Utama Bilik (63) Sifat Solat Nabi SAW Bab 10: Duduk dan membaca Tahiyat Akhir

Bab 10: Duduk dan membaca Tahiyat Akhir

4105
0

Bab 10: Duduk dan membaca Tahiyat Akhir

Bacaan di dalam Tahiyat Akhir

Bacaan tahiyat di dalam duduk tahiyat akhir adalah sama bacaannya dengan bacaan tahiyat awal. Mengikut Mahzab kita, Mahzab Syafie, bacaan ini adalah rukun solat dan ianya adlaah rukun yang ke ke 10.

Imam Nawawi rh di dalam syarah Sahih Muslim (2/449) berkata, para ulama berbeza pendapat tentang hukum membaca tahiyat (tasyahhud), wajib atau sunnah:

a. Imam Syafie rh dan satu kelompok ulama berkata – Tasyahhud awal adalah sunnah dan tasyahhud akhir adalah wajib.
b. Jumhur ahli hadis berkata keduanya adalah wajib.
c. Imam Ahmad rh berkata – Pertama (bacaan semasa tahiyat awal) wajib, keduanya (bacaan semasa tahiyat akhir) fardu.
(penulis kitab memberi komentar, samada wajib atau fardu, kedua2nya memberi makna yang sama.)
d. Imam Abu Hanifah rh, Imam Malik rh dan jumhur fukqaha berkata – Keduanya sunnah.

Ada tujuh (7) bacaan yang dapat saya kumpulkan:

i. Bacaan tahiyat Ibnu Mas’ud :
Ibnu Mas’ud ra mengatkan, Rasulullah ﷺ mengajariku bacaan tahiyat sebagaimana beliau mengajariku surat Al-Quran. Bacaannya:

التَّحِيَّاتُ لِلَّهِ وَالصَّلَوَاتُ وَالطَّيِّبَاتُ، السَّلَامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ، السَّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ
(HR. Bukhari)

Nota tambahan:
a. Bacaan ini adalah bacaan yang paling sahih dari kalangan ahli hadis. Al-Hafiz Ibn Hajar rh berkata, hadis ini diriwayatkan dari lebih 20 jalur, dan katanya lagi ” Aku tidak mengetahui ada hadis lain yang lebih cermat darinya dan lebih sahih sanad2nya serta lebih mahsyur perawi2 daripadanya”

ii. Bacaan tahiyat Ibnu Umar

Dari Ibnu Umar ra, Rasulullah ﷺ membaca doa tahiyat berikut,

التَّحِيَّاتُ لِلَّهِ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ، السَّلَامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ السَّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ
(HR. Abu Daud dan dishahihkan Al-Albani)

Nota tambahan:
a. Dari hadis ini, berlaku perbincangan samada matan hadis berbeza setelah wafatnya Nabi ﷺ dan telah di komentar oleh Syeikh Albani rh, kemungkinan ada 2 matan yg berbeza.

iii. Bacaan tahiyat Ibnu Abbas

Ibnu Abbas ra mengatakan, Rasulullah ﷺ mengajari kami bacaan tahiyat berikut,

التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ، الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ لِلَّهِ، السَّلَامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ، السَّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِينَ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ
(HR. Muslim dan Abu Daud)

Nota tambahan:
a. Ini adalah bacaan yang diambil oleh Imam Syafie rh untuk diamalkan dan kata beliau “…ini adalah tasyahud yang paling aku sukai kerana ia adalah yang paling lengkap”

iv. Bacaan tahiyat A’isyah

Dari Al-Qosim bin Muhammad, bahwa A’isyah mengajari beliau lafadz tasyahud,

التَّحِيَّاتُ الطَّيِّبَاتُ الصَّلَوَاتُ الزَّاكِيَاتُ لِلَّهِ، السَّلَامُ عَلَى النَّبِيِّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ، السَّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ
(HR. Ibnu Abi Syaibah dalam Al-Mushanaf dan dishahihkan Al-Albani)

v. Atsar ‘Athaa’ bin Abi Rabbaah ra


“السَّلامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ، فَلَمَّا مَاتَ قَالُوا: السَّلامُ عَلَى النَّبِيِّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ “
[Diriwayatkan oleh ‘Abdurrazzaaq no. 3075; shahih].

vi. Bacaan tahiyat Umar bin Khatab

Khalifah Umar bin Khatab pernah berkhutbah mengajarkan tahiyat seperti berikut,

التَّحِيَّاتُ للهِ، الزَّاكِيَاتُ للهِ، الطَّيِّبَاتُ الصَّلَوَاتُ للهِ؛ السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ. السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِينَ. أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ. وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّداً عَبْدُ اللهِ وَرَسُولُهُ
(HR. Malik dalam Al-Muwatha’, Ibnu Abi Syaibah dalam Mushannaf, dan dishahihkan Al-Albani)

Nota tambahan:
a. Imam Malik rh mengambil bacaan ini untuk diamalkan.

vii. Bacaan tahiyat Abu Musa al-Asyaari

Dari Abu Musa, bahwa Nabi ﷺ bersabda, “Jika kalian duduk tasyahud, pertama yang hendaknya dia baca:

التَّحِيَّاتُ الطَّيِّبَاتُ الصَّلَوَاتُ لِلَّهِ السَّلَامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ، السَّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِينَ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ
(HR Muslim)

…..

d. Keadaan duduk adalah duduk tawarruk (punggung sentuh ke lantai)

Bagaimanakah duduk seorang makmum masbuk masuk ketika Imam tahiyat akhir?
Menurut buku Fiqh Solat Lengkap, mukasurat 162, Pendapat2 ulama membolehkan duduk megikuti kaedah kedua2 cara duduk (iftirasy dan tawarruk).

e. Cara mengisyaratkan telunjuk ketika Tahiyat: ada 2 cara

• Ibu jari disambungkan dengan jari tengah, sehingga membentuk lingkaran.

Berdasarkan keterangan Wail bin Hujr:
“(ketika duduk Tahiyat) Beliau memposisikan hujung siku kanannya di atas paha kanan. Kemudian beliau dua jarinya dan membentuk lingkarang , lalu berisyarat dengan jari telunjuknya.” (HR. An-Nasai, Abu Daud dan dishahihkan Al-Albani)

• Tiga jari : kelingking, jari manis dan jari tengah digenggamkan, kemudian ibu jari diletakkan di atas jari tengah.

Berdasarkan keterangan Az-Zubair bin Awam,
Beliau berisyarat dengan jari telunjuknya, dan beliau meletakkan ibu jarinya di atas jari tengahnya. (HR. Muslim)
Dalam riwayat lain, dari Ibnu Umar,

Beliau menggenggam seluruh jarinya, dan berisyarat dengan jari telunjuknya. (HR. Muslim)
…..

Rujukan Link Internet:
1. http://www.al-ahkam.net/home/content/sj-05-0131-pergerakkan-jari-telunjuk-di-waktu-tasyahud
2. http://www.al-ahkam.net/home/content/sj-05-0055-kedudukan-tahiyat-akhir-solat-2-rakaat
3. http://carasholat.com/cara-tasyahud-awal-dalam-sholat-video-tutorial/

Rujukan Buku:
1. Fiqh Manhaji
2. Ensiklopedi Shalat, Jilid 1
3. Sifat Solat nabi saw, Syeikh Albani rh
4. Sahih Fiqh Sunnah
5. Fikih Shalat Lengkap Menurut 17 Imam Besar, terbitan Pustaka Azzam.
=====

Bersambung: Rukun ke 11 – Membaca Selawat.

Komen dan Soalan