Utama Bilik (40) Asas Ilmu Hadits 02.08.11#181015 SEBAB-SEBAB PEMALSUAN HADITS YANG DISENGAJAKAN (Bhg. 08) Kepentingan Duniawi & Peribadi

02.08.11#181015 SEBAB-SEBAB PEMALSUAN HADITS YANG DISENGAJAKAN (Bhg. 08) Kepentingan Duniawi & Peribadi

273
0
Iklan

Bilik (40) Asas Ilmu Hadits

Nota 02.08.11 Hadits al-Mardud (المردود) Kategori Kritikan pada Periwayat (الطعن في الراوي)

Susunan: BroSyarief

SEBAB-SEBAB PEMALSUAN HADITS YANG DISENGAJAKAN (Bhg. 08)

08. Kepentingan Duniawi & Peribadi

Dunia ini, sejak dulu lagi tidak pernah sunyi dari orang-orang yang mengorbankan agama serta nilai-nilainya semata-mata untuk mengumpulkan harta dan mencari kedudukan.

Mereka lebih mengutamakan dunia berbanding akhirat dan lebih hanyut kepada kehidupan yang sementara ini berbanding yang kekal.

Ini adalah perkara yang dapat kita lihat dengan jelas sebagai sebab pemalsuan hadits.

Mereka, para pemalsu hadis, mula mencipta hadits-hadits palsu untuk memenuhi hawa nafsu pemimpin atau khalifahnya pada waktu itu.

Begitu juga para penglipur-lara mencipta hadits tentang kisah-kisah serta-serta peringatan-peringatan.

Tak ketinggalan juga para peniaga mencipta hadits tenting kelebihan produk jualan mereka.

Dan banyak lagi golongan-golongan pemalsu habits dari pelbagai latar belakang dan kecenderungan peribadi.

Semua ini pula dapat dibahagikan mengikut kategori-kategori seperti berikut:

a) Mendekati Pemerintah

Pemalsu hadits mencipta hadits dengan tujuan mengambil hati pemimpin atau pemerintah.

Contoh:

لَا سَبْقَ إِلَّا فِي خُفٍّ، أَوْ حَافِرٍ، أَوْ نَصْلٍ، أَوْ جَنَاحٍ

“Tiada permainan lumba kecuali memanah, kuda, unta ataupun burung merpati”

Ghiyats telah menambah perkataan أَوْ جَنَاحٍ kerana ingin mengambil hati Khalifah al-Mahdi yang ketika itu sedang bermain dengan burung peliharaannya.

[Tarikh Bahgdad]

b) Penglipur Lara

Penciptaan hadits palsu di kalangan penglipur lara sebegini sangat ramai, kerana mengharapkan ganjaran wang dari para pendengar.

Mereka mengambil kesempatan dengan membawakan kisah-kisah pelik dan ajaib, serta di luar batas rasional.

Sehinggakan apa yang mereka ceritakan menyebabkan telinga-telinga terpasang dan mulut melopong, mata-mata jadi menangis, hati-hati menjadi sedih, dari apa yang dipalsukan oleh para penglipur lara ini.

Contohnya:

من قال: لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ يُخْلَقُ مِنْ كُلِّ كَلِمَةٍ مِنْهَا طَيْرٌ مِنْقَارُهُ مِنْ ذَهَبٍ وَرِيشُهُ مِنْ مَرْجَانِ

“Siapa yang menyebut La ilaaha illa Allah, akan diciptakan dari setiap kalimat itu burung yang paruhnya dari emas dan bulunya dari permata”

[al-Majruhin]

c) Promosi Produk Perniagaan

Para peniaga yang mementingkan dunia ini mencipta hadits-hadits palsu menceritakan kelebihan dan keistimewaan produk-produk mereka sama ada dari bentuk makanan atau barangan.

Contohnya:

مَاؤُهَا رَحْمَةٌ، وَحَلاوَتُهَا مِثْلُ حَلاوَةِ الْجَنَّةِ؛ يَعْنِي : الْبِطِّيخَ

“Airnya rahmat dan kemanisannya bagaikan manisan syurga, yakni: Tembikai”

[al-Maudhu’at]

d) Pelbagai tujuan-tujuan lain.

Muhammad ibn Abd Malik, seorang buta, mencipta hadits menggalakkan orang membantu orang buta sepertinya,

مَنْ قَادَ أَعْمَى أَرْبَعِينَ خُطْوَةً وَجَبَتْ لَهُ الْجَنَّةُ

Siapa yang memimpin seorang buta sebanyak 40 langkah, wajib baginya syurga

[Tazkiratul al-Maudhu’at]

&

Sa’d bin Tharif al-Iskaf mencipta hadits mencela para guru kerana anaknya dipukul guru,

معَلِّمُو صِبْيَانِكُمْ شِرَارُكُمْ أَقَلُّهُمْ رَحْمَةً لِلْيَتِيمِ وَأَغْلَظُهُمْ عَلَى الْمِسْكِينِ

“Para guru anak-anak kalian adalah yang buruk dari kalangan kalian, mereka paling sedikit mengasihi anak yatim, dan paling kasar terhadap orang miskin”

[al-Majruhin]

WalLaahu a’lam

Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Abullayts KhairAbaadi.

#BroSyariefShares

Komen dan Soalan