Utama Bilik (40) Asas Ilmu Hadits 02.12.06 HADITS SYAZ (الشاذ)

02.12.06 HADITS SYAZ (الشاذ)

1910
0
Iklan

Panel: BroSyarief
#020107 Bilik (40) Asas Ilmu Hadits

02.12.06 Hadits al-Mardud (المردود) Kategori Kritikan pada Periwayat (الطعن في الراوي)

#NotaBroSyarief #AsasIlmuHadits #UiTOBilik40

Susunan: BroSyarief

HADITS SYAZ (الشاذ)

Dari sudut bahasa, ia berasal dari perkataan Syuzuz (الشذوذ) yang bermaksud: bersendiri.

Adapun dari sudut istilah, ia merujuk kepada sesuatu yang diriwayatkan oleh seorang periwayat yang dinilai Tsiqah dan ianya menyelisihi riwayat seorang periwayat lain yang lebih tinggi nilai Tsiqahnya, atau bercanggah dengan sekumpulan periwayat-periwayat lain yang sama-sama dinilai Tsiqah.

Istilah yang berlawanan dengan asy-Syaz, ialah al-Mahfuz (المحفوظ) merujuk kepada riwayat dari periwayat yang Tsiqah atau dari sekumpulan periwayat-periwayat yang Tsiqah, lalu terdapat riwayat lain dari seorang periwayat yang kurang sedikit tahap Tsiqah yang menyelisihi periwayatan mereka.

Hadits Syaz dihukum dha’if dan tertolak, tanpa mempunyai peluang untuk dinaik-taraf ke peringkat Hasan li Ghayrihi (الحسن لغيره), tapi yang dipegang adalah riwayat yang sebaliknya iaitu al-Mahfuz (المحفوظ).

Contoh hukum Syaz yang berlaku pada sanad:

at-Tirmizi (w.279H) and Ibn Majah (w.273H) meriwayatkan dari jalan Sufyan ibn ‘Uyayniah; dan an-Nasaie (w.303H) pula meriwayatkannya dari jalan Ibn Jurayj;

Dan mereka berdua meriwayatkan dari ‘Amru ibn Diinar, dari ‘Ausajah, dari Ibn ‘Abbas, katanya:

أَنَّ رَجُلًا مَاتَ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَلَمْ يَدَعْ وَارِثًا إِلَّا عَبْدًا هُوَ أَعْتَقَهُ فَأَعْطَاهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِيرَاثَهُ

“Seorang lelaki meninggal di zaman RasululLah sallalLaahu ‘alaihi wa sallam dan dia tidak memiliki seorang waris pun, kecuali seorang hamba yang telah dia bebaskan; lalu Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam pun memberikan kepada hamba itu harta warisannya”

Setiap penulis dari jalan Ibn ‘Uyainah dan juga jalan Ibn Jurayj, mereka sepakat mengatakan bahawa sanadnya Marfu’ (المرفوع).

Namun begitu, terdapat sanad lain yang menyelisihi jalan mereka itu dari jalan sanad Hammad ibn Zayd yang meriwayatkan secara Mursal (المرسل).

Dia meriwayatkan dari ‘Amr ibn Diinar, dari ‘Ausajah, katanya: ‘Seorang lelaki….’, tanpa menyebut nama Ibn ‘Abbas.

Kesemua periwayat-periwayat ini dinilai Tsiqah, maka riwayat Hammad dihukum sebagai Syaz (الشاذ), manakala riwayat Ibn ‘Uyainah dan Ibn Jurayj adalah Mahfuz (المحفوظ), sebagaimana disebutkan oleh Abu Hatim:

المحفوظ حديث ابن عيينة

Yang Mahfuz adalah hadits (dari sanad) Ibn ‘Uyainah

[‘Ilal al-Hadits]

Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Abullayts KhairAbaadi.
__
#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً
#BroSyariefShares

Komen dan Soalan