Utama Bilik (01) Fiqh As Sunnah Seputar Khilaf Berdiri Di Hadapan Tetamu

Seputar Khilaf Berdiri Di Hadapan Tetamu

1280
0
Iklan

Soalan: Bagaimana hendak mengetahui Fiqhud Dalil tentang isu berdiri di hadapan pemimpin. Contohnya:

Perkataan Hassan bin Tsabit

قيامي بالعزيز علي فرض…

Rasullullah tidak mahu aku berdiri dihadapannya hak baginda. Tapi hak kita untuk memuliakan hak Rasulullah.

Maaf tak dapat matan Arab sepenuhnya.

Ini matan perkataan Hassan Tsabit ketika Rasullullah datang dan beliau tidak duduk seperti sahabat lain:

قيامي للعزيز علي فرض # وترك الفرض ما هو مستقيم
عجبت لمن له عقل وفهم # يرى هذا الجمال ولا يقوم

Jawapan THTL al-Jazani:

Multaqa ahli hadith, yang dipimpin oleh Dr Abdullah al-Faqih

وقد ذكر هذه القصة بعض المتأخرين بلا سند:
حاشية البجيرمي على الخطيب = تحفة الحبيب على شرح الخطيب (3/ 386)
وقد روي عنه – عليه الصلاة والسلام -: «أنه أمر أصحابه أن لا يقوموا له إذا مر بهم فمر يوما بحسان – رضي الله عنه – فقام وأنشد:
قيامي للعزيز علي فرض … وترك الفرض ما هو مستقيم
عجبت لمن له عقل وفهم … يرى هذا الجمال ولا يقوم
وقد أقره المصطفى – صلى الله عليه وسلم – على ذلك» .

Ia mengenai kisah Hasan bin Tsabit, penulis wahyu Nabi saw yang berdiri menghormati Nabi saw dan melantunkan syair:

“Berdiriku (karena menghormati Nabi Saw) yang mulia adalah kewajiban,
meninggalkan kewajiban itu tidak benar.
Aku heran pada orang cerdik pandai,
melihat keelokan ini (Nabi) dan enggan berdiri.”

Komen Dr Abdullah al-Faqih, ia hanya rekaan puak sufi, kisah ini disibarkan tanpa sanad, contohnya dalam kitab Hasyiah al-Bujairimi Alal Khatib, 3:386
kitab ni silibus di pondok (adalah hujah) palsu

Fiqh berdiri kepada leaders atau pemimpin ni isu Khilaf. tapi amalan sufi berdiri ketika majlis ‘ya hanana’ atau ‘1Malaysia Bershalawat’ tu adalah bid’ah sebab ia berdiri ketika mana Nabi saw dikatakan hadir dalam majlis pooja nabi atau majlis bershalawat perdana yang dihadiri oleh habeeb dari Yaman dan Indon

Berdiri kepada pemimpin.
kata Ibn Qayyim dalam Hasyiah as-Sunan, berdiri ada 3 jenis:

1. Berdiri kepada pemimpin yang duduk, ia haram kerana kesombongan
2. Berdiri ketika ketibaan pemimpin, ia boleh
3, Berdiri bila melihat pemimpin, ini yang khilaf. Maksudnya bila nampak ustaz, tak je pantang jumpa, terus berdiri. Ini diperselisihkan. Imam nawawi membolehkan dalam al-azkar.

Soalan:
Pandangan ustaz yang mana lebih aula untuk hal ketiga?

Dan khilaf ini timbul dari hadis yang mana?

THTL al-Jazani:
Kenyataan al-Ghazali rh dalam Ihya’:
1. Makruh bila berdiri kerana mengkuduskan atau mengagungkan si fulan samada sebagai pemimpin atau tuan guru
2. Harus bila berdiri sebagai tanda hormat.

Pendapat yang rajih:
Budaya Islam tidak berdiri kepada pemimpin, tapi jika uruf menetapkan wajib berdiri seperti dalam majlis tertentu dan dalam mahkamah kerana ketibaan Tuan Hakim, maka ibn Taymiyah (Fatawa Misyriyah) membenarkan kerana orang yang tidak berdiri akan diambil tindakan, komen Imam ibn Hajar Asqolani rh

وفي الجملة متى صار ترك القيام يشعر بالاستهانة أو يترتب عليه مفسدة امتنع، وإلى ذلك أشار ابن عبد السلام.

“Kesimpulan, apabila tidak berdiri terhadap seseorang disangka menghinakan atau akan menimbulkan kerusakan lain, maka hendaklah ia berdiri. Demikianlah yang diisyaratkan oleh Ibnu ‘Abdis-Salaam” [Fathul-Baariy, 11/54].

Hadithnya banyak…ibn Hajar dia himpun semua…bila nabi marah bila berdiri dan bila nabi suruh berdiri…maka dia buat kesimpulan…khilaf ni berlaku bila nasnya saling berlawanan…bukan isu berdiri jer…banyak lagi isu

Soalan:
Jadi maksudnya ada hadis melarang berdiri ada hadis menyuruh berdiri. Yang berdiri ni ustaz boleh share ke sebab saya belum ingat terbaca lagi.

قوموا إلى سيدكم

“Berdirilah menuju sayyid (pemimpin) kalian” [Diriwayatkan oleh Al-Bukhari no. 6262, Muslim no. 1768, dan Abu Dawud no. 5215].

Ia ditujukan kepada Saad bin Muadz pemimpin utama kaum Ansar, bila dia datang, Nabi menyuruh orang Ansar berdiri untuk menyambutnya.

عن عائشة قالت: كن أزواج النبي صلى الله عليه وسلم عنده.لم يغادر منهن واحدة. فأقبلت فاطمة تمشي. ما تخطئ مشيتها من مشية
رسول الله صلى الله عليه وسلم شيئا. فلما رآها رحب بها. فقال “مرحبا بابنتي” ثم أجلسها عن يمينه أو عن شماله.

Dari ‘Aisyah ia berkata : “Suatu ketika para istri Nabi saw berada di sisi beliau tanpa ada seorang istri pun yang tertinggal. Maka datanglah Fatimah dengan berjalan kaki yang cara berjalannya tidak berbeda sedikit pun dengan cara berjalannya Rasulullah saw. Setelah beliau melihatnya, beliau menyambutnya (dengan berdiri)dengan mengucapkan : ‘Selamat datang putriku’” [Diriwayatkan oleh Al-Bukhari no. 3623 dan Muslim no. 2450].

3 juga uruf

العادة محكمة

“Adat dapat menjadi dasar dalam hukum”
Maksudnya jika di Malaysia, ada ketika wajib berdiri misalnya bila Raja masuk ke dalam balairong seri, atau ketika Hakim masuk ke mahkamah, maka adat di Malaysia berdiri. Maka ini adat yang menjadi hukum

Komen dan Soalan