Utama Bilik (49) Tanda-tanda Kiamat TKK 128/131: Bangunan Pencakar Langit di Kota Makkah (ارتفاع مباني مكة)

TKK 128/131: Bangunan Pencakar Langit di Kota Makkah (ارتفاع مباني مكة)

40
0
KONGSI

 TKK 128 Bangunan Pencakar

Langit di Kota Makkah  (ارتفاع مباني مكة)

Di antara tanda Kiamat yang sedang berlaku ialah perubahan mendadak pembangunan infrastruktur kota Makkah dari sebuah kota yang kecil menjadi bandaraya mega dipenuhi pencakar langit dan terowong. Kalau dulunya Kaabah dikelilingi oleh bukit bukau, sekarang bukit-bukit itu sudah lenyap dan diganti dengan bangunan tinggi.

Dalil hadith:

أثر عبدالله بن عمرو في كظائم مكة رواه ابن أبي شيبة في المصنف حدثنا غندر عن شعبة عن يعلى بن عطاء عن أبيه قال كنت آخذا بلجام دابة عبد الله بن عمرو فقال كيف أنتم إذا هدمتم البيت فلم تدعوا حجرا على حجر قالوا ونحن على الإسلام قال وأنتم على الإسلام قال ثم ماذا قال ثم يبنى أحسن ما كان فإذا رأيت مكة قد بعجت كظائم ورأيت البناء يعلو رؤوس الجبال فاعلم أن الأمر قد أظلك
وإسناده لابأس به وهو موقوف على عبدالله بن عمرو من قوله .

[Sumber: http://www.ahlalhdeeth.com/vb/showthread.php?t=87482]

Terj: Ibnu Syaibah meriwayatkan dengan sanadnya kepada Ya’la ibn Atha’ dari ayahnya, dia berkata: pada suatu hari, aku menuntun tali kekang unta Abdullah ibn Amr, lalu beliau berkata: “Bagaimana pendapat kalian, jika kalian hancurkan Ka’bah dan tidak menyisakan ada batu yang masih bertimbun? Mereka menjawab: “oleh kita yang beragama Islam?

Beliau menjawab: “benar, kalian yang beragama Islam”. Seseorang bertanya: Lalu apa lagi? Beliau menjawab: kemudian ia akan dibangun dengan yang lebih bagus darinya. Apabila kalian telah melihat terowong-terowong besar di Makkah, dan bangunan-bangunannya menjulang tinggi melebihi pergunungannya, maka ketahuilah bahwa Kiamat telah mendekatimu.”

[Riwayat Ibnu Abi Syaibah dan Al-Arzaqi: Musannaf ibn Abi Shaybah, hadith: 14306: Hadits hasan. Menurut Al Muhaddith Shaykh Muhammad ‘Awwamah ] sumber portal ahlalhadeeth

 

 

Syarah Dr al-Areefi:

Ia adalah tanda kiamat yang berlaku sekarang di mana ia benar seperti kata atsar Abdullah bin Amru (hadith mauquf) di mana beliau telah mendengar akan berita ini dari Nabi saw.  Jika sesiapa yang pernah pergi ke Makkah untuk mengerjakan umrah, akan dapat menyaksikan kepesatan pembangunan Makkah khususnya di sekeliling al-Haram seperti yang dikatakan atsar tersebut, bukit bukau dipugar dan diratakan dan dibangunkan binaan pencakar langit berupa hotel. Juga pembinaan terowong dan sistem saluran air khususnya air zam-zam.

Komen dan Soalan