Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 NOTA FIQH WANITA 2 – Januari 2017

NOTA FIQH WANITA 2 – Januari 2017

303
0
Iklan

SOALAN & JAWAPAN

FIQH WANITA

SOALAN

Berdasarkan sabda Rasulullah saw,
“Tidak ada seorang anak pun yang terlahir kecuali dia dilahirkan dalam keadaan fithrah. Maka kemudian kedua orang tuanyalah yang akan menjadikan anak itu menjadi Yahudi, Nashrani atau Majusi sebagaimana binatang ternak yang melahirkan binatang ternak dengan sempurna. Apakah kalian melihat ada cacat padanya”. (Sahih Bukhari-1271)

Mengapa Rasulullah tidak menyebut agama Islam dalam hadis di atas?

JAWAPAN Ustaz Azlizan Nueq,

Sebab orang kata, agama islam adalah ‘agama fitrah’. Fitrah itu sudah bermaksud islam. Dilahirkan memang dalam Islam.

 

 

SOALAN

Berkenaan tentang zakat pendapatan. Apakah yang dimaksudkan dengan zakat pendapatan? Bagaimanakah cara pengiraannya?
Mohon penjelasan akan hal ini, syukran.

JAWAPAN Ustaz Azlizan Nueq

Zakat dari gaji.
Zakat ini tidak ada pada zaman Nabi dan para sahabat. Dan tentu ada orang yang makan gaji pada zaman itu. Maka dalam mazhab syafie, zakat pendapatan tidak ada. Ianya ada dalam mazhab Ahmad dan dipakai juga di negara ini. Dan hujah zakat ini kuat juga (petani yg miskin pun kena keluarkan zakat tanaman, kenapa orang gaji berpuluh ribu tidak bayar?).

Masih bayar 2.5% juga.

* Sekarang sudah ada zakat calculator dari pusat zakat jadi boleh gunakan itu.

 

 

SOALAN

Ustaz, mohon pencerahan. Setiap bulan sebelum ini kita bersedekah kepada ibu tunggal dan membantunya dari segi jumlah kewangan yang diperlukan. Adakah ia di kira sudah mengeluarkan zakat atau perlu ada lafaz dan niat?

JAWAPAN Ustaz Azlizan Nueq:

Zakat kena kira betul-betul, tidak boleh membuat anggaran sudah cukup jumlahnya. Kalau kita sudah kira dan tahu jumlah, kita boleh sahaja memberi kepada ibu tunggal. Tidak perlu sebut itu zakat, cukup dengan niat kita.

 

 

SOALAN

Adakah benar pemahaman saya dibawah tentang ruqyah?

Kaedah ruqyah ini tidak memerlukan perantaraan kerana ia bukan dari Nabi bukan? Setahu saya daun bidara adalah bertujuan untuk mengembalikan semangat pesakit yang lemah setelah dipulihkan dengan kaedah ruqyah. Bukan di jadikan perantaraan untuk merawat penyakit tersebut.

๐Ÿ‘‰Disini saya sertakan satu pendapat yang saya terima. Apakah pandangan ustaz?

-Contoh seperti juga habatussauda, madu, zaiton, buah tin, pengkaji ni mereka mengolah teknik mereka dan gunakan makanan sunnah ni sebagai ramuan untuk melawan jin dalam badan. Dibacakan ayat ruqyah pada campuran makanan dan doa supaya ianya menjadi racun pada syaitan dlm badan. Apabila pesakit makan, ia akan memberi kesan kepadanya antaranya ada yang muntah,sakit dan pening.
Tapi teknik tu tidak mengandungi unsur syirik didalamnya…

JAWAPAN Ustaz Azlizan Nueq:

Tidak ada dalil. Nabi menggunakan bahan-bahan alam sebagai kaedah yang dipanggil zaman sekarang naturopathy – guna daun, habbatus sauda, madu dan sebagainya.

Zaman kita makan ubat macam panadol tapi manusia sudah kembali kepada makan akar kayu dan daun juga sekarang.

Tidak ada dalil Nabi dan sahabat ruqyah pada makanan itu. Kerana makanan itu sendiri sudah ada zat yang boleh memberi kebaikan kepada pemakan.

Muntah dan keluar segala macam perkara itu bukan dalil yang jin itu kalah, marah atau sudah lemah. Saya pernah lihat sendiri, muntah segala macam, tapi tidak keluar.
Sebaliknya setelah di ajar, ibunya berdoa, baik jadi budak itu. Emak dia berdoa sendiri dengan bahasa dia sendiri. Sebab dia emak, maka doanya ikhlas sebab anak dia sudah lama sakit terkena gangguan.

Jadi, ia kembali kepada ‘doa’ juga. Cuma orang tidak tahu cara berdoa kerana mereka sangka kena minta orang lain doakan. Saya syadid dalam perkara ini.Bergantung kepada pemahaman masing-masing. Setakat ini saya tidak setuju kalau diruqyah segala makanan, air, ayam, baju dan lain-lain.

 

 

SOALAN

Ustaz, mengenai zihar, jika suami menyamakan kulit anak sama macam kulit isteri, adakah dikira zihar?

JAWAPAN Ustaz Azlizan Nueq:

Zihar adalah amalan masyarakat Arab Jahiliyah. Mereka lafazkan sebab nak seksa isteri mereka. Lafaz itu mengharamkan isteri mereka dari hubungan tapi tidaklah cerai (macam cerai tanpa tali).

Lafaz yang digunakan adalah seperti: punggung kau macam punggung mak aku.

Zihar ini adalah dengan niat untuk memisahkan isteri. Islam datang melarang perkara ini. Kalau tidak ada niat, tidaklah termasuk dalam zihar.

Zihar itu kena serta dengan niat untuk memisahkan dengan isteri dengan lafaz tertentu. Orang melayu tidak buat benda ni. Kalau baca Qur’an secara literal, memang akan ada fahaman yang begitu.

Allahua’lam

 

 

SOALAN

Ustaz, apakah erti majlis tahkim?

JAWAPAN Ustaz Azlizan Nueq:

Umumnya tahkim ini apabila dua pihak berbalah atau salah faham. Keduanya bersetuju untuk lantik wakil masing masing berbincang dan mereka akan bersetuju dengan keputusan mereka.

Khususnya dalam sejarah, majlis tahkim antara pihak Saidina Ali dan Muawiyah selepas terjadinya fitnah besar.

Allahua’lam

 

 

SOALAN

a. Assalamualaikum, apa maksud khitbah? Apakah khitbah dibenarkan dalam islam? Jika dibenarkan, apa syarat-syarat yang harus dipatuhi dalam khitbah.
Mohon penjelasan akan persoalan ini. Syukran.

JAWAPAN Ustaz Azlizan Nueq,

Khitbah maksudnya bertunang. Iaitu perjanjian untuk bernikah. Ianya memang ada dalam islam. Kalau seorang wanita sudah menjadi tunang orang lain, haram untuk meminangnya lagi. Sebab dah ada orang ‘book’.

Yang buat majlis, kenduri, bagi cincin, semua itu adalah adat sahaja.

 

b. Mulanya saya ingatkan nikah gantung sebab kawan saya kata khitbah itu nikah gantung. Adakah nikah gantung dibolehkan ke dalam islam?

JAWAPAN Ustaz Azlizan Nueq,

Nikah gantung (disebut nikah khitbah? rasanya ini rekaan kot). Tidak ada dalam Islam.
Selepas akad nikah, dah sah untuk mengadakan perhubungan seks. Tidak boleh ditahan kerana ianya sudah halal. Kalau ditahan, itulah mengharamkan yang halal.

Ada juga yg buat begini… sebab belajar dan selalu jumpa, jadi nak couple, maka mereka nikah gantung – tidak bersama. so boleh jumpa, boleh sembang dan sebagainya. Sebab mereka masih belajar, yg lelaki pun tidak dapat nak bagi nafkah tempat tinggal dan jaga isterinya. Ini juga tidak ada.

Kalau nak ada, begini. Iaitu dah nikah tapi isteri itu melepaskan haqnya sebagai isteri (tanazul). Iaitu seperti yang dilakukan oleh Sauda’ terhadap Rasulullah. Sauda’ adalah isteri nabi tapi dia telah lepaskan haq harinya kepada Aisyah. Maka ulama membenarkan kalau begini. Jadi, satu pasangan boleh berkahwin dan isteri itu tidak menuntut haq nafkah, tempat tinggal dan sebagainya. Tapi ini setahu saya dinamakan nikah mis’yar, bukan nikah khitbah. Kerana ‘khitbah’ adalah tunang.

Tapi walaupun isteri lepaskan hak nafkah, mereka tetap boleh mengadakan hubungan seks.

Khitbah disebut dalam Quran dalam 2:235

ูˆูŽู„ุง ุฌูู†ุงุญูŽ ุนูŽู„ูŽูŠูƒูู… ููŠู…ุง ุนูŽุฑู‘ูŽุถุชูู… ุจูู‡ู ู…ูู† ุฎูุทุจูŽุฉู ุงู„ู†ู‘ูุณุงุกู
Dan tidak ada dosa bagi kamu meminang wanita-wanita itu dengan sindiran
Jelas maksud ‘khitbah’ di sini adalah meminang.

 

 

SOALAN

Ustaz, adakah sahih Nabi saw menikahi Aisyah ketika usianya 6 tahun dan bersama ketika umur 9 tahun? Adakah ini nikah khitbah?

JAWAPAN Ustaz Azlizan Nueq

Tentang pernikahan Rasulullah dengan Aisyah itu, ada khilaf. Yang masyhur mengatakan ya, pernikahan itu pada masa aisyah berumur 6 tahun. Dan perkara ini ada dalam hadis pun, dalam Bukhari.

Tapi ada juga pendapat yang mengatakan waktu itu umurnya 16 tahun, bukan 6 tahun. Ada perbincangan panjang tentang perkara ini. Dan saya memilih pendapat ini.

Tapi, kalau kita pakai kisah Nabi menikah masa Aisyah 6 tahun pun, ia bukan nikah khitbah. Nabi tidak bersama dengan Aisyah kerana baginda tidak ada duit untuk bayar mahr. Dan bila tidak bayar mahr, seorang isteri boleh menahan farajnya dari suaminya. Setelah Nabi tidak bersama dengan isterinya, Abu Bakr tanya kenapa dan nabi jelaskan yg dia tidak mampu. Itulah kisahnya. Allahu a’lam.

 

 

SOALAN

Adakah ini dikatakan nikah mis’yar, contoh suami yang pergi berperang, terpaksa bertugas 3 bulan dan jauh dari isteri tanpa nafkah?

JAWAPAN Ustaz Azlizan Nueq

Ini nikah biasa sahaja. Kerana zaman Nabi dan sahabat pun mereka berperang. Kadang ada yang pergi lama. Cuma pada zaman Umar sahaja, beliau menetapkan tidak lebih dari 4 bulan.
Ini kerana beliau lihat, ada isteri yang buat perangai apabila suami mereka lama pergi berperang. Jadi dia tanya anak dia, berapa lama seorang isteri tahan kalau tidak bersama suami? Anaknya jawap 4 bulan. Maka Umar menetapkan hukum, seorang tentera tidak boleh berkhidmat tanpa jumpa isteri lebih dari 4 bulan, melainkan kalau isteri izinkan.

Jadi nikah mis’yar ini boleh diamalkan begini:
Seorang wanita yang sudah andartu, maka dia nak berkahwin. Dia pun sudah ada rumah, kerjaya dan sebagainya. Maka dia boleh offer kepada mana-mana lelaki, untuk berkahwin dengannya, tapi tidak perlu beri nafkah zahir kepadanya.

 

 

SOALAN

Apakah mahar itu boleh ditentukan bakal isteri atau ia adalah hak bakal suami menentukan berapa bayaran yang dia ingin berikan? Mengapa ada ketetapan berbeza bagi minimum mahar di setiap negeri?

JAWAPAN Ustaz Azlizan Nueq

Mahr adalah hak isteri. Dia yg tetapkan. Mahr adalah harta isteri itu, maka kenalah ia sesuatu yg bernilai. Zaman sahabat, ada yg beri kebun. Ali gadaikan baju besi dia utk berkahwin dengan fatimah. Baju besi mahal.
Penting untuk ia bernilai, kerana kalaulah terjadi apa-apa kepada suami itu, dia adalah harta untuk dia gunakan. Tidaklah ada 80 ringgit sahaja.

Penetapan mahr tidak baik pada pendapat saya. Saidina Umar pernah hendak menetapkan mahr pada zamannya supaya tidak banyak sangat. Tapi beliau ditegur dan dia tarik balik penetapan itu.
Jadi seorang bakal isteri boleh tetapkan berapa yang dia nak. Tengoklah bakal suami macam mana. Kalau orang biasa sahaja, janganlah letak 50 ribu.

Umar nak tetapkan 400 dirham (kalau tak silap saya). Iaitu mahr tidak boleh lebih dari 400 dirham.
Tapi ada wanita yang bangkit dan ingatkan beliau dengan ayat Nisa:20

ูˆูŽุฅูู† ุฃูŽุฑูŽุฏุชูู…ู ุงุณุชูุจุฏุงู„ูŽ ุฒูŽูˆุฌู ู…ูŽูƒุงู†ูŽ ุฒูŽูˆุฌู ูˆูŽุขุชูŽูŠุชูู… ุฅูุญุฏุงู‡ูู†ู‘ูŽ ู‚ูู†ุทุงุฑู‹ุง ููŽู„ุง ุชูŽุฃุฎูุฐูˆุง ู…ูู†ู‡ู ุดูŽูŠุฆู‹ุง
Dan jika kamu ingin mengganti isterimu dengan isteri yang lain, sedang kamu telah memberikan kepada seseorang di antara mereka harta yang banyak,

Kalimah ู‚ูู†ุทุงุฑู‹ุง boleh diterjemahkan ‘longgokan emas’. Jadi tidak salah kalau hendak beri dan tetapkan mahr yang banyak.

 

 

SOALAN

a. Assalamualaikum, apakah yang dimaksudkan dengan ‘daaman masfoohah’? Adakah dalil larangan mengenainya?

JAWAPAN Ustaz Azlizan Nueq

Maksudnya ‘darah yang mengalir’. Seperti disebut dalam An’am:145

Masyarakat Arab Jahiliyah tebuk binatang ternakan dan ambil darah dan dijadikan sebagai kuah dalam masakan. Ini dilarang. Bukanlah darah semata yang dilarang. Maka kalau ada darah sikit sikit melekat pada daging, tidak mengapa.

Masyarakat kita tak makan darah macam tu. Tapi ada masyarakat lain yang buat, sekarang pun.

 

b. Bagaimana pula dengan daging import,hasil tenusu dan keju?
Apakah halal dari luar negara yang kita yakini, sudah cukup untuk membuat kita makan? Apakah maksud halalan toyyiban?

JAWAPAN Ustaz Azlizan Nueq

Hasil tenusu boleh makan. Ada hadis Nabi makan walaupun diberi oleh orang kafir.
– Halalan – halal
– Toyyiban – baik
Kadang ada benda yang halal tapi tidak baik. Contohnya daging kambing. Ada orang yang tidak boleh makan kerana lemak tinggi. Boleh menyebabkan sakit kerana dia sendiri sudah ada darah tinggi. Toyyiban bergantung kepada keadaan individu. Islam mengajar kita makan ikut kesesuaian.

Komen dan Soalan