Utama Bilik (105) Qawaid Fiqh Pengajian 7 : Qawai’d Fiqh

Pengajian 7 : Qawai’d Fiqh

1376
0
Iklan

Kaedah utama / asas yang ketiga dari kaedah fiqh

المشقة تجلب التيسير

Masyaqqah/kepayahan menarik kemudahan

مما رواه العلماء الأحبار #? وأصلها الآيات والأخبار

Asalnya adalah ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis yang diriwayatkan oleh ulama-ulama yang bijak.

Syair ini menunjukkan bahawa kaedah ketiga ini asasnya ialah ayat al-Quran dan juga hadis

Ayat alQuran;

وما جعل عليكم فى الدين من حرج

[Surat Al-Hajj 78]

Tidaklah Allah mahu menjadikan kepayahan keatas kamu di dalam agama.

Dan ayat

يريد لله بكم اليسر ولا يريد بكم العسر

(Surah al-Baqarah 185)

Allah mahu memudahkan untuk kamu dan bukan mahu menyusahkan

Dan ayat

يرُيِد اُللهَّ أُنَْ يخَُففَِّ عَنكْمُ وْۚخَُلقَِ الإْنِسَْانُ ضَعيِفا

[Surat AnNisa 28]

Allah mahu meringankan kamu…

Hadis pula antaranya

سعيد بن أبي سعيد المقبري عن أبي هريرة عن النبي صلى لله عليه وسلم قال: إن الدين يسر ٬ ولن يشاد الدين أحد إلا غلبه ٬ فسددوا وقاربوا وأبشروا ٬ واستعينوا بالغدوة والروحة وشيء من الدلجة

Riwayat alBukhari

Sesungguhnya agama itu mudah, tidaklah seseorang itu bersikap keras terhadap agama kecuali agama akan mengalahkannya.

Dan hadith

عن أبي التياح قال: سمعت أنس بن مالك رضي لله عنه قال: قال النبي صلى لله عليه وسلم: يسروا . ولا تعسروا ٬ وسكنوا ولا تنفروا

(Riwayat alBukhari)

Permudahkan dan jangan menyusahkan

وكل تخفيف اتى بالشرع # مخرج عنها بغير دفع
واعلم بان سبب التخفيف # فى الشرع سبعة بلا توقي ف
# والجهل والعسر كما ابانوا ? وذلك الإكراه والنسيان
# فهذه السبعة فيما نصوا ? وسفر ومرضونقص

Setiap keringanan hukum yang datang berdasarkan syara’. Dikeluarkan berdasarkan kaedah ini tanpa penolakan. Ketahuilah bahawa sebab keringanan hukum itu. Pada syara’ ada tujuh tanpa teragakagak. Iaitu paksaan, lupa, Jahil dan kepayahan sebagaimana yang mereka jelaskan. Perjalanan, sakit dan kurang. Maka ini adalah tujuh sebagaimana yang mereka naskan. Tujuh sebab yang meringankan hukum.

1. Dipaksa melakukan suatu yang haram Imam Suyuthi menyebutkan beberapa syarat paksaan yang layak memperolehi kelonggaran hukum.

  1. a) Orang yang memaksa mampu melaksanakan bentuk ancaman itu kepada orang yang dipaksa
    samaada dengan kuasa atau yang lain.
  2. Orang yang dipaksa tidak mampu menghindarkan diri dari ancaman tersebut samaada dengan lari,
    minta pertolongan dan lain-lain.
  3. Keyakinannya bahawa jika dia terhalang atau tidak melakukan perkara yang dipaksakan ke atasnya
    maka pengancam akan mengenakan sesuatu atau melakukan ancaman tersebut kepadanya.
  4. Ancaman itu merupakan suatu yang haram dilakukan oleh orang yang dipaksa.
  5. Ancaman itu akan dilakukan segera.
  6. Ancaman itu ditentukan seperti bunuh.
  7. Jika orang yang diancam melakukan paksaan itu dia akan selamat dari ancaman tersebut.

Orang yang dipaksa boleh mengungkapkan kalimah kufur dengan syarat hatinya tetap dengan keimanan sebagaimana ayat.

منَْ كفَرَ بَِاللهَّ مِنِْ بعَدْ إِيِماَنهِ إِلِاَّ منَْ أكُرْهِ وَقَلَبْهُ مُطُْمئَنٌِّ باِلإْيِماَنِ ولَكَٰنِْ منَْ شَرحََ باِلكْفُرْ صَِدرْاً فعَلَيَهْمِ 
غَضَبٌ منَِ اللهَّ وِلَهَمُ عَْذاَبٌ عَظِيمٌ

[Surat AnNahl 106]

2. Lupa. Terangkat dosa seseorang atau tidak dikira berdosa orang yang melakukan kesalahan kerana lupa. Orang yang berpuasa, makan kerana terlupa maka puasanya tidak batal. Orang yang lupa dalam meninggalkan perintah seperti terlupa solat fardhu maka tidak gugur kewajipan itu darinya bahkan dia wajib melakukannya bila ingat.

3) Jahil. Tidak mengetahui hukum bagi sesuatu masalah hingga melakukan kesilapan. Syarat kejahilan itu bukan berlaku kerana kecuaian tetapi dengan sebab yang munasabah seperti baru memeluk Islam,bercakap didalam solat dan sebagainya.

4) Kepayahan. Susah atau payah untuk menghindari sesuatu masalah. Contoh yang biasa disebutkan ulama ialah tahi burung yang begitu banyak dan susah untuk dikawal dan dibersihkan di dalam masjid. Susah utk dihindari serta termasuk dalam umum balwa.Begitu juga dengan kesan najis yang susah untuk dihilangkan.

5) Safar atau perjalanan. Rukhsah kerananya amat banyak seperti qasar dan berbuka puasa. Termasuk juga kelonggaran hukum penggiliran hari bagi yang berpoligami.

6) Sakit. Rukhsah untuknya juga banyak.

7) Kekurangan. Kekurangan adalah kata lawan kepada kesempurnaan. Contoh kurang ialah wanita, hamba dan kanak-kanak. Mereka diberi kelonggaran sebahagian hukum yang diwajibkan atas lelaki dewasa.

Contoh berdasarkan hadis;

Solat Jum’at itu hak yang wajib bagi setiap muslim dengan berjama’ah kecuali empat orang, yaitu: hamba, wanita, anak kecil, dan orang yang sakit.

والقول فى ضبط المشاق مختلف # بحسب الاحوال فيما قد عرف

Pendapat dalam menetapkan masyaqqah itu ada khilaf. Mengikut keadaan sebagaimana yang telah diketahui. Ulama berselisih pendapat tentang menetapkan had atau kadar yang mengharuskan seseorang mengambil rukhsah mengikut keadaan seseorang. Ibnu abdis Salam: Yang awla dalam menetapkan masyaqqah ibadat ialah dengan menentukan masyaqqah atau kepayahan yang paling rendah yang muktabar bagi setiap ibadat. Dalam mengambil rukhsah meringankan sesuatu ibadat. Maksud yang paling rendah yang muktabar ialah yang terdapat dlm nas atau dalil. Jika masyaqqah berlaku kepada seseorang lalu dia keliru apakah ia boleh mengambil rukhsah atau tidak, maka dia harus melihat apakah masyaqqah itu seperti yang paling ringan yang muktabar dalam masalah itu atau lebih besar lagi. Jika menepati salah satu darinya maka bolehlah mengambil rukhsah.

Contoh;

Orang sakit yang mahu mengambil rukhsah untuk berbuka puasa, dia kena lihat apakah sakit itu seperti masyaqqah puasa dalam perjalanan atau tahap mana. Jika menepati masyaqqah tersebut atau lebih dari itu, maka bolehlah dia mengambil rukhsah berbuka puasa.

Contoh seterusnya;

Rukhsah utk mengharuskan amalan yang dilarang pada ketika ihram. Tahap masyaqqah yang ditunjukkan oleh nabi s.a.w. ialah terdapat banyak kutu di kepala seorang sahabat. Lalu dibenarkan untuk menggunakan minyak di kepalanya.

Masyaqqah terbahagi kepada 2 bahagian.

1. Masyaqqah yang tidak memberikan kesan dalam menggugurkan ibadat.

Contoh;

Masyaqqah perjalanan untuk haji atau jihad. Walaupun safar itu merupakan satu masyaqqah namun ia tidak menyebabkan amalan haji gugur dari seseorang. Menanggung kesakitan adalah masyaqqah namun ia tidak menggugurkan pelaksanaan hudud yang telah ditetapkan ke atas seseorang.

2. Masyaqqah yang memberikan kesan dalam menggugurkan ibadat.

Contoh;

Masyaqqah bimbang keselamatan diri dan harta dalam mengerjakan haji. Ada masyaqqah yang menggugurkan ibadat tapi perlu digantikan dengan yang lain seperti sakit teruk menggugurkan puasa dari seseorang tetapi wajib gantikan dengan fidyah.

# ستة انواع كما قد رسموا ? والشرع تخفيفاته تنقسم
# تخفيف إبدال وتقديم جلي ? تخفيف إسقاط وتنقيصيلى
# تخفيف تغيير يزاد فليعد ? تخفيف تأخير وترخيصوقد

Dan syara’, keringanan-keringannya terbahagi Enam jenis sebagaimana yang mereka gariskan Keringanan menggugurkan, mengurangkan, mengiringi seterusnya Keringanan dengan cara menukarkan, mendahulukan, ianya jelas Keringanan mengkemudiankan, kelonggaran Dan keringanan mengubah ditambah. Maka hendaklah dibilang Bentuk keringanan syara’

Bentuk keringanan syara’ itu ada enam.Namun ditambah oleh al’-alaiyy menjadi tujuh.

  1. Menggugurkan hukum. Kewajipan haji digugurkan dengan adanya masyaqqah seperti bimbangkan keselamatan nyawa dan harta jika pergi.
  2. Mengurangkan. Mengurangkan dari wajib yang asal seperti qasar solat.Asal solat 4 rakaat, kerana masyaqqah safar maka dikurangkan menjadi 2.
  3. Menukarkan Menukarkan wudhu’ kepada tayammum.
  4. Mendahulukan Jamak taqdim. Mendahulukan asar atau isya dari waktunya.
  5. Mengkemudiankan. Melewatkan maghrib dan zohor dalam jamak ta’khir.
  6. Kelonggaran. Diharuskan suatu yang haram. Harus makan bangkai, minum arak.

Al’-alaiyy menambah yang ke-7 iaitu;

7. Mengubah. Mengubah bentuk solat dalam keadaan aman kepada bentuk solat dalam keadaan perang iaitu solat khauf. Tetapi kebanyakan ulama mengatakan bahawa ia sudah termasuk dalam keringanan no-2 atau no-6.

ورخصالشرع على أقسام # قد وردت بحسب الأحكام

Kelonggaran-kelongaran syara’ terbahagi beberapa bahagian. Yang datang mengikut hukum-hukum. Rukhsah dari segi bahasa bermaksud mudah. Dari segi istilah perubahan hukum daripada susah kepada mudah kerana keuzuran dengan mempunyai sebab untuk meninggalkan hukum asal.Kelonggaran hukum ada beberapa bahagian iaitu wajib, sunat, harus, makruh dan haram.

واجبة كالاكل للمضطر # وسنة القصر ثم الفطر
بشرطه وما يباح كالسلم # وما يكون تركه هو الاتم
كالجمع او مكروهه كالقصر فى # دون ثلاث من مراحل فى

Wajib seperti makan bagi orang yang terdesak. Sunat seperti qasar kemudian berbuka puasa. Dengan syaratnya dan ada yang diharuskan seperti jual beli salam. Dan ada yang meninggalkan itu lebih baik seperti jamak atau makruh seperti qasar pada kurang daripada 3 marhalah.

Bahagian-bahagian rukhsah

  1. Wajib. Wajib mengambil rukhsah seperti makan atau minum suatu yang haram seperti babi, bangkai, arak
    jika seseorang itu berat sangka jika tidak makan atau minum akan menyebabkan kematian.
  2. Sunat. Sunat beramal mengikut hukum rukhsah dan tidak salah jika dia beramal dengan asal hukum. Contoh; Solat jamak dan qasar dan berbuka puasa bila telah mencapai jarak perjalanan yang mengharuskan untuk mengambil rukhsah. Bahagian ni tak salah jika tidak ambil rukhsah tapi kalau dia beramal dengan rukhsah insyaAllah dapat pahala.
  3. Harus. Asal hukum sesuatu perkara haram tetapi kerana suatu maslahah maka ia diharuskan. Contoh;
    Iaitu berkenaan bai’ussalam (jual beli Salam/secara tempahan). Hukum asal tidak diharuskan kerana barang tidak jelas,tetapi diharuskan oleh nabi saw atas dasar maslahah/keperluan. Jadi diberikan kelonggaran dalam masalah tersebut dan menerima rukhsah @ kelonggaran itu harus. Jika tidak mengambil rukhsah pun tidak mengapa.
  4. Mengambil rukhsah adalah khilaf aula. Iaitu meninggalkan rukhsah adalah lebih Baik dan aula. Contoh; jamak antara 2 solat. Meninggalkan rukhsah itu adalah lebih aula kerana ia akan mengelak khilaf dengan mazhab hanafi yang tidak mengharuskan jamak antara 2 solat. Kecuali bagi orang yang menganggap meninggalkan jamak adalah makruh atau orang yang bimbangkan kalau tinggalkan jamak akan terlepas berjemaah. Contoh lain; Tayammum adalah rukhsah. Bagi orang mendapati air ada dijual dengan lebih mahal dari harga semasa, namun begitu dia mampu beli, maka khilaf aula untuk dia mengambil rukhsah tersebut.
  5. Makruh. Kebanyakan ulama dalam mazhab syafie termasuk imam Suyuthi berpendapat ia sudah termasuk
    dalam bahagian ke-4.

 

تختيم الامر إذا ضاق اتسع # كما يقول الشافعي المتبع

Penutup kepada kaedah ini ialah sesuatu perkara bila ia sempit maka ia menjadi luas. Sebagaimana yang dikatakan oleh imam Syafie yang diikuti. Sesuatu perkara atau keadaan,bila ia sudah sempit maka kelonggaran dalam agama menjadikan ia luas.

Antara contoh yang dikemukakan ialah bekas yang diperbuat dari campuran tahi lembu. Bila tiada dan susah untuk mendapat bekas yang lain, maka boleh digunakan bekas tersebut. Contoh lain suatu yang susah utk dielak; Masjid yang terlalu banyak burung hingga banyak tahinya. Tahi yang asalnya najis sudah tidak dianggap najis. Ia termasuk dalam istilah umum balwa.Antaranya tempat yang terlalu banyak anjing. Tidak boleh elak bersentuh dengannya. Maka pada ketika itu dimaafkan bersentuhan dengannya dan sah solat walaupun bersentuh dengannya.

وربما تعكس هذى القاعدة # لديهم فهي ايضا واردة

Kadang-kadang diterbalikkan kaedah ini. Di sisi mereka maka ia juga tersebut. Ada juga kaedah terbalik dari kaedah ini. Kalau sebelum ini kaedah bila sempit maka ia menjadi luas,Maka ada juga ulama mengemukakan kaedah sebaliknya iaitu bila luas maka ia menjadi sempit pula iaitu;

الامر اذا اتسع ضاق

Sesuatu perkara itu bila luas ia menjadi sempit

Contoh;

Pergerakan dalam solat. Bila perlu dan tidak dapat dielak, maka diharuskan dengan ada khilaf antara setakat 2 pergerakan sahaja dengan sebahagian ulama mengatakan tak mengapa lebih darinya. Tetapi bila jadi banyak pergerakan yang tidak perlu (menjadi luas) maka disempitkan pula dengan tidak dimaafkan pergerakan tersebut.

وقد يقال ما طغى عن حده # فانه منعكس بضده

Kadang-kadang dikatakan: sesuatu yang melebihi hadnya. Sesungguhnya ia menjadi berbalik kepada lawannya. Berdasarkan kepada apa yang telah dibincangkan,maka boleh dirumuskan bahawa sesuatu yang melebihi hadnya yang ditetapkan untuknya akan menjadikan hukum sebaliknya. Iaitu mudah membawa kepada susah dan begitu juga sebaliknya.

Seperti kata-kata imam Ghazali dalam menghimpunkan kedua-dua kaedah itu.

كل ما تجاوز عن حده عاد الى ضده

Setiap yang melepasi hadnya ia akan kembali kepada lawannya

Imam Suyuthi kata (semakna dgn kaedah ini)

يغتفر فى الدوام ما لا يغتفر فى الابتداء

…يغتفر فى الابتداء ما لا يغتفر فى الدوام

Diampunkan dalam berterusan sesuatu yang tidak diampunkan dalam permulaan. Diampunkan dlm permulaan sesuatu yang tidak diampunkan dalam berterusan.

Contoh;

1. Tahi burung. Permulaan sikit tidak dimaafkan,tetapi bila berterusan dan tidak boleh kawal maka dia dimaafkan.
2. Pergerakan solat. Permulaan sikit dimaafkan,tetapi bila berterusan dan tidak perlu maka tidak dimaafkan.

 

Komen dan Soalan