Utama Bilik (63) Sifat Solat Nabi SAW Qiyam Ramadhan: I`tikaf di mana-mana masjid

Qiyam Ramadhan: I`tikaf di mana-mana masjid

309
0
Iklan

Susunan oleh Ustaz Dr Adli Khalim

Ringkasan Fiqh Ramadhan:

45. Qiyam Ramadhan: I`tikaf di mana-mana masjid.

كان النبيُّ صلى الله عليه وسلم يعتكفُ في كلِّ رمضانَ عشْرَةَ أيامٍ، فلما كان العامُ الذي قُبِضَ فيه اعتكفَ عشرين يومًا.
الراوي : أبو هريرة | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري
الصفحة أو الرقم: 2044 | خلاصة حكم المحدث : [صحيح]

Nabi ﷺ beri`tikaf pada bulan Ramadhan selama sepuluh hari. Pada tahun wafatnya, baginda beri`tikaf selama dua puluh hari. – Shahih Al-Bukhari, no. 2044.

= = = = = = = = = =

Penjelasan:

1. Al-Bukhari membuat satu tarjamah bab:

بَاب الاعْتِكَافِ فِي الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ وَالاعْتِكَافِ فِي الْمَسَاجِدِ كُلِّهَا لِقَوْلِهِ تَعَالَى: وَلا تُبَاشِرُوهُنَّ وَأَنْتُمْ عَاكِفُونَ فِي الْمَسَاجِدِ تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ فَلا تَقْرَبُوهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ آيَاتِهِ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ

Bab: I`tikaf pada 10 hari terakhir, dan i`tikaf di semua masjid, berdasarkan firman Allah Ta`ala: “Janganlah kalian menggauli mereka ketika kalian beri`tikaf di masjid-masjid. Itulah batasan-batasan Allah, jangan kalian hampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada manusia supaya mereka bertaqwa.

2. Menurut Ibn Hajar, Al-Bukhari berhujah dengan ayat tersebut (ayat 187 surah Al-Baqarah) untuk mengatakan seseorang boleh beri`tikaf di mana-mana masjid, kerana ayat tersebut tidak mengkhususkan masjid tertentu.

3. Ini sekali gus menolak pendapat yang mengatakan i`tikaf hanya boleh dilakukan di 3 buah masjid; Masjid Al-Haram, Masjid An-Nabawi, dan Masjid Al-Aqsha.

4. Sebahagian `ulama’ meletakkan syarat masjid tersebut hendaklah masjid yang didirikan solat Juma`at di dalamnya, supaya orang yang beri`tikaf tidak perlu keluar dari masjid untuk solat Juma`at.

= = = = = = = = = =

Hashtag: #fiqhpuasa

Komen dan Soalan