على شرط مسلم )) . وصححه ابن حبان . وانظر ((نصب الراية)) : (1/295) و ((تلخيص الحبير)) : (1/279)وصححه الألباني في صحيح سنن أبي داود ( 596 ) )
Terjemahan:
Ada sebahagian wanita yang solat dengan pakaian yang tidak sempurna, iaitu terdedah rambut dan betis. Menurut jumhur ulama’, solatnya batal dan wajib diulangi jika ada sisa waktu solat tersebut.
Dalil hadith:
” Allah tidak menerima solat perempuan yang telah datang haid (baligh) kecuali dengan mengenakan khimar (tudung kepala).”
(HR Ahmad, Abu Daud, Tirmizi, Ibnu majah, Ibnu Jarud al Hakim, al Baihaqi, Ibnu khuzaimah. Menurut Tirmizi hadith ini hasan, di sisi al Haakim, hadith ini sahih atas syarat Muslim, hadith ini sahih menurut Ibnu Hibban dan Ibnu hHajar Asqolani. Disahihkan oleh Syaikh al-Albani di dalam sahih Abu Daud no hadith:596)

Komen dan Soalan