Utama Bilik (106) Usyul Tafsir Panduan Cara Berdoa

Panduan Cara Berdoa

374
0
Iklan

Cara-cara berdoa

Kita perlu, bila berdoa, fokus kepada Allah SWT kerana kita hendak berdoa kepada-Nya. Kita perlu seru atau panggil-Nya, seolah-olah Allah SWT berada di depan kita.

Ya Allah, Ya Tuhanku.
Bacalah ayat ini sebagai mukaddimah doa.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ الم * اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ

Aliff Laam Miim. Allah tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekelian makhlukNya. [Ali ‘Imran: 1 – 2]

Wahai Tuhanku, Nabiku beritahu padaku daripada hadisnya, jika aku berdoa pada-Mu dengan membaca ayat ini, Allah akan makbulkan doaku. Oleh itu Tuhanku, perkenankanlah hajatku ini.

Wahai Tuhanku, aku ini seorang yang sangat cuai. Cuai pada belajar wahyu-Mu. Cuai pada belajar hadis Nabi-Mu. Sangat banyaklah dosa-dosaku. Ampunilah segala dosa-dosaku, dosa syirik-syirik yang pernah aku buat, dosa bid’ah-bid’ah juga. Ampunilah segala dosa-dosaku yang lain.

Ampunilah juga dosa-dosa kedua ibubapaku, datuk nenekku, anak isteriku, anak-anak cucuku, adik-beradikku. Selamatlah kami semua daripada azab Neraka-Mu. Masukkanlah kami ke Syurga-Mu supaya kami dapat berjumpa-Mu, Tuhanku, Tuhan yang tidak pernah kami lihat.

(بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ كهيعص * ذِكْرُ رَحْمَتِ رَبِّكَ عَبْدَهُ زَكَرِيَّا * إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ نِدَاءً خَفِيًّا * قَالَ رَبِّ إِنِّي وَهَنَ الْعَظْمُ مِنِّي وَاشْتَعَلَ الرَّأْسُ شَيْبًا وَلَمْ أَكُنْ بِدُعَائِكَ رَبِّ شَقِيًّا * وَإِنِّي خِفْتُ الْمَوَالِيَ مِنْ وَرَائِي وَكَانَتِ امْرَأَتِي عَاقِرًا فَهَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ وَلِيًّا * يَرِثُنِي وَيَرِثُ مِنْ آلِ يَعْقُوبَ ۖ وَاجْعَلْهُ رَبِّ رَضِيًّا * يَا زَكَرِيَّا إِنَّا نُبَشِّرُكَ بِغُلَامٍ اسْمُهُ يَحْيَىٰ لَمْ نَجْعَلْ لَهُ مِنْ قَبْلُ سَمِيًّا * قَالَ رَبِّ أَنَّىٰ يَكُونُ لِي غُلَامٌ وَكَانَتِ امْرَأَتِي عَاقِرًا وَقَدْ بَلَغْتُ مِنَ الْكِبَرِ عِتِيًّا * قَالَ كَذَٰلِكَ قَالَ رَبُّكَ هُوَ عَلَيَّ هَيِّنٌ وَقَدْ خَلَقْتُكَ مِنْ قَبْلُ وَلَمْ تَكُ شَيْئًا * قَالَ رَبِّ اجْعَلْ لِي آيَةً ۚ قَالَ آيَتُكَ أَلَّا تُكَلِّمَ النَّاسَ ثَلَاثَ لَيَالٍ سَوِيًّا * فَخَرَجَ عَلَىٰ قَوْمِهِ مِنَ الْمِحْرَابِ فَأَوْحَىٰ إِلَيْهِمْ أَنْ سَبِّحُوا بُكْرَةً وَعَشِيًّا)

Kaf, Ha, Ya, ‘Ain, Shad*(Ini ialah) perihal limpahan rahmat Tuhanmu (wahai Muhammad), kepada hamba-Nya Zakaria*

(Ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya dengan doa permohonan secara perlahan*

Ia merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang-tulangku, dan telah putih melepaklah uban kepalaku; dan aku – wahai Tuhanku – tidak pernah merasa hampa dengan doa permohonanku kepadaMu*

Dan sesungguhnya aku merasa bimbang akan kecuaian kaum kerabatku menyempurnakan tugas-tugas agama sepeninggalanku; dan isteriku pula adalah seorang yang mandul; oleh itu, kurniakanlah daku dari sisi-Mu seorang anak lelaki*

Yang layak mewarisi daku, juga mewarisi keluarga Nabi Yaakub; dan jadikanlah dia – wahai Tuhanku – seorang yang diredhai serta disukai*

(Nabi Zakaria diseru setelah dikabulkan doanya): “Wahai Zakaria! Sesungguhnya Kami memberikan khabar yang menggembirakanmu dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya, yang Kami tidak pernah jadikan sebelum itu, seorangpun yang senama dengannya”*

Nabi Zakaria bertanya: “Wahai Tuhanku! Bagaimanakah caranya aku akan beroleh seorang anak, sedang isteriku adalah seorang yang mandul dan aku sendiri pula telah sampai had umur yang setua-tuanya?”*

Penyeru itu menjawab: Demikian keadaannya – janganlah dihairankan; Tuhanmu berfirman; “Hai itu mudah bagiKu kerana sesungguhnya Aku telah menciptakanmu dahulu, sedang engkau pada masa itu belum ada sebarang apapun”*

Nabi Zakaria merayu lagi: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah satu tanda bagiku (yang menunjukkan isteriku mengandung)”, Allah Ta’ala berfirman: “Tandamu itu ialah engkau tidak akan dapat berkata-kata dengan orang ramai selama tiga malam, sedang engkau dalam keadaan sihat”*

Maka diapun keluar mendapatkan kaumnya dari Mihrab (tempat sembahyangnya), lalu ia memberi isyarat kepada mereka: “Hendahklah kamu bertasbih (mengerjakan ibadat kepada Allah SWT) pagi dan petang”* [Maryam: 1 – 11]

Nota: Baca dulu terjemahannya. Hayati maksudnya.

Kemudian baca ayat di atas. Lalu katalah dalam doa,

Wahai Tuhanku, Tuhanku telah beritahuku dalam Al-Quran ini; kepada Nabi Zakaria AS yang berhajatkan seorang anak. Dia pada masa itu baginda seorang yang sangat tua dan isterinya mandul serta tua juga. Iaitu Tuhanku boleh memakbul doa-doa hamba-hamba-Mu yang berdoa walaupun mustahil adat. Aku pula Tuhanku, bukanlah tua tapi aku ingin «nyatakan hajat.»

Sekiranya Tuhanku memakbulkan hajatku, memanglah Tuhanku yang Maha Berkuasa. Sekiranya Tuhanku tidak ingin memakbulkan doaku, memanglah tiada kuasa sesiapa yang boleh mendesak Tuhanku. Tetapi sekiranya Tuhanku tidak ingin hendak memakbulkan doaku, maka pada siapa lagilah aku boleh berdoa; kerana Allah sahajalah Tuhanku.

Semoga jadi panduan cara-cara berdoa.

Allahu a’lam.

Komen dan Soalan