Utama Bilik (49) Tanda-tanda Kiamat TKK 85/131: Harta Melimpah Ruah (استفاضة المال وكثرته بين الناس)

TKK 85/131: Harta Melimpah Ruah (استفاضة المال وكثرته بين الناس)

35
0
KONGSI

Dalil hadith:

فعن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال :«لا تقوم الساعة حتى يكثر فيكم المال فيفيض حتى يهم رب المال من يقبله منه صدقة ويدعى إليه الرجل فيقول لا إربا لي فيه> صحيح البخاري برقم 1346

Dari Ab Hurayra, bahawa Nabi saw bersabda,

” Kiamat tidak akan terjadi hingga harta melimpah di kalangan kamu. Pemilik harta akan berkeliling untuk mencari penerima sedekahnya (zakatnya) dan ketika ia menyeru seseorang untuk diberikan sedekah, orang tadi akan menjawab, “saya tidak memerlukannya.”

(Muttafaq ‘alaih, Bukhari no 1346)

 

Dalil hadith:

وعن أبي موسى الأشعري رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال :«ليأتين على الناس زمان يطوف الرجل فيه بالصدقة من الذهب ثم لا يجد أحدا يأخذها>

Dari Abu Musa ra, bahawa Nabi saw bersabda,

akan tiba masanya bagi manusia di mana pemilik harta akan berkeliling mencari orang yang sudi menerima sedekahnya dari emas akan tetapi tidak ada orang pun yang sudi menerimanya.”

(HR Muslim 1012)

 

Syarah:

Menurut al-Hafiz, ada lima tafsiran akan fenomena ajaib ini. Ia ajaib kerana para sahabat hidup dalam serba kemiskinan dan kekurangan, bahkan Nabi saw sendiri hanya ada kurma dan air sahaja di rumahnya. Kebanyakan manusia pada zaman itu hidup dalam kemiskinan dan saling menyerang negara lain untuk mendapatkan hartabenda. Apakah fenomena harta melimpah ruah berlaku selepas itu atau akan datang?

Fenomena harta melimpah ada 5 kemungkinan:

1) Ia berlaku di zaman sahabat, zaman khulafa arrashidin, di mana mereka berjaya menakluki Rome, Farsi dan Yemen. Mereka memunggah ke Madinah harta rampasan perang yang banyak.

2) Ia berlaku di zaman Khalifah Ummayah, Umar bin Abdul Aziz ra. Sahih, di zaman sahabat, mereka berjaya menguasai Syria, Turki dan Farsi. Namun harta masish diperlukan, masih ramai fakir. Tapi di zaman Umar Abd Aziz, memang tidak ada penerima zakat.

3) Harta melimpah ruah di zaman Jesus dan al-Mahdi di akhir zaman. Ini pendapat majoriti ulamak hadith. Fathul Bari 13:89

4) Ia berlaku sekarang menurut Dr Muhammad al-Mubayyadh (al-Mausooah). Ia adalah fenomena di GCC, Saudi, Dubai, UAE, Qatar, Kuwait dan Abu Dhabi. Kemewahan yang melanda negara Teluk dengan pembangunan yang amat pesat.

5) Ia berlaku di akhir zaman, di mana terjadi banyak fitnah, pembunuhan, peperangan, bencana, hingga manusia tidak berminat lagi dengan harta benda. Akan terjadi sesuatu yang dahsyat sehingga manusia hilang minat kepada harta.

Komen dan Soalan