Utama Bilik (20) Silsilah Hadith Sahih Hadits 34: Diam Apabila Dibicarakan Tentang Sahabat, Bintang Dan Taqdir

Hadits 34: Diam Apabila Dibicarakan Tentang Sahabat, Bintang Dan Taqdir

706
0
Iklan

Sunnah yang ditinggalkan yang wajib dihidupkan kembali

Susunan: Ustaz Adli Khalim

“Apabila dibicarakan tentang sahabatku, hendaklah kalian diam. Apabila dibicarakan bintang-bintang, hendaklah kalian diam. Apabila dibicarakan tentang taqdir, hendaklah kalian diam.”

إذا ذكر أصحابي فأمسكوا، وإذا ذكر النجوم فأمسكوا، وإذا ذكر القدر فأمسكوا.

Diriwayatkan daripada Ibn Mas`ud (oleh Ath-Thabarani dalam Mu`jam Al-Kabir 2/78/2, Abu Nu`aim dalam Al-Hilyah 4/108), Tsauban (oleh Ath-Thabarani dalam Mu`jam Al-Kabir 1/17/2), Ibn `Umar (oleh Ibn `Addi 1/295), semuanya dha`if menurut Al-Albani, namun menurutnya sebahagian riwayat ini menguatkan antara satu sama lain.

= = = = = = = = = =

Ulasan:

1. Maksud “Apabila dibicarakan tentang sahabatku, hendaklah kalian diam” adalah larangan menyebutkan keburukan-keburukan para sahabat Nabi ﷺ dan mencela mereka, kerana keadilan mereka diakui sendiri oleh Allah ﷻ, sebagaimana yang disebutkan dalam surah At-Taubah ayat 100, surah Al-Fath ayat 29.

2. Maksud “Apabila dibicarakan bintang-bintang, hendaklah kalian diam” adalah -wallahu a`lam- larangan bercakap dan mempercayai ramalan berdasarkan bintang-bintang, contohnya sesiapa yang berkahwin pada bulan sekian dan sekian, maka akan terjadi sekian dan sekian, sesiapa yang lahir pada bulan sekian dan sekian, maka akan terjadi sekain dan sekian.

3. Maksud “Apabila dibicarakan tentang taqdir, hendaklah kalian diam” adalah larangan bercakap tentang qadar dan qadha’ tanpa meruju` kepada Al-Qur’an dan As-Sunnah serta penjelasan daripada `ulama’. Ini kerana terdapat ayat Al-Qur’an dan hadits-hadits yang membicarakan dan mengajarkan kepada kita tentang qadar dan qadha’.

#SilsilahShahihah:

Komen dan Soalan