Utama Tazkirah Admin Pilihlah Al-Quran dan Hadis

Pilihlah Al-Quran dan Hadis

1291
0
Iklan

UiTO Channel: Tazkirah Harian

~Tadabbur Kalamullah 19 Muharram 1437H~

فَإِمَّا يَأْتِيَنَّكُمْ مِنِّي هُدًى فَمَنِ اتَّبَعَ هُدَايَ فَلَا يَضِلُّ وَلَا يَشْقَىٰ

“Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu, maka sesiapa yang mengikut petunjukKu itu nescaya ia tidak akan sesat dan ia pula tidak akan menderita azab sengsara”[Surah TaHa 123]

#Abdullah bin Abbas berkata: “Allah menjamin kepada sesiapa sahaja yang membaca al-Quran dan mengikuti apa-apa yang ada di dalamnya bahawa dia tidak akan sesat di dunia dan tidak akan celaka di akhirat”[Tafsir at-Thabari]

#Sabda Nabi saw:

تَرَكْتُ فِيْكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوْا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا : كِتَابَ اللهِ وَ سُنَّةَ رَسُوْلِهِ

“Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah RasulNya” (Hadis Sahih Lighairih diriwayatkan oleh Imam Malik, al-Hakim dan al-Baihaqi)

♡Tak mau sesat ikutla Quran dan Hadis. Kalau pilih selain Quran dan Hadis sebagai panduan hidup, sesatla tu. Sesat di dunia dan akan sesat jalan untuk ke Syurga. Taufiq dan hidayah milik Allah, mohonlah♡

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Telegram:
telegram.me/tadabburkalamullah
(Buka link 👆 dan klik join)

Komen dan Soalan