Utama Bilik (28) Bidaah Nusantara Fatwa Sesatnya Kitab Yang Menyokong ‘Wahdatul Wujud’

Fatwa Sesatnya Kitab Yang Menyokong ‘Wahdatul Wujud’

3311
0
Iklan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-48 yang bersidang pada 3 April 2000 telah membincangkan Wahdatul Wujud. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Fahaman Wahdatul Wujud menyalahi akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan bertentangan dengan ajaran Islam.

Bersetuju dengan Fatwa rasmi Negeri Johor yang telah diputuskan pada tahun 1948 oleh S.S. Syed Alawi Tahir Al-Hadad seperti berikut: ” Mengikut pendapat ijma ulama’ fahaman Wahdatul Wujud adalah kufur. Sesiapa yang mempercayai dan mengamalkannya adalah murtad. Jika pengamal fahaman tersebut mempunyai isteri, isterinya tertalak dan anaknya adalah anak luar nikah dan hartanya hendaklah diserahkan kepada Baitulmal “

Kitab Kasyf al-Asrar, al-Dar an-Nafis, Hidayah as-Salikin dan kitab-kitab lain yang mempunyai elemen Wahdah al-Wujud tidak dibenarkan dipelajari di masjid-masjid dan di suaru-surau.

Fatwa Negeri Berkaitan:
Bil Tajuk Negeri Penwartaan Tarikh Keputusan
1 Fahaman Wahdatul Wujud Kedah Diwartakan 29 Jul, 2000
2 Fatwa Tentang Fahaman Wahdatul Wujud Selangor Diwartakan 20 Jul, 2000

Kitab Ad Durun Nafis Dan Wahdatul Wujud

Fatwa sesat wahdatul wujud dan kitab-kitabnya

Antara contoh fahaman Wahdatul Wujud yang direkodkan

“Pengaruh pantheisme (wahdatul wujud) terhadap ketiga-tiga tokoh Sufi tersebut dapat disaksikan pada kata-kata aneh mereka yang dikenali sebagai SYATAHAT, yang diucapkan dalam keadaan tidak sedar.

Tentang Ibnu Arabi misalnya, antara ucapannya yang terkenal ialah seperti: [ hamba adalah Tuhan dan Tuhan adalah hamba. Maka siapakah gerangan yang harus diperintah? ]”

Tentang al-Hallaj pula, barangkali tidaklah ada ucapan paling mahsyur dan menggemparkan daripadanya melainkan perkataan [ ANA AL-HAQ’] (Akulah Tuhan) dan juga ucapan [Tiada yang ada dalam bajuku ini kecuali Allah],

“Sedangkan tentang Abu Yazid al-Bistami pernah juga beliau berkata; [ Maha Suci Aku, Maha Suci Aku dan Maha Besar Aku.] dan ucapan: [ Tidak ada Tuhan selain dari Aku, maka sembahlah Aku.]”

Dr Abdul Rahman Hj. Abdullah,
Pemikiran Islam Klasik, keluaran Al-Hidayah Publisher.
Ph.D., Pensyarah USM.

Komen dan Soalan