Utama Bilik (131) Tazkirah Ustaz Naim ♡ISLAMLAH…NESCAYA SELAMAT DI DUNIA DAN AKHIRAT♡

♡ISLAMLAH…NESCAYA SELAMAT DI DUNIA DAN AKHIRAT♡

25
0

UiTO Channel: Tazkirah Harian

~Tadabbur Kalamullah 5 Rabiulawal 1437H~

إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ

“Sesungguhnya Agama yang benar di sisi Allah adalah Islam”(Surah Aali Imran 19)

#Imam Ibnu Kathir menyebut didalam kitab tafsirnya:

“Maksud Islam sebagai agama di sisi Allah adalah mengikuti Rasulullah dalam segala lapangan hidup, semenjak Baginda di bangkitkan hinggalah kewafatan Rasulullah saw.

#Kedatangan Nabi saw di dunia ini antaranya adalah untuk menukar sistem kehidupan manusia daripada jahiliyah kepada Islam, daripada kesesatan kepada kebenaran, daripada kesyirikan kepada ketauhidan.

#Sistem yang di bawa oleh Rasulullah merupakan sistem kehidupan yang terbaik di dunia ini, yang menjanjikan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

#Malang bagi umat Islam pada hari ini yang membuang sistem Islam dalam kehidupan dan menjadikan sekular, kapitalis, sistem yahudi, sistem barat, sistem yang bidaah dholalah dijadikan acuan dan panduan dalam membentuk keluarga, masyarakat dan negara. Maka semuanya menuju kesesatan dan jahiliyah.

♡Islamlah…nescaya selamat di dunia dan akhirat♡

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Telegram:
Telegram.me/tadabburkalamullah
(Buka link👆dan klik join)

Komen dan Soalan