Utama Bilik (21) Aqidah Salaf Sepintas Ulangkaji Aqidah Salaf

Sepintas Ulangkaji Aqidah Salaf

487
0
Iklan

Oleh Ustaz Benjamin Sy@zwan:

Sedikit perkongsian seputar istilah salaf:

Ibnu Taimiyyah menjelaskan pengertian salaf bahawa mereka adalah para sahabat Nabi s.a.w, tabi’in dan para pengikut tabi’in seperti yang disebut dalam hadis; “Sebaik-baik kurun adalah pada masaku, kemudian setelahnya, kemudian lagi setelahnya.”
(HR Bukhari & Muslim)

3 generasi awal umat Islam yang mendapat jaminan/ guaranteed daripada Allah dan Rasul.

Ibnu Taimiyyah menambah, untuk menjelaskan mazhab salaf berikut kami bahagikan dua langkah:

1. Menukil kata-kata mereka seperti ahlul ilmi yang meriwayatkan kata-kata tersebut daripada mereka dengan sanad yang sahih/valid..

2. Menukil kalam salaf dari seluruh kelompok kaum Muslimin seperti daripada 4 imam mazhab, ahli hadis, tasawuf, ahli kalam seperti Asy’ari dan selainnya. Dengan demikian mazhab salaf dinukil berdasarkan ijma’ pelbagai kelompok secara mutawatir. Kami tidak menyatakan kebenaran hanya di pihak kami dan apa-apa yang bertentangan dengan kami salah seperti yang dilakukan para ahli bid’ah.

Al-Fatawa, 4/152.

Ibnu Taimiyyah meneruskan; dengan..demikian diketahui bahawa syiar ahli bid’ah adalah tidak mengikuti salaf. Kerana itu Imam Ahmad menyatakan dalam risalah Abdus bin Malik, “Asas sunnah menurut kami ialah berpegang teguh dengan ajaran para sahabat Nabi.”

Thabaqat Al-Hanabilah, 1/241.

Pada bahagian yang lain beliau menegaskan, terdapat kesepakatan antara ASWJ melalui semua sanad bahawa masa terbaik adalah seperti yang disebutkan Nabi s.a.w, salaf lebih utama dari khalaf dalam segala hal; ilmu, amal, iman, akal, agama, penjelasan seperti yang dikatakan oleh Abdullah bin Mas’ud r.a.

“Barangsiapa antara kalian yang ingin mencari teladan, hendaklah meneladani orang yang telah meninggal kerana orang yang masih hidup tidak dijamin untuk bebas daripada fitnah. Para sahabat Muhammad adalah orang-orang yang paling berbakti di antara umat ini, paling dalam ilmunya, paling tidak melampaui batas, mereka adalah golongan yang dipilih Allah untuk Nabi-Nya, menegakkan agama-Nya maka ketahuilah hak mereka. Jadikan agama mereka sebagai pegangan kerana mereka berada di atas petunjuk yang lurus.”

Al-Fatawa, 5/157-159.

Al-Imam Al-Auzaai berkata :
” Sabarkanlah jiwamu di atas Sunnah, berhentilah di mana para pendahulumu berhenti, katakanlah apa yang mereka katakan, tahanlah dari apa yang mereka menahan darinya, dan tempuhlah jalan para pendahulumu yang shalih, karena telah mencukupimu apa yang mencukupi mereka “ ( Syarhu Ushul Al-I’tiqad oleh Laalikai 1/154 )

Komen dan Soalan