Utama Bilik (40) Asas Ilmu Hadits 02.07.06#250515 : HADITS MUDALLAS (المدلس) Bhg. 02

02.07.06#250515 : HADITS MUDALLAS (المدلس) Bhg. 02

270
0

Bilik (40) Asas Ilmu Hadits

Nota 02.07.06 Hadits al-Mardud (المردود) Kategori Gugur Periwayat dari Sanad (السقط من الإسناد)

Susunan: BroSyarief

HADITS MUDALLAS (المدلس) Bhg. 02

al-Imam Ibn Hajar al-Asqalani membahagikan para pembuat tadlis (ie. Mudallisin) kepada 5 peringkat:

01. Mereka yang disifatkan sedikit sahaja melakukan tadlis. Mereka tidak dipanggil Mudallis.

Hadits mu’an’an mereka diterima, kecuali jika jelas pada hadits-hadits tersebut mereka melakukan tadlis dan periwayat yang terpadam itu memang periwayat yang dha’if.

02. Mereka yang diragui sama ada benar atau tidak melakukan tadlis. Mereka ini periwayat yang tsiqah, dan tidaklah pada sanad yang ditadliskan itu kecuali periwayat yang terpadam itu juga tsiqag.

Hadits mu’an’an mereka juga diterima, kecuali jika jelas pada hadits-hadits tersebut mereka melakukan tadlis dan periwayat yang terpadam itu memang periwayat yang dha’if.

03. Mereka yang banyak melakukan tadlis, dan para ulama berbeza pendapat sama ada mereka diterima atau tidak secara mutlak.

Jadi, dikaitkan antara dua pendapat: Diterima apa yang jelas terbukti periwayat mendengar dari periwayat di atasnya, dan tidak diterima yang lafaznya tidak jelas. Ini pendapat jumhur.

04. Mereka yang disepakati para ulama hadits bahawa mereka tidak diterima, kecuali jelas terbukti mereka mendengarkan periwayatan secara langsung.

Ini kerana mereka banyak melakukan tadlis, dengan menghilangkan periwayat-periwayat yang lemah dan majhul.

05. Mereka yang didha’ifkan dengan tuduhan yang lain bersama tadlis. Hadits mereka ditolak, walaupun jelas lafaz mereka mendengarkan hadits tersebut.

Contohnya, seorang periwayat yang didapati melakukan tadlis dan dalam masa yang sama dia mempunyai masalah hafalan atau mula keliru selepas buku-bukunya terbakar. Hadits-hadits yang diriwayatkan darinya selepas dia mula keliru, adalah ditolak.

Di antara penulisan berkaitan tadlis:

01. Asma al-Mudallisiin, oleh al-‘Alla’ie (w.761H)
02. Qasidah al-Mudallisin, oleh Syihabuddin al-Maqdisi (w.765H)
03. al-Tabyiin fi Asma al-Mudallisin, oleh al-Halabi (w.841H)
04. Ta’rif Ahl al-Taqdis bi Maratib al-Mawsufiina bit-Tadlis, oleh Ibn Hajar (w.852H)
05. Asma al-Mudallisin, oleh as-Suyuthi (w.911H)
06. Ittihaf Zawi al-Rusukh bi Man Rumiya bit-Tadlis min al-Syuyukh, oleh Hammad al-Anshoriy

WalLaahu a’lam

Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Abullayts KhairAbaadi.

#BroSyariefShares

Komen dan Soalan