Utama Bilik (22) Hadith Al-Sakandary QnA Bersama Dr Fathi: Perlukah Semua Salafi Bertaklid Pada Al-Albani?

QnA Bersama Dr Fathi: Perlukah Semua Salafi Bertaklid Pada Al-Albani?

325
0
Iklan

S: Assalammualaikum, Bolehkah hanya mentaqlid satu Muhaddis sahaja dalam penilaian hadis seperti Golongan salafi kebanyakkannya bertaqlid pada Al-Albani

J: Bagi orang awam yang tidak mampu menilai hadith, maka baginya taqlid kepada mana-mana ulama hadith akan sahih dan dhaifnya hadith. Saya salafi dan saya tidak bertaqlid kepada al-Albani. Al-Albani dengan ketokohannya tidak menjadikan beliau sebagai muktamad dalam tashih dan tad’if, baginya tidak sedikit silap. Penuntut ilmu hadith yang benar mengkaji akan mengetahui bahawa sangat ramai tokoh hadith yang lebih hebat dan terperinci kajiannya berbanding al-Albani, ini tidak menjadikan al-Albani tertolak mutlak, diterima dan ditolaknya al-Albani sebagaimana ulama lainnya. Utamakan kajian huffaz salaf mutaqaddimin, semisal al-Bukhari, Abu Hatim dan lainnya huffaz.

Pohon admin kongsikan semula koleksi kuliah serta jawapan dan soalan edisi google book

https://books.google.com.my/books/about/Koleksi_Bicara_Hadith_Bersama_Dr_Fathi_A.html?id=jYlVCgAAQBAJ&redir_esc=y

https://books.google.com.my/books?id=MxhaCgAAQBAJ&source=gbs_similarbooks

S: Apa beza hadis syadz dengan hadis munkar?

J: Tiada bezanya, keduanya sinonim. Para huffaz mutaqaddimin tidak pernah membezakan. Mereka yang membezakan telah silap. Rujuk nota kelas lalu berkenaan hadith Munkar, telah dibincang dalam kelas lalu.

S: Apa perbezaan mudraj dengan ziyadah al-tsiqah , serta bagaimana kaedah muhaddis dalam berinteraksi dengannya ?

J: Rujuk soal jawab yang lalu. Soalan berulang

S: Mohon penceragan hadis di atas..barangsiapa menampar pipi isterinya satu kali, Allah akan perintahkan malaikat membalas dengan 70 kali..sahih ke tidak?

J: dusta

Komen dan Soalan