Utama Bilik (78) Bulughul Maram & Fathul Bari Hadis 80: Dhaifnya Hadis Muntah Membatalkan Wudhuk

Hadis 80: Dhaifnya Hadis Muntah Membatalkan Wudhuk

353
0
Iklan

Panel: Ustaz Abu Tolhah Solahuddin
Kitab Bulughul Maram

Assalamu’alaikum

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله على نعمه والصلوة والسلام على رسوله الكريم
اللهم انفعنا بما علمتنا و علمنا ما ينفعنا و زدنا علما
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
أما بعد،

Hadis 80

وَعَنْ عَائِشَةَ -رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا- أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صَلَّى عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- قَالَ: “مَنْ أَصَابَهُ قَيْءٌ أَوْ رُعَافٌ, أَوْ قَلَسٌ, أَوْ مَذْيٌ فَلْيَنْصَرِفْ فَلْيَتَوَضَّأْ, ثُمَّ لِيَبْنِ عَلَى صَلَاتِهِ, وَهُوَ فِي ذَلِكَ لَا يَتَكَلَّمُ”. أَخْرَجَهُ ابْنُ مَاجَه، وَضَعَّفَهُ أَحْمَدُ، وَغَيْرُهُ

Dari ‘Aisyah رضي الله عنها sesungguhnya Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Barangsiapa yang muntah atau mengeluarkan darah dari hidung atau jeluak atau mengeluarkan air mazi maka dia hendak lah keluar lalu berwudhu. Kemudian hendak lah dia menyambung solatnya (yang terdahulu) dalam keadaan itu dia tidak bercakap”
Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan didhaifkan oleh Ahmad serta selainnya.

Darjat Hadis,

Hadis ini dhaif Marfu’ . Dan ia sohih sekiranya Mauquf.

Dan hadis ini Mursal.

Penerangan

1. Lafaz رُعَافٌ bermaksud keluar darah melalui hidung.

2. Lafaz قَلَسٌ bermaksud: jeluak iaitu terkeluar muntah sedikit yang kadarnya tidak memenuhi mulut atau kurang dari itu.

3. Hadis ini secara zahirnya menunjukkan bahawa batal wudhu kerana perkara-perkara tersebut dan bila keluar berwudhu dengan diam tanpa berbicara maka boleh meneruskan sambungan solat sebelum ini. Yakni tidak diulang solat terdahulu melainkan hanya disambung baki rakaat yang tertinggal sebelum terbatal wudhu.

4. Khilaf ulama dalam masalah boleh menyambung baki solat setelah berwudhu baru kerana terbatal wudhu:

a) Segelintir ulama mengatakan boleh sambung baki solat berdalilkan hadis di atas.
b) Jumhur ulama berpendapat batal wudhu dan batal solat. Maka sama sekali tidak sah menyambung baki solat sebelum terbatal wudhu. Mereka berpendapat hadis di atas tidak boleh dibuat hujjah kerana dhaif. Pendapat ini kuat.

5. Masalah terkeluar Mazi tiada khilaf dikalangan ulama kerana sudah ijma’ batal wudhu.

6. Manakala sisa dari dalam tubuh manusia yang terkeluar bukan dari dua kemaluan berlaku khilaf dikalangan ulama:

a) Sebahagian ulama mengatakan batal wudhu sekiranya banyak terkeluar, dan tidak batal sekiranya sedikit. Ini berdalilkan hadis riwayat Ahmad dan at Tirmidzi: bahawa Nabi صلى الله عليه وسلم muntah lalu beliau berwudhu. Hadis ini sohih.

b) Sebahagian ulama seperti imam Malik dan asy Syafie dan lain-lain berpendapat tidak batal wudhu sedikit jumlahnya atau banyak. Ini kerana hadis di atas dhaif dan dikalangan sahabat banyak diceritakan mereka luka-luka ketika perang ketika mereka solat, tidak membatalkan solat mereka dan mereka teruskan hingga sempurna solat.

Manakala jawapan bagi hadis Nabi muntah lalu beliau berwudhu:

Hadis ini adalah hadis fe’liy (perbuatan Nabi) tidak semestinya sebagai makna wajib berwudhu kerana ia boleh juga dengan maksud melegakan sakit atau menyegarkan tubuh badan kerana lemah disebabkan muntah. Makanya hanya disunnatkan berwudhu bukan wajib dan bukan kerana terbatal wudhu.

Dan Allah jua Yang Lebih Mengetahui.

Habis di sini..

🔴 Soalan: Bagaimanakah kaedah ahli fiqh berhujah menggunakan hadis dhoif seperti di atas ustaz?

Ahli feqah tidak berhujjah dengan hadis dhaif secara am nya. Ini kerana berselisih dengan usul feqah mereka. Cuma jika ada hadis mursal atau mauquf atau hadis pengukuh lain maka mereka berhujjah dengan hadis dhaif itu kerana dhaifnya ringan sebab ada bantuan dari pengukuh-pengukuh.. Atau penerimaan hadis itu melalui maknanya yang sohih tapi tidak lafaz matan nya. Ini biasa dlm Bulughul Maram.

Detail kena bahas dalam usul feqah..harap maklum.

وآخر دعوانا ان الحمد لله رب العالمين
السلام عليكم ورحمة الله

Komen dan Soalan